0
T   A   J   U    K    SLIDE SHOW
SIRAH TINGKATAN 1 Riwayat Hidup: Ummul Mukminin Saidatina Siti Khadijah Binti Khuwailid
Khadijah    binti   Khuwailid   (Bahasa Arab:                     M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Kh...
Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi  Muhammad        s.a.w.     bernikah    dengan  Khadijah, umur Khadijah berusi...
   Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad    s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana    kesemua isterinya yang dimadukan...
Ummul MukmininSaidatina Siti Khadijah   Binti Khuwailid
   Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan    hari ini, kita dapat lihat bahawa wanita-wanita juga    seiring deng...
•   Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan    bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan.•   Tetapi apa ya...
Dengan ini, saya ingin mengajak kita    semua, tidak kira kaum lelaki dan    kaum wanita untuk sama-sama    menyelusuri ki...
"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang       beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya  ...
Saidatina Khadijah RA merupakanwanita pertama beriman kepadaAllah dan Rasul-Nya.   Beliau banyak membantu dan memperteguh...
Adakah ramai wanita-wanita yang bergelaristeri di luar sana mencontohi sebagaimanaperibadi Ummul Mukminin ini?
Sanggup bersusah-payah bersamasuami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di   luar sana, yang bakal...
Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW atas    pemergiannya, Rasulullah SAWmenjawab, "Ya!...
   Buat wanita-wanita yang membaca dan    berkongsi pandangan bersama, Apakah ada    wanita lain yang dapat menyambut    ...
Persoalannya, dapatkah kitajika sebagai suami dan isteriberlaku demikian untuk diri  dan tugas masing-masing?
   Khadijah berusaha menabahkan hati suami    yang ditaatinya dengan berkata, " Wahai    kekanda, demi Allah, Tuhan tidak...
Kesetiaan yangmendorongkegigihan
Mari kita teliti, fahami serta hayati  beberapa gambaran kesetiaan  Khadijah yang telah membinakekuatan pada diri dan kehi...
   Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah    SAW, Khadijah begitu setia menyertai    baginda dalam setiap peristiwa suka d...
   Apabila suaminya mengadu kesusahan serta    berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba    sedaya mungkin mententeram da...
   Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar    kecintaan kepada suami, sebaliknya yang    jelas adalah berlandaskan keyakinan ...
Firman Allah yang   bermaksud:                    "Barang siapa yang mengerjakan amalan                    saleh, baik lel...
   Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan    Khadijah bukan sekadar menghasilkan    kekuatan yang mendorong kegigih...
Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang    kamu hajatkan sebagai pasangan   hidup, tulang belakang (pendokong)hidupmu dan p...
Wahai wanita, suami yang bagaimanakahperibadinya yang kamu inginkan sebagai     ketua,pembimbing dirimu dan             ke...
Wahai ummah, wanita yang bagaimanakahkita lihat pada hari ini, yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja d...
Moga-moga renungan ini sedikit  sebanyak membuka mata buatkaum Hawa dan kaum Adam yang         membacanya.          Agar s...
SUMBANGAN PADA ISLAM   MENDERMAKAN SEMUA HARTANYA   SENTIASA DI SISI NABI SEMASA SAAT SUSAH    DAN SENANG   SENTIASA ME...
SUMBANGAN SEBAGAI ISTERI   MENENANGKAN NABI KETIKA BARU    MENERIMA WAHYU   ORANG PERTAMA MEMELUK AGAMA ISLAM   MENGORB...
S       K          A                       N    E         I        TERIMA KASIH
SLIDESHOW PEND. AGAMA ISLAM TINGKATAN 1BY: MOHD AZIZI B.ABDULAZISKELAS: 1 HAMBALIGURU M/P:USTZH.MERIYUSNITABINTI RAJABSUMB...
Siti khadijah
Siti khadijah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Siti khadijah

5,849

Published on

just 4 share....

