Your SlideShare is downloading. ×
Note topik 3
Note topik 3
Note topik 3
Note topik 3
Note topik 3
Note topik 3
Note topik 3
Note topik 3
Note topik 3
Note topik 3
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Note topik 3

4,186

Published on

OUM pengajian Malaysia

OUM pengajian Malaysia

2 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • welcome :)
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • tq...atas perkongsian... :)
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
4,186
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
205
Comments
2
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Topik 3 Komponen Utama Sistem Kerajaan dan Jentera Pentadbiran MAJLIS RAJA-RAJA DAN YANG DI- PERTUAN AGONG  Majlis Raja-raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi martabatnya  9 Sultan atau Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri  tidak punyai kuasa perundangan atau pemerintahan tetapi ada pengaruh yang  Anggota rasmi Majlis adalah sebelas Ketua2 negeri.  Raja muda boleh mawakili Sultan atau Raja dalam persidangan Antara bidang tugas Majlis Raja- raja adalah: i. Memilih Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya ii. Bersetuju atau tidak bersetuju hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak iii. Memberi persetujuan atau tidak atas mana-mana undang-undang yang diluluskan atau memberi nasihat tentang pelantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja iv. Memikirkan dasar negara dan apa-apa perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan negara.  Majlis Raja-raja mempunyai satu badan khas yang bertindak untuk memelihara hak istimewa orang-orang Melayu  MajlisRaja-rajaperlu dirundingi dalam perkara pelantikan yang berikut sebelum pelantikan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, iaitu:- Pelantikan Ketua Hakim Negara; dua orang Hakim Besar dan Hakim Mahkamah Agong serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi Pelantikan Ketua Audit Negara Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya bebas, seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara yang meliputi perkara berikut: o Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya o Beri nasihat tentang apa- apa pelantikan o bersetuju atau tidak mempersetujui sebarang undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri serta menyentuh keistimewaan, kedudukan dan kemuliaan atau kebesaran raja-raja bersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.  merasmikan penggal Parlimen Sebagai ketua utama Negara  Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kedudukan teristimewa. Baginda tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.  YDPA adalah seorang raja yang dipilih mengikut giliran oleh Majlis Raja-raja, dan ini telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.  Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.  Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada cadangan Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.  timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union (MU)  MU mahu menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu.  Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong pada setiap lima tahun  ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.  Hanya malaysia mengamalkan sistem penggiliran ketua Negara  hanya diberi kepada Raja-raja Melayu  Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di- Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang Dipertuan Besar  Selepas pusingan pertama Sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut pemerintah negeri adalah menurut giliran yang telah digunakan sebelum ini, iaitu: 1. Negeri Sembilan 2. Selangor 3. Perlis 4. Terengganu 5. Kedah 6. Kelantan 7. Pahang 8. Johor 9. Perak kelayakan bagi menjadi Yang di- Pertuan Agong. Setiap Raja-raja Melayu adalah layak dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan: - o Jika baginda tidak cukup umur o Menolak untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong
  • 2. o Baginda ingin dikecualikan disebabkan masalah kesihatan  Raja yangteratas dalamsenarai pemilihan akanditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong. Baginda akan memegang jawatan itu 5 tahun.  Sekiranya baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan sebelum tempoh yang ditetapkan oleh Raja-raja. Kaedah-kaedah pemilihan Yang di- Pertuan Agong adalah seperti berikut: -  Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih. Walau bagaimanapun, pemilihan dibuat mengikut kekananan (senioriti)  Raja-raja sahaja yang boleh mengundi. Anggota Majlis  Pemilihan dibuat berdasarkan giliran. Raja sesebuah negeri tidak boleh dipilih dua kali dalam pusingan yang sama  Seseorang Sultan atau Raja boleh melantik seoranglain dari negeri baginda sebagai proksi untuk mewakili baginda Raja-raja Berikut Pernah Menjadi Yang di-Pertuan Agong: 1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah antara 1957 dan 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960. 