Konsep Keusahawanan

3,987 views
3,817 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,987
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
102
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Konsep Keusahawanan

  1. 1. KONSEP KEUSAHAWANAN Pengenalan Keusahawanan Perkataan "usahawan" popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam pertengahan tahun 1970an bersempena dengan penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun istilah ini mungkin baru tetapi konsep keusahawanan itu sebenarnya telah lama diamalkan. Kalau kita menyingkap sejarah peradaban manusia, nilai keusahawanan telah lama dipraktikkan. Kita lihat bagaimana perdagangan pada suatu masa dahulu, walaupun pada ketika itu kekurangan segala kemudahan asas, ianya memainkan peranan penting dalam perkembangan sesebuah negara dan tamaddun manusia. Sikap dan amalan mereka adalah sikap dan amalan yang ada pada diri orang yang dipanggil sebagai usahawan pada hari ini. Kita lihat kepada empayar Rom dan Parsi, kelahiran negara Islam di Madinah, empayar Islam di Baghdad dan Turki, revolusi perindustrian, kewujudan Amerika Syarikat , Kerajaan Melayu Melaka dan Kepulauan Melayu serta percaturan masyarakat pada hari ini. Perkembangan ini sebenarnya berkembang selaras dengan perkembangan dalam bidang perniagaan atau perdagangan. Namun apakah sebenarnya keusahawanan dan mengapa pada hari ini istilah keusahawanan sering menjadi perbualan. Dari peringkat menteri yang menggubal dasar hingga ke peringkat buruh yang melaksanakan segala kerja. Istilah Keusahawanan menjadi tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. PERANAN USAHAWAN "Allah tidak akan menolong sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri menolong dirinya". Ini menunjukkan tanpa usaha, tidak akan ada pembangunan. Pembangunan negara, khususnya pembangunan ekonomi, bergantung kepada manusia yang mengejar peluang-peluang ekonomi. Pembangunan ekonomi bergantung kepada manusia yang berupaya menggembleng faktor- faktor pengeluaran. Manusia itu adalah usahawan.

×