Inisiatif majukan sekolah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Inisiatif majukan sekolah

on

  • 11,578 views

Artikel berkaitan inisiatif yang boleh dijalankan oleh pengetua untuk memajukan sekolah di bawah pentadbirannya

Artikel berkaitan inisiatif yang boleh dijalankan oleh pengetua untuk memajukan sekolah di bawah pentadbirannya

Statistics

Views

Total Views
11,578
Views on SlideShare
11,552
Embed Views
26

Actions

Likes
3
Downloads
676
Comments
2

3 Embeds 26

http://azman2020.blogspot.com 24
http://www.slideshare.net 1
http://pkpsmjohor.blogspot.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Inisiatif majukan sekolah Document Transcript

  • 1. INISIATIF PENGETUA DALAM MENENTUKAN KEJAYAAN ORGANISASI SEKOLAH AZMAN BIN ADNAN Pengetua SMK Bandar Putra, Kulaijaya Diterbitkan dalam JURNAL PENDIDIKAN Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (Johor) Edisi 2010 SinopsisOrganisasi yang berjaya sering dikaitkan dengan kualiti kepimpinanpengurusannya. Bukti dari literatur sekolah berkesan juga menunjukkanbahawa pengetua menyumbang kepada keberkesanan sekolah danpencapaian murid secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan yangdiambil. Ringkasnya, jatuh bangun sesebuah sekolah bergantung kepadakualiti kepimpinan pengetua yang menerajuinya (Davis, 1989). Justeru,sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu mengambil beberapa inisiatif bagimemastikan matlamat organisasi untuk sentiasa cemerlang dan terusmencipta kejayaan akan tercapai. Sehubungan itu, penulisan ini akanmembincangkan tentang beberapa cadangan inisiatif yang bolehdilaksanakan oleh pengetua dalam menentukan kejayaan sekolah yangditerajuinya. Antara inisiatif tersebut termasuklah aktiviti: (a) menentukanhalatuju sekolah yang jelas, (b) membuat dan melaksanakan PerancanganStrategik dan Rancangan Pemajuan Sekolah, (c) menyelaras tugas melaluiamalan kerja sepasukan, (d) membangun profesionalisme guru dan staf,menyemai budaya ilmu dan mewujudkan sekolah sebagai OrganisasiPembelajaran (e) meningkatkat inovasi dan kreativiti melalui kajian tindakan,(f) memberi penekanan kepada amalan-amalan instruksional di sekolah, (g)memberi insentif dan ganjaran, (h) menjalin hubungan interpersonalberkesan dan (i) membuat pemantauan, kawalan dan usaha pembetulan danpenambahbaikan. 1
  • 2. 1.0 Pendahuluan Organisasi yang berjaya sering dikaitkan dengan kualiti kepimpinanpengurusannya. Menurut Kouzes and Posner (1995), “as a good captain, the leadershould be able to sail his ship in a direction of success and be able to make adjustmentand face all kinds of unpredictable circumstances.” Justeru, pemimpin merupakan agenyang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Bukti dari literatur sekolah berkesan juga menunjukkan bahawa pengetuamenyumbang kepada keberkesanan sekolah dan pencapaian murid secara tidaklangsung melalui tindakan-tindakan yang diambil. Jemaah Nazir Sekolah dalampenaziran ke sekolah-sekolah juga mendapati bahawa pengetua sebagai pemimpinutama sekolah memainkan peranan yang besar untuk menjadikan sekolah merekasebagai sekolah yang cemerlang. Ringkasnya, jatuh bangun sesebuah sekolahbergantung kepada kualiti kepimpinan pengetua yang menerajuinya (Davis, 1989). Ini juga selaras dengan kajian yang pernah dilakukan oleh Peter Mortimore(1995) yang dinamakan Junior School Project untuk melihat mengapa ada sekolahyang berjaya, baik dan berkesan sementara ada pula sekolah yang tidak berkembangdan menyerlah. Hasil kajian selama 4 tahun itu, Peter Mortimore mendapati banyakfaktor yang boleh mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah dan kepemimpinansekolah merupakan elemen yang paling penting dalam membawa perubahan keranasekolah itu sendiri adalah organisasi yang dinamik dengan kehidupan di dalamnyasentiasa berubah dari masa ke semasa. Sehubungan itu, penulisan ini akanmembincangkan tentang beberapa inisiatif utama yang boleh diambil oleh parapengetua dalam bagi memastikan sekolah. Sehubungan itu penulisan ini akan menjurus kepada perbincangan berkaitanusaha-usaha dan inisiatif utama yang boleh diambil oleh pengetua dalam mendepaniperubahan dan memastikan sekolah yang diterajuinya mampu mencapai kejayaan danterus cemerlang dalam pelbagai bidang.2.0 Definisi Konsep Dalam konteks penulisan ini, kejayaan organisasi sekolah membawa maksudyang sama dengan konsep sekolah yang berjaya atau sekolah berkesan. HusseinMahmood (1993) menyatakan sekolah yang berjaya bukanlah sekolah yang establishatau sekolah primer semata-mata tetapi sekolah yang dapat menghasilkan pencapaianakademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaandi kalangan masayarakat serta guru-guru rasa puas hati bekerja dalam organisasi. AbdShukor Abdullah (1998) pula menyatakan sekolah yang berjaya adalah sekolah yangmencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua bidang berkaitan akdemik,sahsiah, pengurusan, perhubungan, infrastruktur dan kepimpinan. Ringkasnya sekolahyang berjaya sebagai sekolah yang cemerlang yang membawa pengertian sekolahyang dapat mencatat kejayaan yang menonjol dalam segenap bidang tanpa menafikankejayaan dalam kebitaraan (nieche area) atau watak sesebuah sekolah. Sementara itu, pengetua merupakan pemimpin utama di sekolah. Sebagaipemimpin, pengetua bertanggungjawab dalam proses menyediakan arah tuju daninspirasi yang diperlukan untuk membentuk dan mengimplimentasikan wawasan, misidan strategi untuk mencapai dan mengekalkan objektif organisasi (Lussier dan Achua, 2
