• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Asas elektrik is1
 

Asas elektrik is1

on

  • 5,301 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,301
Views on SlideShare
5,049
Embed Views
252

Actions

Likes
3
Downloads
174
Comments
2

1 Embed 252

http://pedog22012.blogspot.com 252

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

12 of 2 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • (Y)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • thanx atas perkongsian yang berguna..
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Asas elektrik is1 Asas elektrik is1 Document Transcript

    • Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEETPROGRAMME : A14 SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAANSESSION : SEMESTER : 2 TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVECODE/COURSE : SHEET NO : A14/M01/IS01 ELECTRICAL AND ELECTRONICLECTURER : MD HAFIZI B. MOHAMAD WEEK : 1TOPIC : M01 BASIC AUTOMOTIVE ELECTRIC 01.01 DIRECT ELECTRICAL COMPONENTSUB-TOPIC : 01.02 ELECTRONIC CONTROL COMPONENT Pelajar-pelajar mesti boleh:LEARNING 1. Nyatakan struktur asas atom.OUTCOME : 2. Jelaskan mengenai pengalir, penebat dan semikonduktor. 3. Jelaskan mengenai arus elektrik, voltan dan rintangan. 4. Nyatakan jenis arus elektrik.TAJUK : ASAS ELEKTRIKTUJUANElektrik adalah satu tenaga yang dipanggil tenaga elektrik.Ia juga boleh dikenali sebagai tenagayang tidak boleh dilihat kerana tenaga itu sendiri tidak boleh dilihat, didengar, disentuh dan dibautetapi dicipta. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut. 1
    • PENERANGANJirim merupakan benda yang mempunyai berat dan bentuk, ianya terdiri daripada tiga unsur iaitubentuk pepejal, cecair dan gas. Jika ketiga-tiga unsur ini di pecah-pecahkan atau di bahagi-bahagikan maka bahagian yang terkecil akan terhasil daripada bahan tersebut akan menghasilkanmolekul.Molekul merupakan satu bahan yang terkecil sekali daripada bahan-bahan yang di panggil jirim.Ianya terjadi dengan sendirinya dan mempunyai sifat-sifat asal semulajadinya. Molekul pula terdiridaripada beberapa zarah yang dikenali sebagai atom yang bergabung secara kimia, samada darijenis atom yang sama atau berlainan jenis. Pecahan daripada molekul ini akan menghilangkan sifatasal semulajadinya. Atom merupakan satu zarah asas yang membentuk segala bahan samadadalam bentuk pepejal, gas atau cecair. Atom ialah bahagian yang paling kecil hingga tidak bolehdibahagi-bahagikan lagi. Walaupun saiz atom kecil tetapi ia mempunyai berat dan sifat-sifattersendiri. Elemen atau unsur merupakan gabungan 2 atau lebih atom-atom sejenis dan ia beradadalam keadaan tulen. Campuran pula merupakan gabungan 2 atau lebih atom-atom yangberlainan jenis tetapi tidak bergabung secara kimia. Manakala sebatian merupakan gabunganantara 2 atau lebih atom-atom yang berlainan jenis bergabung secara kimia. Contoh : Besi +Sulfida dan dipanaskan menghasilkan besi sulfida. Air merupakan sebatian dimana ianya terdiridaripada dua atom hydrogen dan satu atom oksigen ( H2O). Asid sulfrik pula mengandungi duaatom hidrogen ,satu atom salfan dan empat atom oksigen (H2SO4). Ini bermaksud satu molekul airmengandungi tiga atom dan satu molekul asid sulfrik mengandungi tujuh atom.Daripada contoh-contoh ini, kita dapati bahawa di dalam sesuatu jirim atau benda itu terdapatbermacam-macam jenis atom yang berlainan yang digabungkan secara kimia atau tidak.ZARAH ATOMAtom merupakan badan yang terkecil daripada pecahan jirim. Tiap-tiap atom terdiri dari nukleusyang terletak ditengah-tengah dan elektron yang berpusing mengelilingi nukleus pada satu orbityang tetap. Atom terdiri daripada 3 zarah asas iaitu :- a) Proton b) Elektron. c) Neutron.Proton – Satu badan yang agak berat, bercas positif di dalam nukleus.Elektron – Merupakan badan yang terkecil sekali di dalam atom hampir tidak mempunyai berat,ianya bercas negatif dan mengelilingi nukleus.Neutron – Mempunyai kedua-dua cas iaitu positif dan negatif ianya terdapat di dalam Nukleus (bercas neutral) 2
