Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Konsep, Definisi dan Kepentingan Meringkaskan Karangan

  • 17,110 views
Published

Kemahiran meringkaskan berhubung kait dengan kemahiran berbahasa.

Kemahiran meringkaskan berhubung kait dengan kemahiran berbahasa.

Published in Technology
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
17,110
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3

Actions

Shares
Downloads
124
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1.
    • KEPENTINGAN PENGAJARAN MERINGKASKAN KARANGAN
  • 2. Benjamin Bloom (1956) telah memberikan taksonomi pemelajaran yang memperlihat pengkategorian pemelajaran seperti berikut:
    • 1) Pengetahuan: Kebolehan mengingati fakta, istilah, definisi, kaedah, rumus, prinsip, dll.
    • Kefahaman: Kebolehan menterjemahkan idea daripada satu bentuk ke bentuk yang lain, membuat interpretasi, melihat kesan dan akibat, pola-pola, dll.
    • Aplikasi: Kebolehan menerap atau menggunakan rumus am dan prinsip situasi tertentu.
    • Analisis: Kebolehan menganalisis atau memecahkan sesuatu perkara (konsep, idea, masalah, dll.) kepada bahagian komponen penting supaya menjadi jelas, dan melihat pertalian di antara bahagian tersebut. (dalam Abdul Aziz Abdul Talib, 1993: 88-89)
  • 3.
    • Melalui peringkat pemelajaran di atas, kefahaman merupakan antara komponen yang asas di dalam kemahiran belajar. Kemampuan mengingat fakta belum cukup tanpa kefahaman. Manakala tanpa kefahaman, pelajar tidak akan dapat menguasai komponen lain seperti aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
  • 4.
    • Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993), “keperluan pelajar memahami apa yang dibaca di sekolah (atau di luar sekolah) tidaklah terhad kepada membaca buku teks bagi mata pelajaran Bahasa Melayu semata-mata. Lebih-lebih lagi, aspek bacaan dan kefahaman tidaklah terhad kepada keratan bacaan dan kefahaman dalam teks tersebut. Keperluan pelajar membaca dan memahami apa yang dibaca sangat luas bidangnya dan menembusi kesemua mata pelajaran dalam kurikulum sekolah” (1993: 87).
    • Di samping itu, kemahiran membaca dan memahami uga merupakan kemahiran peringkat penerimaan dalam proses berinteraksi dan menerima maklumat (Dr. Nobaya Ahmad, 2002). Hal ini sesuai dengan takrif komunikasi dalam aspek perhubungan, iaitu interaksi yang membolehkan manusia mencapai pemahaman yang sama (Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khaire Ahmad, 2003).
  • 5.
    • Kemahiran berinteraksi dengan maklumat sangat penting dan perlu dikuasai sejak kita berada di alam persekolahan. Pada zaman globalisasi kini maklumat tersebar ke mana-mana melalui komunikasi lisan dan bukan lisan (Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khaire Ahmad, 2003).
    • Media komunikasi kini wujud dalam pelbagai bentuk dari bentuk buku hinggalah bentuk elektronik seperti televisyen, radio, telefon, komputer peribadi, Personal Digital Assistant (PDA), telefon selular menggunakan aplikasi internet dan multimedia dan sebagainya. Proses komunikasi menggunakan peralatan canggih sepeti di atas disebut teknologi komunikasi (Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khaire Ahmad, 2003).
  • 6.
    • Perhatikan pendapat Abdul Sukor Shaari et al. berikut:
    • Berkomunikasi adalah suatu keperluan kepada setiap individu yang berlaku setiap hari. Hal ini kerana kita sentiasa berhubung dengan orang lain. Perhubungan itu bertujuan sama ada melahirkan pendapat ataupun perasaan kita. Perhubungan antara kita dengan orang lain itu melalui proses komunikasi. Dengan itu dapatlah kita katakan komunikasi adalah suatu proses seseorang individu berkongsi ataupun bertukar-tukar fikiran idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain. Apabila proses komunikasi berlangsung dengan baik, akan memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Sebaliknya jika proses komunikasi berlangsung dengan tidak lancar, akan memungkinkan berlakunya salah tafsiran atau salah faham antara individu terlibat. (2003: 16)
