• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Perkembagan fizikal
 

Perkembagan fizikal

on

  • 3,671 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,671
Views on SlideShare
3,671
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
202
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Perkembagan fizikal Perkembagan fizikal Document Transcript

    • Topik 2  Perkembangan fizikal HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek kawalan anggota badan dan kawalan manual; 2. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek perkembangan deria, kinestetik dan persepsi 3. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek perkembangan motor halus, motor kasar dan deria motor.PENGENALANBagi tajuk ini kita akan membincangkan perkembangan fizikal kanak-kanak dari sudut yang lebih khusus. Sebelum kita membincangkantajuk ini dengan lebih lanjut, elok rasanya kita faham dulu apa yangdimaksudkan dengan ‘Perkembangan Fizikal’. Perkembanganbermaksud proses yang berlaku sepanjang masa. Dalam prosesperkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku padaseorang individu hasil interkasi di antara faktor genetik yang diwarisidan pengaruh persekitaran ( Doherty & Brennan, 2008). Kanak-kanakdilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yangdiwarisi dari ibubapa mereka. Keadaan persekitaran pula, menentukanbagaimana kanak-kanak ini menggunakan bakat yang diwarisi untukberinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi.Oleh itu, dalam perbincangan ini kita akan melihat beberapa aspekperkembangan fizikal kanak-kanak. Antara aspek yang akan kita lihatadalah bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakanbadan kanak-kanak. Kita juga akan menyentuh tentang perkembanganderia kanak-kanak, khususnya penggunaan deria untuk mereka
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16berhubung dengan persekitaran. Peringkat perkembangan ini sangatpenting terutama dalam proses tumbesaran seperti ini kanak-kanakakan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat danmendengar untuk pembelajaran dan membentuk konsep. Padaperingkat ini juga kanak-kanak akan belajar untuk mengawal gerakananggota badan mereka sama ada motor kasar seperti berlari danmelompat atau kawalan motor halus seperti mewarna dan menulis. AKTIVITI 2.1 Cuba perhatikan bagaimana kanak-kanak meneroka persekitaran mereka. Apa yang akan mereka lakukan sekiranya mereka ingin mengetahui sama ada objek itu lembut atau keras? KOMPONEN PERKEMBANGAN MOTOR 2.12.1.1 Kawalan AnggotaPemerhatian kita terhadap perkembangan dan kawalan anggota badankanak-kanak merupakan suatu yang sangat menarik. Bagaimanakahkanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaranmereka? Cuba kita perhatikan bagaimana kanak-kanak mulamempelajari sesuatu. Bagaimana mereka mula mengenal objek danmencuba untuk memegangnya. Bagaimana pula kanak-kanak ini mulabergerak seperti merangkak untuk mendapatkan objek tersebut.Bagaimana mereka menggunakan kawalan anggota badan merekauntuk mempelajari sesuatu.Semua aktiviti di atas merupakan perkembangan fizikal anggota badankanak-kanak. Proses yang kompleks ini berlaku memerlukan kekuatanfizikal, koordinasi otot, keseimbangan badan dan persepsi yang tepat.Peringkat perkembangan ini melibatkan bagaiamana kanak-kanakmemperkembangkan kemahiran baru mereka. Kebolehan ini perlu
