Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Dimensi kepimpinan pengetua mewujudkan

on

  • 2,469 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,469
Views on SlideShare
2,468
Embed Views
1

Actions

Likes
0
Downloads
85
Comments
1

1 Embed 1

http://pkpsmjohor.blogspot.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • saya amat bersetuju dengan idea bernas saudara.Saya juga berkeinginan untuk melakukan perubahan.malangnya sy terpaksa hadapi sedikit kekangan terutamanya gur-guru yang berasa mereka kini dalam 'confort zone'.jika sy tidak dapat atasinya sya akan cuba kontek saudara Azman.Bolehkan!TQ
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan Dimensi kepimpinan pengetua mewujudkan Document Transcript

  • Dimensi Kepimpinan Pengetua Mewujudkan Sekolah yang Berdayasaing Oleh : Haji Ayob Jantan Pengetua Cemerlang SMK Seri Kenangan Segamat Dunia hari ini adalah dunia persaingan. Setiap detik masa berlalu menjanjikanberlakunya perubahan, setiap perubahan ini pula memberi cabarannya tersendiri. Kadang kalacabaran bukannya datang dari luar atau dari orang lain tetapi datangnya dari dalam. Sebagaicontoh di peringkat organisasi , cabaran pertama adalah hendak menggerakkan anggotaorganisasi menghadapi dan menangani perubahan itu sendiri. Di samping itu ada perubahanyang membawa perkara-perkara baru . Di peringkat profesyen kita pula dituntut berubahberasaskan keperluan dan aspirasi negara yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.Apa yang penting kita harus mempunyai dayatahan dan daya saing yang tinggi yang bukansahaja membolehkan kita bersaing bahkan mampu memberi saingan kepada orang lain. Dalamkonteks ini, persaingan lebih dilihat sebagai cabaran dan bukan soal kalah menang. BlueOcean Strategy pula melihat persaingan itu sebagai faktor yang penting dan sangat relevendalam mencapai kejayaan organisasi. Asasnya, kita bukan bersaing untuk menjatuhkan rakanyang lain, tetapi kita berlumba untuk mencapai kecemerlangan. Hasilnya mungkin adaterdahulu dan mungkin ada terkemudian. Dalam arus perubahan kini, tranformasi kepimpinan negara merupakan faktor besaryang menuntut perlunya persaingan tersebut. Justeru penghayatan terhadap tranformasimelalui Gagasan I Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan perlu dijelmakandalam pelan tindakan strategik di peringkat organisasi. Ini jelas dalam kenyataan PerdanaMenteri : “ the government is set to begin the transformation process in strengthening theefficency of its deliver system” Kecekapan dan kecepatan merupakan asas perkhidmatan cemerlang yang dikehendakioleh rakyat. Oleh itu tranformasi dalam perkhidmatan kerajaan itu diharapkan sebagai : “intoducing a new paradigm for performance through rigorous use of KPIs”KPI ini juga digunakan mengukur keberkesanan pelaksanaan enam Bidang keberhasilanUtama Negara (NKRA) yang meliputi: i) Mengurangkan jenayah ii) Memerangi rasuah iii) Meluaskan akses pendidikan bermutu dan termampu iv) Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah v) Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman vi) Menambahbaik pengangkutan awam bandar Mengapa KPI digunakan sebagai kaedah pengukuran ? Charles Parker telahmerumuskan penggunaan KPI adalah untuk :
  • i) Mengenal pasti kejayaan ii) Memenuhi keperluan pelanggan iii) Membantu memahami proses iv) Mengenal pasti masalah v) Memastikan keputusan yang dibuat berdasarkan fakta bukan semata-mata emosi vi) Menunjukkan penambahbaikkan yang dirancang benar-benar tercapaiPenjenamaan Semula Sebagai Titik Permulaan Transformasi Bagi menghadapi agenda besar negara iaitu Wawasan 2020, tranformasi lebihmerupakan pendekatan penjenamaan semula usaha-uasaha yang telah berlangsung terutamadalam membina negara bangsa dan memartabatkan negara di persada dunia. Kita mempunyai10 tahun lagi untuk mencapai negara maju, langkah penjenamaan semula merupakan suntikanbagi mempercepatkan ke arah pencapaian matlamat tersebut. Oleh itu tranformasi akanmenjadikan negara menjadi lebih kompetatif dan mampu bersaing di peringkat global. Dalam proses penjenamaan semula, kita mempunyai masa untuk merasionalkantindakan strategik kepada isu-isu semasa yang semakin mencengkam ke arah negara maju.Situasi ekonomi global yang tidak menentu dan zaman kemelesetan ekonomi negara dengankadar pengangguran yang semakin tinggi adalah faktor transformasi lahirnya Model EkonomiBaru (MEB). Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan menjadikan Malaysia negaraberpendapatan tinggi pada tahun 2020. Sementara itu jenayah pula menjadi semakin seriusyang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan negara. Penurunan indeks jenayah akanmembawa kepada kesetabilan ekonomi dan politik negara. Begitu juga indeks rasuah negarakita menunjukan kedudukan yang semakin meningkat di peringkat dunia, yang melambangkantahap intergriti kakitangan kerajaan rendah. Justeru Perdana Menteri menegaskan ; ”Our real work will begin as we make the tranformation of government services happen” Proses penjenamaan semula sebenarnya membolehkan kita melihat status kedudukansemasa dengan mengukur kelemahan dan kekuatan yang ada kemudian bergerak membuatperancangan dengan megambil kira segala peluang dan halangan. Dalam ertikata lain prosesini merupakan proses membuat deklarasi untuk melakukan perubahan dan mezahirkankomitmen terhadap perubahan itu. Dalam konteks pengurusan sekolah, penjenamaan semula ini meliputi perubahanprogram-program rutin yang kurang memberi impak, dan program-program penambahbaikansekolah yang menghala ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi . Mungkin telah sekian lama kitamengamalkan kaedah yang sama dan telah pun merasai hasil yang tidak jauh berbeza, makajangkamasa ini dianggap proses penjernihan . Inilah masanya kita melihat ke luar darilingkungan kelaziman dan mencuba sesuatu inovasi yang tidak pernah disekat oleh mana-mana pekeliling. Langkah ini sebenarnya akan memberi makna dan warna tranformasi itusendiri.Transformasi Pendidikan
  • Dunia pendidikan sentiasa berubah, setiap perubahan itu merupakan kemajuan danpenambahbaikan bagi sistem yang ada. Perkembangan-perkembangan baru ini meliputi aspekkurikulum dan juga yang berkaitan pembangunan modal insan. Kini perubahan tersebutmengalami proses transformasi yang terancang selari dengan aspirasi transformasi nasional.Bidang-bidang perubahan ini di antaranya a) Pemansuhan PPSMI b) Memperkasa Prasekolah c) Pentaksiran Berasaskan Sekolah d) Memartabatkan Bahasa Melayu, Memeprkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) e) Memperluaskan Pendidikan Teknik dan Vokasional f) Satu Murid Satu Sukan g) Sekolah Berprestasi Tinggi h) LINUS i) Tawaran Baru/ Bai’ah kepada Pengetua Setiap perkembangan baru ini memberi impak perubahan lanskap pendidikan negarasama ada melibatkan perubahan dasar, struktur mahupun sistem penyampaian. Transformasitidak bermakna jika impaknya tidak menggambarkan hasil berprestasi tinggi. Transformasi jugamungkin tidak berjaya jika kita tidak beralih kepada bentuk amalan kepimpinantransformasional.Tawaran Baru Untuk Pengetua Tawaran Baru Untuk pengetua merupakan salah satu daripada empat BidangKebrhasilan Utama (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia. Dimensi sub-NKRA ini adalahuntuk meningkatkan kecemerlangan kualiti pelajar menerusi peningktan prestasi pengetua.Dalam ertikata yang lain pemimpin sekolah mempunyai impak yang signikan ke ataskecemerlangan pelajarnya. Dalam erti kata yang mudah, maju mundurnya sekolah adalahkerana pengetuanya. Dilihat dari senario ini jelaslah bahawa kita berada dalam medan besar yangakan ditentukan kedudukannya berdasarkan prestasi. Persaingan tidak lagi dalam daerah tetapimelepasi sempadan negeri yang mengumpulkan sebanyak 2,225 buah sekolah menengahseluruh Malaysia yang merangkumi sekolah menengah harian, Sekolah Berasrama Penuh,Sekolah Menengah Agama, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah Kluster, Sekolah ModelKhas, dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Klasifikasi