Tatabahasa Tingkatan 1
1. Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
2. Kata Ganti Nama Diri
3. Kata Ganti Nama Tempat
4. Kata Ganti ...
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
1. Maksud: Perkataan yang biasanya menamakan orang atau
benda.
2. Perkataan yang menjadi i...
Kata Ganti Nama Diri
1. Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan kata nama
orang.
2. Terdapat kata ganti nama dir...
Kata Ganti Tunjuk
1. Perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud
yang menunjukkan benda atau perkara y...
Kata Ganti Nama Tempat
1. Digunakan untuk menggantikan nama tempat.
2. Kata ganti nama tempat yang jauh atau dianggap jauh...
Kata Bilangan
1. Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.
2. Jenis-jenis kata bilangan seperti yan...
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan
dengan kata nama apabila menunjukkan bil...
Kata Adjektif
1. Kata adjektif juga dikenali dengan kata sifat.
2. Dapat dikenali apabila perkataan itu boleh diikuti atau...
Kata Kerja
1. Kata yang memberi maksud melakukan sesuatu perbuatan atau keadaan
kelakukan sesuatu.
2. Jenis kata kerja:
(a...
Kata Hubung
1. Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata
dengan kata, atau frasa dengan frasa.
2. Jen...
Kata Hubung (sambungan)
Kata Hubung
Digunakan untuk
Pancangan
Sebelum/setelah/sejak Menunjukkan masa

Sampai/sehingga

Sel...
Kata Seru
1. Kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan.
2. Perkataan yang digunakan dalam bentuk ayat seruan....
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Tatabahasa Tingkatan 1

1,016

Published on

himpunan tatabahasa untuk tingkatan 1

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,016
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
57
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tatabahasa Tingkatan 1

