Keutamaan Zakat dan Sedekah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
8,855
On Slideshare
8,844
From Embeds
11
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
360
Comments
0
Likes
1

Embeds 11

http://tazkirahptar.blogspot.com 10
http://www.google.co.id 1

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KEUTAMAAN ZAKAT DAN SEDEKAH PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (CITU) UiTM SHAH ALAM
  • 2.
    • ZAKAT
  • 3. RUKUN ZAKAT “ Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103) “ Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”-   Surah An-Nur (ayat 56)
  • 4. “ Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” -  Surah Al-Baqarah (ayat 83) Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.
  • 5. PENGERTIAN ZAKAT
    • Bahasa
    • Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
    • Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
    • Istilah Syarak
    • Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
  • 6. HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
    • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
    • Membersihkan diri pembayar zakat.
    • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
    • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
    • Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • 7. HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
    • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
    • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
    • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
    • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
    • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat
  • 8. SIAPA YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT ??
  • 9. SIAPA YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT ??
  • 10. SIAPA YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT ??
  • 11. HARTA YANG WAJIB DIZAKAT
    • Terdiri daripada dua jenis zakat iaitu :
    • Zakat fitrah
    • Zakat harta
  • 12. JENIS-JENIS HARTA YANG DIKENAKAN ZAKAT
  • 13.
    • Ma’adin Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
    • Kunuz Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
    • Rikaz Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)
  • 14. ASNAF (PENERIMA) ZAKAT “ Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Surah At-Taubah : ayat 60)
  • 15. KATEGORI ASNAF Asnaf Fakir Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain. Asnaf Miskin Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
  • 16. KATEGORI ASNAF
    • Asnaf Amil
    • Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau
    • Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
    • Asnaf Muallaf
    • Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang
    • dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya
    • mereka teguh mencintai Islam.
  • 17. KATEGORI ASNAF
    • Asnaf Riqab
    • Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
    • Asnaf Gharimin
    • Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
    • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
    • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
    • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
  • 18. KATEGORI ASNAF
    • Asnaf Fisabilillah
    • Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
    • Asnaf Ibnu Sabil
    • Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
    • Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
    • Pengembaraan diharuskan oleh syarak.
  • 19. LIMA GOLONGAN YANG TIDAK BOLEH MENERIMA ZAKAT
    • Keluarga Rasulullah dan keturunannya
    • Orang kaya , dengan harta atau dengan usahanya
    • Orang yang sibuk beribadat sunat untuk kepentingan sendiri dan lupa menunaikan kewajipan mencari nafkah
    • Orang kafir yang memusuhi Islam (harbi/atheis)
    • Hamba sahaya atau mereka yang nafkahnya menjadi tanggungan orang yang mengeluarkan zakat.
  • 20. ANCAMAN KEPADA GOLONGAN YANG ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT
    • Dari sahabat Ibnu Umar r.a:
    • “ Bahawasanya orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat, di akhirat nanti akan ditempatkan dengan Qarun dan Firaun yang sudah terkenal dalam sejarah sebagai manusia-manusia yang ingkar.
    • Dari Ibnu Abbas r.a :
    • “ Bahawasanya kewajipan solat dan zakat tidak boleh dipisah-pisahkan. Jika zakat tidak ditunaikan nescaya solat seseorang tidak akan diterima (mardud) , demikian pula sebaliknya.”
  • 21.
    • SEDEKAH
  • 22. DEFINISI SEDEKAH
    • Bahasa : pemberian yang disunatkan
    • Istilah : pemberian seseorang secara ikhlas, kepada yang berhak menerimanya yang diiringi oleh pemberian pahala dari Allah.
  • 23. ANJURAN BERSEDEKAH
    • Surah Al-Baqarah : ayat 254
    “ Wahai orang-orang yang beriman!, belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari ( kiamat ) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan atau teman ( yang memberi mamfaat ) serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim”.
  • 24. ANJURAN BERSEDEKAH
    • Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :
    • “ Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tangan yang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima”.
