Merapatkan dunia pelajar dan dunia luar sekolah: Penilaian terhadap potensi Projek Anjung Ilmu sebagai sebahagian PKS (SBA) SPN 21.

Loading...

Flash Player 9 (or above) is needed to view presentations.
We have detected that you do not have it on your computer. To install it, go here.

0 comments

Post a comment

    Post a comment
    Embed Video
    Edit your comment Cancel

    Favorites, Groups & Events

    Merapatkan dunia pelajar dan dunia luar sekolah: Penilaian terhadap potensi Projek Anjung Ilmu sebagai sebahagian PKS (SBA) SPN 21. - Presentation Transcript

    1. Merapatkan dunia pelajar dan dunia luar sekolah: Penilaian terhadap potensi projek Anjung Ilmu sebagai sebahagian PKS (SBA) SPN 21 Rozaiman Makmun UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
    2. OBJEKTIF PEMBENTANGAN Pembentangan ini bertujuan untuk: G memperjelas tentang maksud dan tujuan Anjung Ilmu G memperinci tentang proses pelaksanaan Anjung Ilmu; G memaparkan kajian tindakan projek Anjung Ilmu yang telah dilaksanakan; G mendedahkan kesan projek Anjung Ilmu; G mengemukakan potensi Anjung Ilmu sebagai sebahagian PKS (SBA); G mencadangkan pelaksanaan Anjung Ilmu secara menyeluruh ke sekolah-sekolah pelbagai peringkat.
    3. Permasalahan Kajian Kesilapan Konsep ‘lawatan sambil belajar’ (dapatan soal selidik) Lawatan sebagai aktiviti hujung tahun/penggal Lawatan sebagai ‘ganjaran semata-mata’ Lawatan tanpa perancangan rapi Lawatan lebih untuk riadah/berseronok Pelajar kurang berperanan aktif Tiada aktiviti susulan Hanya sebilangan pelajar yang berpeluang
    4. Permasalahan Kajian ‘Guru perlu menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar untuk memproses maklumat’ (Rohizani Yaakub, 2003) Karangan pelajar kurang isi mantap Karangan fakta pelajar berfaktakan fantasi
    5. Permasalahan Kajian ‘Proses pembelajaran dipengaruhi oleh perbezaan/pengalaman individu, kreativiti dan pengaruh budaya (persekitaran)’ (Zon Perkembangan Terdekat, Vygotsky) Kurang hubung kait isi pelajaran dengan dunia luar sekolah Kurangnya interaksi pelbagai hala Proses pembelajaran pasif
    6. Permasalahan Kajian Carl jung (1875-1961) Personaliti Individu terbahagi kepada 3 kumpulan: Ekstrovert ‘proaktif, suka berinteraksi, suka pengalaman baharu, gemar aktiviti luar dsb’ Introvert ‘pasif, tertutup, reflektif, pemalu dsb’ Ambivert ‘campuran kepada kedua-dua personalti di atas’ Suasana pengajaran di bilik darjah kurang kondusif/kurang membantu dengan ketiga-tiga personaliti di atas, pelajar terperuk di bilik darjah; pembelajaran kurang seronok; pasif; tiada kaitan dengan pengalaman/persekitaran; dsb.
    7. Maksud Anjung Ilmu Maksud: ‘Anjung’ bermaksud ‘anak sekolah berkunjung’, ‘anak bangsa berkunjung’ ‘Anjung’ bermaksud ‘bahagian tengah rumah untuk tetamu berkunjung’, ‘bahagian hadapan / luar seperti beranda’ (‘rumah’ bermaksud sekolah; ‘anjung’ bermaksud luar sekolah) ‘Anjung’ perkataan Brunei bermaksud ‘sanjung’ atau ‘mengangkat tinggi-tinggi’
    8. Tujuan Anjung Ilmu Berdasarkan maksud tadi, Anjung Ilmu bermaksud mencari ilmu (maklumat) di luar sekolah melalui kunjungan ke tempat-tempat tertentu. Anjung Ilmu mengangat (menganjung) / membawa strategi pendidikan (mencari ilmu) ke peringkat yang lebih tinggi (SPN 21) Anjung Ilmu merapatkan dunia pelajar (sekolah - ‘rumah’) dan dunia sebenar (luar sekolah - ‘anjung’)
    9. Proses Pelaksanaan Anjung Ilmu Proses pelaksanaan Anjung Ilmu terbahagi kepada 3 tahap, iaitu: Praanjung Anjung Pascaanjung
