Kedudukan pengadilan moral
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
2,439
On Slideshare
2,413
From Embeds
26
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
56
Comments
0
Likes
1

Embeds 26

http://cikgubaskaran.blogspot.com 26

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Pengenalan• Penulisan sejarah pengadilan moral merupakan sesuatu yang bukan baru, dalam aliran sejarah sendiri telah berbelah bagi dan ada menyokong dan yang menentang unsur pengadilan moral dalam sejarah. Pengadilan moral menurut Kosim Ahmad “adalah perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian tertentu , kepada sesuatu peristiwa atau kepada seseorang pelaku sejarah”.• Misalnya, di dalam sebuah tulisan ahli sejarah ada dinyatakan sesuatu peristiwa itu tidak baik, Ketua Negara itu bersalah, masyarakat di desa itu mundur, sistem politik ini tidak progresif dan sebagainya. Secara tidak langsung, penulis atau ahli sejarah telah mennghukum dan menilai.• Pengadilan moral pada pandangan Andrian Oldfield, “adalah lazimnya dibuat dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan dengan berpandukan kepada ukuran baik dan buruk”.
  • 2. Sikap ahli-ahli sejarah tentang pengadilan moral Sikap 1 (tidak Sikap 2 (sokong) sokong) pelaku di dalam sejarah itu bahawa pengadilan moral bertanggungjawab di atas itu tidak patut perlakuannya, lantas ia dilakukan, kerana di antara patut dipersalahkan kalau si pengkaji sejarah dengan berlaku salah, dan diakui pelaku (atau masyarakat) kebaikannya kalau ia yang dikajinya itu, mungkin berlaku baik. Lagipun, kata terdapat sistem nilai yang golongan ini, kalaulah kita berlainan. Dengan kata katakan pengadilan moral lain, apabila ahli sejarah itu itu tidak mungkin membuat peng-adilan dikendalikan kerana moral ia mungkin tidak manusia, atau dapat bersikap adil kepada masyarakat, mempunyai orang atau masyarakat yang sistem nilai yang dikaji atau diadilinya. berbeza, maka kita seolah- olah mengatakan yang manusia tidak mempunyai apa-apa ciri persamaan.
  • 3. Kedudukan Pengadilan MoralPendirian ahli sejarah terhadap pengadilan moraladalah berbelah bagi. Satu aliran yang diwakili oleh :Benedetto Groce ThucydidesLeopold von Ranke
  • 4. • Herbet Butterfield dan G.K. Kitson Clark menentang unsur kemasukan pengadilan moral dalam sejarah kerana ia boleh menimbulkan berbagai jenis masalah dan kerumitan yang sedikit sebanyak boleh menggugat kewibawaan penulisan sejarah.• Groce dalam bukunya History as the story of Liberty, menyangkal yang melihat sejarah sebagai “Mahkamah Tinggi ulung yang meneliti semua pengadilan berpunca dari nafsu dan kesilapan manusia, membetulkannya dan menjatuhkan satu keputusan muktamad sebagai satu pengadilan sejagat, membezakan orang yang mulia daripada orang berdosa.”• Pandangan Groce berdasarkan kepada beberapa alasan : Ketidakupayaan ahli sejarah menembusi lubuk hati manusia yang bertanggungjawab mencetuskan sesuatu kejadian sejarah Kecenderungan ahli sejarah untuk memasuki unsur prasangka dalam pengadilan mereka Kekurangan bukti serta ketidakmampuan untuk membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua ahli sejarah
  • 5. Perbezaan pengadilan di di mahkamah & dalam sejarah Perbezaan pengadilan mahkamah dan dalam sejarahMahkamah Mengadili seseorang tertuduh yang masih hidup Boleh membela diri Berpandukan kepada undang-undang yang diiktiraf umum pada masa ituDalam Sejarah Mengadili orang yang meninggal dunia Tidak boleh membela diri Menggunakan nilai-nilai yang tidak diiktiraf pada zaman orang diadili itu
  • 6. Groce juga menyifatkan………• sebagai ganjil atas keputusan ahli-ahli sejarah tertentu yang mengutuk Julius Caesar kerana tokoh itu telah mencabuli kebebasan politik rakyat Rom.• Pengadilan seumpama ini memperlihatkan “kejahilan tentang kesedaran sejarah” kerana ahli sejarah telah menggunakan nilai zaman ini untuk mengadili tindakan zaman silam• Berpandukan hujah tersebut, Groce menggesa para ahli sejarah untuk menjauhkan diri dari pengadilan moral dan memusatkan segala perhatian mereka ke arah memahami dan menjelaskan kejadian-kejadian sejarah secara sahih dan objektif.