  • 3. 2000). Barron dan Henderson (1995) mendefinisikan kepimpinan sebagai kebolehanpemimpin untuk membina wawasan, menjelaskan wawasanya (communicate vision) danmempengaruhi seluruh warga organisasinya mengambil tindakan yang strategik untukmencapai outcome yang diharapkan. Sehubungan itu, proses strategik melibatkan pembentukan, pelaksanaan dankawalan strategi merupakan aktiviti yang penting bagi menentukan kejayaan organisasi(Mauriel, 1989). Dalam hal ini, pencapaian matlamat strategik dan seterusnya misi danvisi yang ditetapkan merupakan ukuran utama kejayaan yang dimaksudkan (MuhamadBustaman, 1996). Justeru, pelan perancangan strategik sekolah merupakan dokumenpenting untuk memandu warga pendidik ke arah pencapaian matlamat dan wawasansekolah. Ringkasnya, sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu mengambil pelbagaiinisiatif dalam proses strategik dan mempengaruhi warga sekolah bergerak secarastrategik selari dengan wawasan tersebut dan seterusnya mencapainya (Mauriel, 1989).3.0 Inisiatif Dan Tindakan Pengetua Menyedari hakikat bahawa latarbelakang dan pencapaian sesebuah sekolahadalah berbeza, usaha perlu dibuat bagi mengumpul maklumat, menganalisis danmenilai persekitaran melalui proses meninjau persekitaran (environmental scanning),membuat pengaudit (auditing) secara umum, mendapatkan maklumbalas (feedback)dari warga sekolah dan seterusnya membuat analisis SWOC (Strength, Weakness,Opportunity and Challenge) bagi menilai kedudukan dan pencapaian sekolah. Jurangyang wujud antara kedudukan semasa berbanding tahap yang hendak dicapai padamasa akan datang di samping ramalan tentang keperluan masa depan perludikenalpasti. Berdasarkan dapatan analisis tersebut, pelbagai inisiatif perlu diambil olehpemimpin pendidikan bagi memastikan matlamat organisasi sekolah dicapai. Berikutadalah beberapa cadangan inisiatif yang boleh diambil:3.1 Menentukan halatuju sekolah yang jelas Langkah pertama yang perlu diambil bagi memastikan kejayaan sekolah adalahdengan menentukan matlamat dan merancang strategi bagi mencapai matlamattersebut. Hal ini adalah kerana keperluan terhadap kepimpinan strategik danberwawasan dalam institusi pendidikan adalah terlalu mendesak bagi menanganiperubahan dan menjayakan konsep Sekolah Berkesan (Mauriel, 1989), amalanpengurusan kualiti menyeluruh (Muhamad Bustaman, 1997), pembangunan iklimsekolah (Hussein Mahmood,1993), menangani masalah sikap guru dan murid masa kini(Omardin, 1996) dan bagi menentukan survival sesebuah sekolah (Asarudin, 1995).Gaya kepimpinan ini dikatakan dapat meningkatkan kemungkinan sesebuah organisasiitu mencapai wawasannya. Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memastikan bahawa sekolahmempunyai hala tuju yang jelas ialah dengan membuat semakan semula visi dan misisekolah. Melalui penubuhan jawatankuasa penyelaras semakan semula visi dan misisekolah yang dianggotai oleh semua peringkat warga sekolah termasuk pentadbir, gurukanan, guru dan kakitangan sokongan, visi dan misi yang baru yang lebih realistik danreleven dapat dihasilkan. Tugas dan tanggungjawab untuk menetapkan wawasansekolah bukanlah begitu sukar. Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberiarah tuju yang jelas terhadap matlamat pendidikan di negara ini melalui mandatnyadalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Malah, semua sekolah di Johor telah diminta 3
  • 4. menggunapakai visi dan misi yang telah ditetapkan oleh Kementerian PelajaranMalaysia seperti di bawah ini:VISI : Sekolah Unggul Penjana Generasi TerbilangMISI : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti Misi dan visi ini kemudiannya perlu diterapkan kepada seluruh warga sekolah,ibu bapa/penjaga, PIBG, masyarakat setempat dan pelbagai pihak sama ada BadanKerajaan (GO) atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ada pertalian dengan sekolahini melalui pelbagai medium seperti perhimpunan mingguan, surat edaran/makluman,papan tanda, banner dan poster di kelas serta sudut tertentu di sekolah, mesyuaratPIBG, mesyuarat permuafakatan dan pelbagai perjumpaan bersama ibu bapa/penjagadan pihak-pihak yang berkepentingan. Melalui perkongsian visi dan misi yang satu,warga sekolah dan pihak yang terlibat mampu bergerak bersama dengan hala tuju yangsama untuk mencapai kejayaan. Dalam apa juga pelaksanaan aktiviti pendidikanmelibatkan murid, guru dan ibu bapa akan sentiasa dikaitkan dengan visi dan misi yangtelah disepakati ini. Malah setiap guru dan murid sentiasa mengulangi ikrar memastikanvisi dan misi ini menjadi pegangan dan sasaran matlamat bersama. Natijahnya, setiappelajar dan guru sekolah bukan sahaja dapat menyatakan visi dan misi sekolah merekadengan tepat dan jelas malah penghayatannya akan dapat dilihat melalui peningkatanpelbagai kejayaan yang dapat dicapai oleh pihak sekolah dalam bidang akademik,pembangunan sahsiah dan kokurikulum. Selain daripada itu, semakan semula piagam pelanggan yang menjadi amalanwarga sekolah perlu dilaksanakan bagi memberi nilai tambah kepada piagam pelangganuntuk disesuaiakan dengan perkhidmatan terkini yang diberikan kepada semua muriddan ibu bapa/penjaga. Piagam pelanggan ini merupakan iltizam warga sekolah bagimemastikan perkhidmatan yang diberi kepada pelajar adalah selaras dengan visi danmisi sekolah. Bersesuaian dengan visi, misi dan piagam pelanggan yang dibuat di peringkatsekolah, Bidang Keberhasilan Utama Sekolah (SKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama(KPI) selaras