Your SlideShare is downloading. ×
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Mewujudkan budaya keseronokan bekerja

3,971

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
3,971
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
126
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Mewujudkan Budaya Keseronokan Bekerja Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Oleh : Haji Samian bin Sawiyo Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains MuarPendahuluanIsu guru dengan pengajaran dan pembelajaran sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan.Hakikatnya guru mesti dan wajib mempunyai ilmu dan kemahiran untuk menyampaikanpengajarannya. Dalam dunia yang kian pesat berubah, segala yang berlaku, berubah danbergerak begitu pantas serta drastik sekali. Kaedah pengajaran memang sangat banyak.Menarik, seronok, menghiburkan, membosankan, menjemukan dan sebagainya semuanyabergantung kepada penyampainya. Dalam isu ini, kreativiti, komitmen, kesungguhan, dedikasi,kerajinan serta kebijaksanaan mencari sumber atau kaedah pengajaran yang terkini amatdituntut. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau sebaliknyaseronok, memang bergantung sepenuhnya kepada guru. Oleh itu guru perlu proaktif agarpelajar yang diajar mendapat manfaat sepenuhnya. Salah satu nilai murni dalam Etika Kerja Perkhidmatan Awam yang boleh dihayati danterkandung dalam Tonggak Dua Belas ialah keseronokan bekerja. Nilai murni keseronokanbekerja yang tertera dalam Tonggak Dua Belas ini perlu dihayati dan diamalkan oleh setiapanggota perkhidmatan awam agar membentuk perkhidmatan awam yang beretika sertaberkualiti. Apakah yang dimaksudkan dengan keseronokan bekerja ? Menurut KamusDewan ( Karyanet.com ) ‘keseronokan’ merujuk kepada prihal keadaan atau rasaseronok, kesedapan sesuatu yang menyebabkan sesorang itu berasa seronok. Manakala‘bekerja’ pula merujuk kepada melakukan atau menjalankan sesuatu untuk menyelesaikan,menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu. Tuntasnya ‘keseronokan bekerja’ sebagai seorangguru ialah keseronokan melaksanakan tugas sebagai pendidik bagi melahirkan para pelajaryang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan FalsafahPendidikan Negara (FPN). Keseronokan bekerja akan wujud sekiranya amalan-amalan positifdiamalkan iaitu menganggap kerja sebagai ibadat, mempunyai inisiatif sendiri, menghasikanyang berfaedah, mempunyai komitmen terhadap kerja dan bersedia memberi kerjasama. Keseronokan bekerja dapat dicapai sekiranya kita menganggap tugas yang kita lakukansebagai ibadat. Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan, keperluan dan merupakan ibadatyang dituntut oleh Allah SWT. Amalan murni ini seharusnya dilaksanakan dengan penuh
  • 2. amanah, bertanggungjawab dan ikhlas supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhiratkelak. Agama-agama lain juga memberi saranan yang sama ketika melaksanakan tugas ataubekerja. Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru, ibadat bermaksud segala ilmuyang kita sampaikan kepada para pelajar adalah merupakan amalan yang dilakukan keranaAllah. Guru tidak menharapkan apa-apa juga balasan kerana apabila guru dapat menghayatitugas guru yang juga menjadi amalan atau ibadah dan wujud rasa seronok itulah sebenarnyakemuncak tugas guru. Perasaan ini bukan sahaja dirasai oleh seorang guru, malah rakan guruyang juga di sekolah bersikap begitu. Sesungguhnya keseronokan bekerja itu merupakansuatu nilai yang sangat tinggi. Bila wujud perasaan seronok, kerja dibuat dengan 100% ikhlas,sukarela dan faktor inilah yang akan dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Bukansetakat itu sahaja, malah kualiti pengajaran dan pembelajaran pasti akan dapat terusditingkatkan demi kecemerlangan prestasi akademik. Oleh yang demikian, sebagai guru, wajibmengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Tonggak DuaBelas iaitu keseronokan bekerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah.Selain untuk mencapai Cabaran Wawasan 2020, iaitu melahirkan masyarakat yang berjiwabebas, berkeyakinan terhadap diri sendiri, berbangga dengan apa yang dicapai serta cekapmenghadapi rintangan dan sentiasa mengejar kecemerlangan atau dalam erti kata lainpengwujudan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang. Tugas mendidik pelajar di sekolah, seseorang guru perlu menganggap sebagaimenanggung satu amanah dan harapan daripada ibu bapa, yang harus dilaksanakan denganrasa penuh tanggungjawab dan ikhlas. Manakala hubungan antara guru dengan pelajar, mestidianggap sebagai hubungan antara bapa dengan anak. Segala usaha ini akan menimbulkandedikasi, ketekunan, amanah, bertanggungjawab dan ikhlas, contohnya saya seronokmengajar dan pada masa yang sama memberi nasihat dan motivasi kepada pelajar supayamereka berjaya dalam pelajaran kerana inilah juga harapan ibu bapa mereka. Di sinilahsebenarnya terletak seni keseronokan bekerja dalam erti kata pengajaran dan pembelajaransama ada di dalam atau di luar bilik darjah demi memacu kejayaan sekolah. Mempunyai komitmen terhadap kerja juga merupakan salah satu faktor untuk mencapaikeseronokan ketika bekerja. Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran di sekolah,guru akan membuat perancangan yang awal sebelum melaksanakan tugas pengajaran danpembelajaran . Membuat perancangan tahunan dan harian dalam buku rekod pengajarandengan teliti dan memastikan guru dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Melaluiperancangan pengajaran yang teliti juga akan menyakinkan guru ketika mengajar. Bersediauntuk menjawab soalan daripada pelajar dan bersedia dengan soalan kepada pelajar. Langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran juga dirancang dengan pelbagai alatan bantuanmengajar yang terkini iaitu ICT. Penggunaan pelbagai kaedah seperti inkuari dan refleksi,aktiviti kumpulan, perbincangan kes dan perkongsian pengalaman dan pembentangan dan soaljawab. Guru akan berasa seronok melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan pelajar jugaakan berasa seronok dan yakin terhadap guru sebagai pemudahcara mereka. Jika keadaan iniberlaku, pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu untuk hadir ke kelas dan guru pula akansentiasa menghitung waktu untuk memasuki kelas. Keadaan ini secara tidak langsung dapatmeningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.
  • 3. Untuk meningkatkan lagi kemahiran guru dalam mata pelajaran yang diajar, guru wajarmenghadirkan diri dalam kursus, seminar, bengkel dan kolokium yang diadakan sama ada diperingkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Semuanya ini menjadikan seseorangguru itu lebih seronok bekerja kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, dapat bergauldengan ramai ilmuan dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Secara tidak langsung dapatmeningkatkan lagi prestasi guru, panitia dan sekolah. Melalui panitia guru dapat berkongsipengetahuan dan pengalaman dengan rakan-rakan panitia dan sekolah dengan membuatkursus dalaman di peringkat sekolah. Seterusnya membuat perancangan untuk melaksanakanprogram peningkatan prestasi pelajar. Perkongsian pengalaman dapat menghasilkan ideabaru dan penerokaan yang kreatif dalam pelaksanaan proses pedagogi. Penglibatan gurudengan Panel Perunding Mata Pelajaran ( PPMP ), dengan pentaksiran negeri, denganLembaga Peperiksaan Malaysia, merupakan satu pengiktirafan kepada diri seorang guru. Inimenambahkan lagi semangat guru tersebut untuk terus melaksanakan tugas dengan lebihberdidikasi dan cemerlang. Selain itu juga, keseronokan bekerja akan lahir dengan cara bersedia memberikerjasama kepada rakan sekerja. Keseronokan bekerja ini dikongsikan bersama denganrakan panitia supaya dapat mewujudkan ‘ teamwork’ dalam sesuatu panitia. Pengajarandan pembelajaran dirancang secara bersama dan pemantauan rakan sejawat dilakukan bagiberkongsi pengalaman dan