• Like
  • Save
Soalan Bahasa Melayu thn 5
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Soalan Bahasa Melayu thn 5

on

  • 1,625 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,625
Views on SlideShare
1,608
Embed Views
17

Actions

Likes
0
Downloads
169
Comments
2

3 Embeds 17

http://wannuraziemahizyan.blogspot.com 15
http://wannuraziemahizyan.blogspot.sg 1
http://pickpdf.com 1

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

12 of 2

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Soalan Bahasa Melayu thn 5 Soalan Bahasa Melayu thn 5 Document Transcript

    • Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________021/031BahasaMelayuJUSA2009Set 250 minit JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________ MODUL JUSA 2009 BAHASA MELAYU SJK SET 2 Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.2. Jawab semua soalan.3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.021/031 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak
    • 2 Modul JUSA SET 2Soalan 1 - 18Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.1. Pemandu lori itu gagal memberhentikan lorinya kerana mengalami kerosakan pada _______________nya. A stereng B lampu C brek D roda2. ________________ berbual-bual mesra sambil menikmati hidangan yang disediakan. A Mereka B Kita C Dia D Saya3. “______________kah awak menyimbah air kepadanya?" tanya guru disiplin kepada Aiman. A Berapa B Mengapa C Mana D ApaSoalan 4 berdasarkan gambar di bawah.4. Amir dan kawan-kawannya sedang _____________ belon. A meniup B menaip C menarik D menghisap
    • 3 Modul JUSA SET 2Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.5. Mak Limah _____________ tikar dengan daun mengkuang. A menganyam B menekat C menenun D membentangSoalan 6 berdasarkan gambar di bawah.6. Sejak tadi kakak ________ di jendela. A termenung B tertidur C terdiam D tersenyum7. Air buah kelapa yang telah lama gugur itu berasa ____________ apabila diminum. A pahit B payau C manis D masam
    • 4 Modul JUSA SET 2Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.8. Ibu membuang nasi itu ke dalam tong sampah kerana nasi itu sudah___________ . A busuk B hamis C basi D tengik9. Ayah masih di sawah _______________ hari sudah senja. A namun B lantaran C meskipun D bahkanSoalan 10 berdasarkan gambar di bawah.10. Mei Ling akan menduduki peperiksaan UPSR, dia belajar ______________ larut malam. A ke B pada C hingga D dari
    • 5 Modul JUSA SET 211. Saya pernah tinggal di Pasir Salak __________ masih kecil dulu. A ketika B sambil C kerana D apabilaSoalan 12 berdasarkan gambar di bawah.12. Mulut bomoh Hassan_______________membaca jampi serapah. A haru-biru B gerak-geri C herot-berot D kumat - kamitSoalan 13 berdasarkan gambar di bawah.13. Kok Keong _____________ bermain lelayang walaupun hari hampir senja. A akan B masih C belum D pernah
    • 6 Modul JUSA SET 214. Vimala merupakan anak manja dalam keluarganya. _____________ kemahuannya pasti akan ditunaikan oleh ibu bapanya. A Segala B Seluruh C Setengah D Sebanyak15. Sazali menggalas ___________ yang berisi buku pada bahu kirinya. A beg galas B beg bimbit C beg tangan D beg pakaian16. ________________ sungai itu dilakukan untuk mengelakkan kejadian banjir. A Mendalami B Kedalaman C Pedalaman D Pendalaman17. Kerja-kerja ___________________ bangunan itu dihentikan buat sementara waktu kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan. A pembinaan B membina C binaan D dibinaSoalan 18 berdasarkan gambar di bawah.18. Puan Munah membeli __________ pisang di gerai Pak Cik Ali. A sebiji B sebuah C setandan D sesikat
    • 7 Modul JUSA SET 2Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.19. Simpulan bahasa yang sesuai bagi gambar di atas. A Lipas kudung B Langkah kanan C Mulut tempayan D Lidah bercabangSoalan 20.Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.20. Persiapan sedang rancak dilakukan untuk menyambut ketibaan Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia. A giat B tekun C cepat D kecohSoalan 21.Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.21. Keluarga Encik Zulkifli merupakan sebuah keluarga yang bahagia. A aman B seksa C damai D derita
