Motivasi dan Strategi Belajar Sastera
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Motivasi dan Strategi Belajar Sastera

on

  • 4,953 views

Ceramah sastera yang disampaikan di Sekolah Menengah Berakas.

Ceramah sastera yang disampaikan di Sekolah Menengah Berakas.

Statistics

Views

Total Views
4,953
Views on SlideShare
4,599
Embed Views
354

Actions

Likes
1
Downloads
174
Comments
0

6 Embeds 354

http://tunasastera.blogspot.com 338
http://www.slideshare.net 8
http://www.tunasastera.blogspot.com 4
http://www.slideee.com 2
http://wallwisher.com 1
http://tunasastera.blogspot.co.uk 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Motivasi dan Strategi Belajar Sastera Motivasi dan Strategi Belajar Sastera Presentation Transcript

  • Motivasi dan Strategi Belajar Sastera Melayu Rozaiman Makmun Pensyarah Pendidikan Bahasa dan Literasi IPSHB, UBD
  • Kehidupan dan Kerjaya
    • Kita berusaha untuk berjaya dalam kehidupan dan mempunyai kerjaya. Kejayaan ini membolehkan kita:
    • 1. berbakti kepada ibu bapa;
    • 2. berbakti kepada bangsa, agama, raja dan negara;
    • 3. berumah tangga;
    • 4. memenuhi keperluan peribadi;
    • 5. memenuhi keperluan keluarga;
    • 6. beramal ibadat; dan sebagainya.
  • Pentingkah sastera?
    • Apakah sastera?
    • Sastera merupakan cerminan/gambaran masyarakat. Pengalaman hidup seseorang (watak) diceritakan/disampaikan melalui pelbagai jenis karya sastera untuk menjadi peringatan kepada orang lain supaya dapat dijadikan teladan dan sempadan.
    • Beza Sastera dan Berita?
    • Berita -kejadian sebenar tanpa tokok tambah.
    • -disampaikan seadanya.
    • -menyampaikan maklumat.
    • Sastera -kejadian sebenar dengan tokok tambah.
    • -disampaikan secara berseni (beremosi).
    • -menyampaikan pengajaran/moral.
  • Gunakan ilmu yang dipelajari untuk berbakti kepada keluarga, bangsa, agama, negara dan raja (ilmu untuk kebajikan). Setelah bekerja nanti: AK menyalahgunakan ilmu untuk merebut isteri Tuan Pemagat (ilmu untuk kejahatan). Hikayat Awang Kamaruddin Gunakan kemudahan sebaik-baiknya, kenang pengorbanan keluarga, hargai titik peluh cikgu, berusaha selagi muda. Sebagai pelajar: Watak berusaha untuk masuk ke universiti, walaupun sudah berusia dan belanja sendiri Sajak Menara gading Kenang jasa orang tua, berbakti sepuas-puasnya, belajar bersungguh-sungguh. Sebagai anak: Anak-anak tidak peduli dengan orang tua. Sajak Pak Tua: Kejayaan kamu tidak akan bererti jika kamu jenis yang tidak mengenang budi. Hindari perkara ini berlaku dalam kehidupan kamu. Sebagai anak/ anak mentua Anak-anak Tasim Jali yang boleh dikatakan berjaya tidak ambil peduli terhadap keadaan ayah mereka. Cerpen Anak-anak Tasim Jali: Jika kamu berjaya dalam bidang kedoktoran, buatlah pertimbangan yang bijaksana, berkhidmatlah dengan kerajaan. Jika membuka klinik swasta, biarlah seimbang antara keuntungan dan khidmat masyarakat. doktor Dr Samuel (Faisal) berjaya dari terpengaruh dengan hasutan ayahnya yang lebih mementingkan keuntungan dengan membuka klinik swasta. Novel Pengabdian: Doktor Faisal Kamu (Kerjaya dan Kehidupan) Watak (Pengalaman & Perwatakan)