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16digalakkan dengan aktiviti yang sesuai dapat disediakan untukpembelajaran kanak-kanak tersebut.Perkembangan fizikal dan cara kanak-kanak mengawal anggota badanmembolehkan mereka meneroka dan berinteraksi dengan dunia dipersekitaran mereka. Bagi kanak-kanak apa sahaja yang mereka lihatdan buat adalah sesuatu yang baru. Penggunaan kemahiran anggotabadan mereka dapat mencetuskan pengalaman yang baru danberbeza. Mereka akan mengulang hingga mereka terbiasa. Gerkanulangan ini secara tidak langsung akan melatih kawalan bahagiananggota badan. Selepas selesa dan bosan dengan cara gerakantersebut mereka akan mencuba cara yang berbeza dan baru..Pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak ini, mereka akanmemperkembangkan otot anggota badan dahulu. Setelah ototberkembang dengan baik dan kuat, mereka akan cuba menggunakankekuatan otot dengan melakukan aktiviti tertentu. Mereka akan cubabergerak, merangkak dan memegang objek yang dijumpai. Contohnyamereka apabila ternampak pensil mereka akan cuba memegangnya.Kemudian kanak-kanak ini akan melukis atau melorek mengikutimaginasi mereka.Pada peringkat ini, kanak-kanak akan sedar tentang kawalan badanmereka seiring dengan kebolehan mereka mengerakkan anggotabadan tersebut. Justeru, pada peringkat awal pembelajaran kawalantubuh badan ini, tumpuan juga harus diberikan kepada pengetahuanmereka tentang nama dan mengenal bahagian-bahagian anggotatubuh badan mereka. Contohnya, kita mengajar mereka seperti;“memegang dengan tangan”, “menendang dengan kaki” dan “melihatmenggunakan mata”. Apabila kita mengajar mereka memegang boladengan tangan kita juga boleh menunjukkan bagaimana kawalantangan itu boleh dilakukan.Mereka juga perlu peka terhadap gerakan anggota badan mereka dankebolehan untuk membuat beberapa bentuk gerakan. Contohnyadalam aktiviti senaman, kita minta kanak-kanak membuat imaginasiseperti, “buat badan kamu seluas lautan” sambil mendepakan tanganseluasnya. Atau “cuba capai buah di atas pokok yang tinggi” sambilmenyuruh kanak-kanak merengangkan badan mereka untuk mencapaitempat yang tinggi. Aktiviti seperti ini, selain kanak-kanak akan berasaseronok ia juga akan dapat menggalakkan imaginasi kanak-kanaktersebut.
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16Terdapat beberapa gerakan anggota tubuh badan yang sesuaidijalankan oleh kanak-kanak ini bagi melatih kawalan anggota badan.Antara aktiviti untuk kawalan badan adalah seperti melenturkanbadan, meregangkan badan dan memusingkan badan. Lain-lain aktivitiadalah seperti berpusing dalam bulatan, melompat bersama rakan danmelangkah bersama-sama seperti keretapi sedang bergerak. Aktivitiseperti ini akan memperkukuhkan kebolehan kanak-kanak itumengawal anggota badan. Selain itu adalam aktiviti ini akanmelibatkan koordinasi untuk bergerak dalam kumpulan.Aktiviti yang dinyatakan di atas merupakan aktiviti yang melibatkankawalan anggota badan secara serentak. Ia melibatkan kawalanterhadap tangan, kaki dan badan. Contohnya dalam aktiviti bermainkeretapi bergerak bersama rakan. Kanak-kanak akan membuatkawalan tangan agar sentiasa memegang bahu rakannya. Gerakankaki juga perlu dikawal agar bergerak serentak dengan kaki rakan yanglain. Kawalan badan pula perlu agar mereka dapat bergerak dalam satubarisan yang lurus. Semak Kendiri 2.1 Bagaimana daya gerak hati (intuitif) ini membantu dalamperkembangan pergerakan anggota dan otot seorang kanak-kanak?2.1.2Kawalan ManualSemasa peringkat perkembangan seorang kanak-kanak, kemahiranmereka dapat mengendalikan objek memberi makna yang besar. Carabagaimana mereka memegang sesuatu objek dengan yakin akan dapatmenunjukkan kebolehan mereka. Misalnya, jika kita lihat kanak-kanakbermain plastisin. Apakah kawalan manual yang dilakukan olehmereka? Kanak-kanak akan menyesuaikan gerakan tangan bagimembentuk objek yang tertentu. Mereka akan menekan dan
