Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan

on

  • 33,960 views

 

Statistics

Views

Total Views
33,960
Views on SlideShare
33,960
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
1,499
Comments
3

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • boleh tak share bahan untuk memperoleh pengalaman pelbagai arah dan jarak menggunakan akan
    muzik,visual dan pergerakan
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • Terima kasih
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • terima kasih kerana bahan yang disediakan banyak membantu saya menyiapkan kertas kerja.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan Document Transcript

  • Top i k Pengetahuan  6 Asas dalam  Pergerakan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan asas-asas pergerakan yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran; 2. Menyatakan kemahiran pergerakan yang akan diperolehi oleh pelajar apabila mempelajari asas-asas pergerakan; 3. Menjelaskan jenis-jenis pendidikan pergerakan supaya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran; 4. Menyatakan kepentingan pendidikan pergerakan kreatif untuk mempertingkatkan proses pengajaran; dan 5. Mengenalpasti unsur-unsur pergerakan. PENGENALANPenekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilaipendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan danpotensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamatpendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah)adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagimembantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yangbertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.Pendidikan pergerakan juga merupakan salah satu wacana yang menyumbangke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiahpelajar tentang keperluan-keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 111berdasarkan kepada model holistik perkembangan kanak-kanak. Pendidikanpergerakan boleh diperhebatkan lagi keberkesanan dengan menjadikannyasebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatan-kegiatan penerokaan,kreativiti, proses-proses berfikir dan penyelesaian masalah serta pembentukankonsep pembelajaran yang merangsang pembinaan keyakinan diri danpengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan prinsippendidikan pergerakan tidak akan menyimpang dari landasan konsep „kanak-kanak total‰.Pendidikan pergerakan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagaitambahan kepada kurikulum sekolah secara total. Ia sebenarnya merupakansuatu pendekatan dalam pendidikan kanak-kanak yang menyumbang ke arahperkembangan pelajar itu dengan cara seperti berikut:(a) Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot;(b) Memantapkan tahap kecerdasann fizikal, pengetahuan dan sikap;(c) Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman- pengalaman pergerakan terarah;(d) Memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat;(e) Memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi pengintegrasian konsep bilik darjah dengan program aktiviti fizikal; dan(f) Meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti pergerakan yang mencabar dan menyeronokkan.Aktiviti-aktiviti pergerakan di peringkat sekolah rendah dan menengahterbahagi kepada empat bidang kandungan utama, iaitu:(a) Permainan berunsur pendidikan;(b) Pergerakan berunsur pendidikan;(c) Sukan dan atletik; dan(d) Kecergasan jasmani. 6.1 PERGERAKAN ASASIstilah pergerakan membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan.Secara literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untukmemperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikanmasalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yangberteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala
  • 112 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKANpendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerakuntuk belajar.Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibahagikankepada dua kategori:(a) Pergerakan kreatif; dan(b) Gimnastik.Setiap satu mempunyai fungsi yang unik dan penting dalam membentukketrampilan pergerakan. Deskripsi pendidikan pergerakan yang serupa iniapabila diaplikasikan kepada pengalaman-pengalaman pergerakan manusia,memerlukan semacam iringan berirama yang boleh ditempatkan didalamkategori aktiviti berirama. Pengalaman-pengalaman ini ada diterapkan di dalamkurikulum KBSR dan KBSM yang terdiri daripada:(a) Pengalaman tidak berstruktur;(b) Pengalaman separuh berstruktur; dan(c) Pengalaman berstruktur.Terdapat juga pertindihan aktiviti-aktiviti pergerakan yang terdapat dalampergerakan kreatif dan gimnastik jika berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman di atas.Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang antaraKBSR dan KBSM untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalamanberkaitan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut;(a) Ritma asas;(b) Ritma kreatif;(c) Lagu pergerakan;(d) Permainan; dan(e) Kemahiran gimnastik.Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktivitipergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregangdan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompatmengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapindan joget. Jadual 6.1 menunjukkan contoh-contoh pergerakan asas ini yangdipanggil pergerakan lokomotor.
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 1136.1.1 Pergerakan Lokomotor Jadual 6.1: Pergerakan Lokomotor Bukan Lokomotor Lokomotor Membongkok Berjalan Meregang Berlari Memulas Meloncat Berpusing Melompat Mengangkat badan Lari skip Merebah Memacu seperti kuda Menghayun MeluncurSatu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untukmembantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antarakemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor.Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yanglain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebihkompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut:(a) Berjalan(b) Berlari(c) Melonjak(d) Melompat(e) Meloncat(f) Melungsur(g) Memacu seperti kuda(h) Skip AKTIVITI 6.1 Terdapat pelbagai jenis pendidikan pergerakan antaranya ialah pendidikan gimnastik. (a) Senaraikan jenis-jenis pendidikan gimnastik (b) Senaraikan jenis-jenis gimnastik berirama. (c) Bagaimanakah untuk menjayakan sesi gimnastik berirama?
