Contoh tajwid1

1,381 views
1,164 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,381
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
60
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Contoh tajwid1

  1. 1. iv MUQADDIMAH BAB 1: ILMU TAJWID 1 6 iii Kandungan BAB 2: SIFAT-SIFAT HURUF DAN MAKHRAJ HURUF • Dua Jenis Kesalahan dalam Bacaan al-Quran • Kepentingan dan Kelebihan Mempelajari Ilmu Tajwid • Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid • Cara-cara Bacaan al-Quran 2 3 4 • Pengertian Makhraj dan Bilangan Tempat Keluar Huruf • Bahagian Lidah • Bahagian Bibir Mulut 10 15 16 20 • Kaedah bacaan al-Isti’azah dengan Basmalah dan Awal Surah 30 • Bahagian kerongkong 26 BAB 3: BACAAN AL-ISTI’AZAH • Latihan dan Ujian Minda 32 29 • Huruf-huruf Hijaiyah 7 • Latihan dan Ujian Minda 9 • Bahagian Hidung 18 • Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong 19
  2. 2. BAB 4: BACAAN AL-BASMALAH BAB 5: BACAAN NUN DAN MIM YANG BERTASYDID (BERSABDU) BAB 6: BACAAN NUN SUKUN DAN TANWIN 35 • Cara Membaca Basmalah di antara Dua Surah • Latihan dan Ujian Minda 34 33 • Latihan dan Ujian Minda 36 36 37 38• Al-Izhar 42 • Al-Idgham • Al-Iqlab 40 43• Al-Ikhfa’ • Panduan Mudah Mengenal Pasti Hukum Lima 47 v RUJUKAN 49 • Panduan Rasm ‘Uthmani 45 • Rumusan 46 • Latihan dan Ujian Minda 48
  3. 3. ILMU TAJWID Tajwid bermakna mengelokkan dan membaguskan sesuatu. Firman Allah s.w.t: “Bacalah al-Quran itu dengan tartil.” (al-Muzammil: 4) Membaca al-Quran dengan tartil bermakna membaca dengan tenang, perlahan serta dapat mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul serta menyempurnakan segala syarat-syaratnya. ( : ‫ﺍ‬ ‫ﺭﺓ‬ ) ‫ﺍﻥ‬‫ﺀ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺭ‬‫ﻭ‬ BAB 1 Tajwid ialah suatu ilmu yang membicarakan mengenai makhraj huruf (tempat keluar huruf), sifat-sifatnya, kadar panjang pendek bacaan serta perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan cara bacaan ayat al-Quran. Dari segi istilah Dari segi bahasa Pada zaman Rasulullah s.a.w, al-Quran dibaca dengan penuh penghayatan dan bertajwid. Justeru, kita digalakkan untuk membaca al-Quran dengan baik agar dapat memberi kesan kepada diri kita. 1 TAJWID 1
  4. 4. Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah. Mengamalkan bacaan al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ‘ain bagi setiap Muslim yang mukallaf. Membaca al-Quran dengan bertajwid boleh dihuraikan dalam dua keadaan: 1) Membaca al-Quran dengan bertajwid pada kadar yang paling minimum iaitu bacaannya tidak mengubah struktur perkataan atau merosakkan maknanya. Hukumnya adalah fardu ‘ain. 2) Membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memelihara keseluruhan hukum-hukum tajwid dalam bacaan. Hukumnya wajib ke atas mereka yang mahir dengan ilmu tajwid. Aisyah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: ‫ﻭ‬ ‫ﺁﻥ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺃ‬ ‫ﻯ‬ ‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﺓ‬‫ﺍﺭ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺍﻡ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺓ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺁﻥ‬ ‫ﺍ‬ .‫ﺍﻥ‬ ‫ﺃ‬ ‫ﻕ‬ ‫ﻭ‬ “Orang yang mahir dengan al-Quran ( hafalan dan bacaannya yang amat baik dan lancar) kedudukannya di akhirat adalah bersama para malaikat yang mulia dan taat, adapun orang yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat dalam bacaannya, sedang ianya amat payah, baginya adalah dua pahala.” [HR. Bukhari dan Muslim] HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID 2 TAJWID 1
