• Like
Assignment hubungan etnik (13 mei)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Assignment hubungan etnik (13 mei)

  • 3,013 views
Uploaded on

Sesiapa yang kena buat assignment untuk subjek hubungan etnik dekat Universiti....ini salah satu assignment

Sesiapa yang kena buat assignment untuk subjek hubungan etnik dekat Universiti....ini salah satu assignment

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
3,013
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
94
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PERISTIWA 13 MEI SEBELUM DAN SELEPAS MOHAMAD AZIM BIN MOHD ADAM AHMAD SHAFIQ SHAMSUDDIN BIN JUMAAT KEJURUTERAAN MEKANIKAL/SEKSYEN 17/1 DDJ EN.RASHEED MOHAMMED KUTTY
  • 2. 2 PENGHARGAAN Dalam usaha menyediakan projek penyelidikan ini, saya ingin berterima kasih kepada En.Rasheed Mohammed Kutty sebagai penyelia yang telah banyak memberi bimbingan dan idea kepada kami terutamanya dalam bidang sejarah serta perancangan. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang sama-sama mengusahakan projek penyelidikan khususnya kepada saudara Ahmad Syafiq Shamsudin bin Jumaat kerana telah memberi beberapa maklumat mengenai rusuhan 13 Mei dan mencari sumber maklumat.Akhir sekali, saya dan saudara Ahmad Syafiq ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang dikasihi. PENDAHULUAN Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan keunikannya terserlah dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman sentosa. Di nagara kita, hubungan kaum dapat dilihat dari segi hubungan-hubungan yang berbentuk konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan konflik antara kaum di Malaysia banyak digambarkan melalui peristiwa 13 Mei 1969. Merujuk kepada hubungan persaingan pula ia dapat digambarkan menerusi persaingan dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dan kebudayaan. Sementara itu, hubungan kerjasama biasanya melibatkan kerjasama atau pakatan dalam bidang politik. Sejarah hubungan kaum di Malaysia bermula di sekitar abad ke enam belas lagi, semasa kerajaan Melayu Melaka. Ramai golongan pedagang Cina, India, Jawa mahupun Arab yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hubungan kaum yang wujudnya interaksi yang amat terhad atas dasar kepentingan ekonomi sahaja.Namun begitu, kehadiran kuasa-kusa barat khususnya Inggeris telah membawa kepada lahirnya tahap baru yang dikenali sebagai tahap kontak luaran yang didasari oleh adanya pergantungan untuk kepentingan hidup terutamanya dari aspek pengkhususan dalam ekonomi. Manakala tahap kompromi berkembang menjelang kemerdekaan negara apabila kaum yang berbeza menyedari kepentingan bersama, lalu mewujudkan kompromi demi untuk menjaga kepentingan bersama. Tahap ini biasanya melibatkan kompromi politik dan ekonomi. Tahap perpaduan berlaku apabila kaum-kaum di Malaysia yang hidup berkompromi mula hidup bersatu dan mempunyai kecenderungan yang sama mula mempelbagaikan kerjasama dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Namun
  • 3. 3 begitu, di peringkat ini kerjasama yang wujud masih bersifat luaran sahaja. Kerjasama antara kaum-kaum lama-kelamaan mewujudkan perasaan „kekitaan‟ dan hubungan antara kaum bukan hanya didasarkan kepentingan tetapi juga rasa tanggungjawab. SITUASI SEBELUM PILIHAN RAYA 1969 Versi rasmi 13 Mei 1969 dimulakan dengan pertengkaran perkauman yang mencapai satu kemuncak yang tidak pernah berlaku sebelum itu pada tahun 1960an.Perkembangan pasca- Merdeka telah mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja dan petani begitu juga dengan sesetengah golongan kelas menengah bukan melayu.Perangkaan tentang pembahagian pendapatan menunjukkan keadaan pekerja dan petani semakin merosot,antaranya termasuk kemerosotan mutlak pendapatan keluarga sebenar (sumber dari Laporan Ekonomi Perbendaharaan 1974).Lebih-lebih lagi pekerja dan kelas menengah bukan melayu bersungut kerana dasar bumiputra kerajaan yang bersifat diskriminasi, bukan sahaja dalam bidang pekerjaan malah juga dalam pendidikan,biasiswa dan pemberian lesen.Oleh itu sepanjang masa lima minggu kempen Pilihan Raya Negeri dan Persekutuan 1969 adalah jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Perikatan tidak menumpukan perhatian terhadap perasaan kecewa dan prasangka yang telah sekian lama terpendam di kalangan orang-orang bukan melayu sejak beberapa tahun lalu.Persoalan-persoalan yang terpendam itu adalah tentang hak istimewa orang melayu, kedudukan istemewa orang melayu berhubung dengan pekerjaan,kuota 4:1 yang dinikmati oleh orang melayu dalam jawatan-jawatan perkhidmatan awam dan usaha-usaha yang dianggap dilakukan secara halus untuk memperseimbangkan kedudukan orang-orang melayu dengan cina dalam lapangan perdagangan dan perusahaan. “Telah diperkatakan bahawa penduduk-penduduk Kuala Lumpur yang terdiri daripada orang- orang Cina dan Melayu telah diperintah selama 15 tahun oleh Perikatan berasa bahawa mereka itu tertindas”(Goh Cheng Teik, The May 13th Incident and Democracy in Malaysia, halaman 24). Pertikaian antara kaum seolah-olah hamper tidak dapat dielakkan disebabkan oleh penghinaan kaum yang dilakukan secara sewenang-wenangnya dan tanpa perasaan bertanggungjawab oleh parti pembangkang dan Perikatan. Mengikut seorang pemerhati, “Undang-undang yang tidak bersurat tentang soal-soal perkauman telah dilanggar oleh parti Perikatan dan pembangkang.Mereka telah melibatkan diri dengan perkara-perkara itu” (Dipetik oleh N.J Funston, Malay Politics in Malaysia:A Study of UMNO and PAS, 1980, halaman 208).Emosi orang-orang Cina dan Melayu telah hamper meletus.Sungguhpun kempen itu berjalan tanpa sebarang kejadian buruk tetapi perasaan tegang telah mulai ketara apabila hari mengundi (10 Mei) hampir.Pucuk pimpinan
