Your SlideShare is downloading. ×
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Asgmnt abad 21 full

10,260

Published on

1 Comment
5 Likes
Statistics
Notes
  • tq...^^
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
10,260
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
630
Comments
1
Likes
5
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 PENDIDIKAN ABAD KE -21 Pendidikan adalah merupakan kepentingan awam yang wajib diterima oleh semualapisan masyarakat. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara.Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha untuk membangunkangenerasi alaf baru seiring dengan perkembangan dunia yang semakin maju. Matlamat untukmenjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academicexcellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini memerlukanusaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannyake tahap kualiti yang tinggi agar dapat memperoleh status "World Class Education" (PendidikanBertaraf Dunia). Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan perkembangandan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti,kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkatantarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang dalam cabaran untuk mempeloporiperubahan dan kemajuan dinamik dalam membangunkan sektor pendidikan iaitu terdiridaripada: i. Pembangunan tenaga manusia ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat 1
  • 2. v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual vi. Pembangunan teknologi dan sains1.1 Cabaran Alaf Baru Pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi yang dilakukan dalammemperbaharui taraf pendidikan sedia ada yang mana sistem pendidikan abad ke-21 adalahlebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam menangani dunia yang semakinpesat membangun, pendidikan harus di struktur semula untuk memenuhi keperluan pelajardalam dunia abad ke-21. Sebagai contoh, setiap sekolah perlu didedahkan dengan kurikulumberasaskan projek berkaitan kehidupan bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam menanganimasalah dunia sebenar dan isu-isu semasa. Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlubersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa danpersekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan perkembangan individu, keperluanmasyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka usaha penambahbaikan danperubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi keperluan semasa. Inimembolehkan pelajar sentiasa didedahkan dengan perkara-perkara yang berada di sekelilingmereka. Bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global maka negara kita jugatidak terlepas dari memperkenalkan dasar-dasar baru dalam bidang pendidikan. Tuntutan abadke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Malah, abad Ke 2
  • 3. 21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan danmenjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam “open sky technology ”membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, duniayang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih danpantas. Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologikomunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul,menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepatseperti Internet Atau Multimedia Atau Hypermedia untuk membantu proses pengajaran danpembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusiaberkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggihsama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, penggunaan teknologi komputermenyemarakkan pengetahuan pelajar untuk menyusun maklumat dan pada masa yang samamencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. Oleh itu, semua sekolah di Malaysiaakan dihubungkan antara satu sama lain melalui Jaring dan seterusnya Internet. Denganadanya teknologi pendidikan abad 21 membolehkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaransecara ‘global classroom. Di sini mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentangapa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia. Penguasaan terhadap teknologi maklumat ini amat penting agar masyarakat sertanegara kita tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain seperti Amerika dan 3
  • 4. Jepun. Seperti yang kita ketahui, dengan perkembangan zaman maklumat ini, ia telah memberiruang kepada kita untuk memperolehi pengetahuan secara mudah dan cepat. Selain itu juga, iaturut memberi peluang kepada kita mengembangkan bakat yang sedia ada serta potensimelalui kemahiran teknologi ini serta memberi mereka peluang dalam mengikuti pendidikansepanjang hayat. Segalanya hanya terletak di hujung jari sahaja. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualitihendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskanciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kayamaklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhurdan murni (termasuk penyayang), semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, danketerampilan. Dalam menentukan pendidikan berkualiti tersebut dapat direalisasikan, maka parapendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut iaitu para guruharuslah menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan berketerampilan dalam pedagogi(pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka,memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), memiliki kemahiran kaunseling,menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikanmutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinanterhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik. 4
