Ucapan Kppm 2009 Majalah

  • 3,511 views
Uploaded on

 

More in: Sports , Technology
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
3,511
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
69
Comments
0
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak sekolah atas penerbitan Majalah Sekolah tahun 2009 ini. Saya percaya penerbitan majalah ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua warga sekolah terhadap kejayaan sekolah. Pendidikan yang berkualiti menjamin masa depan yang lebih cerah. Dalam mengharungi cabaran abad ke-21 yang semakin hari semakin kompleks dan mencabar para pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang relevan dengan tuntutan semasa dan masa akan datang. Antara kemahiran tersebut ialah penguasaan bahasa kedua, kemahiran ICT, kemahiran berfikir, dan kemahiran-kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Kementerian Pelajaran mengambil pendekatan menyeluruh dan bersepadu terhadap pendidikan. Keseimbangan ini dijuruskan kepada pembangunan modal insan yang bersepadu dari segi pembangunan jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang tinggi akhlaknya, menguasai ilmu dan kemahiran, memiliki keterampilan, dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, pemupukan semangat patriotik dan jati diri adalah faktor gandingan yang penting. Perkara ini hendaklah diterjemahkan dalam bentuk amalan perpaduan dan integrasi nasional yang baik. Pelajar hendaklah berasa bangga dengan pencapaian-pencapaian negara dan mereka hendaklah meyakini bahawa mereka turut berupaya untuk menyumbang kepada kemajuan negara pada suatu hari nanti. Sehubungan itu, saya menyeru agar pihak sekolah akan terus mengambil langkah aktif dan proaktif untuk mendedahkan pelajar kepada pengalaman- pengalaman pembelajaran yang berkesan dan dapat memupuk mereka menjadi warganegara yang patriotik, berfikiran progresif, maju dan prihatin. SELAMAT MAJU JAYA DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia