• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Teks hari guru 2012
 

Teks hari guru 2012

on

  • 4,298 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,298
Views on SlideShare
4,298
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
120
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • BOLEH AKAK KONGSI ILMU?
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Teks hari guru 2012 Teks hari guru 2012 Document Transcript

    • TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012 MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI8.30 pagi Ketibaan tetamu Yang berusaha, En Rolahi Bin Hj Shah, Guru Besar SK Kuala Matu, Puan Halina Binti Hj Abdullah, Penolong Kanan 1 SK Kuala Matu, En Zulkurnain Bin Abd Moid, Penolong Kanan HEM SK Kuala Matu, Cik Halimah Binti Hj Samuni, Penolong Kokurikulum SK Kuala Matu rakan-rakan guru yang dihormati serta murid-murid yang dikasihi sekalian.8.35 pagi nyanyian lagu- Hadirin semua diminta bersedia untuk lagu rasmi. nyanyian lagu rasmi (Lagu: Negaraku) Hadirin dijemput duduk…8.40 pagi Salutasi Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya, Pelita dan Lampu segala, Untuk manusia sebelum menjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat, Alur kesetiaan mengalirkan nasihat, Pemimpin yang ditauliahkan segala umat, Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Sireh berlipat sireh pinang, Sireh dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berusaha, En Rolahi Bin Hj Shah, Guru Besar, NUR AZIAH AZMI SK Kuala Matu. Page 1
    • TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012 Yang Dihormati, Puan Halina Binti Hj Abdullah Penolong Kanan 1, SK Kuala Matu Yang Dihormati, En Zulkurnain Bin Abd Moid Penolong Kanan HEM, SK Kuala Matu Yang Dihormati, Cik Halimah Binti Hj Samuni Penolong Kanan Kokurikulum SK Kuala Matu rakan-rakan guru yang diraikan serta murid- murid yang dikasihi sekalian8.42 pagi Selamat datang Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih, Segala pujian bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Sayang melukut ditepi gantang Himpunan tikar padian huma Tuan dijemput sudahlah datang Berbesar hati kami menerima. Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kuala Matu bagi tahun 2012. Hadirin sekalian, Merdu teramat suara bergema, Dendangan puteri sungguh memikat,8.45 pagi Bacaan Doa Mohon rahmat kita bersama, Moga majlis mendapat berkat. NUR AZIAH AZMI Page 2
    • TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012 Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dengan mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Mazlan Bin Muhd Yusof. Majlis mempersilakan.8.50 pagi Ucapan Aluan Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi Hadirat hadirat sekalian, Kalau dilipat sebesar kuku Kalau dibentang seluas alam Yang jauh diimbau Yang dekat digamit Seuntai salam sejambak kata Degup bicara, merisik rasa. Untuk makluman semua, tema Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”. Ini bermaksud, guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi (perubahan), atau mencipta sesuatu yang baru, samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai, dengan perkembangan semasa, ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Intipati tema hari guru akan lebih difahami kerana seterusnya.... adalah bacaan perutusan Hari Guru bagi tahun 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan disampaikan oleh Encik Rolahi Bin Hj Shah, Guru Besar SK Kuala Matu. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan. Jutaan terima kasih diucapkan atas perutusan yang telah disampaikan sebentar tadi. NUR AZIAH AZMI Page 3
    • TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 20129.00pagi Bacaan Ikrar Mengajar mendidik penuh semangat, Tak kenal jemu mahupun penat, Biar cabaran datang mendekat, Keikhlasan guru mendapat berkat. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang akan dipimpin oleh En Saiful Bin Abdul Rahman. Majlis mempersilakan. Terima kasih atas laungan ikrar yang penuh bersemangat itu tadi…. Tuan-tuan dan puan-puan,9.25 pagi Persembahan Harus beringat hidup di bumi, Kalau berhibur usah melalaikan, Tamatlah sudah majlis merasmi, Arena persembahan kami mulakan. Persembahan pertama adalah nyanyian lagu Guru Malaysia dan Guru Bumi Kenyalang oleh semua guru-guru SK Kuala Matu. Dipersilakan Terima kasih atas nyanyian yang bersemangat sebentar tadi. Seterusnya ialah persembahan deklamasi sajak yang akan disampaikan oleh adik Amiratuz zafirah dari Tahun 3. Tajuk sajak adalah Guruku. Dipersilakan Terima kasih adik Zafirah atas persembahan sebentar tadi. Persembahan terakhir pada pagi ini ialah persembahan koir yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6. Lagu yang akan disampaikan bertajuk Terima Kasih Cikgu. Dipersilakan Terima kasih kepada pasukan koir atas persembahan sebentar tadi. NUR AZIAH AZMI Page 4
    • TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 201210.00pagi Memotong kek Terima kasih atas semua persembahan yang telah dipersembahkan sebentar tadi. Hadirin sekalian, Dengan ini majlis menjemput En Rolahi Bin Hj Shah, Guru Besar SK Kuala Matu bersama-sama dengan barisan penolong kanan untuk upacara memotong kek sempena Sambutan Hari Guru 2012. Majlis mempersilakan10.15pagi Nyanyian Lagu Hadirin sekalian, Pertiwiku dan penutup Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Semoga inti pati majlis pada pagi ini menjadi ingatan buat kita bersama. Madah diungkap santun bitara Pantun dilantun mengusik hati Salah dan silap tutur bicara Pohon diampun seikhlas hati Tari beradat langkah bertingkah Kalung suasa menghias dada Dengan penuh rasa amanah Cemerlang ditingkat jemu tiada Majlis kita pada hari ini diakhiri dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku. Hadirin dijemput berdiri.11.00pagi Pengumuman Guru-guru dijemput untuk menghadiri jamuan di bilik mensyuarat NUR AZIAH AZMI Page 5