2. Sultan Hisamuddin Alam Shah aI-Haj ibni lmarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960. 3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960 sehingga 1965, mangkat pada 2000. 4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965 sehingga 1970, mangkat pada 1979. 5. Tuanku al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim al- Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1924, memerintah pada 1970 sehingga 1975. 6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975 sehingga 1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979. 7. Sultan Haji Ahmad Shah al- Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin al- Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979 sehingga 1984. 8. Baginda al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984 sehingga 1989. 9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989 sehingga 1994. 10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994 sehingga 1999. 11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah aI-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999 sehingga 2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001. 12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dari Perlis,diputerakan memerintah pada 2001 sehingga 2006. 13 Untuk makluman tambahan, Yang di-Pertuan Agong masa kini adalah Seri Paduka Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al- Muktafi Billah Shah al-Haj. Baginda telah ditabalkan pada 26 April 2007. Pemisahan kuasa terdiri daripada 3 adalah: 1. Badan Pemerintah (Eksekutif) 2. Badan Perundangan (Legislatif) 3. Badan Kehakiman (Judisiari)  matlamat supaya penumpuan kuasa tidak berlaku kepada mana-mana pihak.  dimaksudkan sebagai ‘Doktrin Pemisahan Kuasa’  Idea ini telah dicetuskan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah politik dan undang- undang Perancis dalam abad ke-18. Doktrin Pemisahan  bertujuan supaya kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.  YDP Agong, sebagai Ketua Utama Negara mengetuai ketiga-tiga badan kerajaan ini.  carta pemisahan kuasa di Malaysia. BADAN EKSEKUTIF  diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang dilantik oleh YDP Agong  Perdana Menteri ketuai kerajaan (kabinet)  Kabinet juga parti yang memegang majoriti di Parlimen  Sudut Perlembagaan, kuasa eksekutif adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong.  Perlembagaan memperuntukkan bahawa baginda mesti bertindak atas
  • 3. nasihat yang diberikan oleh jemaah menteri  1986 baginda bertindak atas budi bicara digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bertindak di luar nasihat Jemaah  Menteri adabila berlaku krisis Perlembagaan. JENTERA PENTADBIRAN Jemaah Menteri  Jemaah Menteri atau Kabinet adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di- Pertuan Agong.  Dasar atau polisi Kabinet adalah tugas yang dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan atau Kerajaan Pusat.  Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri  dianggotai oleh Menteri- menteri yang memegang portfolio tertentu.  beberapa buah Jawatankuasa Tetap Kabinet telah diwujudkan.  Jawatankuasa ini dipengerusikan dan dianggotai Menteri-menteri berkenaan.  Di samping Jawatankuasa ini, terdapat beberapa buah Majlis dibentuk iaitu:- 1. Majlis Tanah Negara 2. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan 3. Majlis Kewangan Negara 4. Majlis Angkatan Tentera Ada lagi Majlis-majlis yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melicinkan perjalanan jentera pentadbiran seperti: 1. Majlis Tindakan Negara 2. Majlis Ekonomi Negara 3. Majlis Keselamatan Negara Majlis Tindakan Negara  majlis pentadbiran yang tertinggi.  mewujudkan bagi menyelaras pelaksanaan semua rancangan dan projek pembangunan Kerajaan.  Semua Menteri Kabinet perlu hadir dalam Majlis ini. Majlis Ekonomi Negara  khusus tentang aspek ekonomi Negara Majlis Keselamatan Negara  bertindak menyelaraskan tugas-tugas yang berkaitan dengan keselamatan negara Perdana Menteri  ketua Jemaah Menteri atau Kabinet  Beliau berkuasa mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke dalam Kabinetnya.  kuasa sebenar pemerintahan terletak pada Perdana Menteri & nasihatnya mesti diterima oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong. 3.2.3 BADAN PERUNDANGAN  merujuk kepada undang- undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjawab dari segi perlembagaan.  Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang  Kuasa perundangan di Malaysia telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.  