SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

33,139 views
32,782 views

Published on

Published in: Education

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

  1. 1. SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 ) ABSTRAKSistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan.Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identitikebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin danrakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikanmengikut acuan kita sendiri.Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asaspembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktubdalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telahditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan.Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satumasyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyatyang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telahditerbitkan dalam tahuan 1976.Kertas kerja ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasaberubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan Negara secaratersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarahperkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum merdekadan selepas merdeka. Akhirnya akan membawa kepada satu isu bersangkutanperlaksanaan dasar yang terbaru untuk dibicarakan dalam kertas ini iaitu pelajar-pelajar yang lulus PMR dengan sekurang-kurangnya mendapat 1D, boleh dinaikkanke tingkatan 4. Isu ini telah dilaksanakan dalam tahun 1998. Di kalangan wargapendidik mereka melihat isu ini dalam berbagai persepsi ada yang pro dan ada yangkontra dalam perkara ini.SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )Sejarah Awal Pendidikan di Tanah MelayuCorak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud danberkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri SemenanjungTanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yangberagama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusipendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dandimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abadke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok.Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung TanahMelayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasukSingapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikanberbentuk formal. -1-
  2. 2. Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahanInggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah VernukularMelayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah VernukularInggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk keranamengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan PendidikanMelayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untukmenggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu-lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun.Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu.Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuatsemangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin diMalaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untukmemajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu ditingkatkan.Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikanuntuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggerismemperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untukmenyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu danmembawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 )Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihatkronologi peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untukmemberikan gambaran yang jelas mengenainya. - Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 - Laporan Rahman Talib 1960 - Pendidikan rendah percuma - Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964 - Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan Diperkenalkan 1965 - Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967 - Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya Majlis Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM. -2-
  3. 3. - 1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan. - Peristiwa 13 Mei 1969 .- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya. - Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid 1971 dikemukakan. - Laporan Murad 1973 – kandungan keciciran pelajar - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau Laporan Kabinet 1979. - Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada 1989.Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistempendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasimenyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membinasebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri.Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunanorganisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sek.Mendan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasarkerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggisupaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan.Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agarwujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi.RumusanPendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-formal.Kedatangan penjajah pula telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhiperkembangan sistem pendidikan. Pendidikan agama telah berubah corak denganpenubuhan Sekolah Agama Islam yang moden dikenali dengan nama ‘Madrasah’.Laporan L.J.Barnes ( 1951 ) merupakan komponen yang penuh kontroversi. Iamemperlihatkan kepentingan sesuatu etnik sahaja. Laporan Razak ( 1956 ) dan LaporanRahman Talib ( 1960 ) telah menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan KebangsaanDasar –dasar yang penting dikemukakan oleh Laporan tersebut dimaktub ke dalam AktaPelajaran 1961. Sehingga tahun-tahun selepas kemerdekaan hingga 1970 dianggappenyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung juga di Sabah diSarawak. Tahun tujuh puluhan hingga sembilan puluhan bolehlah dianggap sebagai erapembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan serta memperolehi pendidikanberkualiti. -3-
  4. 4. DASAR PENDIDIKAN NEGARAPendahuluanPada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet,Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialahmembentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruhnegara.Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dandilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atauamalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikanmerupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme,falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkuppelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak,ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kirakepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjuruskepada matlamat mencapai integrasi nasional.Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dankomponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenispendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberiperhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dankesejagatan dalam pendidikan.Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem pendidikan .dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang-undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus danmengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.Latar BelakangGolongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberikuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah ataupentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagiseluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanandan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya.Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusanpentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat padaundang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikanmengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikanformal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk prosessosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang. -4-
  5. 5. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan iahanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakatsebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitusama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunisdan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi,orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologidan pengaruh perkembangan antarabangsa.Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara inidilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui SistemJawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Jawatankuasa ialah Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi) Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya,Ketua Setiausaha dan dua orang timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan danPenyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian PendidikanTinggi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangandan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh MenteriPendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, JabatanPendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.Pengertian DasarDari sudut bahasa dan dalam bidang sains sosial dasar sama ertinya dengan asas, iaituketetapan yang menjadi pegangan dan tongak tindakan dan urusan. Perkataan BahasaInggeris dasar ertinya policy. Dari segi estimologinya, policy berasal dari perkataanGreek iaitu polis yang bermakna ‘city-state. Dalam bahasa Latin bermaksud politiayang merujuk kepada negara. Manakala perkataan policie digunakan dalam MiddleEnglish ia membawa maksud merujuk kepada pengendalian urusan awam ataupentadbiran kerajaan.Tinjauan LitateurPerkara pokok yang dapat dilihat disini ialah pengubalan dasar yang lama dan tidakditerima pakai digantikan yang baru bersesuaian tuntutan masa dan zaman. Oleh itupengubalan dasar ini merupakan satu proses yang begitu kompleks.Proses pengubalan dasar terbahagi kepada enam langkah Fowler ( 1990 ) mengikuturutan ,iaitu pengenalpastian isu ( issue definition ) , penyusunan agenda ( agenda setting) pengubalan dasar ( policy formulation ) , penerimaan dasar ( policy adaption )pelaksanaan ( implementation ) dan penilaian ( evalution ). -5-
  6. 6. Model ini merupakan satu model yang wujud dalam kitaran kehidupan kita perluperhatian ahli politik untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul. Adakalanyakerajaan atau pemimpin politik begitu peka isu yang dicetuskan melalui media-mediatempatan . Sekiranya sesuatu isu dikenalpasti dan diberi perhatian utama oleh kerajaan,sudah tentu ia dimasukkan ke dalam agenda dasar untuk proses pengubalan yangterkandung dasar tersebut dikemukakan dalam parlimen untuk diterima dan diperakukanseterusnya dilaksanakan diperingkat kementerian sehingalah ke peringkat akar-umbi.ObjektifnyaObjektifnya dasar ini dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran 1961 iaitu:" Bahawasanya Dasar Pelajaran seperti yang disytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluannegara dan menggalakkan perkembangan kebudayan, sosial, ekonomi dan politiknya."Kenyataan ini secara am sahaja jika dilihat dari sudut objektifnya. Akan tetapi dari aspekperlaksanaannya, Kementerian Pendidikan dengan berasaskan kepada Penyata Razak1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatu padukankanak-kanak sekolah berbilang kaum serta menyediakan tenaga kerja. Tenaga kerja inibermaksud tenaga rakyat yang terdapat dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet bagi aspekekonomi.Apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan, objektifnya yang telah dibentukdiperkukuhkan lagi bidang tugasnya. Antara lain tujuannya ialah dibawah DasarPendidikan adalah diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalamjangka masa panjang dan jangka masa pendek bermatlamatkan untuk melahirkanmasyarakat bersatu padu,berdisiplin dan terlatih. Sehinggalah membawa pembentukanFalsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada inspirasi negara dinyatakan dalambentuk penulisan, menekankan kepada usaha melahrkan insan yang berilmu danberakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan dapatmemberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Usaha ini berterusan ke arah matlamat penting bagi sistem pendidikan negara.Proklamasi Dasar Pendidikan KebangsaanBahawasanya dasar pelajaran seperti yang distiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan satusistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan mengalakkanperkembangan kebudayaan, sosial , ekonomi dan politik.“ Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan itu, denganmengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan awam yangtidak berpatutan, perhatian hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa murid-muridhendaklah dididik mengikut kemahuan ibubapa mereka. Dan bahawasanya peruntukkanselanjutnya adalah dikehendakki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan -6-
