Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 102013

3,513 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,513
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
118
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 102013

  1. 1. MODUL A: SUBTOPIK 2 KEMERDEKAAN TANAH MELAYU Kesedaran Nasionalisme 1942  Malayan Union 1946  Persekutuan Tanah Melayu 1948  Kemerdekaan Tanah Melayu 
  2. 2. KESEDARAN NASIONALISME 1942 1.             Golongan Berpendidikan Agama Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, terdapat ramai penuntut Melayu yang telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azahar, Mesir Pengaruh daripada Gerakan Timur Tengah yang diperkenalkan oleh Sheikh Muhammad Abduh Gerakan Wahabi --- Modenisme Islam Pengikut gerakan seperti Mohd. Tahir Jalaludin, Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi, Haji Abbas Taha & Sheikh Mohd Salim A.Khalali Medium perantaraan untuk sebarkan idea dan pemikiran baru Islam adalah melalui penerbitan Majalah Al-Imam Majalah ini menyiarkan rencana dan tulisan yang bertujuan menyedarkan orang-orang MElayu dan mengesyorkan cara-cara untuk mengatasi kemunduran orang Melayu Mereka yang menerima fahaman Muhammad Abduh digelar Kaum Muda Bagi mereka yang berpegang teguh kepada ajaran Islam lama digelar Kaum Tua Golongan Kaum Muda sering bercanggah pendapat dengan Kaum Tua Pengaruh Kaum Tua tidak dapat berkembang di Negeri Melayu kerana pengaruh Kaum Tua masih kukuh dan berkuasa dalam Majlis Agama Islam setiap negeri Melayu Kaum Muda hanya berjaya sebarkan di Negeri Selat sahaja Bagi meluaskan pengaruh, Kaum Muda telah mendirikan sekolah-sekolah, cthnya: Madrasah Al-Masyhur (P.Pinang), Madrasah Al-Hadi (Melaka) & Madrasah Al-Iqbal (Singapura) MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 2
  3. 3. Samb…………KESEDARAN NASIONALISME 1942 2. Golongan Berpendidikan Melayu  Terdiri daripada golongan elit Melayu Kesan dari sistem pendidikan sekular Inggeris, terdapat satu kelas elit Melayu yang dianggotai oleh guru-guru yang berkelulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) MPSI melahirkan ramai nasionalis Melayu antaranya Ibrahim Yaakub, Harun Aminurrashid, Isa Mahmud Pada tahun 1929/1930, golongan elit Melayu menubuhkan Ikatan Pemuda Pelajar, kesan dari pengaruh dan perjuangan Parti Nasional Indonesia oleh Sukarno 1938, Ibrahim Yaakub telah mewujudkan Kesatuan Melayu Muda bertujuan melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan Inggeris KMM adalah parti poltik Melayu radikal yang juga berhasrat menyatukan Tanah Melayu dgn Indonesia di bawah Panji Melayu-Raya      MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 3
  4. 4. Samb…………KESEDARAN NASIONALISME 1942 3. Golongan Berpendidikan Inggeris  Golongan ini mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris di Negeri Selat Golongan ini menyedari bahawa dasar Inggeris di Tanah Melayu telah membawa orangorang Melayu jauh ketinggalan di dalam serba serbi terutamanya dalam bidang ekonomi Nasionalis pada tahap ini adalah Eunos Abdullah yang telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada tahun 1926 KMS bertujuan untuk menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam bidang pentadbiran dan politik, memperjuangkan nasib orang Melayu, membantu anak Melayu mendapatkan pendidikan akademik dan teknikal yang lebih tinggi KMS juga mendesak kerajaan Inggeris memberi biasiswa kepada anak Melayu Hasil dari perjuangan KMS, Inggeris telah memperuntukkan sebuah kawasan di Singapura bagi mendirikan sekolah pertukangan untuk pelajar-pelajar Melayu Perjuangan KMS ini telah mendorong pemimpin-pemimpin Melayu di negeri-negeri lain utnuk menubuhkan Kesatuan Melayu di negeri masing-masing seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Melaka, Kesatuan Melayu Selangor Perjuangan ketiga-tiga golongan ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu Semangat nasionalisme menjadi lebih aktif dan semakin kukuh setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu pada Ogos 1945         MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 4
  5. 5. NASIONALISME CINA & INDIA KAUM CINA  Pergolakan politik di negara China  Gerakan Pembaharuan di negara China sendiri - tujuan membawa pemodenan kepada China  Gerakan Revolusioner wujud berikutan masyarakat negara China pimpinan Sun Yat Sen menentang kekejaman Kerajaan Manchu  Pengaruh Parti Kuomintang dgn semangat penyatuan negara China melalui perindustrian & pemodenan  1913 - cawangan Kuomintang lahir di Tanah Melayu  Kewujudan PKM tahun 1930 dgn matlamat mewujudkan ‘Republik Komunis Malaya’ KAUM INDIA  Tertumpu kepada pergolakan politik di India khususnya sebelum Perang Dunia Kedua  Isu-isu penting yg mempengaruhi politik org India - Kegiatan Antikolonial di kalangan orang Punjabi.  Dipengaruhi oleh Pergerakan Ghadr - menghalang British dari India  Parti politik yg wujud - Persatuan India Taiping (1906) & Persatuan  India Singapura (1923)  Persatuan ini bert/jawab tingkatkan taraf sosioekonomi penduduk India  CIAM (Central Indian Association of Malaya) diwujudkan pada Okt.1936 dgn gabuangan12 buah persatuan India & 4 dewan perniagaan India  CIAM perjuangkan kemajuan & kepentingan politik masyarakat India di Tanah Melayu MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 5
  6. 6. MALAYAN UNION (MU) 1946     1. 2. 3.    MU adalah satu gagasan yang direncanakan oleh kerajaan British selepas Perang Dunia Kedua Melalui MU kerajaan British berhasrat untuk mengubah taraf Negeri-negeri Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan British telah mengenalpasti bahawa salah satu faktor yang menyebabkan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun pada 1942 adalah disebabkan oleh ketidakseragaman pentadbiran Tanah Melayu berada di bawah 3 pentadbiran dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Negeri-negeri Selat Rancangan MU digubal atas dasar mewujudkan satu sistem politik dan kerajaan bercorak kesatuan 3 memorandum telah dihantar oleh Persatuan British Malaya dan satu lagi dikemukakan oleh Tan Cheng Lock . Kedua-dua memo ini menyokong penubuhan Kesatuan Malaya dengan kuasa dan hak politik yang sama rata untuk semua kaum. Memorandum ketiga adalah dari sekumpulan pelajar Melayu yang belajar di United Kingdom MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 6
  7. 7. MALAYAN UNION MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 7
  8. 8. CIRI-CIRI MALAYAN UNION       Malayan Union terdiri daripada 9 buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka Pusat pentadbiran adalah di Kuala Lumpur dan dikendalikan oleh Gabenor Inggeris Kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda hanya diberi peranan sebagai Penasihat Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union tetapi dikekalkan sebagai Tanah Jajahan Inggeris Hak istimewa orang Melayu dihapuskan Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip Jus Soli. Prinsip ini menetapkan kerakyatan diberikan kepada orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu selama 10 daripada tempoh 15 tahun yang ditetapkan. Kerakyatan juga diberikan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 8
  9. 9. Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran Kerakyatan berasaskan Jus Soli Kedaulatan dan kuasa Raja Melayu terhapus CIRI UTAMA MU Singapura tidak dimasukkan ke dalam Mu Hak istimewa orang Melayu terhakis 9 buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 9
  10. 10. •Melindungi kepentingan Inggeris di Tanah Melayu • Membentuk pentadbiran yang cekap • Menyeragamkan pentadbiran semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu kerajaan pusat • Menyediakan penduduk TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN UNION Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri • Menghalang wujudnya Indonesia Raya • Memperkukuhkan pertahanan di Tanah Melayu supaya pelaburan Inggeris berkembang MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 10
