Sejarah Permainan Bola Jaring
Bola jaring merupakan sukan yang terhasil daripada bola keranjang. Sukan bola jaring
telah d...
Peralatan Permainan Bola Jaring
1. Bola
Bola yang digunakan untuk pertandingan
atau kejohanan biasanya berukuran standard ...
3. Gelanggang
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Bola jaring juga boleh dimainkan di
gelanggang berumput di kaw...
Peraturan Permainan Bola Jaring
1. Pemain
Setiap pasukan terdiri daripada 7 pemain utama dan 3 pemain simpanan. Setiap seo...
c) Penyerang gol (GA)
Penyerang gol (goal attack) ditugaskan sebagai penjaring gol. GA akan
bekerjasama dengan pemain teng...
f) Pertahanan gol (GD)
Penahan gol (goal defence) menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol
pasukan lawan sama ada di kaw...
2. Pengadil
Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan pengadil bertanggungjawab memastikan
pertandingan itu berjalan lanca...
3. Pakaian
Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt,
skirt, seluar pendek atau...
6. Tempoh Bermain
Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap suku waktu
ialah 15 minit dan ak...
Undang-undang Am Permainan Bola Jaring
1. Penalti
a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan dalam gelanggang dan dikenakan ...
Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan tersebut
membuat hantaran percuma, bola tidak bo...
4. Hantaran ke Dalam
Apabila bola keluar gelanggang, bola akan diberikan kepada pasukan lawan untuk
lontaran ke dalam seki...
Kemahiran
Kemahiran asas dalam sukan melibatkan aspek pengawalan badan, stamina, semangat
berpasukan dan pengawalan bola. ...
d) Hantaran atas kepala
Hantaran ini digunakan apabila pemain yang terlibat diadang oleh pemain lawan.
Hantaran kerap digu...
5. Cara Mengambil Lambungan
a) Kedua-dua pemain berdiri secara berhadapan (menghadap gol masing-masing).
b) Tangan pemain ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Bola jaring

2,853

Published on

Bola Jaring

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,853
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
72
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bola jaring

  1. 1. Sejarah Permainan Bola Jaring Bola jaring merupakan sukan yang terhasil daripada bola keranjang. Sukan bola jaring telah diperkenalkan oleh Dr. James Naismith pada tahun 1891 di Kolej Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat. Dr. James Naismith merupakan seorang yang berbangsa Kanada dan berperanan mencipta sukan dalaman untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal di kolej tersebut. Bola jaring merupakan satu-satunya jenis sukan yang khusus dimainkan oleh wanita. Pada asalnya bola jaring menggunakan ‘keranjang’ sebagai bakul sebelum digantikan dengan gelang dan jaring. Oleh sebab itu, semasa bola jaring mula diperkenalkan, bola jaring lebih dikenali sebagai bola keranjang wanita. Bola jaring telah dibawa ke England oleh Dr. Tales pada tahun 1895. Pada tahun 1985, Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia (AFNA) telah ditubuhkan. Ahli gabungan bagi persatuan ini ialah Malaysia, Singapura, India, Sri Lanka, Hong Kong, Australia, Pakistan, Maldives, Thailand, Jepun, Brunei dan China Taipei. Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) ditubuhkan lebih awal berbanding dengan penubuhan AFNA iaitu pada 21 Mac 1978. Penubuhan PBJM telah dirasmikan oleh Almarhumah Ke Bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. Ahli Gabungan PBJM pada awal penubuhannya ialah 14 buah negeri di Malaysia dan 3 ahli bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kemudian, pada tahun 2004, keahlian PBJM dipinda kepada ahli gabungan 14 buah negeri dan ahli bersekutu PDRM, TNB dan ATM. Bola jaring telah diiktiraf sebagai salah satu sukan antarabangsa. Terdapat sebilangan besar negara dunia yang mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa. Di Malaysia, kejohanan bola jaring dijalankan dari peringkat sekolah, daerah, negeri sehingga ke peringkat kebangsaan. PBJM turut menganjurkan kejohanan bola jaring dan mengambil bahagian dalam kejohanan bola jaring antarabangsa. 1
  2. 2. Peralatan Permainan Bola Jaring 1. Bola Bola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya berukuran standard dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan. Biasanya, bola saiz 5 digunakan. Bagi pemain senior, ukur lilit bola yang digunakan ialah 69-71sm dan beratnya 400-450 gram. Pemain junior menggunakan bola yang lebih kecil dan ringan bersaiz 4. Bola ini diperbuat daripada kulit atau getah. Bola perlulah disimpan di tempat yang kering dan selamat setelah digunakan bagi menjaga kesempurnaan dan jangka hayat bola. 2. Tiang gol Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Ukir lilit bulatan besi berjaring yang diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm. Gelang diperbuat daripada besi yang bergaris pusat 15mm. Tiang gol bola jaring tidak mempunyai papan latar seperti tiang gol bola keranjang. Tiang gol perlulah dicacakkan dengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong. Di gelanggang, tiang gol dibalut untuk mengelakkan kecederaan serius sekiranya berlaku perlanggaran. 2
  3. 3. 3. Gelanggang Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Bola jaring juga boleh dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang tertutup. Garisan sepanjang 30.5m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama yang mengawal pergerakan setiap individu dalam pasukan. Terdapat satu bulatan di tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan dengan jejari 4.9m di setiap Garis Gol yang dipanggil kawasan menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat bulatan. Lebar garis gelanggang hendaklah tidak lebih daripada 50mm. 3
  4. 4. Peraturan Permainan Bola Jaring 1. Pemain Setiap pasukan terdiri daripada 7 pemain utama dan 3 pemain simpanan. Setiap seorang pemain mempunyai tugas yang tersendiri. a) Pemain tengah (C) Pemain tengah (center) ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kawasan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali kawasan D. kawasan permainan C b) Penyerang sayap (WA) Penyerang sayap (wing attack) ialah penyerang dan tugas utamanya ialah menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah. kawasan permainan WA 4
  5. 5. c) Penyerang gol (GA) Penyerang gol (goal attack) ditugaskan sebagai penjaring gol. GA akan bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang. kawasan permainan GA d) Penjaring gol (GS) Penjaring gol (goal shooter) bertugas sebagai penjaring gol. GS perlu mahir membuat jaringan. kawasan permainan GS e) Pertahanan sayap (WD) Penahan sayap (wing defence) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada WA pasukan lawan. WD juga bertindak sebagai penyerang. Ini berlaku apabila bola dihantar ke tengah gelanggang atau ke dalam oleh pemain. kawasan permainan WD 5
  6. 6. f) Pertahanan gol (GD) Penahan gol (goal defence) menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol pasukan lawan sama ada di kawasan tengah atau kawasan gol. GD bolah menghalang hantaran atau mengawal mana-mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah. kawasan permainan GD g) Penjaga gol (GK) Penjaga gol (goal keeper) menjaga penjaring gol pasukan lawan dalam kawasan jaringan dan juga di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. GK menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan. GK bekerjasama dengan dengan penahan gol. kawasan permainan GK 6
  7. 7. 2. Pengadil Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan ‘bersih’ dan mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Pengadil ialah orang yang paling berkuasa dalam gelanggang. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad. Terdapat dua orang pengadil dan dua pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang pencatat masa dalam satu pertandingan. Dua orang pengadil ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatu pertandingan dan lazimnya pengadil terdiri daripada wanita. a) Kawasan Pengadil Pengadil X mengadili dan membuat keputusan dalam kawasannya sepanjang waktu permainan. Dia juga akan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola keluar dari kawasan AB dan AD. Pengadil X akan memulakan permainan (hantaran tengah) setiap kali gol dijaringkan dalam kawasannya. Pengadil Y pula akan mengadili dan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC dan CB. Pengadil Y akan memulakan permainan (hantaran tengah) apabila gol dijaringkan dalam kawasannya. b) Gerakan Pengadil Pengadil bergerak di dalam kawasannya seperti yang telah ditetapkan, iaitu dari tengah gelanggang hingga ke sudut tertentu. Pengadil juga perlu berada di belakang kawasan gol untuk melihat jaringan yang dibuat. Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil bagi sepanjang masa permainan. Semasa dalam pertandingan, pengadil perlu berada di luar gelanggang kecuali dalam keadaan berikut: Membuat lambungan Menunjukkan tempat penalti diambil Melihat permainan dengan lebih jelas Melihat pemain yang tercedera 7
  8. 8. 3. Pakaian Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt, skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas. Pemain juga dikehendaki memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil ‘bibs’. Huruf pada ‘bibs’ mestilah ditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi pemain. Pemain perlu sentiasa memakai ‘bibs’ semasa didaftarkan dan sepanjang permainan. Sebarang barang kemas dan aksesori badan tidak boleh dipakai semasa permainan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut-kasut ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku (spike) tidak dibenarkan. Kasut yang sesuai ialah yang boleh menyerap hentakan, menyokong tapak kaki serta selesa dipakai. Penggunaan peralatan keselamatan amatlah terhad tetapi ada sesetengah negara yang membuat balutan pada pergelangan kaki pemain bagi mengelakkan kecederaan. Ada juga pemain yang menggunakan pelindung gigi. 4. Cara Bermain Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan. Ini bererti terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan. Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain. Peraturan dan undang-undang permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan, membuat hantaran, membuat lontaran penalti, membuat hantaran percuma, mengawal gol dan menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain. 5. Mula Bermain Pemain tengah (C) akan melakukan hantaran tengah untuk memulakan permainan. C akan melontar bola ke salah seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga akan menerima hantaran tengah. Semasa melontar, C hendaklah memastikan bahawa kakinya berada dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. C pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3kaki) dari pusat bulatan sementara pemainpemain yang lain berada di tempat masing-masing. Apabila wisel ditiupkan, C yang membuat lontaran mula akan menghantar bola kepada pemain pasukannya yang lain. 8