  • 7. herodotus…….• Dalam penulisan Herodotus, beliau telah berlaku adil kepada pihak Yunani dan Parsi semasa dalam Perang Parsi ketika itu, tanpa mengagungkan mana-mana pihak dan memburukkan pihak yang lain. Beliau memuji kemenangan pihak Yunani di Marathon dan di Salamis, namun beliau juga mendedahkan kelemahan orang-orang Yunani dengan adil dan sahih.• Selanjutnya, Herodotus juga telah memaparkan bahawa raja- raja bertindak ganas dan kejam, namun ia juga menyelitkan kisah-kisah di mana raja-raja itu bersikap pemurah, mengampunkan orang-orang yang bersalah serta menghormati undang-undang dan nilai-nilai moral. Adalah jelas bahawa beliau telah menjatuhkan pengadilan moral berdasarkan kepada nilai-nilai yang diiktiraf oleh umum. Dalam Perang Salamis beliau memuji Themistocles yang berjaya kerana strategi peperangan yang sungguh bijak dan berkesan.
  • 8. thucydides…….• Tetapi bagi Thucydides lebih melihat kepada soal keobjektifan sejarah, ini kerana kesanggupan seseorang pengkaji untuk membuat penilaian yang jujur dan saksama. Dalam penulisannya, beliau menyatakan bahawa Athens sendiri yang telah menyebabkan Perang Peloponnesia itu terjadi.• Penilaian beliau telah menyebabkan beliau dikecam sebagai pengkhianat negara. Namun Thucydides melihat tugasnya bukan untuk menghukum pihak yang bersalah atau memuji orang yang berjasa tetapi apa yang harus dilakukannya ialah mendedahkan tindakan- tindakan yang tidak menyenangkan seperti mencetuskan perang atau pembunuhan. Walaupun begitu, pendedahannya tidak akan disusuli oleh sebarang pengadilan moral.• Beliau melihat sesuatu kejadian sejarah didukung oleh sifat manusia untuk membela kepentingan mereka sendiri. Oleh itu tidak wajar perbuatan manusia untuk diadili dan dikutuk.
  • 9. r.g… collingwood….• menyatakan Thucydides telah menyimpang dari landasan Herodotus, kerana penulisan Thucydides bukan sejarah tetapi adalah suatu sains semulajadi yang bertujuan mengesahkan hukum-hukum, iaitu hukum-hukum psikologi yang tidak menghuraikan fakta semata-mata. Herodotus merupakan seorang yang tidak berat sebelah dalam memberikan pengadilan moral, dengan itu ia dapat membantu pembaca menilai sejarah itu. Sumbangan dalam cara pengadilan moral merupakan sumbangan yang besar dalam menulis sejarah dan menilai sejarah, malah masih digunakan sehingga kini.
  • 10. Prof. Herbet Butterfield…….• Ahli sejarah memang tidak mungkin mengetahui manusia secara batinnya. Perkara ini ber-laku disebabkan ahli sejarah tidak dapat menyiasat lubuk pemikiran dan hati mereka, tempat “pembentukan akhir niat dan garis tang-gungiawab itu" ditentukan."
  • 11. • Dalam penulisan sejarah, Thucydides menulis karya sezaman dengannya berbanding Herodotus menulis sebelum zamannya. Thucydides berpendapat menulis kisah lampau tidak selamat dan tidak berketepatan kerana tiada wujud saksi dan penulis sendiri tidak menyaksikannya.• Oleh itu Thucydides cuba mengelakkan kelemahan-kelemahan dalam karya Herodotus dan memperbaharuinya dengan kemas lagi. Pada zaman Perang Peloponesia, Thucydides sendiri telah terlibat dalam perang tersebut, semasa perang tersebut beliau diperintahkan memimpin sepasukan tentera bagi mempertahankan Amphipolis namun tewas, oleh itu dia dibuang negeri. Dalam ketenteraan pula dia mempunyai kepakaran dalam strategi tentang ketenteraan, berbanding Herodotus kurang dalam memahami tentang ketenteraan.• Kekuatan Thucydides dalam menulis sejarah Perang Parsi adalah kerana pengelamannya sendiri yang terlibat dalam perang dan pengetahuannya tentang ketenteraan.
