59848873 latar-belakang-seni-catan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

59848873 latar-belakang-seni-catan

on

  • 2,295 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,295
Views on SlideShare
2,295
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
86
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    59848873 latar-belakang-seni-catan 59848873 latar-belakang-seni-catan Document Transcript

    • LATAR BELAKANG SENI CATANPada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapatlukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harianmereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corakyang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialahdarah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah.Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam.Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijaupula terdapat daripada tumbuh -tumbuhan. Begitu juga dengan zaman Neolitik hasilkarya mereka hampir serupa yang digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darahuntuk menghasilkan warna merah, Ma nganam oksid, jelaga lemak dan arang untukmendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untukdicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh -tumbuhan dan lemak haiwanboleh mendapatkan warna coklat dan jingga.Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh -tokoh pada masa ituseperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis -pelukisyang tersohor. Pada zaman itu, subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadipenting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agamaterus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti ´The Last Superµ dan imej´Madonna and Childµ merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zamanRenaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbag ai teknik dan teoridilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.DEFINISI CATANCatan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut(atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas ,kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis takrif ini digunakan terutamanya jika iamerupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbandingpenggunaan tulisan. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahanberwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviticatan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya padabentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.SEJARAH SENI CATAN DI MALAYSIA
    • Pada abad ke-20, muncul satu aliran baru dalam persembahan catan yangmempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrakdi Gua Niah, Sarawak terdapat catan gua yang mengandungi imej -imej perahu burung-burung helang dan figura -figura manusia. Imej-imej tersebut dapat ditafsirkan sebagaipercubaan menyuarakan pengalaman senimannya yang secara tidak rasmi bertugasmenjadi jurubicara masyarakatnya. Apa yang dilihat dan dirasa oleh pelukis, apabilaberhadapan alam sekitar telah dijadikan b ahan pengucapan tampakan yang berkesan.Hal benda yang dilukiskan sememangnya penting dalam hidup pelukis danmasyarakatnya. Perahu digunakan sebagai alat pengangkutan yang mustahak, burung -burung helang adalah binatang buruan dan manusia adalah sebagai ka wan yang mestidibantu serta boleh diharapkan. Imej yang dilukis mempunyai peranan dalam hidupmanusia. Melukis figura manusia dan burung -burung helang, si pelukis dapatmenguasainya kerana bentuk dan rupa manusia dan binatang sudah dapat diciptakembali. Imej-imej yang terlukis di dalam gua selalu dihormati dan ditakuti.Di Tambun Ipoh terdapat lakaran di lereng bukit. Hal benda yang terlukis ialah bentuk -bentuk figura manusia dan berbagai jenis binatang. Catan ini dilukis denganmenggunakan pigmen (sejenis bahan pewarna) jenis haematite (batu granit/ferumtridioksida) berwarna merah sepang (warna dari pokok teh) dan ijas(sejenis pokok danbuah dari negara arab). Figura -figura dilukis dengan kasar sehingga hasilnya tidakkelihatan begitu sensitif. Lukisan jenis-jenis binatang agak jelas seperti babi