1.0    Pengenalan       Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu sistem pendidikanyang selaras dan da...
2.0    Luar Bandar-BandarBagaimana luar-bandar-bandar menjadi faktor kepada berlakunya jurang pencapaian pelajardalam mata...
Hal ini selari dengan satu kajian yang dijalankan di Malaysia. Dapatan kajian itumendapati, keyakinan diri mempelajari Mat...
3.0    Budaya Sekolah       Moos (1979) mendefinisikan budaya sekolah sebagai „suasana pembelajaran‟ didalamsekolah. Gary ...
oleh murid supaya mereka terasa terdorong untuk mengulang kembali kejayaan tersebut ataumengekalkannya, sekaligus mewujudk...
3.1.6 Persekitaran Fizikal           Persekitaran fizikal adalah persekitaran maujud kondusif atau tidak kondusif untukbel...
belajar tanpa takut dan sangsi. Persekitaran afektif ini dapat dirasa oleh semua individu dalamsekolah; jika pelajar meras...
4.0    Faktor Kekangan Bahasa       Bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajarandi m...
4.1    Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permasalahan Pembelajaran MatematikDalam Bahasa Inggeris       Banyak faktor-faktor...
4.1.3 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar           Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat berkomuni...
majoriti pelajar tidak bersetuju belajar Matematik dalam bahasa Inggeris sebaliknya bersetujusekiranya menggunakan bahasa ...
5.0    Faktor Guru       Dalam membincangkan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunyaperbezaan pencapaian pelaja...
5.2    Kaedah pengajaran guru       Sikap dan minat seseorang pelajar dalam mempelajari matematik berkait rapat dengantaha...
pelajarnya. Semasa interaksi lisan yang bersifat sehala atau dua hala guru berperanan sebagaipenyampai maklumat dan pelaja...
6.0    Faktor Tahap Motivasi Para Pelajar       Bagi membincangkan perbezaan motivasi para pelajar pula, kita akan menumpu...
yang belum terpenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan keyakinan diri inibermotivasi rendah dalam menumpu...
Dalam Teori Motivasi Atribusi Weiner pula, setiap individu mengatributkan kejayaandan kegagalan mereka dengan cara yang be...
mereka mengatributkan kegagalan tersebut dengan faktor luaran, contohnya “ nasib saya tidakbaik” dan “ soalan peperiksaan ...
pembelajaran mereka. Bagi para pelajar tingkatan empat misalnya, risiko kegagalan dalam SijilPelajaran Malaysia (SPM), iai...
persepsi mereka terhadap pelajaran tersebut, dan dari situ dapatlah seorang guru itu memikirkankeperluan pembelajaran anak...
beroleh kecemerlangan. Teknik belajar Matematik sudah tentu tidak sama dengan teknik belajarSejarah. Namun, dengan strateg...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Combine

1,628 views
1,543 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,628
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
30
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Combine

  1. 1. 1.0 Pengenalan Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu sistem pendidikanyang selaras dan dapat memenuhi keperluan negara serta menggalakkan perkembangankebudayaan, sosial ekonomi dan politik Malaysia. Antara strategi untuk mencapai matlamat ini,adalah dengan membina satu kurikulum yang selaras untuk semua institusi pendidikan rendahdan pendidikan menengah. Sungguhpun sistem pendidikan negara dibekalkan dengan satukurikulum yang selaras, akan tetapi masih wujudnya pencapaian yang berbeza di kalanganpelajar di peringkat rendah mahupun menengah. Isu jurang pencapaian pelajar dalam bidangakademik telah lama diperkatakan. Ianya bukanlah isu setempat, tetapi juga hangat diperdebatdiperingkat global. Walaubagaimanapun, penulisan ini akan memfokuskan kepada jurangpencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Sudah banyak kajian-kajian yangdilakukan oleh ahli-ahli akademik untuk menyiasat sebab wujudnya jurang pencapaian pelajardalam dua matapelajaran tersebut. Hasil-hasil kajian inilah yang menjadi asas kepada perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Sebagai contoh, kita melihat Pengajarandan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) memberi