  • 114 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKANUntuk membiasakan guru dengan cara menggunakan dan melaksanakanpergerakan-pergerakan di atas, analisanya telah dibuat dalam bentukpenerangan ringkas. Diharapkan penerangan ini dapat difahami oleh gurusupaya konsep setiap pergerakan menjadi jelas. Kata kunci dan frasa tertentudicadangkan sebagai panduan pengajaran atau untuk tujuan merangsangpembetulan.(a) Kemahiran Lokomotor Asas Berjalan Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garisan lurus. Tangan melenggang bebas berselang-seli mengikut arah kaki melangkah. Perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah dan pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Kedudukan badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega. Frasa pengajaran penting: • Ayun langkah dari paras punggung; • Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di sepanjang bahagian sisi luar tapak kaki sehingga ke hujung ibu jari; • Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan; • Berjalan dengan lembut; • Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan; dan • Melenggangkan lengan dan tangan secara bersahaja.
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 115 Cadangan untuk penelitian: • Berjalan tegak-tinggi, kemudian berjalan tegak berjengket yakni lebih tinggi; • Jalan berundur kemudian ke hadapan; • Berjalan seperti robot atau askar permainan; • Berjalan seperti gergasi; • Berjalan seperti gorila, gajah, anjing cedera di kaki; • Berjalan seperti barang mainan berkuasa bateri; • Berjalan seperti patung-patung kawalan tali; • Berjalan bebas (tekankan imbangan yang baik); • Berjalan setempat, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bentuk zig zag; • Berjalan mengikut gabungan mana-mana cara di atas; • Berjalan berjengket, di atas tumit, mengangkat lutut tinggi, kaki jegang dan berjalan seperti berkawat; • Berjalan perlahan dengan langkah besar dan langkah kecil; • Berjalan pantas dengan langkah besar dan langkah kecil; dan • Berjalan perlahan sambil menurunkan dan meninggikan badan.(b) Berlari Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan. Yang berbeza ialah semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat dari mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa ke arah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun ke arah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki. Frasa Pengajaran Penting: (i) Berlari di atas bebola kaki. (ii) Bengkokkan siku dan lutut (iii) Ayun tangan ke hadapan (iv) Tegakkan kepala (v) Berlari dengan gaya yang lembut
  • 116 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN Cadangan untuk Penelitian: (i) Berlari setempat, ayun tangan ke hadapan. (ii) Berlari dengan perlahan, lutut diangkat tinggi (iii) Berlari dengan ringan di atas bebola kaki. (iv) Berlari kuat (dengan bunyi bising) kemudian beransur-ansur senyap. (v) Berlari pantas dan kemudian beransur perlahan-lahan. (vi) Berlari dan berhenti apabila syarat diberi, kemudian berlari semula. (vii) Berlari ke hadapan, berundur ke sisi. (viii) Berlari mengikut seorang ketua. (ix) Berlari mengikut pelbagai kelajuan. (x) Berlari mengikut hala zig zag (xi) Berlari berjengket (xii) Berlari menendang ke belakang(c) Berlari serta Berlonjak (Leap) Berlari serta berlonjak hampir menyerupai pergerakan berlari, cuma ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna. Frasa Pengajaran Penting: (i) Tolak ke atas, hulur dan jejak. (ii) Ayun tangan (lengan) ke atas dan ke hadapan (iii) Lari, lari dan lompat (tekankan perkataan lompat untuk menandakan kekuatan dalam pergerakan)
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 117 Cadangan untuk Penelitian Berlari serta berlonjak adalah sukar bagi kanak-kanak. Beri latihan lompatan. Variasi jarak dan ketinggian lompatan yang memadai perlu dikuasai: (i) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat; (ii) Melompat seperti rusa melompat pagar; (iii) Melompat seutas tali di atas lantai; (iv) Melompat tali yang ditinggikan sedikit; dan (v) Melompat menyeberang dua utas tali yang menyerupai anak sungai.(d) Lompatan Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan/lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Frasa Pengajaran Penting (i) mengayun tangan ke belakang dan kehadapan, dan ke bawah dan ke atas (ii) membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat (iii) hulur dan jejak Cadangan untuk Penelitian (i) melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan (ii) melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah (iii) melompat dan capai pelbagai benda (iv) melompat sambil bergerak ke hadapan dan pelbagai arah (v) melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan (vi) lompat untuk jarak (vii) melompat sambil mengubah ke arah lompatan (viii) melompat seperti kanggaru (ix) melompat anak sungai
