• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 

Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual

on

  • 27,421 views

 

Statistics

Views

Total Views
27,421
Views on SlideShare
27,421
Embed Views
0

Actions

Likes
6
Downloads
1,636
Comments
7

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

17 of 7 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual Document Transcript

    • Top i k Pengetahuan  4 Asas dalam  Seni Visual HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan makna Pendidikan Seni Visual dari konteks KBSR; 2. Menjelaskan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah; 3. Menyatakan asas seni reka dalam konteks berkarya yang berjaya; dan 4. Mengesyorkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. PENGENALANPada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagaisubjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran keranasubjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaranguru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baikmelalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni dan rekabentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visualmenjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik senidan berbudaya.
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 61 4.1 PENGENALAN SENI VISUALPendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dantidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan senifotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilandengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses inimenyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajamandaya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapatmengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadipengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan denganmembawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolahrendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan danmencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid dilatihuntuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dariaspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akandapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seniwarisan bangsa.4.1.2 Bidang-bidang dalam Seni VisualPendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang:• Melukis dan membuat gambar• Membuat rekaan corak• Membentuk dan membuat binaan• Kraf tradisional(a) Melukis dan Membuat Gambar Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Rajah 4.1 menunjukkan teknik-teknik tersebut. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini
    • 62 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar. Rajah 4.1: Antara teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah(b) Membuat Rekaan dan Corak Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada: (i) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan (ii) Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting (iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat (iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 63Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada:• Penuh• Turun satu suku• Turun tiga suku• Turun separa• Sisik ikan• Selang seli• Tampak dam dan tampak catur• Siku keluang• Pucuk rebung• Orgee• Batu bata• Tunggal• Berpusat• Sendeng• Berombak• Jidar• Berjalur• CerminanTeknik CorakDibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaianmotif dan tujuan corak ini dihasilkan (sila rujuk Rajah 4.2 dan 4.3).
    • 64 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL Rajah 4.2: Corak tidak terancang Rajah 4.3: Corak terancang
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 65(c) Membentuk dan Membuat Binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi: • Arca timbul • Arca asemblaj • Arca bergerak • Arca stabil • Model • Diorama • Boneka • Topeng • Origami Tema dan Subjek (i) Alam semulajadi (ii) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis (iii) Aliran dan tema sejagat (iv) Keperluan dan pengalaman harian(d) Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun- temurun mengikut kaum masing-masing.
    • 66 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL Jenis-jenis Kraf (i) Alat domestik (ii) Alat permainan (iii) Alat mempertahankan diri (iv) Batik (v) Seni tekat (vi) Tembikar (vii) Anyaman (viii) Kelarai (ix) Ukiran4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni VisualHasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yangdicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu, reka cipta dankreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbolyang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu daripadanya. Mereka akanmembuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa,warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya menyelesaikan suatupermasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruanglingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yangterlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikansecara personal untuk disampaikan dalam karyanya.Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnyapelukis juga memikirkan nilai estetika yang ingin ditampilkan. Bagaimanaestetika itu boleh ditampilkan dalam karya?(a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah semula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran ia dibolehkan.
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 67(b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi Pelukis-pelukis agung seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gogh dan Goya sering mengekspresikan lukisan mereka mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak-perandaan dan kecelakaan yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan pada kanvas dan arca-arca mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan.(c) Menggunakan Kaedah Formalistik Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian, penegasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij dan agung.(d) Keaslian Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis. Dalam berkarya, menciplak atau memplagiat adalah sesuatu yang ditegah dan boleh mengakibatkan seseorang itu dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan. 4.2 ASAS SENI REKATopik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam asas seni reka.4.2.1 Unsur SeniUnsur seni terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang.(a) Garisan (i) Garisan merupakan cantuman satu siri titik. (ii) Garisan boleh dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.
    • 68 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL (iii) Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. (iv) Melalui garisan, kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti: • Teknik koyakan • Teknik tampalan • Teknik kolaj • Teknik gosokan • Teknik cetakan • Teknik capan(b) Warna Warna terdiri daripada: (i) Warna asas (ii) Warna sekunder (iii) Warna tertierWarna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning (sila rujuk Rajah 4.4). Warnaini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi bolehmenghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain.Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau.Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabilakuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren ataujingga. Satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan di dalamroda warna, apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secaramudahnya, warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warnaakan membantu pelajar dalam kerja-kerja mewarna yang melibatkan subjek yangdihasilkan.
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 69 Rajah 4.4: Roda WarnaAKTIVITI 4.1Apakah warna penggenap? Bagaimanakah ia terbentuk?
    • 70 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL(c) Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi kepada dua jenis: (i) Jalinan tampak (ii) Jalinan sentuh Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalinan secara sentuhan. Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain lagi. Jalinan boleh dihasilkan melalui: • Teknik cetakan • Teknik pualaman • Teknik kolaj • Teknik campuran • Teknik binaan • Teknik cantuman(d) Rupa Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kon, kubus, silinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain. Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan dengan bantuan alat geometri.
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 71 Jenis-jenis rupa: (i) Rupa positif dan negatif (ii) Rupa dan corak (iii) Rupa dan lambang (iv) Rupa dan muka taip(e) Bentuk Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton dan jalinan ruang diaplikasi sekaligus. Bentuk terdiri daripada dua jenis: (i) Bentuk ilusi (maya) (ii) Bentuk konkrit Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, ilustrasi, lukisan dan gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat pada satah gambar. Apabila disentuh, ia hanyalah permukaan mendatar kerana dalam bentuk dua dimensi. Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi (sila rujuk Rajah 4.5). Rajah 4.5: Bentuk ilusi ke bentuk konkrit
    • 72 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL(f) Ruang Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi, di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan dengan garisan, perspektif, warna dan bentuk.4.2.2 Prinsip-prinsip RekaanPrinsip rekaan terdiri daripada yang berikut:(a) Harmoni Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, terapeutik, nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap-melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya.(b) Penegasan Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan.(c) Imbangan Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruang kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang seimbang (kiri dan kanan, atas dan bawah). Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri.(d) Kontra Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan reaksi si pemerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak.
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 73(e) Pergerakan Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga boleh dijadikan kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaan bermotor misalnya nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna.(f) Kesatuan Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama, ia akan mewujudkan kesatuan.(g) Kepelbagaian Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian. AKTIVITI 4.2 1. Apakah itu imbangan simetri? Dengan menggunakan contoh di persekitaran anda, lukiskan lima contoh objek yang mempunyai imbangan simetri. 2. Dengan mengambil satu hasil catan yang lengkap, jelaskan bagaimana pelukis tersebut mengaplikasikan prinsip-prinsip rekaannya.4.2.3 Struktur RekaanSebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimanapenstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatuhasilan yang baik dan memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Untukmendapatkan struktur yang baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri ataurupa organik digunakan. Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikankepada dua iaitu garisan grid dan garisan struktur.
    • 74 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUALGarisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas di mana petak-petakterbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi (sila lihat Rajah 4.6hingga 4.8). Garisan struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikut sifatobjek yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnyaterbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubatnyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya. Berpandukangarisan-garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan. Rajah 4.6: Grid menjadi asas mencorak menggunakan ubi kentang Rajah 4.7: Grid digunakan untuk menggambarkan struktur rekaan
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 75 Rajah 4.8: Grid menjadi panduan untuk membuat rekaan corak4.2.4 Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah RendahPeter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorongutama pembelajaran di kalangan pelajar. Dr. Abd. Rahman Saleh (1976)berpendapat bahawa sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai denganmenggunakan asas-asas didaktik dalam usaha membangkit minat,memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian ilmu secara sistematikdan pemilihan bahan yang tidak pasif. Persoalannya: bagaimanakah Seni Visualini dapat mencapai sasarannya? Menurut Dr. Abd. Rahman Saleh, ia bolehdilaksanakan dengan beberapa cara:(a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus. Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa lanskap, mural, arca, taman permainan, simbol-simbol dan grafik yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan seni tersebut.(b) Memilih metod atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru besar sekolah seharusnya mendokong watak hero untuk memperkasakan peranan Seni Visual yang dapat menceriakan sekolahnya. Guru-guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenarkan untuk mengajar Seni Visual. Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks mendidik pelajar dengan seni seharusnya lengkap, canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah.(c) Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya. Guru seni yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan mengawal, mengawas dan menyelia peralatan seninya dengan baik dan sistematik.
    • 76 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL(d) Adakan evaluasi atau penilaian mengenai agenda memartabatkan seni di sekolah. Maksudnya, berikan hadiah atau ganjaran kepada orang atau kelas yang dapat membuat penampilan seni yang baik dan cemerlang. Ini boleh dilakukan secara pertandingan, spotcheck , kempen atau agenda tahunan sekolah.Seterusnya, perlaksanaan pendekatan didaktik di sekolah akan dapatdilaksanakan ke atas pelajar melalui pendekatan yang berikut:(a) Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan dan mempunyai hubungan dengan kehidupan sehari-hari.(b) Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas supaya murid dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu, struktur pelajaran mesti dirancang dengan baik.(c) Guru dan murid harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalu membantu dan mendorong kegiatan pembelajaran pelajar serta dapat membangkitkan persaingan dengan kerjasama murid.(d) Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada murid-murid untuk mencuba, menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari.(e) Penyajian bahan harus diatur secara berurutan sehingga tujuannya dapat ditetapkan dengan jelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara bertingkat atau mengikut sekuen.(f) Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai, guru harus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah diingat bahawa evaluasi adalah merupakan sebahagian daripada mengajar.Sekiranya masalah masih berlaku, apakah formula penyelesaiannya? Dr. WanZahid (1993 ) mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasinya:(a) Pembetulan (correction) Membetulkan fakta dan konsep yang menyeleweng.(b) Orientasi (orientation) Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang tepat mengenai mata pelajaran ini.(c) Penyelarasan (reconciliation) Menyelaras disiplin-disiplin ilmu yang mengganggu dan menggagalkan.
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 77(d) Kesepaduan (integration) Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atau paradigma yang berteraskan tauhid.Namun begitu, kejayaan ini menurut Peter Mortimore (1995) boleh berlaku jika:(a) Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah.(b) Perkongsian wawasan dan tujuan.(c) Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat.(d) Jangkaan kejayaan yang tinggi.(e) Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan pembelajaran.(f) Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar.(g) Hak pelajar dan tanggungjawab pelajar yang dipelihara dan dihormati.(h) Hubungkait antara rumah dan sekolah penting untuk membuat sesuatu pertalian yang tidak putus-putus.(i) Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menaakul dan membina pengalaman.Akhirnya, hasil (outcome) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapatdilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total. 4.3 AKTIVITI SENI VISUALSubtopik ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti seni visual.4.3.1 MenggambarKegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan sertapenilaian.Jadual 4.1 menyenaraikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat.
    • 78 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL Jadual 4.1: Senarai Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang TerlibatBil. Jenis Teknik Bahan Alat1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, papan lapis Pensel, pensel warna, pen teknikal, warna pastel, krayon, arang, berus2. Catan Kertas, kanvas, kain, papan lapis, Berus, pisau palet, kekuda, minyak linsid, air, turpentin kadbod, papan3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, bahan- Gunting, pisau, mangkuk bahan tampalan4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat Gunting, pisau, pembaris khabar, gam5. Cetakan Dakwat cetak, gam, turpentin, Penggelek, papan, minyak tanah, minyak linsid, Spatula, cermin, kertas surat papan khabar6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, warna air Berus, pengikis7. Gosokan Warna, kertas, pensel warna, Kain, papan pensel, warna pastel8. Stensilan Profilem, kertas, dakwat cetak, Squeezy, penggelek dan kain pencelup9. Percikan Warna, air, kertas, Berus, straw, berus gigi10. Gurisan Kayu, kertas, lilin, dakwat Alat geometri, pembaris11. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan- Papan, gunting, pisau bahan terbuang, gam12. Mozek Gam, kertas tebal, kertas warna Gunting, pisau
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 79 Contoh-contoh dalam bidang menggambar ditunjukkan dalam Rajah 4.9 dan 4.10. (a) (b) Rajah 4.9: Menggambar menggunakan teknik kolaj Rajah 4.10: Menggambar dengan menggunakan teknik catan 4.3.2 Membuat Rekaan dan Corak Jadual 4.2 dan 4.3 menerangkan secara ringkas bagaimana membuat rekaan dan corak terancang serta tidak terancang. (a) Corak Terancang Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang digunakan dalam Membuat Rekaan dan Corak TerancangBil. Jenis Teknik Bahan Alat1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, papan Pensel, pensel warna, pen lapis teknikal, warna pastel, krayon, arang, berus2. Catan Kertas, kanvas, kain, papan Berus, pisau palet, kekuda, lapis, minyak linsid, air, kadbod, papan turpentin
    • 80 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, Gunting, pisau, mangkuk bahan-bahan tampalan4. Montaj Kertas, gambar, majalah, Gunting, pisau, pembaris surat khabar, gam5. Cetakan Dakwat cetak, gam, Penggelek, papan, spatula, turpentin, minyak tanah, cermin, kertas surat khabar minyak linsid, papan6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, Berus, pengikis warna air7. Capan Warna, dakwat, kertas, Papan, gunting, pisau bahan-bahan terbuang, gam8. Kaligrafi Kertas, warna, dakwat Pen kaligrafi, buluh, resam(b) Corak Tidak Terancang Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang Digunakan dalam Membuat Rekaan dan Corak Tidak Terancang Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat Besen, berus minyak 2. Tiupan Kertas, kanvas, warna air, Straw, berus warna batik 3. Titisan Warna air, lilin, api Pembaris keluli 4. Ikatan dan celupan Kertas, tisu, warna batik, Besen warna, berus getah gelang, kain 5. Renjisan dan Warna air, kertas, kanvas Berus, bekas warna percikan
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 814.3.3 Membentuk dan Membuat BinaanJadual 4.4 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk membentukdan membuat binaan. Jadual 4.4: Teknik, Bahan dan Alat untuk Membentuk dan Membuat BinaanBil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Arca timbul Kepingan kayu, kapur Paris, Pahat, penukul, alat pengukir, batu, kayu, plastik, kertas pengikis, kikir pari, kertas pasir lumat, papier-mache, tanah liat 2. Asemblaj Kayu, logam, batu, simen, Alat pateri, skru, paku, gergaji, bongkah kayu, barang ganti ragum, gerudi, sepana hidup, kenderaan, bahan kutipan, besi pemutar skru 3. Bergerak Besi, dawai, kertas, tali temali, Gunting besi, alat pateri, plastik, kepingan logam, zink, sepana, gerudi, pemutar skru kadbod 4. Stabil Simen, kepingan logam, plastik, Alat pateri, skru, paku, gergaji, barang ganti kenderaan, besi, ragum, gerudi, sepana hidup, logam, papan pemutar skru 5. Model Kertas tebal, loyang, gangsa, Gunting besi, alat pateri, papan lapis, zink, akar kayu, sepana, gerudi, pemutar skru papan 6. Diorama Papan lapis, papan, zink, Gunting besi, alat pateri, cermin lutsinar, patung, sepana, gerudi, pemutar skru karangan laut 7. Boneka Tekstil, span, plastik, tali, cat, Gunting, pisau, playar, spray warna, gam pemutar skru dunlop/UHU 8. Topeng Papier-mache, plastik, kertas Gunting, pisau, besen surat khabar, habuk papan, gam, piring plastik, warna 9. Origami Kertas, tekstil, benang Gunting, pisau
    • 82 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL4.3.4 Kraf TradisionalJadual 4.5 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk kraftradisional. Jadual 4.5: Teknik, Bahan dan Alat untuk Kraf Tradisional.Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Alat domestik Kepingan kayu, Pahat, penukul, alat tempurung, besi, kayu, pengukir, pengikis, kikir pari, manik kertas pasir, gergaji kecil 2. Alat permainan Buluh, kertas, benang, gam, Gunting, pisau, gam, gergaji kertas warna, kayu kecil, pemutar skru, skru 3. Alat pertahanan Kayu, timah, besi, Gunting besi, alat pateri, diri plumbum, loyang sepana, gerudi, pemutar skru 4. Alat perhiasan Benang, tekstil, prada, gam, Gunting, pisau,gergaji kecil, diri butang, kayu pemutar skru, ragum 5. Batik Kain putih, campuran lilin, Canting, pemidang kayu, pewarna, pemati warna, berus, dapur atau plat debu soda, pelembut pemanas, periuk, besen besar kain/fabrik 6. Tekat Benang emas, benang putih, Pemidang kayu berkaki, kain dasar, baldu, kertas cuban tebal, gam, rotan saga 7. Tembikar Tanah liat, kaolin Pisau, span, penggelek, papan golek, gergaji kecil, pengayak, dawai, pemotong, kayu ukur, angkup luar, pinggan, kayu, pengguris dan berus 8. Anyaman Pandan, mengkuang, daun Parang, alat jangka, pelurut, nipah, buluh, paku-pakis, tempayan, besen, periuk, daun serdang, rotan, penyisip, pisau kecil rumput-rampai 9. Ukiran kayu Kayu Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, syelek AKTIVITI 4.3 Teliti batik Malaysia dan batik Indonesia. Nyatakan perbezaan dan persamaan yang ketara dari segi penghasilannya.
    • TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 83• Dalam topik ini, pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dan perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja.• Terdapat 4 bidang dalam pendidikan seni visual iaitu melukis, membuat gambar, membuat binaan serta kraf tradisional. Kesemuanya mempunyai teknik-teknik tertentu.• Asas seni reka seperti unsur-unsur dan prinsip-prinsipnya turut dibincangkan.• Unsur seni visual boleh diserapkan di sekolah rendah melalui pemilihan kaedah yang tepat, penggunaan peralatan yang baik dan penilaian yang bersesuaian.• Di antara aktiviti seni visual ialah menggambarkan, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional.Asemblaj Arca bergerakDiorama MontajKaolin ResisHurwitz, A. & et al. (2001). Children and their art. USA: Harcourt College Publishers.Kathleen Chee. (1999). Pendidikan seni. Bangi: Penerbitan Pelangi.Edwards, B. (1986). Drawing on the artist within. USA: Simon & Schuster, Inc.Rahmat Salihon. (2003). Pendidikan seni visual Tingkatan 1. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti.Raja Baharudin. (1999). Kursus amali pendidikan seni PMR. Selangor Darul Ehsan: Pan Asia Publications Bhd.
    • 84 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUALGardner, H. (1989). Toward more effective arts education: Arts, mind and education. USA: University of Illinois Press.Lark-Harovitz, Lewis, H. P., & Luca, M. (1967). Understanding childrenÊs art for better teaching.USA: Columbus.