impak yangnegatif kepada pencapaian pelajar dalam matapelajaran tersebut, maka kerajaan melaluiKementerian Pendidikan Malaysia mengambil pendekatan membatalkan dasar tersebut danmengembalikan medium pengantaraan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagimatapelajaran Sains dan Matematik kepada bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Menurutmajalah Education Week, jurang pencapaian pelajar merujuk kepada jarak pencapaian dalambidang akademik oleh dua kumpulan pelajar yang berbeza. Perbezaan pencapaian ini diukurmelalui ujian standard, pemilihan kursus pengajian di universiti, kadar pelajar yang menamatkanpengajian dan juga kadar keciciran. Bagi pendidikan di sekolah, penanda aras yang paling sesuaiuntuk mengukur jurang pencapaian ini adalah pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar dalampeperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Penulisan ini akan mengupas faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya jurang pencapaian pelajar dalam matapelajaranMatematik dan Sains iaitu faktor luar bandar-bandar, iklim sekolah, faktor bahasa, kualiti gurudan juga motivasi pelajar. 1
  2. 2. 2.0 Luar Bandar-BandarBagaimana luar-bandar-bandar menjadi faktor kepada berlakunya jurang pencapaian pelajardalam matapelajaran Sains dan Matematik? Tidak dapat dinafikan secara puratanya, pencapaianpelajar di Bandar adalah lebih baik daripada pelajar di luar Bandar. Hal ini adalah kerana pelajardi bandar dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang sedia ada seperti bahan rujukan disekolah, bahan rujukan di perpustakaan awam dan juga kewujudan pusat-pusat tuisyen yangberkualiti dan pelbagai. Pelajar di bandar juga rata-rata datangnya dari keluarga yangmempunyai latarbelakang pendidikan yang baik dan kedudukan ekonomi yang kukuh. Jadi,ibubapa pelajar mampu menyediakan sumber dan bahan rujukan untuk tujuan ulangkaji pelajaransebagai persiapan menghadapi peperiksaan. Sekolah-sekolah di bandar juga mempunyai sumberkewangan yang kukuh melalui penajaan mahupun bantuan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) Dengan ini, mereka mampu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan bahan-bahanrujukan tambahan yang diperlukan pelajar. Selain itu juga, pelajar di bandar-bandar dapatmemanfaatkan kemudahan teknologi untuk tujuan pembelajaran. Sekolah-sekolah dibandarmempunyai kelebihan untuk melengkapkan sekolah mereka dengan kemudahan internet yangmembolehkan pelajar membuat ulangkaji dengan bahan-bahan yang di dapati daripada internet.Malahan, pelajar-pelajar di bandar-bandar juga boleh memanfaatkan kemudahan internet dirumah masing-masing kerana sebahagian besarnya datang dari keluarga yang berkemampuanuntuk menyediakan kemudahan internet dirumah masing-masing. Berbeza dengan pelajar diluar bandar yang kurang mendapat peluang sepertimana pelajardi bandar-bandar. Pelajar di luar bandar selalunya hanya berpeluang untuk belajar di bilik darjahdari guru masing-masing kerana kemudahan infrastruktur dan prasarana yang tidak begitu baik.Malahan, di sesetengah kawasan, bekalan elektrik mereka hanyalah 12 jam sehari. Hal inimembantutkan proses pembelajaran mereka. Begitu juga dengan sumber-sumber rujukan.Pelajar-pelajar di luar bandar terpaksa bergantung harap dengan bahan-bahan yang di sediakan disekolah atas inisiatif guru-guru mereka. Sekolah-sekolah di luar bandar yang menempatkanpelajar yang datangnya dari keluarga yang berpendapatan rendah. Ada di antara mereka tidakmampu menghantar anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen. Dapatkita lihat, pelajar-pelajar di bandar-bandar besar mempunyai kelebihan berbanding pelajar di luarbandar dari segi akses kepada maklumat. 2
