Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

on

  • 2,584 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,584
Views on SlideShare
2,584
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
188
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian Presentation Transcript

  • Tajuk 1: Pentaksiran, Pengujian & Penilaian
    • Disediakan oleh:
    • Atiya Atiqah Abd Halim
    • Siti Nor Azimah Jusoh
    • Nurfatihah Bt. Muhammad ‘Ariff Fadhillah
  • Konsep Pentaksiran
    • Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat yang dikumpulkan meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman pula melibatkan hal-hal seperti pencapaian dari aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
    • Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
    • Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
    • Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
    • Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.
  • KONSEP PENTAKSIRAN
    • Langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. (Mokhtar Ismail)
    • Status dan nilai juga dapat ditentukan selepas menjalankan pentaksiran.
    • Pentaksiran turut penting bagi menentukan kedudukan / pencapaian murid.
  • KONSEP PENTAKSIRAN
    • Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
  • KONSEP PENTAKSIRAN
    • Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :
    • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
    • Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
    • Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
    • Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
  • Aspek-aspek utama dalam pentaksiran:-
    • i. Instrumen
    • ii. Kumpulan yang ditaksir
    • iii. Respon
    • iv. Kumpulan yang menaksir
    • v. Skor
  • Pengujian
  • Maksud pengujian
    •   Mengukur tingkah laku kerana ia memerlukan seseorang pelajar menunjukkan (dengan cara menanda, mengisi atau mengarang) perkara-perkara yang telah dipelajarinya.
    • Cara melaksanakannya juga harus ditetapkan, dan cara memberi markat ditentukan dengan terperinci.
    • Semua pelajar akan mengambil ujian yang sama di dalam keadaan yang sama.
  • Tujuan pengujian
    • menentukan cara dan tujuan pengujian yang baik
    • menguji kefahaman
    • makluman mengenai kelemahan dan kekuatan
    • memberi makluman balik kepada murid
  • Kegunaan pengujian
    • mendapatkan pemerhatian objektif
    • menilai prestasi pelajar di kawasan terkawal
    • meramalkan tingkah laku masa depan
  • Jenis ujian
    • Ujian pencapaian
    • Ujian kemahiran
    • Ujian bakat
  • Ciri-ciri ujian yang baik
    • Kesahan
    • -kesahan rupa
    • -kesahan berhubung dengan kriteria
    • -kesahan isi
    • kebolehpercayaan
  • Bentuk ujian
    • Ujian objektif
    • Ujian subjektif
    • Ujian esei
  • Ciri-ciri ujian objektif
    • jenis aneka pilihan 
    • soalan perlu berlainan
    • penggunaan bahasa yang tepat
    • satu saja pilihan betul
    • tatabahasa yang betul
    • satu soalan menguji satu aspek
    • soalan tidak boleh bertindih
    • dulukan soalan mudah
  • Kelemahan ujian esei
    • aspek bahasa yang digunakan terhad
    • pengetahuan pelajar mempengaruhi pengolahan
    • kesukaran pemeriksa
  • Cara Memperbaiki Keberkesanan Ujian Esei
    • penyediaan ujian
    • tajuk perlu sesuai untuk semua
    • tajuk dan arah perlu khusus
    • pilihan tajuk ditiadakan
    • tajuk karangan diuji sebelum ditugaskan 
  • PENILAIAN
  • Pengertian Konsep
    • satu proses sistematik untuk menetukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.
    • suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.
    • melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
    • -melibatkan tiga proses utama iaitu:
    • menentukan ukuran
    • menganalisis ukuran
    • menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran.
  • Menurut Stufflebeam (1971),
    • penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
    • Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.
    • Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk
    • - Kualitatif sahaja :
      • gred (A,B,C.D)
      • dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal
      • - Kuantitatif sahaja :
      • Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat, tepat dan bersih
  • KATEGORI PENILAIAN
    • Penilaian KEndiri:
    • ☻ bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujain atau peperiksaan.
    • Penilaian Guru
    • ☻ bertujuan mennetukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya
    • Penilaian Piawai
    • ☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.
    • ☻ Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar
  • JENIS-JENIS PENILAIAN PENILAIAN SUMATIF PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN PRA KELAYAKAN & DIAGNOSTIK PENILAIAN ALTERNATIF
    • Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.
    • Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.
    PENILAIAN FORMATIF
    • Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru: - menentukan tajuk pengajaran
    • - menentukan aspek penguasaan
    • - menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk
    • - membina soalan ujian
    • - mencadangkan tindakan susulan
    • Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus.
    • Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi persekolahan.
    • Skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran dan pembelajaran pelajar.
    PENILAIAN SUMATIF
    • Secara am, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka.
    • Gred yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan pelajar.
    • penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk samada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak
    • Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi.
    • Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya.
    • Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.
    PENILAIAN PRA KELAYAKAN & DIAGNOSTIK
    • Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.
    • Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.
    • Sebagai contoh, guru boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar
    PENILAIAN ALTERNATIF
  • TUJUAN PENILAIAN Diagnosis Pencapaian Pemilihan dan penempatan Bimbingan dan kaunseling
    • - Maklumbalas yang diberikan dapat digunakan untuk mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar dari sudut :
    • ☻ Tahap : sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.
    • ☻ kecekapan: cepat, cergas , lemah
    DIAGNOSIS
    • Hasil penilaian menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal.
    • Pihak sekolah menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.
    PENCAPAIAN
    • Guru memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka.
    • Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.
    PEMILIHAN DAN PENEMPATAN
    • pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ini mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.
    • mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
    • motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran ialah iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.
    BIMBINGAN DAN KAUNSELING