dengan NKRA di peringkat Kementerian Pelajaran dan KRA di peringkatJabatan Pelajaran Johor perlu dijadikan matlamat strategik dan objektif yang perludicapai dalam tempoh 3 tahun (2008-2010). Dengan pemantapan semula visi, misi,piagam pelanggan, matlamat strategik dan objektif sekolah, landasan utama untukmenentukan kejayaan sekolah selepas itu adalah .3.2 Membuat dan melaksanakan Perancangan Strategik dan Rancangan Pemajuan Sekolah Dalam usaha memastikan kesinambungan pelaksanaan pelbagai programpembangunan pendidikan di sekolah selaras dengan halatuju yang dibentuk,perancangan strategik yang komprehensif perlu diwujudkan. Perancangan strategik 3tahun perlu dibentuk bersandarkan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) yangdikeluarklan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti oleh semua guru mengikutjawatankuasa-jawatankuasa bidang akademik, pentadbiran, kokurikulum,pembangunan, asrama dan hal ehwal murid. Perancangan ini turut melibatkan pelantaktikal tahunan dan pelan operasi bagi setiap program yang dilaksanakan.Sehubungan itu semua program sekolah dalam pelbagai bidang akan dijalankanbersandarkan takwim perancangan jangka panjang, pelan taktikal dan pelan operasi 4
  • 5. berkenaan. Dokumen Perancangan Strategik yang telah dihasilkan ini kemudiannyadijadikan panduan kepada tindakan bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kesilapan yang sering dibuat oleh pihak sekolah setelahmenyediakan perancangan strategik ini ialah tidak membuat penilaian semula terhadapmatlamat strategik, objektif khusus, strategi dan pelan tindakan sama ada untuksetengah penggal atau selepas berakhirnya sesuatu penggal atau tahun. Pendekatanstrategik melalui proses analisis persekitaran dalaman dan luaran, analisis sumber dananalisis jurang tidak digunakan dalam membuat pengubahsuaian dan penambahbaikanterhadap perancangan yang dibuat. Malah, pelan tindakan panitia mata pelajaransebagai contoh dirancang secara bersendiri tanpa mengira visi, misi, matlamat danobjektif sekolah yang perlu dicapai. Bidang akademik, kokurikulum dan hal ehwal muridpula mempunyai perancangan strategik masing-masing serta tiada kaitan antara satudengan yang lain. Justeru, siri kursus dan bengkel melibatkan semua guru di sekolahdengan guru-guru penolong kanan dan guru kanan matapelajaran menjadi fasilitator danketua pasukan perbengkelan perlu diadakan bagi memastikan perancangan yang dibuatdapat difahami dan dilaksanakan dengan lebih berkesan. Jawatankuasa PerancanganStrategik Sekolah perlu dibentuk berdasarkan matlamat strategik yang menjadi bidangkeberhasilan utama sekolah (School Key Result Area - SKRA). Guru-guru dilantikmenjadi ahli jawatankuasa bagi membina perancangan untuk salah satu SKRA inisementara guru penolong kanan dan guru kanan mata pelajaran bertindak sebagaifasilitator dan ketua pasukan bagi memandu dan membimbing guru-guru di bawahSKRA masing-masing. Sehubungan itu, semua aktiviti dan tindakan yang diambil oleh sekolah samaada melalui program pembangunan sahsiah yang dikelolakan oleh Jawatankuasa HalEhwal Murid, program akademik yang dianjurkan oleh panitia matapelajaran, aktiviti luarbilik darjah yang anjuran Jawatankuasa Kokurikulum maupun aktiviti pengajaran gurudan pembelajaran murid di dalam bilik darjah perlu lebih berfokus dan menjurus ke arahpencapaian visi dan misi sekolah. Warga pendidik di sekolah bukan sahaja perlu melihatruanglingkup tugas mereka yang kecil (small pictures), malah harus jugamenghubungkaitkan tindakan yang mereka ambil dengan ruanglingkup yang lebih besar(big pictures) untuk mencapai wawasan sekolah yang lebih menyeluruh. Melaluinya tindak ikut terhadap keperluan pelan pemajuan setelah sesuatuprogram dibuat pula, usaha penambahbaikan bagi meningkatkan nilai tambah danmemastikan keberkesan program tersebut akan dapat dikenalpasti dan dilaksanakan.Oleh yang demikian, faktor kedua penting untuk membantu kejayaan sekolah adalahmelibatkan aspek perancangan yang menyeluruh yang terangkum dalam perancanganstrategik berkenaan.3.3 Menyelaras tugas melalui amalan kerja sepasukan Seterusnya bagi memastikan hala tuju dan perancangan yang dibuat dapatdilaksanakan dengan baik memerlukan pengagihan kerja yang saksama danimplimentasi kerja yang sistematik. Oleh itu melalui jawatankuasa pengurusan sekolah,agihan kerja yang saksama berdasarkan pemberatan tugas perlu dilaksanakan. Dalamkonteks ini semua tugas sokongan selain daripada tugas utama guru mengajar di dalambilik darjah digerakkan melalui jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang diwujudkan.Pelarasan tugas ini bertujuan untuk membolehkan sekolah beroperasi secara optimumdengan sumber yang minimum. Usaha ini diambil bagi memastikan sekolah terusberada pada landasan yang betul untuk mencapai wawasan dan seterusnya mengecapi 5