  • 118 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN(e) Melompat Ketingting Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah. Frasa Pengajaran Penting (i) Ketingting ke udara dengan sebelah kaki dan menurun dan mendarat semula dengan kaki yang sama (ii) Angkat tangan ke atas (iii) Kepala tegak (iv) Lutut bengkok Cadangan untuk Penelitian (i) Ketingting setempat, tegak di atas sebelah kaki selama lima kiraan (ii) Ketingting dan pusingkan badan (iii) Ketingting arah ke hadapan, ke belakang dan ke kiri kanan. (iv) Ketingting meliputi pelbagai jarak (v) Ketingting melintasi tali atau garisan SEMAK KENDIRI 6.1 Nyatakan perbezaan lokomotor dengan bukan lokomotor.6.1.2 Kemahiran Persepsi MotorPendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalahpenting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasakewujudan dirinya dalam ruangan. Pelajar perlu mengenal pasti arah kiri dankanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau corak. Perkembanganpersepsi motor juga memainkan peranan dalam pencapaian akademik kanak-kanak. Kemahiran persepsi motor diperlukan bagi membaca huruf isyarat(decoding) dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiranmembaca.
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 119(a) Mengimbang Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan aktiviti-aktiviti mengimbang dengan permainan lebih menyoronokkan bagi pelajar. Pelajar berpeluang membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas yang berjalan di atas tali atau mengimbang di atas sebelah kaki di atas belakang kuda sarkas.(b) Kesedaran Badan Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri: (i) Saiz; (ii) Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan serta perkaitannya di antara satu dengan yang lain; (iii) Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan menggerakkan badan; dan (iv) Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza. Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi pergerakannya. Ada banyak cara bagi membina kesedaran tentang kewujudan diri. Salah satu daripada caranya ialah melalui aktiviti yang melibatkan bahagian-bahagian tertentu badan. Pelajar boleh disoal, „Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala anda?‰ atau „Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda dengan tangan anda?‰(c) Kesedaran Ruang Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan tersebut. Apabila kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang dan tubuh badan kita memenuhi ruang seperti juga benda-benda lain yang berada di persekitaran kita. Kita juga menyedari tubuh badan kita serta perkaitannya di antara benda-benda di sekitar. Hal ini merupakan konsep asas yang perlu diterokai oleh pelajar supaya mereka boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya. Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Guru menyuruh pelajar melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah. Dengan cara ini mereka akan lebih menyedari saiz ruang diri persendirian mereka semasa tidak bergerak. Pelajar juga digalakkan untuk bergerak bebas di dalam ruang yang wujud di luar persendirian mereka.
  • 120 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN(d) Kesedaran Hala Datar (Laterality) Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi tubuh badan seseorang. Dengan ini seseorang dapat mengawal pergerakan daripada kedua-dua belah bahagian tubuh badan secara serentak atau secara berasingan. Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau lengan kanan dan kaki kiri bersama-sama digunakan akan menolong mengembangkan kesedaran hala datar pelajar (sense of laterality). Permainan seperti Angels in the snow sesuai bagi tujuan ini. Dalam permainan ini, pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kaki serta tangan membentuk gerakan membulat (circular movement) mengikut arahan yang diberikan oleh guru.(e) Kesedaran Arah Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran lauran arah ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar. Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan kesedaran arah ini. Umpamanya bergerak ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah boleh membina kesedaran arah. Melalui pergerakan seumpama ini, pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di dalam muka surat bercetak iaitu semasa membaca.(f) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi di antara pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik. Interaksi ini haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Ini melibatkan interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul. Permainan bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik. Pelajar melambungkan dan menyambut dengan kedua-dua belah tangan atau melambungkan dengan sebelah tangan dan menyambutnya dengan tangan yang sebelah lagi. Permainan yang melibatkan sepakan pula adalah baik bagi kordinasi kaki-mata. Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran yang tidak bergerak atau ke arah gawang gol.
