• Like

Ctu 281 kuliah 10 seni muzik-islam

  • 1,108 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,108
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
47
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Sejarah seni muzik islam
  • 2. PENDAHULUAN • Nyanyian dan muzik boleh mengubah sikap ke arah pencapaian peradaban yang bererti di • samping mempunyai kekuasaan tersendiri hingga boleh menukar emosi menjadi terharu, sedih,pilu, menangis bahkan gila. Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan muzik sangat rapathubungannya dengan jiwa manusia
  • 3. SENI MUZIK SEBELUM ISLAM • Diceritakan daripada al-Isfahani bahawa raja tubba’ yang terakhir iaitu ‘Als ibn Zaid merupakan orang pertama yang menyanyi di Yaman. Lagu-lagu sebelum islam di yaman muncul pada abad ke 19 iaitu ketika zaman al-Mas’udi yang banyak terpengaruh dengan petikan-petikan puisi ibn Khurdadhbih.
  • 4. SAMBUNGAN… • Rakyat Yaman pada ketika itu diperkenalkan dengan dua jenis muzik iaitu Himyari dan Hanafi. Muzik Himyari merupakan muzik yang berbentuk klasik. Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah kebanyakkannya berasal dari arab selatan. Antaranya ialah seperti mi’zaf dan kus (dram kawah).
  • 5. SAMBUNGAN….. • Hijaz, terdapat bacaan dan nyanyian daripada mu’allaqat yang terkenal. Pada zaman Banu ‘Amaliq, seniwati-seniwati legenda telah dipanggil semula bagi memeriahkan lagi bidang kesenian pada ketika itu. • Ahli muzik dari al-Hijaz didapati berkebolehan dalam pelbagai bidang. Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti mizhar, mi’zafa (alat muzik bertali), qussaba (seruling), mizmar dan duff (rebana).
  • 6. SAMBUNGAN….. • Ahli muzik dari al-Hijaz didapati berkebolehan dalam pelbagai bidang. Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti mizhar, mi’zafa (alat muzik bertali), qussaba (seruling), mizmar dan duff (rebana). • Al-Hira merupakan salah satu lagi pusat kebudayaan yang terpenting. Walaupun dalam kejatuhan Bandar Babylon, Mesopotamia masih lagi aktif dalam bidang kesenian. Ini kerana diantara seniman-senimannya seperti Chaldaeans, Aramaeans dan Jews yang masih lagi aktif dengan kebudayaan bangsa arab
  • 7. SAMBUNGAN… • Budaya Ghassanid merupakan budaya yang paling terkenal dikalangan raja-raja arab dizaman jahiliyyah. Al-Nabigha dan Hassan ibn Thabit telah memberikan sumbangan dalam kesenian di mahkamah Ghassanid yang mana mereka berdua bukan sahaja ahli muzik dari arab tetapi karya mereka diminati dan dinyanyi oleh seniwati-seniwati al-Hira dan Byzantium.
  • 8. SENI MUZIK PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W • Dalam kitab al-Aghani iaitu merupakan salah satu kitab yang terkenal telah menceritakan bahawa tiada halangan yang spesifik keatas muzik pada zaman permulaan islam. • Tradisi atau sejarah ada yang menunjukkan nabi Muhammad s.a.w bertoleransi dan dapat menerima muzik yang berbentuk instrumental
  • 9. SAMBUNGAN… • Muzik merupakan suatu keperluan kepada pelawat-pelawat ke tanah suci. Terdapat banyak muzik yang dimainkan dalam majlis-majlis tertentu dalam kehidupan masyarakat jahiliyyah arab. Muzik dibenarkan jika ianya memberi kegembiraan dan kepuasan dalam suatu majlis seperti majlis pertunangan, perkahwinan, ulangtahun kelahiran dan upacara perkhatanan.
  • 10. SENI MUZIK ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN • Seni muzik pada zaman khulafa’ boleh dikatakan penggunaannya seakan dihalang dan diharamkan. Kebanyakkan khalifah kurang berminat dalam seni muzik • Pada zaman Abu Bakar (632-634) boleh dikatakan bahawa muzik adalah suatu yang malahi iaitu kesukaan atau hiburan yang diharamkan. Seniwati yang bekerja sebagai hamba dirumah bangsawan arab mungkin dapat menuruti larangan ini dan tidak melibatkan diri dalam bidang seni.