    • ( Riwayat muslim )
  • 25. HUKUM BERSEDEKAH
    • Hukumnya adalah “Sunat” –mengikut kemampuan pemberi.Ini berdasarkan dalil-dalil tersebut :
    • a) Al-Baqarah : ayat 280
    • b) Hadith Nabi SAW yang bermaksud:
    • “ Bersedekahlah walaupun dengan sebutir kurma, kerana hal itu dapat menutup dari kelaparan dan dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api.
    • (HR Ibn Al-Mubarak)
  • 26. BENTUK-BENTUK SEDEKAH (Secara Umum-meliputi segala bentuk kebaikan)
    • Bersedekah dengan harta yang dimiliki
    • Menolong orang yang memerlukan dan berhajat
    • Melakukan kebaikan dan mencegah diri dari melakukan kejahatan
    • Mendamaikan dua orang yang bermusuhan secara adil
    • Menolong seseorang menaiki tunggangannya
    • Mengangkat barang-barang saudaranya ke atas tunggangan
  • 27. BENTUK-BENTUK SEDEKAH
    • Menyingkirkan rintangan dari jalan
    • Setiap langkah yang diatur untuk mengerjakan solat
    • Membaca takbir, tahmid,tahlil dan istighfar
    • Amar makruf nahi mungkar
    • Membuang duri dan batu di jalanan
    • Menuntun orang buta
    • Memperdengarkan orang tuli dan bisu
    • Senyum
  • 28. SEDEKAH YANG TERBAIK/ AFDHAL
    • 1) Pemberian sedekah secara tersembunyi
    • "Jika kamu menampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang-orang fakir, maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat."
    • (Surah Al-Baqarah :ayat 271).
    • Abu Hurairah r.a ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada menjelaskan :
    • “ Salah satu kelompok hamba Allah S.W.T yang mendapat naungan Allah S.W.T pada hari kiamat kelak ialah mereka yang memberi sedekah dengan tangan kanan lalu disembunyikan seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan”.
  • 29. SEDEKAH YANG TERBAIK / AFDHOL
    • 2) Sedekah lebih utama diberikan kepada kaum kerabat terdekat yang sedang memerlukannya sebelum diberikan kepada orang lain. Namun sedekah sewajarnya diberikan kepada orang yang benar-benar sedang memerlukan kepada huluran tangan orang lain.
    • 3) Menyedekahkan harta yang elok dan disukai ikhlas kerana Allah (Surah Al-Insan : ayat 8)
  • 30. KELEBIHAN BERSEDEKAH
    • Harta yang darinya dikeluarkan sedekah akan menjadi subur dan berkembang (berkat). Tidak seperti harta riba yang akan musnah, hilang berkatnya dan mengheret tuannya ke neraka.
    • ” Allah S.W.T kurangkan ( kebaikkan harta yang dijalankan dengan mengambil ) riba dan ia pula mengembangkan ( berkat harta yang dikeluarkan ) sedekah-sedekah dan zakatnya”.
    • (Surah Al-Baqarah : ayat 276)
    • Sedekah berupaya menyembuhkan penyakit
    • ” Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”.
  • 31. KELEBIHAN BERSEDEKAH
    • Menghapuskan dosa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
    • ” Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.
    • Membersihkan harta kekayaan
    • Menyenangkan dan menggembirakan hati orang miskin
  • 32. LIMA KEBAIKAN BERSEDEKAH DI AKHIRAT
    • Sedekah akan menjadi naungan baginya
    • Sedekah akan meringankan hisab perhitungan amalnya
    • Memberatkan timbangan mizan
    • Memudahkan pemberinya menyeberangi titian siratul mustaqim
    • Bertambah darjatnya di syurga
  • 33. TIGA GOLONGAN MANUSIA DALAM BERSEDEKAH
    • Golongan pertama – bersedekah kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada manusia. Dia tidak akan mendapat bahagiannya di akhirat malah menjadi orang pertama yang dibakar dalam api neraka
    • Golongan kedua – bersedekah kerana malu. Dia memperoleh pahala dan ganjaran. Ada pula yang bersedekah kerana sudah menjadi kebiasaan
    • Golongan ketiga – bersedekah dengan ikhlas. Dialah yang mendapat pahala dan dialah hamba Allah. (Al-Baqarah : ayat 5)
  • 34. SEDEKAH YANG TIDAK DIBOLEHKAN
    • Harta milik bersama, jika diambil tanpa izin pihak satu lagi (Cth: isteri menyedekahkan harta suami tanpa izin ). Tetapi, dibolehkan sekiranya ia telah menjadi amalan dan kebiasaan dalam satu rumah tangga.