  • 12. Sambungan…….• Namun bagi Herodotus dia menulis sejarah sebelumnya, semasa Perang Parsi Herodotus masih kecil dan sukar baginya untuk memahami peperangan sebenarnya. Perang Parsi meletus pada 478-490 S.M, namun beliau dilahirkan sekitar tahun 484 S.M. Umurnya masih kecil pada masa itu iaitu sekitar 6 tahun. Beliau juga telah menemu duga dan mengembara selama 21 tahun untuk mencari maklumat, sedangkan perang Parsi berlangsung 12 tahun dari 478-490 S.M yang merupakan satu tempoh yang lama. Untuk mengkaji sesuatu pekara yang berlaku pada masa lampau sememangnya sukar kerana ruang lingkupnya begitu luas. Untuk memahami sesebuah sejarah itu tidak cukup hanya dengan membuat kajian ini kerana kebatasan zaman adalah punca kerumitan untuk mentafsirkan maklumat dengan setepatnya.• Sumbangan untuk mengkaji zaman sebelum dan zaman sezaman dengan kedua-dua tokoh ini telah membina ruang lingkup kajian sejarah yang baru. Para sejarahwan sekarang dapat mengkaji kedua-dua zaman yang masih lagi berpanduankan kaedah kajian yang digunkan oleh Herodatus bagi zaman sebelumnya dan Thucydides bagi zaman sezaman dengannya.
  • 13. Antara contoh kes yang diadili………• Ahli sejarah bertolak dari andaian bahawa sesuatu dasar yang bertujuan baik dan terbukti menghasilkan kesan-kesan yang mendatangkan faedah kepada rakyat akan dipuji, mendatangkan kesan sebaliknya akan dikutuk.• Sebagai contoh, R.O Winstedt dalam bukunya A History of Malaya, telah mengutuk sekeras-kerasnya dasar-dasar yang telah diamalkan pada masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dalam PD II kerana mendedahkan rakyat kepada berbagai jenis penderitaan• Winstedt juga menyebut, dasar Jepun yang menggunakan tenaga rakyat untuk membina landasan keretapi Siam melalui negeri Burma yang meragut ribuan nyawa, merampas harta benda seperti ladang, lombong, bank dan perusahaan, mengeluarkan secara berlebihan matawang yang mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan, mengenakan cukai yang tinggi dan sebagainya.• Winstedt juga menyatakan bahawa beberapa pegawai Jepun telah dihadapkan ke mahkamah selepas perang dan dihukum kerana jenayah perang.
  • 14. Kesimpulan………• Sebagai rumusan, amat penting dibuat penentuan tentang ada atau tidak ukuran mutlak apabila seseorang itu membuat sesuatu penganalisisan sejarah.• Kepercayaan seseorang tentang ada atau tidaknya apa yang dipanggil unsur mutlak itu, tanggapan dan juga tindakannya atau ketiadaan tindakan tentu boleh menimbulkan rantaian peristiwa yang tersendiri.• Maka begitu juga halnya dengan pendirian ahli sejarah tentang sama ada ia mahu atau tidak mahu mengendalikan peng-adilan moral di dalam penganalisisan sejarahnya. Sikap pro, anti atau berkecuali di dalam soal ini boleh mengakibatkan rantaian pemikiran atau peristiwa yang tersendiri yang seterusnya akan menimbulkan akibat-akibat lain.
  • 15. • Dakwaan ini adalah tidak keterla-luan rasanya, selagi kita percaya bahawa apa yang dipanggil penye-baban itu memang ada memainkan peranan di dalam sejarah dan juga kehidupan. Selain itu, terdapat juga kemungkinan, seperti kata seorang ahli sejarah, "sekiranya yang pakar, cermat dan terlatih gagal untuk menghasilkan pengajaran daripada sejarah, maka yang curang dan tidak terlatih akan melakukannya bagi pihak mereka." Walaupun ahli sejarah patut mengendalikan pengadilan moral, ia tidak semestinya pula merupakan seorang yang ahli atau mampu berbuat begitu.• Namun, mengaku tidak mampu tidak semestinya tidak baik. Pengakuan ini memang mungkin menjadikan seorang itu tawar hati dan mengundurkan diri, tetapi boleh juga menjadikan seseorang itu lebih bergiat untuk mengatasi kekurangan, sama ada secara sendirian atau secara berkelompok. Pokoknya, jalan keluar daripada masalah ini bukanlah lari daripadanya "tetapi memper-lengkapkan lagi para ahli sejarah dengan kemahiran yang berkait...." Dan masalah ini perlu dihadapi dan diselesaikan oleh para ahli seja-rah sebagai manusia biasa dan juga oleh bukan ahli sejarah yang juga manusia biasa".
  • 16. Sesi pembentangan tamat…