  • 11. SAMBUNGAN… • Pada zaman umar (643-644), keadaan dan pandangan beliau terhadap muzik sedikit berlainan daripada pandangan Abu Bakar. Umar dikatakan agak boleh menerima seni muzik. Ini kerana, menurut hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah bahawa umar telah banyak mendengar lagu yang didendangkan oleh seniwati pada zaman nabi. ‘Asim iaitu anak kepada umar adalah seorang yang aktif dalam bidang muzik pada zaman khalifah al-Nu’man ibn ‘Adi yang juga merupakan penaung atau ketua kesenian.
  • 12. SAMBUNGAN… • Dibawah pemerintahan khalifah uthman pula (644-656), suatu perubahan yang hebat dari segi politik dan social masyarakat arab telah berlaku. Tidak seperti khalifah umar yang sudah berpuas hati walaupun tinggal ditangga masjid di madinah, sifat khalifah uthman ternyata berbeza kerana beliau lebih suka kepada kekayaan • Dengan adanya dan terbinanya istana-istana dan rumah-rumah golongan bangsawan ini, maka muzik dan ahli muzik mendapat tempat yang tinggi dan istimewa.
  • 13. SAMBUNGAN…. • Tidak banyak perubahan yang berlaku pada zaman Ali (656-661). Ini kerana saidina Ali sendiri seorang seniman dan beliulah orang pertama yang munubuhkan dan pusat penjagaan yang sebenar kepada kehalusan seni dan surat-surat dengan membenarkan pengajian dalam bidang sains, puisi dan muzik • . Bermula daripada saat itu, masa depan muzik terjamin dan selepas pemerintahan zaman khalifah al-Rasyidin, tampuk pemerintahan dikuasai oleh dinasti Umayyah. Pada zaman ini kesenian dikukuhkan lagi secara praktikal di mahkamah.
  • 14. SAMBUNGAN…. • Penutupan atau berakhirnya zaman khalifah disaksikan dengan pelbagai pengenalan kepada pelbagai jenis muzik yang dikenali sebagai ghina al-mutqan. Ianya adalah merupakan penampilan istimewa yang menitik beratkan kepada iqa’ atau rentak melodi lagu yang bergantung kepada panjang rangkap sesuatu lagu.
  • 15. SENI MUZIK ZAMAN UMAYYAH • Seni muzik zaman Umayyah dapat dilihat melalui kemunculan kembali lagu-lagu dan nyanyian-nyanyian yang pernah terkenal pada zaman Jahiliyyah dahulu kala, • Pada masa pemerintahan Bani Umayyah, rancangan muzik mula meresap masuk ke istana khalifah. Yazid bin Muawiyah adalah orang pertama yang telah mengadakan majlis keramaian untuk menikmati lagu-lagu atau irama muzik.
  • 16. SAMBUNGAN… • Telah muncul beberapa orang penyanyi terkenal seperti Tuis, Ibni Suraij, Gharidz, Ibni Mahraz dan Ma’bad. Mereka semuanya berketurunan Arab. Di antara penyanyi terkenal itu,muncul pula beberapa orang penyanyi wanita seperti Jamilah dan anak muridnya Hubabah dan Salamah Alqes iaitu hamba kepada Khalifah Yazid bin Abdul Malik • Alat muzik yang wujud ketika itu adalah seperti seruling, trumpet, gendang, tambor dan alat-alat yang menggunakan tali seperti gambus (Mahmood. 1971 : 170-171).
  • 17. Pemuzik-Pemuzik Di Zaman Umayyah • Said bin Misjah, Syureih, al’-Aridh, ibnu Muhriz, Ibnu Aisyah, Ma’bah, Thuwais, al- Dallah, Jamilah, Hait, Badrul Fud, Nauum el-Duha, Azzatul Maila, Hababah, Salamatul Qass, Balilah dan Lazzatul Aisyi.
  • 18.