pengetahuan. Guru boleh berbincang bersama bagi meningkatkanpengajaran dan pembelajaran dalam menyelesaikan sebarang masalah tanpa berasa rendahdiri antara satu dengan lain. Keseronokan ini menjadikan sesorang guru lebih bersemangatuntuk menjalankan tugas sebagai guru dan pelajar juga berasa seronok untuk belajar. Situasiini dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Pelajar lebih berminat untukbelajar dan mengikuti pelajaran, tiada masalah ponteng kelas dan prestasi pencapaian pelajarpasti akan meningkat. Hubungan baik dan harmoni, permuafakatan dan sentimen kekitaan sebagai satupasukan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam organisasi amat penting bagi mewujudkanrasa seronok bekerja. Kerja berpasukan merujuk kepada sekumpulan pekerja dalam sesuatuorganisasi yang melaksanakan sesuatu tugasan secara bergandingan untuk mencapaimatlamat kumpulan. Setiap ahli berpeluang berkongsi kebolehan dan bakat untukmenyelesaikan sesuatu dengan lebih bijak dan kreatif. Keseronokan akan terbina jika setiap kitadiberi peluang untuk mencuba hasil pemikiran kita secara bebas. Ahli panitia diberikan hakuntuk merancang program kurikulum bagi meningkatkan pencapaian atau mengatasikelemahan pelajar. Kebebasan ini membolehkan guru dan rakan setugas merancang programmengikut kreativiti masing-masing berdasarkan dapatan daripada data ‘headcount’. Setelahmengenal pasti pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka, guru akan merancangdan membuat aktiviti yang sesuai mengikut tahap dan minat mereka. Latihan dbuat mengikutaras kesukaran dan pendekatan dilakukan mengikut minat pelajar contohnya menyelesaikansesuatu tugasan dalam kumpulan kecil . Keseronokan bekerja mampu dicapai apabila kita bekerja secara berkumpulan. Kerjaberkumpulan merujuk kepada sekumpulan pekerja dalam organisasi yang melaksanakan tugassecara berganding bahu antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut bagi mencapai suatumatlamat bersama. Kerja secara berkumpulan dalam panitia boleh menghasilkan panitia
  • 4. menjadi hebat. Melaluinya saya dapat membuat penilaian terhadap pencapaian prestasisekolah. Sebaliknya guru tidak hanya berpuas hati dengan pencapaian yang telah dicapai.Guru dapat merujuk kepada sumber-sumber lain untuk membantu meningkatkan lagi prosespengajaran dan pembelajaran seperti Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama. Keseronokanbekerja yang wujud daripada kerja berkumpulan ini juga akan menambah ilmu-ilmu yang baruseperti pedagogi terkini dan perisian komputer terkini secara langsung dapat meningkatkanpengajaran dan pembelajaran guru. Pelajar mendapat input yang terbaik daripada guru danmereka lebih berminat untuk belajar dan seterusnya menghasilkan keputusan yang cemerlangdalam keputusan ujian sumatif dan formatif yang akan mereka duduki. Pengurusan yang berkesan membabitkan penyelenggaraan iaitu melakukanpemantauan, meninjau, memerhati, memberi tunjuk ajar dan berbincang dengan ahli panitiadan pihak pengurusan sekolah mampu meningkatkan keseronokan bekerja. Pemantauan kerjasesama rakan setugas dapat mendekatkan diri seseorang guru dengan rakan dan pihakpengurusan supaya dapat meningkatkan motivasi kerja yang tinggi. Penyeliaan oleh pihakpengurusan dan rakan panitia akan membantu guru menambah baik mutu pengajaran danpembelajaran. Suasana ini membantu meningkatkan keseronokan bekerja di tempat kerja.Keadaan tempat kerja yang kondusif merupakan satu daripada ciri yang penting bagi seseorangguru untuk berasa seronok di tempat bekerja. Keselesaan tempat kerja guru yang lengkapdengan hawa dingin, peralatan yang sesuai, peralatan komputer lengkap dengan LCDprojektor dan sistem bunyi, memberikan guru dan pelajar suasana kerja dan belajar dalamkeadaan selesa, nyaman dan seronok. Sebagai seorang guru, hendaklah sentiasa berinisiatif untuk memajukan diri danprofesion keguruan. Secara tidak langsung keseronokan bekerja akan wujud kerana guru akansentiasa