Meringkaskan Karangan Peringkat A (A Level)

5,299 views
5,172 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

• Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
5,299
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
154
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Meringkaskan Karangan Peringkat A (A Level)

1. 1. MERINGKASKAN KARANGAN PANDUAN DAN TEKNIK
2. 2. PANDUAN

Baca keseluruhan teks kali pertama untuk memahami idea keseluruhan dan tujuan penulis.

Baca kali kedua untuk meringkaskan (seterusnya lihat teknik).

Ringkasan hendaklah sepanjang 150 perkataan dan catatkan di bahagian bawah.

Ringkasan hendaklah mengandungi isi penting selaras dengan jumlah perenggan dalam teks asal. Jika teks asal mempunyai 9 perenggan, maka 9 isi penting hendaklah diringkaskan menjadi satu perenggan.

Jika jumlah perkataan masih rendah, awda boleh memasukkan huraian atau contoh yang dianggap penting bagi mencukupkan jumlah perkataan.

Markah awda tidak akan dipotong jika ringkasan yang dihasilkan dalam lingkungan 145 hingga 155 perkataan.

Draf ringkasan boleh dibuat dalam kertas kosong atau kertas soalan.

Jika awda mempunyai masa, ringkasan terakhir (sebenar) hendaklah bersih dari kesalahan, ditulis dengan kemas, mantap, mudah difahami, dan menggunakan bahasa yang gramatis.

Hati-hati mengira jumlah perkataan; kata istilah, gelaran, kata majmuk, peribahasa, nombor, tarikh dianggap satu perkataan.

3. 3. Teknik (Proses)

1) Mengenal pasti isi penting (garis) dan mengenal pasti pelengkap jika ada (tanda kurungan)

2) Mengeluarkan isi penting dan unsur pelengkap(sebaiknya dalam bentuk senarai)

3) Menulis ringkasan menggunakan ayat sendiri

4) Mengedit ringkasan dari segi pengekalan maksud asal, kesepaduan, kepautan dan jumlah perkataan.

5) menulis ringkasan terakhir yang bersih, kemas dan mantap.

4. 4. 1) Mengenal pasti isi penting (garis) dan mengenal pasti pelengkap jika ada (tanda kurungan)

Pembakuan bahasa berlaku pada banyak tahap. Antaranya, termasuklah tahap-tahap ejaan, sebutan, kosa kata dan peristilahan, tatabahasa dan makna. Secara kebetulan (sebahagian besar daripada tahap-tahap ini telah pun baku kecuali sebutan.) Oleh itu, pada waktu kempen pembakuan bahasa dalam tahun-tahun 1980-an dahulu, yang mendapat tekanan ialah sebutan walaupun yang lain, terutama tatabahasa tidak kurang pentingnya.

Dalam pelaksanaan bidang ( sebutan baku ini pula terbit sedikit kekacauan, yang sebenarnya lahir daripada salah faham.) Salah satu aspek pembakuan sebutan ialah cara menyebut huruf a pada akhir suku kata tertutup, misalnya dalam perkataan saya dan siapa . Yang dicadangkan ialah supaya sebutannya diseragamkan pada semua kedudukan dalam perkataan, tidak kira di hadapan, di tengah atau di belakang, seperti dalam perkataan api , tahu dan ada .

5. 5.

Yang menjadi masalah ialah banyak orang masih menyebut perkataan-perkataan yang telah pun diserap ke dalam bahasa Melayu mengikut cara dalam bahasa asalnya. Misalnya teknologi disebut sebagai teknoloji , industri sebagai indastri dan unit sebagai yunit . Apabila hal ini berlaku, ( maka proses pembakuan bahasa tidak terlaksana.)