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 1216.1.3 Kemahiran ManipulatifKemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebihawal. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal,menangani atau mengawasi sesuatu objek.Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahirandiri seseorang pelajar:(a) Membaling;(b) Menyambut;(c) Memukul;(d) Menendang atau menyepak; dan(e) Menggelecek.Kesemua kemahiran manipulatif di atas juga dapat mempertingkatkanperkembangan kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu, kemahiranmanipulatif ini dapat memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untukmenjadi seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupannya. AKTIVITI 6.2 Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah penting untuk pembinaan pergerakan berkordinasi. (a) Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu diperkembangkan oleh pelajar untuk pembinaan kordinasi motor. (b) Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui. 6.2 PENDIDIKAN PERGERAKANPendidikan dalam apa bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yangbermakna. Pendidikan haruslah juga memberangsangkan dan menghasilkankepuasan yang semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkanpengetahuan seterusnya. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakansebagai media pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatuyang baharu. Pendidikan pergerakan adalah suatu kaedah pengajaran yang unikkerana apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak, mereka juga belajar sambilbergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir dan merasai sesuatusecara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan
  • 122 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKANafektif. Melalui pergerakan seperti ini pelajar akan dapat mempelajari tentangdirinya sendiri. Antara lain dia boleh tahu(a) Apa yang mampu dilakukannya;(b) Bagaimana dia boleh mengawal diri;(c) Bagaimana dia dapat mengawal sesuatu yang berada di sekelilingnya;(d) Bagaimana dia dapat menyesuaikan dan menghubungkan dirinya dengan alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan yang tidak bernyawa); dan(e) Bagaimana dia dapat melahirkan perasaan dan ideanya.Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh bagidiri kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untukbelajar dan bergaul di antara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiridan perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang melaluipelbagai pergerakan itu.Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkankemahiran-kemahiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.2. Jadual 6.2: Hubungkaitan Beberapa Kemahiran Kemahiran ContohHubung kait motor- – Menangkap bolapenglihatan – Melambungkan bola melalui gelung rotan – Menggelecek bola hokiPemindahan motor- – Mengulang semula sesuatu pergerakanpenglihatan – Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu gambar – Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu arahanHubung kait motor- – Menari mengikut muzikpendengaran – Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan dengan langkah yang kuat dan badan yang direndahkan.Penukaran motor- – Mendengar dan melakukan arahanpergerakan – Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk mengikut irama
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 123Hubung kait motor – Aktiviti penyedaran tubuh badankinestatik – Aktiviti mengimbangkan badan.Hubung kait motor- – Memanjat (jungle gym)taktil – Merangkak menerusi terowong.6.2.1 Gimnastik PendidikanGimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai,pengalaman atas rumput, tikar getah atau permainan yang tidak banyakmemerlukan peralatan untuk meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pulaterdiri daripada pergerakan yang menggunakan alat-alat seperti bangkupanjang, palang, alang, peti pelana dan peralatan taman permainan. Padaperingkat awal, sebahagian besar latihan ditumpukan kepada aktiviti-aktivitilantai, tetapi apabila pelajar sudah mahir, sebahagian besar tumpuan dialihkanpula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan.(a) Pengalaman Lantai Apabila pelajar sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas, tumpuan seterusnya, secara keseluruhan hendaklah kepada usaha merapatkan seluruh anggota menjadikannya satu bentuk paduan. Apabila setiap pelajar telah dapat menguasai aksi-aksi dan mengekalkan bentuk- bentuk aksi itu, mereka bolehlah menumpukan perhatian kepada lakuan lain seperti menggulingkan tubuh ke arah yang berlainan. Pengalaman-pengalaman pada tahap kawalan termasuk antaranya lakuan mengguling daripada kedudukan berdiri kepada bergerak dan mengguling. Imbangan-imbangan berbentuk bukan simetri dan imbangan terbalik boleh diperkenalkan. Pembentukan konsep tetap (pegun) boleh diterangkan dengan membandingkan perbezaannya dengan aksi mengguling. Guru boleh mencabar pelajar untuk menggabungkan antara dua jenis kemahiran yang mudah tetapi berkaitan, seperti bergerak dengan mengimbangkan badan dengan menggunakan dua anggota dan seterusnya. Urutan pergerakan yang lebih kompleks dan maju bukan sahaja menyeronokkan, malah mencabar keupayaan pelajar. Pemindahan beban dari bahagian anggota kaki ke anggota tangan, meneroka imbangan badan yang tidak stabil dan menerap sebahagian atau seluruh beban berat badan rakan, adalah antara cabaran yang sesuai bagi setiap pelajar. Konsep-konsep pemecutan, kukuh, apungan, terikat dan bebas adalah antara konsep-konsep yang ditekankan pada tahap kecekapan. Mana-mana