Penggubalan undang-undang dalam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan  Dewan Undangan Negeri bagi penggubalan peringkat negeri.  Badan perundangan Persekutuan dan Negeri adalah tidak tertinggi (supreme)hanya menggubal undang-undang dalam sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri-negeri  Parlimen Malaysia berfungsi untuk menggubal undang- undang  Undang-undang yang digubal sebelum merdeka terus berkuatkuasa sehingga pindaan atau pembatalan terhadapnya dibuat oleh badan-badan berkuasa tertentu  Perkara 44 Bab 4, Bahagian 4, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan kuasa perundangan persekutuan terletak pada Parlimen yang merangkumi Yang di- Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara  Keanggotaan Dewan Negara diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45.  Dewan Negara mempunyai 70 orangahli yangdikenali sebagai Senator  44 orangdilantik oleh Yang di-Pertuan Agong  26 orang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri mewakili 13 negeri (dua orang wakil setiap negeri).  Tempoh seseorang Senator selama tiga tahun  tidak boleh memegang jawatan tempoh lebih daripada dua penggal.  Syarat layak menjadi seorang Senator berikut:  Warganegara Malaysia  Berusia 30 tahun ke atas  Waras fikiran  Tiada rekod jenayah
  • 4. Dewan Rakyat  Keanggotaan ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia  mempunyai 222 orangahli yang dikenali sebagai ahli Parlimen. o 209 daripada ahli Parlimen dipilih setiap o 11 dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 dari Wilayah Persekutuan Labuan Antara kelayakan seorang ahli dalam Dewan Rakyat adalah: 1. Warganegara Malaysia 2. Berusia tidak kurang 21 tahun 3. Berfikiran waras 4. Tidak muflis 5. Tiada rekod jenayah 6. menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya bagi Parlimen dalam tempoh 33 hari selepas keputusan pilihan raya Fungsi dan Kuasa Parlimen - Parlimen berkuasa untuk membuat undang-undang yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Antara fungsi Parlimen adalah: 1. Kuasa perundangan, iaitu kuasa menggubal, meminda atau memansuhkan undang- undang 2. Mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai 3. Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu. Bangunan Parlimen Malaysia - Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan Persekutuan - menggubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. - meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang- undang persekutuan sedia ada, - memeriksa dasar-dasar kerajaan - meluluskan perbelanjaan kerajaan - meluluskan hasil-hasil cukai yang baru - juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam tentang perkara-perkara nasional. - Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil ‘Keistimewaan Ahli- ahli Parlimen’ di dalam Dewan. - Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya untuk ahli-ahli Parlimen secara individu. - Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, punyai kuasa mutlak atas prosiding masing- masing, - kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah - Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau ‘contempt’di dalam Dewan tersebut. - Ahli Parlimen adalah terkecuali daripada tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan Proses Menggubal Undang-undang di Parlimen - Parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang dengan cara Dewan Negara dan Dewan Rakyat meluluskan sesuatu rang undang-undang serta telah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong. - rang undang-undang yang hendak dibuat perlu dimulakan dalam salah satu Majlis Parlimen - rang undang-undang yang berkaitan dengan kewangan mesti dimulakan dalamDewan Rakyat. - rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah Majlis Parlimen perlu melalui empat peringkat sebelum diluluskan di dewan rakyat, iaitu: 1. Bacaan Pertama 2. Bacaan Kedua 3. Perbincangan peringkat jawatankuasa 4. Bacaan Ketiga - Sesuatu rang undang-undang akan dikemukakan kepada Dewan Negara. - Setelah diluluskan oleh Dewan Negara, ia akan dipersembahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong. - Cop mohor akan diturunkan setelah mendapat perkenan YDP Agong & ia akan menjadi satu undang-undang atau akta - rang undang-undang tersebut akan disiarkan sebagai undang- undang dalam Warta Kerajaan. - Sekiranya sesuatu undang- undang itu tidak diperkenan oleh baginda - rang undang-undang tersebut akan dibahas semula dalam Dewan Rakyat - akan dikemukakan kepada baginda buat kali yangkedua. - Jika Yang di-Pertuan Agong tidak juga memperkenankannya Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan dalam masa 30 hari, rang undang-undang tersebut akan dianggap sudah diperkenan oleh baginda.