    10. Praanjung Terbahagi kepada 4 tahap utama: Praanjung Tahap Diagnostik Praanjung Tahap Persiapan Praanjung Tahap Induksi Murid 4 Praanjung Tahap Rangsangan/Gambaran
    11. Praanjung Tahap Diagnostik Di tahap ini, guru melaksanakan pengajaran seperti biasa tanpa menghubung kait subjek/ objek/isi pelajaran/komponen bahasa/kemahiran bahasa dengan tujuan lawatan. Bertujuan untuk mengenal pasti dan merekodkan pengetahuan sedia ada murid.
    12. Praanjung Tahap Persiapan Guru Praanjung Tahap Persiapan Guru: Kertas kerja; kebenaran sekolah, ibu bapa, tempat kunjungan; kemudahan seperti kenderaan, peralatan, jamuan, keselamatan, perbelanjaan; cenderamata; modul pengajaran/aktiviti/persediaan mengajar Praanjung Tahap Diagnostik, Tahap Rangsangan, Pascanjung, Strategi penilaian kendiri; dsb.
    13. Praanjung Tahap Persiapan Murid Praanjung Tahap Persiapan Murid: mendapatkan keizinan ibu bapa; menyediakan kelengkapan yang diperlukan seperti kamera (video), alat tulis; menyerahkan wang kutipan jika ada; pakaian bersesuaian; memahami tugas dan peranan; memahami objektif Anjung Ilmu; berjanji untuk bekerja sama; dsb.
    14. Praanjung Tahap Induksi Murid 1. Berkenalan dengan murid (ramah mesra) 2. Menyampaikan objektif Anjung Ilmu 3. Membina kumpulan 4. Melantik ketua 5. Memberi arahan 6. Memberi peranan/tanggungjawab gambaran tentang lawatan 7. Menggalakkan pelajar mengamalkan penggunaan BM baku
    15. Praanjung Tahap Rangsangan 4 Melaksanakan aktiviti berkaitan dengan lawatan 4 Melatih pelajar menggunakan BM baku 4 Bersoal jawab tentang subjek (isi pelajaran/sasaran lawatan) 4 Belajar tentang subjek, kemahiran bahasa yang berkaitan (pengajaran bilik darjah) 4 Menyediakan soal selidik berdasarkan KWL 4 Berbincang secara berkumpulan - membuat andaian, gambaran, ramalan, dsb. 4 Mengumpul maklumat 4 Membuat rujukan melalui internet 4 Pembentangan kajian awal sebelum lawatan 4 Dsb.
    16. Tahap Anjung Tahap Anjung merupakan tahap pelaksanaan kunjungan. Murid secara aktif: 4 Mengumpul maklumat 4 Membuat pencerapan 4 Bersoal jawab (kaji selidik) 4 Menyelidiki, menganalisis, mengkategori, 4 Menghubung kait 4 Mengambil gambar / merakam 4 Membanding maklumat sedia ada 4 Berinterasi secara aktif 4 Bekerjasama, dsb.
    17. Tahap Pascaanjung Dalam Tahap Pascaanjung, aktiviti-aktiviti susulan seperti di bawah ini telah dijalankan bagi menggunakan maklumat yang diperoleh pelajar ketika kunjungan dalam aktiviti belajar Bahasa Melayu: 4 Mencipta poskad 4 Menulis laporan berbentuk diari 4 Menyediakan dokumentasi dan pameran 4 Menulis karangan 4 Menghasilkan poster bermesej 4 Mencipta brosur 4 Mereka kad hari jadi 4 Mereka kad undangan majlis hari jadi 4 Mengarang karangan bergambar bersiri atau tunggal 4 Menulis bahan/carta aliran memasak kek 4 Penghargaan/Peneguhan/Ganjaran: Pameran, Sijil, markah, Penerbitan dsb.
    18. Kajian Tindakan Projek Anjung Ilmu Melibatkan: 4 5 kumpulan tim pelaksana 4 Setiap kumpulan memilih sebuah sekolah 4 Melibatkan murid-murid sebuah/beberapa kelas terpilih 4 Murid dibawa berkunjung ke suatu tempat 4 Proses melibatkan tahap praanjung, anjung dan pascaanjung 4 Penilaian kendiri/projek
    19. 5 Kumpulan Tim Pelaksana Kumpulan 1: Cg Shuzarina binti Hj Sharbini & Cg Nurhidayatullah binti Md Hanafi Kumpulan 2: Cg Siti Haidah binti Hj Mahmud & Cg Norhamzeelah binti Hj Abd Hamit Kumpulan 3: Cg Effiyanna binti Hj Awg Besar & Cg Marinah binti Hj Rabaha Kumpulan 4: Cg Mariany binti Hj Ibrahim & Cg Zelina binti Handidi Kumpulan 5: Cg Dk Juliana binti Pg Hj Metali, Cg Zaleha binti Luang & Cg Dk Rojilawati binti Pg Hjh Jeludin
