Topik 3 deria dan seni

15,211 views

Published on

2 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
15,211
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
1,264
Comments
2
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Topik 3 deria dan seni

  1. 1. Top i k Deria dan Seni  3 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar; 2. Menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar; 3. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran; 4. Menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria; dan 5. Membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada penggunaan kemahiran deria. PENGENALANTopik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkanTuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpastiapa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akanmendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yangdilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiridaripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria iniadalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.3.1 PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIAPerkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahirhingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyakdipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untukitu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkanlagi perkembangan diri setiap individu.
  2. 2. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 43Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deriasemasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanaktelah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenalobjek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan danpendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketikaberumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangankepekaan derianya.Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan inimerupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantunaluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi denganmenggunakan deria.Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung denganpersekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuatpertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.3.1.1 SentuhanSentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspekperkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanaksebelum kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapatmelaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajarakan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas.Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yangberbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar(terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuaisuatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapatmengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat ataujauh.Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu,kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanakakan berasa selamat.
  3. 3. 44 TOPIK 3 DERIA DAN SENI3.1.2 DengarMendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan untuk deria inilebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktivitiseni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnyaketika dia melukis. Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, merekaakan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Dalam bidangpergerakan, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergeraksama ada cepat atau lambat.3.1.3 LihatMelihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian.Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapatmengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orangbuta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiranberdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya danseterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan senivisual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruangiaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.
  4. 4. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 453.1.4 RasaRasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deriaini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsibermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepadarangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itudirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahlipsikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderungmempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yangmenjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikutpengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkanperasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuatsesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinyaakan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mudmuzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsanganapabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukanpergerakan.Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:(a) Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran.(b) Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru.3.1.5 HiduHidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secarasemulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkanunsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:(a) Kebolehan Mental Pelajar Faktor ini penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.(b) Pendekatan Pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah: (i) Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara
  5. 5. 46 TOPIK 3 DERIA DAN SENI mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar. (ii) Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. (iii) Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut. AKTIVITI 3.1 Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.3.2 KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIAKepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satupersepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu,pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulitakan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalampersekitarannya (sila lihat Rajah 3.1).
  6. 6. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 47 Rajah 3.1: Proses ringkas pengamatan dan persekitaran3.2.1 PersekitaranPersekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagiperkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi persekitaran sosial yangmendorong akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak,yang sebaliknya akan berlaku. Untuk itu, guru bertanggungjawab untukmenyediakan sebuah bilik khas untuk pendidikan seni visual sebagai usahauntuk menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah.Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks prosespengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan SeniVisual hendaklah memainkan peranan penting dalam perkara ini. GuruPendidikan Seni hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yanglain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadisumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruhmasyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklahcuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yangsesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
  7. 7. 48 TOPIK 3 DERIA DAN SENIMewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakantanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian.Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perludititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti sumberpengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraantampak kanak-kanak.Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting keranaia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranyaialah:(a) Aspek Fizikal (i) Cahaya Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik darjah. (ii) Peredaran Udara Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar. (iii) Stor Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja murid, sama ada dalam bilik stor atau almari. (iv) Panel dan Rak Pameran Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid. (v) Perabot Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid. (vi) Kemudahan Asas Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang pada tempat yang sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni visual dilakukan.(b) Aspek Emosi (i) Hiasan Dalaman Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar.
  8. 8. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 49 (ii) Ruang Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar. (iii) Peragaan Hasil Kerja Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni.(c) Aspek Sosial (i) Interaksi Murid Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi antara murid-murid serta interaksi antara murid dan guru. (ii) Kemudahan Aktiviti Kumpulan Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan.Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:• Unsur Seni• Menggambar/Melukis• Warna• Lukisan Alam Semula Jadi• Seni huruf dan sebagainyaDi dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatiansewajarnya:• Keselamatan• Kebersihan• Susunan perabot• Pameran hasil kerja• Kelengkapan bilik seni• Pengagihan tugas• Pengumpulan alat/bahan• Jadual waktu penggunaan bilik seni
  9. 9. 50 TOPIK 3 DERIA DAN SENIPengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan memupuksikap bertanggungjawab dan berdisiplin.Pelan Bilik Pendidikan Seni VisualContoh pelan bilik khas seni (ilustrasi) yang disertakan menunjukkan keadaansebuah bilik seni yang ideal (sila rujuk Rajah 3.2): Rajah 3.2: Contoh pelan bilik seni visual
  10. 10. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 51Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam ProsesPengajaran dan Pembelajaran, ialah:(a) Jangkaan (rajah)(b) Hubungan latar depan dan belakang(c) Penumpuan(d) Tempoh masa(e) Tugasan jelas(f) Pengalaman(g) Susunan objek3.2.3 Perkembangan Nilai EstetikaProses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu:(a) Daya Intuisi Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi.(b) Persepsi Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia. Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya dengan seorang wanita atau bunga. Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke otak melalui sistem saraf. Contohnya, apabila seseorang individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses. Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi: (i) Jangkaan (ii) Hubungan latar depan dan belakang (iii) Penumpuan
  11. 11. 52 TOPIK 3 DERIA DAN SENI (iv) Tempoh masa (v) Tugasan jelas (vi) Pengalaman (vii) Susunan objek(c) Imaginasi Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.(d) Konsepsi Pelajar Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya, konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai ciri-ciri berikut: (i) Berkulit keras (ii) Hidup di air atau di darat (iii) Menetas telurDengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampumengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidangiaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuatbinaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu denganperspektif yang lebih luas, sama ada daripada aspek estetik mahupun aspekgunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan denganpenghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan,terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmuseni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budayamenghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. 3.3 AKTIVITIUntuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam kelas Senidalam Pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu dijalankan untukmemastikan kefahaman tentang seni itu meningkat.
  12. 12. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 53Jadual 3.1 menyenaraikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria: Jadual 3.1: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria Sentuh MASA EKSPRESI DERIA MELALUI TENGAH SENI SUBUH MALAM HARISentuh(Apa yanganda sentuh) Seni Visual Gambar macam Gambar macam Gambar macam biasa, terdapat biasa, idea biasa, idea (lukis gambar) banyak idea kurang banyak Muzik Corak irama Corak irama Corak irama yang yang segar yang lembut (Cipta irama menyegarkan yang berbeza) Pergerakan Pergerakan aras Pergerakan aras Pergerakan sederhana dan tinggi dan yang rendah (Aras: Tinggi, ruang yang ruang yang ruang yang sederhana dan dekat jauh atau luas dekat rendah)Huraian Aktiviti di atas:Untuk ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis, ia tetap sama tidakmengira waktu. Perbezaan yang ada cuma dari segi kreativiti atau luahanperasaan ketika melukis. Melukis pada waktu subuh dan malam memungkinkanbanyak idea datang kerana keadaannya sunyi. Ini berbeza dengan waktu tengahhari kerana keadaan bising dan aktiviti sibuk menyebabkan kurangnyatumpuan.Di dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-bolehnya biarlah corak irama yang menyegarkan atau aktif. Ini kerana pada awalpagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanyamenjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah seperti rentak march.Berbanding dengan waktu malam, pelajar mula mengantuk dan bersedia untuktidur. Maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dansebagainya. Lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau laguyang mempunyai mud yang lembut.