    • Gambarajah 1.1 Zarah-zarah atomGambarajah 1.2 Struktur ataom tembaga 3
    • ALIRAN ELEKTRIKPergerakan Elektron di dalam PengalirArus elektrik di dalam pengalir logam terdiri daripada pergerakan elektron-elektron daripada titikkeupayaan rendah ke titik keupayaan tinggi. Arus elektrik mengalir daripada titik keupayaan tinggike titik keupayaan rendah. Elektrik ialah hasil dari aliran elektron. Aliran elektron ialah aliran elektrikatau dikatakan juga arus elektrik. Ia mengalir dari negatif ke positif. Pengaliran Arus Pengaliran Elektron - - - Gambarajah 1.3 Pergerakan elektron dalam pengalirBahan Pengalir – banyak elektron bebas dan mempunyai orbit luar yang tidak lengkap - bahan yang membenarkan arus mengalir melaluinya - digunakan untuk wayar dan kabel elektrik - Cth : kuprum, perak dan aluminiumBahan Penebat Elektrik – sedikit elektron bebas dan elektron yang tidak bebas bergerak - tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya - digunakan untuk penebat wayar dan kabel - Cth : getah, plastik, kacaBahan Separuh Pengalir – bahan yang bukan pengalir atau penebat yang baik - Selalunya digunakan dalam litar elektronik seperti diod dan transistor 4
    • TEORI ELEKTRON BAGI ALIRAN ELEKTRIKBahan pengalir mempunyai elektron-elektron bebas yang akan bergerak apabila mempunyaitenaga. Pergerakan elektron adalah random (bebas) ketika tiada bekalan kuasa. Gambarajah 1.4 Pergerakan secara rawak di dalam pengalirApabila bekalan kuasa dibekalkan elektron bergerak dari punca negatif ke punca positif Gambarajah1.5 Pergerakan elektron dalam satu litar elektrikArus mengalir berlawanan arah pengaliran dengan elektron dikenali sebagai arus lazim(conventional) Pengaliran Arus Pengaliran Elektron Gambarajah 1.6 Pergerakan arus elektrik bertentangan dengan pergerakan elektron 5
    • Atom mengandungi neukleus yang mana di dalamnya terdapat Proton yang mempunyai cas positif,Proton-proton ini pula di kelilingi oleh Elektron yang bercas negatif. Atom-atom yang neutralmengandungi sama banyak Proton dan Elektron.Elektron-elektron yang mengelilingi Atom dan juga jarak elektron daripada Nukleus adalahbergantung kepada jenis-jenis atomnya, jika jarak kedudukanya jauh, maka kuasa tarikan yangsedikit di kenakan, oleh kerana kedudukannya yang sangat jauh daripada Nukleus, dengan mudahnukleus boleh tercampak keluar daripada Atomnya untuk pergi ke Atom-atom yang lain. Elektron-elektron ini di panggil Elektron bebas ( Free Electrons ).Jika sekiranya Elektron-elektrons bebas ini di gerakkan kepada satu hala sahaja, maka kita akandapati apa yang di panggil Aliran arus elektrik, di mana unitnya dikira dalam Ampere. Gambarajah 1.7 Elektron bebas di dalam suatu pengalir Gambarajah 1.8 Pergerakan elektron bebas 6