  7. 7. secara berkesan, termasuk khususnya, peruntukkan bagi perkembangan yang progressifbagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasapengantar utama.”Proklamasi dasar Pendidikan Kebangsaan memperlihatkan penekanan kepada satu bentuksistem pendidikan uang mengutamakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat komunikasidalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan. Ini tertalukdibawah bidang kuasa kerajaan . Justeru itu perlaksanaan dasar yang seragam dimanakurikulum sekolah yang sama , peraturan jadual waktu yang sama, bahasa pengantar yangsama, sistem peperiksaan yang sama, bahasa dalam sistem pepriksaan yang sama ,peraturan disiplin yang sama dan peraturan sekolah yang sama.Dasar mempertingkatkan kualiti insfrastruktur dan kurikulum dalam sistem pendidikanformal negara ini terus dijalankan. Dua buah Jawatankuasa ditubuhkan iaituJawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah- sekolah (1982 ). Ini jelas dalamkenyataan Laporan Jawatankuasa Kabinet.“ Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasukkurikulumnya, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negaradapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lenih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamatnegara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.Strategi PerlaksanaanBagi mencapai matlamat dasar pendidikan beberapa strategi telah digubal. Antara lainyaadalah seperti berikut:a. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;b. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;c. Mewujdkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;d. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;e. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh seimbang dan bersepadu;mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;f. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dikawasan luar bandar atau pendalaman;g. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca ,menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Baru sekolah Menengah ( KBSM ) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;h. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sek. Vokasional pada tahun 1978 -7-
  8. 8. Isu mengenai pelajar yang memperolehi 1 D dalam PMR naik Tingkatan 4.Latar BelakangPerlaksanaan dasar ini yang bermula tahuan 1998 telah menimbulkan situasi yangberbeza kepada golongan guru. Ada yang menyambut baik dan ada yang menerimadalam keadaan kurang senang hati.Telah diketahui oleh umum bahawa pelajar yang memperolehi 1D ini adalah golonganyang lemah pencapaian dalam pelajaran. Golongan yang terpinggir dan terpisah daripadarakan yang cerdas dan yang cemerlang. Justeru itu ada pelbagai persepsi umum terhadapgolongan ini. Golongan pelajar yang lemah ini telah melalui pendidikan di sekolahrendah selama enam tahun. Kementerian Pendidikan telah menekankan konsep 3 M iaitumembaca, mengira dan menulis sewaktu di sekolah rendah.Justeru itu pada tanggapan umum golongan ini telah gagal menerima pendidikan disekolah rendah Antara faktor yang jelas di atas kegagalan ini ialah kecerdasan mental( IQ ) yang rendah. Dari sudut kognitif mereka amat sukar menerima pengajaran danpembelajaran. Selain daripada itu faktor sosio ekonomi yang rendah. Laporan Keciciranatau Laporan Majid 1973 antara lain kandungannya ialah kemiskinan merupakan faktorkeciciran di sekolah rendah. Ibubapa yang berpendapatan rendah tidak berupayamembiayai persekolahan anak-anak mereka . Maka kurang sokongan ibubapa dari segimoral, material wang dan galakkan. Implikasinya kepada pendidikan dan menjuruskepada pencapaian yang rendah dikalangan pelajar ini. Harapan ibubapa begitu tinggiterhadap sekolah supaya dapat mengubah nasib anak mereka dalam pelajaran.Apabila diberi peluang meneruskan pelajaran naik ke Tingkatan 4 walaupun 1D ia sedikitsebanyak menganggu dalam sistem pendidikan samada iklim dan budaya sekolah. Untukmengetahui apakah implikasinya ke atas sistem pendidikan apabila dilaksanakan dasarini akan dilihat dari berbagai sudut sepertimana rajah kerangka yang dibentuk untukdibicarakan di bawah ini. PERANAN SAIZ KELAS GURU KEGIATAN IMPLIKASINYA KO- DISIPLIN BUDAYA PELAJAR SEKOLAH KURIKULUM LATIHAN PRESTAS GURU I IKLIM PENGETUA SEKOLAH DAN PRESTASI1. Peranan Dan Cabaran Guru. -8-
  9. 9. Pada asasnya peranan guru adalah sebagai pengajar , pendidik,guru, fasilitator, pengelola,penasihat dan pembimbing. Pendek kata peranan ini boleh disatukan sebagai perananseorang pemimpin yang serba boleh.Selain daripada itu golongan ini yang lemah diperingkat awal iaitu sekolah rendah . Di sekolah rendah bilangan pelajar dalam sesuatukelas begitu ramai sehingga 50 orang pelajar. Dalam hubungan ini pengajaran danpembelajaran tidak berkesan, guru kurang memberi tumpuan individu dan sentiasa dalamkeadaan yang tertinggal dari semua aspek pengajaran dan pembelajaran.Di lihat di sekolah menengah pula golongan ini yang mendapat pencapaian di sekolahrendah keadaan yang sama berlaku di sekolah menengah . Waktu ini pula pengaruh rakansebaya begitu hebat yang akan memberi impak yang kuat kepada sistem pendidian disekolah. Golongan