Kesimpulannya, kelicinan pelaksanaan pembakuan bahasa terhambat disebabkan oleh sikap yang salah. Pada satu pihak, sikap mengaitkan ( konsep bahasa baku) dengan sebutan huruf a pada akhir perkataan (perlu diperbetulkan.) Ini hanya merupakan satu bahagian kecil dalam proses pembakuan bahasa. Terdapat banyak aspek sebutan lain yang lebih penting, seperti penyebutan huruf-huruf g , u , i dan lain-lain dalam (perkataan-perkataan pinjaman).

6. 6.

Pada pihak yang lain pula ialah sikap, yang juga tidak betul, bahawa aspek pembakuan bahasa disamakan maksudnya dengan pembakuan sebutan semata-mata. Hal ini tidak benar, kerana seperti yang telah dinyatakan, (pembakuan bahasa berlaku pada banyak tahap) seperti ejaan, kosa kata dan tatabahasa. Oleh itu amat tidak wajar menolak pembakuan bahasa oleh sebab menyangkakan proses itu hanya pembakuan sebutan.

Daripada perbincangan di atas, jelas kelihatan bahawa perspektif yang sebenarnya perlu dijelaskan agar orang ramai tidak salah tanggap. Dengan kata lain, kita perlu (memberikan definisi yang sebenarnya mengenai konsep bahasa baku) supaya tidak timbul perselisihan faham.

7. 7.

Kelihatan bahawa istilah ‘bahasa baku’ itu sendiri menimbulkan pelbagai reaksi termasuk yang amat emosional sifatnya. Oleh itu, mungkin lebih baik diketepikan istilah itu, digantikan dengan ungkapan lain, (yang lebih senang diterima orang.)

Dalam hal ini, mungkin ungkapan ‘bahasa umum’ boleh digunakan, dengan disertai penjelasan ‘bahasa yang baik, betul dan indah.’ Maksudnya sama seperti konsep bahasa baku, iaitu pertama bahasa tersebut adalah untuk kegunaan umum dalam konteks tertentu. Ciri utama ialah penggunaannya dalam konteks rasmi dan terlepas daripada ciri-ciri kedaerahan serta bahasa basahan.

8. 8.

Bahasa ini hendaklah baik, iaitu bahasa Melayu tulen tidak dicemari dengan unsur-unsur bahasa asing atau yang tidak baku. Bahasa ini hendaklah betul juga, iaitu mematuhi segala peraturan bahasa Melayu , baik ejaan, sebutan, tatabahasa mahupun makna. Akhir sekali, bahasa ini hendaklah indah, sedap didengar dan memperlihatkan kelincahan yang sedia ada pada bahasa Melayu.

9. 9. 2) Mengeluarkan isi penting dan unsur pelengkap(sebaiknya dalam bentuk senarai)

pada waktu kempen pembakuan bahasa dalam tahun-tahun 1980-an dahulu, yang mendapat tekanan ialah sebutan walaupun yang lain, terutama tatabahasa tidak kurang pentingnya.

(sebahagian besar daripada tahap-tahap ini telah pun baku kecuali sebutan.)

Yang dicadangkan ialah supaya sebutannya diseragamkan pada semua kedudukan dalam perkataan, tidak kira di hadapan, di tengah atau di belakang, seperti dalam perkataan api , tahu dan ada .

( sebutan baku ini pula terbit sedikit kekacauan, yang sebenarnya lahir daripada salah faham.)

Yang menjadi masalah ialah banyak orang masih menyebut perkataan-perkataan yang telah pun diserap ke dalam bahasa Melayu mengikut cara dalam bahasa asalnya.

( maka proses pembakuan bahasa tidak terlaksana.)

Kesimpulannya, kelicinan pelaksanaan pembakuan bahasa terhambat disebabkan oleh sikap yang salah.

(perkataan-perkataan pinjaman).

( konsep bahasa baku dengan sebutan huruf a pada akhir perkataan perlu diperbetulkan.)

10. 10.

Oleh itu amat (tidak wajar menolak pembakuan bahasa) oleh sebab menyangkakan proses itu hanya pembakuan sebutan.

