Pengajian Malaysia: Dasar utama 1

2,533 views
2,199 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,533
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
43
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengajian Malaysia: Dasar utama 1

  1. 1. MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA Course Leader: Sharliana Che Ani COURSE NOTES MODUL E : Dasar Utama Subtopik 12 : Dasar Pembangunan Ekonomi 1.1 Pengenalan Kerajaan Malaysia melaksanakan pembangunan berdasarkan dasar yang telah dirancang dan dipersetujui oleh kerajaan. Perlaksanaan ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. 2.0 Dasar Ekonomi Baru  Diperkenalkan pada tahun 1970 atas rentetan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969  Rusuhan tersebut berlaku berpunca daripada jurang ekonomi antara kaum, politik perkauman dan prasangka  DEB dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) 1971-1990  DEB meliputi 4 rancangan lima tahun iaitu: 1. 2. 3. 4. Rancangan Malaysia kedua Rancangan Malaysia ketiga Rancangan Malaysia keempat Rancangan Malaysia kelima 1971 – 1975 1976 - 1980 1981 – 1985 1986 - 1990 SEBAB-SEBAB PELAKSANAAN DEB  Jurang sosioekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera  Jurang sosioekonomi antara luar Bandar dengan Bandar  Jurang sosioekonomi antara negeri-negeri Pantai Barat dengan Pantai Timur  Jurang sosioekonomi antara negeri-negeri Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak MATLAMAT DEB  Mengurang dan membasmi kemiskinan  Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi STRATEGI DEB  Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan  Menambahkan daya mengeluaran dan pendapatan  Memodenkan kehidupan di luar Bandar  Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kemudahan infrastruktur, kesihatan dan lain-lain  Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera  Mengurang jurang perbezaan prndapatan antara penduduk desa dan bandar  Menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta  Perancangan pembangunan wilayah dan Bandar baru melalui KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR 1
  2. 2.  Usaha-usaha pembangunan diteruskan oleh MARA, FELDA, PERNAS, UDA, RISDA  Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan industri berat negara  Membuka kawasan industri baru seperti di Senawang, Skudai dan Bintulu untuk menarik pelabur luar negara HASIL DEB 1. Kadar kemiskinan antara pendudukan di luar Bandar dan Bandar menurun 1970 Luar bandar Bandar Jumlah isi rumah miskin (ribu) 705.9 85.9 1990 Kadar kemiskinan (%) 58.7 21.3 Jumlah isi rumah miskin (ribu) 530.3 89.1 2. Kadar kemiskinan berdasarkan kaum Kumpulan etnik 1970 Bumiputera 64.8 Cina 26 India 39.2 Peningkatan dalam KDNK dan Pendapatan Perkapita 1970 Keluaran Dalam Negara Kasar RM 21,548 Pendapatan Perkapita RM 1,109 Kadar kemiskinan (%) 21.8 7.5 1987 23.8 7 9.7 3. 1990 RM 59,155 RM 6,180 3.0 Dasar Pembangunan Nasional Pada 17 Jun 1991, Kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang meluputi tempoh 1991-2000. Penggubalan RRJP2 berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan ia adalah titik permulaan satu era baru ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju menjelang tahun 2020. Matlamat utama DPN ialah perpaduan negara. Membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu adalah amat penting dan perpaduan sahaja yang dapat memeantapkan lagi kestabilan social dan politik serta mengekalkan pembangunan negara yang berterusan. Bagi mencapai sebuah negara yang maju, DPN telah menetapkan beberapa langkah permulaan dalam semua aspek iaitu keadilan social, kestabilan ekonomi dan politik, kualiti hidup dan kecekapan serta kecermelangan pentadbiran kerajaan.. DPN telah digubal bagi merangkumi beberapa aspek penting iaitu : - mewujudkan keseimbangan ekonomi di antara pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. - Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sector-sektor utama ekonomi dan pertumbuhan yang saksama. 2