ini ketara lemah dari segi kognitif akan tetapi dari segi fizikal cukupaktif. Keadaan ini akan pula menjejaskan disiplin sekolah.Didalam bilik darjah seoarang guru berperanan sebagai pemimpin penentu suasanaemosi, penentu suasana sosial , pembentuk sikap, harapan guru, sistem kepercayaan gurukemesraan dan kelucuan, strategi kawalan bilik darjah, gaya kepimpinan guru, kaedahmengajar pengunaan unsur-unsur psikologi seperti pujian dan motivasi.Persoalan sekarang dapatkah semua peranan ini iaitu guru sebagai pemimpin , penentusuasana emosi, penentu suasana sosial, pembentuk sikap dan harapan pelajar, pengukuhsistem kepercayaan , pengawal sosial dan pengawal tingkahlaku dilaksanakan denganberkesan apabila pelajar lemah dan istimewa dapat melompat kelas kerana diperlukanmereka naik kelas. Hal ini mempunyai implikasi kepada latihan dalam pendidikan guru ,beban tugas dan secara tak langsung mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran.Oleh demikian ini akan menimbulkan suasana konflik peranan dikalangan guru dimanaharapan komuniti atau masyarakat begitu tinggi dari aspek pencapaian akademik pelajarsedangkan pelajar yang lemah naik kelas ke Tingkatan 4.2. Saiz KelasKapasiti pelajar dalam sesuatu kelas akan menjadi bertambah apabila pelajar yang lemahini ke Tingkatan 4. Keadaan akan memaksa pihak sekolah pecahkan dua apabila pelajaryang ramai dalam satu kelas. Sesetengah sekolah akan mengalami kekurangan bilikdarjah. Ini akan menyebabkan banyak berlaku kelas terapung. Suasana begini amat tidakmenyenangkan bagi guru yang telibat. Manakala kelas yang mecukupi timbul pulamasalah lain suasana kelas yang tidak sempurna kerana kerusi dan meja yang tidakmencukupi . Selain daripada itu kelas tidak dapat di ceriakan kerana kurang kerjasamadikalangan pelajar. Golongan pelajar yang lemah ini lebih suka seronok , duduk berbualdan nakal. Ingin sahaja merosakkan apa yang ada didalam kelas . Suasana begini akanmeningkatkan lagi usaha guru memantau dan melipat gandakan tenaga ,masa untukmengawal dan adakalanya menghukum mereka.3. Disiplin Pelajar -9-
  10. 10. Sekolah merupakan agen kawalan sosial . Mengenakan peraturan dan undang-undangyang harus dipatuhi oleh pelajar. Kebanyakkan peraturan sekolah rasional kepada pihakpentadbir tetapi tidak sedemikian kepada pelajar sekolah dan merupakan satu tempatyang unik. Kolompok yang majoriti ( pelajar ) tidak mempunyai sebarang kuasa ,manakala segala kuasa terletak kepada golongan minoriti ( guru dan pengetua ) . Pelajaryang merupakan golongan minoriti di sekolah sering di anggap sebagai belum cukupdewasa untuk diminta pandangan mereka. Maka tidak hairanlah jika sering berlakukonflik antara pelajar dan pihak sekolah berkaitan dengan peraturan yang ditetapkan olehpihak sekolah.Kajian Sharifah dan rakan-rakan ( 1995 ) yang meneliti buku rekod disiplin enam buahsekolah di Wilayah Persekutuan mendapati bahawa pelbagai salah laku antara tahun 1990hingga Jun 1994 ialah salah laku mengancam, memukul dan mencederakan pelajar ( 522kes ), berjudi ( 165 kes ), mencuri ( 135 kes ) , merosakkan harta benda sekolah ( 63kes ), menggunakan kata-kata dan perbuatan lucah( 49 kes ), peras ugut ( 42 kes ) dansebagainya.Mengapakah sekolah berjaya mendidik sesetengah golongan pelajar tetapi tidak berjayamendidik pelajar yang lain? Keadaan ini berlaku kerana yang lemah dari segipencapaian akademiknya berada di Tingkatan 4 terpinggir dan dilabelkan pelajar yangberisiko. Hakikat ini harus diterima oleh pihak sekolah kerana sebagai pelaksana dasaryang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.4. Prestasi GuruDilihat segi prestasi guru yang terlibat dengan pelajar berisiko ini dapat diukur daripadapencapaian pelajar yang lemah ini. Guru yang terlibat dengan pelajar berisiko perlubekerja keras dan memainkan pelbagai (extanded role) untuk membantu pelajar. Daritinjuan yang dilakukan ternyata guru berasa tertekan kerana pelajar-pelajar yang lemahini. Maka adakalanya guru bertindak di luar batasan berhadapan dengan pelajarseumpama ini kerana guru itu juga mahu mengekal prestasi yang cemerlang untuk dinilaioleh pihak sekolah.Guru sungguh berbesar hati sekiranya pelajar yang di ajar memberikan respon yang baikMelaksanakan tugas yang diberi sama ada di sekolah atau keja rumah . Ini dengantersendirinya guru mengubah bentuk atau gaya kerja yang pasif ke arah lebih aktif.Sebaliknya jika guru berhadapan dengan pelajar yang berisiko ini ia mengambil carayang mudah untuk mengajar , kadangkala lari dari prinsip asal untuk memberi ilmukepada pelajar. Sering kali guru ini akan menjadi sasaran pihak pentadbir menggangappihak guru tidak berfungsi sebagai seorang pendidik. Maka wujud pertentangan antarapihak pentadbir dan guru. Timbul konflik yang menjurus kepada perbalahan dansuasana begini tidak sesuai dalam amalan pendidikan.Menyentuh guru yang dedikasi sentiasa mengambil berat tentang pelajar atau muridnya.Mereka mahu murid-murid mereka berjaya dalam semua perkara. Adalah munasabahuntuk mengatakan bahawaa kejayaan murid akan memberi kepuasan dan kebanggaankepada guru. Kejayaan murid adalah kejayaan guru memberi bimbingan dan didikan - 10 -