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16mengosokkan plastisin antara dua tapak tangan untuk membuatbentuk bujur. Atau mereka akan mengenggam plastisin tersebutdengan kuat untuk membuat bola. Begitu juga, mereka akanmenyelaraskan daya yang bersesuaian ketika membentuk plastisintersebut semasa membuat bentuk bulat seperti bola itu.Aktiviti kawalan manual juga merujuk kepada kebolehan kanak-kanakuntuk membuat aktiviti motor halus. Aktiviti ini adalah sepertimemegang, menggengam, menggosok dan menggunakan jari tangan.Contohnya, seperti kanak-kanak membuka skru pada alat mainanmereka. Aktiviti ini memerlukan kecekapan kanak-kanak untukmenggunakan jari tangan bagi memegang, mengenggam danmemusingkan skru tersebut. Kawalan manual ini akan melatihkemahiran mereka menyelaraskan kekuatan genggaman danpegangan jari-jari tangan mereka.Aktiviti lain seperti memindahkan biji manik dalam susunan warna,bentuk atau saiz yang berbeza. Contohnya kanak-kanak dimintamenyusun biji manik secara berurutan dari saiz yang paling kecil kesaiz yang paling besar. Semasa kanak-kanak ini menentukan saiz objektersebut telah wujud koordinasi mata-tangan. Mereka akan melihatobjek yang paling kecil dan membuat perbandingan dahulu sebelummengambil biji manik tersebut. Aktiviti yang melibatkan pelbagaibentuk, saiz, tekstur dan berat objek seperti ini akanmemperkembangkan kecekapan kawalan manual kanak-kanak semasamengendalikan sesuatu objek.Aktiviti membuat guntingan kertas juga dapat meningkatkan kawalanmanual kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak diminta membuatguntingan kertas bentuk sebuah rumah. Mereka akan cuba menguntingdari satu sudut. Gerakan dan genggaman tangan mereka sangatpenting bagi membuat guntingan yang kemas mengikut garisanbentuk rumah tersebut. Semasa mengunting mereka juga perlumembuat gerakan mata bagi memfokus pada bahagian yang betuluntuk dipotong.Kawalan manual juga boleh dilihat semasa kanak-kanak sedangbermain. Contohnya semasa kanak-kanak bermain batu seremban,mereka akan membaling dan menangkap batu dalam permainantersebut. Kawalan manual dalam permainan ini melibatkan kemahirankanak-kanak mengawal gerakan membaling dengan daya yang sesuai.Selain itu, mereka juga perlu cekap menangkap dan mengenggam batutersebut pada masa yang tepat.
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16Rajah 2.1: Semasa kanak-kanak bermain mereka akan mengembangkankemahiran manual.KENDIRI 1.1 Gambar kanak-kanak sedang bermain batu seremban/plastisin. PERKEMBANGAN DERIA 2.22.2.1DeriaKemahiran kanak-kanak untuk menerima maklumat dengan tepatberkait dengan kebolehan deria mereka mengesan rangsangan.Rangsangan dari persekitaran wujud dalam pelbagai bentuk iaitu; bau,rasa, cahaya, panas atau sejuk, kesakitan dan bunyi. Oleh itu terdapatbeberapa organ deria pada kanak-kanak yang berfungsi untukmengesan rangsangan ini. Deria yang utama untuk mengesanrangsangan adalah mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuksentuhan.Setiap organ deria ini mempunyai fungsi yang tertentu. Secara amnyafungsi organ deria ini dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 2.1 dibawah;
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 Jadual 2.1: Organ deria dan fungsinya Organ Fungsi Jenis rangsangan deria Mata Penglihatan Cahaya Telinga Pendengaran Bunyi Hidung Bau Wangi, busuk Lidah Rasa Manis, masam, masin, pahit Kulit Sentuhan Sejuk, panas, sakitDi peringkat awal perkembangan kanak-kanak, mereka banyakbergantung kepada kemahiran organ deria mereka untuk bergerak danbertindak. Kanak-kanak yang baru dilahirkan mengenali persekitarannyasecara kabur sahaja kerana keupayaan otaknya masih belum berupaya berfungsisepenuhnya. Pada tahap ini kanak-kanak bergerak dengan menggunakangerakan pantulan. Kanak-kanak menunjukkan perubahan daripada tindakanreflektif kepada tindakan yang bertujuan. Contohnya, kanak-kanak berubahdaripada keadaan di mana dia hanya memegang apa-apa yang diberikankepadanya