Melaka,nnm,negeri selat

  • 2,116 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
2,116
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3

Actions

Shares
Downloads
36
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. MelakaNegeri-negeri Melayu Negeri-negeri Selat
  • 2. Melaka KESULTANAN MELAYU MELAKA  Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa kita.  Peradaban dan peraturan kenegaraan kerajaan ini tercatat dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin karangan Tun Seri Lanang yang merupakan dokumen historiografi Melayu terpenting.  Masyarakat yang tersusun, berperaturan serta mempunyai sistem politir tersendiri.
  • 3. Sambungan  Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan pelbagai kesan dan warisan sosiopolitik dalam sistem pemerintahan negara kita pada hari ini.
  • 4. CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAMKESULTANAN MELAYU MELAKA Wilayah pengaruh Kedaulatan Keunggulan undang-undang Rakyat Lambang-lambang Kebesaran sultan Kerajaan
  • 5. CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAMKESULTANAN MELAYU MELAKA Wilayah pengaruh – Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja. Meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Timur Sumatera. Kedaulatan – Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah Negara. Pemerintah mempunyai kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Kedaulatan memastikan negara bebas daripada cengkaman politik, taklukan, campur tangan dan penjajahan kuasa asing. Kedaulatan merujuk kepada raja yang memerintah.
  • 6. Sambungan Keunggulan undang-undang – Memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerayataan yang diterima oleh masyarakat. Dua sumber undang- undang bertulis ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Rakyat – Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah. Terikat dengan undang-undang dan peraturan dalam wilayah tersebut. Rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah.
  • 7. Sambungan Lambang-lambang – Simbol yang menjadi identity negara. Antaranya warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka, iaitu sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam. Kebesaran sultan dapat dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protocol dan adat istiadat istana.
  • 8. Sambungan Kerajaan – Institusi yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatic dengan negara lain. Kerajaan wujud apabila ada raja. Raja dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Sistem Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Raja/Sultan, Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua menjamin kesejahteraan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan.
  • 9. Negeri-negeri Melayu Pada umumnya, sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu, berkembang di negeri-negeri tersebut. Kerajaan Johor, Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka. Semua pemerintah negeri tersebut menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing yang ternyata mencontohi Sultan Melaka.
  • 10. Sambungan Pada umumnya, sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Menurut sistem ini, putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta tersebut. Johor, Perak dan Pahang mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka. Perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah pada gelaran pembesarnya. Perbezaan ini disebabkan perubahan semasa dan juga penyesuaian dengan keadaan tempatan.
  • 11. Sambungan Warisan Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat dalam kitab undang-undang bagi Johor, Perak dan Pahang. Ketiga tiga undang-undang itu disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsurtempatan. Contohnya, Undang-undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596 sangat dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.
  • 12. Undang-undang Tubuh KerajaanJohor Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1895. Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat Johor. Agama Islam sebagai agama negeri. Berasaskan perlembagaan Barat. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada Majlis Negeri dan Jemaah Menteri. Menteri mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada raja dan kerajaan.
  • 13. Sambungan Keinginan pemerintahan Johor untuk membentuk kerajaan yang bercorak demokrasi telah mendorong penggubalan perlembagaan. Memantapkan sistem pentadbiran Johor.
  • 14. Sistem Jemaah Menteri di Kelantan Diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I. Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan lagi pentadbiran. Terdapat lapan badan Jemaah Menteri dan setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar. Kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa disingkirkan dan digantikan dengan golongan pembesar yang bergelar nik dan wan.
  • 15. Undang-undang Tubuh KerajaanTerengganu Dikenali sebagai Ittiqan-ilmuluk bi-ta`dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah berdasarkan keadilan. Berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Bertujuan menghalang kemaraan British ke Terengganu. Mengekalkan sistem monarki.
  • 16. Sambungan Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh sultan.
  • 17. Prinsip demokrasi dan konsepPersekutuan di Negeri Sembilan Merangkumi 9 buah negeri iaitu; Sungau Ujung, Rembau, Johol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir. Mempunyai raja sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran Yamtuan Besar (1773). Negeri Melayu pertama yang bentuk mirip persekutuan. Mengamalkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan di tangan rakyat.
  • 18. Sambungan Yang Dipertuan Besar tidak berhak melantik pembesar. Perlantikan pemimpin dilakukan pada peringkat bawah iaitu oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah. Hierarki pemerintahan mengikut Adat Pepatih yang diketuai oleh Yang Dipertuan Besar, Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.
  • 19. Ciri-ciri Negeri-negeri Selat Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,SHTI telam memiliki tiga petempatan di laluan perdagangan Selat Melaka, iaitu Pulau Pinang,Melaka dan Singapura. Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor,manakala Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen. Pada tahun 1826,Pulau Pinang,Melaka dan Singapura digabungkan dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.
  • 20. Sambungan Tujuan penggabungan ini adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan kos pentadbiran. Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor yang menerima arahannya daripada Gabenor Jeneral di India. Gabenor Negeri-Negeri Selat dibantu oleh Residen Konsuler. Ibu Negeri-Negeri Selat yang pertama ialah Pulau Pinang.
  • 21. Sambungan Pada tahun 1832,Singapura menggantikan Pulau Pinang sebagai ibu negeri kerana kedudukannya yang lebih strategik. Dasar dan undang-undang Negeri-Ngeri Selat ditentukan oleh Gabenor Jeneral British di India. Dasar-dasar pentadbiran ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Negeri-Negeri Selat kerana mereka merasakan Negeri-Negeri Selat seolah- olah tanah jajahan India.
  • 22. Sambungan Mereka membuat rayuan kepada kerajaan British supaya memindahkan pentadbiran Negeri-Negeri Selat ke London. Pada 1 April 1867,Neger-Negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British. Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan Neger-Negeri Selat meluluskan undang-undang sendiri.
  • 23. Faktor Faktor British memindahkan pentadbiranNegeri-Negeri Selat dari India ke london adalahseperti berikut: SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan Negeri-Negeri Selat. Negeri-Negeri Selat membantah cadangan untuk menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura. Imigran Cina yang datang ke Negeri-Negeri Selat secara tidak terkawal menubuhkan
  • 24. Sambungan kongsi gelap dan melakukan kekacauan. -Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menjadikan rupee India sebagai mata wang rasmi Negeri-Negeri Selat, menggantikan mata wang perak Sepanyol. Pengenalan akta ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan saudagar kerana nilai mata wang rupee India lebih rendah daripada nilai mata wang perak Sepanyol. Penduduk tempatan membantah tindakan kerajaan British yang menjadikan Negeri-Negeri Selat sebagai tempat buangan banduan.
  • 25. Terima Kasih