Published in: News & Politics
1 Comment
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
5,849
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
175
Comments
1
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Siti khadijah"

  1. 1. T A J U K SLIDE SHOW
  2. 2. SIRAH TINGKATAN 1 Riwayat Hidup: Ummul Mukminin Saidatina Siti Khadijah Binti Khuwailid
  3. 3. Khadijah binti Khuwailid (Bahasa Arab: M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak kepada Khuwaylid ibn Asad dan Fatimah binti Zaidah dan termasuk dalam suku Banu Hashim. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.
  4. 4. Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum "bithah" dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.
  5. 5.  Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya. Mas kahwin daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 "bakrah" dan upacara perkahwinan diadakan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid kerana bapanya telah meninggal.
  6. 6. Ummul MukmininSaidatina Siti Khadijah Binti Khuwailid
  7. 7.  Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan hari ini, kita dapat lihat bahawa wanita-wanita juga seiring dengan kebangkitan kemajuan pada hari ini. Akan tetapi, kita dapat lihat juga segelintir dalam kalangan wanita-wanita yang menjadikan diri mereka ini sebagai fitnah yang besar, terutamanya kepada agama mereka sendiri.Rasulullah SAW bersabda; “Berhati-hatilah kalian daripada godaan "Tidak aku tinggalkan dunia, dan waspadailah fitnah yang lebih berbahaya terhadap wanita, sebab bagi seorang lelaki daripada fitnah pertama yang (fitnah) wanita." - Hadis menimpa Bani Israil Riwayat Bukhari adalah fitnah wanita" - Hadis Riwayat Muslim
  8. 8. • Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan.• Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.• Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.• Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.
  9. 9. Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki. Siapakah wanita itu? Semestinya dialah Saidatina Khadijah RA. Isteri tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad SAW. Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan kisah wanita ini? Kerana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka untuk dicontohi.
  10. 10. "Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan." Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah Khuwailid RA.
  11. 11. Saidatina Khadijah RA merupakanwanita pertama beriman kepadaAllah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.
  12. 12. Adakah ramai wanita-wanita yang bergelaristeri di luar sana mencontohi sebagaimanaperibadi Ummul Mukminin ini?
  13. 13. Sanggup bersusah-payah bersamasuami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini?
  14. 14. Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAWmenjawab, "Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."
  15. 15.  Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama, Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya.
  16. 16. Persoalannya, dapatkah kitajika sebagai suami dan isteriberlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing?
  17. 17.  Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, " Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah." Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.
  18. 18. Kesetiaan yangmendorongkegigihan
  19. 19. Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membinakekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.
  20. 20.  Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang.
  21. 21.  Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar- benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.
  22. 22.  Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.
  23. 23. Firman Allah yang bermaksud: "Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." - An-Nahl: 97
  24. 24.  Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak- anak yang soleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.
  25. 25. Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai pasangan hidup, tulang belakang (pendokong)hidupmu dan pembimbing anak-anakmu?
  26. 26. Wahai wanita, suami yang bagaimanakahperibadinya yang kamu inginkan sebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu?
  27. 27. Wahai ummah, wanita yang bagaimanakahkita lihat pada hari ini, yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan puji?
  28. 28. Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buatkaum Hawa dan kaum Adam yang membacanya. Agar sebagai persediaan buat hari-hari seterusnya.
  29. 29. SUMBANGAN PADA ISLAM MENDERMAKAN SEMUA HARTANYA SENTIASA DI SISI NABI SEMASA SAAT SUSAH DAN SENANG SENTIASA MEMBERI DORONGAN KEPADA NABI DALAM DAKWAH TIDAK PERNAH MERASA JEMU WALAU SELALU DITINGGALKAN SUAMI YANG BERDAKWAH
  30. 30. SUMBANGAN SEBAGAI ISTERI MENENANGKAN NABI KETIKA BARU MENERIMA WAHYU ORANG PERTAMA MEMELUK AGAMA ISLAM MENGORBANKAN HARTANYA UNTUK PERJUANGAN ISLAM ISTERI YANG SETIA,JUJUR DAN TABAH
  31. 31. S K A N E I TERIMA KASIH
  32. 32. SLIDESHOW PEND. AGAMA ISLAM TINGKATAN 1BY: MOHD AZIZI B.ABDULAZISKELAS: 1 HAMBALIGURU M/P:USTZH.MERIYUSNITABINTI RAJABSUMBER: ILUVISLAM.COMFOLLOW ME@:FACEBOOK( MOHD AZIZI KURENAI )@:TWITTER( WATARUKURENAI90 )
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×