  11. 11. yang sempurna. Jika sesebuah sekolah itu mempunyai ramai guru yang dedikasi,pencapaian sekolah itu sekali bertambah baik. Apakah keadaan ini akan terhasil jikapelajar yang lemah naik ke Tingkatan 4? Tahap dedikasi pasti menurun dan ini bolehmenjejaskan kredibiliti guru terhadap profesyen perguruan.5. Pengetua Dan Prestasi AkademikPengetua sebagai faktor yang paling penting dalam mempengaruhi pencapaian matlamatsesebuah sekolah. ‘Principal can make a difference’ yang diperkenalkan oleh Edmonds( 1978 ) membawa maksud bahawa pengetua boleh mengubah keadaan sesebuah sekolahitu daripada kedudukannya yang kurang berkesan atau kurang berjaya kepada yangberkesan atau berjaya. Lebih tepat kejayaan sekolah itu disebabkan pengetuanya.Sweeney ( 1982 ) dalam kajiannya tentang sintesis sekolah yang berkesan mengariskanenam ciri-ciri kepimpinan pengetua seperti berikut: a. Pengetua akan menetapkan strategi pengajaran serta mengambil bahagian dalam membuat keputusan tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran. Bersama – sama dengan guru, mereka juga membuat perancangan bagi menyelesaikan masalah pelajar. b. Pengetua itu memberi penekanan kepada pencapaian akademik dengan memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti, pengajaran dan alatan atau bahan mengajar yang dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik. c. Pengetua juga mewujudkan iklim atau suasana sekolah yang teratur, aman dan menyeronokkan sesuai bagi pembelajaran di sekolah. d. Pengetua memastikan segala apa yang berlaku di bilik darjah itu mempunyai kesan ke atas keseluruhan matlamat sekolah dan program-program lain yang dijalankan. e. Pengetua menunjukkan kelakuan yang positif dengan memberi bantuan dan sokongan kepada guru-guru. f. Pengetua sentiasa menilai kemajuan para pelajarnya Menetapkan harapan dan jangkaan sekolah dan sentiasa menyemak sama ada jangkaan itu tercapai atau tidak.Oleh demikian berasaskan ciri kepimpinan yang dikehendakki dikalangan pengetuamaka pihak Kementerian Pendidikan memikirkan satu bentuk latihan yangkomprehensif bagi bakal-bakal pengetua dalam abad 21 ini. Ia selari dengan pertambahanbilangan pelajar disekolah menengah atas dan bertambahnya pembinaan sekolahmenengah. Cabaran kepada bakal pengetua yang baru ini untuk berhadapan kerenah dankelakuan golongan pelajar yang lemah diberi peluang naik ke Tingkatan 4. Jikahalangan dan cabaran ini dapat dilalui oleh pengetua baru, maka ia akan memberipersepsi lain pihak masyarakat . Masyarakat akan melihat dari sudut prestasi danfleksibliti pengetua dalam menerajui kepimpinan disekolah . Secara tak langsung bidangtugas serta tanggung jawab guru mendapat penghargaan dari masyarakat.6. Budaya Sekolah - 11 -
  12. 12. Setiap sekolah mempunyai corak budaya tersendiri. Ia dapat dilihat dari sudut interaksiantara pelajar dan guru, nilai-nilai tertentu, mempunyai kepercayaan, falsafah, caraberfikir, tradisi yang diamalkan, sikap dan kepercayaan yang di amalkan, prosespengajaran dibilik darjah dan cara-cara pengetua menguruskan sekolahnya. Faktor-faktoryang merangkumi budaya sekolah ini telah terbukti dalam penyelidikan pendidikansebagai faktor-faktor yang amat kuat mempengaruhi kemajuan sesebuah sekolah. Akantetapi dengan kehadiran kelompok pelajar yang memperolehi 1D ini nilai dankepercayaan itu akan berubah kerana guru melabelkan golongan pelajar ini berisiko .Hubungan dua hala antara guru dan pelajar kurang. Amalan dalam pendidikan akanberubah dimana wujud sistem pengaliran disekolah. Amalan budaya seperti ini tidakelok dan mengasingkan pelajar sehingga tiada wujud aktiviti kerjasama danpersefahaman serta semangat setia kawan.Ada beberapa sebab yang boleh difikirkan. Pertama ada pihak menyatakan bahawabudaya sekolah yang terlalu sempit ruangnya, terlalu berorientasikan akademik, tidakdapat menampung sebilangan pelajar yang tidak terdorong ke arah akademik. Keduauntuk berjaya disekolah para pelajar perlu menyesuaikan diri dengan