liar, rusa,badak tampung dan duyung. Untuk menunjukkan bahawa ada seekor rusa sedangbunting, si pelukis melakar bayi di dalam konfigurasi ibu yang membuncit. Figura yangsedang bergerak dengan memegang sejenis senjata dilakar dengan sebuah bulatanuntuk menyaran kepala satu garis untuk badan dan garis lain untuk kaki dan badan,matanya dua titik dan garis untuk hidung. Kadar banding antara kepala, tengkuk,badan dan kaki dalah munasabah. Binatang yang sedang be rgerak pantas hanya bolehdibuat jika pengalaman konsepsual dan visual digabungkan.Negara kita mewarisi catan-catan air daripada para pelukis amatur inggeris sepertiJames Wathen (1751-1828). Catan air (James Wathen) menggambarkan pandangandarat yang dibuatnya tatkala berada di Pulau Pinang. Rekod -rekod tampakan adalahpernyataan tentang sensitiviti orang asing terhadap permandangan tempatan. Pohondan lereng bukit memenuhi catan -catan air Wathen yang jelas dihasilkan oleh pencintaalam yang romantis. Warna yang digunakan adalah seolah -olah pohon tropika subur dinegeri-negeri yang bermusim bunga. Pada permulaan abad ke -20, aktiviti-aktivitimelukis di Malaysia menghasilkan karya catan air, menggunakan teknik barat dan
    • menggambarkan permandangan kampung d engan rumah melayu, kerbau, sawah dangunung.Kaedah melukis catan air diajar di sekolah -sekolah terutama sekolah beraliran inggerisdan cina. Nanyang Art Academy didirikan di Singapura pada 1936 oleh para senimanpendatang cina seperti Cheong Soo Pieng, Cheng Wen His dan Chuan Thean Teng.Mereka turut mengajar (kecuali Chuan Thean Teng) di akademi tersebut di dalam matapelajaran seperti lanskap cina, lakaran berus dan dakwat. Mereka memperkenalkanteknik-teknik impressionisme, post-impressionisme dan kiubisme. Setelah perang duniake-2, Yong Mun Sen dan Abdullah Ariff melanjutkan tradisi lukisan cat air dan menjualhasil karya kepada para pelancong pada guru -guru, pegawai kerajaan dan peladang -peladang inggeris. Tahun 1950 -an, Syed Ahmad Jamal dan Yeo Ji n Leng serta beberapaorang lain pulang ke tanah air sesudah menerima latihan di England. Merekamemperkenalkan aliran abstrak ekspressionisme kepada masyarakat tempatan melaluikarya mereka. Kumpulan Wednesday Art Group telah mengadakan perjumpaan tiap -tiap hari Rabu (dari pukul 6 petang hingga 8 malam) di bilik -bilik kosong di sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur, iaitu mencuba gaya ekspressionisme.Pada tahun 1954 tertubuhnya The Selangor Art Society yang menganjurkan agaranggotanya berjumpa untuk melu kis pada hari Khamis. Hoessein Enas bersama dengankawan-kawannya menubuhkan ´Angkatan Pelukis Semenanjungµ (APS) pada tahun 1967dengan cogan katanya ´seni untuk masyarakatµ dan menggunakan kaedah figuratif.Pada tahun 1960 -an, perkembangan seni catan Mal aysia mendapat perhatian daripadapemerintah dan tertubuhnya Specialist Training Institute di Cheras, Kuala Lumpur yangbertujuan untuk memberi kursus selama setahun kepada para guru yang kelak akanmengajar lukisan dan pertukangan tangan kepada murid.Inst itut Teknologi MARA telahmenubuhkan bahagian Kajian Seni Lukis dan Seni Reka yang memberi kursus -kursusdiploma selama empat tahun.Pada tahun 1968, Kuala Lumpur Nanyang Art Academy, di Pusat Pengajian IlmuKemanusiaan, Universiti Sains Malaysia pada tah un 1972, ditubuhkan Bahagian SeniHalus. Bahagian ini mengajar kursus ²kursus Arca, Catan, Grafik Cetakan, Fotografi danSejarah Seni. Pada 27 Ogos 1958, tertubuhlah Balai Seni Lukis Negara, merupakanlambang pengiktirafan kerajaan kepada kegiatan seni. Keg iatan Balai Seni Lukis Negarakian pesat berkembang terutama mengirimkam karya seniman tempatan untuk dipamerkan ke Eropah, New Zealand, Kanada, Brazil, India, Jepun dan negeri -negerilain. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930 -an. Pelukis yang terkenalialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
