SPPG /IPIK-UNP/2012/PB761
Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar
Sarjana Muda Ekonomi...
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB762
bagaimana mereka belajar, tindakan ini adalah mengelakkan pelajar melakukan
kesalahandalam menye...
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB763
Jadual 2 menunjukkan Analisis berdasarkan interpretasi ke atas nilai min mendapati
terdapat tren...
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB764
Jadual3: Korelasi Di Antara Ciri Metakognisi dengan Konsep Penyelesaian Masalah Soalan
Ekonomi
S...
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB765
maka hal ini adalah bertentang dan bagi meningkatkan lagi prestasi seseorang pelajar perlulah
di...
SPPG /IPIK-UNP/2012/PB766
Roslina Radzali 2007. Kepercayaan Matematik, Metakognisi, Perwakilan Masalah dan
Penyelesaian Ma...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Metakognisi dan penyelesaianan masala dalam persoalan subjek ekonomi pelajar sarjana muda ekonomi ukm

446 views
369 views

Published on

metakognisi dan penyelesaian masalah dalam persoalan subjek ekonomi

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
446
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
11
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Metakognisi dan penyelesaianan masala dalam persoalan subjek ekonomi pelajar sarjana muda ekonomi ukm

  1. 1. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB761 Metakognisi Dan Penyelesaian Masalah Dalam Persoalan Subjek Ekonomi Pelajar Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia Mashithah Kahlid,Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia mashithah87@gmail.combanting99@hotmail.com Abstrak: Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan mengenal pasti ciri metakognisi pelajar sarjana muda ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia merangkumi penyelesaian masalah dan mengetahui ciri metakognisi pelajar melalui kaedah penyelesaian masalah matematik dalam subjek ekonomi. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif untuk pengumpulan data dengan melibatkan 55 orang pelajar Fakulti Ekonomi. Soalan kajian ini menggunakan dua alat iaitu ujian penyelesaian masalah berdasarkan soalan ekonomi dan soal selidik berkaitan dengan metakognisi. Tiga kategori yang dinilai dalam inventori metakognisi adalah (a) strategi kognitif, (b) perancangan dan (c) pemantauan dan penilaian. Analisis min dan peratusan telah digunakan untuk menjawab soalan yang telah ditetapkan. Ujian korelasi juga telah digunakan untuk melihat hubungan di antara ciri metakognisi dengan konsep penyelesaian masalah. Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi.Hasil daripada kajian ini adalah menunjukkan bahawa penggunaan metakognisi dalam kalangan pelajar khususnya dalam penyelesaian masalah adalah penting. Kata kunci: metakognisi, strategi kognitif, perancangan, penilaian, penyelesaian masalah ekonomi. Pengenalan Subjek ekonomi bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mampu untuk menguasai teori dan konsep yang mendasari ekonomi, mengaplikasikan pendekatan ekonomi dalam menyelesaikan masalah masyarakat, menguasai kemahiran membuat keputusan secara rasional dan berpandukan fakta, dan berupaya melihat dunia sejagat dalam konteks pembangunan ekonomi dan kerjaya. Matlamat ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana mata pelajar ekonomi itu sendiri sering dikaitkan dengan subjek yang sukar untuk dikuasai. Ini disokong oleh Johnston, James, Lye, & McDonald (2000)yang menyatakan mata pelajaran ekonomi ialah mata pelajaran yang sukar bagi pelajar Sekolah Menengah dan Universiti di Melbourne, Australia. Kecemerlangan dalam subjek ekonomi menurut Gallo dan Johnson (2008) adalah melibatkan kemahiran asas matematik. Ini kerana subjek ekonomi mengandungi unsur pengiraan, graf, analisis, dan hafalan oleh itu seorang pelajar yang mengambil kos ini memerlukan kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik bagi mendapat pencapaian yang cemerlang. Kajian Epon, Yusuf dan Dindin (2006) melihat metakognisi dalam aspek kesukaran seseorang dalam menyelesaikan permasalahan atau menggunakan kemahiran yang mereka ketahui, dan bagaimana pelajar itu melakukannya.Kaedah metakognisi dapat membantu pelajar berjaga-jaga berkaitan apa yang mereka tahu dan
  2. 2. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB762 bagaimana mereka belajar, tindakan ini adalah mengelakkan pelajar melakukan kesalahandalam menyelesaikan persoalan ekonomi. Penggunaan pendekatan metakognisi menurut Najmi Hayati (2009) ia dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran belajar dan berfikir dan sekali gus meningkatkan kualiti proses pembelajaran. Tambahnya lagi metakognisi merujuk kepada sejauh mana strategi yang perlu digunakan supaya ia dapat mengawal proses pembelajaran. Objektif Kajian 1. Mengenal pasti ciri-ciri metakognisi yang digunakan pelajar apabila menyelesaikan masalah matematik dalam subjek ekonomi. 2. Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep yang dinyatakan pelajar melalui penyelesaian masalah ekonomi dalam subjek ekonomi. Metodologi Kajian ini di jalankan dalam kalangan pelajar ekonomi fakulti ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia pengumpulan data menggunakan borang soal selidik dan ujian bagi subjek ekonomi bagi mengukur ciri metakognisi dan pemboleh ubah keupayaan matematik dalam menyelesaikan persoalan bagi subjek ekonomi dalam kalangan 100 orang pelajar. Sampel dipilih secara rawak mengikut jantina dan bidang pengajian Fakulti Perniagaan dan ekonomi sebanyak 55 borang (55%) berjaya dikutip kembali daripada responden.Secara umumnya, item dalam soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Soal selidik ini menggunakanskala likertyang telah diubahsuai daripada kajian Roslina Radzali (2007). Instrumen ini mengandungi 22 item yang telah dibina untuk mengukur sejauh mana pelajar ekonomi menggunakan ciri metakognisi mereka.Dapatan kajian ini dianalisis berdasarkan IBM SPSS STATISTIC 19 dan analisis dokumen. Dapatan Kajian Jadual 1 menunjukkan min keseluruhan ciri metakognisi strategi kognitif (m= 3.58, SP= .51), perancangan (m= 4.27, SP = .49) dan pemantauan (m= 3.86, SP= .44) berada pada tahap penguasaan matematik yang tinggi. Jadual 1 : Min dan sisihan piawai ciri metakognisi secara keseluruhan dan mengikut tahap matematik pelajar [ Cemerlang (C), Sederhana (S), Sangat Lemah (SL), Lemah (L)]. Ciri Metakognisi Tahap Min Interpretasi Sisihan Piawai a) Strategi kognitif Keseluruhan 3.58 Tinggi .51 C 3.61 Tinggi .33 S 3.48 Sederhana .75 SL 3.91 Tinggi .34 L 3.45 Sederhana .38 b) Perancangan Keseluruhan 4.27 Tinggi .49 C 4.36 Sangat Tinggi .36 S 4.22 Tinggi .66
  3. 3. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB763 Jadual 2 menunjukkan Analisis berdasarkan interpretasi ke atas nilai min mendapati terdapat trend yang agak ketara di antara lelaki dan perempuan dalam cirimetakognisistrategi kognitif dan perancangan. Min strategi kognitifmendapati min perempuan adalah (P, m= 3.60, SP= .43 dan min pelajar lelaki adalah sederhana (L, m= 3.48, SP= .82), manakala perancangan menunjukkan pelajar perempuan mempunyai min sangat tinggi (P, m= 4.32, SP= .46) dan pelajar lelaki min adalah tinggi (L, m= 4.04, SP= .59). Min pemantauan dan penilaian antara lelaki dan perempuan adalah tinggi (L, m= 3.84, SP = .43) (P, m= 3.86, SP= .45). Jadual 2 : Min dan Sisihan Piawai Ciri Metakognisi Mengikut Jantina Metakognisi Jantina Min Interpretasi Sisihan Piawai Strategi kognitif Lelaki 3.48 Sederhana .82 Perempuan 3.60 Tinggi .43 Perancangan Lelaki 4.04 Tinggi .59 perempuan 4.32 Sangat Tinggi .46 Pemantauan dan penilaian Lelaki 3.84 Tinggi .43 