  • Memang Sastera Penting!
    • Kerana, melalui sastera, kita dapat:
    • Pengajaran daripada pengalaman pahit orang lain;
    • berkongsi pengalaman manis orang lain;
    • menuruti kejayaan orang lain;
    • Menghindari daripada sikap busuk watak Tauke dalam sajak Tanah;
    • Dapat menilai akibat kesalahan dan kesilapan orang lain;
    • panduan menjadi doktor yang baik seperti Siti Nur;
    • Mengelak sikap tamak seperti watak Peter;
    • Menjauhi sikap berpura-pura seperti sajak Buat Saja;
    • KESIMPULAN:
    • Siapa pun kamu, apa pun kerjaya idaman kamu, sastera penting kamu pelajari supaya kamu menjadi individu yang berperwatakan (warganegara) yang baik, bersikap positif, mampu belajar daripada kesilapan dan kegagalan.
  • Usaha 1: Pentingnya Akademik
    • Dapatkan sebanyak mungkin kelulusan cemerlang dalam semua subjek termasuk sastera.
    • kerja rumah, kerja sekolah, latihan, tugasan, projek dan PEPERIKSAAN.
    • (keputusan/gred yang baik umpama tiket/batu loncatan/jalan, semakin banyak subjek yang kamu dapat semakin banyak peluang kamu)
  • Usaha 2: Pentingnya Kemahiran Bernilai Tambah
    • Gunakan masa cuti untuk ke perpustakaan.
    • Layari internet untuk mengumpul maklumat.
    • Gunakan kreativiti untuk menyiapkan projek.
    • Kuasai teknologi abad 21.
    • Biasakan berfikir secara kritis.
    • Berjinak-jinaklah dengan surat khabar dan bahan bacaan umum.
    • Kuasai pelbagai kemahiran bahasa kreatif seperti berpantun, bersyair, bernyanyi, bercerita.
    • Kuasai pelbagai kemahiran bahasa kritis seperti berpidato, berbahas, berbincang, membentang, bersoal jawab, berhujah dsb.
  • Usaha 3: Pentingnya motivasi
    • Motivasi Luaran
    • Ibu bapa, keluarga, cikgu
    • Motivasi Dalaman
    • rasa ingin tahu, keinginan untuk berjaya, suka terhadap cabaran, kepuasan diri, keimanan
    • Motivasi masa depan
    • cita-cita dan impian
  • Usaha 4: Strategi belajar sastera di rumah
    • Bahagikan masa ulang kaji secara seimbang dan berjadual.
    • Ulang kaji pelajaran (sastera).
    • Segera membuat kerja rumah/tugasan/projek (sastera) yang diberikan.
    • Membaca tajuk/bab (sastera) yang akan dipelajari lebih awal.
    • Mencatat kemusykilan untuk ditanyakan kepada cikgu.
    • Membaca/mengumpul maklumat tambahan/berkaitan melalui pelbagai sumber seperti internet, perpustakaan, bahan bacaan umum.
    • Bentuk kumpulan belajar di rumah.
    • Biasakan berbincang, bersoal jawab, berhujah secara kreatif dan kritis.
  • Usaha 5: Strategi belajar di sekolah
    • Datang lebih awal ke sekolah.
    • Isi masa dengan membaca atau berbincang bersama kawan.
    • Tumpukan perhatian semasa cikgu mengajar.
    • Banyakkan berfikir dan bertanya.
    • Terlibat dengan aktiviti di bilik darjah.
    • Berlatih menggunakan bahasa Melayu baku.
    • Kembangkan kemahiran bahasa secara seimbang.
    • Mencatat nota dengan teknik yang betul.
    • Hubung kait isi pelajaran yang cikgu sampaikan dengan pengetahuan sedia ada.
    • Sentiasa berusaha untuk menjaga perasaan cikgu.
    • Bersalam dengan cikgu selepas belajar.