    • SENARAI TOKOH-TOKOH TERKENAL SENI CATAN TANAH AIRBerikut antara tokoh-tokoh catan yang terkenal di Malaysia; y Alex Ong Boon Hau y Choh Kiat Siong y Eston Tan Eok Sim y Fong Kim Sing y Jolly Koh y Katrin Förster y Khalil Ibrahim y Kim Chong y Hj Md Sani Md Dom y Mohd Hairi bin Yaakub y Tang Hon Yin y Dato Syed Ahmad Jamal y Yeong Seak Ling y Yuen Chee Ling y Chuah Siew Teng y Michael Tan y Abdul Multhalib Musa y Awang Damit Ahmad y Khairul Azmir Shoib y Mohd Bakir BaharomMEDIA DAN ALAT CATANMedia untuk menghasilkan catan boleh dibahagikan kepada jenis -jenis seperti yangberikut;i. Cat AirBahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Iabersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat airakan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis -lapis. Bahantara yang digunakan ialahair. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untukkarya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukanuntuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebardiperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.ii. Cat Poster
    • Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air danbersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untukberkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertasdaripada jenis ¶cartridge· yang tebal dan berper mukaan licin digunakan. Air yangbersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.iii. Cat TemperaBahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Iamengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk meng hasilkankarya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenislembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yangdiaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang -selikansupaya kesan warna rata dan licin.iv. Cat MinyakCat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan catminyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid,minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang diguna kan adalah jenis lembut dankeras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yangdiaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumblingatau teknik melembut.TEKNIK-TEKNIK CATANBerikut merupakan teknik-teknik yang terdapat dalam penghasilan catan antaranya;i. Teknik Basah Atas KeringCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untukmenghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai denganbeberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga bolehmenggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah keringbagi mendapatkan kesan lut sinar.Campuran WarnaCampuran warna yang hendak dig unakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair.Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.CaraWarna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis danditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan
    • kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di ataskertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.ii. Teknik Basah Atas BasahCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapu an warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Iamenghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi mediacat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkanwarna terdahulu yang masih lembap. Sapu an warna berikutnya adalah lebih tinggikandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnyanampak kotor.Campuran warnaCampuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik -baiknya iaharus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampakkurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.CaraKertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukanapabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripadamemadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akanmeninggalkan kesan kering berlegap.iii. Teknik Berus KeringCiri-ciriTeknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan k ertas.Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yangtelah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan keringberlegap.Campuran warnaGunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehe ndaki itu dahuludengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik -baiknya, asingkan warna yang telahdibancuh.CaraGunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna
    • disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan ker tas yang kering.Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagiantidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jikaingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sap ukanwarna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.iv. Teknik KecatanCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehinggacatan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Mel aluiteknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.Campuran warnaWarna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jikahendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.CaraAmbil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuranwarna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itukering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.PROFIL SYED AHMAD JAMALBeliau berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan pada 19 September 1929. Datuk SyedAhmad bin Syed Jamal mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah, JohorBharu dari tahun 1936 -1938 sebelum berpindah ke Sekolah Tambatan Tinggi, JohorBharu pada tahun 1939. Pada tahun 1940 beliau melan jutkan pelajaran ke Ngee HengEnglish School dan seterusnya ke Bukit Zahrah English School, Johor Bharu pada tahun1941. Dari tahun 1945 hingga tahun 1949 beliau melanjutkan pelajarannya ke MaktabSultan Abu Bakar (English College), Johor Bahru. Beliau mem ulakan pendidikantingginya di Birmingham School of Architecture dari tahun 1950 -1951 dankemudiaannya dari tahun 1951 -1955 beliau melanjutkan pelajarannya ke ChelseaSchool of Art, London. Pada tahun 1955 -1956 beliau meneruskan pengajian di Instituteof Education, University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni.Beliau juga melanjutkan pelajaran ke School of Art Institute of Chicago Illinois,Amerika Syarikat pada tahun 1963 -1964 dan pada tahun 1973 -1974 beliau melanjutkanpelajaran dalam bidang Sarjana di University of Hawaii dalam bidang sejarah seni.Beliau memulakan kariernya sebagai seorang guru di Sekolah Tinggi Batu Pahat, Johorpada tahun 1956 hingga 1957. Kemudian beliau ditugaskan di Institut Latihan Guru diCheras, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas di Kementerian Pendidikan di
    • Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran dan dilantik sebagai Pengarah PusatKebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1975 hingga 1983. Beliau juga pernahbertugas sebagai pensyarah di M alayan Teachers Training College, Kirkby, England daritahun 1958-1959.Datuk Syed Ahmad merupakan di antara tokoh yang memainkan peranan penting dalamperkembangan BSLN dan memegang jawatan Pengarah BSLN dari tahun 1983 sehinggatahun 1991. Beliau merupa kan seorang pelukis yang berbakat besar dan telahmenghasilkan karya-karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencintaseni sehinggalah ke hari ini. Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkanhasilhasil karya beliau untuk tatapan umum . Di antara tema pameran beliau ialah´Antara Langit & Bumiµ, ´Ruangµ dan ´On & Off King·s Roadµ.APRESIASI DAN KRITIKAN HASIL KERJA CATAN SYED AHMAD JAMALGunung Ledang, (1978), Cat Minyak.Dalam hasil kerja Syed Ahmad Jamal yang bertajuk Gunung Ledang pada tahun 1978beliau cuba menunjukkan seni rupa itu amat mementingkan kepada imbangan,contohnya rupa bentuk penuh bercorak akan diimbangi dengan suatu rupa bentuk yangtiada bercorak. Perkara kedua diutarakan oleh Syed Ahmad Jamal ialah seni rupaMelayu itu juga mengutamakan unsur penggenapan. lni bermakna jumlah setiaprekabentuk yang hadir dalam sesuatu hasil seni rupa seharusnya mempunyai jumlahyang genap.Melalui hasil kerja yang dihasilkan menunjukkan kesesuaian dalam pemilihan warnaberdasarkan sifat semulajadi material yang digunakan untuk membuat sesuatu produk.Beliau juga berpengaruh kepada seni Islam dalam seni rupa Melayu yang menyaksikanketidakhadiran figura tetapi digantikan oleh corak -corak tumbuhan dan motif geometriyang paling dominan dalam seni