    20. Pemilihan Sekolah 4 Kumpulan 1: SR Dato Basir 4 Kumpulan 2: SR Lambak Kanan Jln 49 4 Kumpulan 3: SR Putat 4 Kumpulan 4: SR Bendahara Sakam 4 Kumpulan 5: SR DPS Ukong
    21. Tempat Kunjungan kumpulan 1 Kumpulan 1: SR Dato Basir - 8 Oktober 2008 - 15-20 orang murid - Ladang Ternakan Lois, Batu 14, Bukit Timbunan, Katimahar, Brunei Darussalam. - kawasan lawatan kawasan akuarium kawasan ladang buaya kawasan burung unta kawasan burung emu kawasan rusa kawasan kolam ikan - Aktiviti - menggambar, merakam menggunakan video, mengutip telur emu, memberi ikan makan, menyaksikan penetasan telur buaya, bersoal jawab, berbincang dan mengumpul maklumat.
    22. Tempat Kunjungan kumpulan 2 Kumpulan 1: SR Lambak Kanan Jln 49 - 11 Oktober 2008 - 18 orang murid, darjah 5 - Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas. - kawasan lawatan kawasan taklimat, kawasan letak kereta bomba, kawasan tunjuk cara dan amali memadam api, menangkap ular, memakai - Aktiviti mendengar taklimat, memakai topeng beroksigen, memadam api, menyaksikan teknik menangkap ular, menaiki kenderaan bomba, menggambar, merakam menggunakan video, bersoal jawab, berbincang dan mengumpul maklumat.
    23. Tempat Kunjungan kumpulan 3 Kumpulan 3: SR Putat - 11 Oktober 2008 - 8 orang murid, darjah 5 - Bread Culture Cake House, No. A8, Tingkat Bawah, Blok A, Kompleks Pengakap, Kampong Mata-mata. - kawasan lawatan kawasan taklimat, kawasan demonstrasi - Aktiviti mendengar taklimat, bersoal jawab, mencatat maklumat, menyaksikan tunjuk cara, amali menghias kek.
    24. Tempat Kunjungan kumpulan 4 Kumpulan 4: SR Bendahara Sakam, Bunut - 11 Oktober 2008 - 21 orang murid, darjah 4 - Pusat Pemuliharaan Penyu, Jabatan Perikanan Serasa. - kawasan lawatan Bilik Taklimat, Kawasan Pameran, Kawasan Pemuliharaan Penyu - Aktiviti mendengar taklimat, sesi soal jawab, mencatat dan mengumpul maklumat, menyaksikan pemuliharaan penyu, dsb.
    25. Tempat Kunjungan kumpulan 5 Kumpulan 4: SR Bendahara Sakam, Bunut - 8 Oktober 2008 - 23 orang murid, darjah 4 - McDonalds. - kawasan lawatan Bahagian penyediaan makanan, penyediaan minuman, penyimpanan makanan beku, kawasan taklimat, kawasan permainan kanak-kanak. - Aktiviti mendengar taklimat, mencatat maklumat, menyaksikan tunjuk cara penyediaan makanan, amali penyediaan makanan, soal jawab, dsb.
    26. Kesan Projek Anjung Ilmu, Khususnya Kepada Pelajar G Berlaku peningkatan dalam penggunaan kosa kata dan binaan ayat murid. G Murid memberikan kerjasama dan berminat untuk mengikuti aktiviti susulan. G Pengalaman sebenar. G Murid mudah menulis karangan. G Murid berkeyakinan ketika berkomunikasi. G Murid berfikiran ‘out of the box’. G Murid semakin berkemahiran mengumpul maklumat. G Murid semakin aktif ketika bersoal jawab. G Murid memberikan respons yang positif dalam aktiviti susulan. G Murid dapat menghasilkan pelbagai jenis karangan. G Murid lebih kreatif dalam penulisan. G Murid mampu memanfaatkan alam sekitar sebagai sumber pembelajaran. G Murid berjaya menyelesaikan penulisan dalam masa yang lebih singkat. G Murid lebih seronok belajar.
    27. Penilaian Terhadap Anjung Ilmu G Anjung Ilmu menepati konsep ‘Lawatan Sambil Belajar’ G Anjung Ilmu sesuai dengan harapan SPN 21 G Perancangan rapi Praanjung sangat penting untuk mencapai objektif lawatan G Dengan perancangan rapi, kesan lawatan terhadap keperluan pelajar dapat dicapai G Anjung Ilmu mampu menghubung kait aktiviti lawatan dengan isi pelajaran G Peranan aktif dan mengumpul maklumat perlu dimainkan oleh pelajar G Tahap Pascaanjung Ilmu mementingkan aktiviti susulan G Pelajar mampu memanfaatkan pengalaman lawatan dalam aktiviti susulan G Pelajar berjaya mengumpul maklumat bagi aktiviti susulan / isi pelajaran
