• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Ulasan jurnal
 

Ulasan jurnal

on

  • 1,288 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,288
Views on SlideShare
1,288
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
43
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Ulasan jurnal Ulasan jurnal Document Transcript

    • TAJUK TUGASAN ULASAN JURNALKAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DIKALANGAN PELAJARJURUSAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI NEGERI JOHORNAMA KURSUS: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEBNAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ABD LATIF B. HAJI GAPORNAMA PELAJAR: POOBALAN A/L SELVARAJANNO. MATRIK: M20111000186A. Pengenalan 1
    • Kajian ini dihasilkan oleh Ting Kung Shiung pada tahun 2007 di Universiti TeknologiMalaysia.Kajian ini mengenai pengunaan e-pembelajaran dikalangan pelajar jurusanpendidikan teknikal dan vokasional di institut pengajian tinggi negeri Johor. Reka bentukkajian ini menggunakan kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik.Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat. Populasi kajian adalahterdiri daripada siswazah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negeri Johor yangmenyikuti kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Seramai 306 sampel kajiansiswazah jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional dipilih untuk dijadikan sampelkajian. Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data dari sampel ialah melaluisoal selidik.B. MasalahDalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan e-pembelajaran, tidak kurang jugayang menyatakan kelemahan dan kekangannya. Menurut Urdan & Weggen (2000), walaupunberusaha penuh dalam memperkembangkan e-pembelajaran, tetapi hanya sebahagianketerangan yang menyokong bahawa e-pembelajaran adalah efektif. Oleh yang demikian,kajian ini adalah sangat perlu untuk mengetahui kecekapan diri terhadap penggunaan e-pembelajaran, halangan-halangan dalam menggunakan e-pembelajaran dan hubungan antarakecekapan diri menggunakan e-pembelajaran dengan halangan penggunaan e-pembelajaran dikalangan siswazah pendidikan teknik dan vokasional.C. TujuanKajian ini bertujuan untuk menganalisis kecekapan diri (self-efficacy) terhadap e-pembelajaran,halangan-halangan dalam menggunakan e-pembelajaran dan hubungan antara kecekapan diridengan halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran oleh siswazah yang menyikutikursus Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penumpuan kajian kepada dua pembolehubahutama iaitu kecekapan diri terhadap e-pembelajaran dan halangan-halangan dalampenggunaan e-pembelajaran. Kajian ini akan memberi manfaat kepada kementerian pendidikantinggi, pensyarah dan siswazah sendiri. 2
    • D. ObjektifKajian ini mempunyai 3 objektif asas iaitu mengenalpasti kecekapan diri (self-efficacy) siswazahkursus Pendidikan Teknik dan Vokasional terhadap e-pembelajaran. Selain itu objektif kajian inijuga untuk mengenalpasti halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah kursus PendidikanTeknik dan Vokasional dalam penggunaan e-pembelajaran. Tambahan lagi untukmengenalpasti hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) dengan halangan-halangansiswazah kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam penggunaan e-pembelajaran.E. Pembolehubah Yang Terlibat.Kecekapan Diri Menggunakan Internet (Internet Self-efficacy)Kecekapan diri menggunakan internet merujuk kepada kepercayaan seseorang tentangkemampuan beliau untuk mengorganisasi, melaksanakan dan menyempurnakan kursus yangberkaitan dengan internet dengan berjaya (Eastin & LaRose, 2000). Dalam kajian ini,kecekapan diri menggunakan internet merupakan salah satu aspek untuk menilai kecekapandiri menggunakan e-pembelajaran. Kecekapan Diri Menggunakan Internet (Internet Self-efficacy) juga merupakan pembolehubah bebas dalam kajian ini.Kajian ini mengkaji halangan yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran.Halangan didefinisikan sebagai rintangan yang dihadapi oleh pelajar yang akan membawakesan yang negatif terhadap mereka dalam menggunakan e-pembalajaran. Halanganpembelajaran didapati membawa kepada kesan terhadap seseorang individu dalampembelajaran dan tahap kepuasan (Giles, 1999; Schilke,2001). Halangan-halangan inimerupakan pembolehubah-pembolehubah bersandar yang terdapat dalam kajian ini adalahseperti berikut.Halangan TeknologiHalangan teknologikal merujuk kepada halangan mengenai teknologi pembelajaran. Halanganteknologikal merangkumi rangkaian internet yang sangat perlahan, pengaksesan e- 3