  • 6. kejayaan dan kecemerlangan dalam pendidikan walaupun mempunyai kekangansumber. Amalan pengurusan berasaskan kerja sepasukan merupakan satu pendekatanyang boleh membantu meningkatkan keberkesanan penyelarasan tugas di sekolah(Glickmen et. al., 1995). Justeru, amalan pengurusan di sekolah juga bergerak ke arahyang lebih berpusatkan kepada pasukan. Melalui pembangunan pasukan kerja disekolah, pemimpin pendidikan sama ada di peringkat organisasi sekolah maupun diperingkat pasukan boleh menyelaras dan mengkordinasi tugas serta membantumelaksanakan penjadualan dan pembahagian tanggungjawab secara seimbang dan adilkerana penyaluran maklumat dalam kalangan ahli pasukan adalah lebih berkesan(Stevens dan Campion, 1994). Melalui konsep kerjasama, tolong-menolong, bantu-membantu dan semangat kekitaan dalam pasukan pula, tugas dan tanggungjawab yangdiberikan kini menjadi lebih ringan kerana ahli-ahli lain dalam pasukan telah bersama-sama berganding bahu membantu melaksanakannya. Ketua dan ahli pasukan yanglebih arif dan mahir dalam sesuatu bidang dan tugasan pula berpeluang untukmembimbing dan memberi tunjuk ajar secara langsung kepada guru-guru dalammenyelesaikan tugas dan seterusnya meningkatkan perkembangan profesionalismemereka (Shamsuddin Haron, 2005). Sehubungan itu penerapan amalan kerja secara sepasukan sebagai terasmenjayakan sesuatu tugasan perlu diamalkan dalam pengurusan sekolah. Bengkelberkaitan ‘team building’ dan bengkel kreativiti untuk mewujudkan kejelekitan danmencanai amalan kreatif di kalangan guru dan sesama rakan sejawat perlu diadakan.Pemimpin pasukan perlu dilatih untuk melibatkan ahli-ahli kumpulan dalam menentukanobjektif, membuat keputusan terutama berhubung operasi pasukan, merangkaperancangan, melaksana pelan tindakan, menilai dan mengawal pencapaian pasukansecara lebih meluas. Kejelekitan, semangat kerja sepasukan, kreativiti pasukan danproses pembelajaran pasukan harus diberi perhatian agar ahli-ahli pasukan dapatdibimbing ke tahap perkembangan profesionalisme yang lebih tinggi. Antara indikator keberkesanan pelaksanaannya yang boleh diperhatikan adalahpenglibatan dan komitmen guru-guru dalam aspek perkongsian ide, persefahaman danrasa kebertanggungjawaban yang semakin baik. Di samping itu, semangat sepasukandan hubungan antara sesamu guru juga sepatutnya akan berada pada tahap yang lebihbaik. Sementara impak besar yang dapat dikesan pula melibatkan penyuburan amalanperkongsian kuasa dan empowerment dalam pengurusan sekolah. Justeru, prosespenyelesaian masalah dan membuat keputusan terutama melibatkan aspek operasionaldilaksanakan secara kolaboratif dan bersama terutama di peringkat pasukan. Hal inibertepatan dengan kata-kata Khoo Kheng Hor (1997): ”When you talk about management, you have to deal with human being. People only feel achievement if they can participate, play a role in decision making and can enjoy the benefits of ownerships. This gave them motivation.”3.4 Membangun profesionalisme guru dan staf, menyemai budaya ilmu dan mewujudkan sekolah sebagai Organisasi Pembelajaran 6
  • 7. Amalan pengurusan berasaskan pasukan juga boleh membantu membangunkanprofesionalisme guru. Melalui amalan pengurusan sebegini, pemimpin dan rakansepasukan boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru dalammenyelesaikan masalah dan seterusnya meningkatkan perkembangan profesionalismedan mutu pengajaran mereka (Glickmen et al, 1995). Pembangunan kompetensi dankapasiti guru perlu dilaksanakan secara sedar dan terancang kerana ia selari dengankonsep Organisasi Pembelajaran (Learning Organization) untuk memastikan setiap ahliorganisasi sentiasa belajar bagi meningkatkan perkembangan profesionalisme danseterusnya melonjakkan prestasi organisasi. Bagi memastikan guru dan kakitangan sokongan sentiasa dapat melaksanakantugas dengan cemerlang proses `coaching mentoring’ perlu dilaksanakan terhadapsemua pemimpin pertengahan di sekolah iaitu semua guru penolong kanan dan guru-guru kanan. Proses ini perlu dilakukan pada setiap minggu dan direkodkan dalam bukulog pengetua. Melalui proses ‘coaching mentoring’ inilah pengetua dapat membimbingdan menunjuk ajar melalui perkongsian bersama pemimpin pertengahan berkaitan apajuga bidang kerja masing-masing. Melalui pendekatan ini pemahaman yang jelastentang apa juga isu yang berlaku dan mekanisme yang terbaik untuk membantumereka akan diperolehi. Pengalaman pengetua dalam laluan kerjayanya sebagai GuruKanan, Penyelia Petang, Penolong Kanan dan seumpamanya di samping pengetahuansemasa mengikuti kursus dan sebagainya perlu digunakan sepenuhnya untuk tujuanbimbingan berkenaan. Proses ini harus dibudayakan kepada semua pemimpin pertengahan dengansemua personel ini melaksanakan juga ‘coaching and mentoring’ kepada sumber dibawah kawalan mereka iaitu guru-guru atau kakitangan sokongan yang berkaitan.Melalui pendekatan ini guru dan staf sokongan dapat dibimbing secara sistematik.Secara tidak langsung proses pemantauan juga berlaku di segenap peringkat.Contohnya, apabila pengetua membuat bimbingan kepada guru penolong kanan dalamaspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (P&P), penolong kanan seterusnyamembuat bimbingan dan pemantauan kepada guru-guru kanan yang seterusnya prosesyang sama berlaku kepada ketua-ketua panitia, penyelaras-penyelaras tingkatan danakhirnya kepada guru-guru akademik. Dalam usaha membangunkan kapasiti ini juga, perhatian yang serius harusdiberikan terhadap program pembangunan profesionalisme guru melalui pembelajaransecara tidak formal maupun secara formal dan terancang. Pelbagai program melibatkanpembangunan staf perlu dilaksanakan di sekolah melibatkan kursus, bengkel, taklimatdan ceramah. Di samping merancang dan melaksanakan program pembangunan stafsecara berkala berdasarkan analisis keperluan, pengetua perlu mengenalpasti kekuatandan kepakaran yang ada pada di sekolahnya. Guru penolong kanan, guru kananmatapelajaran dan guru-guru senior yang mempunyai kepakaran tertentu harusdilibatkan untuk bertindak menjadi mentor bagi membimbing guru-guru yang baru dankurang berpengalaman dalam pasukan masing-masing. Selain itu bagi membugarkan budaya ilmu di kalangan pendidik dan kakitangan,mesyuarat atau perjumpaan guru perlu diisi dengan aktiviti wacana ilmu melaluipembentangan oleh guru dan kakitangan secara bergilir. Melalui wacana ilmu inipelbagai imput baru berkaitan perkembangan mutakhir pendidikan dapat didedah dandikongsikan bersama. Antara pengisian dalam wacana ilmu ini ialah ulasan buku, 7
  • 8. penemuan baru dalam pendekatan pembelajaran, teori-teori terkini pendidikan atau apasahaja yang bermanfaat untuk tujuan pendidikan. Natijahnya, apabila sesorang pendidikberkenaan mempunyai kekuatan ilmu yang tinggi dan penguasaan trend pendidikankontempori pastinya akan dapat membantu mendidik anak-anak murid dengan lebihberkesan. Usaha memantapkan keilmuan guru seterusnya saya perluaskan kepadapelanggan utama sekolah iaitu pelajar-pelajar dengan menerapkan budaya ilmu bagimemastikan setiap mereka bukan sahaja bijak dari segi keintelektualannya tetapi jugapintar dan berketrampilan dalam aspek-aspek yang lain. Antara pendekatan yang bolehdigunakan bagi merealisasikan aspirasi ini ialah melalui aktiviti setiap pelajar mestimemiliki sebuah buku catatan kecil yang sentiasa dibawa untuk mencatat apa juga yangdiperolehi sepanjang berada di sekolah sama ada yang diperhatikan, didengar dandilihat. Selain itu setiap pelajar secara bergilir akan diberi peluang memberikan pidatoringkas selama 5 minit pada setiap perhimpunan harian, menambah bilangan papan-papan kenyataan bermaklumat, menerbitkan bulletin persatuan atau unit secara berkala,mewujudkan kiosk maklumat secara atas talian sebagai sumber mengakses maklumat-maklumat sekolah melalui portal sekolah, portal jabatan pelajaran dan KementerianPelajaran Malaysia di samping mengadakan kempen membaca sepanjang tahun. Inijuga merupakan sebahagian daripada pendekatan bagi memastikan sekolah berperanansebagai organisasi pembelajaran (learning organization) yang dapat melahirkan budayakolaboratif iaitu semua orang mempunyai keyakinan dan keupayaan mengambilbahagian yang aktif dalam proses pembelajaran seperti yang disarankan Peter Senge(1990). Ringkasnya, pelaksanaan program pembangunan staf yang telah dirancangsecara formal, proses pembelajaran secara tidak formal yang berlaku semasamelaksanakan aktiviti dalam pasukan dan bantuan secara langsung melalui programmentoring oleh pihak pentadbir dan guru senior serta pelbagai usaha untuk menjadikansekolah sebagai Organisasi Pembelajaran telah dapat meningkatkan perkembanganprofesionalisme guru-guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dankejayaan sekolah.3.5 Meningkatkat inovasi dan kreativiti melalui Kajian Tindakan Sebagai front liners, para guru merupakan pegawai yang berhadapan secaraterus dengan kerenah murid terutama di dalam kelas. Mereka memerlukan segalapersediaan berupa pengetahuan, kemahiran dan personaliti untuk mendidik para muriddari berbagai latarbelakang, potensi dan motivasi. Mereka merupakan pakar yangmengetahui kekuatan, kelemahan dan keperluan murid-murid di dalam bilik darjahterutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Mereka perlusentiasa berusaha membawa perubahan dan pengubahsuaian terhadap teknikpengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi serta memberiperkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka (Mok Soon Sang,2003). Sehubungan itu, kajian tindakan merupakan satu pendekatan yang bolehdigunakan oleh guru untuk mengenalpasti kaedah dan amalan terbaik terutama dalamproses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid mememahami danmempelajari sesuatu kosep, maklumat atau topik (Glickmen et. al, 1985). Kajian ini 8
  • 9. dilaksanakan berasaskan tindakan guru membuat refleksi kendiri untuk mengesankeadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan dan seterusnya membaikikeadaan amalan-amalan tersebut. Biasanya, kaedah pengajaran guru ataupenggunaan bahan pengajaran yang kreatif dan inovatif akan terhasil dari kajian yangdibuat. Berpegang kepada prinsip bahawa kajian tindakan dapat menyelesaikanpelbagai isu domestik dalam tempoh singkat dan berkesan, pengetua perlu menjadikankajian tindakan ini sebagai agenda untuk meningkatkan kecemerlangan di sekolah.Melalui Jawatankuasa Kajian Tindakan Sekolah semua guru diwajibkan secara individuatau kumpulan menjalankan kajian tindakan mengikut kesesuaian tugas dantanggungjawab masing-masing selari dengan hasrat Pengarah Pelajaran Johor yangmenyarankan gagasan ”satu guru satu kajian tindakan” (Sufa’at Tumin, 2009). Sementara itu, guru-guru ini perlu digalakkan untuk membentangkan hasil kajiantindakan mereka dalam Saminar Kajian Tindakan peringkat daerah dan pembentangandi peringkat sekolah yang diadakan dalam beberapa siri perbengkelan dan kursuspembangunan staf. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-gurumembentangkan dapatan kajian tindakan mereka bagi dikongsi dengan rakan-rakanguru yang lain. Natijah dari pelaksanaan kajian ini, pelbagai inovasi dan kreativitipengajaran akan dapat dihasilkan. Oleh itu, usaha-usaha penyelidikan melalui kajiantindakan ini perlu diberi penekanan bagi meningkatkan kejayaan sekolah. Oleh kerana,kajian seperti ini sangat sesuai di laksanakan dalam konteks pendidikan dalam bilikdarjah, dapatannya juga sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan peratusandan kualiti pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam.3.6 Memberi penekanan kepada amalan-amalan instruksional di sekolah Petunjuk prestasi kejayaan mana-mana organisasi sekolah antaranya diukurberdasarkan kepada pencapaian akademik sama ada dalam peperiksaan awammahupun pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Dalam konteks ini pengetua harussentiasa memastikan amalan instruskional diberikan penekanan. Para pemimpinpendidikan boleh menggunakan pendekatan Model Kepimpinan Instruksional yangdisarankan oleh Hallinger dan Murphy (1987) yang mengetengahkan 3 dimensi yangperlu diberikan perhatian bagi memastikan kejayaan instruksional di sekolah. Dimensi-dimensi berkenaan ialah mendefinisikan misi sekolah, mengurus program instruksionaldan mewujudkan iklim pembelajaran yang positif. Sehubungan itu antara tindak ikut yang boleh dilakukan di sekolah ialah denganmengawal waktu instruksional di sekolah. Oleh itu penggunaan jadual anjal melibatkanguru yang dijangka keluar pada hari-hari tertentu melalui kaedah `jual beli P&P’ disekolah ini boleh dilaksanakan. Melalui pendekatan ini tidak akan timbul masalah tiadaguru dalam bilik darjah kerana ketiadaan guru di sekolah telah dirancang lebih awal. Selain daripada itu pemantauan P&P merupakan aspek penting dalam amalaninstruksional ini. Sehubungan itu, pemantauan P&P bagi setiap guru perlu diadakansekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun dengan corak pemantauan atas kebawah (pentadbir memantau guru) dan setara (pemantauan rakan sejawat). Langkah ini 9
  • 10. turut memberikan kesan positif apabila guru sentiasa berusaha memastikan pengajarandi dalam bilik darjah dilaksanakan mengikut perancangan Huraian Sukatan pelajaran,Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran yang disediakan. Malah pemantauanbercorak rakan sejawat memberi keselesaan yang lebih kepada guru-guru. Selain daripada itu bagi memastikan pelajar-pelajar sentiasa memperolehkejayaan berganda sesuai dengan misi sekolah membangunkan potensi individu melaluipendidikan berkualiti, sekolah perlu menyediakan pelbagai program sokongan kepadapelajar-pelajar seperti bengkel kecemerlangan, program motivasi, tuisyen asrama,tuisyen Ibnu sina, tuisyen hikmah, kem marathon akademik, akujanji dan sebagainya.Malah program seumpama ini bukan sahaja difokuskan kepada calon yang akanmengambil peperiksaan PMR dan SPM tetapi juga persediaan lebih awal melaluiprogram khas di peringkat pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 lagi. Program menyeluruh bagisemua tingkatan ini merupakan antara amalan instruksional yang terbukti telahmemberikan impak yang besar apabila prestasi pencapaian sekolah di peringkat PMRdan SPM meningkat setiap tahun.3.7 Memberi insentif dan ganjaran Sergiovani (1995) menyatakan bahawa rasa puas hati dalam kalangan guru danpelajar (menikmati sekolah sebagai tempat untuk bekerja atau belajar) ialah apabilamereka mendapat ganjaran atau insentif melalui penglibatan dalam aktiviti sekolah danmerasai dirinya berharga dan dihargai. Berdasarkan prinsip ini dan selaras dengan teoripiramid Maslow bahawa antara keperluan manusia ialah penghargaan kendiri makaelemen ini perlu dilaksanakan sebagai motivasi atau penggerak kepada sumber yangada di sekolah (guru dan murid) untuk sentiasa berusaha mencapai visi dan misisekolah melalui peranan masing-masing. Antara usaha yang boleh dilaksanakan bagi memastikan guru sentiasa dihargaiialah dengan memberikan hadiah kepada setiap orang guru semasa hari jadi guruberkenaan, ucapan terima kasih, tahniah dan sijil penghargaan bagi setiap kejayaanyang disumbangkan oleh guru untuk sekolah, mewujudkan `thank you board’ di sekolahuntuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yangmenyumbang kepada nilai tambah kejayaan organisasi di samping mengadakan jamuanmakan secara berkala. Bagi pelajar-pelajar sekolah pula penghargaan dan nilai diberi bagi setiappenyertaan dan sumbangan yang diberi untuk kejayaan sekolah dalam apa juga bidangsama ada akademik, kokurikulum atau disiplin. Malah pengetua boleh turutmemperkenalkan banyak kategori penghargaan kepada murid yang tidak melibatkankejayaan kepada sekolah tetapi membantu mewujudkan budaya baik di sekolah.Antaranya memberikan sijil penghargaan kepada pelajar yang hadir dalam gotongroyong sekolah, sijil kepada pelajar yang hadir 100% dalam setahun dan sijil kesantunandan budi pekerti. Pelbagai insentif juga boleh diperkenalkan di sekolah untukmewujudkan iklim pembelajaran yang postif, antaranya insentif kepada pertubuhanpelajar yang dapat mewujudkan sudut ilmu, insentif kepada pelajar yang memperolehsemua A dalam peperiksaan dan pelbagai insentif yang lain. Natijahnya banyakkejayaan akan dicapai oleh pelajar-pelajar sekolah dalam pelbagai aktiviti sukan,permainan dan kokurikulum akademik melalui gabungan usaha dan kaedah insentif danganjaran yang dilaksanakan di sekolah. 10