  • 124 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN pelajar yang telah mempelajari beberapa lakuan pergerakan gimnastik akan berasa seronok dengan cabaran yang menekankan tumpuan kepada kualiti pelaksanaan. Kegiatan memadan dan mencerminkan pergerakan rakan, mengulangi urutan kekerapan.(b) Pengalaman Peralatan Selepas pelajar telah boleh menguasai aktiviti-aktiviti lantai, maka pelajar itu bolehlah membuat gimnastik dengan menggunakan peralatan-peralatan gimnastik seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang. Kebanyakan sekolah menengah mempunyai peralatan seperti di atas tetapi tidak bagi kebanyakan sekolah rendah. Lazimnya sekolah rendah hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka-rangka panjat untuk menerapkan pengalaman gimnastik menerusi penggunaan alatan. Guru dilarang memaksa pelajar menggunakan sesuatu alat. Mana-mana pelajar yang masih berada di peringkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan di sepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali atau bergerak di sepanjang rangka panjat. Ini secara tidak langsung membawa pelajar itu untuk membiasakan dirinya dengan peralatan yang digunakan dalam latihan sebenar untuk membina keyakinan diri. Latihan-latihan permainan berhalangan yang mudah dengan menggunakan peralatan seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelung rotan, tali, bongkah dan rotan sesuai digunakan untuk mempelajari konsep-konsep seperti di atas iaitu menyimpang, menerusi dan bawah. Pelajar yang berada pada peringkat kawalan boleh mencuba menggunakan pelbagai cara untuk bergerak di atas alang, bergayut di atas palang atau tali, melompat dari meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain di atas palang bertingkat. Setelah pelajar itu mahir menggunakan peralatan, anda bolehlah menggalakkan mereka memindahkan kemahiran aktiviti lantai kepada aktiviti menggunakan peralatan.
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 125Apabila pelajar telah menjangkau tahap kecekapan mereka perlulah pulamemberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan caramenyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar seperti pengalaman aktivitilantai dalam permainan gimnastik. Pelajar haruslah digalakkan supaya memberiperhatian terhadap kualiti pergerakan mereka dan mengadunkannya ke dalamsuatu bentuk urutan dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai untukgimnastik pendidikan ialah melompat dan mendarat, mengguling,membongkok, melentur, memusing dan mengayun, kesedaran ruang dankesedaran kinestetik.6.2.2 Gimnastik IramaDalam gimnastik irama pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara beransur-ansur dan kemudian diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihanberirama ini pelajar bukan sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengansendirinya akan memantapkan kemahiran-kemahiran mereka yang kompleksdan mencabar itu.Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan denganmenggunakan peralatan seperti bola, gelang, rotan, tali dan reben. Apabilapelajar itu telah mahir menggunakan peralatan itu, bolehlah dia menggabungkanpergerakan dengan pola rutin yang mudah. Penggabung jalinan rutin-rutintermasuklah gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama atau gimnastikreben berirama dan lain-lain itu ke dalam program gimnastik.Berikut adalah beberapa saranan untuk menjayakan sesi gimnastik berirama:(a) Gunakan muzik iringan semasa berlatih;(b) Gunakan pelbagai ragam irama untuk meningkatkan kreativiti dan membangkitkan minat;(c) Jarakkan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan;(d) Beri penekanan pada penggunaan anggota-anggota tangan dan lulut secara serentak semasa menangkap objek-objek;(e) Latihkan semua kemahiran kedua-dua bahagian tubuh; dan(f) Biarkan pelajar mencipta kemahiran dan rutin mereka sendiri.Jenis-jenis peralatan untuk gimnastik berirama:(a) Bola;(b) Belantan;(c) Gelung;
  • 126 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN(d) Reben; dan(e) Tali.Paling penting dalam gimnastik berirama ialah pergerakan yang betul denganmengikut muzik.(a) Gimnastik Berirama (Bola) Berikut adalah teknik-teknik asas dalam memanipulasikan bola seperti mengguling, mengayun dan melontar yang digubah mengikut muzik. (i) Letakkan bola di atas tapak tangan tanpa mencekamnya semasa melakukan aktiviti. (ii) Lontarkan bola dengan hanya menggunakan gerakan bahu. (iii) Tangkap bola dengan menggunakan hujung jari. (iv) Ayun dan gulingkan bola ke lantai dengan memegangnya dengan pergelangan tangan.(b) Gimnastik Berirama (Belantan) Belantan yang digunakan adalah lebih kurang tiga kaki persegi panjang. Teknik-teknik penggunaan belantan serta aktivitinya adalah seperti berikut: dengan muzik berentak Waltz. (i) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belantan. Jatuhkan belantan ke lantai dengan sebelah hujungnya melantun dan cuba untuk menangkapnya. (ii) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belantan. Lontar belantan ke udara dan tangkap. (iii) Berdiri dengan tangan kanan memegang sebelah hujung belantan. Kedua-dua tangannya di sisi. Ayun belantan melintasi badan dan tangkapnya dengan tangan kiri. (iv) Bertinggung. Cuba gunakan berbagai-bagai bentuk pergerakan lokomotor untuk aktiviti-aktiviti di atas.(c) Gimnastik Berirama (Gelung) Gelung yang digunakan berukuran 50-70sm diameter dengan tapak tangan menadah ke atas dan ke bawah untuk aktiviti-aktiviti gelung dengan muzik berentak Waltz. (i) Pegang gelung dengan sebelah tangan dan ayunkan gelung ke atas dan ke bawah. (ii) Pegang gelung.