  • 19. • BUZUQ MIZMAR RABABAH
  • 20. RIQQ SAJAT
  • 21. SENI MUZIK ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH • Kehebatan dan kemajuan seni muzik ini dapat dilihat melalui lukisan-lukisan yang terdapat dalam kitab Alpum Al-Lail atau Hikayat Seribu Satu Malam, yang dihiasi dengan gambar-gambar sekumpulan ahli muzik yang sedang membuat persembahan mereka di hadapan khalifah • kerana kerajaan Abbasiyyah menjadikan syarat kepada semua rakyatnya supaya mahir dalam bidang muzik dan menyanyi sebagai salah satu syarat untuk mendapatkan pekerjaan. Hanya mereka yang cekap bermain alat-alat muzik dapat diterima menjadi pelayan, dayang-dayang dan inang pengasuh di istana atau di rumah-rumah pembesar dan hartawan, oleh sebab itu semua pemuda dan gadis menjadi kewajipan untuk mereka belajar dan mendalami bidang muzik.
  • 22. SAMBUNGAN • Di antara khalifah Bani Abbas, Harun al- Rahsyid adalah khalifah yang paling sukakan lagu-lagu dan muzik. • Ramai penyanyi terkenal pada zaman Harun al-Rahsyid, seperti Mansur Zalzal, Ismail Abu Kasim, Miskin al-Madani.
  • 23. Tokoh-Tokoh Muzik Zaman kerajaaan Abbasiyyah • Oleh sebab penekanan yang diberikan oleh pemerintah kepada rakyatnya untuk mahir dalam bidang nyanyian dan muzik, telah melahirkan ramai biduan-biduan yang terkenal seperti Ma’bad, ibnu Muhriz, Ibnu Misjah, Ibnu Suraji dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat juga biduanita-biduanita yang terkenal seperti Basbas, iaitu penyanyi di istana Khalifah al-Mahdi, Zatul-Khal dan Bazel di istana Khalifah al-Rahshid, manakala Fitna di istana Jaafar al-Barmaki, Dananir di istana Yahya al- Barmaki, dan Neam di istana Khalifah al-Maknun. Manakala al-Kindi dan al-Farabi banyak juga menulis tentang teori-teori muzik.
  • 24. SAMBUNGAN • Pada masa tersebut telah melahirkan senaman al- Syatibi, yang merupakan seorang pemain biola yang terkemuka dan selalu memainkan biolanya hingga para gadis tidak dapat tidur kerana kelunakan gesekan biola al-Syatibi. • Al-Farabi juga merupakan seorang tokoh muzik yang terkemuka pada zaman Abbasiyyah. • Satu keistimewaan yang tidak biasa dimiliki oleh ulama’- ulama’ lainnya ada pada al-Farabi ialah dia pakar dalam ilmu muzik. Dia bukan sahaja pandai dalam teori tapi juga pandai menyanyi dan memainkan alat-alat muzik . Dia telah mengarang 5 buah kitab tentang muzik .
  • 25. BIOLA
  • 26. SEJARAH KESENIAN ISLAM ZAMAN ANDALUS • Pada masa ini mucul ramai penyanyi yang terkenal seperti Abu al-Hasan Ali bin Nafe’ atau lebih dikenali dengan gelaran “Bazriyab • Pada asalnya beliau adalah seorang hamba yang dibebaskan oleh Khalifah Muhammad al-Mahdi. Beliau telah belajar muzik dan lagu daripada Ishak al-Mausili.
  • 27. SAMBUNGAN • Pada masa pemerintahan Amir Abdul Rahman, seni muzik dan seni suara begitu berkembang luas di seluruh kawasan di Andalus. • Ramai di kalangan pembesar yang mahir memain alat muzik dan menyanyi. Ibrahim al- Mahdi adalah seorang ahli muzik yang terkenal . Khalifah al-Wathiq pula pandai memetik gambus dan beliau telah mencipta sebanyak seribu lagu. Begitu juga dengan Khalifah Mu’taz yang mempunyai bakat dalam seni suara dan muzik .
  • 28. Alat-alat Muzik Zaman Andalus • oud dan gitar arab • Kecapi merupakan satu alat muzik yang berbentuk gitar yang mempunyai empat alat bertali. Dan juga merupakan satu alat muzik yang penting di Eropah pada abad 12 dan ke 13 kerana ia merupakan salah satu alat muzik yang terkenal dan amat dihormati dalam mahkamah-mahkamah Diraja sepanjang Europe.