  3. 3. Hal ini selari dengan satu kajian yang dijalankan di Malaysia. Dapatan kajian itumendapati, keyakinan diri mempelajari Matematik, mempunyai bilangan buku yang banyak dirumah, kekerapan menggunakan computer, dan kaum bukan Melayu mempunyai hubungkaityang tinggi dengan pencapaian yang baik dalam matapelajaran Matematik. MatapelajaranMatematik dan Sains itu sendiri memerlukan pemahaman konsep yang baik dan latih tubi yangberterusan untuk membolehkan pelajar menguasai kedua-dua matapelajaran tersebut. Oleh itu,maklumat-maklumat tambahan yang mereka dapati daripada luar bilik darjah juga adalah pentinguntuk mereka mengukuhkan pemahaman mereka terhadap isi kandungan pelajaran tersebut. Ada beberapa langkah dan pendekatan yang di ambil oleh pihak kerajaan dalam usahauntuk mengurangkan jurang ini yang disebabkan oleh faktor luar bandar-bandar ini. Antaranyaialah, pada September 2002, kerajaan telah memperkenalkan Skim Baucar Tuisyen (SBT)kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka turut samamendapat manfaat daripada kelas tambahan sepertimana pelajar-pelajar di bandar yang datangdaripada keluarga yang berkemampuan. SBT secara spesifik memberi penekanan kepadamatapelajaran penting iaitu Sains dan Matematik dan termasuk juga Bahasa Inggeris. Baru-baruini juga, kerajaan telah melancarkan skim Inisiatif Jalur Lebar Negara untuk membolehkanpelajar-pelajar dan keluarga yang berpendapatan rendah memanfaatkan kelebihan teknologi. Dibawah skim ini, kerajaan telah mengagihkan sejumlah sejuta Netbook 1 Malaysia secarapercuma kepada pelajar-pelajar yang layak. Di bawah program ini, pelajar diberikan komputerriba secara percuma untuk membolehkan mereka memanfaatkan teknologi untuk tujuanpembelajaran. Dengan adanya komputer riba tersebut yang dilengkapi dengan kemudahaninternet, pelajar dapat menggunakan teknologi tersebut untuk berkomunikasi dengan rakanpelajar yang lain. Selain itu juga, mereka dapat menggunakan kemudahan tersebut untuk mencarimaklumat-maklumat yang di perlukan untuk membantu proses pembelajaran mereka.Walaubagaimanapun, masih wujud isu-isu lain yang di ketengahkan setelah usaha-usaha inidiperkenalkan. Sebagai contoh, ada sesetengah pihak mempersoalkan adakah satu usaha dibuatuntuk memastikan pelajar-pelajar yang diberikan bantuan komputer riba ini memanfaatkansepenuhnya bantuan yang diberikan untuk tujuan pendidikan. Adakah bentuk bantuan ini benar-benar membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian akademik terutamanya dalammatapelajaran Matematik dan juga Sains? 3
  4. 4. 3.0 Budaya Sekolah Moos (1979) mendefinisikan budaya sekolah sebagai „suasana pembelajaran‟ didalamsekolah. Gary Philips (1993) pula mendefinisikan budaya sekolah sebagai “kepercayaan, dankelakuan yang mencerminkan sekolah dari segi: interaksi antara setiap individu dalam sekolah,bagaimana mereka menghormati satu sama lain, sejauh mana individu merasa diperlukan dandihargai; dan amalan-amalan dan tradisi yang menjadi teras keutuhan dan kekuatan silaturrahimantara mereka.” Pendek katanya budaya sekolah mencerminkan perkongsian idea, nilai dankepercayaan yang memberikan sesuatu organisasi itu identiti dan membentuk perilaku ahli-ahlinya. Idea-idea dan nilai-nilai ini tertanam didalam teras organisasi dan biasanya terlaksanasecara tanpa sedar, sehingga adakalanya kehadiran dan kepentingan mereka dilupakan.Kefahaman yang dikongsi oleh tenaga pengajar, bukan pengajar dan pelajar membentuk responmereka terhadap permintaan dari luar (komuniti dan ibubapa) dan dari dalam (PejabatPendidikan Daerah, Negeri dan Kementrian Pelajaran). Budaya sekolah terbentuk denganmengambil iktibar dari apa yang telah berlaku untuk menjadi panduan kelakuan dimasa hadapan.3.1 Komponen Budaya Sekolah Budaya sesuatu sekolah boleh dilihat dari segi persekitaran, lagenda dan etika kelakuansekolah tersebut. Ciri-ciri budaya yang boleh dinilai termasuk artifak dan simbol, nilai-nilaimurni dan tanggapan organisasi tersebut terhadap ahli-ahlinya.3.1.2 Artifak dan Simbol Artifak dan simbol lebih menerangkan tentang fizikal sesuatu sekolah, dari segirekabentuk dan susunatur bangunannya hinggalah hiasan didalam sekolah. Murid lebihterdorong untuk belajar jika persekitaran mendorong mereka untuk belajar. Ini termasukpenyediaan ruang belajar yang cukup dan tersedia dengan alatan dan bahan yang merekaperlukan serta rekod pencapaian pelajar-pelajar yang lalu supaya mereka tahu apa yang diterimasebagai „cemerlang‟. Secara tanpa sedar murid mencari „role model‟ dari dalam sekolah tersebutuntuk dicontohi. Ini pentingnya sekolah memaparkan kejayaan-kejayaan lalu untuk dikongsi 4