(pembakuan bahasa berlaku pada banyak tahap)

Daripada perbincangan di atas, jelas kelihatan bahawa perspektif yang sebenarnya perlu dijelaskan agar orang ramai tidak salah tanggap.

(memberikan definisi yang sebenarnya mengenai konsep bahasa baku)

Kelihatan bahawa istilah ‘bahasa baku’ itu sendiri menimbulkan pelbagai reaksi termasuk yang amat emosional sifatnya.

(yang lebih senang diterima orang.)

Dalam hal ini, mungkin ungkapan ‘bahasa umum’ boleh digunakan, dengan disertai penjelasan ‘bahasa yang baik, betul dan indah.’

tidak dicemari dengan unsur-unsur bahasa asing

mematuhi segala peraturan bahasa Melayu ,

sedap didengar dan memperlihatkan kelincahan

11. 11. 3) Menulis ringkasan menggunakan ayat sendiri

Kempen pembakuan bahasa lebih menekankan aspek sebutan kerana dianggap belum baku berbanding aspek-aspek lain.

pada waktu kempen pembakuan bahasa dalam tahun-tahun 1980-an dahulu, yang mendapat tekanan ialah sebutan walaupun yang lain, terutama tatabahasa tidak kurang pentingnya.

(sebahagian besar daripada tahap-tahap ini telah pun baku kecuali sebutan.)

Sebutan baku hendaklah diseragamkan dalam semua kedudukan perkataan namun pelaksanaannya menjadi bercelaru akibat salah tanggapan.

Yang dicadangkan ialah supaya sebutannya diseragamkan pada semua kedudukan dalam perkataan, tidak kira di hadapan, di tengah atau di belakang, seperti dalam perkataan api , tahu dan ada .

( sebutan baku ini pula terbit sedikit kekacauan, yang sebenarnya lahir daripada salah faham.)

12. 12.

Proses pembakuan bahasa juga terhalang apabila perkataan pinjaman masih disebut menggunakan sistem sebutan bahasa asal.

Yang menjadi masalah ialah banyak orang masih menyebut perkataan-perkataan yang telah pun diserap ke dalam bahasa Melayu mengikut cara dalam bahasa asalnya.

( maka proses pembakuan bahasa tidak terlaksana.)

Konsep bahasa baku bukan hanya tentang sebutan huruf a dalam bahasa Melayu malahan merangkumi penyebutan huruf-huruf dalam perkataan-perkataan pinjaman.

Kesimpulannya, kelicinan pelaksanaan pembakuan bahasa terhambat disebabkan oleh sikap yang salah.

(perkataan-perkataan pinjaman).

( konsep bahasa baku dengan sebutan huruf a pada akhir perkataan perlu diperbetulkan.)

Terdapat pihak tertentu yang menolak pembakuan bahasa dengan alasan pembakuan hanya melibatkan masalah penyebutan sedangkan proses itu melibatkan pelbagai tahap penggunaan bahasa.

Oleh itu amat tidak wajar menolak pembakuan bahasa oleh sebab menyangkakan proses itu hanya pembakuan sebutan.

(pembakuan bahasa berlaku pada banyak tahap)

13. 13.

Perspektif yang salah terhadap pembakuan bahasa perlu diperbetulkan melalui pendefinisian semula.

Daripada perbincangan di atas, jelas kelihatan bahawa perspektif yang sebenarnya perlu dijelaskan agar orang ramai tidak salah tanggap.

(memberikan definisi yang sebenarnya mengenai konsep bahasa baku)

Istilah ‘bahasa baku’ juga menimbulkan pelbagai reaksi negatif.

Kelihatan bahawa istilah ‘bahasa baku’ itu sendiri menimbulkan pelbagai reaksi termasuk yang amat emosional sifatnya.

Agar mudah diterima, istilah ‘bahasa umum’ boleh digunakan namun masih membawa maksud bahasa yang baik, betul dan indah.