rupa Islam. Syed Ahmad Jamal merupakan peloporaliran ekspresionalisme. Beliau menggemari aliran ini kerana ia memberikankelangsungan dalam berkarya kerana fleksibiliti aliran ini membenarkan pemikiranditerjemahkan secara langsung menjadi ba han seni. Dalam karya Gunung Ledang ini,beliau menggunakan media cat minyak pada kanvas. Catan ini bersatu dari aspekwarna, ruang dan bentuk yang dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal.Unsur seni ruang digunakan bagi memperlihatkan objek yang berada pada bah agianbelakang dan hadapan. Dalam karya ini, gambaran gunung dihasilkan pada belakangcatan dengan menggunakan garisan nipis dan samar. Manakala ruang hadapan catanyang lebih dekat ialah bentuk tiga segi yang jelas dan terang dari segi penggunaanwarna. Selain daripada itu, elemen perspektif turut diaplikasi dalam hasil kerja ini.Unsur imbangan dan imejan segitiga menyerupai bentuk Ledang menjadi unsurdominan dalam karya Syed Ahmad Jamal. Bagi beliau, Gunung Ledang adalah sesuatuyang melambangkan tenaga dan kemakmuran. Jika dilihat kepada karya ini,penghasilan bentuk adalah lebih kepada rupa geometri iaitu segitiga yang disusun
    • secara tidak terancang dan juga secara berperingkat.Prinsip rekaan yang terdapat pada karya ini ialah elemen penegasan yang d apat dilihatpada bentuk segitiga yang terbesar yang mempunyai tujuh tahap. Tujuh tahap yangdimaksudkan dalam bentuk Gunung Ledang melambangkan kepercayaan yangmempercayai terdapatnya tujuh tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga.Warna hijau di bahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah langit.Warna garisan kekuningan di bahagian bawah melambangkan emas yang diminta olehPuteri Gunung Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran. Warna biru yanglebih lembut di bahagian atas menunjukkan kesyurgaan alam fana dan bentuk hijauseperti bendera adalah tempat bersemadi roh -roh mangsa nahas tersebut. Kesyurgaanitu juga menyebabkan bintang -bintang bertukar menjadi bentuk -bentuk segitiga.Bentuk-bentuk yang terdapat dalam hasil kary a tersebut tidak konsisten, di atasgunung itu terdapat cebisan atau bangkai kapal terbang yang berkecai di TanjungKupang setelah melintasi Gunung Ledang. Perkara yang menarik dalam Gunung Ledangialah perkembangan pemikiran dalam catan tersebut yang berm ula dari bawah ke atasberkaitan dengan kenaikan roh dari dunia ini. Catan ini semakin jelas apabila warnabiru dan hijau mendominasi catan, satu pilihan warna yang paling tepat untukmenunjukkan unsur duniawi dan syurga. Warna putih dan merah di bahagian tengahadalah serpihan dan darah dalam nahas itu.Beliau dapat melihat seni lukis sebagai satu bidang yang berautonomi tanpa ikatandengan sebarang naungan. Penggiat dalam bidang ini, iaitu pelukis pula mengganggapSyed Ahmad Jamal sebagai seorang individ u yang unik dan bebas. Manakala sesebuahkarya dilihatnya sebagai sesuatu yang memiliki kewujudan mistik dan maknatersendiri. Perkara ini terjadi kerana seni terhasil daripada khayalan dalaman.Khayalan ini berpusat dalam diri pelukis dan hanya akan dilua hkan atas rasa kerelaanserta mempunyai motif yang bersifat keindividuan. Syed Ahmad Jamal telah menggarisbeberapa perkara penting yang perlu dimiliki dan dinikmati oleh sebarang individuyang bergelar pelukis. Perkara-perkara tersebut boleh dianggap seba gai etika pelukisyang terdiri daripada pertama ialah kepentingan meluahkan perasaan tanpa batasan,kefahaman terhadap diri yang mendalam untuk menentukan tujuan, keaslian identitipengkaryaan bagi mengelakkan peniruan dan akhir sekali pengutamaan terhadapkebebasan. Dalam kariernya sebagai pelukis, catan Gunung Ledang menandakankemuncak Syed Ahmad Jamal. Pada tahap ini lukisannya amat bertenagamelambangkan keunggulan kaedah dan pemikiran yang didokongnya selama ini. dapatbersua dengan perasaan pelukis.Beberapa pendapat dan pengkritik seni menyatakan bahawa bentuk segitiga yangmemonopoli lukisannya sesudah tahun tersebut adalah manifestasi Gunung Kailasa,sebuah tanah tinggi keramat dalam kepercayaan agama Hindu. Namun, berdasarkanpenemuan penting itu yang disentuh tadi dapat dikatakan bahawa prinsip serta konseptersebutlah yang mempengaruhi cara Syed Ahmad Jamal berkarya sesudah tahun 1978.Oleh itu, besar kemungkinan bentuk segitiga itu adalah motif pucuk rebung yang