  • 5. Dalam memenuhi tuntutan globalisasi abad ke-21, sistem pendidikan negara juga seringmelaksanakan lonjakan dengan menyediakan satu sistem pendidikan yang berkualiti keranakerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia perlu terus berkembangsupaya dapat memenuhi aspirasi negara yang kian meningkat dan juga dapat bersaing dengannegara lain yang setanding. Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini memerlukan pesaing yangmampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, atas daya majuyang tinggi, Kementerian telah bekerja keras untuk membina Pelan Pembangunan Pendidikanmelalui kajian dan penilaian yang mendalam serta pelibatan meluas pihak awam. Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem pendidikan Malaysia pada masa kini dancabaran yang bakal ditempuhi, Pelan ini bermatlamat mengukuhkan visi dan aspirasi sistempendidikan Malaysia sehingga tahun 2025. Pelan ini juga menyediakan hala tuju dasar daninisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi mencapai matlamat sistempendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua. Bagimemperkemaskan sistem pendidikan negara dalam menghadapi arus globalisasi ini,Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif memperkasakan sekolah-sekolah kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010 (Malaysia, 2007) yang telah diperkenalkan yang menjuruskan kepada beberapa aspirasiantaranya ialah bagi mewujudkan sekolah kebangsaan yang mampu menyediakan generasimasa hadapan yang bersaing di persada antarabangsa. Selaras dengan perkembanganteknologi pula, KPM telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan seperti Projek RintasSekolah Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan,Pembekalan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran, pengenalan mata pelajaran ICT, latihan 5
  • 6. ICT untuk guru-guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan dalam Pendidikan ( Nor Asikin,2009) . Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Taklimat Perkembangan BaruPendidikan 2010-2012, Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang dasar-dasar baru yangdilakukan oleh kerajaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani perubahandan cabaran baru di peringkat global. Salah satu dasar yang baru diumumkan oleh menteripelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pelaksanaan Transformasi kurikulum bagimeningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih kreatif daninovatif serta mampu menarik minat pelajar-pelajar. Pelan ini memfokuskan caramembangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikansecara berterusan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, proses pembelajaran ini lebihmementingkan interaksi di antara murid, guru dan rakan sekelas yang diharap membantupercambahan idea yang kreatif dan inovatif. Tambah beliau lagi budaya kreativiti dan inovasijuga boleh dipupuk melalui bengkel, seminar dan pertandingan. Langkah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif ini adalahbermula daripada kurikulum yang seimbang daripada aspek budaya berfikir dan penjanaanilmu. Transformasi kurikulum ini dijangka mampu memberikan pendidikan sempurna danlengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka memberi sumbangan kepada diri danmasyarakat. Transformasi pendidikan diteruskan lagi dengan wujudnya Pelan Pembangunan 6
  • 7. Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Blueprint) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakanstrategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara. Melalui pelan itu, penekanan akan diberi kepada melengkapkan generasi muda denganenam kualiti iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahirandwibahasa, etika dan kerohanian serta memiliki identiti kebangsaan melalui 3 GelombangTransformasi iaitu dalam Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaikisistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas, Gelombang 2(2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem dan Gelombang 3 (2021-2025) kearah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Menurut YAB Dato’ Seri Mohd Najibbin Tun Abdul Razak (2012), bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaranglobal yang semakin berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukantransformasi sistem pendidikan yang menyeluruh”.2.0 KEMAHIRAN ABAD KE -21Dalam menuju ke arah pendidikan abad ke-21, pelbagai kemajuan yang dikecapi oleh setiapindividu secara global mahupun local. Profesion perguruan adalah yang bertanggungjawabdalam melaksanakan dasar sistem pendidikan yang berpandukan Falsafah Pendidikan Negara(FPN). Dalam menjana dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu juga, FPN juga memberi penekanan kepadakemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), sejajar dengan itu juga kemahiran baru 7
  • 8. seperti sains dan teknologi, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonaljuga amat penting di era ini. Bagi mencapai dan merealisasikan pelan-pelan pendidikan yang telah diuar-uarkan olehTimbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj.Muhyiddin Yassin dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Beliau telahmenekankan bahawa kesamarataan pendidikan kepada setiap murid yang berada di Malaysia,tidak kira di mana kedudukan geografinya, budayanya dan bangsanya, serta sosio ekonominya.Kualiti pendidikan yang diterima dan bangunkan adalah berdasarkan kualiti pengajaran yangberkesan untuk mentransformasi pendidikan ke arah abad ke-21. Menurut beliau lagi,kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran sekolah denganmemperkukuhkan amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru berkualitidalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka. Dalam membentuk sesuatu persekitaran yang baru bagi menghasilkan satu alaf yangbaru yang memerlukan anjakan, maka persediaan yang secukupnya amat penting bagi semuakomponen yang mengambil bahagian dalam pendidikan secara langsung mahupun tidaklangsung. Maka bukan sahaja kementerian, institusi persekolahan dan pelajar yang bertungkus-lumus dalam merealisasikan idea-idea ini, namun, keprihatinan daripada pihak ibu bapa jugamemberi kesan yang besar dalam perubahan menuju pendidikan abad ke-21. Antara anjakanyang terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah sepertikesamarataan akses dalam pendidikan bertaraf antarabangsa, melahirkan rakyat Malaysiayang menghayati nilai, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, memastikan pemimpin 8
