• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pembelajaran abad 21
 

Pembelajaran abad 21

on

  • 937 views

 

Statistics

Views

Total Views
937
Views on SlideShare
760
Embed Views
177

Actions

Likes
1
Downloads
44
Comments
0

3 Embeds 177

http://cikgunorkhabibah.blogspot.com 143
http://www.cikgunorkhabibah.blogspot.com 31
http://cikgunorkhabibah.blogspot.ru 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pembelajaran abad 21 Pembelajaran abad 21 Document Transcript

    • RUPA BENTUK KURIKULUM ABAD KE 21 PENGENALANKurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan saturancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan,kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dankepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepadaahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancanganpendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan engara.Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut : " Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membinaperkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal danemosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yangdiingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteksnegara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyatyang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yangberpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yangterlatih untuk keperluan negara. "[ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikanyang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individudan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti.Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengankeperluan dan berkualiti cemerlang.Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yangberketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.Y.A.B. Perdana Menteri telah menghuraikan bentuk, corak dan tumpuanyang perlu dilakukan.
    • "Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-tingginya dari segi ketrampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaanmereka akan kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segikemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap merekaterhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi mereka terhadapkecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat keusahawanan".[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ] "Kita mestilah memastikan bahawa terdapat satu adunan yang seimbangantara golongan profesional, separa-profesional dan ahli ketukangan,selain terdapatnya imbangan yang wajar antara orang-orang mempunyaikemahiran dalam bidang sains dan teknologi, sastera dan ilmu-ilmu sosial".[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koherandengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamatyang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaankurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihatdari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibeldan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profilbangsa dan warganegara Malaysia.Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menanganicabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu danmaklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka danmampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dannilai-nilai semasa.
    • FOKUS / PENEKANAN KURIKULUMUntuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yangbersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilahmampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segiintelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinyalebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapikepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :- kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif kemahiran berkomunikasi secara berkesan kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain kemahiran kepimpinan dan pengurusanDi dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut :(a) Pembelajaran KoperatifKurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yangdijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahapkebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumikemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkanhubungan baik antara ahli kumpulan.(b) Berfikir Secara Kritis dan ReflektifFokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusanberlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritisberupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawakepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilanproduk baru.
    • (c) Pengembangan KreativitiKurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatiftermasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan bolehmemberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individutersebut diberi galakan.(d) Kemahiran GenerikKemahiran-kemahiran generik bolehguna dapat menyediakan tenagapekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alampekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan,dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonominegara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan kerapbertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik memberi peluangkepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan.(e) ‘Multilinggualism’Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagaibahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih(selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi denganberkesan, dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagaibahasa.(f) Patriotisme dan KetatanegaraanKesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaandilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akandapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsaMalaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi.(g) Penghayatan Nilai-Nilai MurniPemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkandi samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradabdan bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpamengorbankan agama, akhlak dan kebudayaan bangsa. Insan baik, sedarinsaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadapdirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia serta alam sekelilingnya.
    • (h) Pelbagai KecerdasanSetiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai.Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam teori PelbagaiKecerdasan (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logiko-matematik,muzik, spatial, bodily-kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal diberitumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang.(i) Kemahiran Belajar Untuk BelajarKemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaransesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari danmemilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakapdi khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukandalam proses pengajaran dan pembelajaran.ORGANISASI KURIKULUMPendidikan PrasekolahPenekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan, di sampingmenurut graded objectives (konsep Mastery Learning) dan activity-based.Program yang anjal, (flexible) dan tidak formal. Proses pembelajaransecara tidak formal melalui konsep bermain sambil belajar. Bermain-menjalankan aktiviti secara terancang dan tidak terancang (bebas)mengikut objektif yang disarankan dalam garis kurikulum. Pembelajaranberlaku semasa aktiviti dijalankan sama ada dalam bentuk pengalaman,hasil kerja dan lain-lain. Penekanan kesediaan yang kukuh bagi kemahiran3M (membaca, menulis, mengira) melalui bermain. Ini merupakankesediaan bagi kanak-kanak yang akan menghadapi ujian diagnostik padatahun 3 (program Lompat Kelas). Kawalan harus dititikberatkan supayaguru tidak mengajar 3M right away.Perlunya ada kesinambungan prasekolah- tahun 1 dijalankan agarpengalaman prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1. Kemahiran yangtelah dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah patut disambung di tahun 1,serta diulang dan dipulihkan pada tahun 1 jika kanak-kanak tidak