  • 7.
    • Seiring berkembangnya proses dunia tanpa sempadan, wujud fenomena ledakan maklumat yang berlaku di seluruh dunia. Hal ini dijana pula dengan berkembangnya media elektronik yang canggih, dikenali sebagai teknologi maklumat seperti komputer, mikroelektronik, dan telekomunikasi (Abbas Bin Mohd Shariff, 2003) serta hubungan alam siber melalui internet. Kini, maklumat tersalur dengan sangat cepat melalui pelbagai cara dan pelbagai media, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk tulisan atau bercetak. Manusia di pelusuk dunia kini saling berkongsi maklumat untuk dijadikan bahan berfikir menghasilkan sesuatu, menjana kemajuan negara, mendapatkan informasi untuk menyelesaikan masalah, bagi keperluan pembangunan, penyelidikan dan sebagainya. Keperluan berkomunikasi lebih-lebih lagi penting untuk golongan pemimpin dan ahli korporat. Mereka memerlukan maklumat untuk membuat keputusan dan bertindak serta mengeluarkan arahan berkaitan. Untuk itu golongan ini perlu menguasai kemahiran menyerap dan mengumpul maklumat baik melalui komunikasi lisan mahupun komunikasi tulisan seperti laporan, surat, berita, akhbar, majalah dan seumpamanya (Abdullah Hassan, 2002).
  • 8.
    • Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khairie Ahmad (2003) merumuskan bahawa terdapat sepuluh fungsi komunikasi, iaitu penyebaran informasi dan amaran, menjalinkan hubungan dengan masyarakat, transmisi budaya masyarakat, hiburan, penentuan agenda, pemujukan, pendidikan, ekonomi, pemerhati, dan politik. Namun begitu, segala fungsi yang disebutkan ini tidak akan bererti jika masyarakat tidak mampu memahaminya, sesuai dengan pendapat Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khaire Ahmad, ‘...sebarang proses komunikasi yang tidak mewujudkan kefahaman adalah tidak bermakna’(2003:3).
  • 9.
    • Keperluan penguasaan bahasa untuk berkomunikasi dengan lancar dan tepat telah disedari oleh Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, aspek komunikasi telah ditekankan di dalam pengajaran dan pemelajaran semua mata pelajaran, khususnya bahasa Melayu, seperti maksud petikan berikut:
  • 10.
    • Mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah atas memberikan tumpuan kepada penguasaan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi untuk melahirkan pelajar-pelajar yang fasih dan lancar dalam pertuturan, cekap, kritis dan analitis dalam pembacaan serta kreatif dalam penulisan. . . . Sukatan pelajaran ini menitikberatkan peluasan pengalaman serta penguasaan kemahiran-kemahiran berbahasa. Justeru itu faktor yang menjadi ukuran ialah keupayaan pelajar-pelajar menggunakan dan merakamkan bahasa sebagai alat komunikasi yang berkesan di dalam semua situasi kehidupan. (1994: ix)
  • 11.
    • Di dalam mata pelajaran bahasa Melayu, terdapat banyak strategi pemahaman bacaan yang diajarkan, antaranya ialah meringkaskan karangan. Menurut beberapa orang pensyarah di Universiti Putra Malaysia, iaitu Profesor Madya Chan Swee Heng et al. (2000: 31) “Writing summaries is an important skill to acquire. It helps to consolidate or put together the main message of a text. Comprehension of a text is then ensured.”
  • 12.
    • Ketika pengajaran dan pemelajaran komponen ini, pelajar disuguhkan dengan bahan tulisan berupa teks atau karangan. Dengan bimbingan guru, pelajar-pelajar akan berinteraksi dengan teks, membaca, memahami, berfikir secara kritis, mengenal pasti maklumat dan menggunakan idea atau maklumat untuk menghasilkan teks ringkasan bersesuaian dengan had jumlah patah perkataan yang telah ditetapkan oleh guru atau soalan. Hal ini menunjukkan kemahiran meringkaskan karangan perlu dikuasai oleh pelajar bukan sahaja untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di dalam bahasa, juga bagi keperluan pelajar di dalam menimba ilmu secara keseluruhannya di sekolah seperti pendapat Abd. Aziz Abd. Talib (2000: 165-166):
  • 13.