  • 9. berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah dan memanfaatkan ICT bagi meningkatkankualiti pembelajaran di Malaysia. Sebagai menyahut baik anjakan transformasi sistem pendidikan ini, kemahiran abad ke-21 secara tidak langsung dititik beratkan oleh kementerian bagi mencapai tujuan pelan danmelahirkan generasi pemangkin negara yang ideal. Menurut kajian yang dijalankan olehD’Andrea dan Daniels (2002), mendapati bahawa standard pelajar di abad ke-21 adalahmemerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia pendidikandan juga kehidupan seharian. Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalammenghuraikan pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di zaman global. Justeru itujuga, proses pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi teknologi, pembelajarankolaboratif, penggunaan pendekatan pembelajaran berasakan projek serta aplikasi pemikiranaras tinggi, termasuk pemikiran kritis untuk mengsintesis dan menilai maklumat dalammenyelesaikan masalah. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dapat dinyatakan secara umum adalah sepertijadual berikut :-N Jenis Kemahiran Huraiano 9
  • 10. 1. Komunikasi Pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan2. Kepekaan Silang Budaya Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya3. Pelbagai Bahasa Keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa4. Kemahiran Mengurus Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan, menyelesaikan masalah dan konflik5. Kerja Berpasukan Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat6. Kreativiti Dapat menyumbangkan pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah7. Keupayaan Untuk Menyesuaikan Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan Diri menyesuaikan diri dengan perubahan8. Empati Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka9. Pengurusan Stress (Relaxation) Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenal pasti punca stress10. Etika Kerja Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi11. Disiplin Diri Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi12. Tanggungjawab Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi 10
  • 11. 13. Pemikiran Diskriminatif Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza14. Kemahiran Tatabahasa Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik15. Kemahiran Analitikal Kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan abstrak16. Ekonomi & Perniagaan Kemampuan untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan dalam perhubungan17. Kemahiran Matematik Keupayaan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan18. Kemahiran Komputer Keupayaan untuk menggunakan computer dalam perkhidmatan kaunseling19. Telekomunikasi Keupayaan untuk menggunakan talian komunikasi sebagai satu alat perhubungan dalam perkhidmatan kaunseling Selain itu juga, elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 adalahkreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, komunikasi dan kolaborasi,literasi maklumat, literasi media, literasi teknologi maklumat dan komunikasi, keupayaanmenyesuaikan diri (fleksibiliti), produktiviti dan akauntibiliti serta bertanggungjawab. Elemen-elemen ini telah lama wujud secara semula jadi bagi setiap individu, namun, kemahiran tersebutmemerlukan peneguhan yang konsisten dan lebih jelas tujuannya. Kemahiran-kemahiran iniadalah subjektif, pengukuhan yang diberi adalah untuk membentuk perihal yang lebih 11
  • 12. sistematik. Sebagai contoh, dalam mendedahkan pelajar dalam dunia siber yang berteraskanteknologi maklumat dan komunikasi (ICT), nilai-nilai positif seharusnya ditekankan bagimenerapkan kesedaran di kalangan mereka. Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadapICT, berbanding dahulu di mana literasi Cuma merangkumi membaca, menulis dan mengira,manakala di abad 21 ini melibatkan literasi digital. Guru-guru memainkan peranan dalammembimbing pelajar-pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisianyang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga dapatmemberi kesedaran secara global kepada era digital sepatutnya mudah dicapai danseharusnya meningkat. Dalam mencetuskan pendidikan abad ke-21, ‘softskill’ amat diperlukanuntuk memudahkan mereka berkomunikasi dalam perbincangan yang menggalakkan merekaberinteraksi sesama mereka. Komunikasi interaktif bukan sahaja berlaku secara bersemuka(face to face) pada hari ini, bahkan komunikasi tersebut berlanjutan sehingga ke alam mayaseperti dalam facebook dan edmodo. Di samping itu juga, dengan ada nya gabungan kemahiran-kemahiran di atas juga dapatmenyatukan masyarakat majmuk di negara kita, seterusnya dapat mewujudkan gagasan 1Malaysia yang berilmu dan bermatlamat yang futuristic. Kita sememangnya tidak dapatmerealisasikan sesebuah sistem pendidikan yang ideal tanpa tunggak utama barisan pendidik.Bagi mencapai hasrat negara membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21,seseorang guru itu perlu komited dalam menguasai pelbagai bidang ilmu bagi menjadikanmereka relevan dan sesuai dengan arus perubahan yang berlaku. Selain itu, guru juga perlulahmengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan semasa, mahir dalam pedagogi 12
  • 13. seperti menggunakan teori konstruktivisme dan tidak terlalu bergantung kepada guru (teachercentered). Guru juga mestilah melengkapkan diri dengan persediaan yang terkini dalampenggunaan teknologi terkini dan penerapan nilai-nilai murni (akhlak) mestilah diteruskan tidakkira di mana atau bila situasinya. Secara ringkasnya, kemahiran abad 21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahanpada pendekatan pendidikan, yang berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Maka,kesedaran dan kemahiran guru dan pentadbir dalam menyusun program latihan untuk gurudan juga pengisian yang mantap untuk pelajar akan merealisasikan perubahan yang positif.3.0 PEMBELAJARAN ABAD KE-213.1 PengenalanDalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagimengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perludirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum inisesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenagarakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerjayang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaanpada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduantentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapatdilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. 13
