5. terminal

1,470 views
1,309 views

Published on

Published in: Technology, Business
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,470
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
67
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

5. terminal

  1. 1. Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEETPROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAANSESSION : SEMESTER : 2 TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVECODE/COURSE : SHEET NO : A14/M03/IS03 ELECTRICAL AND ELECTRONICLECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 5TOPIC : M03 CIRCUIT AND TERMINALS 03.01 WIRE HARNESS 03.02 COLOR CODING 03.03 TERMINALS AND SOCKETSUB-TOPIC : 03.04 RELAYS, SWITCHERS AND SOLENOIDS 03.05 EARTH 03.06 POWER WINDOW Pelajar-pelajar mesti boleh : 1. Nyatakan kaedah memasang terminal pada wayarLEARNINGOUTCOME : 2. Nyatakan jenis-jenis terminal 3. Nyatakan kegunaan terminal 4. Jelaskan tentang soketTAJUK : TERMINAL WAYAR AUTOMOTIFTUJUANLitar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponen-komponen elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna. Terdapat pelbagai cara yang bolehdigunakan untuk membuat penyambungan dalam pendawaian elektrik kenderaan. Setiapsambungan mestilah sempurna dan berkesan. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksudtersebut.PENERANGAN 1
  2. 2. PEMASANGAN TERMINALPemilihan terminal adalah penting kerana jenis terminal yang dipilih mesti padan dengan tiangsambungan atau cabang gelangsar masuk unit kerja. Terminal gelang penuh mungkin palingsesuai terutamanya di dalam penggunaan arus tinggi kerana terminal tidak akan terlucut jika natsambungan longgar. Terminal mesti dipasang dengan rapi (tidak terlalu longgar dan tidak terlaluketat) dan mempunyai ruang yang cukup untuk nat penahan menekan masuk terminal. Terminalmesti cukup tebal untuk mengelakkannya patah akibat dari pergerakkan dawai. Terminal juga mestisesuai dengan wayar yang hendak disambungkan kepadanya. Teras dan penebatan wayar mestitidak terlalu ketat dan tidak longgar apabila dimasukkan ke dalam barrel atau sayap terminal.Penyediaan dawai sama pentingnya dengan pemilihan terminal. Hujung dawai yang rosak perludipotong dahulu dan penebatannya dilucutkan sepanjang lebih kurang panjang barrel terminal ataukawasan sayap berlipat. Untuk melucutkan penebat dawai, pisau atau pelayar pemotong bolehdigunakan tetapi sebaik-baiknya gunakanlah alat pemotong atau perlucutan khususKAEDAH MEMASANG TERMINALKaedah yang digunakan untuk melekatkan atau menyambung terminal dengan teras dawai bolehdiketahui melalui dua kumpulan terminal yang digunakan di dalam litar elektrik automotif iaitu :1. Terminal disambungkan dengan cara mematerikannya ke teras dawai wayar.2. Terminal telah direka bentuk untuk dikepilkan ke teras dawai wayar.Setiap kumpulan terminal mempunyai bentuk hujung yang sama yang dikepilkan ke unit kerja.JENIS-JENIS TERMINAL 1. Terminal Mata (Ring) Terminal mata membolehkan dawai disambungkan ke sebarang komponen yang mempunyai tiang dan nat terminal. Contohnya seperti penebat yang disambungkan ke alternator dan motor penghidup. Jenis pateri Jenis Keriting Gambarajah 3.1 Terminal Mata (Ring) 2
  3. 3. 2. Terminal Sambung cepat atau tertekan Terminal sambung cepat membolehkan dawai disambungkan tanpa ditanggalkan tanpa menggunakan spana. Terminal ini sesuai untuk komponen-komponen yang dilengkapi dengan tab seperti geganti (relay) suis dan gegelung pencucuhan (ignition switch). Jenis Pateri Jenis Keriting Gambarajah 3.2 Terminal sambungan tekan3. Terminal Beralur Terminal beralur membolehkan wayar disambungkan ke sebarang komponen yang mempunyai tiang terminal, sesendal dan nat. Unit-unit alatan dan penghantar (penderia) merupakan jenis-jenis komponen yang sesuai dengan terminal ini. Gambarajah 3.3 Terminal Beralur4. Terminal Peluru Terminal peluru kebanyakkannya digunakan untuk menyambungkan dua utas wayar. Terminal peluru berbilang kutub boleh dibentuk di dalam penyambung gumpalan bergetah untuk memastikan kekutuban yang betul. Jantan Betina Gandingan Gambarajah 3.4 Terminal Peluru 3
  4. 4. 5. Terminal Bateri Terminal bateri boleh sama ada dipateri, dikeriting atau dikapit ke kabel bateri. Walaupun kaedah yang digunakan akan menyebabkan susut voltan yang berlebihan dan unit-unit kerja tidak akan mengendali dengan betul. Sebagai Contoh, motor penghidup tidak dapat mengengkol enjin dengan laju yang cukup dan enjin tidak akan dapat dihidupkan. Bolt Pengapit Terminal Kabel Terminal Positif Bateri Tiang Bateri Terminal Kabel Bolt Pengapit Terminal Negatif Gambarajah 3.5 Terminal Bateri 4
  5. 5. Jenis terminal yang biasa digunakan A - Male slide. B - Bullet or snap-in. C - Female snap-on. D - Butt connector (must be crimped). E - Three-way connector. F - Female slide. G - Bullet. H - Female insulated slide. I - Lug. J - Ring. K - Hook. L - Spade. M - Roll. N - Flag. O - Female bullet connectorGambarajah 3.6 Jenis-jenis terminal yang biasa digunakanJenis terminal untuk kabel bateri A-Solenoid-to-starter cable. B-Battery ground cable. C-Engine ground strap. D-Battery-to-solenoid cable. E-Closed barrel terminal. F-Open-split barrel terminal. G-Closed barrel terminal.Gambarajah 3.7 Jenis-jenis terminal untuk bateri kenderaan 5
  6. 6. SOCKET (PENYAMBUNG)Pelbagai jenis penyambung terminal dan junction blocks digunakan dalam kenderaan.Penyambung adalah ‘test point’ yang terbaik kerana litar boleh dibuka tanpa memerlukan wayardiperbaiki selepas diuji. Kebanyakkan masalah elektrik yang dikenalpasti ialah longgar, wayarbergulung atau penghubung tidak lengkap. Masalah ini termasuklah pin penghubung yang bengkokatau hilang. Jenis-jenis Penyambung 6
  7. 7. Contoh penggunaan penyambung dalam litar 7
  8. 8. KESIMPULANEXERCISESoalan 1 hingga 5 adalah bebentuk jawapan pendek..Jawab semua soalan1. Nyatakan 2 kaedah yang digunakan untuk memasang terminal pada wayar? a) _________________________________________ b) _________________________________________2. Nyatakan 5 jenis terminal yang anda tahu. a) __________________________________________________ b) __________________________________________________ c) __________________________________________________ d) __________________________________________________ e) __________________________________________________3 . Terminal bateri terbahagi kepada 2 iaitu a) _________________________________________________ b) _________________________________________________4. Terminal bateri boleh sama ada ___________, ____________ atau _________ ke kabel bateri.5.Satu kumpulan disambungkan dengan cara ___________ ke teras dawai sementara kumpulanyang satu lagi telah direka bentuk untuk ____________ ke teras dawai.REFERENCE1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor Corporation.6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes Ltd. System7. Automotif Electrical/electronic System8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox Company, Inc. 8

×