PENGENALAN  KEPADA  HIKAYAT  AWANG KAMARUDDIN
Hikayat Awang Kamaruddin merupakan salah sebuah teks karya prosa lama Brunei. Hikayat ini berasal daripada dua buah cerita...
Siapa Pengarangnya? Orang yang menyelenggarakan teks Hikayat Awang Kamaruddin ialah Rahim Dulani hasil daripada perakaman ...

Penggunaan bahasa :

Buku teks Hikayat  Awang Kamaruddin menggunakan  bahasa Melayu Dialek Kedaya...
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN  SEBAGAI  SASTERA RAKYAT

Hikayat Awang Kamaruddin tergolong ke dalam karya prosa tradisional sebagai sastera lisan di bawah kategori besar ...
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN  SEBAGAI  SASTERA RAKYAT  JENIS  PENGLIPUR LARA

Hikayat Awang Kamaruddin adalah sastera rakyat jenis penglipur lara.

Penglipur lara adalah bent...
KAJIAN DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

Sinopsis

Peristiwa-peristiwa penting

W...
WATAK  DAN  PERWATAKAN

Watak dan perwatakan merupakan aspek yang terpenting dalam struktur penciptaan karya sastera termasuk karya prosa ...
JENIS WATAK

Terdapat dua jenis watak iaitu :

i.  watak utama.

ii. watak sampingan atau wa...
LATAR

Setiap karya sastera memerlukan latar atau seting, iaitu tempat sesuatu peristiwa itu terjadi dan watak berinterak...
JENIS-JENIS  LATAR

LATAR TEMPAT

LATAR MASA DAN WAKTU

LATAR PERALATAN

LATAR BUDA...
LATAR  TEMPAT

Tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku seperti  negeri, tempat kediaman, kampung, tempat tinggal seper...
LATAR  MASA DAN WAKTU

Latar masa dan latar waktu  adalah dua latar yang berbeza, namun saling berkait rapat.

Latar ma...
LATAR  PERALATAN

Latar peralatan

Cerita dan watak ialah alat-alat yang digunakan dalam kehidupan watak.  Secara...
LATAR BUDAYA / MASYARAKAT / SOSIAL/ BUDAYA

Latar budaya / masyarakat / sosial   ialah cara hidup atau latar belakang sesebuah masyarakat.  Kita boleh membica...

Masyarakat di dalam HAK boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

i.  Masyarakat manusia biasa </li...
LATAR  SUASANA

Latar suasana pula boleh dilihat melalui majlis perkahwinan.  Majlis perkahwinan yang diadakan sama iaitu meminang...
Upcoming SlideShare
Loading in...5

Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

4,429

Published on

Sastera Hikayat, Brunei,

Published in: Education
1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
• Assalam alaykum! Nama saya Saida! Saya belajar bahasa Melayu dan akan membaca sastera juga.Bagaimanakah saya dapat buku .
Reply
Are you sure you want to  Yes  No
Your message goes here
• Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
4,429
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
66
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengenalan Hikayat Awang Kamaruddin

1. 1. PENGENALAN KEPADA HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN
2. 2. Hikayat Awang Kamaruddin merupakan salah sebuah teks karya prosa lama Brunei. Hikayat ini berasal daripada dua buah cerita lisan dan telah disusun tulis menjadi sebuah hasil sastera tulisan.
3. 3. Siapa Pengarangnya? Orang yang menyelenggarakan teks Hikayat Awang Kamaruddin ialah Rahim Dulani hasil daripada perakaman cerita penuturnya iaitu Hjh. Siti Alam binti Mail.
4. 4.

Penggunaan bahasa :

Buku teks Hikayat Awang Kamaruddin menggunakan bahasa Melayu Dialek Kedayan dan bahasa Melayu Baku atau Standard. Kandungan teks :

Terdiri daripada 11 bab dengan mempunyai tajuk-tajuk di setiap bab.

Bab 1 : kisah Lamang Labai

Bab 2 hingga 11 : kisah Awang Kamaruddin

5. 5. HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN SEBAGAI SASTERA RAKYAT
6. 6.