Perempuan 3.86 Tinggi .45 Jadual 3 Analisis kajian menunjukkan hubungan antara penggunaan strategi dalam menyelesaikan soalan ekonomi melalui pengetahuan konsep, soalan 1, 2 mempunyai hubungan lemah (r=.222, p> 0.05), manakala soalan 3 dan 5 menunjukkan hubungan yang sangat lemah ( r= .331, p>0.05) dan soalan 5 (r= .106, p> 0.05). Bagi soalan 4 hubungan adalah sederhana (r= .427, p> 0.05). Hubungan yang dapat dilihat seterusnya ialah hubungan perancangan dalam penyelesaian soalan ekonomi dengan penggunaan konsep, soalan 1 (r= .142, p> 0.05), soalan 3 (r= 0, p< 0.05) dan soalan 5 (r=.081, p>0.05) mempunyai hubungan sangat lemah. Manakala soalan 2 dan 4 menunjukkan hubungan yang lemah, soalan 2(r= -.17, p> 0.05) dan soalan 4(r= -.085, p> 0.05). Hipotesis nal yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognsi dengan konsep yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian soalan ekonomi adalah gagal ditolak. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri metakognisi dengan konsep yang digunakan untuk penyelesaian masalah ekonomi bagi setiap soalan. SL 4.37 Sangat Tinggi .24 L 4.13 Tinggi .52 C) Pemantauan dan penilaian Keseluruhan 3.86 Tinggi .44 C 3.78 Tinggi .44 S 3.91 Tinggi .47 SL 3.91 Tinggi .44 L 3.89 tinggi .37
  4. 4. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB764 Jadual3: Korelasi Di Antara Ciri Metakognisi dengan Konsep Penyelesaian Masalah Soalan Ekonomi Strategi Hubungan Perancangan Hubungan Pemantauan Dan Penilaian Hubungan Pengetahuan Konsep S1 .222 Lemah .142 Sangat Lemah .048 Sangat Lemah Pengetahuan Konsep S2 .387** Lemah .331* Lemah -0.17 Sangat Lemah Pengetahuan Konsep S3 0 Sangat Lemah 0 Sangat Lemah 0 Sangat Lemah Pengetahuan Konsep S4 .427** Sederhana .304* Lemah -.085 Sangat Lemah Pengetahuan Konsep S5 .106 Sangat Lemah .081 Sangat Lemah -.068 Sangat Lemah ** signifikan pada aras 0.01 *Signifikan pada aras 0.5 Perbincangan dan Rumusan Perbincangan dalam bahagian ini menumpukan ciri metakognisi dan penyelesaian masalah dalam subjek ekonomi, perbincangan tentang saling hubungan antara ciri metakognisi dan penyelesaian masalah dalam subjek ekonomi. Seperti dijangkakan, dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri metakognisi dan tahap keupayaan matematik pelajar dalam menyelesaikan persoalan ekonomi ke atas min keseluruhan menunjukkan ciri perancangan dan ciri pemantauan dan penilaian berada pada tahap yang tinggi, manakala bagi ciri strategi kognitif memperoleh min keseluruhan yang sederhana. Ini telah dirumuskan oleh Flavell (1979) bahawa metakognisi memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Seperti yang dijangkakan juga, keputusan mengesahkan bahawa tidak terdapat trend yang ketara dalam ciri metakognisi di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar perempuan dan pelajar lelaki memperoleh min dalam ciri perancangan dan penelitian pada tahap tinggi dan kedua-dua mereka juga mendapat tahap min yang sederhana dalam strategi kognitif, walau bagaimanapun ia agak bertentang dengan pandangan yang dikemukakan oleh Flavell (1979) yang menyatakan agak sukar untuk mempercayai bahawa pelajar yang membuat lebih strategik kognitif tidak mendapat keputusan yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak menggunakan kaedah strategik kognitif. Andaian kajian ini mengenai hubungan antara pemboleh ubah ciri metakognisi iaitu strategi kognitif, perancangan dan pemantauan dan penilaian dengan penyelesaian masalah subjek ekonomi. Seperti yang dijangkakan, keputusan kajian ini mengesahkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri metakognisi dengan konsep yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian soalan ekonomi. Hal ini telah bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Akturk dan Sahim (2011) iaitu pelajar yang mempunyai kemahiran metakognisi boleh mengawal pembelajarannya di samping dapat mengeluarkan idea melalui maklumat yang diperoleh, dapat meningkatkan pengetahuan dan dapat membangunkan dan menggunakan strategi pembelajaran baru bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih,