  • 4. 4 Perikatan tidak mempunyai sebarang formula baru untuk berjuang dalam pilihan raya itu menentang ancaman yang dibuat oleh Parti Pembangkang yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan Parti Progresif Rakyat (PPP).Manifesto pilihan raya Perikatan lebih merupakan penyatuan kerajaan.Sungguhpun manifesto itu tegas,berpatutan tetapi penyata itu tidak banyak mengandungi pengertian yang besar.Manifesto itu member ringkasan tentang kejayaan Perikatan dalam masa beberapa tahun ia berkuasa,dengan menumpukan perhatian terhadap kemajuan ekonomi,pertahanan,keselamatan,hal ehwal luar dan perpaduan kaum. Mengenai perhubungan Melayu-Cina pula, bahagian yang amat penting itu adalah merupakan perkara yang akhir sekali dinyatakan.Manifesto itu menyatakan bahawa “suasana keadaan sejarah telah merenggangkan hubungan antara kaum dan memisahkan mereka dari segi ekonomi.Kebanyakan penduduk luar bandar adalah orang-orang Melayu dan mereka menjalani hidup dengan cara ekonomi secukup hidup sahaja dan disebabkan oleh kita memberi mereka itu keutamaan yang sepatutnya kita dituduh mengamalkan perbezaan kaum”.Adalah disahkan bahawa kedudukan orang-orang yang tidak berada (orang-orang Melayu) mestilah disamaratakan dengan taraf ekonomi orang Cina, sungguhpun dasar ini tidak bertujuan untuk merampas hak sesiapa pun untuk maju ke depan.Manifesto itu telah menuntut bahawa tiada sebuah parti pembangkang pun yang telah membuktikan kebolehannya untuk memenuhi keperluan masyarakat majmuk Malaysia.Jika bukan Perikatan yang memerintah,proses perpecahan kaum dan malapetaka yang tidak dapat dibayangkan akan berlaku.(R.K Vasil, The Malaysian General Election of 1969, 1972, halaman 56- 59).Perikatan member tekanan yang berat dalam mengekalkan hak keistimewaan orang-orang Melayu dalam kempen pilihan raya.Dalam siaran Radio Malaysia pada 9 Mei, Tunku sekali lagi telah menegaskan tentang pembahagian kuasa antara orang-orang Melayu dan Cina. “Orang-orang Melayu memperolehi kuasa politik dan orang-orang Cina dan India mendapat kuasa ekonomi”. Dengan adanya baik sangka dan persefahaman antara kedua belah pihak itu akan Berjaya mewujudkan keamanan dan keharmonian dan ini akan membawa kemakmuran kepada negara.Segala yang berhubung dengan UMNO,musuh utamanya adalah PAS.PAS merupakan parti pembangkang yang tertua sekali.Parti itu bukan sahaja Parti Islam tetapi juga Parti Perkauman Melayu dan menentang hebat orang-orang Cina(Rahman, op.cit.,halaman 28). Parti itu berjanji bahawa jika ia berjaya ia akan mewujudkan sebuah negara islam di Malaysia,serta meminda Perlembagaan agar lebih berbentuk Melayu daripada bercorak Malaysia.Pendiriannya dibayangkan dengan nyata dalam cogan katanya: „bangsa,agama dan
  • 5. 5 Tanah Melayu‟.Tumpuan kuasa utamanya adalah Kelantan tetapi parti itu turut mempunyai pengikut di Terengganu,Perlis,Kedah termasuk juga utara Pulau Pinang.Kebanyakan penduduk di negeri-negeri tersebut adalah orang Melayu.Parti ini juga telah menuduh UMNO menyokong dan menjual negara ini daripada orang-orang Melayu kepada orang-orang Cina.Namun pengaruh PAS tidak berapa kuat di negeri pantai barat semenanjung. Di negeri ini lebih ramai penduduk bukan Melayu dan negeri itu lebih terdedah kepada gaya hidup moden dan dipengaruhi dengan kemajuan ekonomi barat.UMNO telah mengatasi perkara ini dengan mengatakan bahawa PAS mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Malaya di selatan Negara Thai.Tuduhan ini merupakan satu perkara yang meresap ke dalam hati mereka kerana ia sentiasa diingati bahawa MCP(Parti Komunis Malaya) mempunyai ahli yang kebanyakannya adalah orang-orang Cina.UMNO juga telah mengatakan bahawa PAS tidak berbuat apa-apajua untuk kemajuan ekonomi Kelantan,sungguhpun parti itu telah menguasai Kerajaan Negeri semenjak tahun 1959.UMNO telah menawarkan bantuan kewangan yang banyak untuk pembangunan Kelantan dimana ini dianggap sebagai menagguk di air keruh oleh Yang DiPertua PAS),jika Parti itu mendapat undi yang banyak dalam pilihanraya (Vasil,op.cit.,halaman 27-28).Dua lagi tuduhan telah dibuat terhadap PAS untuk mencemarkan nama baiknya di mata orang-orang Melayu.Pertama parti itu telah dituduh mempunyai persefahaman pilihanraya dengan DAP.Dari segi teorinya, DAP bukannya parti perkauman, tetapi dari segi kaca mata orang-orang Melayu ia adalah parti orang-orang Cina dengan mempunyai hubungan dengan PAP di Singapura.Kedua Tunku menuntut bahawa PAS telah menerima bantuan kewangan daripada PAP di Singapura melalui DAP. PAS dan DAP telah menuduh pula bahawa Perikatan telah menerima bantuan wang daripada CIA.Tunku telah menafikan serta-merta dengan bersumpah dengan Al-Quran dalam masjid.DAP pula dianggap sebagai ancaman terbesar kepada MCA.Sungguhpun DAP menuntut bahawa ia bukannya sebuah parti perkauman,tetapi ia dikuasai oleh orang-orang Cina.Parti itu telah menuduh bahawa MCA telah menyerahkan hak orang-orang Cina kepada UMNO dalam Perikatan.Perjuangan DAP adalah berdasarkan „Prinsip Perisytiharaan Setapak‟ yang ini telah diisytiharkan oleh Jawatankuasa Umum bersama-sama dengan ahli- ahli Jawatankuasa Cawangan di Setapak,Kuala Lumpur pada 19 Julai 1967.Secara Ringkas, parti itu menentang perbezaan kaum serta menyokong konsep perjuangan PAP „Malaysia untuk rakyat Malaysia‟.Parti itu telah berpendapat bahawa Malaysia akan wujud sebagai sbuah negara yang berbilang kaum,agama,masyarakat dan bahasa(sumber dari Who lives if Malaysia dies? Democratic Action Party, Petaling Jaya 1969, halaman 20-21).Manifesto pilihan raya DAP ialah „Menuju Arah Malaysia untuk Rakyat Malaysia‟.Perikatan telah
