PERLINDUNGAN DANKESELAMATAN DI ALAM SIBER
KANDUNGANIntroduction...........................................................................................3Anti-viru...
PENGENALANTeknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengalami perubahanamat ketara sekali dan sentiasa berkembang untu...
PERISIAN ANTI-VIRUS         APA ITU VIRUS KOMPUTER?         Ia merupakan sebuah program komputer yang boleh         meniru...
PERANTI KESELAMATANAPAKAH PERANTIAN KESELAMATAN ITU?Peranti keselamatan adalah satu perisian atau perkakasan yang direkabe...
PERKONGSIAN FAILKomputer awda harus diimbas dari masa ke semasa bagi memeriksakelemahan-kelemahan keselamatan yang ada.PER...
EMEL MENYANGSIKAN –BERWASPADALAH!•	   Jangan membuka emel yang mempunyai tajuk yang meragukan	    terutama apabila awda ti...
LINDUNGI KATA LALUAN AWDA                                          Apakah kata laluan itu?                                ...
SOKONG DATA PENTING AWDA•	   Data awda harus disokong dengan menyalin semua data penting di	    dalam media berasingan sep...
KUNCI RANGKAIAN WAYARLES AWDARangkaian wayarles merupakan wayarles LANs (Rangkaian Kawasan Tempatan).Teknologi ini telah m...
PERANGI SPAMAPAKAH ITU SPAM?Spam merupakan emel tidak diminta yang kerap dihantar kepada kumpulanpenerima yang ramai. Jang...
PERANGI SPAM•	   Anggaplah alamat emel awda data persendirian yang penting seperti	    nombor telefon atau alamat rumah, d...
MEMBELI-BELAH ONLINE –BERHATI-HATI!•	 Laksanakan transaksi online dengan pembekal yang awda percayai	 sahaja.•	 Pastikan b...
MEMBULI DI SIBER                   APAKAH MEMBULI DI SIBER ITU?                   Membuli di siber adalah sebarang        ...
KOMPUTER SAYA SEDANG DISERANG –APAKAH PERLU SAYA BUAT? •	   Putuskan komputer awda daripada Internet dengan serta merta. •...
JADILAH PENGGUNA SIBER YANG BIJAKPatuhi peraturan di bawah:•	 Jangan beritahu sesiapa pun yang awda temui di internet alam...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Keselamatan cyber

2,028

Published on

tatacara keselamatan siber oleh ITPSS

Published in: Education
1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,028
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
158
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Keselamatan cyber"

  1. 1. PERLINDUNGAN DANKESELAMATAN DI ALAM SIBER
  2. 2. KANDUNGANIntroduction...........................................................................................3Anti-virus Software.................................................................................4A Personal Firewall.................................................................................3File Sharing............................................................................................4Suspicious Emails – Be Warned!............................................................5Safeguard Your Password.......................................................................6Backup Your Important Data..................................................................7Fight Spams...........................................................................................5Online Shopping...................................................................................5My computer is under attack – What do I do?`......................................5Cyber Bullying.......................................................................................5Cyber Bullying.......................................................................................5PENGHARGAAN• Information Technology Protective Security Services Pte Ltd (ITPSS)• www.brucert.org.bn• www.itu.int• www.ida.gov.sg
  3. 3. PENGENALANTeknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengalami perubahanamat ketara sekali dan sentiasa berkembang untuk memperkayakan hidupdengan segala potensinya. Internet menyediakan pelbagai maklumat danperkhidmatan dari seluruh dunia untuk semua dengan hanya mengklikbutang. Walau bagaimanapun, setiap benda baik mempunyai kelemahannyadan Internet juga tidak berbeza. Pertumbuhan eksponen dalam penggunaaninternet mendedahkan pengguna kepada ancaman berpotensi seperti viruskomputer dan penggodam yang dapat mengambil maklumat peribadiseperti butiran akaun bank, mengakses emel peribadi dan melakukan jenayahsiber yang lain seperti mengeksploitasi kanak-kanak. Satu cara menghadapiancaman ini ialah dengan pengawasan dan menjaga keselamatan semasamelakukan aktiviti siber. Kami hendak berkongsi beberapa cara untukmelindungi awda serta ahli keluarga ketika melayari Internet.
  4. 4. PERISIAN ANTI-VIRUS APA ITU VIRUS KOMPUTER? Ia merupakan sebuah program komputer yang boleh meniru sendiri dan menjangkiti komputer lain tanpa kebenaran atau pengetahuan pemilik atau pengguna komputer. Ia boleh merebak dari satu komputer ke komputer lain melalui emel, pacuan USB serta sistem fail rangkaian untuk menjalankan aktiviti serong. APA ITU PERISIAN ANTI-VIRUS? Perisian anti-virus menolong mengenal-pasti dan seterusnya mengeluarkan virus komputer serta program serong seperti worms dan trojans. jangan lupa: • Pasang perisian anti-virus di dalam komputer awda. • Kawalan anti-virus perlu digunakan setiap masa. • Perisian anti-virus perlu selalu dikemaskini. Pastikan proses pengemaskinian dilaksanakan secara automatik supaya jika awda melayari Internet awda akan memuat-turun pengemaskinian terkini. • Komputer awda perlu diimbas setelah mengemaskini program anti-virus awda. • Komputer awda perlu diimbas selalu. Nota Penting: Hampir setiap hari, virus komputer baru diperkenalkan di Internet maka awda perlu memastikan perisian anti-virus sentiasa dikemaskini dengan menggunakan kemudahan kemas- kini secara langsung dengan automatik.
  5. 5. PERANTI KESELAMATANAPAKAH PERANTIAN KESELAMATAN ITU?Peranti keselamatan adalah satu perisian atau perkakasan yang direkabentukuntuk menghalang penggodam daripada menggunakan komputer awda.Ia mengawasi perhubungan di antara komputer awda dan rangkaian,dan menghalang hubungan tidak dibenarkan ke komputer awda. Perantikeselamatan boleh juga menghalang program terdapat di dalam komputerawda daripada mengedarkan maklumat ke Internet tanpa kebenaranawda.Jangan lupa:• Pasang peranti keselamatan untuk komputer atau rangkaian kediaman awda.• Peranti keselamatan awda seharusnya diatur untuk mencegah atau menghalang komputer lain di Internet daripada menggunakan komputer awda.• Peranti keselamatan awda seharusnya diatur untuk menghalang maklumat dalam komputer awda daripada dihantar keluar ke Internet tanpa kebenaran awda.
  6. 6. PERKONGSIAN FAILKomputer awda harus diimbas dari masa ke semasa bagi memeriksakelemahan-kelemahan keselamatan yang ada.PERKONGSIAN FAILApakah perkongsian fail itu?Perkongsian fail membolehkan pengguna komputer lain di rangkaianuntuk membaca, menulis atau memadam fail di dalam komputer awda.Keupayaan untuk berkongsi fail ini membolehkan seseorang di Internetuntuk membaca fail awda atau menjangkiti komputer awda dengansebarang virus.Perkongsian fail hendaklah dibatalkan jika awda tidak perlu berkongsifail menggunakan komputer awda dengan pengguna rangkaian lain.Awda boleh membatalkan ciri perkongsian fail dan percetakan di bawahpanel kawalan rangkaian “Windows” jika awda tidak perlu berkongsifail atau pencetak.Jika awda perlu berkongsi fail, awda boleh melindungi perkongsiantersebut dengan satu kata laluan supaya hanya yang tahu kata laluanboleh memanfaatkannya.
  7. 7. EMEL MENYANGSIKAN –BERWASPADALAH!• Jangan membuka emel yang mempunyai tajuk yang meragukan terutama apabila awda tidak tahu pengirimnya. Emel biasanya digunakan untuk menyebarkan virus, worms dan trojans. Berhati-hatilah ketika membuka kandungan emel dan juga fail yang dihantar oleh pengirim tidak dikenali. Emel sedemikian mungkin satu penipuan.• Sentiasa imbas semua lampiran emel untuk sebarang virus sebelum mereka dibuka. Padam emel jika tajuk perkara meragukan atau aneh, walaupun emel mungkin daripada seseorang yang dikenali. Mungkin ia telah menghantar se jenis virus dengan tidak senghaja.• Jangan membuka emel lampiran dengan nama fail yang berakhir dengan “.exe” dan “.vbs” kerana fail sedemikian biasanya digunakan untuk menghantar virus.