    • begitu banyak dalam rekabentuk t radisional masyarakat Melayu. lni turutdiperkukuhkan lagi dengan ulasan beliau terhadap motif tadi dalam bukunya Rupa danJiwa (1992) yang menganggap pucuk rebung sebagai simbol hikmat kesuburan, suatuulasan yang bersesuaian dengan kenyataannya mengenai Gunung Ledang.Beliau seterusnya menyatakan bahawa motif segitiga tersebut menyerupai pohonhayat dan bunga semangat sebagai manifestasi alam semulajadi. Fungsi imejansegitiga diperluaskannya pada tahun 1980 -an yang turut menyaksikan karya beliaumemperkatakan isu-isu sosial dan politik, misalnya Palestine (1983). Warna yangmenjadi kegemaran beliau dalam berkarya mulai jelas pada tahun -tahun ini. Warnahijau dan biru amat disukainya kerana sifat hijau yang melambangkan bumi ataurealiti manakala biru bererti langit atau fantasi. Penerokaan atau campurtangan beliaudalam masalah masyarakat menunjukkan Syed Ahmad Jamal mula cubamengungkapkan isu sosial dalam catannya.Penghujung tahun 1970an membuka dimensi baru dalam bidang seni lukis Syed AhmadJamal. Wajah Ledang yang selama ini tidak menarik minat tiba -tiba berakrab dengannaluri seninya. lni terjadi setelah berlaku insiden nahas udara di Tanjung Kupang yangturut mengorbankan seorang rakan karibnya. Kapal terbang yang dirampas itu berlegarmelintasi Gunung Ledang dahulu sebelum ia menjunam dan meletup di TanjungKupang. Keadaan ini menyebabkan gunung itu terasa mempunyai pertalian yang cukuperat dengan Tanjung Kupang dan dirinya sehinggalah perhubungan ini dimitoskandalam catan Gunung Ledang (197 8). Karya tersebut merupakan satu olahan yangmenggabungkan mitos gunung terebut dengan tragedi udara itu. Gunung Ledang dandongengnya dilihat sebagai suatu entiti yang akan terus hidup manakala manusia tetapakan menyahut panggilan ilahi. Gunung Ledang, seperti yang telah dinyatakan,mempertemukan dongeng gunung dengan tragedi udara tersebut. Kemistikan amatdiutamakan dalam menginterpretasi catan itu.Langit dan Bumi I, (1998), Arkalik, 203sm x 274.5smDalam hasil karya yang bertajuk ´Langit dan Bumi I µ, Syed Ahmad Jamal cubamemberikan apresiasi karya yang dikira sarat dengan subjek rujukan, bentuk danisinya. Karya beliau yang bertajuk Bumi dan Langit I telah dihasilkan pada tahun 1998mengunakan akrilik di atas kanvas berukuran 203sm x 274.5sm. Karya ini menggunakansubjek alam tabii atau alam semulajadi sebagai teras pengkaryaannya. Melihat padaformat kanvas dari bawah ke atas didapati karya beliau ini terbahagi kepada empatbahagian.Bahagian pertama di bawahnya terdiri daripada lapisan bumi, baha gian kedua pulaterdiri daripada tumbuh -tumbuhan dan bukit-bukau. Pada bahagian ketiga terdiridaripada awan, jalur cahaya dan hujan. Seterusnya pada bahagian keempat di atasnyaterdiri daripada langit dan bintang -bintang. Beliau mengukuhkan struktur karya nyadengan kombinasi garisan, rupa, bentuk, dan jalinan. Sementara komposisi karyanyadiseimbangkan, dikontrakan, diulang -ulangkan, ditegangkan, dan diharmonikan.
    • Sapuan garisan yang pantas amat ketara sekali pada bahagian kedua karya iaituterutamanya dalam menghasilkan imej tumbuh-tumbuhan. Cadangan tumbuhan sepertilalang ataupun di kawasan padang dihasilkan secara sapuan pantas dengan dominasigarisan condong µdiagonal lineµ. Garisan condong yang diulang secara ketara dapatdilihat pada sebelah kiri kar ya. Bagaimanapun, garisan cembung µcurve lineµdikontraskan terutamanya bahagian di antara langit dengan bumi iaitu pada bahagianberwarna ungu gelap. Garisan cembung juga amat ketara digunakan pada bahagianawan. Garisan melintang µhorizontal lineµ pula d ibentuk melalui tanah yang berlapis -lapis di bahagian pertama ataupun bawah karya. Garisan melintang juga agak jelaspada bahagian kiri permukaan langit dan bumi dalam karya tersebut.Terdapat pelbagai jenis karektor garisan; ada garisan perlahan, sederha