budaya formalsekolah ( Reid 1986 ) , namun ada pelajar yang tidak boleh menyesuaikan diri dengantuntutan budaya sekolah.Mengikut Woods ( 1983 ) pula, ada pelajar yang mengikut kata dan tidak menyusahkanguru ( conformity ), ada pula yang berkebolahan tetapi suka melawan ( innovation ), adayang tidak berkebolahan tetapi mengikut kata ( ritualism ) tidak melibatkan diri dalampembelajaran ( retrectiom ), menunjukkan tingkah laku langsung dan vandalism( intrasigence ), dan ada yang memberontak dengan senyap ( rebellion ).Pelajar yang bermasalah lazimnya ialah pelajar yang datangnya dari latar belakangkeluarga yang kurang beruntung, pincang dan pelajar yang kurang berkebolehan.7. Iklim SekolahIklim sekolah menjadi teras pembangunan dan kemajuan sesebuah sekolah. Hal inimeliputi peningkatan akademik, pembangunan aspek fizikal dalam alam sekitar sekolah,corak perhubungan manusia di sekolah dan perhubungan antara sekolah denganmasyarakat di sekitarnya serta pengurusan sekolah itu sendiri.Selain daripada itu iklim sekolah meningkatkan lagi perhubungan kemanusian di antaraperseorangan ( inter- personal ) guru-pelajar, guru dan pengetua, guru dan pelajar.Merangsang semangat untuk belajar dan bekerja dikalangan pelajar, guru dan stafsekolah di sesebuah sekolah supaya produktivi sekolah dapat ditingkatkan lagi.Meningkatkan lagi disiplin sekolah, khususnya para pelajar secara ‘internally induced‘melalui pembentukan persekitaran atau iklim sekolah untuk mendidik pelajar menguasaidisiplin kendiri. Mewujudkan iklim dan suasana sekolah yang mengembirakan parapelajar khususnya.Kini persoalan timbul apabila iklim sekolah yang menyeronokkan, kondusif dan dapatmembentuk disiplin kendiri pelajar dan seterusnya dapat menjadikan sekolah cemerlangtidak tercapai. Golongan pelajar yang lemah ini seringkali tidak memahami matlamat - 12 -
  13. 13. kendiri dan juga sekolah. Sebilangan mereka merasakan ke sekolah merupakan tugasrutin bagi mereka. Dikenakan peraturan untuk tujuan kawalan sosial tidak diendahkan.Proses sosialisasi tidak wujud dimana golongan ini kurang berinteraksi dengan guru,pelajar dan rakan sebaya. Keseronokan bagi mereka apabila tindakan itu memuaskan hatimereka tidak kepada pihak yang lain. Ini akan memberi tamparan kepada pihak sekolahkerana sukarnya mengekalkan iklim sekolah ke tahap yang dibanggakan.KesimpulanBerpegang kepada konsep ‘semua orang berpeluang belajar, maka pelajar yangberisiko ini harus diberi peluang untuk belajar. Cuma tumpuan perhatian yang lebihkepada golongan pelajar yang berisiko ini. Kebanyakkan mereka mempunyai latarbelakang keluarga yang pincang, kehidupan dibawah paras kemiskinan. Golongan pelajarini amat mudah dipengaruhi oleh kegiatan yang tidak sihat dan mempunyai masalahdisiplin yang berat disekolah.Oleh demikian pelajar-pelajar ini dikesan lebih awal dan di tempatkan atau programalternatif untuk meningkatkan konsep kendiri mereka dan mengasah bakat merekamelalui latihan kemahiran , budaya sekolah dan bilik darjah yang positif. Penglibatanmereka dalam pembelajaran dan meningkatkan perasaan kepunyaan ( sense of belonging) terhadap sekolah menjadi asas yang penting dalam budaya sekolah.Akhirnya dengan melaksanakan dasar pelajar yang memperolehi 1D boleh naik keTingkatan 4 akan memberi kesan negatif dan positif Negatif kepada guru, sekolah danbilik darjah kerana mempengaruhi saiz bilik darjah dan sekolah. Kesan kepada kerajaanialah semua dapat disekolahkan dan dikawal serta diseliakan dalam waktu yang singkat.Hakikatnya semakin ramai berpeluang belajar sehingga menengah atas semakin banyakmasalah dan bebanan yang ditanggung oleh pihak sekolah terutama dari aspekpengurusan, proses pengajaran dan pembelajaran dan ko-kurikulum - 13 -
  14. 14. BibliografiHussein Mahmood. 1993 . Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah . Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Pustaka.Sharifah Nor . 2000 . Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Siosologi UniversitiPertanian Malaysia.Sharifah Alwiah Alsagoff .1985 Sosiologi Pendidikan.Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia , Sejarah, Sistem dan Falsafah. DewanBahasa Pustaka.Kuala Lumpur.Manja Mohd Ludin. 1990. Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan DewanBahasa Pustaka.Noran Fauzan Yaakub . Ahmad Mahdzan Ayob 1990. Guru Dan Perguruan DewanBahasa Pustaka.Ibrahin Saad. 1992. Perubahan Pendidikan di Malaysia, Satu Cabaran Dewan BahasaPustaka.Prosiding Isu-Isu Pendidikan Negara, Isu Dasar , Falsafah Dan Matlamat 2000.Universiti Kebangsaan Malaysia. - 14 -

×