  • 29. THE OUD (GUITAR)
  • 30. SENI MUZIK ISLAM ZAMAN UTHMANIYYAH
  • 31. • Kesenian muzik pada masa kerajaan Uthmaniyyah berkembang maju berkonsepkan muzik tradisi. • Orang Eropah telah menggariskan muzik Uthmaniyyah yang menonjol merangkumi empat perkara iaitu peralatan muzik, Janissary atau muzik Mehter, penari perempuan dan bentuk pusingan. • Pengembara Itali yang bernama Pietro Della Valle menceritakan dalam tahun 1614 bahawa sebuah alat muzik dihasilkan daripada 14 atau 15 batang buluh yang mana pemain akan meniup seruling menggunakan bibir ke kanan dan ke kiri
  • 32. • Warisan muzik pada masa kerajaan Uthmaniyyah di Turki terdiri daripada muzik timur yang dibawa dari Greek melalui Byzantine, melepasi Tanah Arab dan kemudian menuju ke Parsi. • Lagu popular orang Turki adalah lagu yang berunsur cinta dan keberanian ataupun keperwiraan. • Muzikal tradisi kerajaan Uthmaniyyah ialah bard iaitu ozan, cogur dan ashik. Unsur-unsur Barat begitu banyak ditemui dalam muzik Turki iaitu suatu yang aneh dari muzik
  • 33. • Negara Turki dan rakyat negara itu menjadi kebiasaan dengan warisan muzikal dan muzikal begitu berbeza di antara muzik Turki dengan syair iaitu yang berasal dari Greek, Bulgaria dan Tanah Arab. Setiap bidang di negara Turki mempunyai muzik yang tersendiri. • Setiap bidang mempunyai lagu yang berbeza-beza dan muzik yang berbeza-beza. Sepertimana orang Turki menyanyikan diiringi dengan kopuz, penduduk Serbia meggunakan alat muzik yang diberi nama guslar yang dimainkan secara berulang-ulang bersama-sama dengan epik penceritaan diiringi dengan alat muzik gusle iaitu sebuah alat muzik yang bertali yang berasal dari Asia Kecil barangkali dalam abad ke-11 Tarian Mewlevis merupakan tarian yang terkenal pada masa pemerintahan Uthmaniyyah. Tarian Mewlevis muncul pada abad ke-13 di Konya pusat pentadbiran kerajaan Saljuk yang berdasarkan muzik ritual
  • 34. TARIAN DERVISH VIOLIN
  • 35. SENI MUZIK ISLAM ZAMAN MUGHAL
  • 36. 1. Muzik di India terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. 2. Beliau melantik ramai ahli muzik yang terkenal seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan Tantarang Khan. 3. Tan Sen merupakan seorang ahli muzik istana pada masa pemerintahan Akbar- mencipta tabla dan sitar
  • 37. SITAR TABLA
  • 38. 1. Tan Sen banyak mencipta rentak Raga yang baru seperti Miyan kee Todi, Miyan kee Malhar, Miyan kee Sarang, Darbari, Lankdhan, Sarang dan Dhulia-malhar. 2. Terdapat ramai lagi ahli muzik istana seperti Raja Man Tanwar dari Gwalior. 3. Beliau juga menghasilkan empat buah buku berkaitan dengan muzik seperti Sarvado Uday Chandrovidaya, Raga Mala, Raga Mangaree dan Nartan ataupun Nidayan.
  • 39. 1. Selepas kemangkatan Sultan Akbar pada tahun 1605, pemerintahan kerajaan Mughal di ambil alih oleh anaknya, Jahangir. Beliau tidak begitu gemar dengan muzik tidak seperti bapanya. 2. Tidak ada aktiviti muzikal yang diadakan 3. Terdapat juga ahli muzik yang terkenal pada masa pemerintahan Jahangir seperti Jahangeerdad Chhatar Khan, Purvezad dan Khurram-dad Makhu, Haurzard Belaokhan.
  • 40. 1. Terdapat dua buah buku yang menceritakan tentang muzik ialah Rag Bibodh yang ditulis oleh Pt.Somnath dari Rajmundri pada tahun 1609 dan Sangeet Darpan yang dikarang oleh Pt. Damodar Mishra pada tahun 1625. 2. Rag Bibodh menceritakan tentang jenis-jenis rentak Veena dan cara dimainkan manakala Sangeet Darpan menceritakan tentang sistem muzik orang India.