  8. 8. LINDUNGI KATA LALUAN AWDA Apakah kata laluan itu? Kata laluan biasanya digunakan untuk mengakses sistem komputer. Kata laluan seperti anak kunci rumah awda. Sebagaimana orang tidak akan meninggalkan kunci rumah tergantung di pintu depan begitulah awda perlu melindungi kata laluan awda. Awda harus memilih kata laluan kukuh iaitu mudah diingat tetapi susah untuk diagak. Awda boleh menggunakan parafrasa bagi mewujudkan kata laluan kukuh. Sebagai contoh, kata laluan “am2a3id1k” terbit daripada abjad pertama daripada frasa “Abu memelihara 2 arnab, 3 itik dan 1 kucing”.Jangan lupa:• Kata laluan sangat penting bagi melindungi komputer awda. Pilih kata laluan yang sukar untuk diagak.• Kata laluan awda perlu mengandungi sekurang-kurangnya 8 huruf abjad angka. (Abjad angka bererti nombor dan abjad seperti: 8emA93d)• Jangan berkongsi kata laluan awda dengan orang lain. Berhati-hatilah terhadap penggodam yang mungkin cuba memerangkap awda untuk mendedahkan kata laluan awda melalui telefon atau emel.• Jangan menyimpan kata laluan awda dalam komputer kerana sesiapapun boleh mengakses dan mencatitnya. Kata laluan harus dihafal dan sepatutnya sangat unik.
  9. 9. SOKONG DATA PENTING AWDA• Data awda harus disokong dengan menyalin semua data penting di dalam media berasingan seperti cakera CD ROM atau cakera keras. Jika data dalam komputer awda hilang akibat satu kegagalan cakera keras atau jangkitan virus, awda mungkin tidak dapat memulihkannya kecuali dengan adanya salinan sokongan. Jika awda menyokong data awda di cakera keras yang sama, data awda mungkin hilang juga.• Selalu laksanakan sokongan data awda. Sokongan data yang dilakukan setiap minggu adalah optima sekiranya data awda kerap dikemaskini. Awda boleh menggunakan perisian sokongan bagi membantu awda menjadualkan dan mengautomasikan proses sokongan.MEMASANG PERISIAN KEMASKINIPerisian kemaskini, turut dikenali sebagai “perisian tampal” digunakanuntuk menyelesaikan masalah yang terdapat di dalam perisian. Perisiankemaskini perlu dilakukan secara automatik untuk membenarkan perisiantampal terkini dipasang sebaik sahaja ianya didapati.BERWASPADA APABILA MELAYARI RANGKAIAN WAYARLESRangkaian wayarles boleh didapati dengan mudah dan ianya menyediakankemudahan untuk pengguna Internet. Bagaimanapun, mereka harus sedarbahawa mereka terdedah kepada bahaya kehilangan maklumat peribadidan / atau sensitif kepada orang yang berniat jahat yang sedang mengintipdi rangkaian wayarles.Tip Keselamatan • Kunci alat elektronik awda – komputer riba, telefon bimbit dan PDAs sebelum melayari rangkaian wayarles.• Pastikan awda disambungkan ke rangkaian wayarles yang dibenarkan dan matikan ciri automatik di dalam komputer awda.• Gunakan kata laluan dan kod pengunci untuk melindungi maklumat peribadi sebelum menghantarnya melalui rangkaian wayarles.
  10. 10. KUNCI RANGKAIAN WAYARLES AWDARangkaian wayarles merupakan wayarles LANs (Rangkaian Kawasan Tempatan).Teknologi ini telah menjadi bertambah popular dalam perniagaan, industri, sekolahdan juga rumah. Rangkaian wayarles boleh digunakan oleh lebih daripada satuorang dalam jarak jangkauan untuk mengakses Internet. Ini bermakna dengansebuah komputer riba wayarles, jiran atau orang yang sedang berlalu dapatmencari dan mengakses rangkaian rumah awda. Awda perlu mengunci rangkaianwayarles awda dengan kata laluan. Rangkaian yang tidak dikunci memudahkanpenggodam memasuki komputer.Terdapat lima langkah mudah untuk mendapatkan keselamatan asas bagirangkaian wayarles rumah awda:• Beli sebuah penghala atau router yang mempunyai peranti keselamatan yang tersendiri.• Tukar Pengecam Perkhidmatan Set (SSID). Penghala awda mempunyai nama keingkarannya tersendiri (SSID). Penggodam tahu penyediaan keingkaran pengeluar maka awda perlu menukar SSID untuk mencegah mereka mendapatkan akses.• Mematikan Siaran SSID. Siaran SSID menghantar satu isyarat kepada komputer berdekatan untuk memberitahu mereka awda mempunyai satu rangkaian wayarles, maka adalah sangat penting untuk mematikannya bagi memastikan rangkaian awda tersembunyi.• Tukar nama dan kata laluan penghala awda.• Menghidupkan Keselamatan WEP. WEP atau Wired Equivalent Privacy dapat dihidupkan oleh Windows XP secara automatik. Ia mengunci dengan kod isyarat jalur lebar wayarles awda dan mencegah sebarang pengintipan.
  11. 11. PERANGI SPAMAPAKAH ITU SPAM?Spam merupakan emel tidak diminta yang kerap dihantar kepada kumpulanpenerima yang ramai. Jangan berikan alamat emel awda kepada sesiapasahaja. Secara alternatif, awda boleh menggunakan beberapa alamat emeluntuk tujuan yang berlainan supaya awda boleh menggunakan alamatemail “pakai buang” apabila awda melayari laman web yang tidak biasaawda layari atau menghantar pemberitahuan ke newsgroups.
  12. 12. PERANGI SPAM• Anggaplah alamat emel awda data persendirian yang penting seperti nombor telefon atau alamat rumah, dan berikannya hanya kepada orang yang dikenali dan dipercayai sahaja.• Elakkan daripada menerbitkan alamat emel awda di Internet.• Jangan menjawab spam atau memaklumkan penghantar spam untuk mengeluarkan awda daripada senarai mel. Respon awda akan memberitahu penghantar spam bahawa alamat emel awda itu aktif, dan awda mungkin akan menerima lebih banyak spam selepas itu.• Sesetengah orang menghantar spam untuk tujuan mencuri identiti – ini dipanggil “phishing”. Pencurian identiti adalah salah satu jenayah yang semakin berleluasa di seluruh dunia. Awda harus berwaspada terhadap sebarang permintaan untuk maklumat peribadi. Jika awda menyimpan maklumat peribadi di komputer awda, pastikan peranti keselamatan digunakan dan maklumat tersimpan dilindungi oleh kata laluan.• Reka beberapa alamat emel untuk tujuan yang berlainan. Gunakan emel percuma bagi mengawal spam. Walaupun awda mungkin tidak memerlukan akaun emel yang lain, ada baiknya jika awda mendaftar dengan Gmail, Yahoo atau Hotmail untuk mendapatkan emel tambahan yang boleh awda berikan kepada peruncit atau sumber lain di Internet yang mungkin akan menjual alamat emel awda kepada penghantar spam. Jangan sekali-kali mengedarkan emel rasmi awda untuk perkara yang tidak berkaitan dengan kerja.• Spam juga mungkin mengandungi virus atau isi kandungan bagi orang dewasa yang kasar dan tidak sesuai. Menggunakan perisian anti spam atau perkhidmatan penapisan spam untuk penyedia perkhidmatan emel awda adalah langkah yang bijak.
  13. 13. MEMBELI-BELAH ONLINE –BERHATI-HATI!• Laksanakan transaksi online dengan pembekal yang awda percayai sahaja.• Pastikan browser Internet awda menunjukkan kedua-dua “https:/ / ...” di URL dan petanda ibu kunci terletak di sebelah bawah browser awda terus-menerus ada apabila awda menghantar data rahsia di internet. Ini menunjukkanmaklumat peribadi itu, seperti butir-butir kad kredit, telah dikodkan danterlindung daripada dibaca oleh pengguna tanpa kebenaran di Internet.• Bersihkan “tempat persembunyian” browser internet awda untuk memadamdata rahsia yang disimpan dalam komputer awda selepas transaksi online.Langkah mudah ini boleh didapati dari ciri Help atau dokumentasi pengguna dibrowser Internet awda.
  14. 14. MEMBULI DI SIBER APAKAH MEMBULI DI SIBER ITU? Membuli di siber adalah sebarang jenis gangguan berterusan, kata-kata penghinaan dan / atau penghinaan yang menggunakan telefon bimbit, teknologi wayarles atau berkaitan dengan Internet untuk mencederakan kanak-kanak, praremaja atau remaja. Kerana mereka percaya bahawa identiti mereka tidak akan diketahui, pembuli online mungkin menjadi lebih agresif daripada pembuli tradisional. Mengajar kanak-kanak cara merespon dan, yang lebih penting lagi, supaya tidak memberi perhatian kepada pembuli siber, adalah penting. Ada di antara pembuli siber yang tidak harus dipedulikan dan pengirimnya dihalang. Yang lain pula perlu dilaporkan kepada ibu bapa dan guru.
  15. 15. KOMPUTER SAYA SEDANG DISERANG –APAKAH PERLU SAYA BUAT? • Putuskan komputer awda daripada Internet dengan serta merta. • Jalankan satu imbas virus yang menyeluruh pada komputer awda. • Hubungi BruCERT (Pasukan Respons Kecemasan Komputer Negara Brunei Darussalam) untuk melaporkan kejadian itu dan dapatkan nasihat lanjut mengenai apa yang perlu dibuat. Apakah itu BRUCERT? Pasukan Respons Kecemasan Komputer Negara Brunei Darussalam (BruCERT) telah ditubuhkan pada bulan Mei 2004. Ia dibentuk dengan kerjasama AITI dan Kementerian Perhubungan sebagai agensi rujukan sehenti negara yang pertama dan yang dipercayai bagi urusan kejadian keselamatan berkaitan dengan komputer dan juga internet di Negara Brunei Darussalam. BruCERT menyelaras dengan organisasi Pasukan Respons Insiden Keselamatan Komputer (CSIRT) tempatan dan antarabangsa, penyedia perkhidmatan rangkaian, pembekal keselamatan, agensi Kerajaan, serta pertubuhan berkaitan lain untuk memudahkan pengesanan, analisis dan pencegahan pencerobohan keselamatan di Internet. Dalam keupayaannya sebagai BruCERT, Information Technology Protective Security Services Sdn Bhd (ITPSS) digabungkan dengan Asia-Pacific CERT (APCERT), yang berperanan sebagai satu landasan untuk berkongsi dan mengumpul maklumat berkaitan dengan keselamatan siber dengan CERTS lain di seluruh dunia. Keanggotaannya membolehkan ITPSS berfungsi sebagai sebuah saluran kepada aktiviti keselamatan di bahagian-bahagian lain di dunia. Hubungi BruCERT: Talian Kecemasan: +6732458001 Emel: cert@brucert.org.bn Laman Web: www.brucert.org.bn Waktu Beroperasi: Isnin- Jumaat 8.30 am – 5.00 pm
  16. 16. JADILAH PENGGUNA SIBER YANG BIJAKPatuhi peraturan di bawah:• Jangan beritahu sesiapa pun yang awda temui di internet alamat rumah awda, nombor telefon awda atau nama sekolah awda, kecuali apabila ibu bapa atau penjaga memberi awda izin.• Jangan hantar gambar awda, butiran kad kredit atau bank atau lainnya tanpa mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.• Jangan berikan kata laluan awda kepada sesiapa, walaupun kawan baik awda.• Jangan bertahan di dalam bilik sembang atau dalam bilik persidangan jika seseorang berkata atau menulis sesuatu yang membuat awda berasa tidak selesa atau bimbang, dan terus melaporkannya kepada ibu bapa atau penjaga.• Jangan balas atau layan emel dan nota di Usenet yang tidak menyenangkan, tidak senonoh atau biadab.• Selalu maklumkan ibu bapa atau penjaga jika awda membaca bahasa kesat atau melihat gambar jijik ketika online.• Awda tidak akan menang loteri atau cabutan tiket bertuah jika awda tidak pernah menyertai atau membeli tiket tersebut maka jangan percaya emel yang mengatakan awda telah menang.• Jangan menghantar wang kepada seseorang yang tidak dikenali kerana ada permintaan sedemikian online atau melalui emel.• Sentiasa beringat bahawa jika seseorang membuat satu tawaran yang kelihatan terlalu baik hendak dipercayai, ia berkemungkinan tidak benar dan seharusnya dirujuk kepada ibu bapa atau penjaga.

×