berusaha ke arah yang lebih cemerlang kerana setiap kejayaan dan peningkatanpada pelajar dan sekolah akan mendapat penghargaan daripada pihak pengurusan sekolah.Guru mesti menjadikan kerja mengajar sebagai suatu cabaran memerlukan kesungguhan,komitmen yang tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan perubahan dalam duniapendidikan. Daya kreatif dan adanya keinginan mencuba idea yang baru akan menimbulkankeseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif guru akan menjadikan program-programkurikulum sebagai alat untuk mengaplikasi kaedah-kaedah dan pendekatan baru.Pengalaman-pengalaman lalu akan menjadikan seseorang guru bertambah matang dalamsegala tindakan. Segala kelemahan yang akan datang perlu dihadapi dengan penuh tekad.Guru perlu berusaha untuk membuat satu pendekatan baru supaya pelajar seronok. Dalampengajaran dan pembelajaran guru perlu berani mencuba kaedah terbaru dan yang terkini agarpengajaran guru sentiasa subur serta disukai pelajar. Hasilnya pelajar lebih seronok dankefahaman tentang konsep pengajaran bertambah baik dan seterusnya pasti menunjukkanpeningkatan pencapaian akademik. Akhirnya guru berasa bangga kerana telah menunjukkanciri-ciri profesional sebagai seorang guru. Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesemua yang telah bincangkan dalampenulisan ini sangat berkait rapat dan merupakan satu cara bagaimana amalan keseronokanbekerja dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Apabila nilai murnikeseronokan bekerja dapat guru terapkan dalam diri dan diamalkan, apa juga halangan danrintangan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap program pengajarandan pembelajaran yang dirancang akan dilaksanakan dengan penuh komitmen. Selepaspelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru perlu menjalankan pemantauan dalam semua
  • 5. aspek pengajaran dan pembelajaran contohnya menyemak latihan pelajar. Pada masa yangsama guru juga berasa begitu seronok menjalankan penilaian terhadap kerja yang telahdilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran serta membuat refleksi. Guru juga melakukanpenambahbaikan terhadap kelemahan yang terdapat sepanjang menjalankan tugas. Kesemualangkah ini akhirnya pasti berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.Impaknya pengajaran dan pembelajaran guru berkesan dan pelajar dapat kesan yang positifdan seronok belajar. Akhirnya dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar.PenutupProses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses yang berpanjangan danberterusan selagi dunia pendidikan di dunia ini tidak berkubur. Pengajaran memang mudahdiperkatakan. Namun untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang seronokmerupakan sesuatu yang perlukan komitmen, tekad, kesungguhan dan dedikasi yang sangattinggi. Sebenarnya pokok pangkalnya terletak di tangan guru yang akan mencorakkanya. Jikaseseorang guru tidak kreatif dalam pengajaran, pelajar akan bosan dan kesan negatifnya akandirasai oleh semua pihak. Tetapi jika seseorang guru itu kreatif, inovatif, mempunyai dayausaha yang tinggi untuk memajukan pelajarnya, pasti guru tersebut boleh mengubah 360 darjahkemenjadian pelajarnya, insya-Allah.BibliografiAbdul Wahab bin Jamaludin, Perancangan dan Pengurusan Penyelidikan, di dalam NadiPendidikan, Bahagian Perancangan & Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, KualaLumpur, Jilid 6, bil 2, 1991.Abdul Sukur Abdullah ( 1998 ), Education Management Focus, Kuala Lumpur, Ministry ofEducation.Glickman, C.D. Gordon, S.P. & Ross Gordon J. M ( 1995 ) Supervission of Intruction : ADevelopmental Approach, Needham Heights, MA Ally & Bacon.Press Huberman, A.M & Miles, M.B ( 1984 ) Innovation Up Close, How School ImprovementWorks, New York, Plenum Press.Sustaining Improvement : A suite of Modules on Coaching, Running, Netsworks and BuildingCapacity, UK 2003.Tonngak Dua Belas, Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia.

×