na, pantas dantegas. Gabungan daripada berbagai -bagai jenis garisan tersebut lalu membentukbeberapa jenis jalinan µtextureµ, memperkayakan lagi karya beliau. Secarakeseluruhannya beliau menggunakan jalinan mujarad µabstract textureµ. Penggunaanrupa yang agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau bawah karya iaiturupa merah pada tanah yang berlapis -lapis. Dari aspek elemen ruang pula, Syed AhmadJamal menggunakan ¶ruang mendatar· dan ¶ruang cetek·. Secara keseluruhannya karyabeliau mendominas ikan ruang cetek. Sementara ruang mendatar pula dapat dilihatsedikit sahaja terutamanya pada bahagian pertama atau bawah karya iaitu lapisantanah yang berwarna merah. Syed Ahmad Jamal menggunakan ¶warna panas· ke¶warna sejuk· dalam pengolahan karyanya i ni. Warna merah (warna panas) padabahagian pertama atau bawah karya. Diikuti dengan warna kuning (warna panas)memenuhi sebahagian kawasan bumi. Warna biru muda (warna sejuk) di bahagianketiga iaitu kawasan awan dan akhirnya warna biru tua (warna sejuk) di bahagianlangit dan bintang-bintang. Untuk membentuk ¶keharmonian· dari segi warna, warna -warna panas tersebut diulang -ulangkan pada bahagian warna sejuk. Ini dapat dilihatterutamanya pada bentuk awan dan juga bintang -bintang.Format kanvas empat segi tepat digunakan dengan memberi penekanan kepada·kesinambungan tidak sama ukur· µassymetrical balanceµ. Namun begitu, beliau jugamenggabungkan ¶keseimbangan kristal grafik· µcrystal graphic balanceµ ataupun·pandangan saujana· dalam istilah kesenian Isla m µinfinite patterningµ di dalamkaryanya. Keseimbangan tak sama ukur dapat dilihat dengan perletakan imej yangtidak sekata. Malah warna merah yang sedikit dikontraskan dengan warna biru yangdominan juga menimbulkan implikasi keseimbangan tidak sama ukur . Sebaliknya imejdan bentuk seakan-akan lalang, tanah, gunung, hujan, awan dan bintang -bintang pulamembentuk struktur karya ini kepada titik fokus mencapah (keseimbangan kristalgrafik) ataupun tidak memusat. Titik fokus mencapah tersebut selari denganpandangan saujana dalam kesenian Islam. Keseluruhan format karya ini menggunakan¶rentak tidak senada· µrandom rhythmµ kecuali pada bahagian tepi sebelah kiri, diantara langit dengan bumi. Di bahagian tepi sebelah kiri ini ¶rentak tersusun· µregularrhythmµ pula digunakan terutamanya pada bahagian yang digambarkan seperti hujan.Gabungan elemen dan prinsip seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan
    • yang cukup mantap. Penyatuan elemen -elemen dengan komposisi serta pandangansaujana antaranya meni mbulkan keanekaan di dalam kepelbagaian. Kesatuan dankeanekaan di dalam kepelbagaian itu telah membentuk karya beliau sebagai karyayang kaya, sarat bahkan berisi nilai -nilai falsafah dan budaya. Falsafah dan budayayang mencerminkan pemikirannya, masyarakatnya dan budayanya akan menjadi satukhazanah peradaban yang tidak ternilai harganya. Dari aspek falsafah teras utamayang ditunjangi oleh beliau adalah tauhid. Ini dapat dilihat pada permulaan katalogpameran antara langit dan bumi (Muliyadi, 2000).Melalui abstraksi dan penggaya-gayaan beliau menapis alam tabii yang bersifatsemulajadi tersebut kepada satu intipati yang bersifat dalaman. Secara tidak langsungpenggunaan perspektif biomorfik dan ruang mendatar dan cetek tersebut telahmenolak ciri-ciri semulajadi yang mendominasikan catan -catan Barat terutamanyapada zaman Renaisan dan Realisme atau pun apa yang dikenali oleh Pak Mail sebagaiciri-ciri seni simbolis dan seni memesis. Penolakan ciri -ciri luaran (semulajadi) yangbersifat sementara dengan penarikan atau memasukkan ciri-ciri dalaman (kerohanian)yang bersifat kekal, membuatkan karya-karya beliau mempunyai ciri-ciri ketauhidan.Dalam pengolahan karyanya, beliau tidak merakamkan situasi sesuatu lanskap, malahSyed Ahmad Jamal menghimpunkan pel bagai situasi di dalam sesuatu format. Terdapatsituasi malam, dingin, sejuk, panas, siang, petang dan senja umpamanya. Situasi yangberlainan disatukan ke dalam sebuah karya lalu membentuk apa yang dikatakan olehMuliyadi (2000) sebagai ´Antara langit dan bumi, ia bukanlah suatu interpretasilangsung tentang alam semulajadi, sejarah ataupun sesuatu peristiwa, sebaliknyamerupakan garapan idea, minda, dan cetusan hati tentang segala bentuk peristiwa dankejadian di antara kedua -dua ruang; langit dan bumi.