  • 6. 6 menuduhnya sebagai sebuah parti perkauman yang menentang hak Melayu, hak istimewa orang Melayu dan memperjuangkan PAP.Cawangan-cawangannya telah didaftar semula di Semenanjung Malaysia setelah Singapura berpisah dari Malaysia.DAP telah mengadakan pakatan pilihan raya dengan Gerakan dan PPP dengan tujuan untuk mengelakkan perpecahan dalam undi pembangkang.Strategi ini memainkan peranan yang penting dalam member pukulan hebat kepada Perikatan dalam pilihan raya itu.Gerakan telah ditubuhkan pada tahun 1968 sebagai sebuah parti bukan perkauman oleh beberapa orang cendiakawan termasuk juga ahli-ahli politik lain yang turut serta daripada Parti Demokratik Bersatu (UDP).UDP telah dimansuhkan pada tahun 1968 dan parti itu telah menyokong Parti Gerakan yang baru sahaja ditubuhkan itu.Gerakan juga disertai oleh ahli-ahli yang keluar dari Parti Buruh Malaya(LPM).UDP telah ditubuhkan pada tahun 1962 oleh Dr.Lim Chong Eu,seorang doktor perubatan swasta dan bekas Yang Dipertua MCA.Beliau telah membantu menaja Gerakan dan kemudiannya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.LPM pula mempunyai sejarah yang tersendiri.Parti itu telah ditubuhkan pada awal tahun 1950-an dan pemimpinnya terdiri daripada ahli-ahli professional yang menerima pendidikan Inggeris.Mereka terdiri daripada golongan cendekiawan sosialis tetapi mereka telah meninggalkan parti itu,setelah parti tersebut diresapi oleh sebilangan besar orang-orang Cina yang menerima pendidikan Cina pada penghujung tahun 1950-an.Mereka merupakan pelampau-pelampau Cina dari Johor,Melaka,Selangor dan Pulau Pinang.Negeri-negeri itu ramai didiami oleh orang-orang Cina.Mereka menentang Melayu dan meyokong kuat pelajaran dan kebudayaan Cina.LPM telah dituduh oleh kerajaan mempunyai hubungan dengan komunis dan merupakan barisan depan MCP. LPM telah tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya.Barangkali disebabkan oleh keputusan dasar yang telah dibuat oleh MCP bahawa pilihan raya itu adalah untuk mengabui mata semata-mata dan patut dipulaukan.(Rahman.,op.cit,halaman 45).Sementara itu LPM telah terlibat dalam pembunuhan seorang ahli UMNO di Pulau Pinang pada bulan April,dua minggu sebelum hari membuang PLM.Sepuluh hari kemudian salah seorang daripada ahli parti itu ditembak mati oleh polis kerana melawan ketika cuba hendak ditangkap di Kuala Lumpur.LPM kemudian telah mengadakan perarakan mayat secara besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Mei 1969, sehari sebelum pilihan raya.Rusuhan kaum yang serius hampir berlaku jikalau tidak dengan kebijaksanaan dan kesabaran pihak polis.Berdasarkan laporan rasmi, LPM telah „mengabaikan arahan polis‟ lalu mengadakan perarakan besar- besaran.Ditaksirkan kira-kira 10000 orang telah mengambil bahagian dan berjalan melalui pusat bandar Kuala Lumpur dengan tidak mengendahkan sama sekali segala arahan
  • 7. 7 polis.Mereka meneriakkan cogan kata MaoTse-tung dan menyanyikan lagu komunis „Timur itu Merah‟.Mereka mempamerkan gambar Mao Tse-tung dan bendera merah.Perarakan itu telah melalui pusat bandar Kuala Lumpur dan hal ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir di setiap jalan besar dalam bandar raya.Mereka telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu yang berdiri di tepi-tepi jalan dengan meneriakkan cogan kata „Malai si‟(Melayu Mati) dan „Hutang darah dibayar darah!‟.Gerakan pula telah berkempen dengan cogan kata, „Persamaan Hak,Keadilan dan Persamaan Peluang Untuk Semua:Tujuan Kami‟.Antara matlamat Gerakan ialah untuk mengurangkan dua pertiga suara terbanyak di Parlimen supaya Perikatan „tidak akan dapat mengubah-ubah lagi hak-hak dan jaminan hidup kita dalam Perlembagaan‟.Gerakan juga telah menentang amalan rasuah.Pada masa itu rasuah merupakan masalah yang besar di Malaysia.Professor Al-Atas sebenatnya telah menulis sebuah buku tentang perkara itu (Lihat Syed Hussein Alatas, The Sociology of Corruption, Singapore,1968).Sungguhpun parti itu menerima taraf dan dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana tercatat dalam Perlembagaan,tetapi Gerakan lebih suka dalam menggunakan semua bahasa serta menyokong kuat penubuhan Universiti Kebangsaan dan Universiti Merdeka.Bahasa-bahasa Melayu,Cina dan Tamil boleh dipelajari sehingga ke peringkat university.Parti ini juga mahukan sekolah menengah Cina dan Tamil dikekalkan.Gerakan memperjuangkan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dengan mempunyai pandangan dan matlamat yang sama.Pengaruh Parti Progresif Rakyat pula tertumpu di Perak.Parti itu telah ditubuhkan untuk memperjuangkan hak orang- orang Cina di bawah pimpinan dua orang peguam adik-beradik daripada bangsa Ceylon- Tamil.Salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia sebelum pilihan raya tahun 1969.Cogan kata pilihan raya PPP adalah „Malaysia untuk Rakyat Malaysia‟.Semasa pilihan raya yang pertama pada tahun 1955, parti itu telah menyokong hak istimewa orang-orang Melayu dan pendirian Perikatan tentang bahasa dan soal-soal pelajaran.Bagaimanapun selepas kemerdekaan,sikap PPP telah berubah sama sekali dengan menyusun semula dasarnya, kepada menentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu.Parti itu secara terang- terang memperjuangkan dasar berbagai-bagai bahasa dan untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi Bahasa Cina dan Tamil.Parti itu juga lebih menonjolkan sikapnya menyokong Cina daripada DAP.Walaupun Yang Dipetuanya bukan Cina tetapi kebanyakan daripada penyokongnya adalah orang-orang Cina. PILIHAN RAYA 1969 Pembuangan undi telah diadakan pada 10 Mei 1969.Keputusan pilihan raya itu telah tidak memuaskan hati pihak Perikatan.Di peringkat Parlimen,Perikatan telah memenangi 66 buah
