• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Manager Joomla
 

Manager Joomla

on

  • 2,544 views

Belajar Menjadi Pengurus Joomla 1.0.X

Belajar Menjadi Pengurus Joomla 1.0.X

Statistics

Views

Total Views
2,544
Views on SlideShare
2,544
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
117
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Manager Joomla Manager Joomla Document Transcript

    • MENGURUS ISI KANDUNGAN WEB Persoalan yang sering ditimbulkan oleh pengurus halaman web CMS-Joomla. Bagaimana…… menulis artikel baru? mengedit artikel sedia ada? memformat artikel dengan bentuk tulisan, sais dan warna? memaparkan artikel di halaman web? memasukkan grafik kepada artikel? membina jadual /table? Tutorial ini adalah khusus untuk anda yang dipertanggung jawabkan menjadi seorang pengurus isi kandungan sebuah halaman web Joomla. Untuk mengikuti tutorial ini anda perlu memenuhi beberapa syarat: 1. Organisasi anda mempunyai sebuah halaman web CMS Joomla. 2. Anda mempunyai akses ke Panel Kawalan (Backend Page) sebagai: • Manager • Administrator • Super Administrator 3. Anda tahu sedikit tentang pengaturcaraan HTML. Tetapi anda jangan risau, tutorial ini akan cuba membantu anda untuk menjadi pengurus isi kandungan web CMS-Joomla yang baik dan cekap. Melalui penerangan langkah demi langkah dan grafik yang tepat diharap dapat memudahkan anda untuk jelas dan faham. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 1
    • MASUK KE PANEL KAWALAN (Backend Page) Untuk masuk ke Panel Kawalan Manager/Admin anda perlu: 1. Buka tetingkap halaman Administrator dengan menggunakan menu Administrator dari menu Halaman Web Anda. Atau taip URL seperti ini pada tetingkap baru pelayar internet anda. Start All Program Internet Explorer Kemudian taip dihujung URL anda ‘/administrator’ seperti ini: Jika URL anda : www.sekolahanda.edu-my.net Tambah supaya menjadi : www.sekolahanda.edu-my.net/administrator Rujuk contoh di atas. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 2
    • Kemudian tetingkap Halaman Administrator dipaparkan seperti ini: 2. log masuk dengan Kata Nama (User Name) dan Katalaluan (Password) yang tepat. Masukkan kedua-duanya pada ruangan yang dipaparkan pada tetingkap Administrator seperti di bawah. Apabila anda klik pada “Login” setelah memasukkan ‘username’ dan ‘password’ yang tepat, tetingkap “Home” bagi halaman kawalan akan di paparkan. Pada halaman utama tersebut anda telah disediakan dengan butang-butang kawalan untuk menguruskan segala isi kandungan halaman anda. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 3
    • HALAMAN UTAMA (HOME) PANEL KAWALAN. Panel Kawalan kadang-kala dipanggil juga dengan nama-nama seperti Panel Admin, Backend atau Halaman Belakang. Maksudnya, ia adalah seperti belakang pentas bagi sebuah teater atau dibalik tabir bagi sebuah filem atau wayang kulit. Ini adalah contoh halaman utama (Home) bagi panel kawalan Joomla 1.0.X. Pada halaman ini dipaparkan menu-menu untuk kegunaan anda mengendalikan segala isi kandungan web tersebut. Antaranya: Butang-butang Kawalan • Add New Content • Content Item Manager • Static Content Manager • Frontpage Manager • Section Manager • Categori Manager • Media Manager Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 4
    • Selain dari butang-butang menu terdapat juga tab-tab untuk rujukan seperti: • Logged • Popular • Latest Items • Menu Stats ADD NEW CONTENT Klik sekali pada butang “Add New Content”, butangnya seperti di bawah: Butang ini digunakan apabila seorang pengurus isi kandungan ingin menulis satu artikel baru untuk dimuatkan ke dalam halaman webnya. Selepas butang ini diklik, tetingka panel kawalan akan membuka satu editor WYSIWYG. Fitur ini akan membantu anda menulis teks sama seperti anda menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan yang lazim anda gunakan. Pada editor pengarangan teks tersebut masukkan tajuk artikel (Title), tentukan “Section” dan “Category” yang sesuai dengan teks tersebut. Tajuk pada “Title Alias” biarkan kosong jika anda tidak memelukan tajuk kedua untuk artikel ini, kemudian mulakan Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 5