µUnsur kepelbagaian garisan, jalinan, rupa dan bentuk yang digunakan oleh Syed AhmadJamal juga bercorak ¶islami·. Sungguhpun karya beliau menggunakan nadaekspresionis, namun beliau telah membentuk kesan -kesan sapuan berusnya menjadikesan yang terkawal. Bahkan penggunaan sapuan berus dengan diselangselikan danditindani dengan kesan warna sembur, menjadikan karyanya lebih terkawal. Pendekkata beliau menggunakan ciri -ciri ekspresi Melayu yang bertunjangkan kesenian Islam.Sapuan ekspresi tetapi terkawal s eolah-olah seperti pantun ataupun bentuk kiasanMelayu umpamanya ´pukul anak sindir menantu.µ Konsep seperti kiasan ataupunpantun tersebut dapat diperkukuhkan lagi dengan pendapat Muliyadi (2000) yangmengatakan, ´beliau meletakkan keindahan sebagai teras kreativitinya. Baginya karyaseni seperti catan perlulah indah, sekalipun membawa mesej atau penceritaan yangberat maupun menyedihkan.µMelihat dari aspek format bawah ke atas juga, didapati penggunaan tanah dengancadangan berlapisan dapat menegaskan l agi sifat geografik bumi yang berlapis-lapis.Tumbuh-tumbuhan, padang dan bukit diambil secara saripati, dipersembahkan secaraabstrak mengingatkan kita tentang tanda-tanda kebesaran Allah melalui penciptaanalam tabii. Bentuk seakan -akan awan yang dihasilkan dengan penuh tenaga bagaikanjantung alam semesta ataupun seperti guruh berdentum dengan memancarkan seperti
    • jaluran kilat lalu membentuk kesan hujan (garisan diagonal). Begitu juga denganfenomena bintang bertaburan dan langit yang berlapis -lapis, menandakan rakamanalam dalaman yang menyanjungi ciptaan tuhan. Melihat dari sudut warna pula,penggunaan warna panas ke sejuk juga dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenaktentang kehebatan alam tabii ciptaan tuhan. Warna merah seperti fenomena senja,kuning seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapanseperti malam, mencerminkan ketelitian dan kehalusan beliau membentuk format·Bumi dan Langit I·. Menghubungkan elemen warna melalui komposisi catan dari ataske bawah pula didapati warna gelap (malam) mewakili warna waktu isyak, warna birumuda (fajar) mewakili waktu subuh, seterusnya warna hijau (siang) mewakili waktuzohor dan kuning (petang) mewakili waktu asar, dan akhirnya warna merah (senja)mewakili waktu maghrib. Kelima-lima masa dan waktu yang berperingkat-peringkat iniselain menjadi nadi penting kehidupan orang Islam, juga mencerminkan pergerakanmasa mengikut kosmologi atau pun sunatullah.Karya ·Bumi dan Langit I· amat berjaya sama ada dari segi bentuk, komposis i danisinya. Penggabungan pelbagai budaya keilmuan berstrukturkan format kesenianMelayu-Islam meletakkan karya beliau ke hadapan, malah merentasi masa. Beliautidak berkarya secara membuta tuli seperti sesetengah pelukis muda, bahkan beliaumerupakan pengkaji dan penyelidik budaya. Dengan demikian karya -karya yangdigarapnya adalah tulen dan segar. Kekuatan ilmu dan saripati budaya Melayu -Islamyang menjadi teras cara hidupnya amat terserlah sehinggakan memantulkan keindahandalaman melalui tanda visual p ada karyanya. Syed Ahmad Jamal bukan sahajamenggunakan tunjang budaya Melyu -Islam sebagai struktur karyanya, bahkan mana -mana ilmu daripada tamadun Barat maupun Timur yang baik dan bersesuaiandigarapnya menjadi wadah pemikirannya. Suatu perkara yang pent ing, beliau melaluikaryanya itu telah melompat dari unsur -unsur konversi kesenian Islam yang lampau.Beliau berjaya membina fragmen masa baru yang menunjukkan penggabungan formatkesenian Islam. Format kesenian Islam termasuklah seperti pengulangan, panda ngansaujana, kerumitan, dinamik, gabungan berurutan dan meditatif dan seumpamanya.Kecekapan beliau mencernakan tunjang kesenian Islam dengan gabungan prinsip seniBarat seperti ulangan, harmoni, keseimbangan dan kontras umpamanya membentuksuatu struktur baru dan teguh.