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 127(d) Gimnastik Berirama (Reben) Reben yang digunakan berukuran 3-4.5m panjang dan muzik berentak Waltz. Kibarkan reben dari satu bahagian ke satu bahagian lain di hadapan dalam pola melengkung.(e) Gimnastik Berirama (Tali) Tali digunakan berukuran berdasarkan saiz dan ketinggian gimnas. Diukur dari tapak kaki hingga ke bahagian ketiak gimnas.6.2.3 Gimnastik ArtistikUntuk melaksanakan gimnastik artistik, pelajar seharusnya telah bolehmenguasai semua asas gimnastik. Ini bermakna tahap penggunaan dankecekapan itu sudah boleh memanipulasi tubuh mereka serta mempunyai asaspengalaman gimnastik seperti aksi-aksi dirian tangan, roda kereta, gulingan,imbangan dan sebagainya. Bimbingan daripada guru amatlah penting dalampelaksanaan gimnastik berirama ini. Ketika ini, ramai pelajar meminatipermainan gimnastik secara sendiri dengan mengikuti program yang dianjurkanoleh kelab-kelab gimnastik; di mana kelab-kelab ini mempunyai jurulatih yangbertauliah yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengendalikanprogram gimnastik dengan baik.Kelahiran kelab-kelab ini banyak merangsang ciptaan bentuk-bentuk kemahirangimnastik yang menarik oleh pelajar. Mana-mana pelajar yang telah mencapaitahap kecekapan yang sewajarnya patut meneruskan latihan dengan memberitumpuan kepada aksi-aksi yang lebih mencabar seperti mengimbangi badan,mencipta bentuk pergerakan yang baru, serta mempelbagaikan cara berjalan ataubergerak dan cara menyokong beban berat badan. Mereka harus digalakkanmemfokuskan tumpuan kepada kualiti artistik pergerakan semasa membuatlatihan-latihan pergerakan dan membuat penggabungan pergerakan-pergerakanyang telah dipelajari ke dalam satu rangkaian yang kemas, licin dan teratur.Dalam gimnastik artistik, guru perlulah membuat satu demonstrasi sesuatukemahiran itu dengan betul supaya mudah diikuti oleh pelajar. Beberapa orangpelajar yang telah cekap menguasai sesuatu aktiviti boleh dijadikan contohuntuk melakukan aktiviti-aktiviti supaya dapat diikuti oleh pelajar yang lain.Matlamat gimnastik artistik ini ialah untuk membolehkan pelajar melaksanakankemahiran-kemahiran yang telah ditentukan melalui kaedah-kaedah yangkhusus. Guru dikehendaki membimbing pelajar untuk meningkatkan kebolehanmereka bergerak dalam melaksanakan aktiviti, memupuk keyakinan diri dankebolehan menginterpretasikan tugas serta menentukan cara terbaik untukmempraktikkan kemahiran-kemahiran.
  • 128 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKANBerikut adalah kegiatan gimnastik artistik bagi pelajar di tahap kecekapantertentu:(a) Gulingan Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain di sekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap penggunaan boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan- lakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling. Mereka juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam, atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang berbeza-beza. Di tahap kecekapan, pelajar boleh belajar cara melakukan lakuan mengguling sebagai sebahagian daripada kemahiran tambahan. Mereka harus bersedia untuk menggunakan kemahiran ini apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam permainan bola jaring, bola sepak dan sebagainya.(b) Imbangan Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Pelajar yang sudah mencapai keupayaan perlakuan asas, sama ada di tahap aplikasi atau kemahiran, mampu menyokong beban beratnya dengan kedua-dua belah tangan dalam keadaan tetap, dalam keadaan kedua-dua kaki terlunjur ke atas, punggung lurus selari dengan kedua-dua tangan selama tiga hingga lima saat.. Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini termasuklah mengimbang dalam persekitaran yang dinamik, memindah dan menukarkan bebanan menjadi tetap, sambil pada masa yang sama melakukan imbangan dalam pelbagai kedudukan. Ini adalah penting untuk membantu pelajar membuat keputusan mengenai gabungan pergerakan di samping membolehkan memilih dan mencipta cara menjalinkan satu jenis pergerakan dengan cekap. Di tahap kecekapan, latihan imbangan dilakukan di atas lantai dan di atas sebarang alatan dengan menggabungkan kemahiran imbangan dengan faktor masa, daya tenaga, kuasa, tetap dan rasa keriangan untuk mengekspresikan kontras di antara pelbagai unsur. Pelajar digalakkan memperhaluskan gaya pergerakan lantai mereka dari satu kedudukan ke satu kedudukan serta membentuk cara lakuan dengan baik dan menggunakan fokus sepenuhnya.
