Your SlideShare is downloading. ×
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Pengajian Malaysia: Dasar utama

675

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
675
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
26
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA Course Leader: Sharliana Che Ani COURSE NOTES MODUL E : Dasar Utama Subtopik 14 : Dasar Luar Negara 1.1 Pengenalan Definisi: Perlakuan atau cara sesebuah negara mengadakan hubungan dengan negara-negara luar yang merangkumi hubungan dua hala dan pelbagai hala. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri yang bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan-kepentingan negara. 2.0 Perkembangan Dasar Luar Negara 1. Tunku Abdul Rahman (1957-1970) Telah mengamalkan dasar anti komunis dan sikap pro barat dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komanwel.Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali, neutral dan keamanan bersama. Isi tambahan 1. Selepas Malaysia merdeka pada tahun 1957 berlaku pertikaian dan persaingan kuasa-kuasa besar (Amerika Syarikat, Rusia dan China) yang merupakan perebutan kuasa antara blok komunis dan bukan komunis. 2. Ancaman yang paling serius adalah komunis. 3 .Menentang pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) 1948-1960 2. Tun Abdul Razak Hussein (1970-1975) Dasar luar yang diamalkan lebih menitikberatkan pembangunan dan integrasi sosial serta menjalankan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik. Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai sebuah “negara Islam”. Semangat ingin berbaik-baik dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan Malaysia dengan pertubuhan negara-negara berkecuali (NAM) Non- Aligned Movement. Isi tambahan 1. Kuasa besar diharapkan untuk mengiktiraf dan menghormati kawasan serantau sebagai sebuah zon yang aman, bebas dan berkecuali (zone of Peace, Freedom and Neutrality- ZOPFAN) 2. Konsep ini sesuai untuk memelihara dan mengekalkan kestabilan kawasan serantau. 3. Malaysia harus berkecuali dalam tindak tanduk kuasa besar. 1
  • 2. 4. Malaysia masih tidak mengiktiraf China dan tidak mahu berbaik dengannya.Tetapi dasar bekecuali ini telah berubah apabila TAR membuat lawatan rasmi ke negara China pada tahun 1974. 3. Tun Hussein Onn (1976- 17 Julai 1981) Menjalankan kerjasama dari segi pertahanan dan keselamatan negara. Dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1976. Malaysia telah mempereratkan hubungan serantau dengan mengangotai ASEAN Isi tambahan 1 .Bekerjasama dengan semua negara tanpa mengira ideologi atau sistem sosial negara tersebut. 2. Dasar yang dibuat adalah berlandaskan persahabatan dan saling hormatmenghormati, tidak campur tangan dan mengekalkan prinsip kewilayahan serantau. 3. Mempunyai hubungan yang erat dengan semua negara di Asia Tenggara, Indochina dan Vietnam. 4. Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) 31 Oktober 2003 Dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981. Di bawah pimpinan beliau dasar luar Malaysia lebih berorientasikan aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama, dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak, kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun dan sokongan kepada kerjasama selatan-selatan. Antara perkara yang disuarakan ialah: a) Antartika sebagai hak warisan manusia sejagat b) Dasar Pandang ke Timur c) Kumpulan 15 (G 15) d) Penyatuan Islam e) Memperjuangkan hak-hak negara membangun dalam isu-isu alam sekitar dan hak asasi manusia. 5. Dato Seri Abdullah B. Ahmad Badawi ( 2003 - kini.) Beliau telah mengariskan beberapa ketetapan dalam dasar luarnya seperti berikut : 1. Mengekalkan hubungan damai dengan semua negara tanpa mengira taraf ekonomi, ideologi dan sistem politik. 2. Mengambil pendekatan yang bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal- ehwal diplomatic serantau dan antarabangsa. 