kepada keadaan cuba memegang apa-apa yang dia nampak. Merekacuba menggunakan sebanyak mungkin penggunaan organ deria mereka.Walau bagaimanapun pada peringkat awal ini juga kanak-kanak tidakmempunyai konsep pengekalan contohnya apabila sesuatu benda yangdilihatnya disembunyikan, kanak-kanak tersebut tidak berusaha untukmencarinya. Mereka menganggap objek tersebut telah tidak ada lagi.Perkembangan kognitif pada tahap ini adalah cepat tetapi kebolehan mentalhanya terhad kepada objek-objek yang boleh dilihat sahaja. Oleh itu padaperingkat awal ini penggunan deria penglihatan, sentuhan, pendengaran danrasa sangat membantu perkembangan kanak-kanak.Bagi Piaget (1952), peniruan merupakan satu petunjuk penting kepadaperkembangan kecerdasan mental bayi pada tahap deria motor. Bagimembolehkan bayi meniru tingkah laku orang lain, bayi sekurang-kurangnyatelah membuat pemerhatian yang rapi sama ada melalui tingkah lakuperantaraan atau menerusi proses dalaman secara simbolik. Reaksi sekular ialah
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16cara pengukuhan skema dan generalisasi yang boleh diperlihatkan oleh bayi.Piaget menyatakan sebagai satu rangkaian gerakan yang diulang-ulangdisebabkan perlakuan itu merupakan suatu penglahiran tingkah laku bersebabdaripada rangsangan tertentu yang diterima. Gerakan rangkaian inilah yangdinamakan reaksi sekular seperti tingkah laku menghisap susu pada bayi.Rangsangan bibir bayi semasa menyusu menyebabkan penglibatan rangkaiantingkah laku termasuklah bibir, rahang dan pergerakan leher.Apabila kanak-kanak ini semakin membesar, semakin banyak rangsangan yangtelah diterima. Kanak-kanak menjadi semakin matang dalam mengesan danmengendalikan rangsangan ini. Melalui penggunaan organ deria ini kanak-kanak mula membentuk konsep objek. Mereka mula memahami bentuk, saiz,tekstur atau ciri objek yang berbeza. Mereka juga telah faham cara yang sesuaiuntuk bertindak terhadap sesuatu rangsangan.Jenis rangsangan yang diterima juga akan menentukan tingkah laku dan jenisgerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Melalui penggunaan organderia yang cekap kanak-kanak akan dapat meningkatkan kemahiran gerakanmereka. Mereka juga dapat memahami konsep ruang, keseimbangan, kestabilanbadan dan kesediaan anggota badan untuk bertindak melalui pengesananrangsangan dari persekitaran.2.2.2 KinestetikKinestetik merupakan kemahiran yang penting bagi kanak-kanakmelakukan gerakan tubuh badan. Kebolehan kanak-kanak membuatgerakan dan mengkoordinasi gerakan badan membolehkannyamelakukan banyak aktiviti yang lebih bermakna. Misalnya, kanak-kanak yang baik daya kinestetik akan cepat untuk berguling,merangkak dan akhirnya dapat berjalan. Banyak aktiviti yang kitalakukan seharian juga melibatkan kebolehan kita membuat gerakankinestetik anggota badan. Malah mereka yang dapat mengerakkananggota badan dengan baik berupaya untuk menjadi atlit, penari atauindividu yang lebih cergas, kuat dan sihat.
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16Gerakan kinestetik dapat dilihat semasa peringkat awal perkembangankanak-kanak lagi. Misalnya, di peringkat bayi satu daripada cara untukmereka menunjukkan keinginan mereka adalah melalui gerakan. Bayiakan mengerakkan tangan dan menendang-nendang kaki merekasekiranya mereka inginkan sesuatu. Kanak-kanak sedar melaluigerakan seperti ini mereka akan memperoleh respons yang lebihcepat.Selain itu, melalui gerakan juga kanak-kanak dapat menerokapersekitaran mereka. Kanak-kanak yang sedang membesar merupakanseorang yang penuh dengan imaginatif dan ‘curiousity’ yang tinggi.Oleh itu, apabila berpeluang mereka akan cuba meneroka di tempatyang baru tersebut. Contohnya, kali pertama mereka di kelasprasekolah, kanak-kanak ini akan berasa seronok