    • 8 Modul JUSA SET 2Soalan 22 dan Soalan 23.Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan.22. Orang dewasa yang menggunakan alat permainan di taman permainan kanak-kanak akan dikenakan denda. A Orang dewasa yang merosakkan alat permainan kanak-kanak akan dikenakan denda. B Denda akan dikenakan kepada orang dewasa yang menggunakan alat permainan di taman permainan kanak-kanak. C Kanak-kanak yang dibenarkan orang dewasa menggunakan alat permainan kanak-kanak akan didenda. D Kanak-kanak yang menggunakan alat permainan orang dewasa akan didenda.23. “Jemur baju itu di ampaian supaya cepat kering,” kata ibu kepada kakak Anum. A Kakak diarahkan oleh ibu agar menjemur baju Anum di ampaian supaya cepat kering. B Kakak Anum meminta ibunya menjemur pakaiannya di ampaian supaya cepat kering. C Ibu menyuruh kakak Anum menyidai pakaian di ampaian supaya cepat kering. D Ibu meminta Anum menyidai pakaian kakaknya di ampaian supaya cepat kering.Soalan 24 dan Soalan 25Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.24. Mengapakah ibu menangis? A Ibu menangis kerana terlalu gembira akan keputusan ujian adik. B Ibu sudah menangis semalam di dalam bilik. C Ibu sudah berhenti menangis. D Ibu tidak menangis lagi.25. Bolehkah kamu membawa adik saya yang sakit ini ke klinik? A Sudah tentu. Memang ada klinik dibuka 24 jam. B Sudah tentu. Saya pun memang hendak pergi ke sana. C Boleh juga. Adik kamu pernah dirawat di klinik itu. D Boleh juga. Saya kenal jururawat di klinik itu.
    • 9 Modul JUSA SET 2Soalan 26Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.26. Kami akan singgah di Taiping. A Kenapakah kalian singgah di Taiping? B Di manakah kalian bercuti selepas ini? C Siapakah lagi akan menyertai kalian ke Taiping? D Ke manakah destinasi kalian selepas melawat Pulau Pinang?Soalan 27 dan Soalan 28Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.27. I Sikat rambut kamu dengan kemas. II Berapa sikat pisang yang terdapat di dalam bakul itu? III Abang membeli sikat yang murah harganya. IV Petani itu sikat tanah di bendangnya. A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja28. I Perut ayah buncit setelah makan tiga pinggan nasi. II Tayar kereta itu buncit setelah diisi angin. III Mat Buncit terkenal kerana perutnya yang buncit itu. IV Belon itu kelihatan sungguh buncit. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I dan IV sahaja D II dan III sahajaSoalan 29 dan Soalan 30.Pilih ayat-ayat yang betul.29. I Demi untuk negara dia rela berkorban apa saja. II Luka di kakinya belum baik-baik lagi. III Dia menyapa gurunya dengan sopan. IV Ana menari sambil mendengar lagu-lagu rancak. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja
    • 10 Modul JUSA SET 230. I Ali sangat suka makan goreng pisang. II Sos tiram itu dibeli oleh ibu di pasar mini. III Sarang anai-anai itu membusut di bawah rumah. IV Anak-anak itik itu mengekor ke mana-mana sahaja ibunya pergi. A II dan III B II, III dan IV C I, III dan IV D I dan IISoalan 31 - 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Setiausaha,Persatuan Pengakap,Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah,34900 Pantai Remis,Perak._________________________________________________________________________Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Taman Bintang,34900 Pantai Remis,Perak. 2 MEI 2009.Tuan,Memohon untuk Meminjam KhemahMerujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan, Persatuan Pengakap sekolah kamiakan mengadakan perkhemahan di Pantai Teluk Batik selama tiga hari iaitu dari 23 Mei2009 hingga 25 Mei 2009.2. Sekolah kami kekurangan khemah. Jadi, kami ingin meminjam tiga buah khemahdaripada sekolah tuan bagi memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan.3. Kami sangatlah berharap sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan ini.Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih dan secaratidak langsung dapat menjayakan hasrat sekolah kami.Sekian, terima kasih.Saya yang menurut perintah, Cindy Law(CINDY LAW MEI KUAN)Setiausaha,Persatuan Pengakap,Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah.