  9. 9. 6. Tempoh Bermain Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit. Bagi permainan separuh masa, 5 atau 10 minit akan diberikan untuk waktu rehat. Waktu tambahan akan diberikan sekiranya berlaku sebarang penangguhan semasa permainan yang disebabkan oleh gangguan atau kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan sejurus selepas satu gol dijaringkan. Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiap pemain semasa berada dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda. Pemain hanya boleh bermain di kawasan masing-masing dan jika ingin menukar kawasan, pemain perlulah menunggu sehingga permainan dihentikan atau memaklumkan kepada pengadil. Pemain bolah menangkap bola dengan satu ataupun kedua-dua belah tangan. Pemain boleh menepis atau menampar bola ke arah pemain dalam pasukannya ketika bola dilambung. Pemain perlu melontar atau melantunkan bola kepada pemain pasukannya dalam masa 3 saat. Pemain tidak dibenarkan menggulingkan bola, memegang bola sambil berlari, melontar bola ke udara dan menangkap semula atau menjatuhkan bola dan mengambil semula (drop ball). Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain lawan, menumbuk atau memainkan bola apabila bola berada di atas lantai gelanggang. Selain itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan sokongan tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang gol supaya jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau gelanggang. 9
  10. 10. Undang-undang Am Permainan Bola Jaring 1. Penalti a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan: I. Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Pengadil hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan. b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat. c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu. d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul. e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, pemain mestilah mematuhi undanng-undang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah. f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar undang-undang c) hingga e), hantaran percuma diberikan kepada pasukan lawan. g) Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang c) hingga e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan. 2. Hantaran Percuma Hantaran percuma diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua orang pemain lawan dengan bantuan tiang gol. 10
  11. 11. Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan tersebut membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu. 3. Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan 1 halangan, pemain perlu berdiri bersebelahan dan jauh dari pemain yang mengambil penalti. Pemain tersebut tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya dijaringkan. Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang disentuhi atau diganggu. Berikut merupakan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengambilan penalti: a) Satu percubaan untuk menahan hantaran atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu selain daripada pemain yang melakukan kesalahan. b) Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua. c) Pemain pertama dan kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil penalti. d) Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. e) Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh membuat hantaran ataupun melakukan jaringan. 11
  12. 12. 4. Hantaran ke Dalam Apabila bola keluar gelanggang, bola akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya: a) Pemain tersebut yang terakhir menyentuh bola itu. b) Pemain yang menerima hantaran menyentuh kawasan luar gelanggang (kaki). 5. Lambungan Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila: a) Dua orang pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan. b) Dua orang pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang. c) Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola keluar gelanggang. d) Dua orang pemain yang berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang atau menyentuh bola. e) Dua orang pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan. 6. Ofsaid Jika pemain bergerak melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, pemain dikira sebagai ofsaid. Selain itu, apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti berada dalam kawasan tertentu atau tidak pemain tersebut dikira ofsaid. Bola akan diberikan kepada pihak lawan bagi meneruskan permainan. 12