dan mencubasesuatu dengan cara melompat dan memanjat tempat yang baru bagimereka.Gerakan kinestetik dapat dikaitkan dengan kebolehan untuk belajar,meningkatkan kesihatan diri dan menambahkan keyakinan kanak-kanak (Doherty & Brennan, 2008). Guru perlu memainkan perananbagi membantu kanak-kanak bergerak dengan lebih berkesan danmeningkatkan kualiti gerakan kinestetik mereka. Gerakan kinestetikmerupakan perkara penting dalam perkembangan dan latihan fizikalkanak-kanak. Penggunan gerakan kinestetik dan perancangan yangbaik dapat membantu kanak-kanak lebih prihatin terhadap anggotabadan dan bagaimana melakukan gerakan yang lebih berkesan.Menurut (Bucher, 1979) ciri-ciri dalam pendidikan gerakan kinestetikadalah; a) berpusatkan murid b) perlu melibatkan penyelesaian masalah c) pendidikan yang tidak terlalu formal d) melibatkan penggunaan alatan e) membenarkan pembelajaran kemahiran motor f) dapat meningkatkan kepusan dalam membuat gerakan g) menggalakkan analisis dalam gerakan yang dilakukan2.2.3 PersepsiSeperti yang telah dijelaskan pada bahagian deria, kanak-kanak perludiberi latihan bagi menerima maklumat dengan tepat melalui deria(sensori). Maklumat ini kemudiannya perlu diinterpretasi dengan tepatyang dikenali sebagai proses persepsi. Kemahiran ini amat penting
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16dalam perkembangan gerakan dan tindakan kanak-kanak tersebut.Terdapat enam bentuk persepsi iaitu; penglihatan, pendengaran,kepekaan anggota badan, sentuhan, bau dan rasa. Antara kesemua ini,penglihatan dan kepekaan tubuh badan (kinestetik) adalah persepsiyang sangat penting dalam perkembangan fizikal kerana kedua-duanyaberhubung terus kepada kebolehan prestasi motor ( Gabbard, 2004).Persepsi penglihatan mempunyai beberapa bahagian. Ini termasuklah;persepsi ketekalan, orientasi ruang, corak persepsi/ kedudukan dalamruang, persepsi mendalam, kawasan penglihatan, persepsi gerakandan koordinasi visual-motor. Persepsi terhasil apabila kanak-kanak inimemperoleh maklumat atau rangsangan daripada persekitaran.Rangsangan ini dikesan melalui organ deria mata dalam bentukrangsangan penglihatan cahaya.Persepsi ketekalan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuatpemerhatian dan membandingkan. Perbandingan yang dibuat adalahbagi mengesan ciri sepunya, yang sama atau berbeza antara duaobjek. Melalui persepsi ketekalan ini, kanak-kanak dapatmembandingkan bentuk dan rupa antara dua objek yang diperhatikan.Misalnya, kanak-kanak diberikan objek belon dan bola. Mereka dapatmenyatakan persamaan objek tersebut iaitu berbentuk bulat. Merekajuga dapat memberikan perbezaan antara objek tersebut iaitu sepertisaiz, warna, lembut atau keras.Orientasi ruang pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak melihathubungan antara sesuatu objek di suatu ruang kawasan dengan objeklain atau kepada orang lain yang terdapat dalam persekitaran tersebut.Misalnya, kanak-kanak sedang bermain bola dan bola tersebuttercampak ke bawah meja. Kanak-kanak akan membuat gerakan yangbersesuaian seperti membengkokkan badannya untuk mengambil bolayang terdapat di bawah meja tersebut.Kedudukan dalam ruang pula adalah kebolehan menentukan secaramenegak atau arah apabila sesuatu objek diletakkan dalam kedudukanyang berbeza. Contohnya, dalam permainan rebut bola. Seorangmurid meletakkan bola diletakkan di atas kepala atau dicelah kakinya.Murid yang lain dikehendaki merebut bola tersebut dari kedudukanyang telah ditetapkan. Bagaimana kanak-kanak tersebut berusahauntuk cuba mengambil bola dan mengawal keseimbangan badannyaberkait dengan pemerhatian kedudukan ruang bola tersebut.Persepsi kedalaman (depth perception) adalah kebolehan kanak-kanakmenganggarkan jarak menegak (vertical) antara dua tempat.