  • 8. 8 kerusi dan sepuluh daripada calonnya telah Berjaya menang tanpa bertanding di Sabah.Perikatan pasti memperolehi suara terbanyak dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 144 ahli itu.Keputusan pilihan raya di Malaysia Timur telah dilewatkan dan tidak diadakan pada masa yang sama sebagaimana Semenanjung Malaysia.Pilihan raya di Malaysia Timur itu akan menentukan sama ada ia masih dapat mengekalkan dua pertiga suara tebanyak di Parlimen.Tanpa kemenangan dua pertiga, Perikatan tidak mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan melainkan ia berjaya mendapatkan sokongan beberapa orang ahli pembangkang.Keputusan itu bermakna bahawa Perikatan telah memenangi 23 buah kerusi kurang daripada pilihan raya tahun 1964.Dengan kata lain, Perikatan telah kehilangan 25.84 peratus daripada kerusi yang dahulunya dipegang oleh parti tersebut.MCA telah kalah dengan teruk sekali.Parti itu hanya memenangi 13 buah kerusi daripada 33 buah kerusi yang dipertandingkan,iaitu 14 buah kerusi MCA berbanding pula dengan 13 buah kerusi yang dimenangi oleh DAP.Tambahan pula, daripada 13 buah kerusi ini,tiga kerusi telah tidak ditandingi.Tiga telah dimenangi di kawasan pilihan raya yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada orang-orang Melayu.MIC telah memenangi dua daripada tiga buah kerusi yang telah ditandinginya itu.Pada tahun 1964,parti telah memenangi tiga buah kerusi.UMNO yang merupakan parti utama daripada ketiga-tiga buah parti yang mewujudkan Perikatan itu telah memenangi 51 buah kerusi daripada 67 buah kerusi yang ditandinginya.Dengan kata lain,parti itu telah memenangi 8 buah kerusi kurang daripada pilihan raya tahun 1964 (The Straits Time 11 Mei 1969).Perubahan yang ketara sekali telah berlaku kepada Perikatan dalam pilihan raya di peringkat negeri.Di Malaysia, pilihan raya negeri telah diadakan pada masa yang sama sebagaimana pilihan raya peringkat persekutuan.Pulau Pinang telah kalah kepada Gerakan.Hanya empat orang calon daripada 24 orang calon UMNO sahaja yang telah menang dalam pilihan raya itu.Gerakan telah memenangi 16 buah kerusi,DAP tiga dan sebuah kerusi lagi dimenangi oleh parti pembangkang.Kelantan telah dimenangi oleh PAS dan ini telah mengejutkan UMNO kerana parti itu telah merancang untuk mengalahkan parti lawan dengan teruknya.Gerakan dan DAP telah berjaya dengan cemerlang di Selangor dengan kekalahan di pihak Perikatan.Kejayaan mereka nyata sekali bukan sahaja di ibu kota Kuala Lumpur,tetapi juga Selangor.Di Selangor pembangkang memenangi separuh daripada 28 buah kerusi (DAP Sembilan,Gerakan empat,Bebas satu), dan di Perak,Perikatan hanya berjuang bermati-matian untuk mengekalkan kuasa.Perikatan telah memenangi hanya 19 buah kerusi daripada 40 buah kerusi. Perikatan bernasib baik sekali kerana Gerakan enggan menyertai sebarang percampuran dengan parti-parti pembangkang agar Perikatan masih dapat menguasai Majlis Mesyuarat
  • 9. 9 Undangan Negeri Selangor dan Perak.Keadaan ini telah dilihat oleh orang-orang Melayu sebagai sangat serius.Orang-orang Melayu berkehendakkan kedudukan mereka dikaji semula.Adalah jelas bahawa parti-parti pembangkang mempunyai benteng pertahanan yang kuat,Perikatan terpaksa menghadapi puak pembangkang yang mempunyai ramai ahli daripada kaum Cina di Parlimen buat pertama kali semenjak Perikatan berkuasa.Pengarah- pengarah pilihan raya UMNO telah bermesyuarat secara tertutup sebaik sahaja keputusan pilihan raya diketahui lalu menuntut agar Jemaah Menteri mempunyai bilangan orang-orang Melayu yang lebih ramai.Desakan telah dibuat bahawa Menteri Melayu mestilah dilantik untuk memegang Kementerian Perdagangan dan Perindustrian serta Kementerian Kewangan.Pada masa-masa yang lalu kedua-dua Kementerian itu telah dipegang oleh Menteri Cina yang dilantik daripada kalangan MCA(Goh,op,cit,halaman 16-17).Kedudukan Tunku sendiri dalam UMNO telah merosot dengan dasyat sekali setelah Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan.Pejuang-pejuang Bahasa Kebangsaan telah mengkritik beliau kerana tidak mahu bertegang dengan orang-orang Cina.Dari segi takrifnya,Perikatan telah menang tetapi parti-parti pembangkang telah berjaya memperbaiki kedudukan mereka.Pada 11 da 12 Mei 1969,DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan-perarakan „kemenangan‟ di Kuala Lumpur.Beberapa perarakan itu tidak mendapat kebenaran polis,dan ini telah diikuti oleh beberapa perarakan kecil yang lain. Beberapa orang penyokong DAP dan Gerakan telah pergi ke rumah Dato‟Harun Idris, menteri Besar Selangor dan Pengerusi UMNO cawangan Selangor lalu menyatakan kepadanya supaya berhenti kerana beliau bukan lagi Menteri Besar. “Perarakan kemenangan itu”,tulis Tunku Abdul Rahman, “telah diadakan secara tidak teratur,dari segi politik,dan diikuti dengan tindakan kasar tanpa mengendahkan arahan polis setelah perarakan raksaksa itu tamat.Perarakan itu telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan polis dan perbuatan mereka itu telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di merata-rata tempat dan akibatnya…”(Rahman,op,cit,halaman 76).Perarakan yang tidak terkawal itu perlahan-perlahan telah memasuki bandaraya dan melalui Kampung Baru,sebuah kampung Melayu yang terbesar di Kuala Lumpur.Di sini 30000 orang Melayu tinggal dan perarakan itu telah mengumpat dan menghina dengan mengeluarkan kata-kata seperti „Melayu sudah jatuh‟, „Kuala Lumpur sekarang Cina punya‟, „Ini negeri bukan Melayu punya,kita mahu halau semua orang Melayu‟ dan kata-kata seumpama itu. RUSUHAN BERMULA (13 MEI 1969) Pada hari Selasa, MCA yang ditewaskan dengan teruknya dalam pilihan raya, mengumumkan bahawa ia menarik diri daripada cabinet,sementara kekal menjadi satu komponen Perikatan.Sebelum pilihan raya, Tun Razak telah memberi amaran kepada