  3. 3. - - - - Mengurang dan menghapuskan keadaan dan suasana social dan ekonomi yang tidak seimbang. Menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang diperolehi daripada pembangunan negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat Malaysia. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri dan di anatara kawasan banadar dan luar banadar. Membangunkan sebuah masyarakat yang maju di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai social dan kerohanian serta perasaan cintakan negara. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdidiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu budaya kecermelangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi di samping menggalakkan budaya sains dan teknologi sebagai proses pembangunan ekonomi perindustrian moden Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, pemerhatian yang sewajar perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan begara dapat dikekalkan secara berterusan. Pencapaian Bagi menentukan kejayaannya, DPN telah melaksanakan beberapa program penting ;  Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkesan - Dalam proses ini penekanan telah diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan.  Persingan dalam pasaran antarabangsa - Malaysia telah meningkatkan tarikan pelabur dan usahawan asing supaya memperluaskan aktiviti pelaburan mereka di negara ini.. Malaysia juga turut mengamalkan dasar yang liberal. Dasar ini menggalakkan sector swasta supaya lebih bersedia menghadapi sebarang risiko. Pengeksport pula digalakkan supaya mengurangkan pergantungan terhadap Sistem Keutamaan Am (GSP)  Wawasan 2020.  Penggalakkan bumiputra dalam sector pembuatan dan perkhidmatan melalui program subkontrak dan francais. 4.0 Dasar Wawasan Negara Semangat dan falsafah DEB kemudiannya dilanjutkan Dasar Wawasan Negara (19912020) di mana Dasar Pembangunan Negara merupakan fasa pertama. Untuk jangka 2001-2010, Dasar Wawasan Negara akan menjadi strategi dan program di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJK-3). dimensi baru Dasar Wawasan Negara merangkumi: 3
  4. 4. • • membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan; menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping terus menarik pelaburan langsung asing (FDI) di bidang strategik; • menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik dengan mempelbagai serta meningkatkan penerapan pengetahuan; • membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan bandar dan pendalaman, kumpulan suku kaum minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak dan Orang Asli, serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan berpendapatan 30 peratus terendah; • mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2010; • mencapai penyertaan bumiputera secara berkesan dalam sektor utama ekonomi; dan • merubah pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan. TERAS UTAMA Dasar Wawasan Negara akan memperkukuhkan daya saing dan daya tahan negara serta mewujudkan masyarakat yang saksama bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara. Teras utama dasar Dasar Wawasan Negara adalah seperti berikut:: • • membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, menaikkan kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih sanggup bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi; mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah; • mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro; • mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi; • membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa; 4
  5. 5. • mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkebolehan, produktif dan berpengetahuan; dan • meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang. MEMBANGUNKAN SEBUAH NEGARA BERDAYA TAHAN Untuk membina bangsa yang berdaya tahan rakyat perlulah bersatu padu, matang berpolitik, bertolak ansur, penyayang dan terus menikmati kehidupan yang berkualiti tinggi. Rakyat Malaysia hendaklah berusaha mencapai kematangan politik dan tidak terjerumus ke dalam fahaman sempit dan berpandangan ekstrem. Bagi membina masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni, kita perlu bertolak ansur dan menerima pelbagai tradisi masyarakat yang wujud dalam masyarakat majmuk. Untuk menjadi sebuah negara yang berjaya, kita mesti bersedia untuk bekerja kuat dan bijak, berdisiplin dan mempunyai etika kerja yang baik. Nilai dan etika bangsa dan negara yang murni hendaklah menjadi pegangan kita kerana nilai-nilai dan etika ini yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. 