    • menulis artikel anda dengan menggunakan pelbagai format ikon pada edito tersebut. Fungsi ikon-ikon ini sama seperti ikon pada MSWord atau pemproses perkataan lain yang biasa anda gunakan. Contoh artikel yang ditulis oleh seorang pengurus isi kandungan: Segala kerja penulisan anda sama ada untuk disimpan atau dibatalkan memerlukan anda menentukannya dengan butang pada sisi kanan atas editor tersebut. Butang-butang pilihan tersebut adalah seperti di bawah: Untuk menyimpan artikel yang telah siap anda karang klik pada butang simpan (Save). Jika anda ingin simpan tanpa menutup editor gunakan butang “Apply”. Jika enggan meneruskan kerja penulisan atau ingin membatalkan aktiviti ini pilih sahaja butang “Cancel” Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 6
    • Jika anda lihat di sisi kanan editor WYSIWYG terdapat tab-tab kawalan seperti ini: Publishing: Membolehkan anda menentukan sama ada artikel ini hendak dipamerkan di halaman utama (Front Page) atau tidak. Jika mahu klik pada “Show on Front Page” seperti contoh disebelah. Tentukan “Published” untuk mengaktifkan artikel ini untuk dipaparkan kepada pengunjung web anda. Anda boleh menentukan level pengguna yang boleh akses artikel pada ruangan “Access Level”. Ruangan “Author Alias” anda boleh isikan untuk menentukan siapakah nama penulis untuk rujukan atau biarkan kosong dan pilih dari senarai “Change Creator”. Satu kelebihan CMS Joomla ialah anda boleh tentukan bila tarik boleh artikel mula dan berhenti dipaparkan. Untuk memilih tarikh klik dahulu ikon kemudian klik 2 kali pada kalender yang dipaparkan bila tarikhnya. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 7
    • Selepas anda simpan (SAVE), anda boleh semak senarai artikel anda dengan memilih menu di barisan atas: Conten All Content Items Paparan semua “Items” iaitu artikel dalam web anda akan disenaraikan seperti paparan di bawah: Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 8
    • Anda lihat pada status “Published” artikel yang baru anda tulis adalah berstatus menunggu atau “Publish, but is Pending” yang ditunjukkan oleh ikon . Maknanya artikel ini sedang menunggu tarikh untuk dipaparkan. Apabila sampai pada tarikh tersebut ikon akan berstatus “Published and is Current” seperti ini . Jika anda telah tetapkan tarikh untuk artikel tamat dipaparkan, anda tidak perlu keluarkan artikel secara manual. Kerana apabila sampai tarikh luput paparanya, dengan sendiri artikel akan berstatus “Published, but has Expired” dengan ikon seperti ini . Atau anda juga boleh menetapkan untuk artikel berhenti dari dipaparkan sekalipun tidak menentukan tarikh luputnya dengan menukar statusnya kepada “Not Published” . Klik sahaja sekali pada status publish dan ia akan bertukar kepada status not published. Anda boleh mengedit artikel terdahulu dengan cara ‘tik’ pada kotak pilihan mengikut meujuk kepada tajuk artikel yang hendak diedit, umpamanya: Atau anda boleh juga ‘tik’ pada tajuk pilihan untuk di edit seperti di atas kemudian klik pada ikon edit seperti ini Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 9
    • Apabila anda memilih untuk mengedit semula artikel terdahulu, editor WYSIWYG seperti ketika anda mengarang artikel pada mula tadi akan dipaparkan semula. Anda editlah kembali artikel seperti yang anda kehendaki, jika anda ingin lihat hasilnya pada paparan di halaman web anda (Preview) anda perlu klik dahulu pada ikon “Apply” Kemudian jika sudah muktamad dan proses mengedit selesai dan anda ingin berhenti mengedit, klik pada ikon “Save”, supaya artikel disimpan di dalam database CMS- Joomla. Anda boleh juga melakukan perkara-perkara tambahan yang lain seperti menetapkan artikel di “Front Page atau tidak, menentukan “Access Level dan memasukkan nama penulis. Anda juga boleh mengubah tarikh paparan bermula dan berakhir mengikut keperluan dan perancangan anda. Andaikan anda ingin menetapkan semula tarikh paparan artikel yang anda cipta di atas tadi supaya dipaparkan serta-merta, anda perlu ubah tarikh “Start Publishing” baginya pada tab “Publishing” seperti di atas. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 10