  11. 11. REAKSI ORANG MELAYU TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN UNION           Penentangan diperlihatkan melaui beberapa medium antaranya melalui akhbar Akhbar-akhbar Melayu berperanan menyeru dan mengekspresikan kemarahan dan penentang orang Melayu terhadap Malayan Union. Cth, Utusan Melayu di Singapura, Majlis di Kuala Lumpur dan Warta Negara di Pulau Pinang Akhbar-akhbar ini memuatkan butir-butir dan kesan buruk penubuhan Malayan Union Akhbar juga menyeru Sultan menimbang sebaiknya sebelum menandatangani perjanjian 20 November 1945, 8 buah pertubuhan Melayu di Johor telah bergabung menubuhkan Ikatan Melayu Negeri Johor untuk menentang Malayan Union 3 Januari 1946, Gerakan Melayu Johor ditubuhkan dan dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar 1 Mac 1946, Kuala Lumpur: perhimpunan besar-besaran buat julung kalinya telah diadakan melibatkan sejumlah 41 buah pertubuhan Melayu Hasil perhimpunan ini telah wujud United Malays National Organization (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan Dato’ Onn Jaafar sebagai Presiden pertamanya Kewujudan UMNO adalah untuk menggesa masyarakat Melayu supaya bersatu padu dengan slogan “Hidup Melayu” Bantahan orang Melayu juga diperlihatkan melalui demonstrasi jalanan yang diadakan sewaktu MacMichael mengunjungi Sultan-siltan untuk mendapatkan persetujuan. MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 11
  12. 12. • Orang Melayu tidak suka dengan tindakan Harold Mac Michael • Sultan tidak diberi masa yang mencukupi TENTANGAN ORANG MELAYU • Sultan hilang kekuasaan & kedaulatan • Orang Melayu hilang keistimewaan, kaum minoriti MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 12
  13. 13. TENTANGAN BUKAN MELAYU Orang Cina di Tanah Melayu Bekas Pegawai Inggeris Di Tanah Melayu • MU untuk kepentingan British • Masyarakat tertindas • Frank Swettenham • R.O Winstedt • Cecil Clementhi Smith • George Maxwell • MU tidak demokratik dan bersifat kolonial • MU tidak masukkan Singapura bersama • Malayan Democratic Union Tentangan hebat orang Melayu Tiada sokongan bukan Melayu Ketidaksesuaian masa Cara pengenalan yang salah Tentangan oleh pentadbir Inggeris di TM MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 13
  14. 14. Samb….REAKSI ORANG MELAYU TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN UNION  Tunjuk perasaan dan perjumpaan diadakan di seluruh negara seperti ► Padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur ► Padang Sekolah Francis Light Pulau Pinang ► Pekan Ahad Jalan Datuk, Ipoh ► Perhimpunan di Kedah dan Kelantan   Sultan dan rakyat juga digesa untuk berkabung selama 7 hari sebagai tanda bantahan terhadap Malayan Union dengan melilit kain putih pada songkok Penentangan juga datang dari kaum Wanita antaranya seperti Zaharah Abdullah, guru sebuah sekolah di Batu Pahat, Halimahton Abdul Majid sebagai Ketua Bahagian Kaum Ibu Persatuan Melayu Negeri Sembilan dan Saleha Ali dari Persatuan Kaum Ibu Selangor MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 14
  15. 15. PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948    1. 2. 3. Malayan Union telah dibubarkan pada bulan Julai, 1946 Inggeris telah mewujudkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946 untuk menggubal satu perlembagaan baru di Tanah Melayu Jawatnkuasa ini mencadangkan perlembagaan baru yang berbeza daripada Perlembagaan Malayan Union dan antara perkara yang dicadangkan adalah Kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu dipelihara Syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu Kedudukan istimewa kaum Melayu terjamin MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 15