  5. 5. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB765 maka hal ini adalah bertentang dan bagi meningkatkan lagi prestasi seseorang pelajar perlulah digalakkan penggunaan metakognisi ini agar pelajar boleh berpengetahuan. Kesimpulan Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan pelajarboleh menjawab soalan yang diberi tanpa menggunakan ciri-ciri metakognisi dan tahap keupayaan matematikselain itu kejayaan pelajar menjawab soalan bergantung kepada kemahiran kuantitatif termasuk ada sedikit kemahiran asas menjawab soalan (Ballard & Johnson 2004). Walau bagaimanapun pelajar perlu juga diterapkan ciri metakognisi bagi memudahkan pelajar untuk menyelesaikan setiap persoalan dengan mudah dan sistematik seperti mana yang dicadangkan oleh Najmi Hayati (2009), iaitu bagi meningkatkan kemahiran para pelajar guru perlu menggunakan kaedah refleksi metakognisi yang merujuk kepada aktiviti memikirkan semula proses atau langkah-langkah yang telah dijalankan selepas melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran dan metakognisi ini perlu kerana ia adalah perlakuan yang mendorong kepada membentuk kemahiran sebelum memulakan sesuatu dan langkah awal dalam menyelesaikan sesuatu (Soliman &Mathna 2009). Rujukan Arias J.J, & Walker, D.M. 2004. Additional Evidence on the Relationship Between Class Size And Student Performance. Journal Of Economic Education. Akturk. A. O & Sahin. I. 2011. Literature Review on Metacognition and its Measurement. Procedia Social and Behavioral Sciences, 15: 3731-3736. Ballard C.L & Johnson M.F. 2004.Basic Math Skill and Performance in an Introductory Economics Class.Journal of Economic Education. 35(1): 3. Epon Nur’aeni L, Yusuf Suryana & Dindin. 2006. Penggunaan Instrumen Monitoring dari Metakognisi untuk Meningkatkan Kemampuan Mahasiswa Menerapkan Strategi Pemecahan Masalah Matematik. Artikel Hasil Penilaian Hibah Pembinaan UPI 2006. Elizabeth J. Jensen and Ann L. Owen. 2001. ‘Pedagogy, Gender, and Intersest In Education’. Journal Of Economic Education 32:323-343. Farhad Kazemi, Mohammad Reza Fadaee & Sahar Bayat 2010. A Subtle View to Metacognitive Aspect of Mathematical Problems Solving. Proceeding Social and Behavional Sciences 8(2010). International Conference on Mathematics Education Research 2010 (ICMER 2010), hlm 420-426 Flavell J. H. 1979. Metacognition and Cognitive Monitoring: A New Area of Cognitive Development Inquiry. Amarican Psychologist, 34: 906-911. Gallo A.A & Johnson C.K (2008). Math Skills and Everyday Problem Solving. Journal of Economic and Finance Education. 1(7). Johnston, C.G., James, R. H., Lye, J. N. & McDonald, I. M. 2000. An Evaluation of Collaborative Problem Solving for Learning Economics.Journal of Economic Education, 31(1): 13-29. McCarty, Padgham & Bennett. 2006. Determinants of Student Achiement in Principles of Economics. Journal for Economics Education. 6(2): 1-9. Mandel P. & Sussmuth B .2011. Size Matters. The Relevent and Hicksian Surplues of Freferred College Class size. Economics of Education Review. ECOEDU-1212. 1-12. Najmi Hayati .2009. Kemahiran Metakognitif dan Pemupukan Perkembangan Metakognitif dalam Bilik Darjah. Tesis tidak Diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia.
  6. 6. SPPG /IPIK-UNP/2012/PB766 Roslina Radzali 2007. Kepercayaan Matematik, Metakognisi, Perwakilan Masalah dan Penyelesaian Masalah Matematik dalam Kalangan Pelajar. Tesis yang tidak diterbitkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Soliman. A.M & Mathna. E. K. 2009. Metacognitive Strategy Training Improves Driving Stuation Awareness. Social Behavior and Personality, 37(9): 1161-1170.

×