Tugasan 3

377 views
251 views

Published on

Kajian Tinjauan

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
377
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
1
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 3

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (Electronic and Web-based Learning) KPT6044 Tugasan 3: Kajian Tinjauan DISEDIAKAN OLEH : NAMA : NORAZHAR BIN YUSOFF NO KP : 880404086663 NO. MATRIK : M20121000534
  2. 2. KEKANGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PROSE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH TAPAK SEMENANG, PERAK. 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Dewasa kini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Infomation and Communication Technologt ICT begitu meluas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan operasi, menjadikan sumber maklumat diuruskan dengan lebih sistematik dan pantas serta merupakan alat yang strategik untuk mencapai sesuatu objektif. Ia merupakan automasi untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi dalam menggarap rangkaian dan perhubungan yang lebih meluas. ICT merupakan satu agenda utama dalam pembangunan dan kemajuan pada masa kini. Penggunaan ICT secara optimum memberi kesan kepada perubahan atau transformasi sesebuah organisasi, malah akan mempenganrhi halatuju pembangunan serta peningkatan keberkesanan organisasi. Perkembangan ICT mernbolehkan maklumat diperolehi dalam masa yang singkat dan dalam jumlah yang banyak. Melalui capaian maklumat menerusi internel maklumat boleh diperolehi dengan mudah dan cepat serta tanpa sempadan. Di akhir abad ke-20 dan di awal abad ke-21, globalisasi berlaku dalam hampir semua bidang seperti perdagangotr, pelancongan, perindustrian dan pendidikan. Perkembangan ICT merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya globalisasi. Pengurusan yang diamalkan dalam sesebuah organisasi turut mengalami perubahan.
  3. 3. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan taraf ekonomi hasil daripada aplikasi peralatan moden yang menggunakan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa. Pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kekangan penggunaan ICT bagi guru-guru Sekolah Rendah Tapak Semenang, Perak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 10 orang guru daripada sebuah sekolah yang terdiri daripada pelbagai jawatan telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data bagi kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 17.0. Statistik deskriptif, peratus telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekerapan guru-guru menggunakan kemudahan serta peralatan ICT yang telah disediakan dalam proses P&P adalah rendah kerana peralatan ICT tidak berfungsi. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk menyusun strategi latihan-latihan atau kursus-kursus tertentu yang diperlukan oleh guru-guru, seterusnya meningkatkan profesionalisme dan integriti guru-guru.
  4. 4. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif berikut: 1. Mengenal pasti kekangan terhadap keperluan serta penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3.0 KAEDAH KAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif jenis tinjauan. Bentuk kajian ini membolehkan data diukur secara objektif dan digeneralisasikan kepada dunia luar (Mohamad Najib, 1999). Kajian tinjauan soal selidik dipilih kerana kaedah ini mudah ditadbir dan data juga senang diproses dan dianalisis. Data-data yang diperlukan untuk kajian ini dikumpul melalui borang soal selidik yang ditadbir oleh pengkaji sendiri di tempat kajian. Ia mengambil masa dalam 1 masa tertentu sahaja di aman selalunya menggunakan atau instrumen. Ia dapat menjimatkan masa dengan pengumpulan data pada jangka masa yang singkat dan tindakan susulan terhadap rsponden adalah tidak diperlukan.