  • 11. 3.8 Menjalin hubungan interpersonal berkesan Kaedah komunikasi yang diamalkan oleh pengetua dalam hubunganinterpersonal dengan guru-guru, murid-murid, ibubapa dan masyarakat sekitar jugaboleh menentukan kejayaan sesebuah sekolah (Mok Soon Sang, 2003). Kebolehanpemimpin untuk mengenalpasti dan menggunakan jaringan perhubungan yangmenggalakkan, membentuk suasana yang dapat mendorong kepada penyalurankomunikasi secara terbuka, mendengar menggunakan teknik mendengar secara aktiftanpa perasaan prejudis, menginterpretasi maklumat non-verbal yang disampaikan ahlidan menyesuaikan diri dalam perbualan akan dapat membantu sesebuah organisasimengurangkan kadar aduan, konflik dan ketegangan dan membolehkan pelbagai aktivitidan program dilaksanakan dengan lebih berkesan (Stevens dan Campion, 1994). Kejayaan sekolah bukan sahaja bergantung kepada keupayaan dalamannyatetapi juga melibatkan pihak-pihak lain yang berkepentingan di luar sekolah sepertidinyatakan oleh Peter Mortimore (1995). Sehubungan itu bagi memastikan wujudnyakonsep `smart partnership’ antara sekolah dengan organisasi di luar sekolah,pendekatan `memasyarakatkan sekolah’ iaitu membawa pihak lain yang ada di luarsekolah supaya dapat membantu sekolah membangunkan pendidikan secara bersamamerupakan satu kaedah yang berkesan. Selaku penasihat (ex-officio), Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) sekolah yang merupakan organ penting sekolah, pengetua perlusentiasa menjadikan organisasi ini sebagai sandaran utama membantu pelbagaiprogram pendidikan di sekolah. Hubungan rapat dengan PIBG banyak membantukejayaan sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum. Selain itu organisasi bersifat permuafakatan seperti briged komuniti yangdiangotai oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk pemimpin setempat yangberkepentingan dengan sekolah dapat membantu sekolah mengikut kapasiti masing-masing. Kewujudannya memberikan kesan yang besar terhadap penurunan ketara kes-kes salah laku dalam kalangan murid dan peningkatan pencapaian kokurikulum sekolah.Peluang lokasi sekolah seperti kedudukannya berhampiran dengan pusat perindustriansebagai contoh boleh dimanafaatkan dengan mengadakan jaringan bersama pengusahaindustri melalui pelbagai program seperti menghijaukan sekolah dan memperolehpenajaan program. Jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak GO dan NGO juga bolehdimanafaatkan untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pelajar danseterusnya memperkaya khazanah pengalaman mereka di sekolah. Programpengantarabangsaan sekolah melibatkan jaringan antara sekolah dengan sekolah darinegara lain juga memberi manfaat kepada warga sekolah. Dengan pendekatan ini guru-guru dan pelajar sekolah berpeluang untuk berinteraksi dan berhubung serta berkongsiamalan-amalan terbaik (best practices) dengan sekolah-sekolah di luar Negara. Sehubungan itu, dengan membina jaringan melalui jalinan hubunganinterpersonal dengan semua guru dan kakitangan, ibubapa dan masyarakat setempatserta pelbagai badan kerajaan dan swasta menggunakan kemahiran komunikasiberkesan konsep ’memasyarakatkan sekolah’ akan dapat dicapai. Pendekatan pintuterbuka melalui perhubungan dengan semua pihak secara diplomasi dalam suasanayang kondusif untuk perbincangan dan percambahan fikiran akan membawa natijahsemua pihak yang datang berasa selesa untuk mengemukakan cadangan, pendapatdan buah fikiran bagi kepentingan pendidikan anak-anak didik di sekolah. Pelbagaicadangan yang dikemukakan dan aktiviti ”smart partnership” melibatkan pelbagai agensiluar juga akan lebih mudah terlaksana. Amalan melaksanakan jalinan hubungan 11
  • 12. interpersonal secara berkesan ini jelas memberi impak yang besar terutamanya dariaspek kerjasama daripada semua pihak sementara kadar aduan, konflik, pergeserandan ketegangan sama ada melibatkan pihak dalaman maupun luaran boleh diturunkanpada tahap yang paling minima. Justeru, pelbagai aktiviti untuk meningkatkanpencapaian murid dan kecemerlangan sekolah dapat dilaksanakan dengan lebihberkesan dengan penglibatan, sokongan dan bantuan dari semua pihak.3.9 Membuat pemantauan, kawalan dan usaha penambahbaikan Bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan denganberkesan, proses pemantauan dan penyeliaan perlu dilakukan bagi membolehkanusaha penambahbaikan dilaksanakan dengan secara lebih berfokus dan terancang(Ashah Samah et. al., 2007). Berdasarkan kitaran kerja pengurusan (PDCA) yangdicadangkan oleh Deming (1986), selepas sesuatu aktiviti dirancang (Plan) dandilaksanakan (Do), pemimpin organisasi perlu membuat pemantauan dan kawalan(Control) bagi membolehkan dia bertindak (Act) melaksanakan usaha penambahbaikan.Justeru, fokus terhadap aktiviti pemantauan dan kawalan bagi membolehkan usahauntuk melaksanakan pembetulan dan penambahbaikan dilaksanakan perlu diberikanperhatian wajar. Sehubungan itu, rutin kerja seharian seorang pengetua pada waktu pagi perludimulakan dengan mengaplikasikan Management by Walking About (MBWA) bagimemastikan semua aktiviti sekolah berjalan lancar serta menepati peraturan yangberkuat kuasa. Berdasarkan amalan ini, pengetua perlu berjalan dari satu bilik darjah kesatu bilik darjah yang lain atau dari satu makmal ke bilik-bilik lain seperti bengkel, pusatsumber, stor dan lain-lain bagi membuat pemerhatian dan kawalan terutama terhadapaktiviti kurikulum yang sedang dijalankan. Sekiranya terdapat kelemahan dalampelaksanaannya, perbincangan dengan mereka yang terlibat secara langsung perluterus diadakan bagi membolehkan langkah pembetulan dan usaha penambahbaikandapat dilaksanakan dengan segera. Penekanan juga harus diberikan agar guru-guru membuat reviu dan post mortemke atas setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan. Melalui pendekatan sebegini,satu bentuk analisis yang sistematik dalam bentuk maklum balas bagi mengenalpastikekuatan dan kelemahan serta sebab-musabab kejayaan dan kegagalan sesuatu aktivitiakan dapat dikenalpasti. Sehubungan itu, dapatan yang diperolehi boleh digunakanuntuk melaksanakan usaha-usaha pembetulan dan penambahbaikan. Ringkasnya,proses pembelajaran akan sentiasa berlaku. Di samping itu, pemantauan terhadap pelaksanaan dan keberkesanaan prosespengajaran guru dan pembelajaran