5.0 Dasar Pandang Ke Timur Dikemukakan pada tahun 1982 oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad DPT bermaksud-memandang ke negara-negara timur seperti Jepun dalam ertikata peminjaman teknologi dan mencontohi etika kerja mereka Perkara-perkara yang ditekankan ialah: 1. Kerajinan dan disiplin kerja 2. Kesetiaan kepada negara atau perniagaan di tempat kerja 3. Keutamaan kepada kumpulan dan bukan kepada diri sendiri 4. Tekanan terhadap daya pengeluaran dan mutu yang tinggi 5. Peningkatan kecekapan 6. Pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja Langkah-langkah yang dijalankan: 1. Melantik seorang penasihat ekonomi dari Jepun kepada Perdana Menteri 2. Menghantar pelajar untuk belajar di Universiti di Jepun 3. Menghantar belia ke kilang perindustrian untuk mendapatkan kemahiran berkaitan teknologi perindustrian 4. Menghantar pegawai kerajaan untuk meninjau dan menimba pengetahuan tentang pengurusan pentadbiran ekonomi Jepun 5. Menjemput pakar perunding pentadbiran Jepun dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menjayakan sesuatu projek Program 1.Perubahan struktur Kumpulan meningkat mutu kerja (KMK) Konsep Pejabat terbuka 5
  6. 6. Perkhidmatan kaunter Fail meja dan manual prosedur kerja 2.Perubahan sikap Kad perakam waktu kerja Penggunaan tanda nama Kempimpinan melalui teladan 3.Latihan dan kursus Latihan perindustrian dan teknikal Program pengajian akademik Program pengajian teknikal Program pembangunan Eksekutif 4. Hubungan dengan institusi-institusi Jepun dan Korea. 6.0 Dasar Penswastaan Merupakan satu dasar yang dikemukakan oleh kerajaan dalam kegiatan ekonomi nasional bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh pihak kerajaan dan diberikan kepada pihak swasta bagi mempertingkatkan kedudukan ekonomi negara. Tujuan: 1. Merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara 2. Mengurangkan pihak awam dalam aktiviti ekonomi 3. Dapat membantu memenuhi DEB 4. Menggalakkan persaingan yang sihat 5. Meninggikan kecekapan dan menambah produktiviti yang memberikan manfaat kepada segenap lapisan masyarakat 6. Mengurangkan bebanan kewangan dan pentadbiran negara 7. Kerajaan beroleh keuntungan melalui cukai yang dikenakan Strategi 1. Jawatankuasa penswastaan telah ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan melibatkan Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU), kementerian kewangan dan Jabatan Perkhimatan Awam. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh ketua Pengarah EPU 2. Dasar ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan terpilih. Bentuknya termasuklah penswastaan secara penuh, bahagian, terpilih kontrak, pajakan, pengurusan swasta. 3. Kakitangan Kerajaan tidak rugi apabila jabatan mereka diswastakan. Contoh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Syarikat Telekom Malaysia (STM) 7.0 Dasar Pensyarikatan Malaysia 6
  7. 7. Definisi: Kerajaan dan swasta dapat bekerjasama supaya pihak swasta kemudiannya dapat memberi lebih banyak perkhidmatan dan sumbangan terhadap pembangunan negara. Diumumkan pada 25 Feb 1984 oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr Mahathir Mohamad. Tujuan 1. 2. Pembangunan negara dapat dipertingkatkan Menghapuskan pemikiran pemisah antara kerajaan dan swasta Pendekatan 1. Kakitangan kerajaan menganggap seolah-olah kerajaan adalah pemegang saham dalam setiap syarikat swasta. Jadi kerajaan dapat keuntungan bila syarikat swasta untung melalui cukai 2. Sektor swasta dapat memperkembangkan perniagaan yang memberikan peluang-peluang pekerjaan bertambah dan dapat mengatasi kadar pengangguran. Kelebihan 1. Perkhimatan pegawai kerajaan yang lebih baik membantu perkembangan swasta. 2. Lebih cekap kerajaan, lebih banyak keuntungan diperoleh oleh pihak swasta. 3. Lebih banyak cukai diperoleh kerajaan. 4. Banyak peluang pekerjaan dan perniagaan sampingan diwujudkan. 8.0 Dasar Perindustrian Latar belakang sejarah Berpunca daripada peristiwa 13 Mei 1969 Keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Kemiskinan yang teruk di desa. Terdapat perbezaan pendapatan yang tinggi. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) ditubuhkan pelbagai jawatankuasa untuk membuat dasar antaranya Jawatankuasa Ekonomi yang bertanggungjawab menyediakan laporan tentang masalah ketidakseimbangan ekonomi dan perpaduan nasional. Ciri-ciri Perindustrian yang diharapkan 1. Penglibatan yang lebih besar di kalangan orang melayu dan bumiputra dalam pemilikan modal, pengurusan dan tenaga kerja di sektor pembuatan. 2. Usaha untuk menyebarkan industri ke kawasan yang kurang maju 3. Kemasukan modal asing dan tempatan harus selari dengan polisi dan objektif kerajaan. Dasar Untuk Menggalakkkan Pelabur Asing 1. Taraf perintis 2. Pelepasan cukai penggunaan buruh 3. Kredit cukai pelaburan jika didirikan di kawasan kurang maju dan kawasan perindustrian Tindakan yang dilaksanakan: 7