Hikayat Awang Kamaruddin tergolong ke dalam karya prosa tradisional sebagai sastera lisan di bawah kategori besar iaitu Sastera Rakyat.

Bagi masyarakat Kedayan Brunei, sastera lisan ini disebut ‘pitaran’.

Jika sastera lisan itu disampaikan secara berlagu dengan iringan pukulan dombak atau rebana, maka ia disebut ‘labai’.

Dalam masyarakat Melayu Brunei pula, sastera seumpama ini disebut ‘diangdangan’.

Masyarakat kita memang memiliki beberapa cerita diangdangan dan Hikayat Awang Kamaruddin merupakan salah satu daripadannya.

7. 7. HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN SEBAGAI SASTERA RAKYAT JENIS PENGLIPUR LARA
8. 8.

Hikayat Awang Kamaruddin adalah sastera rakyat jenis penglipur lara.

Penglipur lara adalah bentuk cereka yang popular dalam kesusasteraan rakyat. Ia mengisahkan tentang manusia istimewa, iaitu putera dan puteri raja.

Watak manusia istimewa ini bukan sahaja cantik rupa parasnya, juga gagah dan sakti. Kecantikan dan kebolehan watak-watak ini luar biasa, melebihi dari apa-apa yang ada pada manusia biasa.

Cerita tentang mereka ini pula berlaku di serata ruang dunia iaitu di daratan, di lautan dan di kayangan.

Walaubagaimanapun Hikayat Awang Kamaruddin mempunyai keistimewaan tersendiri yang memang jarang terdapat dalam cerita-cerita penglipur lara yang lain.

9. 9. KAJIAN DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

Sinopsis

Peristiwa-peristiwa penting

Watak dan perwatakan

Latar tempat, masa dan waktu, masyarakat / suasana dan peralatan

Plot

Persoalan dan tema

Perutusan atau pengajaran

Perbandingan watak

Konflik dalaman watak

Unsur penyamaran

Unsur pengembaraan

Unsur-unsur kesaktian

Unsur-unsur pengaruh

Nilai-nilai murni

Teknik penceritaan

Gaya bahasa

10. 10. WATAK DAN PERWATAKAN
11. 11.

Watak dan perwatakan merupakan aspek yang terpenting dalam struktur penciptaan karya sastera termasuk karya prosa tradisional seperti Hikayat Awang Kamaruddin.

Watak adalah pelaku-pelaku yang memegang peranan sama ada watak-watak itu binatang, tumbuh-tumbuhan, benda, makhluk asing dan sebagainya. Peranan watak ini akan menimbulkan pelbagai peristiwa dan terjalinnya cerita dalam sesebuah cereka itu.

Perwatakan pula ialah ciri penting kepada seseorang watak atau sifat-sifat yang dimiliki oleh seorang watak sama ada sifat fizikal, sahsiah dan sikapnya serta apa jua yang berkaitan dengan dirinya.

12. 12. JENIS WATAK
13. 13.

Terdapat dua jenis watak iaitu :

i. watak utama.

ii. watak sampingan atau watak pembantu.

Watak utama berperanan besar dalam menghidupkan dan mengembangkan cerita sesebuah karya. Ia membolehkan persoalan-persoalan dalam sesebuah karya itu dilahirkan.

Watak sampingan merupakan watak pembantu yang juga berperanan menghidupkan suasana dalam sesebuah karya. Watak sampingan atau watak pembantu tidak tertakluk kepada jumlahnya.

Kemudian watak-watak tersebut boleh kita bahagikan lagi kepada beberapa kategori sama ada watak Protagonis, Antagonis dan Neutral.

14. 14. LATAR
15. 15.

Setiap karya sastera memerlukan latar atau seting, iaitu tempat sesuatu peristiwa itu terjadi dan watak berinteraksi dengan persekitarannya.

Latar adalah dunia watak-watak dalam cereka. Jadi latar adalah alam sekeliling watak-watak. Pekerjaan, kebudayaan, zaman, ekonomi, agama, pergaulan, makanan, pakaian, tempat tinggal, peralatan dan sebagainya itulah yang disebut sebagai latar.