    28. Potensi Anjung Ilmu Sebagai SBA Berdasarkan kajian tindakan yang telah dilaksanakan, Anjung Ilmu mampu dikaitkan dengan pelbagai bentuk penilaian kendalian sekolah (SBA) seperti: 1. Kerja Rumah 2. Kerja Kelas 3. Projek Mini 3. Lawatan
    29. Komponen Penilaian Kendalian Sekolah (SBA) Tahun 1-3 (60%) Semester 1 Semester 2 Total (60%) Task Penilaian Penggal 1 Penggal 2 Penggal 3 Penggal 4 Kerja kelas 3 3 3 3 12 (24%) Kerja Rumah 2 2 2 2 8 (16%) Projek Mini 1 1 2 (10%) Lawatan 1 1 2 (10%) Jumlah 60% Sumber: Kerangka dan Panduan bagi Kurikulum dan Penilaian Bahasa Melayu Tahun 1, (2008). Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
    30. Komponen Penilaian Kendalian Sekolah (SBA) Tahun 4-6 (30%) Semester 1 Semester 2 Total (30%) Task Penilaian Penggal 1 Penggal 2 Penggal 3 Penggal 4 Kerja kelas 3 3 3 3 12 (10%) Kerja Rumah 2 2 2 2 8 (10%) Projek Mini 1 1 2 (5%) Lawatan 1 1 2 (5%) Jumlah 30% Sumber: Kerangka dan Panduan bagi Kurikulum dan Penilaian Bahasa Melayu Tahun 4, (2008). Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
    31. Cadangan Pelaksanaan Anjung Ilmu G Dilaksanakan ke seluruh peringkat sekolah. G Setiap pelajar berpeluang mengikuti Anjung Ilmu 2 kali setahun. G Elaun Anjung Ilmu diberikan kepada setiap pelajar (akaun sekolah). G Dijadikan sebagai salah satu bahagian SBA (Lawatan - dan berkaitan dengan projek/amali/penyelidikan dsb). G Mewujudkan unit khas Anjung Ilmu di Kementerian Pendidikan. G Mewujudkan kerjasama pelbagai institusi kerajaan dan swasta. G Mendapatkan dana dan sponsor daripada pelbagai institusi swasta dalam dan luar negara.
    32. Blog Saya http://www.anjungbahasa.blogspot.com
    33. Sebahagian Rujukan 4 Jabatan Perkembangan Kurikulum, 2008. Kerangka dan Panduan bagi Kurikulum dan Penilaian Bahasa Melayu Tahun 1. Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. 4 Jabatan Perkembangan Kurikulum, 2008. Kerangka dan Panduan bagi Kurikulum dan Penilaian Bahasa Melayu Tahun. Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. 4 Shahbuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad, 2003. Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd. 4 Mohamad Shatar Sabran dkk, 2002. Pelajar Berstrategi Pelajar Cemerlang. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
    34. Sekian, Terima Kasih.

    + Rozaiman MakmunRozaiman Makmun, 6 months ago

    custom

    782 views, 0 favs, 2 embeds more stats

    dibentang dalam International Conference in Educati more

    More info about this document

    © All Rights Reserved

    Go to text version

    • Total Views 782
      • 765 on SlideShare
      • 17 from embeds
    • Comments 0
    • Favorites 0
    • Downloads 4
    Most viewed embeds
    • 10 views on http://anjungbahasa.blogspot.com
    • 7 views on http://www.anjungbahasa.blogspot.com

    more

    All embeds
    • 10 views on http://anjungbahasa.blogspot.com
    • 7 views on http://www.anjungbahasa.blogspot.com

    less

    Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
    Flag as inappropriate

    Select your reason for flagging this presentation as inappropriate. If needed, use the feedback form to let us know more details.

    Cancel
    File a copyright complaint
    Having problems? Go to our helpdesk?

    Categories