  • 5. BADAN KEHAKIMAN - Badan kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim (body of judges) dalam satu sistem perlembagaan. - Para hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa atau autoriti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di negara ini, badan kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan. - Mahkamah mempunyai kuasa yang besar terhadap badan perundangan dan kuasa eksekutif kerana: 1. Mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara 2. Mentafsir sesuatu undang-undang 3. Mengisytihar sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri 4. Mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi undang-undang. - badan perundangan bertugas menggubal undang-undang - pihak mahkamah pula melaksanakan undang-undang itu - Pihak mahkamah boleh mentafsirkan bahagian- bahagian tertentu undang- undang (akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. - Walau bagaimanapun, mahkamah tidak boleh meminda undang-undang - kuasa pemindaan adalah hak badan perundangan atau Parlimen sahaja. Kuasa Kehakiman di Malaysia - Kuasa kehakiman bagi badan- badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 (l) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. - Fungsi-fungsi kehakiman ini pula dimuatkan dalam Perkara 121-131 (A). Untuk melaksanakan - Mahkamah juga mempunyai kuasa yang besar da1am bidang perundangan (legislatif) dan bidang pentadbiran (eksekutif). Kebebasan dan Kehakiman Kebebasan badan kehakiman ini dapat dilihat pada perkara-perkara berikut: (1) *Hakim Mahkamah Agong dan Hakim Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong *tidak boleh dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur bersara 65 tahun. *Perlucutan boleh dilakuan jika hakim itu tidak baik atau tidak berupaya disebabkan uzur atau sebab lain yang boleh memberi kesan terhadap tugasnya *Pemecatan perlu disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat Perdana Menteri) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong *Tribunal ini mengandungi lima atau lebih hakim yang telah bersara atau sedang memegang jawatan dari Malaysia atau mana-mana negara Komanwel. (2) Saraan seorang hakim diperuntukkan oleh Parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan. (3) Saraan hakimdan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah. (4) Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana- mana Majlis Parlimen, kecuali ia telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu perempat ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tersebut. Pelantikan Hakim - Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja- raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri. - Sebelum pelantikan hakim dibuat PM perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara. - Dalam hal pelantikan Hakim Besar Tanah Melayu, beliau harus berunding dengan dua orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi - pelantikan Hakim Besar Borneo beliau perlu berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak. - Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Agong PM harus berunding dengan dua orang Hakim Besar - pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi PM perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara. - Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas cadangan Hakim Besar - Majistret Kelas Pertama bagi Wilayah Persekutuan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. - pelantikan bagi negeri-negeri dilantik oleh raja atau gabenor atas cadangan Hakim Besar - Majistret Kelas Kedua bagi Wilayah Persekutuan juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda - bagi negeri- negeri dilantik oleh raja atau gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar.