  5. 5. Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah. Mengamalkan bacaan al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ‘ain bagi setiap Muslim yang mukallaf. Membaca al-Quran dengan bertajwid boleh dihuraikan dalam dua keadaan: 1) Membaca al-Quran dengan bertajwid pada kadar yang paling minimum iaitu bacaannya tidak mengubah struktur perkataan atau merosakkan maknanya. Hukumnya adalah fardu ‘ain. 2) Membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memelihara keseluruhan hukum-hukum tajwid dalam bacaan. Hukumnya wajib ke atas mereka yang mahir dengan ilmu tajwid. Aisyah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: ‫ﻭ‬ ‫ﺁﻥ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺃ‬ ‫ﻯ‬ ‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﺓ‬‫ﺍﺭ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺍﻡ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺓ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺁﻥ‬ ‫ﺍ‬ .‫ﺍﻥ‬ ‫ﺃ‬ ‫ﻕ‬ ‫ﻭ‬ “Orang yang mahir dengan al-Quran ( hafalan dan bacaannya yang amat baik dan lancar) kedudukannya di akhirat adalah bersama para malaikat yang mulia dan taat, adapun orang yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat dalam bacaannya, sedang ianya amat payah, baginya adalah dua pahala.” [HR. Bukhari dan Muslim] HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID 3 TAJWID 1
  6. 6. “Bacalah al-Quran, maka sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” [HR. Muslim] • Bacaan bertajwid jika disertai dengan kefahaman makna- makna ayat dapat menimbulkan rasa nikmat keindahan bahasa ayat-ayat al-Quran yang merupakan salah satu daripada mukjizat agung kepada umat manusia. • Memperolehi kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. • Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Nabi: ‫ﻡ‬ ‫ﺁﻥ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﺀ‬ ‫ﺍ‬ . ‫ﺍ‬ [ ‫]ﺭﻭﺍﻩ‬ • Mengelakkan kesalahan dalam bacaan ayat al-Quran. • Dapat menyebut huruf dengan tepat mengikut sifat dan makhrajnya. • Menjamin kesahan dan kebenaran makna sesuatu ayat yang dibaca berdasarkan hukum-hukum bacaan yang terdapat di dalam ilmu tajwid. KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID Di antara kepentingan dan kelebihan mempelajari ilmu tajwid ialah: KEPENTINGAN KELEBIHAN 4 TAJWID 1
  7. 7. Ulama Qurra’ (orang yang ahli dalam ilmu bacaan al-Quran) telah membahagikan kesalahan dalam bacaan al-Quran kepada dua jenis iaitu: (1) KESALAHAN YANG JELAS ( ‫ﺍ‬ ‫)ﺍ‬ Jika membaca dengan tanda sukun (mati), maka ayat tersebut boleh bertukar makna dan hukumnya haram dan berdosa. Begitu juga dengan ayat-ayat yang lain, perlulah kita berhati-hati membaca terutamanya surah al-Fatihah. Jika bacaan al-Fatihah kita salah, maka solat akan terbatal. a) Kesalahan pada tanda bacaan: ‫ﻥ‬ ‫ﺍ‬ dibaca ‫ﻥ‬ ‫ﺍ‬ Kesalahan yang berlaku di atas hanya dapat dikesan oleh ahli pembaca al-Quran bahkan orang awam yang tahu tentang ilmu tajwid. Kita harus sentiasa ingat bahawa bacaan yang salah pada sebutan huruf atau tanda baca boleh membawa kepada perubahan makna. b) Kesalahan pada sebutan makhraj: ‫ﺍ‬ ‫ﺇ‬ ‫ﻥ‬‫ﻭ‬ ‫ﺃ‬ Membaca huruf ta’ (‫ﺕ‬) dengan huruf dal (‫ﺩ‬). ‫ﺽ‬‫ﺭ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺇ‬‫ﻭ‬ Membaca huruf ta’ (‫ﺕ‬) dengan Tha’ (‫ﻁ‬). DUA JENIS KESALAHAN DALAM BACAAN AL-QURAN ( ‫ﻝ‬ ) 5 TAJWID 1

×