  • Usaha 6: Strategi Menghadapi Peperiksaan
    • Sediakan jadual ulang kaji sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan. Bahagikan masa sama rata bagi semua subjek termasuk sastera.
    • Kemaskan nota, buku, fail dan bahan belajar dan tempatkan di tempat yang mudah dicapai dan susun mengikut subjek.
    • Membaca untuk memahami - hasilkan nota lengkap dan cari maklumat tambahan.
    • Bentuk kumpulan belajar - secara bergilir, buat pembentangan di hadapan kawan-kawan, bahagikan tajuk-tajuk yang sukar, bincangkan secara mendalam.
  • sambungan
    • Kenal pasti kawan, jiran, abang, kakak yang pernah mengambil sastera dan mendapat keputusan yang cemerlang, lantik beliau menjadi mentor, fasilitator atau ketua.
    • Jika ada kemusykilan, hubungi cikgu sastera melalui telefon atau emel.
    • Jika sudah mendapat jadual peperiksaan, buat salinan, tampal di tempat strategik seperti atas meja belajar, bilik tidur, di fail dan berikan salinan kepada ibu bapa/penjaga untuk informasi bersama.
    • Sediakan jadual intensif sekurang-kurangnya sebulan sebelum peperiksaan. Bahagikan masa sama secara bijak.
    • Membaca untuk menghafal - hasilkan ringkasan dan peta minda.
  • Usaha 6: Strategi Tambahan
    • Sentiasa berdoa sebelum, semasa dan selepas belajar.
    • Sentiasa jaga permakanan.
    • Lakukan senaman ringan.
    • Jika letih, cari hiburan yang sesuai - tonton cerita pendek yang mengembirakan.
    • Mohon maaf dan minta doakan daripada ibu bapa, cikgu, adik yang kecil, orang tua, orang yang akan-sedang-telah menunaikan haji dan ahli keluarga yang lain.
    • Datang 30 minit hingga 1 jam lebih awal dan tunggu berdekatan dewan peperiksaan sambil membaca ringkasan dan peta minda (BUKAN NOTA LENGKAP!).
    • Pastikan membawa alat tulis yang lengkap.
    • Baca doa sebelum menjawab.
    • Jika terlupa, jangan cemas, baca salawat dan gambarkan nota ringkas dan peta minda yang kamu hasilkan.
  • Bimbingan Peta Minda
    • Peta Minda Jadual
    • Peta Minda Carta Aliran
    • Peta Minda Akronim
    • Peta Minda Simbol
    • Peta Minda Lakaran
  • Peta Minda Jadual Perulangan Kata tengah baris Perulangan Kata akhir baris Perulangan Kata awal baris Perulangan Huruf konsonan Perulangan Huruf vokal Simplok Epifora Anafora Asonansi Aliterasi Gaya Bahasa Sajak
  • Peta Minda Carta Aliran Cerita Rakyat Manusia Haiwan Cerita Jenaka Cerita Pahlawan Kancil Menjadi Hakim Kancil mengalahkan binatang besar
  • Peta Minda Akronim untuk Sajak
    • Pengajaran Cerpen Tanah:
    • T - Janganlah bersikap tamak
    • A - Kita mestilah menjaga amanah ibu bapa.
    • N - Ingatlah bahawa nilai tanah akan semakin tinggi pada masa hadapan.
    • A - Ingatlah masa depan anak-anak.
    • H - Jangan terpengaruh dengan hasutan orang lain.
  • Peta Minda Simbol Untuk Cerpen Awal Cerita Peristiwa2 Penting Akhir Cerita
  • Peta Minda Lakaran Kesimpulan Rima akhir BENTUK Jumlah Sukukata Jumlah Baris Jumlah Rangkap
  • Kemahiran Berfikir dan Strategi Membaca Sastera
    • KWL - What do you KNOW, WANT, LEARN?
    • SQ3R - Survey, Question, Read, Reread, Recite.
    • 5W - What, Who, When, Where, Why