  5. 5. oleh murid supaya mereka terasa terdorong untuk mengulang kembali kejayaan tersebut ataumengekalkannya, sekaligus mewujudkan perasaan bangga murid terhadap sekolah.3.1.3 Nilai-Nilai Murni Nilai-nilai murni adalah bagaimana pihak pentadbir, guru-guru dan ibubapa dan komunitiberinteraksi antara satu-sama lain. Sekolah yang penyayang menghargai penglibatan ibubapadalam membantu menguruskan anak didik mereka. Dalam kajian mereka Hoover-Dempsey,Walker et al (2000) telah mendapati bahawa peningkatan penglibatan ibubapa meningkatkantahap kecekapan mereka dalam menguruskan sekolah dan murid. Ini menunjukkan kepentingansekolah untuk berbincang dengan ibubapa tentang apa-apa keputusan yang mereka inginlaksanakan yang melibatkan murid. Penglibatan komuniti dengan sekolah melalui-program-program yang dianjurkan oleh salah-satu pihak atau keduanya juga membolehkan komunitimelihat sejauh mana sekolah melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik generasi akandatang, sekaligus merapatkan hubungan antara semua pihak.3.1.4 Tanggapan Sekolah Sekolah yang mempunyai tanggapan positif terhadap murid mendorong murid untukmemenuhi tanggapan positif tersebut. Antara tanggapan positif yang dapat meningkatkanprestasi akademik murid adalah „Semua murid mampu berjaya‟, „Semua ibubapa mahu anak-anak mereka berjaya‟ dan „Ibubapa merupakan rakan dalam mendidik pelajar‟.3.1.5 Iklim Sekolah Moss (1979) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suatu sistem sosial yang membentukpersekitaran pembelajaran. Ia terlahir dalam perasaan dan perilaku pelajar, guru, kakitangan danibubapa tentang sekolah itu sendiri, yakni apakah impresi harian mereka tentang sekolah.Iklim sekolah adalah komponen penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Didalam laporan ini iklim sekolah dikategorikan kepada empat aspek iaitu persekitaran fizikal,sosial, affektif dan akademik. 5
  6. 6. 3.1.6 Persekitaran Fizikal Persekitaran fizikal adalah persekitaran maujud kondusif atau tidak kondusif untukbelajar. Ini termasuk menghadkan bilangan pelajar dalam bilik darjah supaya guru dapatmemberi tumpuan kepada semua murid, mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesasupaya mereka dapat menumpukan pada pelajaran tanpa gangguan, memastikan kawasansekolah kemas dan teratur, meminimakan gangguan bunyi serta memastikan semua alatan danbahan untuk belajar mencukupi untuk semua pelajar.3.1.7 Persekitaran Sosial Persekitaran sosial adalah persekitaran yang menggalakan komunikasi dan interaksi.Persekitaran sosial yang kondusif menggalakkan pelajar dan guru berkomunikasi dengan aktif,dimana guru sebagai fasilitator mengendalikan pelajar yang berdiskusi secara kumpulan. Pelajardigalakkan berbincang tentang apa yang mereka pelajari dalam kelas bersama dengan ibubapa.Di luar kelas pula pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aspek-aspek tertentupengurusan seperti disiplin pelajar (badan pengawas dan badan disiplin kerohanian), aktivitikokurikulum (pengurusan kelab, aktiviti luar), pengurusan akademik dan sebagainya. Interaksisebegini membolehkan pelajar lebih memahami struktur sesuatu organisasi dan mengeratkanhubungan antara kakitangan sekolah dan murid. Dengan melibatkan pelajar dalam prosespentadbiran, konflik yang melibatkan pelajar boleh dikenalpasti dan diatasi pada peringkat awal.3.1.8 Persekitaran Afektif Persekitaran afektif adalah persekitaran yang menggalakkan rasa kepunyaan dankeyakinan diri. Interaksi antara staf dan pelajar yang penyayang, responsif, dan salingmenghormati antara kunci melahirkan persekitaran afektif yang positif. Persekitaran afektif yangpositif membawa kepada perasaan percaya dan keyakinan pelajar dalam kewibawaan guru, yaknipelajar lebih reseptif terhadap pengajaran guru di dalam dan di luar kelas. Apabila gurudipandang tinggi, mereka akan lebih bersemangat untuk mengajar. Persekitaran yang berfikiranterbuka dan tidak berperasangka memboleh pelajar dari semua lapisan masyarakat dan kaum 6
  7. 7. belajar tanpa takut dan sangsi. Persekitaran afektif ini dapat dirasa oleh semua individu dalamsekolah; jika pelajar merasakan persekitarannya positif beliau akan lebih suka berada di sekolahdan akan sentiasa menceritakan hal-hal positif sekolah kepada ibubapa, sekaligus menaikkannama baik sekolah di mata komuniti setempat.3.1.9 Persekitaran Akademik Persekitaran akademik adalah persekitaran yang menggalakkan proses pembelajaran dankemahiran kendiri. Persekitaran akademik yang positif akan menggalakkan prestasi akademikyang cemerlang. Sekolah yang efektif mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran untukmemastikan isi kandungan matapelajaran dapat difahami dengan mendalam. Pelajar diajardengan menggunakan teknik pembelajaran yang paling sesuai dengan diri mereka.Walaubagaimana pun harapan sekolah terhadap pelajar kekal tinggi untuk memastikan pelajartidak lali dengan kejayaan mereka. Pelajar sentiasa dicabar untuk meningkatkan lagi prestasiakademik selagi guru merasakan mereka belum lagi memenuhi potensi diri. Semua ujianpengukuhan dianalisis dan kelemahan dalam topik diberi perhatian oleh guru untuk diperbaiki.Persekitaran akademik yang positif juga menghargai usaha murid dalam mencapaikecemerlangan dengan memberikan pujian dan ganjaran yang sewajarnya. Ini merupakan satubentuk motivasi bukan sahaja kepada pelajar tersebut, tetapi juga bagi pelajar lain yang masihbelum mencapai kecemerlangan.3.2 Kesimpulan Budaya sekolah dan iklim sekolah yang positif akan membawa kepada pencapaikanakademik yang tinggi. Sekolah wajar mengambil langkah menanam nilai-nilai positif dalam diripelajar dengan memastikan iklim sekolah selaras dengan apa yang hendak dicapai. 7
  8. 8. 4.0 Faktor Kekangan Bahasa Bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajarandi mana bahasa merupakan pengantara antara pengajar dan juga pelajar untuk berkomunikasi.Menurut Gorys Keraf (1997), Bahasa adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat berupasimbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Mungkin ada yang keberatan denganmengatakan bahawa bahasa bukan satu-satunya alat untuk mengadakan komunikasi. Merekamenunjukkan bahawa dua orang atau pihak yang mengadakan komunikasi denganmempergunakan cara-cara tertentu yang telah disepakati bersama. Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaannya amatmeluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik yang diajar di sekolahmembekalkan ilmu pengetahuan Matematik kepada pelajar untuk memperkembangkankemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran yang kritis serta bersistematik.Perlaksanaan dasar pengajran bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik(PPSMI) telah dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia sejajar denganperkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi. Ia dikuatkuasakan pada tahun2003 melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan juga tingkatan 6 rendah. Menurut MusaMohamad (2002), pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar menggunakan bahasaInggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan juga bahasaInggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan menyedari bahawa penguasaanilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris bertambah penting dalam era globalisasi danteknologi maklumat. Namun begitu, dasar PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012 juga secaraberperingkat. Hal ini menunjukkan, Negara kita masih tidak mampu untuk menggunakanpengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Iggeris. Menurut satu kajian yang dijalankaniaitu “ Trends in Mathematics and Sciences Study (TIMSS)” di mana kajian ini dilakukan empattahun sekali. Pada tahun 2003 Malaysia berada pada kedudukan yang ke 10 daripada 60 negarayang terlibat. Pada tahun 2007, Malaysia berada pada kedudukan yang ke 16. Hal inimenunjukkan bahawa tahap pencapaian Matematik Negara kita semakin merosot di sebabkanoleh penukaran daripada pengajaran Matematik dalal Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris. 8
  9. 9. 4.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permasalahan Pembelajaran MatematikDalam Bahasa Inggeris Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajaruntuk menguasai Matematik yang diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Antara faktor-faktor tersebutialah faktor bahasa penghantar, pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris, tahap penguasaanBahasa Inggeris pelajar, persekitaran pengajaran dan pembelajaran, tanggapan pelajar terhadapBahasa Inggeris.4.1.1 Bahasa Pengantar Bahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isipelajaran serta mencapai objektif pelajaran. Jumrang (2004) menyatakan, jika pelajar tidakmemahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran danpembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya ia akan membawa kepada masalahpembelajaran kepada pelajar tersebut.4.1.2 Pengajaran Guru Dalam Bahasa Inggeris Guru juga merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalamakademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat(Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkanperanan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajaruntuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Apabila gurumengunakan bahasa inggeris pelajar akan kuaran berkomunikasi dengan guru kerana merekatidak faham apa yang diterangkan oleh guru dan menyebabkan pelajar semakin kurang berminatuntuk belajar matematik. 9
  10. 10. 4.1.3 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik sertamempunyai asas bahasa Inggeris yang lemah. Erwin (1984), mendapati bahawa dengankekerapan latihan sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianyaperlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat untuk penguasaan bahasa yangdipelajari.Masalah-masalah yang di hadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan danpemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat.Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalambahasa Inggeris. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat memperbaiki bahasa Inggeris danseterusnya menghadapi masalah pembelajaran Matematik.4.1.4 Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran Kajian Bell (1988) mendapati faktor yang menjurus kepada kelemahan pembelajaranMatematik di kalangan pelajar adalah disebabkan faktor keluarga dan juga persekitaran. Menurutkajian yang dilakukan oleh Gilliland (1996), persekitaran yang bising akan mengganggu prosespengajaran. Di samping itu, akan menyebabkan kurangnya perhatian pelajar dalam prosespengajaran dan pembelajaran, meningkatkan tekanan emosi, mengganggu pandangan danmelemahkan daya berfikir pelajar. Ini menimbulkan masalah pembelajaran dalam kalanganpelajar.4.1.5 Tanggapan Pelajar Terhadap Bahasa Inggeris. Tanggapan pelajar terhadap pengajaran Matematik dalam bahsa inggeris juga merukanfaktor pelajar tidak dapat mempelajari Matematik dalam bahasa inggeris. Mereka menganggapBahasa inggeris itu sendiri sukar untuk dipelajari dan lebih sukar untuk mereka untukmempelajari bahasa tersebut dalam subjek matematik. Kebanyakan pelajar juga tidak sukabelajar Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini bertepatan dengan kajian oleh Aziz (2005), 10
  11. 11. majoriti pelajar tidak bersetuju belajar Matematik dalam bahasa Inggeris sebaliknya bersetujusekiranya menggunakan bahasa Melayu.4.2 Kesan Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Cara Mengatasinya. Banyak kesan daripada pengajaran Matematik dalam bahasa inggeris iaitu prestasi pelajardalam subjek matematik semakin menurun dan jurang pencapaian pelajar Bandar dan luarBandar semakin meningkat. Pelajar juga semakin kurang berminat dengan matematik walaupunmereka sebenarnya minat dalam subjek Matematik. Antara cara-cara untuk mengatasi masalah ini ialah usaha untuk memperbaiki kelemahanpelajar dalam subjek bahasa inggeris itu sendiri. Apabila kita dapat memantapkan bahasainggeris pelajar akan lebih mudah untuk memahami pengajaran Matematik dalam BahasaInggeris serta mudah untuk membuat rujukan dalam bahasa tersebut. Seterusnya , kualiti guruuntuk mengajar subjek matematik dalam bahasa inggeris perlu dipertingkatkan. Kemudahanprasana di sekolah juga