  • 14. Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamiksupaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawaarus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masadepan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dannilai-nilai semasa.3.2 Fokus/Penekanan KurikulumUntuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dankreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaandiri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulumsemestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepadapenguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-• kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif• kemahiran berkomunikasi secara berkesan• kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni• kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan• kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat• kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain 14
  • 15. • kemahiran kepimpinan dan pengurusan3.3 Proses Pengajaran dan PembelajaranPengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untukmembantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secarameluas.Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan denganteknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dancorridorraya multimedia seperti internet perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar.Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya olehkomputer. Ini bukan bertujuan membantu guru dengan penggunaan teknologi tetapi untukmenimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan danlebih bermakna kepada pelajar.(a) Teknologi Maklumat/KomputerDalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atausistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses,menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet ataumultimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi 15
  • 16. dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalambentuk data teks, imej atau suara.Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiappelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran.Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah,menengah dan lepasan menengah.(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan PelajarProses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar.Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkanperanan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktifdalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanansebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina danmengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerimapengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perludilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru disesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu 16
  • 17. guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengandua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat danmengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.(c) Pendidikan Jarak JauhPendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diriabad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendahlagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam prosespengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut:• Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)• Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer• Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar• Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu• Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular• Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktiviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.(d) Pendekatan Modular 17
  • 18. Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentukbercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semuamata pelajaran di semua peringkat persekolahan.Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakantanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajiantinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.(e) Mastery LearningPendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesuatu perkara yangdiajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakansusulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidakterhimpun di akhir setiap pembelajaran.(f) Tracking dan BandingBergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapakumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju(advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu vertical danhorizontal. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran.Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya iasudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2. 18
  • 19. (g) Sistem KreditUnit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untukmenyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerjakursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmaldan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yangditetapkan.3.4 PenilaianAspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan,kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjukuntuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat danperkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dankeupayaan pelajar seperti berikut a) Penilaian Berasaskan Sekolah b) Penilaian Berterusan c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek d) Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil e) Authentic Assessment 19
  • 20. f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes) g) Bench Marking h) Ujian/ Peperiksaan Secara Online3.5 PENUTUPPerlu ditegaskan bahawa apa pun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapathasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain,kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yangberat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari,tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaanlatihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatanpihak swasta, ibu bapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.4.0 GURU ABAD KE- 214.1 PengenalanKeguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakatdunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuhhati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (DrRagbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancanganpembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segijasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disiplin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan 20