  • 10. 10 pengundi Cina bahawa jika mereka tidak mengundi MCA, mereka akan hilang segala perwakilan Cina dalam kerajaan.Di ibu pejabat UMNO di Batu Road,perasaannya ialah demokrasi sudah terlampau dengan kata lain hegemoni politik orang Melayu betul-betul berbahaya sekarang.Nampaknya jawatan menteri besar di kedua-dua negeri Selangor dan Perak sangat mungkin dipegang oleh orang bukan Melayu. “Secara keseluruhan,rusuhan bermula lewat petang hari Selasa (13 Mei). Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat dimana pemuda Melayu dari seluruh Selangor mula berhimpun di depan kediaman Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris.Satu perarakan membalas balik telah dirancang oleh Pemuda UMNO.Perarakan ini akan berakhir di satu perhimpunan di Istana Suleiman berhampiran Batu Road,tetapi polis tidak meluluskan.Sementara mereka masih berhimpun demi perarakan tersebut,kekacauan meletus di bahagian Melayu Kampung Baru yang berhampiran, di mana dua buah lori dimiliki orang Cina dibakar.Pada 6.30 petang,khalayak ramai yang marah meluap-luap berarak di Jalan Raja Muda menuju ke Batu Road.Sekumpulan lain keluar dari Kampung Baru menuju ke Jalan Hale, satu satu lagi keluar dari bahagian Melayu masuk ke kawasan Cina.Pada 7.15 petang, di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road telah penuh sesak dengan kumpulan pengganas seramai lebah.Lebih banyak lagi kenderaan dipecahkan dan kedai-kedai orang Cina dibakar.Pemilik kedai Cina dan India di Batu Road berkumpul dan membentuk satu “pasukan keselamatan daerah” dan melengkapkan diri dengan apa saja yang dapat dicari anbtaranya ialah parang,galah,batang besi dan botol.Saya Nampak seorang lelaki tua dengan kasihannya memegang sebatang penyodok.Lelaki-lelakiyang berdiri di belakang sebuah lori yang berulang-alik di atas jalan itu mendesak orang ramai supaya bersatu.Seorang budak berusia 16 tahun mengoyak sehelai kain menjadi kepingan-kepingan agar digunakan untuk pengenalpastian.Apabila penceroboh Melayu menarik diri sepantas mereka datang,penduduk- penduduk pula membalas dendam.Kedai dan kereta disyaki milik orang Melayu dipecah atau dibakar.Beberapa kali mereka cuba membakar ibu pejabat UMNO yang berhampiran dimana tiga buah kereta jip propaganda telah pon dibakar.Sebuah bas yang pemandunya dituduh melanggar dua orang penumpang basikal Cina, juga diserang.Polis dating pada kira-kira 9pm tetapi tidak tinggal di kawasa tersebut.Kemudian lori yang dipenuhi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan ( FRU) dan Rejimen Melayu Diraja berjalan melalui kawasan tersebut.Orang Cina diatas jalan masuk ke dalam kedai mereka sejurus mereka nampak konvoi itu,tetapi mereka keluar semula dengan cepat apabila konvoi itu berlalu.Pada tengah
  • 11. 11 malam, tiada orang lagi di atas jalan tersebut.Namun bunyi letupan senapang dan nyalaan api menunjukkan bahawa kekacauan telah meletus di tempat lain.Menurut pemerhatian saya,pada malam Selasa, perintah berkurung tidak dikenakan dengan sama tegas di semua tempat.Di jalan tepi hujung Jalan Hale terdapat kumpulan-kumpulan pemuda Melayu yang dilengkapi parang dan lembing buluh yang tajam berhimpun di depan mata pasukan keselamatan yang bertugas di persimpangan jalan.Sementara itu, di Batu Road, sebilangan wartawan asing nampak anggota-anggota Rejimen Melayu Diraja menembak masuk kedai-kedai Cina tanpa sebab yang jelas. Jalan itu sendiri sudah ditinggalkan sepenuhnya, para wartawan tidak memerhatikan sebarang kejadian menembak hendap atau keganasan lain dilakukan oleh penduduk di sana.” (petikan kata Tunku Abdul Rahman). Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina dengan kereta perisai mereka kononnya melanggar perintah berkurung. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri kononnya melanggar perintah berkurung. Keganasan berterusan sepanjang malam dan megikut saksi di Melaka, terdapat beberapa kekecohan berlaku.Kekecohan bermula apabila pemuda-pemuda DAP membunuh seorang penarik beca Melayu yang baru sahaja menunaikan solat Asar di sebuah surau di Bunga Raya dimana berhampiran dengan Kg Morten yang majoriti penduduknya adalah 100 peratus Melayu.Akibat daripada itu, orang-orang Melayu sekitar Kg. Morten dan Durian Daun bertindak merompak kedai- kedai Cina sebelum membakar semua kedai-kedai yang di percayai dimiliki oleh orang-orang Cina dan membunuh mereka.Kebanyakan orang-orang Cina ditangkap dan disusun di pesisir sungai Melaka lalu dipancung ramai-ramai dan mayat mereka di baling ke dalam sungai tersebut. Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM
  • 12. 12 DARURAT DIISYTIHARKAN Pada 15 Mei, hari Khamis, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat mengikut Seksyen 150 Perlembagaan.Ini member kerajaan kuasa serupa dengan kuasa yang dipunyainya pada 1964 semasa konfrontasi Indonesia.Warta Kerajaan 15 Mei 1969 memaparkan yang berikut: A/ Pengisytiharaan Darurat di bawah Artikel 150 Perlembagaan. B/ Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu). Semua pilihan raya yang belum selesai ditangguh. C/ Arahan di bawah Artikel 150(4) Perlembagaan Persekutuan.Penggantungan… sebarang badan perundangan negeri sehingga di beritahu kelak. D/ Pengisytiharaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.Seluruh persekutuan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan demi tujuan bahagian 2 Akta tersebut. Petang itu,akhbar tempatan digantung sehingga peraturan berkaitan penapisan digubal tetapi tiada percubaan untuk mengawasi laporan yang dihantar keluar oleh wartawan asing.Namun pada hari Sabtu, angkatan tentera membatalkan pas perintah berkurung sesetengah wartawan asing.Ketua pengarang Straits Times, Tan Sri Hoffman membuat satu rayuan membantah langkah-langkah kerajaan ini dalam satu siding akhbar.Ini amat penting khususnya kerana pendirian akhbarnya dan juga reputasinya sendiri.Beliau membuat ulasan terhadap Menteri Penerangan Hamzah bahawa hanya orang Malaysia sahaja dihalang daripada mencari apa yang sedang berlaku.Sebagai jawapan, Hamzah menerangkan bahawa perintah haram itu dikenakan disebabkan rencana-rencana yang bersifat haram itu boleh menimbulkanperasaan meradang yang dipaparkan oleh akhbar tempatan sebelum dan semasa pilihan raya.Secara keseluruhannya, angka rasmi berhubung dengan darurat yang berlaku dari 15 Mei hingga 31 Julai 1969 menunjukkan bahawa 196 orang telah kehilangan jiwa dan 180 orang telah tercedera oleh senjata dan 259 orang oleh senjata lain.Tetapi jumlah angka itu telah dibantah oleh pemberita akhbar yang berada di tempat-tempat kejadian itu.Mereka menyatakan bahawa bilangan itu adalah jauh lebih tinggi lagi. 9143 orang telah ditangkap dan 5561 didakwa di mahkamah.( daripada buku The May 13th Tragedy,op,cit,halaman 87- 93).6000 orang telah kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 buah kenderaan telah termusnah atau rosak dan 753 buah bangunan telah rosak atau terbakar dan menurut sumber,kebanyakan yang kehilangan jiwa adalah kaum Cina. SURAT DARI DR.MAHATHIR KEPADA TUNKU Pada 18 Jun 1969, Tunku Abdul Rahman telah menerima apa yang dikatakan „surat kaleng‟ daripada Dr.Mahathir Mohamed, seorang calon UMNO yang telah kalah dalam