  16. 16. CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.   Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari Negeri-negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang Singapura menjadi tanah jajahan yang berasingan Raja-raja Melayu kekal sebagai pemerintah di negeri masing-masing Majlis Mesyuarat Negeri akan dipengerusikan oleh Sultan Negeri-negeri Melayu akan ditadbir oleh Ketua Pentadbir dikenali sebagai Menteri Besar Persidangan Raja-raja Melayu boleh diadakan pada bila-bila masa Ketua Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi British dan beliau dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Perundangan Persekutuan Dewan Perundangan Persekutuan dianggotai oleh 75 orang ahli Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa mutlak bagi memelihara hak istimewa orang-orang Melayu dn kepentingan kaum lain Kerajaan Persekutuan mengendalikan hal ehwal kewangan, kehakiman, perdagangan, pertahanan dan luar negeri Kerajaan negeri akan mengendalikan kerajaan tempatan, hal ehwal agama, tanah, pendidikan dan pertanian Syarat kerakyatan diperketatkan Lahir di Tanah Melayu dan menetap sekurang-kurangnya 8 daripada 12 tahun sebelum permohonan dibuat Seseorang yang berhijrah ke Tanah Melayu dan tinggal sekurang-kurangnya 15 tahun daripada tempoh 20 tahun sebeleum permohonan dibuat MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 16
  17. 17. PESURUHJAYA TINGGI MAJLIS KERJA MAJLIS PERUNDANGAN SULTAN KERAJAAN NEGERI MAJLIS EKSEKUTIF NEGERI MAJLIS MESYUARAT NEGERI STRUKTUR PENTADBIRAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 17
  18. 18. REAKSI TERHADAP PERSEKUTUAN TM 1948 • • • 1. 2. 3. • • All Malayan Council of Joint Action, Tan Cheng Lock Tentangan hebat drp anggota Malayan Democratic Union (MDU) Perjuangan AMCJA mengandungi 3 prinsip iaitu Penyatuan seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura Pemerintahan sendiri melalui Badan Perundangan Pusat yang dipilih oleh rakyat Hak kerakyatan yang sama rata bagi semua orang AMCJA menolak cadangan perlembagaan yang dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan UMNO • 1. 2. 3. 4. PUTERA adalah gabungan daripada 3 parti politik berhaluan kiri iaitu PKMM (Burhanuddin Helmi), AWAS (Shamsiah Fakeh) dan API (Ahmad Boestamam) PUTERA dipengaruhi oleh PKM dan ingin menjadikan TM sebagai sebuah republik PUTERA perjuangkan 4 prinsip utama: Bahasa Melayu sbg bahasa rasmi Hal ehwal & pertahan adalah tanggungjawab bersama TM & Inggeris ‘MELAYU” digunakan sebagai nama kerakyatan/ kewarganegaraan Bendera kebangsaan mengandungi warna-warna Melayu • • PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat), PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), AWAS (Angkatan WanitaSedar), API (Angkatan Pemuda Insaf) • MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 18
  19. 19. GABUNGAN PUTERA AMCJA • Mac 1947, PUTERA dan AMCJA telah bergabung di bawah pimpinan Dr.Burhanuddin Helmi • Menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu • April 1947 membentuk “Perlembagaan Rakyat”-ditolak oleh British kerana bersifat radikal • 20/10/47 lancarkan ‘hartal’ penutupan kedai di seluruh Tanah Melayu PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM) SECARA RASMI ADALAH PADA 1 FEBRUARI 1948 MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 19
  20. 20. PARTI POLITIK UTAMA DI TANAH MELAYU 1.       2.      Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar (1946-1951) Matlamat UMNO --- menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu Slogan “Hidup Melayu” Sehingga 1951, UMNO mempunyai sejumlah 39 bahagian dengan keahlian 100,375 orang Dua badan utama UMNO ialah Perikatan Pemuda UMNO (1949) dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO (1947) Memainkan peranan penting ke arah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu Kongres India Malaya (MIC) Ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 Presiden pertama MIC ialah John Thivy Matlamat MIC--- memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu, memperjuangkan kepentingan politik bersama dan menjadi medium perantara dalam menyampaikan pendapat kepada kerajaan April 1955, MIC bergabung dengan UMNO dan MCA Sehingga 1955 keahlian MIC adalah 20,000 orang MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 20