  • 41. 1. Pada abad ke-17, pemerintahan kerajaan Mughal di ambil alih oleh anak Jahangir iaitu Shah Jahan 2. Ahli muzik yang terkenal pada masa pemerintahan beliau ialah Mahapatten, Jagannath ( telah menerima gelaran sebagai Kaviraj), Lal Khan dan Dairang Khan (dikenali sebagai Gunsamudsa). 3. Buku mengenai sistem muzik di India telah diterbitkan pada masa pemerintahan Shah Jahan Sangget Parijat yang dikarang oleh Pt. Ahobal. Kemudian, Sangeet Panjat, Sri Haridaya Narain Deva menulis dua buah buku mengenai seni muzik.
  • 42. 1. Buku tersebut berjudul Haridaya Kautuk dan Haridaya Prakash. Sri Haridaya Narain memperkenalkan shuddha dan Vikrit swaras yang mempunyai perbezaan pada panjang nada dari alat muzik yang bertali. 2. Pada pertengahan abad ke-17, kegemilangan seni muzik India semakin merosot. Pemerintah Aurangzeb dan Mohammad begitu benci dengan persenbahan muzik dan menghalau semua ahli muzik dari istana serta memberhentikan pertunjukan pentas. 3. Walaubagaimana pun terdapat beberapa buah buku mengenai sejarah muzik dan teori muzik telah ditulis pada masa ini
  • 43. • Salah sebuah buku yang terkenal ialah Rag-darpan (The Mirror of Music) yang dikarang oleh Fakirullah (Saif Khan). Buku tersebut adalah terjemahan kepada Man-Kauthal yang dikarang oleh Raja Man Singh dari Gwalior • Dalam muzik India. Thata merupakan hasil yang dibunyikan dari 12 nada daripada Octava. Thata adalah gabungan mana-mana dari tujuh nada Octava
  • 44. SAMBUNGAN…. • Terdapat empat alat muzik India yang dimainkan iaitu Tata Jati (alat muzik bertali), Vitata Jati (alat muzik bertali), Sushir Jati(alat tiupan) dan Ghana Jati (alat muzik genderang • Alat muzik purba India ialah drum dan gong. Alat muzik tersebut di kenali sebagai genderang , mridangan di Selatan India yang dikatakan tidak berapa berkembang. Mridangan boleh menghasilkan pelbagai jenis bunyi
  • 45. SAMBUNGAN….. • Di sebelah utara, tabla dan dua buah drum diambil daripada tabla Arab yang merupakan alat muzik yang terpenting kepada muzik India hari ini. Alat muzik bertali seperti biola, petikan gitar sejenis pancang( sebatang kayu atau tembaga yang digunakan untuk tunjuk pada hujung yang ditolak ke dalam).
  • 46. SERANGGI DRUM ALAT MUZIK BERTALI
  • 47. SERULING
  • 48. SENI MUZIK ISLAM DI ALAM MELAYU
  • 49. 1. Sebelum kedatangan Islam, muzik di Alam Melayu berunsurkan Hindu dan Buddha. 2. Islam juga memperkenalkan bentuk- bentuk nyanyian yang mengagungkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. 3. Sekarang ini persembahan ini dikenali sebagai hadrah, rodat, dabus dan dikir rebana. Kesemuanya dipersembahkan secara berkumpulan yang diiringi dengan rebana dan gong
  • 50. Rodat 1. Rodat merupakan sejenis muzik yang berasal dari tanah Arab. Perkataan rodat dipercayai berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ulang-ulik, bersahut-sahutan kembali atau yang menunjukkan berbalas-balas. 2. Rodat juga dipercayai lahir bersama- sama nazam, maulud, berzanji, zapin, hasiddah, nasyid dan berhadrah
  • 51. Hadrah 1. Hadrah berasal dari negara Timur Tengah 2. Hadrah merupakan paluan gendang bersertakan nyanyian yang memuji kemuliaan Tuhan, nasihat kepada saudara seagama, pujian untuk pengantin dan sebagainya.
  • 52. Ghazal 1. muzik ghazal juga berasal dari Tanah Arab yang dikatakan berkembang pesat di sekitar abad ke-8. Perkataan ghazal dipinjam daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi kasih. 2. Dari tanah Arab, ghazal berkembang ke Parsi, Turki, India dan tempat-tempat lain termasuklah Malaysia. 3. Ghazal menjadi Dendang Istana dan merupakan persembahan utama dalam majlis- majlis keramaian diraja atau di pesta-pesta negara.