  • 13. 13 pilihan raya Persekutuan.Beliau juga seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO dan beliau telah menuduh Tunku terlalu menyokong Cina serta menuntut agar Tunku meletakkan jawatan sebagai Pendana Menteri.Surat ini telah terlepas ke tangan akhbar dan tersebar luas kepada pengetahuan umum.Penuntut-penuntut Universiti Malaya telah mengadakan tunjuk perasaan di kampus university.Mereka menyeru Tunku meletakkan jawatan disebabkan oleh beliau tidak begitu tegas dengan orang-orang Cina tentang perkara-perkara mengenai pelajaran dan bahasa,dan beliau juga telah gagal memperbaiki kedudukan orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi.Terdapat beberapa pucuk surat layang lain yang menentang Tunku dan orang-orang Cina.Sampel surat Dr Mahathir kepada Tunku adalah seperti berikut: Batu 6, Titi Gajah, Alor Star, 18hb. Jun 1969 Y.T.M. Tunku, Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya. Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu. Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei. Tunku selalu “bertolak-ansor,” ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan
  • 14. 14 kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu. Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu. Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat. Patek mohon ma‟af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku. Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai “The Happy Prime Minister” walau- pun ra‟ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker. Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naïve” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut- kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha. Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.
  • 15. 15 Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai “happiness” apa2. Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta‟akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra‟ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno. Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata- kan. Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta‟ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek. Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di- biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh? Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo‟a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.
  • 16. 16 Patek Yang Ikhlas, (Dr. Mahather bin Muhammad) (Sumber surat daripada http://aura3usm.blogspot.com) Akibat daripada surat tersebut, Dr Mahathir telah disingkirkan daripada UMNO kerana melanggar disiplin parti.Musa Hitam pula telah disingkirkan daripada jawatannya sebagai Menteri Muda.Beliau telah dihantar „cuti belajar‟ ke Britain dan polis telah membendung kegiatan penuntut-penuntut universiti. KESAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI Kesan daripada peristiwa tersebut, kita dapat lihat bahawa MAGERAN telah ditubuhkan pada lewat hari 17 Mei.Ia termasuk Tun Razak,Tun Ismail,Tan Siew Sin,Tun Sambanthan,Ketua Polis Negara,Tunku Osman(Ketua Kakitangan Angkatan Tentera),Abdul Kadir Shamsuddin,Ghazali Shafie,Hamzah Abu Samah.Cabang eksekutif Mageran yang diketuai oleh Jeneral Ibrahim bin Ismail memberitahu akhbar pada 16 Mei bahawa Kabinet akan berperanan penasihat semata-mata kerana Mageran nyatanya badan pembentukan dasar dan pentadbiran tertinggi.Mageran telah diberi kuasa penuh untuk mentadbir negara.Kemasukan wakil polis dan tentera adalah mustahak sekali kerana Majlis itu bukan sahaja terlibat dalam mengembalikan keamanan dan ketenteraman,tetapi juga dalam mengekalkan kuasa kerja dan perundangan.Kedua-duanya adalah di luar bidang kuasa tentera.Bagaimanapun hal ini telah mendorong tersebarnya khabar-khabar angin bahawa tentera mengambil alih kuasa.Selain itu juga Jemaah Menteri Darurat baru yang telah diwujudkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 20 Mei 1969, sebagaimana yang telah dinyatakan dahulu adalah lebih berkuasa daripada MAGERAN.Tun Abdul Razak terpaksa bertindak di atas nasihat Perdana Menteri.Dalam tempoh masa selepas rusuhan itu,pada hakikatnya telah terputus hubungan dalam bidang social dan ekonomi antara orang-orang Melayu dan Cina.Pada bulan Jun,bebrapa orang Cina dan India sahaja yang mahu berjual beli di kedai-kedai dan gerai orang Melayu.Orang-orang bukan Melayu enggan menaiki teksi orang-orang Melayu.Mereka juga tidak mahu membeli batik dan durian yang dianggap sebagai „buah-buahan orang Melayu‟.Bagaimanapun masih lagi terdapat golongan yang tidak baik di kalangan kedua-dua kaum itu.Dengan cara yang tidak jelas kelihatan di kalangan orang-orang Melayu sendiri memang ada perjuangan untuk menguasai UMNO, agar mereka