  13. 13. 54 TOPIK 3 DERIA DAN SENIManakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukanadalah bercorak sederhana kerana baru bangun dari tidur. Berbanding denganmasa tengah hari, pergerakan yang dilakukan berada pada aras tinggi iaitu masayang aktif. AKTIVITI 3.2 Berdasarkan Jadual yang diberikan, cuba lakukan penerokaan berdasarkan deria yang telah ditetapkan. MASA EKSPRESI DERIA MELALUI TENGAH SENI SUBUH MALAM HARI Mendengar (Apa yang anda dengar) Seni Visual (lukis gambar) Muzik (cipta bunyi) Pergerakan (bergerak cepat dan lambat)3.3.1 Mengalami Melalui DeriaSemua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagipengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukanseberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria semakin matang.
  14. 14. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 553.3.2 PenggabungjalinanPenggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan berbagai-bagaikemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajarandapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Penggunaanpenggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatupelajaran berbanding jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan.Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepaduseperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktivitimewarna, mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat,menyentuh dan sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagaikemahiran dapat saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Rajah 3.3: Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran
  15. 15. 56 TOPIK 3 DERIA DAN SENICiri-ciri PenggabungjalinanBerdasarkan Rajah 3.3, beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dandinyatakan seperti berikut:(a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu kemahiran. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan kemahiran asas yang lain. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna, menyeronokkan, meningkatkan motivasi pelajar serta lebih berkesan. Di samping itu, kemahiran-kemahiran ini boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu: (i) Kemahiran Fokus Kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. (ii) Kemahiran Sampingan Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan kemahiran fokus di samping menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan menarik. Rajah 3.4 menunjukkan satu contoh penggabungjalinan kemahiran. Kata Kunci: A: Alat N: Nyanyian G: Gerakan Rajah 3.4: Penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan muzik
  16. 16. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 57(b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu dan menyeluruh. (i) Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah melibatkan kemahiran-kemahiran seperti berikut: • Kemahiran belajar untuk belajar Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. • Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian serta idea yang berkemungkinan membawa kepada perubahan positif. Pemikiran kritis juga membolehkan pelajar menganalisa sesuatu persoalan dan seterusnya mencari jalan untuk membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran kreatif dan mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi baru. • Kemahiran pelbagai kecerdasan Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai: − Kecerdasan bahasa − Kecerdasan logik-matematik − Kecerdasan muzik − Kecerdasan ruang − Kecerdasan kinestetik − Kecerdasan interpersonal − Kecerdasan intrapersonal − Kecerdasan naturalistik Jika usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada pada pelajar berjaya dilaksanakan, ia akan dapat melahirkan individu yang holistik, seimbang dan harmonis.
  17. 17. 58 TOPIK 3 DERIA DAN SENI • Kemahiran generik Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam penggunaan teknologi, kebolehan membuat perancangan dan mengelolakan aktiviti, mampu melakukan kerja dalam kumpulan, berupaya untuk menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik, kebolehan memahami budaya, dan mempunyai literasi maklumat. Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi pekerja yang cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan di samping mengekalkan budaya dan etika yang baik. (ii) Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran Terdapat beberapa kelebihan jika penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana. Antara kebaikan tersebut ialah: • Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lain. • Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus seperti yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. • Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. • Penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan. • Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara seimbang, harmonis dan bersepadu. SEMAK KENDIRI 3.1 1. Apakah itu penggabungjalinan? 2. Apakah kelebihan-kelebihan penggabungjalinan sesuatu matapelajaran yang diajar?
  18. 18. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 59• Deria dan seni lebih tertumpu kepada kepekaan deria terhadap perkembangannya.• Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan perkembangannya terhadap nilai-nilai estetika.• Aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Dengan mengadakan penggabungjalinan aktiviti, kefahaman terhadap bidang Seni dalam Pendidikan dapat dipertingkatkan lagi.1. Nyatakan deria-deria manusia.2. Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Berdasarkan deria mata, bagaimanakah pengajaran dapat dijalankan,terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?Lowefeld, V., & Brittain W. L. (1986). Creative and mental growth. New York: Macmillan.Penny, S., Ford, R., Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd.Reiner, B., & Smith, R. A. (1992). The arts, education, and aesthetic knowing. Chicago: The University of Chicago Press.Schmeer, G. (1994). Movement improvisation in the words of a teacher and her student. Illinois: Human Kinetics.Shanahan, T., Robinson, B., & Schneider, M. (1995). Integrating curriculum. The Reading Teacher, 48 (8), 718-719.

×