  5. 5. 3.2 Tempat Kajian Penyelidik menjalankan kajian di Sekolah Rendah Tapak Semenang sahaja iaitu tempat bekerja penyelidik sendiri. Ia memudahkan pengkaji mendapatkan sampel kajian. 3.3 Populasi dan Sampel Kajian. Jumlah guru dalam sekolah adalah 14 orang guru, dan itu merupakan populasi kajian ini. Pengkaji telah memilih seramai 10 orang guru. 4.0 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini berbentuk kuantitatif tinjauan, maka borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian utama kerana ia lebih mudah dan efektif (Mohamad Najib, 1999). Penggunaan borang soal selidik merupakan alat pengumpulan data yang banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji. Ini disebabkan soal selidik dapat mengumpulkan data secara terperinci, tersusun dan piawai. Di samping itu, soal selidik mudah ditadbir, menjimatkan tenaga, masa, minda dan wang pengkaji semasa menjalankan kajian. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C, dan D. Bahagian A meliputi maklumat latar belakang responden dengan tujuan bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang responden dan perkaitannya dengan penggunaan ICT. Bahagian ini memerlukan guru menandakan ( / ) pada kotak jawapan pilihan serta mengisi ruang kosong yang disediakan. Item-item di dalam soal selidik bahagian B, C, dan D menggunakan skala Likert 5 poin. Merujuk kepada jadual 1, skala 1 mewakili ‘Amat Tidak Setuju’, skala 2 mewakili ‘Tidak Setuju’, skala 3 mewakili ‘Tidak Pasti’, skala mewakili ‘Setuju’, dan skala 5 mewakili’ Amat Setuju’.
  6. 6. Jadual 1 : Skala Likert Skala Pengelasan 1 Amat Tidak Setuju (ATS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Tidak Pasti (TP) 4 Setuju (S) 5 Amat Setuju (AS)
  7. 7. 5.0 DAPATAN KAJIAN 5.1 Latar Belakang Responden Jadual 2 : Taburan kekerapan responden mengikut jantina Pernyataan Kekerapan Peratus (%) Perempuan 4 40 Lelaki 6 60 Jumlah 10 100.0 Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina. Hasil kajian menunjukkan perempuan mempunyai kekerapan yang paling rendah iaitu sebanyak 4 orang atau 40% berbanding lelaki iaitu sebanyak 6 orang atau 60%.
  8. 8. Jadual 3 : Taburan kekerapan responden mengikut masalah-masalah yang mungkin dihadapi Pernyataan ATS1 1. Sambungan internet mengalami gangguan - TS2 KS3 S4 AS5 70% 30% 2.Masalah teknikal seperti peralatan komputer tidak dapat berfungsi dengan baik penyebab 100% utama saya tidak menggunakan ICT 3.Peralatan komputer yang disediakan tidak 100% mencukupi dan sudah agak lama 4.Kemudahan ICT yang disediakan tidak 100% boleh digunakan atau rosak 5.Program/ perisian dalam komputer di 20% 80% sekolah adalah kurang disediakan 6.Bahan pembelajaran tidak boleh di gunakan dalam penyampaian kerana spesifikasi 100% komputer yang tidak mencukup Berdasarkan jadual 5 yang menunjukkan taburan peratusan responden mengikut masalahmasalah yang mungkin dihadapi, peratus penyataan pertama “Sambungan internet mengalami gangguan “ di mana 10 orang atau 70% setuju dan 30 % amat setuju. Bagi penyataan kedua,100% amat setuju. Manakala penyataan ketiga, 100% amat setuju. Penyataan kelima, 20% setuju manakala 80% amat setuju. Penyataan keenam, 100% amat setuju. Kesimpulan, Kekangan yang dihadapi oleh guru-guru SK Tapak Semenang dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan peralatan ICT tidak berfungsi.
  9. 9. 7.0 PERBINCANGAN 7.1 Mengenai Sebab Tidak Menggunakan ICT Guru-guru SK Tapak Semenang tidak menggunakan ICT kerana peralatan-peralatan ICT yang sudah lama dan tidak berfungsi. Guru-guru tersebut mempunyai kemahiran ICT yang baik dan ingin mengajar berbantukan alat ICT. Walaubagaimanapun, peralatan-peralatan ICT yang tidak berfungsi menjadi kekangan dan halangan kepada mereka. Diharapkan pihak KPM akan lebih cakna dalam penyediaan dan penyelenggaraan peralatanperalatan ICT disekolah rendah terutamanya sekolah kurang murid (SKM) seperti Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang.
  10. 10. Bibliografi Azwan bin Abidin & Rozita bt. Nawi,(2002). E-learning: penerokaan media pembelajaran terkini atas talian. Diperoleh pada 3 November 2012 daripada http://www.elearning.unimas.my/Articles/archives/000002.html. Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan.Edisi keempat.Johor; Universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Rosli Abd. Rahim, Zamalia Mahmud & Shafiee Ahmad (2001). ICT in Teaching and Learning Among UiTM Lecturers. International Conference on Challenges and Prospects In Teachers Education: Shah Alam.

×