  • 17. 17 dapat menyekat UMNO daripada bertolak ansur.Mengikut ulasan Tunku sendiri, “Tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya perjuangan untuk merampas kuasa dalam UMNO sendiri,di antara mereka yang telah membina parti dan membantu dalam mendapatkan kemerdekaan,dengan mereka daripada golongan muda yang dianggap sebagai golongan pelampau”.(Rahman , op,cit halaman 136). Pada 12 Jun 1969 telah diumumkan secara rasmi bahawa semua bukan warganegara dikehendaki memperoleh pas-pas kerja,walaupun mereka merupakan penduduk kekal negara ini.Semua orang asing hanya akan di beri pas kerja sekiranya tidak terdapat bumiputera yang cukup layak untuk mengisipekerjaan-pekerjaan itu.Pada bulan November 1969, semua warganegara (iaitu bukan Melayu) telah dikeluarkan dengan sijil-sijil kerakyatan di bawah seksyen 30 Perlembagaan,tegasnya, berdasarkan salah seorang daripada ibubapa mereka adalah warganegara atau tealh bermastautin di negara ini sejak lahir.Mereka tu dikehendaki menyerahkan balik sijil kerakyatan kepada pihak berkuasa untuk diperiksa dan menentukan bahawa mereka tidak memperolehinya secara palsu.Cuma 95540 daripada sijil-sijil itu yang telah dikeluarkan sehingga bulan Mac 1971 dan 181160 bukan Melayu telah dimansuhkan kerakyatan mereka atau dibiarkan memegang sijil-sijil kerakyatan yang tidak sah.Pada 30 Julai 1969,Menteri Pelajaran telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Semenanjung Malaysia secara berperingkat-peringkat bermula dengan Darjah Satu pada tahun 1970.Bahasa Inggeris hanya diajar sebagai bahasa kedua sahaja.Mengikut jadual semua pelajaran menengah ,termasuk Tingkatan Enam akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1982.Mulai tahun 1983,Bahasa Melayu akan digunakan sebagai bahasa pengantar dalam tahun pertama di kuliah-kuliah universiti.Perubahan ini akan diperkenalkan secara beransur- ansur tahun demi tahun.(sumber dari Milne dan Mauzy op,cit halaman 88;Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975,Government Press,Kuala Lumpur 1971,halaman 236).Perubahan ini dilakukan kerana Bahasa Melayu dianggap sebagai alat untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan.Pada bulan Januari 1970 , Lembaga Perpaduan Negara dan Majlis Perunding Negara telah diwujudkan.Kedua-dua badan ini adalah „rasmi serta mempunyai hubungan dengan MAGERAN‟.Majlis Perunding Negara telah dinyatakan dalam laporan MAGERAN yang menegaskan bahawa “adalah menjaditujuan setelah laporan ini diterbitkan untuk menjemput wakil-wakil daripada pelbagai kumpulan di negara ini untuk berkhidmat dalam Majlis Perunding Negara.Segala soal yang melibatkan perpaduan negara kita akan dibincangkan sepenuhnya secara berterus terang…”Tugas institusi ini adalah untuk
  • 18. 18 menentukan bahawa tragedy 13 Mei tidak akan berulang lagi.Majlis Perunding Negara telah bersidang dari semasa ke semasa selama 18 bulan berikutnya. Matlamat untuk menyediakan garis panduan dalam mewujudkan ideoloi negara telah diumumkan oleh Tan Sri Ghazali pada pertengahan bulan Julai 1969.Rangkaannya telah dibuat oleh Jabatan Perpaduan Negara yang diketuai oleh Tan Sri Ghazali sendiri.Rangka akhir telah diserahkan kepada Majlis Perundingan Negara untuk diluluskan.Pada 31 Ogos 1970, ulang tahun yang ke-13 kemerdekaan, Yang di-Pertuan Agong secara rasmi telah mengisytiharkan ideology kebangsaan yang dinamakan „Rukun Negara‟. „Rukun‟ sudah semestinyalah mempunyai unsur-unsur keislaman dan ini dapat diterjemahkan sebagai „doktrin yang mustahak,hukum atau merupakan sebahagian daripada ajaran agama yang penting‟sebagaimana yang dinyatakan oleh Means dan Milne dan Mauzy. „Sesungguhnya ini amatlah bersesuaian dalam konteks hubungan antara kaum kerana ini membawa juga maksud „aman dan tenteram‟, „seperti perhubungan persahabatan yang ideal‟, „tanpa perselisihan faham atau pertikaian‟, dan „mempunyai matlamat tujuan yang sama saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain.‟.Kerajaan Malaysia bermatlamat hendak menggunakan Rukun Negara sebagai model asas bagi strategi dalam mewujudkan perpaduan kebangsaan.Prinsip- prinsip yang terkandung di dalamnya adalah bertujuan untuk menyatupadukan berbagai-bagai kaum dan masyarakat,dan ada baiknya jikalau dinyatakan Prinsip-prinsip Rukun Negara itu: Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:  Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya  Memelihara cara hidup demokratik  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama  Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak  Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:  Kepercayaan kepada Tuhan  Kesetiaan kepada Raja dan Negara  Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-undang
  • 19. 19  Kesopanan dan Kesusilaan Rukun Negara telah disokong oleh semua parti politik yang sah dan prinsip-prinsipnya telah tersebar luas dan sentiasa disebut dan dirujuk.Semasa Rukun Negara sedang dilaksanakan dengan giatnya,Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan hasrat beliau untuk bersara daripada pucuk pimpinan dan Tun Abdul Razak telah menjadi Perdana Menteri. DI BAWAH PEMERINTAHAN RAZAK Di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau telah menegaskan bahawa cuma satu cara sahaja untuk mengelakkan berlakunya peristiwa itu iaitu menyusun semula seluruh ekonomi dengan menghapuskan kemiskinan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,serta mengimbangkan ekonomi antara kaum dengan menambah penyertaan Bumiputera dalam kehidupan ekonomi negara.Tun Razak telah menegaskan dengan jelasnya bahawa pemulihan kerajaan berpalimen adalah mustahak bagi Parlimen meluluskan Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan).Hal ini adalah untuk mengesahkan perisytiharaan yang dibuat oleh MAGERAN yang telah meminda Akta Hasutan.Akta itu menjadikan bersalah membincangkan secara terbuka „persoalan-persoalan kaum yang mudah menyinggung perasaan‟.Bukan itu sahaja tetapi untuk memansuhkan juga hak istimewa Parlimen berhubung dengan membincangkan perkara-perkara ini di peringkat Negeri dan Persekutuan.Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) juga telah memberi kuasa yang lebih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengarahkan nisbah yang tertentu bagi orang Melayu dipusat-pusat pengajian tinggi bagi beberapa kursus pengajian tertentu,terutama yang didapati bilangan orang-orang Melayu tersangat kecil seperti perubatan,kejuruteraan dan sains.Beliau juga telah mencadangkan Dasar Ekonomi Baru dan matlamatnya adalah mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Dengan ini orang- orang Melayu Bumiputera lain akan bersama-sama menikmati sepenuhnya semua aspek kehidupan konomi negara.(sumber dari Rancangan Malaysia Kedua 1971- 1975,op,cit,halaman 1) Serampang pertama untuk mencapai DEB adalah dengan mengadakan dasar-dasar pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang padat.Hal ini akan memperbaiki keadaan