    • 11 Modul JUSA SET 231. Siapakah penulis surat ini? A Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bintang B Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Bintang C Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah D Guru Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah32. Apakah tujuan surat ini ditulis? A Untuk mengadakan perkhemahan di Pantai Teluk Batik B Untuk meminjam khemah dari Sekolah Kebangsaan Taman Bintang C Untuk memberitahu tarikh perkhemahan itu akan diadakan D Untuk meminjam khemah dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah33. Bilakah tarikh perkhemahan itu akan diadakan? A 21 Mei 2009 hingga 23 Mei 2009 B 22 Mei 2009 hingga 24 Mei 2009 C 23 Mei 2009 hingga 25 Mei 2009 D 24 Mei 2009 hingga 26 Mei 200934. Apakah harapan penulis pada akhir suratnya? A Supaya perkhemahan pengakap di Pantai Teluk Batik berjalan lancar B Supaya permohonannya untuk meminjam khemah diluluskan C Supaya perkhemahan di Sekolah Kebangsaan Taman Bintang dapat diteruskan D Supaya khemah itu dapat disiapkan35. Pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas ialah A surat ini ditulis oleh Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah B perkhemahan pengakap ini akan diadakan di Pantai Teluk Batik C surat ini bertarikh 2 Mei 2009 D persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Bintang meminjam khemah daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Wah
    • 12 Modul JUSA SET 2Soalan 36 hingga Soalan 40.Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Sekolah Wawasan menempatkan dua atau tiga buah sekolah rendah yang berlainan alirandalam satu kawasan yang sama. Mereka berkongsi beberapa kemudahan fizikal di sekolahtersebut. Sekolah Wawasan bertujuan untuk memupuk integrasi di kalangan pelajar yangberlainan bangsa dan agama bagi melahirkan perpaduan di peringkat sekolah. Fokus utama Sekolah Wawasan adalah untuk meningkatkan tahap perpaduan rakyatberbilang kaum di negara ini. Semangat perpaduan ini perlu dipupuk dari peringkat sekolahrendah lagi. Idea Sekolah Wawasan ini akan memberikan sumbangan yang positif ke arahperpaduan nasional. Masyarakat berbilang kaum di negara ini adalah unik. Kita memerlukan perpaduanbagi mewujudkan suasana yang harmoni dan stabil. Keamanan dan perpaduan ini perludikekalkan supaya dapat menjamin kestabilan politik. Justeru, setiap ahli dalam masyarakatperlulah menyumbang kepada integrasi dan perpaduan kaum. Walaupun Sekolah Wawasan hanyalah satu perubahan terhadap fizikal sekolah,namun adalah menjadi harapan kerajaan agar warga sekolah tersebut dapat mewujudkanperpaduan di kalangan mereka. Pembentukan Sekolah Wawasan perlulah diterima oleh rakyat untuk mengekalkankestabilan dan keharmonian negara. Impian kita semoga negara menjadi sebuah negarayang maju suatu masa kelak akan tercapai seandainya kestabilan dan keharmonian negaraberkekalan36. Apakah matlamat Sekolah Wawasan diwujudkan? A Memudahkan ibu bapa menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah. B Menempatkan dua atau tiga sekolah berlainan aliran di kawasan yang sama. C Memupukkan integrasi di kalangan pelajar yang berlainan bangsa dan agama di peringkat sekolah. D Menjamin kestabilan politik.37. Berapakah bilangan sekolah yang perlu ada dalam satu kawasan bagi mewujudkan Sekolah Wawasan? A Sebuah sekolah B Dua buah sekolah C Tiga buah sekolah D Dua atau tiga buah sekolah38. Mengapakah pembentukan Sekolah Wawasan perlu diterima oleh rakyat? A Untuk mengekalkan keselamatan rakyat. B Untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian sekolah. C Untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. D Untuk mengekalkan keharmonian keluarga.
    • 13 Modul JUSA SET 239. Berikut adalah penyataan yang betul tentang Sekolah Wawasan, kecuali A perpaduan dapat menjamin kestabilan politik B melahirkan perpaduan di kalangan murid sekolah. C berlakunya perkongsian kemudahan fizikal sekolah. D melibatkan hanya dua buah sekolah dalam sesuatu kawasan.40. Kata dipupuk sama maksudnya dengan kata... A disemai B ditingkat C dilaksana D dibimbing KERTAS SOALAN TAMAT