  • 6. Rajah 3.3: Struktur Kehakiman di Malaysia SISTEM KABINET DAN KEMENTERIAN - kabinet adalah Sistem kerajaan Persekutuan di Malaysia pada umumnya dilaksanakan oleh badan eksekutif - ini terletak di bawah kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong(Perkara 39 Perlembagaan ) - Perkara 43 menjelaskan bahawa Seri Paduka Baginda perlu melantik sebuah kabinet bagi menasihati baginda melaksanakan tugas tersebut. - kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri dan disertai oleh menteri-menteri lain. - Kabinet dibentuk oleh parti yang memenangi - secara majoriti dalam pilihan raya Parlimen. - Pelantikan Perdana Menteri, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri perlu diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda - timbalan menteri bukan anggota cabinet tidak perlu hadir dalam mesyuarat mingguan kabinet - diadakan pada setiap hari Rabu - menteri atau anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab secara kolektif terhadap semua keputusan mesyuarat - anggota yang tidak bersetuju atau ingkar dengan keputusan tersebut perlu melepaskan jawatan Secara umumnya, fungsi Kabinet Malaysiadapatdisenaraikan seperti berikut: a. Menentukan dasar-dasar Negara b. Mentadbir dan melaksanakan pentadbiran selari dengan bidang kuasa yang diperuntukkan c. Menyelaraskan sistem pentadbiran negara agar cekap dan mantap d. Menyelesaikan permasalahan negara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat - Jentera pentadbiran negara menerima dan melaksanakan segala arahan yang diputuskan oleh kabinet. - Susunan jentera pentadbiran :-  Jabatan Perdana Menteri  Kementerian  Perbadanan Awam  Badan Berkanun  Suruhanjaya Agensi Kerajaan Agensi kerajaan pada umumnya dibahagi kepada dua kategori:- (a) Agensi pusat (b) Agensi pelaksana Agensi pusat berfungsi bagi  Menggubal dasar dan perancangan ekonomi  Menentukan peruntukan perbelanjaan  Menyelaras mengawal dan membantu agensi pelaksana Manakala, agensi pelaksana pula berfungsi bagi: i. Melaksanakan segala arahan kerajaan ii. Melaksanakan projek- projek pembangunan iii. sediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk kegunaan orang ramai. - 6 enam agensi pusat dalam pentadbiran kerajaan - 5 daripada agensi pusat itu terletak di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri - 1 di bawah Kementerian Kewangan Agensi pusat yang terdapat di Jabatan Perdana Menteri, adalah:  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);  Unit Perancang Ekonomi (EPU);  Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU);  Unit Penyelidikan Sosio- ekonomi (SERU);  Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). - agensi yang terletak di bawah Kementerian Kewangan adalah Perbendaharaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) 27 kementerian yang diwujudkan dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri adalah kementerian atau jabatan yang paling penting. Fungsi Jabatan Perdana Menteri adalah bagi: a. Merancang dan menyelaras semua dasar- dasar Negara b. Menentukan dasar kerajaan dilaksanakan dengan lancar dan berkesan menerusi kementerian-kementerian. organisasi atau agensi kerajaan pusat yang penting di bawah Jabatan Perdana Menteri. 1. Majlis Perancangan Negara 2. Majlis Keselamatan Negara 3. Majlis Pembangunan Negara 4. Jabatan Peguam Negara 5. Jabatan Audit Negara 6. Badan Pencegah Rasuah (BPR) 7. Jabatan Perpaduan Negara 8. Amanah Raya Berhad 9. Majlis Hal-ehwal Islam Kebangsaan
  • 7. 10. Biro Bantuan Guaman Majlis Perancangan Negara - Majlisyangsebelumini dikenali sebagai Majlis Ekonomi Negara - dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri kanan - Fungsi utama majlis ini adalah bagi :- 1. Menyiapkan program pembangunan ekonomi Negara 2. Menyelaras, meneliti dan melaksanakan projek ekonomi seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun 3. Majlis ini dibantu oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Unit Perancang Ekonomi (EPU) Majlis Pembangunan Negara - Majlis ini diketuai oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh sernua menteri cabinet Fungsi utama Majlis Pembangunan Negara adalah bagi: i. Meneliti laporan dan kemajuan agensi-agensi kerajaan seperti kementerian jabatan dan sebagainya ii. selaras projek pembangunan antara kerajaan pusat dan negeri. Penyelarasan ini dilakukan dengan bantuan: (a) Majlis Tindakan Negeri (b) Jawatankuasa Tindakan Daerah (c) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung Majlis Keselamatan Negara - dipengerusikan