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 129 Memindah beban seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim. Namun lakuan memindahkan beban yang paling kerap ialah dari kaki ke kaki seperti dalam berjalan. Terdapat perbezaan yang ketara antara gimnastik pendidikan dengan gimnastik artistik. Dalam gimnastik artistik matlamatnya adalah jelas. Pelajar dikehendaki mempelajari cara melaksanakan kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan mengikut kaedah yang khusus. Sementara itu hasilan daripada gimnastik pendidikan tidak mudah diperjelaskan. Kemahiran- kemahiran yang hendak dipelajari itu tidak ditentukan terlebih dahulu dan praktiknya tidak terikat kepada kaedah-kaedah tertentu. Dalam hal ini guru akan bertindak sebagai pembantu kepada pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk bergerak sealiran dengan arus graviti, membina keyakinan diri dan sifat berdikari, serta menginterpretasikan perlakuan-perlakuan di samping menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran berkenaan.6.3 PENDIDIKAN KREATIFSubtopik ini akan membincangkan elemen-elemen pendidikan kreatif.6.3.1 Interpretasi IdeaPara pelajar merupakan golongan yang kreatif. Kekreatifan mereka tidak mengenalsempadan dalam proses mereka meneroka dan berangan-angan (fantasi) tentangpersekitaran mereka. Mengikut Albert Einstein, seorang ahli sains terkemuka,imaginasilah penggerak kepada kreativiti. Namun, setelah pelajar itu meningkatdewasa sifat kreatif ini akan semakin berkurangan. Ini adalah disebabkan tekananke atas pelajar untuk mengikut norma sosial dan pelbagai hukum dan peraturanyang ditetapkan agar boleh menyesuaikan diri dan berfungsi dalam masyarakat.Kreatif juga merupakan sebagai satu bentuk kecerdasan. Gardner 1978,mengganggapnya sebagai salah satu daripada “multiple intelligence‰ yangmeliputi pelbagai fungsi otak. Mengikut Gardner 1993, kreativiti adalah aspekyang penting dalam fungsi kognitif. Aspek kreatif otak ini boleh membantumenerang dan menterjemahkan konsep-konsep abstrak dengan melibatkankemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan, penciptaan, kekagumandan minat. Semua kualiti ini terdapat pada para pelajar. Aspek ini bolehdimanfaatkan dan diperkembangkan agar pelajar boleh memindahkan kreativitidalam pembelajaran yang lain.
  • 130 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKANPembelajaran bagi kanak-kanak adalah satu proses yang aktif dan melibatkanmembuat keputusan. Mereka perlu diberikan ruang dan masa untuk menerokadan mencuba idea dengan cara mereka tersendiri. Mengikut Torrance (1969), ciri-ciri berikut yang terdapat pada para pelajar dapat membantu mereka belajarsecara kreatif.(a) Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama;(b) Keupayaan untuk menyusun;(c) Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan;(d) Meneroka sebelum pengajaran formal;(e) Menggunakan “silence‰ dan “hesitation‰;(f) Melihat dengan lebih dekat;(g) Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah; dan(h) Bercerita dan menyanyi.Justeru, setiap pelajar perlu diberi peluang yang sama dan akses yangsepenuhnya kepada bidang-bidang kreatif dalam kurikulum. Namun demikian,bukan semua pelajar akan memberi respons yang sama kepada kreativiti. Olehitu, sebagai guru amat penting bagi kita untuk mempunyai konsep yang jelasmengenai kreativiti dan kriteria-kriteria yang boleh digunakan sebagai kayupengukur dalam menentukan kreativiti pelajar.6.3.2 Perasaan dan Tanggapan DeriaLowenfeld dan Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalamperkembangan kreativiti pelajar.(a) Peringkat “scribbling‰ di mana pelajar meneroka alam sekitar dengan menggunakan pancaindera yang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara rawak. Mereka meneroka dengan warna, ruang dan bahan-bahan 3D. Lakaran ini kemudian menjadi lebih sistematik dan terkawal.(b) Praskema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka.(c) Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar. Pada peringkat ini, pelajar telah mula menggunakan simbol.(d) Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial. Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal perasaan dalam kumpulan yang tidak dikawal oleh orang dewasa. Lukisan menjadi lebih realistik dalam menggambarkan pengalaman sebenar.