3. Membentuk hubungan dan kerjasama ekonomi yang erat dengan semua negara, terutamanya rakan-rakan ASEAN dan serantau. 4. Memajukan keamanan dan kestabilan serantau menerusi program pembangunan kapasi dan langkah-langkah penyelesaian konflik. 5. Memainkan peranan yang berpengaruh selaku Pengerusi Pergerakan Negaranegara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). 6. Terlibat secara aktif dan bermakna di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), terutamanya dalam usaha menamatkan ketidakadilan dan kezaliman serta mendaulatkan undang-undang antarabangsa. 7. Mengutarakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang toleran dan progresif. 2
  • 3. - Prinsip 3.0 Objektif dan pririoriti Dasar Luar Negara Teras dasar Luar Malaysia: a) Soal keselamatan b) Memperkukuhkan ketahanan negara (nasional resilience) c) Memajukan ekonomi negara d) Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa Dasar luar negara digubal berlandaskan prinsip yang termaktub dalam piagam Bangsa-bangsa Bersatu iaitu: a) Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah (territorial integrity) b) Tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain Contoh: Malaysia menyokong tindakan ketenteraan oleh pihak NATO ke atas Serbia yang melakukan kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk Kosovo. Reaksi tersebut mengambarkan prinsip Malaysia dalam dasar kemanusiaan. Contoh : Nur Misuari – Kerajaan Filipina c) Penyelesaian yang aman dalam sesuatu pertikaian antara negara Malaysia bersetuju membawa kes-kes tuntutan bertindih wilayah yang melibatkan Singapura dan Indonesia ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Ini menunjukkan Malaysia bersungguh-sungguh dan bersedia untuk mencari jalan penyelesaian demi menjaga hubungan dua hala. Contoh Isu Pulau Simpadan dan Ligitan keputusan telah dibuat bahawa kedua-dua pulau milik Malaysia dan bukannya Indonesia. Iaitu melaui pengumuman di Hague Belanda pada 17 Dis 2002. Isu Pulau Batu Putih @ Pedra Branca antara Malaysia dan Singapura telah dibawa ke ICJ. Keputusan menjadi milik Singapura. d) Perhubungan dua hala yang seimbang dan menguntungkan kedua-dua pihak e) Keamanan bersama 4 Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Deklarasi Bangkok yang mempunyai 3 objektif utama iaitu: 1. Menggalakkan pembangunan ekonomi, sosial dan kebudayaan di rantau ini melalui program-program kerjasama 2 .Mempertahankan kestabilan politik dan ekonomi rantau ini daripada saingan kuasa-kuasa besar 3. Sebagai forum untuk menyelesaikan masalah dan pertikaian antara negara di rantau ini. Negara anggota ASEAN 5 yang pertama : Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand 1984 Brunei 3
  • 4. 28 Julai 1995 23 Julai 1997 Vietnam Myanmar dan Laos Cambodia Isu-isu hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara Asean : i) Masalah sempadan / tuntutan bertindih Thailand - masalah persempadanan antarabangsa. 8.5 Km di Bukit Jeli Singapura – Pulau Batu Putih akan dibawa ke ICJ Indonesia – Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan telah menjadi milik Malaysia. Pertikaian wilayah di Laut China Selatan (Spratlys) melibatkan beberapa buah negara termasuk Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia, Taiwan dan China. Masalah pulau Sipadan dan Ligitan : Mahkamah antarabangsa International Courts Of Justice (ICJ). Telah diumumkan pada 17 Dis 2002 bahawa ia menjadi milik Malaysia. Pulau Batu Putih – ICJ Pertikaian Laut China Selatan – melalui perundingan Malaysia VS Brunei – isu tuntutan sempada laut dan darat ii)Masalah pendatang tanpa izin (illegal immigrants) iii) Pencerobahan perairan negara Malaysia terdedah kepada berbagai ancaman luar termasuk pencerobohan nelayan Asing, penyeludupan serta serangan lanun. Perairan negara meliputi