    • pembelajaran dan kos yang tinggi dalam perkakasan, perisian, pembaikian, atau serviskomputer.Halangan PersonalitiHalangan personaliti adalah merujuk kepada persepsi kewujudan halangan-halangandisebabkan siswazah diri sendiri dan sikap siswazah terhadap e-pembelajaran. Halanganpersonaliti juga merujuk kepada halangan personaliti siswazah. Halangan gaya pembelajaranadalah dikategorikan di bawah halangan personaliti. Halangan gaya pembelajaran merujukkepada keselesaan siswazah terhadap teknologi dan menyesuaikan e-pembelajaran sebagaigaya pembelajarannya.Halangan SituasiHalangan situasi adalah dikaitan dengan situasi atau persekitaran seseorang itu berada(Schilke, 2001). Bates (1997) ,Penggunaannya yang meluas dalam bidang pendidikan adalahdipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu belajar, institusi atau kampusnya,kelompok dan juga masyarakatnya. Kita perlulah sedar bahawa pembangunan dan perubahandalam sains dan teknologi telah membawa banyak perubahan kepada aspek ekonomi, industri,perniagaan, sosiobudaya dan juga politik sesebuah negara (Mohd Yusof, 2000).Halangan InstitusiHalangan institusi mengambil kira dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk bahan pengajaranbagi e-pembelajaran (Schilke, 2001). Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaranmerupakan faktor yang penting dalam e-pembelajaran. Halangan institusi berkenaan dengankurang sokongan daripada pensyarah atau penyelia terhadap penggunaan e-pembelajaran dankualiti bagi bahan pengajaran (Garland, 1993; Oblinger, Barone & Hawkins, 2001; Schilke,2001).F. Ringkasan Dapatan KajianDapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah halangan-halangandalam penggunaan e-pembelajaran dan kecekapan diri terhadap e-pembelajaran adalahrendah memandangkan nilai pekali korelasi sebanyak -0.38 iaitu dalam lingkungan 0.20 hingga0.40. Nilai pekali korelasi yang negatif memberitahu pengguna bahawa perkaitan atau 4
    • perhubungan yang wujud antara kedua pembolehubah tersebut merupakan satu hubunganyang negatif. Ini menunjukkan bahawa sekiranya kecekapan diri pengguna terhadap e-pembelajaran adalah tinggi maka halangan-halangan yang akan dihadapi dalam penggunaan e-pembelajaran adalah kurang.Halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran untuk kajian ini menggunakankerangka konsep yang dihasilkan oleh Schilke’s (2001). Terdapat empat halangan utama yangdikaji dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal danhalangan situasi. Antara keempat-empat halangan, halangan teknologikal mencatat min yangtertinggi iaitu 4.06. Hasil kajian menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajarsemasa menggunakan e-pembelajaran adalah kekurangan kemudahan internet. Inimenunjukkan bahawa masalah utama dalam pelaksanaan e-pembelajaran adalah kekurangankemudahan ICT. Nisbah bilangan komputer dengan bilangan pelajar masih pada tahap yangrendah.Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu 2.57. Hasil kajian adalah samadengan hasil kajian Mohd Koharuddin, Adanan Mat Junoh et al. (2003) mengenai kesediaanpelajar Universiti Malaysia menggunakan e-pembelajaran sebagai satu alat pembelajaran olehpelajar Universiti Teknologi Malaysia. Masalah peribadi termasuk seperti tidak minat terhadapaplikasi komputer, dan tidak selesa dengan ICT.G. Bibliografi JurnalTing Kung Shiung,(2007). Kajian mengenai pengunaan e-pembelajaran dikalangan pelajarjurusan pendidikan teknikal dan vokasional di institute pengajian tinggi negeri Johor.1stInternational Malaysian Educational Technology Convention. Universiti Teknologi Malaysia. 5
    • 6