  • 20. 20 hidup semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.Tetapi,dari segi praktikalnya,kebanyakan langkah khusus yang diambil untuk menghapuskan kemiskinan melibatkan orang-orang Melayu sama ada dalam bidang pertanian mahupun dalam membantu kegiatan mereka dari peringkat tradisional hingga ke peringkat ekonomi moden.Perdana Menteri telah merayu kepada orang-orang Melayu supaya menceburkan diri dalam perniagaan daripada memegang jawatan yang selamat dan selesa dalam perkhidmatan kerajaan,serta menumpukan perhatian terhadap sains dan teknologi, di samping tidak menyeleweng daripada hokum-hukum Islam.( sumber dari The Straits Times, 11 Januari 1972).Kerajaan berharap dapat mewujudkan masyarakat usahawan Melayu dalam lingkungan satu keturunan.Sebagai galakan kontraktor- kontraktor Bumiputra telah diberi jaminan sekurang-kurangnya memperolehi kontrak dalam peratus tertentu sama ada daripada institusi kerajaan atau separuh kerajaan.Tetapipada tahun 1970 bilangan Bumiputera dalam sector perdagangan masih lagi mengecewakan kerana mereka terlalu kecil dan berjumlah kira-kira 24 peratus daripada jumlah orang yang diambil bekerja.Sebuah Lembaga Penasihat Kerjasama Ekonomi Melayu dan Cina yang telah ditubuhkan selepas 13 Mei untuk menggalakkan perkongsian bersama antara peniaga-peniaga Melayu dengan Cina telah tidak mendatangkan apa-apa hasil.Dalam perkongsian perniagaan bersama abtara Melayu dan Cina, pekongsi Melayu selalunya lebih suka memainkan peranan sebagai teman tidur sahaja.Mereka hanya memainkan peranan terhad kepada mendapatkan lesen,kuota atau tender-tender daripada kerajaan dengan membiarkan pekongsi Cinanya menjalankan perniagaan itu.Situasi ini lebih dikenali sebagai perniagaan „Ai-Baba‟. Selain itu, dalam kajian semula Pertengahan Penggal Rancangan Malaysia Kedua,beberapa buah badan seperti MARA (Majlis Amanah Rakyat),Pernas (Perbadanan Nasional),UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar) dan PEKN (Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri) telah diwujudkan.Semua badan ini diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu dan membimbing Bumiputera agar memainkan peranan yang lebih besar dalam aktiviti ekonomi selepas Peristiwa 13 Mei.Hal ini merupakan sebahagian besar daripada strategi „untuk menyusun semula masyarakat Malaysia‟ dengan tujuan „untuk mengimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum‟ dalam konteks memperluaskan ekonomi negara serta „mengurangkan dan dengan cara yang beransur-ansur menghapuskan identity kaum dengan fungsi ekonomi mereka‟.Selain itu juga berdasarkan Rang Undang-undang Perlembagaan member kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengarahkan university- universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain untuk memasukkan lebih ramai lagi Bumiputera walaupun kelayakan pelajaran mereka mungkin lebih rendah daripada calon
  • 21. 21 bukan Melayu terutama dalam bidag perubatan,kejuruteraan dan sains dan Universiti Kebangsaan Malaysia pula telah ditubuhkan pada bulan Mei 1970ndengan mengambil 191 orang pelajar.Inilah university yang pertama sekali di negara ini yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta meramaikan anak Melayu dan kemudian diikuti oleh UiTM (Universiti Teknologi MARA) dengan bertujuan untuk meramaikan anak Melayu di pusat pengajian tinggi. PENUTUP Secara kesimpulannya,tidak dinafikan bahawa yang nyata, rusuhan ini adalah berpunca daripada polarisasi perkauman dan kemarahan orang Melayu serta rungutan yang berterusan terhadap ketidakseimbangan sera pencapaian tahap ekonomi yang lemah. Keberkesanan pihak tentera menjalankan tugas bagi mengawal keadaan kacau – bilau serta huru-hara khususnya di kawasan ibu kota mendapat pujian. Sekiranya pihak tentera lambat bertindak, berkemungkinan keadaan menjadi tidak terkawal mengakibatkan ramai menjadi mangsa tercedera dan terbunuh akibat perasaan marah yang membara dan sukar dibendung lagi ketika itu.Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan datang. Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan , khasnya pihak tentera, tapi oleh semua. Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya jangan sesekali mengambil peluang atas kedudukannya dan melaga-lagakan rakyat demi kepentingan peribadi. Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua.Rakyat jangan ambil mudah di atas keamanan yang sedang dikecapi kerana di sebalik itu terdapat anasir-anasir yang sedang berusaha untuk memporak-perandakan keadaan.
  • 22. 22 GAMBAR-GAMBAR Mayat-mayat bergelimpangan selepas rusuhan Rumah-rumah kedai milik Cina musnah terbakar Panggung Odeon yang menjadi tumpuan rusuhan
  • 23. 23 Mayat seorang pekerja UMNO yang dibunuh oleh orang Cina dua minggu sebelum pilihan raya. Mayat tersebut disimbah dengan cat merah dgn mengatakan “Jangan undi dalam pilihan raya” Perarakan Mao Tse-tung yang membangkitkan kemarahan orang Melayu
  • 24. 24 Perarakan kemenangan DAP dan GERAKAN di ibu negara di mana orang Cina mengutuk orang Melayu seperti “Ini negeri kami punya” dan “Melayu balek kampung” Ahli-ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Allahyarham Dato‟ Hj.Harun Idris