    • “ Di sekolah, kemahiran tersebut diperlukan oleh murid-murid apabila mereka membaca dan ingin mencatat nota daripada bahan-bahan yang dibaca seperti bab-bab penting dalam buku teks, dan bahan-bahan rujukan yang lain seperti buku rujukan, ensiklopedia, jurnal, majalah, laporan atau artikel. Selain itu, tidak kurang pula pentingnya kemahiran meringkas dan mencatatkan bahan-bahan yang didengar apabila guru mengajar. Sesungguhnya kemahiran meringkas bahan-bahan dibaca (atau didengar) amat berguna kepada murid-murid di sekolah, dan juga kepada pelajar-pelajar di maktab atau universiti.”
  • 14.
    • Pelajaran meringkaskan karangan merupakan pendidikan seumur hidup. Hal ini kerana kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam meringkaskan karangan juga berguna di dalam kehidupan sehari-hari, apatah lagi di dalam dunia pekerjaan:
  • 15.
    • Seterusnya, dalam dunia pekerjaan pula, para setiausaha, pelapor, pemberita dan seumpamanya memerlukan kemahiran yang sama bagi meringkas bahan isi dalam ceramah, syarahan, atau mesyuarat, dan seumpamanya. (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000: 166)
  • 16.
    • Kemahiran mengenal pasti isi-isi penting dalam kemahiran meringkaskan karangan juga setentunya akan meningkatkan kemahiran menyediakan maklumat-maklumat penting. Hal ini sangat penting dikuasai oleh kita semua. Sebagai contoh, peranan bahagian perhubungan awam dalam jabatan-jabatan kerajaan, NGO, bank dan sebagainya berperanan untuk berhubung dengan masyarakat di samping meningkatkan imej dan reputasi organisasi masing-masing (Mohd Baharudin Othman dan Mohd Khaire Ahmad, 2003).
  • 17.
    • Berbalik kepada dunia pelajar, kemahiran membuat ringkasan juga amat berguna sebagai strategi atau teknik mengulang kaji pelajaran dan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Kemahiran ini didapati membantu pelajar-pelajar untuk menghasilkan nota pelajaran yang lengkap, teratur dan mengandungi isi-isi penting (Omardin Haji Ashaari, 1992). Kemahiran mengenalpasti isi-isi penting perlu dikuasai pelajar-pelajar sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti (Abdul Razak Abdul Rahman, 2002).
  • 18.
    • Dengan menguasai kemahiran membuat ringkasan, pelajar-pelajar dapat mengeluarkan isi-isi penting dari subjek-subjek yang dipelajari untuk difahami, dihafal dan diaplikasi dalam peperiksaan. Selain itu, kemahiran mengenalpasti isi-isi penting juga didapai membantu pelajar-pelajar dalam menghasilkan tugasan berkualiti (Dr. Maznah Baba, 2002), mengadakan perbincangan dalam kumpulan (Dr. Mohammad Shatar Sabran, 2002), menghasilkan nota ringkas bagi menghadapi peperiksaan dan menyediakan rangka jawapan bagi soalan berbentuk esei (Zumilah Zainalaludin, 2002).
    • Meringkaskan karangan sebagai strategi bacaan juga penting bagi melengkapkan diri pelajar-pelajar sebelum memasuki institusi pendidikan tinggi. Menurut Muskingum College, “Reading is one of the most important academics tasks faced by students.” Menurut Chan Swee Heng et al. (2000:1):
  • 19.
    • In tertiary study, along with the skills of managing time and making effective notes, the task of reading is important. Reading is a part of everyday life, especially in the university as it takes on a central role in your approach to studying. Reading requires understanding and comprehending the meaning of written text. The reader must mentally interact with the message in the text and not be a passive reader. Reading passively results in a lack of purpose or goal for reading and this leads to the inability to construct accurate information.
  • 20.
    • Daripada perbincangan di atas, sangat jelas kepada kita sejauh mana pentingnya kemampuan pelajar-pelajar memanfaatkan kemahiran memahami bacaan dan kemahiran bahasa yang lain dalam kehidupan mereka di dunia pendidikan sebagai pelajar dan sebagai tenaga kerja dalam kehidupan mereka selanjutnya. Kemampuan mengaplikasi kemahiran-kemahiran berbahasa dalam kehidupan harian dikatakan memenuhi ciri-ciri literasi berfungsi (Mahzan Arshad, 2003).