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16Contohnya kanak-kanak perlu menggunakan persepsi ini ketikamemanjat antara anak tangga untuk bermain gelongsor. Ketepatananggaran jarak antara anak tangga penting supaya kanak-kanak dapatmelangkah dengan luas yang betul. Begitu juga untuk melompat bagimelepasi halangan seperti lari lompat berpagar. Kanak-kanakmemerlukan persepsi jarak yang betul untuk melompat dengan kadardaya yang sesuai.Koordinasi visual-motor melihat bagaimana tindakan kanak-kanakdalam mengkordinasi mata dan anggota badan. Contohnya kanak-kanak dapat membuat koordinasi yang tepat antara tangan dan mataatau kaki dan mata. Dalam permainan bolasepak, kanak-kanak yangmenjadi penjaga gol perlu cekap dapat membuat koordinasi tangandan kaki(contohnya dalam menangkap bola) atau kaki dan mata(contohnya dalam menendang bola).Persepsi kinestetik pula merujuk kepada kebolehan deria ataukepekaan terhadap gerakan dan kedudukan badan. Maklumatdiperoleh daripada dalam badan melalui reseptor yang terdapat didalam otot, tendon dan sendi dan juga melalui sistem keseimbanganyang terletak dalam sistem auditori telinga. Persepsi ini membantukanak-kanak mengekalkan kedudukan badannya yang seimbang danstabil.Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menerima maklumatatau rangsangan, akan cuba menginterpretasi maklumat yang merekaterima. Mereka akan cuba memadankannya dengan pengalaman ataumaklumat dari persekitaran dan ini akan menyebabkan merekamenunjukkan masalah dalam membuat sesuatu gerakan (Horvat et.al., 2007).Contohnya, apabila kanak-kanak sedang bermain lontar dan tangkapbola. Seorang kanak-kanak yang cuba untuk menangkap bola akanmula bersedia apabila dia melihat kawannya mula ingin melontar bolatersebut. Pada masa ini kanak-kanak ini menerima maklumat dari deriapenglihatannya. Dia mula bersedia untuk menangkap bola tersebutdengan mendepakan tangannya dan matanya tepat melihat ke arahbola yang cuba hendak dilontar.Apabila bola tersebut dilontar, kanak-kanak ini akan membinapersepsinya sama ada kedudukan bola tersebut tinggi atau rendah,begitu juga sama ada bola tersebut berada di sebelah kanan atau kiri.Dia juga akan membina persepsi terhadap kelajuab bola tersebut danarah lambungan bola itu. Pada masa yang sama kanak-kanak ini akan
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16menyesuaikan kedudukan tangan dan badannya untuk menyambutbola tersebut. Semua yang berlaku ini merupakan interpretasi daripadamaklumat yang diperoleh dari deria penglihatan. Bersedia danmenyesuaikan kedudukan badan pula adalah interperetasi yangdiperoleh dari deria kinestetik.Kanak-kanak ini perlu meyambut bola itu dalam masa yang singkat.Dan pada masa yang sama dia juga perlu menyesuaikan kadar Gambar dua orang kanak-kanak sedang bermain lontar bola.gengaman yang bersesuaian dengan kelajuan bola tersebut. Prosesmenerima rangsangan maklumat, membina persepsi dan kemudianbertindak ke atas maklumat tersebut memerlukan masa hanyabeberapa saat sahaja. Oleh itu, kebolehan untuk bertindak dengantepat berdasarkan rangsangan maklumat dari persekitaran (boladatang ke arahnya) dan memlilih gerakan yang sesuai berdasarkanapa yang berlaku di persekitaran tersebut (bagaimana mengawalgerakan badan untuk menangkap bola) merupakan tindakan yangsangat penting dalam perkembangan fizikal seorang kanak-kanak.Rajah 2.2 : Kanak-kanak mengembangkan kecekapan deria danpersepsi mereka ketika sedang bermain bersama rakan. SEMAK KENDIRI 2.2Huraikan bagaimana persekitaran, permainan dan interaksi dengan rakan sebaya
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16mampu mempengaruhi pembelajaran yang berkesan pada kanak- kanak? PERKEMBANGAN MOTOR 2.32.3.1 Motor HalusApa yang dimaksudkan dengan perkembangan motor? Istilahperkembangan motor merujuk kepada perkembangan fizikal ataupertumbuhan dalam kebolehan kanak-kanak menggunakan anggotabadan dan kemahiran fizikal mereka. Perkembangan motor juga kerapkali didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentukcara mereka melakukan gerakan. Oleh itu apabila kita membincangkantentang perkembangan motor kanak-kanak kita tidak dapat laridaripada membicarakan perkembangan motor halus dan motor kasarmereka.Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakankeperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Pembelajarandi sekolah misalnya, menyediakan pelbagai pengalaman bagi kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor mereka. Contohnya, kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolah di ‘Tadika’, akan dimintauntuk mewarna, memegang berus lukisan ataupun diajar caramemegang buku yang betul.Bukan itu sahaja, malahan sejak kanak-kanak lagi kita dapat lihatbagaimana seorang kanak-kanak kecil cuba mengambil mainanmereka. Mereka juga akan cuba memasukkan mainan tersebut kedalam mulut mereka. Apabila mereka berjaya mereka akan tersenyumtetapi apabila kita menegahnya mereka akan menangis. Semua aktiviti