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 131Dalam melalui peringkat perkembangan ini, pelajar mempelajari juga tentangdiri mereka melalui ekspresi yang dijelmakan atau yang dihasilkan. Sebagi guru,kita seharusnya menggalakkan keunikan dan keaslian idea pelajar supayamereka tidak beranggapan bahawa mereka perlu meniru dan mempunyai ideayang sama dengan kanak-kanak lain. Untuk itu kita perlulah menyediakanruang dan masa bagi pelajar meneroka dan menghasilkan idea-idea mengikutcara mereka sendiri. Kebebasan ini akan membantu pelajar belajar berdikari danbertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka di sampingmeningkatkan keupayaan minda mereka.Kreativiti pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea, perasaan,emosi dan semua aspek ini sering dilihat apabila melihat pelajar bermain.Dengan bermain, pelajar berasa bebas untuk melakukan sesuatu mengikut caramereka sendiri, menginterpretasi tugas mengikut kefahaman mereka sendiri danmemberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh merekafikirkan tanpa batasan atau had yang ditetapkan oleh guru. SEMAK KENDIRI 6.2 Nyatakan peringkat perkembangan kreativiti pelajar berdasarkan kepada pendapat Lowenfeld dan Brittain (1982).6.3.3 Unsur Pergerakan – Tubuh Badan, Ruang, Masa dan DayaDalam pergerakan kreatif, pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untukmeluahkan perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikancontoh untuk dibuat peniruan. Dengan itu, pergerakan kreatif boleh berlaku dimana-mana sahaja. Antara objektif pergerakan kreatif ialah:(a) Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan;(b) Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang serta idea;(c) Meningkatkan tahap kesediaan; dan(d) Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.Untuk mengelolakan pergerakan kreatif adalah diharapkan agar pelajar dapatmemanfaatkan penggunaan otot kasar dan halus dalam mengadakan aktiviti-aktiviti pergerakan itu. Otot-otot kasar dan halus perlu diperkembangkan dandimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar.
  • 132 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKANUntuk memahami unsur pergerakan dengan lebih baik, disenaraikan di bawahkomponen-komponen asas pergerakan:(a) Imbangan badan (i) Tenaga yang digunakan untuk bergerak. (ii) Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan. (iii) Bahagian atas mencerminkan keringanan.(b) Masa (i) Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa. (ii) Pergerakan lambat banyak menggunakan masa. (iii) Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan. (iv) Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai rentak, degupan (beat) atau denyutan (pulse).(c) Ruang (i) Merupakan lingkungan pergerakan sama ada lingkungan umum (personal space) atau lingkungan kendiri (general space). (ii) Aras: tinggi, sederhana dan rendah. (iii) Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah.(d) Aliran (i) Pergerakan yang dilakukan itu sama ada bergerak secara bebas atau terkawal. AKTIVITI 6.3 Bagaimanakah kreativiti dapat meningkatkan kecerdasan minda pelajar? Apakah kemahiran-kemahiran yang perlu mereka ada?
  • TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 133• Topik ini memberi penekanan tentang pengetahuan asas tentang pergerakan yang merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif.• Penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni.• Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.• Pergerakan asas yang penting dan menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, menegang dan menguncup.• Pendidikan pergerakan boleh dibahagikan kepada gimnastik pendidikan, gimnastik irama dan gimnastik artistik.• Pendidikan kreatif pula melibatkan interpretasi data, perasaan dan tanggapan deria, serta unsur-unsur pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya.Artistik KreatifBukan Lokomotor KreativitiKinestetik Lokomotor
  • 134 TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKANAmabile, T.M (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed) Frontiers of Creativity research, pp 223-254.Ayob, S. (1992) Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya, Flo Enterprise Sdn. Bhd.Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: Open University Press.Gallahue, D.A. (1982). Developmental movement experiences for young children. New York, Wiley.Pautz, M.P (1988). Creating the need for music inservices. Design for Arts in Education, 89 (3), 28-30.Swanwick, K., and Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A study of childrenÊs composition. British Journal of Music Education, 3, 305-339.Choksy Lois, (1991)Teaching music effectively in the elementary school. Prentice Hall Inc, New Jersey.L. Choksy, R.M. Abramson, A. E. Gillespie and D. Woods (1986). Teaching music in the 20th century. Englewood Cliffs, U.S.A.