  • 21. mampu memainkan peranan dalam masyarakat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baikdan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteriPendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr IsmailZain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf Dunia ke arah PembestarianDalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)” menjelaskan pendidikanbertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan prosespendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu.4.2 Ciri- ciri guru berkualitiCiri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsur, tanda) yang khusus padasesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualitisebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pulamendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatubarang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untukmenghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhikeperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran,kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagimenghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah: 4.2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu 21
  • 22. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmupengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Paraguru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggupberkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikanseberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikapdan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmusebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagimelahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikanguru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis sertamemperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi,Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.4.2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. MenurutRagbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yangmulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialahmoral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dankualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankantugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar.Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan 22
  • 23. diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akanmenjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaanakan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya didalam bilik darjah.4.2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakanilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangatkepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupanluaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkanbudaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, danbertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guruakan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk kearah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmuharus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagipara pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajardengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaaniaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjaditeras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. 23
  • 24. 4.2.3 Mengamalkan kemahiran profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia). 4.2.4 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembanganpendidikan Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan 24
  • 25. terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang(2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiranmenggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematikdan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakaninternet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) didalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuanmeningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi wordprocessing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaura/p Joginder Sigh, 2007).4.2.5 Mengamalkan pengajaran efektif Mak Soon Sang (2007) mengenal pasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. (a)Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai 25
  • 26. melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalammemilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untukmelaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknikmengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, keranapemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjaminkeberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.(b)Pelaksanaan pengajaranMok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dankejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas sepertimenganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaanseperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaianuntuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanandalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalamrancangan mengajar.(c) Penilaian pengajaranYap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Sirajmentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktivitiuntuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaiansesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya 26
  • 27. pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.4.3 KESIMPULANOleh itu, dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalammerealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yanglebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulahbertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, danmengamalkan kemahiran profesional mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapikemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiranteknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluanurusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamadbin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian PendidikanMalaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corakmanusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.5.0 PELAJAR ABAD KE -21 Dunia pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mencapai kemajuanpada tahap tertinggi. Setiap ahli komuniti dalam sesebuah masyarakat atau negara itu, perlubersaing untuk menghadapi cabaran tersebut. Pelajar juga merupakan golongan komuniti yang 27