    • Apabila anda selesai membuat kerja edit dan pengubahsuaian, anda simpan (Save) dan teks respon menunjukkan simpanan anda telah berjaya dipaparkan. Seterusnya pada senarai artikel menunjukkan artikel anda berstatus “Published”. Untuk melihat paparan sebenar, klik pada “Preview” dan hasilnya di halaman “Front Page” web anda adalah seperti ini: Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 11
    • Pada sebarang masa, dalam proses anda mengendalikan halaman kawalan anda boleh kembali ke halaman utama panel kawalan dengan menggunakan menu “HOME”. Sekarang pada halaman utama panel kawalan (Home) anda masuk pula ke “Content Items Manager”. CONTENT ITEMS MANAGER [ Catatan: Items ialah artikel-artikel yang dikarang menggunakan editor WYSIWYG] Conten Items Manager adalah panel kawalan artikel-artikel yang terkandung dalam web anda dengan menyenaraikan tajuk, status, paparan di front page atau tidak, level access, section dan category serta penulis dan tarikh ditulis seperti di bawah: Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 12
    • Dengan menggunakan kemudahan ini anda boleh edit items (artikel) anda atau memadamkan mana-mana item yang tidak dikehendaki lagi. Untuk memadam item/artikel yang tidak dikehendaki, anda ‘tik’ pada tajuk item yang hendak dihapuskan kemudian pada menu ikon di sisi kanan atas, pilih “Trash” yang ikonnya seperti ini: Anda boleh memilih beberapa tajuk item serentak kemudian klik ikon “Trash”, contohnya : Content Items Manager juga menunjukkan item-item yang dipaparkan terus dihalaman utama (Front Page) web anda. Anda juga boleh menulis artikel bar uterus dari sini dengan menggunakan ikon “New”. Apabila editor WYSIWYG, anda mulakah langkah menulis artikel seperti yang dijelaskan pada permulaan tadi. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 13
    • STATIC CONTENT Pada halaman utama (Home) panel kawalan klik pada menu “Static Conten Manager Static Content : Adalah artikel yang tidak mempunyai section dan category khusus. Artikel ini khusus, tetap dan special seperti profail organisasi, terma dan syarat serta peraturan atau syarat yang tidak berubah dari masa ke masa. Jika halaman web anda tidak mahu mempunyai artikel “Static” pun tidak mengapa. Anda boleh tulisnya pada ruangan editor WYSIWYG selepas anda klik ikon “New” pada “Static Content Manager” yang dipaparkan. Mulakan menulis artikel static dengan tajuk utama serta tajuk kedua (jika ada) dan taip serta edit teks anda hingga siap kemudian simpan(Save). Kerja memaparkan artikel adalah sama seperti anda menulis item/artikel biasa, tetapi artikel ini tidak boleh dipaparkan di “Front Page”. Anda perlu menggunakan menu untuk membolehkan pengunjung membaca atikel ini. TAB: Link to Menu Jika anda perhatikan pada editor WYSIWYG terdapat beberapa kemudahan tab, salah satunya adalah “Link to menu”. Anda boleh gunakan kemudahan ini untuk menambah menu pada menu web anda kepada artikel yang sedang anda tulis. Contohnya, anda menulis satu artikel “Static” dan untuk membolehkan pengunjung membaca artikel ini, anda perlu sediakan menu tambahan. Setelah selesai anda menulis item tersebut, klik pada tab “Link to menu” dan pilih kumpulan menu yang dikehendaki, berikan nama kepada menu baru anda seterusnya klik butang “Link to menu” : Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 14
    • Selepas anda klik “Link to Menu” sebelum anda keluar dari edito WYSIWYG, jangan lupa klik ikon simpan (Save). Sekarang “Preview” laman web anda dan lihat terdapat menu baru dengan nama ‘Terma dan Syarat” pada senarai menu sedia ada sebelumnya: Klik ada menu baru “Terma dan Syarat”, artikel mengenainya akan dipaparkan di halaman anda seperti paparan di atas. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 15