Perairan dalaman Malaysia (Internal water of Malaysia), Laut Wilayah Malaysia (Territorial Sea Of Malaysia) dan Perairan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ). Rondaan oleh Jabatan Perikanan, Polis Marin dan Tentera Laut telah dipertingkatkan kejadian pencerobohan masih berterusan. Pendekatan yang dilakukan adalah melalui perundingan iaitu: i) Ketua Kerajaan / Perdana Menteri - kunjungan hormat - pertemuan dua hala - mesyuarat/persidangan ZOPFAN Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zone of Peace, Freedom and Neutrality telah diumumkan oleh menteri luar negara ASEAN melalui deklarasi Kuala Lumpur pada 27 September 1971. Tujuan utama menjamin keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan mengelakkan campurtangan politik dan ketenteraan kuasa-kuasa besar seperti China, Rusia dan Amerika Syarikat. Kawasan Pedagangan bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area - AFTA dalam tempoh 15 tahun. Iaitu semua barangan ASEAN boleh menembusi pasaran negara anggota tanpa dikenakan sebarang tariff atau tariff yang minimum. Tarif antara 0-5%. Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) 4
  • 5. Tujuan EAEC adalah untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan bersama terhadap ekonomi Asia Timur. Matlamat EAEC adalah untuk menggalakkan kerjasama ekonomi yang lebih luas di kalangan ekonomi-ekonomi Asia Timur bagi mencapai pertumbuhan yang berpotensi dan cemerlang. 5.0 Persidangan Negara-negara Islam (OIC) Organisasi ini ditubuhkan di Jeddah Arab Saudi pada Februari 1970. Sejarah penubuhannya ialah: Pihak Zionist cuba bertindak kejam untuk membakar masjid Al –aqsa pada 21 Ogos 1969 di Bandar Al-Quds. Enam bulan selepas itu persidangan pertama Menteri Luar Negeri negara-negara Islam telah diadakan di Jeddah, Arab Saudi di mana seketariat OIC telah ditubuhkan untuk memastikan koordinasi di antara ahli. Kehlian OIC – terdiri daripada 57 buah negara Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin,Brunei, Burnika Faso, Cameroon, Chad, The Comoros, djiborti, Mesir, Gabon, Gambia, Grinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Kyragyztan, Lebanon, Libya, Malaysia, Maldives, Mali, Mauritania, Moroco, Niger, Nigeria,Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Saudi Arabia, Seregal, serre Leone, Somalia, Sudan, Syiria, Tajikistan, Turnisia, Turki, Turkinistan, Uganda, United Arab Emirates, Yemen Zanzibar 1997-55 Bosnia Herzogovina, Maghribi dan Monzambique Matlamat utama penubuhan OIC adalah untuk: 1. Memupuk kerjasama di kalangan negara-negara dan memupuk perpaduan umat Islam di dunia 2. Mengalakkan kerjasama ekonomi, sosial dan kebudayaan di kalangan negaranegara anggota 3. Menyokong perdamaian dan keselamatan antarabangsa berteraskan keadilan 4. Memelihara tempat-tempat suci serta menyokong perjuangan rakyat Palestin bagi mendapatkan semula tanahair dan hak-hak asasi mereka. Sebuah seketariat di Jeddah. Setiausaha Agung OIC pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Dr. Abdelouahed Belkeziz (2001-2003) Kejayaan OIC: 1. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur 2. Bank pembangunan Islam – bagi menyalurkan bantuan kepada negara-negara Islam yang miskin seperti Sudan, Somalia, Pakistan dan Bangladesh. Tambahan : Tema Persidangan OIC di Malaysia ialah bertemakan Ilmu Pengetahuan dan Akhlak Asas Kemajuan Ummah. 5
  • 6. 6 KOMANWEL Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan ini bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekana. Pada tahun 1957. Matlamat utama penubuhan komenwel ialah untuk mewujudkan perpaduan dan persahabatan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British. Komanwel atau Negara-Negara Komanwel merupakan suatu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (dijajah oleh Portugis). Bukan semua ahlinya mengiktiraf permaisuri British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai monarki tersendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel. Komanwel adalah lanjutan kepada Empayar British dan ianya lahir daripada Konferen Imperial pada akhir 1920an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini. Malaysia berperanan aktif dan penting di dalam Komanwel. Penglibatan kita adalah pelbagai dan meluas. Ini adalah termasuk perkara-perkara berikut : aspek organisasi, Malaysia mempengerusikan Kumpulan Peringkat Tinggi Penilaian di dalam Komanwel pada sekitar tahun 1990an dan pada dasarnya menyemak semula peranan dan struktur Komanwel pada sekitar tahun 1990an, dan terdahulu kedua-dua pihak peringkat Ketua Kerajaan dan Pegawai Tinggi dalam tahun 1990. Malaysia juga mempengerusi mesyuarat pertama Jawatankuasa Pengerak Pegawai Tinggi (Steering Committee of Senior Officials - SCOSO) pada tahun 1993 di mana bertugas untuk menyediakan garis panduan polisi dan arahan strategik masa hadapan untuk Sekretariat Komanwel bagi membawa mandat yang telah diamanahkan. Di dalam segi politik, Malaysia bersungguh-sungguh di dalam memastikan komitmen Komanwel kepada nilai-nilai asas politik Komanwel (prinsip Harare) seperti demokrasi, hak manusia, peraturan undang-undang, ketidakbergantungan perundangan dan sebagainya yang terdapat di dalam Deklarasi Komanwel Harare. Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah sukan Komenwel pada tahun 1998. 7.0 Pergerakan Negara-negara Berkecuali / Non-Aligned Movement (NAM) 1. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1955 hasil dari resolusi Persidangan Afro Asia di Bandung Indonesia. 2. Ditubuhkan kerana pertikaian dan permusuhan antara Amerika Syarikat dan Rusia selepas perang dunia kedua. Pertikaian ini mewujudkan 2 blok di dunia iaitu Blok Barat dan Blok Komunis. 3. Anggota: negara-negara membangun di Asia, Amerika Latin dan Afrika 6
  • 7. 4. Matlamat utama ialah untuk menyelesaikan pertikaian dan pertelagahan antarabangsa secara aman, menghormati hak asasi manusia dan mengiktiraf hak kedaulatan wilayah semua negara. 5. Malaysia menyertai NAM secara rasmi pada tahun 1969. 6. Sejarah penyertaan Malaysia dalam NAM disebabkan pencerobohan Indonesia terhadap Malaysia melalui tindakan konfrantasinya. Walaupun dibantu oleh Britain dan negara-negara Komanwel tetapi masih perlu untuk mendapatkan pandangan daripada negara-negara lain. Indonesia mengatakan bahawa pembentukan Malaysia adalah muslihat British untuk memperluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara. Akhirnya masalah dapat diselesaikan. Walaupun sebagai anggota NAM Malaysia masih menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara blok Komunis (Rusia –1968) dan (Cina- 1974) Kejayaan NAM 1. Bantahan pencerobohan tentera Rusia di Afghanistan 2. Pencerobohan Yahudi terhadap kota suci dan wilayah palestin 3. Pendudukan tentera Vietnam di Cambodia (Kampuchea) 4. Serangan dan pencerobohan puak Serb ke atas Bosnia Sebelum persidangan NAM 1. Kempen Sejuta Tandatangan Aman Malaysia anjuran Perikatan Keamanan Malaysia (Aman Malaysia) bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjamin keamanan sejagat. 2. Sebagai tanda sokongan menentang hasrat Amerika Syarikat menyerang Iraq. Negara anggota Afghanistan, Algeria, Angola, Bahamas, Bahrain, Bangladesh, Barbados, Belarus, Belize, Benin, Bhutan, Bolivia, Botswana, Brunei, Burkina Faso, Burundi, Cambodia, Cameroon, Cape Verde, Central African Republic, Chad, Chile, Colombia, Comoros, Congo, Cote d'Ivoire, Cuba, Cyprus, Democratic People's Rep of Korea, Democratic Republic of the Congo, Dominican Republic, Djibouti, Ecuador, Egypt, Equatorial Guinea, East