    • TEORI ALIRAN ELEKTRIKUntuk mengarahkan elektron-elektron bebas ini kepada satu hala sahaja, di perlukan satu tenagayang di panggil Daya Gerak Elektrik ( Electro Motive Force EMF ). Ianya boleh di perolehi daripadasumber-sumber seperti : -a ) Sel-sel atau bateri – bagi kerja-kerja ringan.b ) Janakuasa ( Generator ) – Bagi kerja-kerja yang berat.Unit bagi Daya Gerak Elektrik ialah Voltan.Simbol - EDaya Derak Elektrik – Satu arus tidak boleh mengalir di dalam satu pengalir sehingga suatusumber luar berbentuk tenaga seperti bateri dibekalkan kepadanya. Sumber ini memberikantenaga kepada elektron-elektron dalam pengalir supaya ia dapat mengalir di sepanjang pengalirtersebut.Voltan ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan tekanan elektrik. Voltan tinggi bermaknatekanan elektrik yang tinggi. Unit yang digunakan untuk mengukur voltan ialah volt dan bolehdiukur dengan menggunakan voltmeter.ARUS ELEKTRIK 1. Arus mengalir melalui litar elektrik. Cas elektrik wujud dalam bentuk cas positif dan cas negatif. 2. Arus boleh ditafsirkan sebagai jumlah pengaliran elektron. Arus elektrik melibatkan pergerakan cas atau ion atau elektron-elektron. 3. Arus akan meningkat sekiranya tekanan atau voltan meningkat dengan menganggap rintangan yang ada adalah tetap. 4. Ampere ialah unit bagi mengukur arus elektrik atau aliran elektron. Arus yang mengalir boleh diukur dengan menggunakan ammeter. 5. Arus elektrik adalah kadar pengaliran cas. 6. Satu Coulumb ialah kuantiti cas yang mengalir melalui sebarang titik dalam satu litar dalam masa satu saat apabila arus mengalir satu ampere. 7. Unit : Ampere (Amp) I - Arus Q- Kuantiti cas t – Masa elektrik yang diambil 7
    • Gambarajah 1.9 Pengaliran arus dalam pengalirVOLTANVoltan merupakan tekanan elektrik yang membolehkan arus melalui litar elektrik. Semakin tinggivoltan semakin tinggi dan bagus arus yang mengalir. Voltan boleh ditafsirkan sebagai tekananelektrik. Unit : Volt (V) Gambarajah 1.10 Peranan voltan dalam pengaliran arusRINTANGANSifat sesuatu bahan yang mana menentang pengaliran arus elektrik (elektron) daripada melaluinya.Penebat mempunyai rintangan yang tinggi untuk elektron mengalir. Rintangan diukur dalam unitOhm dan ditunjukkan dengan simbol Ω. Salingan bagi rintangan ialah kealiran di mana; 8
    • G – Kealiran I mho (α) I – Arus G = R R - Rintangan Gambarajah 1.11 Rintangan dalam pengaliran arusFAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RINTANGAN 1. Rintangan berkadar terus dengan panjangnya (R = ƪ ) 2. Rintangan berkadar songsang dengan luas keratan 3. Rintangan bergantung kepada suhu pengalir 4. Rintangan bergantung kepada sifat semulajadi bahan-bahan. 5. Rintangan bergantung kepada keadaan fizikal pengalir.JENIS ARUS ELEKTRIK1. Arus Ulang-alik2. Arus Terus. 9
    • 1. Arus Ulang-alikArus ulang-alik (AU) ataupun alternating current (AC) pula merupakan arus elektrik yang berulang-alik arah pengaliran arusnya dan sentiasa berubah-ubah alirannya mengikut masa dan mengalir didalam dua keadaan sama ada pada nilai negative atau pun nilai positif. Perubahan arah aliran arusini disebabkan oleh perubahan kutub punca voltan penjana AU yang silih berganti. Nilai arus akanmeningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif dan kemudian menurun ke sifar. Seterusnya,nilai arus ini akan menurun ke maksimum pada arah negatif. Kemudian, nilai arus naik kembali kesifar. Arus ulang-alikDalam arus ulang-alik pula, nilai magnitud dan nilai frekuensi di ambil kira. Magnitud arus ulang-alikjuga boleh tetap ataupun berubah-ubah. Frekuensi adalah bilangan ulangan dalam masa satu saat.Frekuensi juga boleh tetap ataupun berubah-ubah.Penukaran arus ulang-alik kepada arus terus lebih mudah berbanding penukaran arus teruskepada arus ulang-alik. Arus ulang-alik ditukarkan kepada arus terus menggunakan recifiermanakala arus terus ditukarkan kepada arus ulang-alik menggunakan inverter.Sistem penjanaan dan pengagihan elektrik dari stesen janakuasa sehingga ke rumahmenggunakan arus ulang-alik. Ini kerana, voltan arus ulang-alik mudah dinaikkan dan jugaditurunkan menggunakan transformer.Penghantaran elektrik dilakukan dalam keadaan voltan tinggi supaya merendahkan nilai arus. Arusyang rendah bertujuan mengurangkan kehilangan kuasa dalam kabel penghantaran. 10
    • 2. Arus TerusArus terus (AT) ataupun direct current (DC) merupakan arus elektrik yang mengalir dalam satuhala sahaja. Arus terus dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bateri, termogandingan, selsuria serta dinamo jenis komutator. Di dalam arus terus, cas elektrik mengalir pada arah yangtetap, berbeza dengan arus ulang-alik (AC). Jenis-jenis arus terusArus terus juga boleh diperolehi daripada bekalan arus ulang-alik dengan menggunakan diod ataurektifier yang membenarkan arus mengalir sehala sahaja. Arus terus juga boleh ditukar kembali kearus ulang-alik dengan menggunakat inverter ataupun set motor -penjana. Arus terus digunakanuntuk mengecas bateri, serta pada hampir kesemua sistem elektronikseperti pada sistem bekalan kuasa. Sistem penghantaran arus terus voltan tinggi (HVDC)digunakan dalam penghantaran pukal bekalan elektrik merentasi jarak yang sangat jauh ataupununtuk menghubungkan antara dua grid arus ulang-alik yang berjiran. 11
    • Perbandingan antara Arus Terus (a.t) denganArus Ulang Alik (a.u) Arus Ulang Alik Arus Terus Kesan Pemanasan Menghasilkan kesan Menghasilkan kesan pemanasan pemanasan apabila melalui melalui perintang perintang Arah arus Berubah-ubah mengikut Arus mengalir pada arah frekuensi tertentu Kesan Magnet Menghasilkan Menghasilkan elektromagnet elektromagnet dengan dengan kutub berubah-ubah kutub yang tetap Kesan Transformer Voltan tidak bolehdinaikkan Voltan boleh dinaikkan atau atau diturunkan oleh diturunkan oleh transformer transformer Hanya boleh diukur oleh meter Boleh diukur oleh meter Alat Pengukur dawai panas dan meter dawai panas, meter besi besibergerak bergerak dan meter gegelung bergerak Pertukaran bentuk Boleh ditukar kepada a.t dengan Lebih sukar ditukar menjadi arus menggunakan diod a.u melalui litar elektrik. Diukur berdasarkan nilai Nilai diukur Diukur berdasarkan nilai p.m.k.d mantapnya 12
    • KESIMPULANAtom merupakan zarah terkecil pada sesuatu elemen di mana ianya akan membentuk sifatsesuatu bahan. Pergerakan elektrok yang bebas di dalam sesuatau bahan membolehkan arusmengalir. Voltan diperlukan dalam pengaliran arus agar dapat m enghasilak arus yang baik untukkegunaan komponen elektrik. Rintangan pula merupakan halangan kepada pengaliran arus.Terdapat 3 jenis bahan dalam kehidupan di mana ianya merupakan pengalir, penebat dansemikonduktor. Terdapat dua jenis arus yang sering digunakan iaitu arus ulang-alik dan arus terus.Arus ulang-alik boleh ditukar kepada arus terung dengan menggunakan rectifier manakala arusterus boleh ditukar dengan menggunakan inverter.EXERCISE 1. Apakah yang dimaksudkan dengan arus elektrik? 2. Nyatakan struktur atom dan karektornya.. 3. Terangkan secara ringkas perkataan di bawah. a. Pengalir b. Penebat c. Semiconduktor 4. Berikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar rintangan dalam litar. REFERENCE1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor Corporation.6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes Ltd. System7. Automotif Electrical/electronic System8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox Company, Inc 13