    • menguasainya. Bagi mereka yang telah bersedia, pengukuhan dijalankanuntuk mengayakan pengalaman mereka di samping mengurangkankebosanan mempelajari perkara yang sama.Pendidikan RendahTempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Keanjalantempoh belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas pintarmenamatkan pendidikan rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanakyang kurang berkeupayaan dalam tempoh 7 tahun. Walau bagaimanapun,umumnya, tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun.MatlamatMatlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikanperkembangan potensi kanak-kanak secara bersepadu, menyeluruh danseimbang. Aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembangke arah melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.Struktur OrganisasiStruktur organisasi kurikulum mengandungi komponen-komponen yangmembantu perkembangan kanak-kanak secara bersepadu. Komponen-komponen yang dicadangkan ialah : Komunikasi Matematik, sains dan teknologi Kerohanian, nilai dan sikap Kemanusiaan dan kesenian Perkembangan diri Kokurikulum i. KomunikasiFokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Ketrampilan berbahasa seperti bertutur,membaca dan menulis dengan berkesan ditekankan terutama dalambahasa pengantar sekolah (Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan BahasaTamil). Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cinadan Bahasa Tamil juga diberi penekanan.
    • (ii) Matematik, Sains dan TeknologiBerfokus kepada kemahiran asas-asas operasi matematik, kemahiranproses sains dan teknologi penguasaan pengetahuan asas diberiperhatian.(iii) Kerohanian, Nilai dan SikapTumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat.Pengetahuan dan amalan agama Islam dilanjutkan seperti sedia kala.(iv) Kemanusiaan dan KesenianIlmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan kemanusiaan setempat danglobal didedahkan. Melalui kesenian kreativiti bakat dan daya appresiasidipupuk.(v) Perkembangan DiriMerangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan mental.Perkembangan mental seperti pemikiran kritis, menyelesai masalah danmembuat keputusan gaya kehidupan yang sihat merentas kurikulum.(vi) KokurikulumLanjutan kepada kurikulum bilik darjah, dalam bentuk pelbagai aktiviti.Keigatan-kegiatan persatuan, sukan dan pasukan pakaian seragamdilanjutkan.Oleh kerana tempoh persekolahan lebih anjal, dicadangkan supayakandungan kurikulum dipertingkatkan mengikut kebolehan dan keupayaanpelajar seperti berikut :Peringkat Asas : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan lemah]Peringkat Umum : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulansederhana]Peringkat Tinggi : [untuk kumpulan cerdas pintar sahaja] (advances)
    • Pendidikan MenengahPendidikan di peringkat ini diberi dalam jangkamasa lima tahun. Pelajardiberi peluang bersekolah sehingga mereka berumur 17 tahun supayalebih bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ia memberi peluangmurid-murid mengikuti beberapa jenis kursus agar dalam tahun-tahunkesepuluh mereka boleh belajar berdasarkan bakat dan kemampuan sertamenentukan bidang pekerjaannya untuk masa depan.MatlamatMatlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensiindividu secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani ke arah melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia danberketrampilan untuk pembangunan negara.Struktur OrganisasiKurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu :Kursus Peringkat Asas : Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaanKursus Peringkat Umum Mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan aplikasi praktikal Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan taupun untuk melanjutkan program pendidikan di peringkat maktab/politeknikKursus Peringkat Tinggi Mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi praktikal dan isi kandungan kursus pengajian Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian tinggi
    • Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan1. Kumpulan Teras Komunikasi Matematik, sains dan teknologi Kerohanian, nilai dan sikap Perkembangan diri2. Kumpulan Elektif Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan ataupun alampekerjaan.PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalampelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapatsegala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalamproses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yangberkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan sepertikomputer, multi media, cakera padat dan lebuh raya maklumat sepertiinternet perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalahdiharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantusepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan gurudengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasanapengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan danlebih bermakna kepada pelajar.(a) Teknologi Maklumat/KomputerDalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatanteknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang bolehdigunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan danmenyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti INTERNET atauMULTIMEDIA atau HYPERMEDIA untuk membantu proses pengajarandan pembelajaran.
    • Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkanmanusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebarmaklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imejatau suara.Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologimaklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini keranakomputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampaiketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkatrendah, menengah dan lepasan menengah.Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkanpenguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROMmampu menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Malahpenggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untukmemperolehi ilmu.Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lainmelalui JARING dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan tergolongdalam global classroom. Mereka berpeluang bersidang dan bertukarpendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malahdengan pelajar lain di seluruh dunia.Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, pengunaan teknologikomputer menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masayang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas.(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan PelajarProses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetapberpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yangdiamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepadapelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semuaaktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagiberperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanansebagai pembekal maklumat.Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh gurubagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran.
    • Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupayauntuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatihuntuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasatanggungjawab.Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenagapengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripadaseorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yangtidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang gurudengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat danmengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkanpelajar.(c) Pendidikan Jarak JauhPendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatifdalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnyasampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajarandan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut : Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu) Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktiviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.(d) Pendekatan ModularPendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajukdisediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu
    • tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran disemua peringkat persekolahan.Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakanmodul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modulini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perluialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.(e) Mastery LearningPendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadapsesuatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajarditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepadamereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpundi akhir setiap pembelajaran.(f) Tracking dan BandingBergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkandalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulanumum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran jugadilaksanakan mengikut sistem banding iaitu vertical dan horizontal.Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam matapelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajarimatematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematikTahun 2.(g) Sistem KreditUnit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan olehpelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagisetiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadirikelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali.Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran yang tidak mencapaiasas yang ditetapkan.
    • PENILAIANAspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahappenguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahappenguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancanganpengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahanpenilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehandan keupayaan pelajar.(a) Penilaian Berasaskan SekolahSekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan penilaiannya sendiri. Inimemandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang tahu tahap pencapaianmuridnya. Pelajar dinilai mengikut tahap masing-masing. Pelajar cemerlangakan naik ke tahap yang lebih tinggi manakala pelajar yang sederhana danlemah diberi tindakan susulan melalui program pemulihan dan pengayaan.(b) Penilaian BerterusanPenilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar benar-benarsudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (masterylearning). Penilaian berterusan dapat mengenal pasti tahap penguasaanpelajar supaya kelemahan pelajar diatasi dan tidak terhimpun sehinggaakhir pembelajaran.(c) Penilaian Berasaskan Elemen SubjekSetiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen, selaindaripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu subjekperlu diberi penekanan untuk menilai sama ada pelajar benar-benarmengetahui dan menguasai subjeknya. Misalnya dalam subjek PengajianKejuruteraan Awam, elemen-elemen seperti kebolehan berkomunikasi,kebolehan mereka (design), kebolehan praktik, kebolehan menyiasat,kebolehan mengurus dan kebolehan membuat anggaran dinilai bersamadengan pengetahuan.(d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian HasilProses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek perlulah dinilai.Sekarang ini penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap tanpamengambilkira prosesnya. Sebagai contoh jika seseorang murid
    • dikehendaki membuat praktikal di sesebuah kilang sebagai penyelia, guruperlu membuat penilaian dari hari pertama hinggalah tamat tempohpraktikalnya. Alat penilaian perlulah dibuat mengikut situasi, tugasan danbidang yang dinilai.(e) Authentic AssessmentAuthentic Assessment bermaksud murid-murid dinilai mengikut perilakuyang dikehendaki oleh guru. Murid-murid telah tahu apa yang dikehendakidaripada mereka dan bagaimana mereka akan dinilai. Penilaian inimenonjolkan kekuatan murid-murid dan intergrasi antara pengetahuan dankemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber. Satu penilaian individudan rakan sebaya menggunakan folio, ujian amali dan penilaianberasaskan prestasi menggunakan faktor, konsep, pengetahuan dankemahiran berfikir yang tinggi.(f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)Hasil pembelajaran adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang bolehdiukur ataupun diperhatikan seperti yang telah ditetapkan pada sesuatuperingkat persekolah/pembelajaran. Hasil pembelajaran menerangkantahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai.Kriteria-kriteria tahap penguasaan dikenalpasti dan penilaianmenggunakan Ujian Rujukan Kriteria (CRT).(g) Bench MarkingBench Marking merupakan satu proses pengukuran ke atas hasil, prosesdan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang memuaskan tinggi.Penilaian dibuat secara berterusan sehinggalah pelajar sudah dapatmencapai satu tahap penguasaan pembelajaran yang sesuai dengankebolehan dan keupayaannya. Tahap pencapaian boleh ditetapkan diperingkat sekolah, daerah, negeri ataupun negara.(h) Ujian / Peperiksaan Secara On-LineUjian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian yang dibuatberdasarkan kepada hasilan pembelajaran yang terbaik. Peratusan pelajaryang dapat mencapai atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberipetunjuk kepada kualiti pembelajaran. Bagi memastikan kualitipembelajaran sentiasa tinggi, pelajar digalakkan menduduki ujian penilaian
    • apabila mereka sudah bersedia dan sudah menguasai hasil pembelajaranyang ditetapkan.PENUTUPPerlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yangdianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti denganpenyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antaraagensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yangberat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhanSekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepadapembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru,penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatanpihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besarini.