  13. 13. Kemahiran Kemahiran asas dalam sukan melibatkan aspek pengawalan badan, stamina, semangat berpasukan dan pengawalan bola. Terdapat dua jenis kemahiran dalam sukan. Pertama, kemahiran diri yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan. Kedua, kemahiran mengendalikan bola yang melibatkan menangkap, melontar, mengawal, mengelak dan menjaring. Kemahiran ini juga melibatkan melempar, menangkap, merebut dan mengadang. 1. Menangkap Terdapat dua cara untuk menangkap bola, iaitu menangkap bola dengan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Paling berkesan jika pemain mampu menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan dan memandang pantas pergerakan bola. Apabila menangkap bola, sebaiknya pemain menggunakan kedua-dua belah tangan: atau jika menggunakan sebelah tangan, hendaklah diikuti dengan sebelah tangan lagi. Kemudian, peganglah bola dengan betul, iaitu sebelah tangan memegang bahagian atas dan belakang bola, sementara sebelah tangan lagi memegang bahagian bawah dan hadapan bola. 2. Menghantar Ada berbagai-bagai cara untuk melontar bola bergantung kepada jarak antara pemain, kedudukan penghalang dan kecekapan pemain. Jika bola yang dilontar tidak dapat ditangkap, bererti lontaran kurang baik. a) Hantaran atas bahu Hantaran ini sering dilakukan kerana bola akan terlontar jauh dan tinggi. Bola tidak akan tertangkap atau direbut dengan mudah oleh pemain lawan. Hantaran ini lebih kuat dan tepat. Hantaran boleh dibuat ke hadapan penerima. b) Hantaran aras dada Hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak yang tidak begitu jauh. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas. c) Hantaran lantun Hantaran ini sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satusatu kawasan gelanggang terutamanya yang hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah dan dilakukan apabila pemain penghalang lebih tinggi daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan. 13
  14. 14. d) Hantaran atas kepala Hantaran ini digunakan apabila pemain yang terlibat diadang oleh pemain lawan. Hantaran kerap digunakan untuk membuat hantaran ke dalam kawasan jaringan. e) Hantaran sisi Hantaran ini boleh dibuat rendah dan ke bawah jika penghalang meluruskan tangannya ke depan untuk menghalang. Hantaran ini boleh dibuat menggunakan satu atau dua tangan. Hantaran ini jarang digunakan kerana kurang tepat dan kadangkadang sukar untuk pemain menerima hantaran ini. 3. Gerakan kaki Gerakan kaki merupakan satu kemahiran penting dan semua pemain perlu mahir akan kemahiran ini. Seseorang pemain mestilah boleh berlari dengan laju pada jarak yang berubah-ubah. Pemain perlu menukar haluan secara serta-merta sambil memecut dengan serta-merta. Kemahiran gerakan kaki bermaksud apabila seseorang pemain itu menerima bola, dia melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaring bola. 4. Mengawal dan Mengelak Pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan penyerang sementara pasukan lawannya dianggap sebagai pasukan penghalang. Oleh sebab itu, pemain perlu menjadi penyerang dan penghalang sekali gus. Apabila menyerang, pemain mestilah pantas melintasi lawannya dan bergerak ke tempat lapang untuk menerima hantaran. Pemain boleh meninggalkan lawan atau melepaskan diri daripada lawan dengan mengelak atau menukar haluan semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklah dilakukan dengan pantas. Pemain yang menerima hantaran juga hendaklah bergerak pantas sama ada ke hadapan atau ke sisi pemain yang membuat hantaran supaya dia dapat mengelak daripada diadang oleh lawan. Apabila mengawal, pemain hendaklah menghalang lawan membuat hantaran atau jaringan. Sebagai penghalang, pemain akan mengawal lawan dan tempat bola akan dilontar. Apabila mengawal dan menghalang, pemain hendaklah mengagak arah atau haluan bola yang akan dilontar. Lazimnya, kawalan dilakukan satu lawan satu. Setiap pemain akan mengawal lawannya sepanjang permainan. 14
  15. 15. 5. Cara Mengambil Lambungan a) Kedua-dua pemain berdiri secara berhadapan (menghadap gol masing-masing). b) Tangan pemain hendaklah lurus ke bawah dan ke sisi tubuh. c) Kedudukan kaki pemain bergantung kepada keselesaan pemain tetapi jarak antara kaki yang terdekat dengan pihak lawan mestilah lebih kurang satu meter. d) Kedua-dua pemain tidak boleh bergerak sebelum wisel dibunyikan. Jika salah seorang bergerak, maka hantaran percuma akan diberikan kepada pihak lawan. e) Apabila wisel dibunyikan dan bola dilambungkan ke atas, pemain mesti cuba mendapatkan bola sebelum bola bergerak tinggi ke atas. f) Pemain boleh menangkap atau menepis bola ke arah rakannya. g) Jika gagal mendapatkan bola, pemain mesti cuba bersedia untuk menghalang hantaran yang akan dibuat oleh pasukan lawan. 6. Menjaring Menjaring merupakan kemahiran yang penting dalam sukan ini. Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana-mana tempat dalam bulatan jaringan. Membuat jaringan perlu disesuaikan dengan cara menangkap bola, kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghalang. Kemahiran membuat jaringan memerlukan ketepatan pada sasaran dan pada gelang jaring. 15

×