Timor, Eritrea, Ethiopia, Gabon, Gambia, Ghana, Grenada, Guatemala, Guinea, Guinea-Bissau, Guyana, Honduras, India, Indonesia, Iran, Iraq, Jamaica, Jordan, Kenya, Kuwait, Laos, Lebanon, Lesotho, Liberia, Libya, Madagascar, Malawi, Malaysia, Maldives, Mali, Malta, Mauritania, Mauritius, Mongolia, Morocco, Mozambique, Myanmar, Namibia, Nepal, Nicaragua, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine (PLO), Panama, Papua New Guinea, Peru, Philippines, Qatar, Rwanda, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Sao Tome and Principe, Saudi Arabia, Senegal, Seychelles, Sierra Leone, Singapore, Somalia, South Africa, Sri Lanka, Sudan, Suriname, Swaziland, Syria, Thailand, Togo, Trinidad and Tobago, Tunisia, Turkmenistan, Uganda, United Arab Emirates, United Republic of Tanzania, Uzbekistan, Vanuatu, Venezuela, Vietnam, Yemen, Zambia, Zimbabwe. Negara yang baru menyertai ialah East Timor, Saint Vincent dan Grenadines di mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur. Dr. Mahathir menjadi pengerusi NAM yang mengandungi 116 anggota dari negara sedang membangun, bagi menggantikan Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki pada edisi ke-13 persidangan pemimpin NAM. 7
  • 8. 8.0 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) - Latar Belakang Sebelum wujud PBB negara-negara di dunia telah menubuhkan Liga Bangsabangsa.ditubuhkan sebelum perang dunia dan bertanggungjawab mengekalkan keamanan antarabangsa turut terkubur . Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat. Ibu Pejabat PBB terletak di New York, Amerika Syarikat. Dianggotai 191 buah negara - Objektif a) Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia b) Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan c) Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama Keahlian PBB terbuka kepada semua negara merdeka dengan syarat mereka setuju dengan piagam PBB. Ketua setiausaha PBB ialah Setiausaha Agung Setiausaha Agung pertama – Trygve Lie (Norway) - Lima Anggota tetap PBB yang mempunyai kuasa Veto b) Amerika Syarikat c) Rusia d) Britain e) Perancis f) China - Malaysia menyertai PBB pada tahun 1957 - Prinsip-prinsip yang diamalkan oleh PBB a) Kedaulatan yang sama bagi semua negara b) Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara asing c) Semua negara mempunyai hak bersuara dan mempunyai undi yang sama d) Semua masalah perlulah diselesaikan secara aman e) Menentang penggunaan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian f) Melarang penggunaan senjata - Badan–badan penting a) Majlis Perhimpunan Agung b) Majlis Keselamatan c) Majlis Ekonomi dan Sosial d) Majlis Amanah - Berpusat di New York e) Mahkamah PengadilanAntarabangsa – Hague –Belanda (Netherlands) - Agensi-agensi kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan b) Bank Dunia c) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) d) Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) e) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) f) Persidangan Pertumbuhan Pembangunan Alam Sekitar (UNCED) g) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) h) Persidangan Pertubuhan Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) - Malaysia telah menghatar beberapa Batalion tentera (Malbatt)ke: a) Sempadan Iran-Iraq b) Cambodia(Kampuchea) 8
  • 9. c) Somalia d) Bosnia Anggota tetap Majlis Keselamatan adalah Perancis, Russia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China manakala anggota bukan tetap sekarang ini ialah Jerman, Guinea, Mexico, Pakistan, Sepanyol, Syria, Angola, Bulgaria, Cameroon dan Chile 2.1 Aktiviti Tutorial Bincangkan peranan PBB dalam menjaga keamanan dunia. 9
  • 10. c) Somalia d) Bosnia Anggota tetap Majlis Keselamatan adalah Perancis, Russia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China manakala anggota bukan tetap sekarang ini ialah Jerman, Guinea, Mexico, Pakistan, Sepanyol, Syria, Angola, Bulgaria, Cameroon dan Chile 2.1 Aktiviti Tutorial Bincangkan peranan PBB dalam menjaga keamanan dunia. 9

×