ini juga mengambil kira kelompoksekolah yang ada tingkatan 6 yang mewakili 30% jumlah keseluruhan sekolah menengah, dansekolah-sekolah tingkatan1 hingga tingkatan 5. Konsep Tawaran baru ini adalah adalah merupakan pengiktirafan dalam bentukganjaran kewangan dan bukan kewangan. Tawaran ini sebagai kontrak pencapaian (bai’ah)pengetua. Sudah pasti kontrak ini berasaskan prestasi sekolah dan pengetua denganmenyediakan mekanisma yang tertentuBagaimanakah prestasi ini diukur ? Pertama : berdasarkan gred purata Sekolah (GPS). Sekolah yang mempunyai PMRsahaja dikira 100% begitu juga sekolah yang mempunyai SPM sahaja. Bagi sekolah yangmempunyai peperiksaan awam PMR dan SPM maka 40% PMR dan SPM 60%. PemberianSPM lebih tinggi daripada PMR kerana nilai taraf sijil itu dan ia juga merupakan tahap tertinggi
  • persekolahan. Sementara sekolah yang mempunyai STPM dikira PMR 35%, SPM 60%, danSTPM 5%. Kedua : berdasarkan Standard Kualiti pendidikan Malaysia (SKPM) iaitu satu standarddalam penilaian kendiri yang merangkumi empat bidang utama iaitu visi dan misi, pengurusanorganisasi, pengurusan P&P, dan kemenjadian murid. Pemberatan dalam kedua-duakompenan dapat dilihat dalam formula di bawah : Gred Purata Sekolah(GPS) + SKPM = Skor komposit (Indeks) (70 %) (30 %) = 100Apakah implikasi skor komposit ? Skor komposit yang dirumuskan dalam bentuk peratus akan digunakan untukmenentukan kedudukan sekolah. Gambarannya sudah tentulah kedudukan yang teratasmerupakan sekolah berprestasi tinggi (ET) dan kedudukan yang kelompok di bawah akandikenali sekolah berprestasi rendah (BT). Seterusnya sekolah kelompok teratas dicalonkanuntuk anugerah sementara yang terkebawah akan mengikuti Program Pembangunan Prestasi. Walau bagaimanpun jumlah kedua-dua kelompok tersebut akan ditentukan nisbah danqota tahunan (NKPI). Formula bagi mendapatkan sasaran ini adalah seperti berikut : Bilangan Sekolah yang Mencapai ET x 100 Jumlah Sekolah KeseluruhanKementerian pelajaran telah menetapkan KPI bagi kategori berprestasi tinggi sebanyak 3% bagitahun 2010 dan 6 % menjelang tahun 2012. Proses yang sama juga digunakan bagi menetapkan KPI bagi pemimpin sekolah yangtidak mencapai sasaran. Namun keadaanya agak berbeza kerana kelompok ini akan dipantaudan jika berlaku secara berterusan akan mengikuti Program Pembangunan Prestasi di IABtermasuk kursus ’coaching and mentoring’, konsultasi & School Profiling. Akhirnya diharapprogram tersebut akan dapat membantu pengetua meningkatkan prestasi sekolah. Seterusnyamungkin ada pilihan jika didapati prestasi yang diharapkan tidak meningkat tindakan akandibuat secara pentadbiran.Program Pembangunan Prestasi Sekolah(School Improvement Programme-SIP) Bagi merealisasikan Tawaran Baru ini, satu mekanisme telah dicari dan dihasilkan iaitudikenali SIP ( Program Pembangunan Prestasi Sekolah) . Idea asal yang menyokong matlamatbesar untuk meningkatkan pencapaian pelajar melalui peningkatan kualiti pengetua ini perlulahdibantu dengan kaedah yang sistematik . Justeru SIP merupakan alternatif yang terbaik bagimembantu semua pihak yang berkepentingan.SIP ini mengandungi tiga komponan besar iaitu :- a) Ranking Sekolah- Penarafan Kemajuan Sekolah Ranking sekolah berdasarkan skor komposit merupakan pemangkin penambahbaikan di sekolah. Ranking ini menggambarkan pencapaian sekolah
  • setara dengan sekolah yang lain. Ia juga merupakan asas Tawaran Baru kepada pengetua. b) Toolkit- Alatan Rancangan Penambahbaikan sekolah (SIT) Toolkit merupakan proses pengumpulan maklumat bagi merancang pelan tindakan. Ia meliputi keutamaan keperluan sekolah serta pemahaman tahap prestasi setiap guru ,kelas, dan setiap pelajar. Data dan maklumat bukan sahaja digunakan oleh pengetua, tetapi membolehkan PPD, Jabatan, Bahagian Nazir , serta Kementerian memikirkan pelan tindakan yang sesuai dengan keperluan sekolah. c) Khidmat Sokongan – merupakan usaha untuk menjana insiatif kepimpinan dalam meningkatkan prestasi sekolah. Khidmat sokongan merupakan bantuan langsung dan berterusan kepada pengetua, guru, pelajar, PIBG, ibubapa serta infrastruktur sekolah. Sebagai contoh, pengetua akan dibimbing dengan kemahiran kepimpinan, guru-guru diberi kemahiran mengajar, pelajar diajar kemahiran belajar dan sebagainya. Matlamat akhir khidmat sokongan disalurkan untuk memastikan pelajar mencapai kejayaan. Secara kesdeluruhannya, SIP ini telah menentukan bidang dan tugas masing-masingdalam meningkatkan prestasi sekolah, apatah lagi SIP ini memang bertujuan membantusekolah-sekolah yang berprestasi rendah, iaitu kedudukan ranking yang terkebawah.Implikasi Tawaran Baru dan SIP Pada awalnya ranking digunakan untuk melaksanakan Tawaran Baru/ bai’ah kepadapengetua dan guru besar, tetapi memandangkan ranking ini disediakan dalam satu sistem yangbesar dan menyeluruh, maka ranking itu disatukan dengan SIT dan Talian Servis sebagaisokongan kepada sekolah meningkatkan prestasi. Memang diakui mana-mana sistem yangbelum mantap atau pada awal pelaksanaannya terdapat ruang-ruang yang boleh dibuatpenambahbaikan. Dalam hal ini, terdapat dua perkara besar yang mendapat respon yangberbeza-beza seolah-olah perlukan perhatian untuk dipertimbangkan. Pertamanya, anugerahkewangan kepada pengetua dan guru-guru. Kita memang menghargai pengiktirafan dananugerah tersebut tetapi ianya lebih tepat jika diberi kepada sekolah atau hadiah dalam bentukpakej lawatan penandaaras. Secara rasional apabila sesebuah organisasi itu dipilih dan diiktirafsekaligus semua warga kerja menunjukkan komitmen dan budaya kerja yang tinggi. Oleh itusebagai satu pasukan kerja agak susah untuk menafikan sumbangan sebahagian kecildaripada anggota tersebut. Keduanya, data SIT yang diambil dan dan dirumuskan untukmengukur prestasi sekolah semata-mata sebenarnya menafikan faktor-faktor persekitaran yangbukan berada dalam kawalan pengetua atau kuasa pengetua. Walau bagaimanapun aspek-aspek di atas tidak akan menghalang pelaksanaan sub NKRA kementerian kerana inilahalrternatif terbaik merealisasikan aspirasi kerajaan bagi meningkatkan kecemerlanganberdasarkan keberhasilan pelajar. Dalam erti kata yang lain, pengetua berhadapan dengan satucabaran baru, iaitu keberkesanan kepimpinan berdasarkan kejayaan sekolah, sementarakejayaan sekolah pula diukur dengan pencapaian skor komposit sekolah. Dalam amalan biasa, sesuatu kejayaan itu diberi pengiktirafan dengan penganugerahanpelbagai status dalam majlis-majlis yang diadakan di peringkat jabatan mahupun kementerian.Sekolah-sekolah yang tidak mencapai kejayaan hanya disebutkan secara pukal sebagaisekolah yang berprestasi rendah. Kita jarang mendengar pengetua diberi tunjuk sebab ataskegagalan sekolah dalam akademik, berlainan halnya dalam pengurusan kewangan atau
  • disiplin pelajar. Pengetua mudah disoal siasat jika ada laporan atau aduan terutama yangtersiar dalam akhbar walaupun kesahihannya diragui. Dari aspek yang positifnya, senario ini sebenarnya memberi isyarat supaya setiappengetua membuat persiapan . Jika dahulu apabila kita menerima pelantikan menjadipenegetua di sesebuah sekolah, dengan hati terbuka kita pergi untuk melapor diri. Kemudiandalam masa tiga bulan kita diminta membuat ’scanning’ dan analisis keperluan, selepas itubaharulah mengorak langkah membuat perancangan dan pelan tindakan strategik. Namunsituasi itu tidak begitu sesuai lagi untuk hari ini. Kita perlu ada pertimbangan sendiri apabilamenerima sesuatu tawaran. Sekurang-kurang maklumat asas sekolah, prestasi, kekuatan dankelemahan sekolah serta potensi dan kapasiti pembangunan sekolah . Di samping itu faktorkemampuan diri untuk meningkatkan prestasi sekolah akan menentukan keputusan menerimatawaran tersebut. Jika kita berada dalam zon sekolah berprestasi rendah , sudah tentulah kitamemerlukan kemahiran kepimpinan, sokongan jabatan, dan keberkesanan porogram akademik.Kreativiti dan Inovasi Dalam Kepimpinan Sekolah Dunia telah memasuki era milenium baru yang menyaksikan revolusi teknologi yangbegitu dramatik. Ini