(yang lebih senang diterima orang.)

Dalam hal ini, mungkin ungkapan ‘bahasa umum’ boleh digunakan, dengan disertai penjelasan ‘bahasa yang baik, betul dan indah.’

Bahasa umum itu hendaklah bersih dari pengaruh sistem bahasa pinjaman, mematuhi nahu bahasa Melayu serta sedap didengar dan memperlihatkan kelincahan.

tidak dicemari dengan unsur-unsur bahasa asing

mematuhi segala peraturan bahasa Melayu ,

sedap didengar dan memperlihatkan kelincahan

14. 14. 4) Mengedit ringkasan dari segi pengekalan maksud asal, kesepaduan, kepautan dan jumlah perkataan.

Kempen / pembakuan / bahasa / lebih / menekankan / aspek / sebutan / kerana / dianggap / belum / baku / berbanding / aspek-aspek / lain [antaranya, ejaan, sebutan, kosa kata dan peristilahan, tatabahasa dan makna. = 9] / ( Sebenarnya ,) / sebutan baku / hendaklah / diseragamkan / dalam / semua / kedudukan / perkataan / namun / pelaksanaannya / menjadi / bercelaru / akibat / salah tanggapan / masyarakat. / ( Di samping itu ,) / proses / pembakuan / bahasa / juga / terhalang / apabila / perkataan pinjaman / masih / disebut / dengan menggunakan / sistem sebutan / bahasa asal, [ misalnya, teknologi masih disebut teknoloji. = 5] / ( Sedangkan ,) / konsep / bahasa baku / bukan / hanya / setakat / penyebutan / huruf / a / dalam / bahasa Melayu / malahan / merangkumi / penyebutan / huruf-huruf / dalam / perkataan-perkataan pinjaman. / ( Lebih parah lagi ,) / terdapat / pihak / tertentu / yang / menolak / pembakuan / bahasa / dengan / alasan / pembakuan / hanya / melibatkan / masalah / penyebutan,/ padahal, / proses / itu / juga / melibatkan / pelbagai / tahap / penggunaan / bahasa. / (Oleh yang demikian), / perspektif / yang / salah / terhadap / pembakuan / bahasa / perlu / diperbetulkan / melalui / pendefinisian / semula./ Tambahan lagi, / istilah / ‘bahasa baku’ / juga / menimbulkan / pelbagai / reaksi negatif. / Agar / mudah / diterima, / istilah / ‘bahasa umum’ / boleh / digunakan,/ ( tambahan pula ) / istilah / ini / masih / membawa / maksud / bahasa / yang / baik, / betul / dan / indah./ ( Tegasnya ,) / bahasa umum / itu / hendaklah / bersih / dari / pengaruh / sistem / bahasa pinjaman,/ mematuhi / nahu / bahasa Melayu / serta / sedap / didengar / dan / memperlihatkan / kelincahan./

132 perkataan ( + 9 + 5 + 7 = 153)

15. 15. 5) menulis ringkasan terakhir yang bersih, kemas dan mantap.

Kempen pembakuan bahasa lebih menekankan aspek sebutan kerana dianggap belum baku berbanding aspek-aspek lain, antaranya, ejaan, sebutan, kosa kata dan peristilahan, tatabahasa dan makna. Sebenarnya, sebutan baku hendaklah diseragamkan dalam semua kedudukan perkataan namun pelaksanaannya menjadi bercelaru akibat salah tanggapan masyarakat. Di samping itu, proses pembakuan bahasa juga terhalang apabila perkataan pinjaman masih disebut dengan menggunakan sistem sebutan bahasa asal, misalnya, teknologi masih disebut teknoloji. Sedangkan, konsep bahasa baku bukan hanya setakat penyebutan huruf a dalam bahasa Melayu malahan merangkumi penyebutan huruf-huruf dalam perkataan-perkataan pinjaman. Lebih parah lagi, terdapat pihak tertentu yang menolak pembakuan bahasa dengan alasan pembakuan hanya melibatkan masalah penyebutan, padahal, proses itu juga melibatkan pelbagai tahap penggunaan bahasa. Oleh yang demikian, perspektif yang salah terhadap pembakuan bahasa perlu diperbetulkan melalui pendefinisian semula. Tambahan lagi, istilah ‘bahasa baku’ juga menimbulkan pelbagai reaksi negatif. Agar mudah diterima, istilah ‘bahasa umum’ boleh digunakan, tambahan pula istilah ini masih membawa maksud bahasa yang baik, betul dan indah. Tegasnya, bahasa umum itu hendaklah bersih dari pengaruh sistem bahasa pinjaman, mematuhi nahu bahasa Melayu serta sedap didengar dan memperlihatkan kelincahan.