  • 53. Dabus 1. Muzik dabus hampir sama dengan hadrah dan rodat. Kumpulan muzik dabus berzikir memuji Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w dan juga mengiringi tarian biasa 2. Dabus berasal dari perkataan Bugis yang bermaksud batang besi yang tajam yang dipegang oleh penari semasa menari. Jumlah ahli kumpulan muzik dabus terdiri di antara 15- 18 orang yang dibahagikan kepada lapan orang penari dan 8-10 ahli muzik. Alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik dabus ialah rebana dan sebiji gong. 3. Bilangan rebana berbeza dari kumpulan ke kumpulan. Sebilangan kumpulan pula menambah alat serunai untuk mengiringi nyanyian syair pada permulaan persembahan.
  • 54. Sambungan….. • Lagu-lagu dabus dinyanyikan dalam tiga bahasa iaitu Melayu,Acheh dan Arab. Lagu-lagu Arab yang dipetik dari Kitab Berzanji ialah Finhubsa bisherin dan Ya’Kulu In’. Seni kata lagu ini tentang kisah sedih yang berkaitan dengan keperwiraan mengikut rentak gendang. Melodi lagu-lagu sedih adalah perlahan daripada yang berkaitan dengan keberanian.
  • 55. Nobat 1. Muzik nobat juga berasal dari istana kerajaan negara-negara Islam di Timur Tengah. 2. Muzik nobat dipercayai wujud semenjak pemerintahan raja Pasai iaitu Sultan Malik Ul-Salih atau dikenali juga sebagai Merah Silu. Muzik nobat dari Pasai ini kemudiannya dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu dan memainkan peranan penting dalam istiadat di istana kerajaan Islam Melaka.
  • 56. 1. berfungsi untuk mengiringi istiadat diraja dan sebagai alat yang dibunyikan untuk menandakan waktu solat. 2. Terdapat enam alat muzik yang dimainkan untuk membentuk muzik nobat iaitu sebatang serunai, sebatang nafiri, gendang bulat (anak dan ibu), nahara dan gong.
  • 57. NAFIRI
  • 58. Serunai 1. serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah (Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan dari sana tersebar ke sebelah timur. 2. Serunai dikenali dengan pelbagai nama, sunray di Parsi, zurna di Turki, mizmar di negeri Arab, gaita di Algeria dan Morocco, zuqra di Tripolis dan Tunisia dan syrnaya di Syria. 3. Alat muzik yang serupa dengan serunai Melayu dikenali sebagai senayi dalam bahasa Sanskrit dan ada kaitan dengan nagashuaram di India Selatan.
  • 59. 1. Di kepulauan Indonesia, serunai dikenali dengan beberapa nama seperti sruni di Jawa, Bali dan Lombok, serunen di Jawa Timur dan Madura, srune di Aceh dan serunai di Malaysia dan Sumatera. • Serunai yang berbentuk conical mempunyai tujuh lubang di atas dan satu di bawah. Pemainnya mengulum pipit dan meniup serunai berterusan tanpa berhenti untuk menarik nafas. •
  • 60. SERUNAI
  • 61. Rebab 1. Alat muzik rebab dipercayai berasal dari daerah Kuristan ,Iran Utara yang terdapat di seluruh Asia Tenggara. Rebab dikatakan wujud sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w dan dimainkan oleh Raja Sulaiman dan dilengkapkan lagi oleh Abdullah Faryabi . • Rebab bertali dua didapati di Indonesia dan dikenali sebagai tro khmer (tro u) di Kampuchea. Alat yang sama dengan rebab di Thai ialah so sam sai yang bertali tiga dan dua variasinya ialah so u so duang dan yang tali penggeseknya melalui di antara tali alat ini.
  • 62. Gendang 1. gendang yang berbentuk bujur, berbentuk tong, geduk, gedombak dan rebana 2. Gendang bujur menyerupai gendang mridanga dan gendang Mesir dikenali sebagai gendang di Indonesia dan Malaysia, klong khaek di negara Thai dan sam phu di Kampuchea. 3. Gendang yang berbentuk tong dikatakan berasal dari Duhul, Parsi yang dikenali sebagai klong that di negara Thai dan skor thom di Kampuchea.
  • 63. Gedombak 1. gedombak pula didapati di negara Thai yang dikenali sebagai rammana dan di Kampuchea sebagai titik skor 2. Gedombak di Alam Melayu diperbuat daripada kayu sementara di Timur Tengah gedombak diperbuat daripada selut atau logam.