bermakna pengurusan dan kepimpinan abad 21 juga memerlukan satutranformasi yang berasaskan pada kreativiti dan inovasi. Perdana Menteri telah menegaskan”... mahu tidak mahu penjawat awam mesti berfikir di luar lingkungan kotak. Saya tidak mahubudaya automation menjadi satu hakikat kehidupan dalam sektor awam. Kita seharusnyaberfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencaripenyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.” Inovasi yang dimaksudkan tidak akan lahir dalam keadaan biasa dan ia juga tidakmampu diterjemahkan oleh pemimpin yang tidak keratif. Oleh itu bagi mencetusakan idea-ideabaru dan kreatif kita perlu menukar wajah dan pakaian kita supaya dapat merangsang satugagasan yang lebih besar. Inovasi boleh ditafsirakan sebagai cetusan idea kreatif yang dapatmeningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Cetusan idea ini mungkinmerupakan idea baru atau yang diubahsuaikan dan aplikasi idea ini hendaklah mampumembawa tranformasi dan perubahan. Sebenarnya bukan senang untuk berubah, perubahandan tranformasi boleh berlaku apabila adanya keinginan, ilmu dan kemahiran, kekuatan, dansumber yang cukup. Bagi mewujudkan inovasi memerlukan iklim yang sesuai, suatu ekosistem yangmenyokong , menggalak dan yang mencabar . Ia meliputi budaya organisasi, tahap kepimpinan,infrastruktur, dan daya pemikiran warga kerjanya. Sebagai contoh, dalam organisasipendidikan, setiap pemimpin dan juga guru-guru perlu memiliki kemahiran analitikal dan kritikalsupaya minda dan budaya inovasi akan subur .Akhirnya barulah diperkemaskan infrastruturyang ada dengan mengurangkan segala kekangan di samping memberi insentif ke arahberkembangnya inovasi. Jika pengetua mampu merealisasikan situasi ini, sekolah dankepimpinannya akan mampu bersaing di peringkat global. Sebagai pengetua, kita boleh mengambil langkah pertama sebgai memulakanperjalanan beribu batu. Kita tidak perlu melihat perkara-perkara yang besar-besar ataumemikirkan secara global. Inovasi boleh bermula di bilik kita, atau datangnya dari bilik kelas,atau bermula di pejabat penilong kanan dan sebagainya. Namun begitu skop dan langkahberikut boleh dijadikan panduan .Peranan ketua jabatan/ Jawatankuasa Pemandu Inovasi
  • a) menentukan dasar dan strategi bagi menggalakkan penjanaan ide serta pembangunan dan penyelidikan (R&D) b) menetapkan amalan dan proses yang menyokong peningkatan inovasi c) menyelaras dan memantau usaha-usaha pembudayaan inovasi merangkumi program latihan dan pemikiran kreatif d) memberi pengiktirafan kepada warga sekolah yang menghasilkan inovasi e) Mempromosi dan berkongsi inovasi yang dihasilkan.Sebagai panduan, kita boleh menubuhkan pasukan Inovatif dan kreatif di peringkat sekolahbagi mewujudkan budaya inovatif. Pasukan ini nanti akan berfungsi dan berperanan seperti : a) Penghasilan idea-idea b) Memupuk nilai-nilai kerja positif c) Memperkenal dan memperbaiki sistem dan cara kerja baru d) Membimbing dan berfikiran kreatif e) Kemampuan menyelesaikan masalah f) Penciptaan nilaiDaya kreativiti dan inovasi ini bukan sahaja menjamin output tetapi yang lebih pentingkeberhasilan yang membolehkan kita dapat bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Bidangkeberhasilan dan Skop inovasi dalam pengurasan pendidikan;- a) pengurusan strategik dan kepimpinan organisasi b) budaya kerja c) kewangan dan aset d) pengurusan pelanggan e) sumber manusia f) pengurusan projek pembangunan g) teknologi maklumat dan komunikasiBIBLIOGRAFI________ (2010) 1 Malaysia :Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Pejabat Perdana Menteri.________ (2010) 1 Malaaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, JabatanPenerangan Malaysia1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, kumpulan kertas kerja dalamPersidangan Pembangunan Baru dalam Pendidikan, KPM, Institut Aminuddin Baki (KertasKerja yang tidak diterbitkan)Khailani A.Jalil (2010), Gagasan 1 Malaysia : Di mana Peranan Pengetua, dalam JurnalPendidikan PKPSM Maalaysia.