  8. 8. Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) Dan Pelan Induk Perindustrian (PIP) Ditubuhkan untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian nagara yang sedia ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport. Objektif: 1. Sektor perkilangan sabagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara 2. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara 3. Meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas Malaysia menjadi sebuah negara Perindustrian Strategi 1. Menubuhkan Perbadanan Industri Berat malaysia (HICOM) untuk mengenalpasti, memulakan, melaksana dan menguruskan projek-projek industri kerajaan. Pencapaian 1. Dua buah kilang Simen yang baru telah didirikkan iaitu Kedah Simen dan Perak Manjung Simen 3. Perusahaan Automobil Nasional Sdn.Bhd (PROTON) berjaya menghasilkan kereta nasional. Proton Saga, Proton Iswara, Proton Wira, Waja. 4. Perodua kancil dihasilkan – 1994 5. Kilang besi Perwaja menghasilkan logi besi panas, logi pancang keluli dan sebagainya 6. Motosikal dan Enjin Nasional Berhad (MODENAS) ditubuhkan pada 1996 untuk menghasilkan motorsikal tempatan. 9.0 Dasar Pertanian Negara Rasionalnya dibuat dasar ini: Sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara semakin menurun berbanding dengan sektor-sektor lain seperti pembuatan dan perkhidmatan yang telah tumbuh dangan pesat Objektif: 1. Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian 2. Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran Strategi 1. Penggunaan sumber secara optimum 2. Pemesatan pembangunan industri berasaskan pertanian 3 .Penyelidikan dan pembangunan 4. Peranan utama sektor swasta 5. Pembentukan semula pemasaran 6. Pembangunan industri Makanan yang dinamik Langkah yang dilaksanakan: 8
  9. 9. 1. Penubuhan institusi-institusi pemulihantanah FELDA,FELCRA,RISDA, pembangunan kawasan, penyatuan dan 2. Penubuhan agensi-agensi khusus: FAMA (1965) Bank Pertanian Malaysia (BPN) (1969), MARDI (1969) Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) 3. Institusi Penyelidikan Institusi Penyelidikan Kelapa Sawit (PORIM) (1979), Penubuhan Lembaga Koko Malaysia (1988) DPN 1 – 1984 DPN 2 – 1992 DPN 3 – 1998-2010 Cabaran baru dalam sektor pertanian: 1. Menjamin bekalan makan yang mencukupi, selamat berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan. 2. Mengurangkan penggunaan buruh dalam sektor pertanian 3. Memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad seperti tanah dan air 4. Memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian 5. Meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan 6. Merubah sektor pekebun kecil. 7. Menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara 2.1 Aktiviti Tutorial Bincangkan kepentingan dasar terhadap kesinambungan pembangunan negara. 9
  10. 10. 1. Penubuhan institusi-institusi pemulihantanah FELDA,FELCRA,RISDA, pembangunan kawasan, penyatuan dan 2. Penubuhan agensi-agensi khusus: FAMA (1965) Bank Pertanian Malaysia (BPN) (1969), MARDI (1969) Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) 3. Institusi Penyelidikan Institusi Penyelidikan Kelapa Sawit (PORIM) (1979), Penubuhan Lembaga Koko Malaysia (1988) DPN 1 – 1984 DPN 2 – 1992 DPN 3 – 1998-2010 Cabaran baru dalam sektor pertanian: 1. Menjamin bekalan makan yang mencukupi, selamat berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan. 2. Mengurangkan penggunaan buruh dalam sektor pertanian 3. Memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad seperti tanah dan air 4. Memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian 5. Meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan 6. Merubah sektor pekebun kecil. 7. Menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara 2.1 Aktiviti Tutorial Bincangkan kepentingan dasar terhadap kesinambungan pembangunan negara. 9

×