16. 16. JENIS-JENIS LATAR
17. 17.

LATAR TEMPAT

LATAR MASA DAN WAKTU

LATAR PERALATAN

LATAR BUDAYA / MASYARAKAT / SOSIAL / SUASANA

18. 18. LATAR TEMPAT
19. 19.

Tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku seperti negeri, tempat kediaman, kampung, tempat tinggal seperti istana, tempat menuntut ilmu.

Latar tempat di dalam Hikayat Awang Kamaruddin adalah seperti tempat tinggal, kediaman (tempat peraduan), tempat pertapaan, tempat menuntut ilmu, tempat peperangan, tempat bertanam padi, tempat berjual, tempat bersukan dan bermain.

20. 20. LATAR MASA DAN WAKTU
21. 21.

Latar masa dan latar waktu adalah dua latar yang berbeza, namun saling berkait rapat.

Latar masa adalah kelamaan suatu penceritaan.

Latar masa terbahagi kepada dua aspek utama:

1) masa kelamaan dari awal hingga akhir cerita.

2) masa kelamaan bagi satu-satu peristiwa yang berlaku pada sepanjang cerita.

Latar waktu menunjukkan bila sesuatu peristiwa itu berlaku sama ada pagi, petang, malam, tengah malam, subuh, esok atau lusa.

22. 22. LATAR PERALATAN
23. 23.

Latar peralatan

Cerita dan watak ialah alat-alat yang digunakan dalam kehidupan watak. Secara keseluruhannya peralatan watak boleh dibincangkan berdasarkan fungsi peralatan tersebut.

Peralatan-peralatan itu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

i. peralatan perang

ii. peralatan pakaian

iii. peralatan hiasan pengantin

iv. peralatan kenderaan

v. peralatan perubatan

24. 24. LATAR BUDAYA / MASYARAKAT / SOSIAL/ BUDAYA
25. 25.

Latar budaya / masyarakat / sosial ialah cara hidup atau latar belakang sesebuah masyarakat. Kita boleh membicarakan hal-hal tentang susun lapis masyarakat, hubungan orang atasan (pemerintah) dengan orang bawahan (rakyat dan penduduk), bahkan kita boleh membincangkan unsur kepercayaan masyarakat, ekonomi, pendidikan, pekerjaan, majlis adat istiadat, dan sebagainya. Kita juga boleh mengkaji budaya, kepercayaan atau tingkah laku yang merupakan kebiasaan masyarakat dalam karya sastera dan membandingkannya dengan masyarakat sebenar yang memiliki karya itu.

26. 26.

Masyarakat di dalam HAK boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

i. Masyarakat manusia biasa

Masyarakat manusia di dalam HAK merupakan masyarakat kedayan. Masyarakat ini terbahagi secara besarnya kepada dua iaitu golongan istana dan golongan rakyat biasa. Golongan istana merupakan fokus utama penceritaan HAK. Dengan kata lain, HAK merupakan cerita tentang golongan istana, ahli kerabat Awang Kamaruddin.

ii. Raksasa.

Masyarakat raksasa hanya diwakili oleh Tuan Puteri Si Raksasa. Gambaran tentang masyarakat raksasa tidak dibezakan dari masyarakat manusia. Pencerita seolah-olah memperlihatkan kesamaan antara masyarakat raksasa dan masyarakat manusia.

27. 27. LATAR SUASANA
28. 28.

Latar suasana pula boleh dilihat melalui majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan yang diadakan sama iaitu meminang, bertunang, bersanding. Seperti yang kita maklumi, majlis perkahwinan memang majlis yang sangat meriah. Baik kanak-kanak, orang tua, golongan miskin dan kaya tetap berkeinginan untuk sama-sama meraikannya.

Masyarakat HAK juga melakukan hal yang sama yang digambarkan melalui puisi yang terdapat di dalam HAK. Suasana dan keramaian yang hadir digambarkan melalui perbandingan seperti giuk (ulat) diikuti dengan adanya gendang, anding dan alai yang pada masa ini jarang lagi diadakan disebabkan oleh arus pemodenan.

1. A particular slide catching your eye?

Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.