    • FRONT PAGE MANAGER Front Page Manager adalah kemudahan untuk ana mengawal artikel/item yang telah dipilih untuk dipaparkan di halaman utama (front page). Mungkin anda telah menetapkan lebih dari satu artikel untuk dipaparkan di halaman utama. Jadi “Front Page Manager” digunakan untuk menyusun atur artikel-artikel tersebut. Umpamanya: Front Page Manager di atas menunjukkan artikel-artikel di halaman utama akan dipaparkan dalam susunan tajuk-tajuk di atas. Anda boleh mengubah susunan tersebut dengan kemudahan “Reorder” atau menulis nombor secara menaik mengikut susunan anda pada ruangan “Order” kemudian klik butang “save” di sisi “Order” . Anda boleh preview halaman web anda untuk menyemak susunan tersebut. Jika anda menetakkan banyak artikel untuk “Front Page” kemungkinan tidak semua teks dipaparkan secara penuh, CMS-Joomla hanya akan memaparkan tajuk artikel yang selebihnya, anda perlu klik untuk melihat artikel yang sepenuhnya. Tetapi aturan ini berubah-ubah mengikut ketetapan yang Super Administrator telah tetapkan. Sebagai Manager isi kandungan web CMS-Joomla, anda hanya perlu mengisi dan menulis artikel, urusan penentapan dan aturan serahkan pada Super Administrator. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 16
    • MEDIA MANAGER Sekiranya anda memerlukan grafik untuk menyokong artikel anda, anda perlu menyimpannya di dalam “Media Manager”. Semua folder dan fail-dail gambar diuruskan oleh Media Manager. Bila anda masuk ke Media Manager anda akan berurusan dengan folder dan fail-fail imej ( jpg, png, gif, bmp dan swf ). Lihat Media Manager di bawah: Jika artikel anda memerlukan grafik/imej sebagai sokongan, upload imej tersebut ke dalam folder “Stories”, tidak boleh ke folder lain. Pilih fail imej dari desktop/komputer anda pada “Choose” kemudian klik butang “Upload”. Fail tersebut akan masuk ke folder stories. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 17
    • Anda boleh juga memcipta beberapa folder baru tetapi hendaklah di dalam folder “Stories” sahaja. Untuk mencipta folder baru, masuk dahulu ke folder “Stories” kemudian tulis nama folder baru pada ruangan “Create Directory” kemudian klik butang “Create” Untuk “Upload” gambar ke folder baru ini, masuk dahulu ke folder tersebut yang masih kosong kemudian cari gambar yang dikehendaki dari komputer anda pada butang “Choose” selepas menjumpainya klik “Open” dan lokasi gambar anda di komputer local di paparkan seperti di bawah, seterusnya klik butang “Upload”. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 18
    • Apabila berjaya diupload gambar akan dipaparkan di dalam folder tersebut: Perhatikan sekarang imej yang anda pilih telah berada di dalam Media Manager dan sedia untuk di selitkan ke dalam artikel anda. TAB: Images Untuk membolehkan anda menyelitkan imej pada artikel anda terlebih dahulu imej mesti telah berada di dalam Media Manager anda. Sekarang anda perlu edit balik artikel yang ingin anda masukkan imej tadi. Untuk mengedit artikel anda perlu ke “Conten Items Manager”. Pilih tajuk artikel yang dikehendaki dan apabila editor WYSIWYG klik pada tab “Images”. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 19
    • Pilih dahulu nama foler anda, contohnya ‘gambar’. Imej yang ada dalam Media Manager anda akan dipaparkan pada ruangan “Gallery Images”. Pilih gambar yang dikehendaki kemudian klik ‘ >> ’. Lokasi gambar akan dipaparkan pada “Source”. Jika perlu anda boleh tentukan “Image Align” sama ada “Left”, “Center”, “Right” atau “None”. Boleh masukkan teks “Alt Text”, tentukan ketebalan “Border” dan catatan pada “Caption”. Seterusnya klik “Apply” untuk menerima ketetapan yang anda tentukan tadi. Akhir sekali sebelum anda berhenti mengedit, pastikan anda simpan (Save) perubahan baru ini untuk diterima sebelum dipaparkan di halaman web anda. Klik “Preview” untuk melihat hasilnya. Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda menambah koleksi dan mengayakan informasi di dalam laman web anda. Catatan: Penerangan dan tutorial SECTION MANAGER dan CATEGORY MANAGER - Sila rujuk Tutorial untuk Administrator. Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 20