  1. 1. Tatabahasa Tingkatan 1 1. Kata Nama Am dan Kata Nama Khas 2. Kata Ganti Nama Diri 3. Kata Ganti Nama Tempat 4. Kata Ganti Nama Diri Tanya 5. Kata Ganti Tunjuk 5. Kata Ganti Tak Tentu 6. Kata Bilangan 7. Penjodoh Bilangan 8. Kata Sendi Nama 9. Kata Adjektif 10. Kata Kerja 11. Kata Hubung 12. Peribahasa 13. Kata Seru
  2. 2. Kata Nama Am dan Kata Nama Khas 1. Maksud: Perkataan yang biasanya menamakan orang atau benda. 2. Perkataan yang menjadi inti pada binaan frasa nama. 3. Jenis kata nama: a. Kata Nama Khas i. Nama yang khusus ii. Ejaan berpangkal huruf besar iii. Kumpulan kata nama: benda hidup – contoh: Ahmad dan Comel (Nama binatang) benda tak hidup – Kuala Lumpur Contoh ayat: Pak Abu sedang berkebun ketika anaknya pulang dari Kuala Lumpur. b. Kata Nama am i. Benda / perkara yang umum sifatnya. ii. Ejaannya berpangkal huruf kecil (kecuali memulakan ayat) iii. Kumpulan kata nama : abstrak – contoh : mimpi konkrit – contoh: tangan Contoh ayat: Najmi membantu ayahnya membuat bakul anyaman di rumah. 4.
  3. 3. Kata Ganti Nama Diri 1. Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan kata nama orang. 2. Terdapat kata ganti nama diri orang pertama, iaitu saya, kita, aku, hamba, beta dan patik. 3. Kata ganti nama orang kedua, iaitu awak, engkau, kau, kamu, tuanku, tuan hamba dan anda. 4. Kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, beliau, baginda, ia, kalian dan mereka. 5. Kata ganti nama diri yang sesuai mestilah digunakan apabila menggunakan kata nama yang tertentu dalam ayat. Contoh: Kata baginda digunakan untuk raja dan kerabat sahaja. Kata beliau hanya digunakan untuk orang yang dihormati dan tidak sesuai untuk penjenayah. 6. Contoh ayat: “Baginda akan menganugerahkan pingat kebesaran kepada rakyat yang telah berjasa,” titah Sultan. Kata Ganti Nama Diri Tanya 1. Kata ganti nama tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk Tanya. 2. Contoh kata ganti diri Tanya: a. Apa : merujuk benda atau perkara b. Siapa : merujuk orang c. Mana : merujuk benda atau orang 3. Contoh ayat: Pengurus projek yang melaksanakan projek ini siapa?
  4. 4. Kata Ganti Tunjuk 1. Perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud yang menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. 2. Kata ganti nama tunjuk: a. Ini : Merujuk pada yang dekat. b. Itu : Merujuk pada yang jauh. 3. Contoh ayat: “Kek ini adalah untuk kakak sempena hari lahirnya yang ke – 13,” kata ibu kepada Aini. Kata Ganti Tak Tentu 1. Kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu atau untuk penegasan. 2. Kata ganti tak tentu juga digunakan untuk membina ayat penyata. Contohnya: (a) apa-apa - Dia membeli apa-apa barang keperluan harian sebelum menyertai program perkhemahan. (b) mana-mana – Pihak polis akan menahan mana-mana suspek yang berkaitan dengan kes pembunuhan itu. (c) siapa-siapa(sesiapa) - Pihak kerajaan telah menahan siapa-siapa yang menyertai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak polis. 3. Contoh ayat: Jika anda hendak bertandang ke rumah orang, bawalah apa-apa buah tangan Ambillah mana-mana yang awak suka untuk dijadikan bahan kajian.
  5. 5. Kata Ganti Nama Tempat 1. Digunakan untuk menggantikan nama tempat. 2. Kata ganti nama tempat yang jauh atau dianggap jauh ialah sana. Contoh: Banyak orang yang sedang mandi di kolam sana. 3. Kata ganti nama tempat yang dekat ialah sini. Contoh: Mahkamah tinggi di sini telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap pemuda yang melakukan kesalahan meragut. 4. Kata ganti nama tempat yang tidak jauh dari tempat orang yang sedang bercakap ialah situ. Contoh : Kedai-kedai runcit yang ada dekat-dekat situ telah menurunkan harga beras. 5. Contoh ayat: “Di sana tempat berlakunya pembunuhan itu,” kata Izzat kepada anggota polis sambil menunjukkan jari kea rah pokok yang jauh itu.
  6. 6. Kata Bilangan 1. Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. 2. Jenis-jenis kata bilangan seperti yang terdapat dalam jadual di bawah. Jenis Bilangan yang tentu sifatnya Bilangan tak tentu Membawa maksud himpunan Membawa maksud pisahan Membawa maksud pecahan Contoh Dua, tiga Segala-gala, para Ketiga-tiga, kedua-dua Masing-masing, tiap-tiap Sesetengah, seperempat 3. Contoh kesalahan bahasa: (a) Semua pegawai-pegawai : sepatutnya semua pegawai (b) Setengah penduduk : sepatutnya setengah-setengah penduduk / sesetengah penduduk (c) Dua setengah bulan : sepatutnya dua bulan setengah (d) Berpuluh : sepatutnya berpuluh-puluh 4. Contoh ayat: Keempat-empat pelajar itu diberikan penghargaan oleh pengetua kerana menolong rakan mereka. Setiap pelajar yang terpilih perlu mengisi borang untuk memohon biasiswa.
  7. 7. Penjodoh Bilangan 1. Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan dengan kata nama apabila menunjukkan bilangan. Contoh: (a) Ekor : untuk binatang (b) Helai : untuk kertas ( c) Biji : untuk buah (d) Bidang : untuk tikar (e) Buah : untuk rumah (f) Ulas : untuk nangka (g) Batang : untuk pokok 2. Kata bilangan tak tentu para – tidak perlu penjodoh bilangan. Contoh: Para orang peserta (salah) Para peserta (betul) Kata Sendi Nama 1. Kata sendi nama ialah perkataan yang diletakkan di hadapan frasa nama. Contoh : Dia tinggal diIpoh. 2. Ada kata sendi nama yang menganggotai golongan kata yang lain. Contoh: akan (juga berfungsi sebagai kata Bantu) dalam (juga berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif) 3. Kata sendi nama mempunyai fungsi yang tertentu. Contoh: di , digunakan untuk tempat pada , digunakan untuk masa dan tempat, serta situasi tertentu seperti: Gelang itu ada pada ibu. Rantai emas itu dipakai pada lehernya. 4. Kata sendi nama yang lain ialah : tentang, dari, daripada, kepada, bagi, untuk, dari, daripada, oleh 5. Contoh ayat: Peralatan ini hendaklah diserahkan kepada pihak yang berkenaan.