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16ini termasuk manipulasi mimik muka mereka melibatkan penggunaanmotor halus.Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif.Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaananggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehankanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman.Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objekjuga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.Perkembangan ini berterusan semasa kanak-kanak mula untuk belajar.Kanak-kanak akan belajar memegang pensil, melukis dan mencontengmenggunakan krayon akan mengembangkan motor halus mereka.Tansley (1967) menyatakan pemahaman kendiri kanak-kanak tentanganggota badan dan kebolehan gerakan badan mereka berkait rapatdengan apa yang mereka rasa selesa dengan diri mereka. Kekuranganyang mereka rasai akan mempengaruhi cara kanak-kanak ini bergauldengan rakan sebaya. AKTIVITI 2.2 Jelaskan apakah aktiviti lain yang dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor halus mereka?2.3.2Motor KasarApabila kita membincangkan tentang perkembangan fizikal, biasanyakita akan lebih merujuk kepada perkembangan motor kasar berbandingmotor halus. Perkembangan motor kasar merujuk kepada aktivitipenggunaan kaki seperti berlari, melompat atau menendang bola.Penggunaan motor kasar bagi tangan pula adalah seperti membaling,memukul malah mengangkat objek yang berat.Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahunperlu diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badanmereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatanotot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak. Selain
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 itu, Gambar kanak-kanak sedang bermain dan memanjat mainan sarang lelabah bersama rakan di luar kelas.aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Padaperingkat awal ini aktiviti lantai amat sesuai bagi kanak-kanak ini.Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkakmerupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak ini ( Doherty & Brennan, 2008).Apabila kanak-kanak semakin membesar, aktiviti yang disediakanperlulah melibatkan penggunaan lebih banyak anggota badan mereka.misalnya, aktiviti seperti memanjat mainan ‘sarang lelabah’memerlukan penggunaan kemahiran motor kasar pada tangan, kakidan badan. Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehankanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akanmenguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cubamenggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untukmemastikan mereka dapat memanjat.
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16Rajah 2.3: Aktiviti memanjat seperti ini akan membantu kanak-kanakmengembangkan kemahiran motor kasar dan kebolehanmengimbangkan badan.Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkankemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktivitiseperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggotabadan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga akanbelajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, diatas palang, atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007)kebolehan motor termasuk keseimbangan, kawalan postur badan,agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dankekuatan dan kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkankebolehan motor anggota bdan.Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakanlocomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak.Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompatseperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motorkasar. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakanfizikal dalam aktiviti seperti ini.Jadual 2.2 berikut merupakan contoh aktiviti yang dapat meningkatkankemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak; Jadual 2.2: Aktiviti motor halus dan motor kasar Motor halus Motor kasar