oleh Perdana Menteri - dianggotai menteri- menteri kanan - Fungsi utama Majlis Keselamatan Negara adalah bagi :-  Menyelaras, meneliti dan menyelesaikan isu-isu keselamatan Negara  Bekerjasama dengan agensi kerajaan peringkat negeri, iaitu Jawatakuasa Keselamatan Negeri dalam hal keselamatan Jabatan Peguam Negara - diketuai oleh Peguam Negara yang bertindak sebagai Penasihat ndang-undang pada peringkat negara. - Bidang kuasa Jabatan Peguam Negara adalah seperti berikut:  Mengkaji laporan siasatan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) seterusnya membuat pendakwaan jika bukti yang diberikan mempunyai asas yang kukuh  Mempunyai hak mendengar di mahkamah  Mempunyai budi bicara menjalankan, menangguh atau membatalkan sesuatu pendakwaan  Boleh bertindak sebagai Pendakwa Raya  Mewakili kerajaan dalam tuntutan sivil di mahkamah  Membantu pihak menteri atau kerajaan membuat draf rang undang-undang atau membuat pindaan perlembagaan. Fungsi Agensi Pusat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Fungsi JPA adalah bagi:  Merancang dan melaksana dasar pengambilan, kenaikan pangkat dan disiplin kakitangan kerajaan  Menggubal skim gaji, elaun dan pencen kakitangan awam  Berbincang dengan Bahagian Perbendaharaan bagi menyelesaikan isu kenaikan gaji, pemberian bonus dan insentif  Mentadbir Institut Tadbiran Negara (INTAN) dan menyediakan latihan untuk kakitangan awam. Unit Perancang Ekonomi (EPU) Unit ini adalah agensi pusat yang penting bagi merancang ekonomi negara. Fungsi utama EPU:-  Menyediakan rancangan pembangunan lima tahun  Menyelaras badan-badan kerajaan dan memastikan pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan  Mengkaji semula rancangan-rancangan lima tahun  Menasihati kerajaan dalam hal-ehwal ekonomi semasa dan antarabangsa EPU juga berperanan sebagai urus setia kepada: i. Majlis Perancang Negara ii. awatankuasa Perancang dan Pembangunan Negara iii. Jawatankuasa Pelaburan Antarabangsa iv. Unit Khas Penswastaan v. Panel Ekonomi vi. Rancangan Bantuan Teknikal Malaysia untuk negara-negara sedang membangun. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Unit Penyelarasan Pelaksanaan ditubuhkan bagi memastikan
  • 8. penyelarasan dan pelaksanaan segala rancangan pembangunan serta dasar-dasar kerajaan . Fungsi utama ICU:- a. Memastikan segala dasar ekonomi kerajaan, seperti Dasar Pembangunan Nasional b. Mencapai sasaran c. Mengawasi perjalanan agensi dan perbadanan awam, seperti PETRONAS, PERNAS, HICOM dan MISC d. laksana rancangan penyusunan semula masyarakat bagi menggalakkan penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian e. Menjadi urus setia kepada Majlis Pembangunan Negara. Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU) Unit Penyelidikan Sosioekonomi ditubuhkan bagi membuat penyelidikan terhadap program pembangunan kerajaan dan kesannya terhadap sosioekonomi masyarakat. Fungsi utama SERU:- a. Mengkaji implikasi rancangan pembangunan dan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan terhadap rakyat b. Mendapatkan maklumat serta membuat penyelidikan bagi membantu kerajaan c. Merancang program akan datang d. Membuat kajian khusus tentang kesan pembangunan luar bandar, perindustrian, pertanian dan urbanisasi. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) MAMPU adalah agensi pusat yang ditubuhkan secara khusus bagi memajukan sistem pengurusan dan pentadbiran badan-badan kerajaan. Fungsi utama MAMPU:- a. Meningkatkan kecekapan pengurusan pejabat kerajaan dan kakitangan kerajaan b. Memajukan pentadbiran awam, misalnya melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi c. Menyediakan khidmat nasihat dan konsultan bagi meningkatkan keupayaan mentadbir agensi-agensi kerajaan. KEMENTERIAN - Kementerian adalah badan pentadbiran tertinggi dalam sistem pentadbiran kerajaan persekutuan. - Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri,Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen - Kini terdapat 27 kementerian dan setiap satu kementerian dibantu oleh jabatan bahagian, agensi dan badan berkanun tersendiri. - Jumlah kementerian ini boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan negara. - Ketua pentadbir utama bagi sesebuah kementerian adalah Ketua Setiausaha (KSU) - Ketua pentadbir bagi Jabatan Perdana Menteri adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN) - KSN adalah ketua perkhidmatan awam peringkat persekutuan. - Kesemua ketua pentadbir JPM dan kementerian-kementerian adalah penjawat jawatan awam. Fungsi sesebuah kementerian:- a. Merancang dasar, mengawal dan menyelaras rancangan di bawah arahan menteri b. Mengawal pelaksanaan rancangan oleh agensi- agensi pelaksana c. terdapat beberapa jabatan yang membantu pelaksanaan fungsi-fungsi yang telah disebutkan. o Antara contoh jabatan penting dalam kementerian kerajaan persekutuan adalah seperti dalam Jadual 3.1 yang berikut. BADAN BERKANUN - pelaksanaan jentera kerajaan digerakkan oleh perbadanan- perbadanan awam - Perbadanan awam adalah badan atau agensi milik kerajaan yang ditubuhkan untuk matlamat spt membantu para petani, penternak, nelayan dan usahawan. - Matlamat bagi meningkatkan ekonomi dan kemajuan negara. - Semua perbadanan awam dikendalikan di bawah kerajaan Persekutuan,
  • 9. Kerajaan Negeri atau Kementerian yang khusus. Perbadanan awamsecara umumnya terbahagi kepada dua kategori, iaitu: a. Badan berkanu b. Badan tidak berkanun. Jadual 3.2 menyatakan contoh- contoh badan berkanun dan peranannya mengikut kementerian. Badan berkanun mempunyai ciri- ciri berikut:  Penubuhannya dibuat di bawah Akta Parlimen atau enakmen Negeri  Ia ditubuhkan untuk membantu sektor ekonomi tertentu tanpa perlu terikat kepada birokrasi  Segala program dan pendapatan atau belanjawan terletak di bawah seliaan agensi pusat  dkendalikan oleh Lembaga Pengarah dan diketuai oleh seorang Pengarah yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam  Ia dibenarkan mencari dana sendiri dan menubuhkan anak syarikat  Jadual 3.3: Badan-badan Berkanun di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Manakala, badan tidak berkanun mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat bagi tujuan kerajaan terlibat secara aktif dalam projek-projek tertentu 2. Objektif utamanya adalah bagi mencari keuntungan daripada perniagaan 3. Fungsi badan ini adalah sama seperti swasta kerana ia bebas merancang aktiviti, mendapatkan sumber kewangan serta membelanjakannya. Badan ini dikendalikan oleh satu Lembaga Pengarah yang dilantik oleh menteridan diketuai oleh seorang Pengurus Besar 4. Skim perkhidmatan anggota-anggotanya lebih bebas seperti swasta 5. Badan ini juga bebas menubuhkan anak syarikat sendiri. Sebagai contoh, berikut disenaraikan badan-badan tidak berkanun di bawah :- Kementerian Kewangan Malaysia. a. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Industri Malaysia Berhad dan Bank Islam Malaysia Berhad; berfungsi bagi menggalakkan tabungan dan memajukan sektor ekonomi b. Khazanah Nasional Holdings Berhad (Danaharta Berhad, Dana Modal Berhad); berfungsi membantu syarikat bermasalah ekoran kegawatan ekonomi. SURUHANJAYA Bagi memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dan sistematik, kerajaan membentuk pelbagai suruhanjaya o Suruhanjaya Tetap , o Suruhanjaya sementara - ahli-ahli suruhanjaya dilantik secara khas. Ahli-ahli suruhanjaya akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berunding dengan Majlis Raja- raja - Ahli-ahli politik (Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)) tidak boleh dilantik untuk menganggotai mana-mana suruhanjaya. - Ahli-ahli suruhanjaya hanya boleh dipecat melalui tribunal. - Saraan ahli-ahli suruhanjaya ditentukan oleh Parlimen daripada Kumpulan WangYang Disatukan. Antara suruhanjaya tetap di peringkat Persekutuan adalah:  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan  Suruhanjaya Pasukan Polis  Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang- undang  Majlis Angkatan Tentera khusus untuk anggota tentera.
  • 10. Suruhanjaya sementara pula adalah suruhanjaya khas dan bebas yang ditubuhkan bagi mengkaji atau menganalisis sesuatu isu semasa dan memberikan cadangan kepada kerajaan. Contoh Suruhanjaya Sementara adalah: 1. Suruhanjaya Gaji Aziz 2. Suruhanjaya Gaji Harun

×