  8. 8. Kata Adjektif 1. Kata adjektif juga dikenali dengan kata sifat. 2. Dapat dikenali apabila perkataan itu boleh diikuti atau didahului oleh kata penguat. 3. Berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama. 4. Terdapat sembilan jenis kata adjektif. Jenis kata adjektif Contoh Sifat atau keadaan Baik, jahat, takut, berani Warna Biru, kuning, putih, merah Ukuran Panjang, pendek, kecil, besar Bentuk Bulat, lonjong, lurus, bengkok Waktu Baru, lama, esok, sekarang Jarak Jauh, dekat, rapat, hamper Cara Cepat, pantas, deras, perlahan Perasaan Benci, rindu, sedih, marah Pancaindera Sedap, manis, masin, masam 5. Kata adjektif terbitan (awalan, apitan dan sisipan) (a) Awalan terMaksud: Penjelasan perbandingan / keadaan palin Contoh Kesalahan: Bangunan tertinggi (betul) Bangunan tertinggi sekali (salah) (b) Awalan SeMaksud: Memberi pengertian Sama Contoh Kesalahan: Sama cantik (betul) Sama secantik (salah) 6. Kata adjektif dalam bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam bentuk darjah penghabisan. Contoh: (a) Sepandai-pandai (b) pandai sekali (c) amat pandai sekali (d) terpandai (e) teramat pandai (f) paling pandai (g) tersangat pandai
  9. 9. Kata Kerja 1. Kata yang memberi maksud melakukan sesuatu perbuatan atau keadaan kelakukan sesuatu. 2. Jenis kata kerja: (a) Kata kerja tak transitif (i) Kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksud ayat. Contoh: Lilin itu masih bernyala. (ii) Boleh diiringi dengan pelengkap yang terdiri daripada kata adjektif, tersenyum/ kata nama / kata sendi nama (iii) Terbahagi kepada bentuk-bentuk berikut: a. asal , misalnya: duduk, faham, gagal, demam b. berawalan ber-, misalnya: belajar, berbaring, berbincang,bekerja, berdiri c. berapitan ber…an, misalnya: berdekatan, berguguran d. berapitan ber…kan, misalnya: berdasarkan, berasaskan e. berawalan men-, misalnya: mengalah, mengalir, membesar f. berawalan ter-, misalnya: terbabas, terduduk, terjatuh (b) Kata kerja transitif (i) Kata kerja yang mesti diikuti dengan objek (kata nama) untuk melengkapkan maksudnya. (ii) Boleh dipasifkan apabila membentuk ayat pasif. Contoh : Kata kerja transitif – menendang Kata kerja pasif – ditendang (iii) berawalan men-, misalnya: membeli (iv) berapitan men...i, misalnya: membasahi, menjalani (v) berapitan men…kan, misalnya: mengadakan (vi) berapitan memper-, misalnya: memperalat, memperdaya (vii)berapitan memper…i, misalnya: mempelajari, memperbaiki (viii)berapitan memper…kan, misalnya: memperbagaikan, mempertahankan Kesalahan bahasa: Dia memukul dengan kayu ular itu. (salah) Dia memukul ular itu dengan kayu. Adik menggenggam erat-erat tangan ibu. (salah) Adik menggenggam tangan ibu erat-erat. (betul)
  10. 10. Kata Hubung 1. Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, atau frasa dengan frasa. 2. Jenis kata hubung: (a) Kata hubung gabungan: kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan sepatah kata dengan sepatah kata, atau klausa dengan klausa. Kata Hubung Gabungan Atau Digunakan untuk Menunjukkan pilihan Dan Menggabungkan dua unsur yang setara (subjek dengan subjek, objek dengan objek atau ayat dengan ayat) Menunjukkan kekecualian Kecuali Lalu Maka Serta Menggabungkan dua perbuatan atau perkara yang berlaku berturut-turut. Menyatakan sesuatu: (setelah itu atau lalu, oleh sebab itu) Menyatakan turut bersama Ayat Contoh Ibu ke rumah Kak Ros esok atau lusa. Yusri dan Felix pergi ke sekolah bersama-sama. Semua orang membantu ibu membersihakan rumah kecuali abang. Adik membuka kasut lalu meletakkan kasutnya di rak. Langit mendung maka hujan pun turun. Budak itu lapar maka ia mengangis. Pemuda itu melompat serta menjerit. (b) Kata hubung pancangan : menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil, klausa pelengkap atau keterangan. Contoh: yang Kata Hubung Pancangan Digunakan untuk Agar/supaya Menyatakan tujuan Apabila Menunjukkan masa Hingga/sehingga Menyatakan sesuatu yang sampai ke had tertentu Menunjukkan sebab Kerana Jika/kalau/sekiranya Menunjukkan syarat Manakala Menunjukkan masa / hal yang bertentangan Ayat Contoh Kami berdoa agar/supaya ibu kamu cepat sembuh. Ibu terkejut apabila mendengar berita itu. Mereka berkerja keras sehingga projek ini berjaya. Jaja menangis kerana duitnya hilang. Jika saya ada masa, saya akan ke rumah kamu. Pelajar-pelajar lain sedang sibuk mengemas kelas manakala Ali duduk-duduk diam saja.
  11. 11. Kata Hubung (sambungan) Kata Hubung Digunakan untuk Pancangan Sebelum/setelah/sejak Menunjukkan masa Sampai/sehingga Selagi Digunakan untuk menunjukkan had atau kadar. Digunakan untuk menunjukkan sesuatu hal yang masih belum berhenti. Ayat Contoh 1.Saya harus pulang sebelum pukul enam petang. 2. Setelah penat bekerja, Aris berehat seketika. 3. Sejak ayahnya sakit, Amira bermuram saja. 1. Rohana menunggu Diana di hentian bas sampai tengah hari. 2. Daging itu direbus sehingga empuk. David tidak dibenarkan keluar bermain selagi kerja sekolah tidak disiapkannya. Peribahasa 1. Peribahasa ialah sekumpulan perkataan yang digandingkan secara tetap dan mempunyai maksud tertentu. Makna peribahasa adalah berbeza dengan perkataan yang membentuknya. 2. Jenis-jenis peribahasa: (a) Simpulan Bahasa : contoh:- Kaki bangku (orang yang tidak tau bermain bola) (b) Perumpamaan : contoh:- Seperti isi dengan kuku (perhubungan yang sangat rapat) (c) Pepatah : contohnya :- dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung (maksudnya di tempat seseorang itu berada, dia seharusnya menghormati undang-undang dan peraturan di situ)
  12. 12. Kata Seru 1. Kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan. 2. Perkataan yang digunakan dalam bentuk ayat seruan. 3. Contoh kata seru:

×