  21. 21. Samb…..PARTI POLITIK UTAMA DI TANAH MELAYU 3.      4.      Persatuan Cina Malaya (MCA) Ditubuhkan pada 27 Februari 1949 oleh Leong Yew Koh & Kol. Lee Hau-Shik Presiden pertama MCA ialah Tan Cheng Lock Matlamat MCA--- melindungi kepentingan orang Cina dan memelihara keharmonian kaum di Tanah Melayu Sehingga 1951 keahlian MCA adalah 188,000 orang 1952, MCA bergabung dengan UMNO membentuk Parti Perikatan Parti Perikatan Diwujudkan hasil kemenangan parti gabungan UMNO-MCA yang menang 9 daripada 12 kerusi di dalam Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952 Tunku Abdul Rahman (Presiden UMNO) dan Tan Cheng Lock (Presiden MCA) mengambil keputusan untuk menubuhkan pakatan parti pelbagai kaum pada 1955 yang dikenali sebagai Parti Perikatan. MIC kemudiannya turut menyertai Parti Perikatan yang memperlihatkan gabungan 3 kaum majoriti di Tanah Melayu ketika itu Parti Perikatan bertanding dlm Pilihanraya Umum 1955 dan menang 51 daripada 52 kerusi yang telah dipertandingkan. Kejayaan Perikatan telah membolehkan Tanah Melayu membentuk kerajaan baru MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 21
  22. 22. KEMERDEKAAN         Kemenangan Perikatan di dalam Pilihanraya Umum telah memberi laluan mudah kepada Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan dan mewujudkan pemerintahan sendiri Perikatan juga berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dalam masa 4 tahun Januari 1956, satu rombongan yang diwakili oleh pemimpin-pemimpin Parti Perikatan dan wakil-wakil Raja Melayu telah berangkat ke London Matlamat delegasi ialah untuk merundingkan kemerdekaan PTM dengan British Rundingan berhasil dengan termetrainya Perjanjian Merdeka pada 8 Februari 1956 British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan syarat Perikatan tidak akan mengambilalih harta benda atau perniagaan British di Tanah Melayu Rakyat British harus dibenarkan untuk menjalankan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu dan pangkalan tenteranya dikekalkan supaya British dapat menjaga kepentingannya di Tanah Melayu Pengisyhtiharan tarikh kemerdekaan telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di satu perhimpunan raksasa bertempat di Padang Pahlawan Bandar Hilir Melaka. MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 22
  23. 23. PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN      Pada jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, bendera kerajaan British “Union Jack” telah diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan dengan rasminya. Hari kemerdekaan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya di Stadium Merdeka Kuala Lumpur oleh Tunku Abdul Rahman Dokumen pengisytiharan merdeka telah disampaikan kepada Perdana Menteri Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman oleh Queen Elizabeth, Ratu British Dengan pengisytiharan kemerdekaan, Parti Perikatan telah berjaya melaksanakan janjinya untuk membawa kemerdekaan bagi Tanah Melayu dalam tempoh yang singkat iaitu 2 tahun lebih awal. MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 23
  24. 24. MERDEKA Tanggal 31,bulan lapan, 57, Merdeka! Merdeka! Ia pasti menjadi sejarah! Tanggal 31,bulan lapan, 57, Hari yang mulia, hari yang bahagia, Sambut dengan jiwa yang merdeka.. Mari kita seluruh warga negara, Ramai-ramai menyambut Hari Merdeka! Merdeka! 31, bulan lapan, 57 Hari mulia, negaraku merdeka! MPW1133/2133-Pengajian Malaysia Sharliana 24

×