murid di bilik darjah perlu dilaksanakan selaridengan kehendak Surat Pekeliling Iktisas, Bilangan 3/1987 (Penyeliaan Pengajaran danPembelajaran di Dalam Bilik Darjah oleh Pengetua/ Guru Besar). Amalan penyeliaanyang dilakukan di sekolah tidak harus dianggap sebagai amalan birokrasi pentadbiranatau hanya sebagai instrumen untuk memeriksa sekolah dan mencerap aktivitipengajaran guru semata-mata. Oleh itu, perhatian terhadap aktiviti tindak ikut daripadapenyeliaan yang dilaksanakan seperti coaching dan mentoring untuk membantu gurumembuat usaha pembetulan dan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kemahirandan perkembangan profesionalisme mereka yang perlu diberi penekanan. Kesandaripada aktiviti pemantauan, kawalan dan melaksanakan usaha pembetulan danpenambahbaikan yang dibuat, guru-guru akan lebih prihatin dan teliti dalam 12
  • 13. mengendalikan program sekolah. Hasilnya, program yang dilaksanakan akan lebihmantap, berfokus dan memberi kesan yang positif terhadap kemajuan murid dankecemerlangan sekolah.4.0 Rumusan Dan Penutup Pengetua adalah peneraju utama di sekolah. Kata-katanya adalah kata pemutusdan bicaranya adalah suara rasmi organisasinya. Sehubungan itu, dalam arus perdanaglobalisasi hari ini peranan dan fungsi pengetua masih menjadi fokus dan perhatianyang akan menentukan jatuh bangunnya sekolah. Ini bukan bermakna kerana pengetuaberkenaan terlalu penting tetapi sebenarnya ribuan pelajar yang ada dalam institusisekolah itulah yang penting untuk dibangunkan dengan kepimpinan dan inisiatif yangdiketuai oleh pengetua. Memetik kata-kata Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Mohd Dom,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, “Kejayaan pelajar dalam apa juga bidang adalahmerupakan kejayaan pengetua sekolah berkenaan menggerakkan semua sumber yangada di bawah kawalannya.” Justeru, peranan pengetua amatlah penting untuk memastikan sekolah sentiasadapat dipacu kearah kejayaan dan kecemerlangan sesuai dengan era globalisasi dan kearah mengangkat martabat pendidikan negara kita bertaraf dunia. Tindakan-tindakanyang diambil sudah tentu memberi impak terhadap pencapaian wawasan sekolah danseterusnya meningkatkan kecemerlangannya dalam aspek kurikulum, kokurikulum,sahsiah, kepimpinan dan kemajuan sekolah secara lebih menyeluruh. Oleh itu,pengetua harus terus berusaha bagi memastikan sekolah di bawah pimpinannya berjayamencapai hasrat visi dan misi yang telah ditetapkan dan selaras dengan malamatWawasan 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan gagasan 1Malaysia.RUJUKANAbdul Shukur Abdullah (1998). Pengetua Berkesan Sekolah Berkesan. Kertas Kerja Seminar Kecemerlangan Sekolah Negeri Sembilan pada 16 Jun 1998.Asarudin Ashari (1995). Pengurusan Strategik di Peringkat Sekolah. Jurnal Pendidikan PKPSM. Bil. 34. Julai. p25-27.Ashah Samah, Misnan Mohd. Damin dan Paridah Yahaya (2007). ”Pemantauan dan Penyeliaan” dalam Memperkasa Kepimpinan Instruksional di Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Ayub Jantan (2005). Pengetua Sekolah Yang Efektif. KL : PTS Publishing.Barron, B.G. dan Henderson, M.V. (1995). Strategic Leadership: A Theoretical and Operational Definition. Jurnal of Instructional Psychology. Vol. 11:4, June, p178.Daming, E.W. (1986). Out of the Crisis. Massachusetts: MIT Centre for Advance Engineering Study.Davis, T.J. (1989). One Man’s War. California: Tioga Publishing 13
  • 14. Glickmen, C.D., Gordon, S.P. dan Ross-Gordon, J.M. (1995). Supervision of Instruction: A Developmental Approach. Needham Heights, Mass.: Allyn and Bacon.Hallinger, P. and Murphy, J.(1987). Instructional Leadership. Educational Ledearship. September. Pp 54-61.Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Khoo Kheng Hor (1997). Empowerment: A Most Abused Concept. Certified Management Digest. Vol. 4:7, Julai.Kouzes,J. dan Posner, B. (1995). The Leadership Challenge. San Francisco: Jossey Bass.Lussier, R.N. dan Achua, C.F. (2000). Leadership: Theory, Application, Skill. South-Western College Publishing.Mok Soon Sang (1992). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Mauriel, J.J. (1989). Strategic Leadership for School: Creating and Sustaining Productive Change. San Francisco: Jossey-Bass Publisher.Mortimore, P. (1995). Key Characteristics of Effective School. Kertas dibentangkankan pada Seminar Sekolah Efektif, Genting Highlands : IAB.Muhamad Bustaman Abdul Manaf (1997). Pengurusan Strategik: Satu Pengenalan Kepada Peranan dan Amalan Konsepnya dalam Pengurusan Sekolah. Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB, Vol 7: 01, Disember, p36-49.Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah: Satu Pandangan Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.Senge, P (1990). The Fifth Discipline: The Art and Practice of The Learning Organization. London : Sage.Sergiovani, T.J. (1995). The Principalship. Boston : Allyn and Bacon.Shamsuddin Haron. (2005). Menjana Kegemilangan Pendidikan Melalui Pembangunan Pasukan Kerja di Sekolah. Jurnal Bestari. Bil. 9. P 127.IAB (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting Highlands :IABStevens, M.J. dan Campion, M.A. (1994). The Knowledge, Skill and Ability Requirements for Teamwork: Implication for Human Resource 14
  • 15. Management. Jurnal of Management. Vol 20, p503-530.Stoltz, P.G. (1997). Adversity Quotient. New Jersey: John Wiley and Sons, Inc.Sufa’at Tumin (2009). 30 Inisiatif Merealisasikan Johor Top 5. Johor Bahru: Jabatan Pelajaran Johor. 15