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16Bermain pasir Berjalan (lurus atau bengkang- bengkok)Mengikat tali kasut Berkawad seperti askarMemasang butang baju Berlari dan berhenti mengikut arahanMengguna sudu dan garpu Melompat setempatMembentuk objek dari plastisin Melompat seperti katakMemotong kek atau mainan Meniru gerakan haiwan (kucing,plastisin arnab, ular)Melekatkan gambar Memegang palang dan berhayunMenggunakan ‘mouse’ komputer Memanjat tempat mainanMenulis nama Membaling dan menangkap bolaMelorek atau mewarna gambar Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan2.3.3Deria MotorPerkembangan fizikal kanak-kanak juga melibatkan perkembanganderia motor mereka. Kanak-kanak perlu menyelaraskan antarapengesanan rangsangan oleh deria dengan tindakan oleh motoranggota badan. Kecekapan motor adalah tindakan saling interaksiantara motor kasar dan motor halus. Melalui pengesanan rangsanganoleh lima organ deria yang telah dibincangkan sebelum ini, badanakan bergerak balas bagi menentukan keadaannya serta membuatpenyelarasan gerak balas yang bersesuaian. Contohnya, apabilakanak-kanak berasa tidak selesa kerana keadaan persekitaran yangpanas, mereka akan bergerak untuk mencari tempat yang lebih selesa.Dalam sistem saraf kita terdapat beberapa reseptor yang memberikanmaklumat untuk kita bertindak balas, antaranya;
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 a) Proprioceptors – memberikan maklumat berkenaan ketegangan otot, kedudukan, dan pergerakan antara sendi b) Nocioceptors - memberikan rangsangan berkaitan kesakitan otot atau tisu badan c) Sistem vestibular – terdapat di dalam telinga dalam dan memberi maklumat tentang graviti, keseimbangan dan pergerakan badanDeria motor yang berlaku pada kanak-kanak dipengaruhi oleh jenisgerakan yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Contohnya,sekiranya kanak-kanak tersebut dikehendaki untuk bermain alat muzikseperti ‘rekoder’ ia akan mengerakkan jari mengikut not muzik yangdiberikan. Kecekapan kanak-kanak bertindak terhadap deria motor jugadipengaruhi pengalaman mereka yang lepas. Latihan yang kerap danbersesuaian akan membolehkan kanak-kanak ini membuat gerakan jariyang lebih mahir dan baik.Tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak juga merupakanproses deria motor mereka berfungsi. Selain pengalaman dan latihan,kecekapan deria motor ini juga dipengaruhi oleh keinginan mereka,perhatian yang diberikan, serta kesan dan akibat yang dialami hasiltindakan tersebut. Setiap gerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanakini merupakan contoh deria motor mereka. Justeru, setiap gerakan danderia motor yang terlibat dalam gerakan tersebut akan menambahkanpengalaman kanak-kanak ini mempelajari sesuatu yang baru. SEMAK KENDIRI 2.3 Apakah deria utama kanak-kanak untuk mengesan rangsangan dari persekitaran ? Apakah aktiviti di luar bilik darjah yang sesuai untuk meningkatkan kecekapan visual kanak-kanak?
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16 SEMAK KENDIRI 1.5• Pengawalan anggota dan otot badan merupakan perkara asas yang dilakukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Melalui pengawalan dan gerakan anggota badan, kanak-kanak akan dapat menunjukkan kemahuan mereka. Kanak-kanak juga dapat meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran mereka.• Kanak-kanak juga perlu mengembangkan kemahiran kawalan manual mereka. Kebolehan mereka menggunakan jari dan tangan untuk memanipulasikan objek akan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka.• Perkembangan organ deria kanak-kanak berlaku sangat pesat di awal peringkat tumbesaran mereka. Pembelajaran dan interaksi pada kanak-kanak sebahagian besar bergantung kepada penggunaan organ deria mereka.• Gerakan kinestetik merupakan antara perkembangan awal yang dapat diperhatikan berlaku pada kanak-kanak. Mereka akan menggunakan kemahiran kinestetik bagi meningkatkan kemahiran yang lain seperti bermain, berinteraksi dan menambah pengalaman pembelajaran mereka.• Rangsangan yang diterima oleh kanak-kanak akan diinterpretasikan sebagai persepsi mereka. Kemahiran membuat persepsi ini menentukan cara mereka untuk bertindak dan membuat gerakan. Cara mentafsir persepsi yang betul membolehkan kanak-kanak bertindak dengan tepat, stabil, yakin dan menggunakan daya dan tenaga yang bersesuaian.• Pergerakan anggota dan otot kanak-kanak melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus. Motor kasar melibatkan penggunaan otot anggota badan seperti tangan dan kaki untuk membuat pelbagai pergerakan. Motor halus pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat genggaman, memegang atau memanipulasikan jari mereka.
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16Kawalan anggotaKawalan manualOrgan deriaGerakan kinestetikPersepsiMotor kasarMotor halusDeria Motor• Bucher, C.A. (1979). Physical Education for Children: Movement Foundations and Experiences. Basingstoke:Macmillan• Doherty, J. & Brenan, P. (2008). Physical education and development 3-11: London: Routledge• Gabbard, C. (2004). Lifelong motor development (4th ed.) New York : Pearson/Cummings• Horvat, M., Martin, E. & Luke, E. (2007). Development and Adapted Physical Activity Assessment. Champaign, IL : Human Kinetics.• Tansley, A.E. (1967). Reading and Remedial Reading. London: Routledge and Kegan Paul
    • TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16