  • 28. perlu bersedia berhadapan dengan cabaran dan persaingan pada abad ke 21. Terdapatpelbagai pendapat yang telah mencirikan pelajar abad ke 21 ini. Terdapat 19 ciri-ciri pelajarabad ke 21 iaitu berupaya membuat hubung-kait, bijak menyoal, yakin berkomunikasi,mengambil risiko, dahagakan ilmu, ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak berputus asa,mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi, beranimencuba, mampu berfikir sendiri, membuat inisiatif, mampu bekerja dengan orang lain,membuat perubahan, berintegriti dan berkeperibadian tinggi. Abad ke 21 lebih merujuk kepada waktu berlakunya revolusi teknologi yang amatpantas. Masyarakat dunia kini hidup dalam suasana yang global dan kompleks yang dikelilingidengan kemudahan teknologi yang mampu memberikan impak dan transformasi kepadamasyarakat kepada dunia ICT. Dalam konteks ini, pelajar turut terlibat dalam mengalami arusperubahan ini, di mana pelajar perlu dibantu guru dengan membentuk serta mengekalkanminat pelajar untuk belajar bersedia untuk berhadapan dengan dunia sebenar. Pelajar jugaperlu mempunyai rasa ingin tahu untuk mempelajari sesuatu sebagai pembelajaran jangkamasa panjang. Tujuan pemupukan rasa minat dan ingin tahu pelajar adalah perlu untukmembolehkan pelajar boleh memberikan kesinambungan untuk pembelajaran meski punberada di luar institusi persekolahan. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai ciri fleksibel untukmempelajari sesuatu ilmu dan demi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.http://www.21stcenturyschools.com/what_is_21st_century_education.htm Generasi pelajar pada era milinieum lahir sekitar tahun 1980-an sehingga kini. MenurutJohn Seely Brown melalui Learning in a Digital Age, pada hari ini pelajar beranggapan bahawaICT merupakan sesuatu yang seakan oksigen bagi mereka untuk bernafas dan merujuk kepada 28
  • 29. bagaimana untuk mereka hidup. Pandangan tersebut jelas menunjukkan bahawaperkembangan teknologi yang pesat berlaku kini menunjukkan kepentingan teknologi dalamkehidupan pelajar pada hari ini. Secara umumnya terdapat beberapa karakter atau ciri yang menunjukkan pelajar abadke 21. Antaranya adalah:(i) Pelajar suka berada dalam kawalan Dalam era masa kini pelajar masa kini tidak lagi mahu belajar secara tradisional dantidak berkeinginan untuk sentiasa belajar di dalam kelas. Ini kerana pelajar lebih senangmenggunakan teknologi sedia ada yang membolehkan mereka belajar pada bila-bila masa danboleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja mengikut cara mereka sendiri. Contohnyamenggunakan kemudahan internet dengan pengaplikasian i-pad, facebook atau skype ketikasesi p&p.(ii) Pelajar boleh membuat pilihan Pembelajaran masa kini juga menuntut pelajar untuk meneroka sendiri bahan yangboleh dijadikan sumber. Secara tidak langsung membolehkan pelajar untuk membuat pilihandalam melaksanakan tugasan mereka. Dengan menggunakan kemudahan teknologi pelajarmampu menyempurnakan tugasan dengan pendekatan yang baharu malah lebih kreatifmengikut cara mereka sendiri.(iii) Pelajar belajar berorientasikan kumpulan dan sosial. 29
  • 30. Pelajar juga mampu memperkenalkan diri dengan menggunakan media elektronik yangsememangnya mempunyai rangkaian sosial. Dengan menggunakan rangkaian atas talian(online) pelajar berpeluang untuk mengenali individu lain sama ada dalam skala yang kecil,mengikuti dengan sesuatu pertubuhan komuniti dan berhubung dengan orang lain di seluruhdunia. Kemudahan teknologi seperti ini menggalakkan pelajar untuk berkolaborasi, berkongsiilmu, pendapat serta pandangan dengan rakan lain dan seterusnya mampu membentuk identitipelajar itu sendiri.(iv)Pelajar adalah inklusif Pelajar pada era 21 ini juga mampu bertoleransi dengan semua lapisan masyarakatsama ada dari segi kepelbagaian kaum, kepercayaan dan jantina. Informasi yang dikongsikanmeliputi pelbagai sudut dengan menggunakan pelbagai carian ensiklopedia dan topik.Pencarian maklumat juga turut diperluaskan pelajar, sama ada menggunakan sumber lamanweb atau rangkaian tertentu yang boleh diaplikasikan daripada pencarian asal dan belajarmempelajari sesuatu yang baru.(v) Pelajar sentiasa cuba menggunakan teknologi digital. Pendedahan terhadap media digital kepada pelajar zaman sekarang dilihat semakinmeluas. Ini menyebabkan sebahagian daripada kehidupan pelajar terdedah kepada ICT yangperlu diakses oleh pelajar untuk menyokong pembelajaran serta memudahkan mereka untukmendapatkan apa yang diinginkan pelajar. Di samping itu juga pelajar boleh menggunakankemudahan ICT seperti komputer riba, telefon tangan, radio dan sebagainya untuk dijadikan 30
  • 31. sebagai fungsi untuk mendapatkan maklumat. ICT yang ada juga mampu berperanan sebagaipenambahbaikan bahasa pelajar, membuat jadual sendiri serta menjadi alat komunikasi pelajardalam kehidupan seharian pelajar. Gambar 1: Pelajar menggunakan kemudahan teknologi dalam p&p(vi)Pelajar berfikir dengan cara yang berbeza. Sebagai pelajar yang hidup pada era globalisasi, seharusnya pelajar perlu memahamibagaimana teknologi baru boleh diterima dan diguna pakai. Contohnya dalam mencari sesuatumaklumat, tidak sekadar menggunakan satu tapak medium sahaja seperti menggunakan“google” sahaja, tetapi sepatutnya mempelbagaikan dan memperluaskan pencarian maklumattersebut dengan menerokanya dengan lebih mendalam.(vii) Pelajar berani mengambil risiko 31
  • 32. Pelajar alaf 21 ini berani mengambil risiko terhadap apa yang dilakukan, malah sanggupmencuba sekiranya apa yang dilakukan tidak memberikan hasil yang memuaskan. Inibermaksud pelajar telah beralih daripada mentaliti biasa kepada mentalilti yang sanggupmenanggung risiko dan akibat.(viii)Pelajar lebih menghargai masa dalam kehidupan Apabila wujudnya kemudahan teknologi, maka lebih mudah pelajar untuk mengetahuiapa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini secara tidak langsung telah mendidik pelajar untukmenghargai masa dalam kehidupan yang ada. Pelajar juga mampu menguruskan masa denganmelaksanakan perkara-perkara yang berfaedah dan memberi kesan yang positif kepadamereka. Kelahiran pelajar yang berfikiran serta bermotivasikan alaf 21 mampu membawapendidikan negara maju seiring dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara majumengikut acuan sendiri. Ciri-ciri pelajar abad 21 sememangnya perlu diterapkan dalam pelajarMalaysia pada hari ini tanpa mengabaikan nilai-nilai insaniah bagi memastikan pelajar Malaysiamampu maju dari pelbagai aspek. 32

×