153 perkataan

16. 16. Kesalahan yang Lazim

Mengubah maksud:

Contoh: Pembakuan bahasa berlaku pada tahap-tahap ejaan, kosa kata dan peristilahan, tatabahasa dan makna kecuali tahap sebutan.

Asal: Pembakuan bahasa berlaku pada banyak tahap. Antaranya, termasuklah tahap-tahap ejaan, sebutan, kosa kata dan peristilahan, tatabahasa dan makna. Secara kebetulan sebahagian besar daripada tahap-tahap ini telah pun baku kecuali sebutan.)

17. 17.

2. Isi yang berulang dan kurang penting:

Pelaksanaan bidang sebutan baku, terbit sedikit kekacauan, yang lahir dari salah faham.

Kelicinan pelaksanaan pembakuan bahasa terhambat disebabkan oleh sikap yang salah.

Perspektif yang sebenarnya perlu dijelaskan agar orang ramai tidak salah tanggap.

Kita perlu memberikan definisi yang sebenarnya mengenai konsep bahasa baku supaya tidak timbul perselisihan faham.

18. 18.

3. Ringkasan dihasilkan dengan membuang isi kurang penting tetapi masih menggunakan ayat penulis:

Kelicinan pelaksanaan pembakuan bahasa terhambat disebabkan oleh sikap yang salah.

Asal:

Kesimpulannya, kelicinan pelaksanaan pembakuan bahasa terhambat disebabkan oleh sikap yang salah.

19. 19.

4. Menyalin isi penting sepenuhnya dari teks asal:

Bahasa ini hendaklah betul juga, iaitu mematuhi segala peraturan bahasa Melayu , baik ejaan, sebutan, tatabahasa mahupun makna. Bahasa ini hendaklah indah, sedap didengar dan memperlihatkan kelincahan yang sedia ada pada bahasa Melayu.

Asal:

Bahasa ini hendaklah betul juga, iaitu mematuhi segala peraturan bahasa Melayu , baik ejaan, sebutan, tatabahasa mahupun makna. Akhir sekali, bahasa ini hendaklah indah, sedap didengar dan memperlihatkan kelincahan yang sedia ada pada bahasa Melayu.

20. 20.

5. Kesalahan bahasa:

Ianya

Yang mana

Di mana

bahasa melayu

Salah tangkap

Kebanyakkan

paham

21. 21.

6. Maksud menjadi kabur kerana ayat terputus-putus dan tergantung:

Berlakunya pembakuan bahasa pada banyak tahap. Sebahagian besar daripadanya telah baku kecuali sebutan. Ini ditekankan di dalam sebutan bahasa Melayu dan tatabahasa juga penting. Dicadangkan supaya sebutannya diseragamkan dalam perkataan.

22. 22.

7. Ayat kurang gramatis:

Perlaksanaan bidang sebutan baku ini pula terbit sedikit kekacauan yang lahir daripada salah paham.

8. Jumlah perkataan tidak tepat.

9. Memasukkan isi tidak penting.

10. Tidak menggunakan kata penghubung / pangkal yang ayat yang sesuai.