    • Harta yang haram dari segi zat (daging babi, anjing, arak dll) atau haram dari segi sumber (hasil judi,merompak,rasuah dll-Surah Al-Mukminun : ayat 51/ Al-Baqarah : ayat 172)
  • 35. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SEDEKAH
    • Al-Mann (membangkit-bangkit) – Orang yang bersedekah terus mengingat-ingat dan menyebut-nyebut di hadapan orang lain bahawa dia bersedekah.
    • Al-Adza (menyakiti) – Pemberi sedekah menyakiti hati penerima dengan perbuatan / perkataannya.
    • Riya’ (memperlihatkan) – Menunjuk-nunjuk kepada orang lain, seperti hanya bersedekah di hadapan orang ramai, namun kikir di saat bersendirian, menghebahkan sedekahnya supaya disanjung dan dipuji sebagai dermawan.
    • (Rujuk Surah Al-Baqarah:ayat 261/262/264)
  • 36. PERBEZAAN ANTARA ZAKAT DAN SEDEKAH Kepada sesiapa sahaja termasuk haiwan 8 asnaf yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Quran sahaja Penerima Tidak terbatas kepada harta kekayaan secara fizikal, malah mencakupi semua kebaikan Harta kekayaan secara fizikal Bentuk harta yang dikeluarkan Disunatkan kepada setiap orang beriman sama ada yang kaya atau miskin, kuat atau lemah Diwajibkan kepada orang-orang kaya yang telah memenuhi syarat (cukup nisab dan haul) Golongan yang mengeluarkannya SEDEKAH ZAKAT KRITERIA
  • 37. CABARAN BERZAKAT DAN BERSEDEKAH
    • Syaitan sering mengancam dan menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan dan kefakiran dengan bersedekah.
    • (Surah Al-Baqarah : ayat 268)
  • 38. SIAPA YANG MENOLAK LIMA(5), MAKA ALLAH AKAN MENOLAK DARIPADANYA LIMA (5)
    • Siapa yang menolak untuk mengeluarkan zakat, maka Allah akan menolak keselamatan hartanya.
    • Siapa yang menolak (enggan) bersedekah, maka Allah akan mengurangkan kesihatannya.
    • Siapa yang menolak mengeluarkan pengeluaran zakat tanamannya, maka Allah akan menolak berkat tanahnya.
    • Siapa yang menolak untuk berdoa, maka Allah tidak suka menerimanya.
    • Siapa yang meringankan solatnya, maka Allah akan menolak kalimah La ilaha Illahnya ketika mati.(sukar untuk mengucapkan syahadah)
  • 39. RUJUKAN
    • Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni, Jagalah Allah, Allah Menjagamu (2006), Jasmin Enterprise,Kuala Lumpur.
    • M.Natsir Arsyad, Seputar Rukun Iman dan Rukun Islam (1992), Penerbit Al-Bayan,Indonesia.
    • Ustaz Hj.Hassan Mahmud Al-Hafiz,Mukmin Sejati (2003), Al-Hidayah Publishers,Kuala Lumpur.
    • Dastghaib Shirazi, Bermasyarakat Menurut Al-Quran (2005),Penerbit Al-Huda,Jakarta.
    • Dr.A.Rahman Ritonga, Fiqh Muamalah (1999), Penerbit Edaran Kalam,Kuala Lumpur.
    • Abullaits Assamarqandi Hj.Salim Bahreisy, Tanbihul Ghafilin, Jilid 1&2 (1989),Victory Agency,Kuala Lumpur.
    • Abu Muhammad haziq, Himpunan Dosa-dosa Besar dan Larangan Dalam Islam (2003), Pustaka Ilmi,Kuala Lumpur.
    • http://www.e-zakat.com.my/info-zakat