perlu untuk mewujudkan persekitara pembelajaran yang kondusif.Pelajar juga haruslah memotivasikan dirinya untuk berdepan dengan pengajaran matematikdalam Bahasa inggeris. Faktor bahasa sebenarnya bukan halangan untuk mereka cemerlangdalam matematik. Seharusnya mereka perlu mengusai konsep-konsep matematik tersebutt dantidak menjadikan alasan Bahasa untuk belajar. Ibu bapa dan masyarakat juga haruslah memberisemangat kepada pelajar-pelajar untuk belajar Matematik dalam bahasa inggeris.4.3 Kesimpulan Keseluruhannya mendapati faktor bahasa pengantar dan tahap penguasaan pelajar dalambahasa Inggeris berada pada tahap yang kurang memuaskan sekaligus menjadi permasalahanyang ketara dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar terutamapelajar luar bandar. Hal ini menggambarkan bahawa sekalipun guru menggunakan strategipengajaran yang berkesan serta dilengkapi dengan infrastruktur dan persekitaran yang baik tetapiianya masih belum mencukupi untuk mengelakkan kewujudan permasalahan dalampembelajaran Matematik apabila mata pelajaran ini diajarkan dalam Bahasa Inggeris.Sehubungan itu usaha yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahanbahasa Inggeris itu sendiri di samping memastikan kualiti guru dan prasarana pembelajaran. 11
  12. 12. 5.0 Faktor Guru Dalam membincangkan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunyaperbezaan pencapaian pelajar di dalam subjek Matematik di Malaysia ini, terdapat satu lagifaktor yang turut menyumbang kepada berlakunya perkara tersebut. Faktor tersebut ialah faktorguru yang mengajar subjek matematik di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Terdapat 3 isiutama yang berkaitan dengan faktor guru yang menyumbang akan berlakunya perbezaanpencapaian pelajar iaitu tahap keyakinan guru, kaedah pengajaran guru di dalam kelas dan jugabentuk komunikasi antara pelajar dan guru di dalam kelas.5.1 Tahap keyakinan guru Tahap keyakinan guru adalah penting dalam membentuk keyakinan pelajar dalammempelajari sesuatu matapelajaran seperti matematik. Ini kerana, terdapat beberapa kajian yangtelah dibuat yang mengatakan tahap keyakinan guru mempengaruhi tahap keyakinan pelajar danseterusnya ia akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar (Price and Raiker, 1999). MenurutDobbs, Doctoroff & Fisher (2003 dalam Mohamad Johdi Hj Salleh, 2007), guru perlulahmengetahui dan mengusai isi kandungan di dalam matapelajaran matematik dengan baik untukmendapatkan tahap keyakinan untuk mengajar subjek tersebut. Pelajar-pelajar masa kini adalah lebih ke hadapan dalam menuntut ilmu dan merekakadangkala akan bertanya mengenai perkara yang melebihi daripada apa yang diajar oleh gurudan juga yang terkandung di dalam kurikulum atau buku teks. Oleh itu, guru perlulahmempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkap terhadap bidangnya agar beliau bolehmenjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh. Apabila guru mempamerkan rasa yakindan mengusai bidang yang diajar, contohnya di dalam bidang matematik, ia mampumenimbulkan minat serta kecenderungan para pelajar untuk mempelajari matapelajaran tersebut.Sebaliknya, jika guru gagal menjawab atau jawapan yang diberikan adalah salah atau kurangtepat, ia menunjukkan guru tersebut tidak menguasai ilmu tersebut dan menyebabkan parapelajar akan hilang minat serta tumpuan untuk mendalami mata pelajaran tersebut. 12
  13. 13. 5.2 Kaedah pengajaran guru Sikap dan minat seseorang pelajar dalam mempelajari matematik berkait rapat dengantahap pencapaian mereka di dalam subjek tersebut (Fedigan & Gary, 1978 ; Mat Darus Othman,1992 dalam Hajah Noraini Haji Omar, 2008). Sabri (2006) menjelaskan kaedah mengajar yanglama, tidak menarik dan sukar difahami oleh para pelajar menyumbang kepada tahap pencapaianyang rendah dalam mata pelajaran tersebut. Matapelajaran matematik memerlukan kaedahpengajaran yang berbeza berbanding matapelajaran lain dalam usaha untuk memupuk minatpelajar untuk mempelajari matapelajaran ini. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarikdan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isipelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Tengku Zawawi Tengku Zainal (2006) telah menyenaraikan beberapa kaedah umumyang perlu difahami dan dikuasai oleh pendidik matematik. Kaedah-kaedah tersebut adalahpenglibatan aktif pelajar dalam kelas, perbincangan dan penemuan oleh para pelajar, penggunaanperumpamaan untuk mewakili sesuatu konsep, kaedah analisis konsep, kaedah eksperimen danlain-lain. Selain itu, bahan bantu mengajar yang menarik adalah penting dalam menarik minatpelajar. Selaras dengan kemajuan teknologi, penggunaan komputer, projektor dan internetmampu merangsang dan memperkaya kemahiran pelajar untuk belajar. Ia dipersetujui olehWright (1999, dalam Mistretta R.M., 2005) melaporkan pencapaian pelajar yang lebih tinggi,sikap, dan interaksi guru-pelajar sebagai hasil pembelajaran interaktif yang didapati melaluiteknologi.5.3 Komunikasi guru-pelajar Aspek komunikasi antara guru-pelajar perlu diberi perhatian. Tanpa hubungankomunikasi yang berkesan, proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi kurang efektif.Aspek lisan yang melibatkan perkataan serta komunikasi bukan lisan perlu diberikan penekananoleh setiap guru. Bagi kamunikasi secara lisan, isi kandungan matapelajaran haruslahdisampaikan oleh guru kepada pelajar dengan jelas, terang dan bersistematik. Guruberkomunikasi secara lisan untuk menyampaikan ilmu dan maklumat berdasarkan objektifpengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Pengajaran guru tersebut akan dijalankanmelalui teknik penerangan, soal jawab, perbincangan dan sumbang saran bersama-sama para 13
  14. 14. pelajarnya. Semasa interaksi lisan yang bersifat sehala atau dua hala guru berperanan sebagaipenyampai maklumat dan pelajar pula sebagai pendengar dan penerima maklumat. Komunikasiaktif secara lisan hanya berkesan jika pengetahuan dan maklumat disampaikan secara berkesandan dapat diterima serta difahami dengan baik oleh pelajar. Bagi komunikasi bukan lisan pula, perlakuan guru seperti memek muka, gelengan atauanggukan kepala, isyarat tangan, gaya berdiri, dan sebagainya mampu menyalurkan maklumatdari guru kepada pelajar. Sebagai contoh, memek muka yang masam atau marah mampumembuatkan pelajar berasa tidak mesra dengan guru seterusnya menyebabkan pelajar takutuntuk bertanya dan menghalang proses pembelajaran. Tingkahlaku guru yang sentiasa senyumdan ceria pula membolehkan pelajar mendekati guru sekaligus jurang komunikasi antara gurudan pelajar tidak berlaku.5.4 Kesimpulan Dalam menyampaikan ilmu matematik, guru seharusnya dapat mengaitkan matematikdengan kehidupan harian pelajar. Ini supaya pelajar dapat mengetahui bahawa matematikbukanlah sesuatu yang asing dalam diri mereka tetapi ia adalah sesuatu yang mereka dapatgunakan setiap masa. Ini membuatkan para pelajar sedar akan kepentingan mempelajarimatematik selain dapat membuang tanggapan mereka bahawa matematik adalah matapelajaranyang sukar. Guru yang baik adalah guru yang boleh mengajar dan menyampaikan sesuatu ilmuitu kepada para pelajar tetapi guru yang cemerlang adalah guru yang bukan sahaja bolehmengajar dan menyampaikan ilmu tersebut tetapi dapat menimbulkan minat, kefahaman dankecenderungan pelajar untuk mempelajari ilmu tersebut. 14
  15. 15. 6.0 Faktor Tahap Motivasi Para Pelajar Bagi membincangkan perbezaan motivasi para pelajar pula, kita akan menumpukanperbincangan ini kepada perbezaan antara para pelajar dalam satu kelas yang sama. Hal inidipertimbangkan kerana mengambil kira faktor-faktor lain yang telah dibincangkan lebih awaliaitu kedudukan sekolah, sama ada bandar atau luar bandar, jadi kemudahan pembelajaran yangsama. Kemudian, budaya dan iklim sekolah yang sama, dan kualiti guru yang sama . Bagi faktorhalangan bahasa pula, faktor ini diambil kira sebagai aspek dalam pembelajaran yang turutmemerlukan tahap motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar. Dengan ini, pelajar dilihat perlumemiliki tahap motivasi yang malah berganda untuk cemerlang dalam Matematik. Pertamamotivasi bagi meningkatkan kecekapan bahasa Inggeris demi memahami pembelajaranMatematik. Dan kedua memahami mata pelajaran Matematik itu sendiri. Perbezaan yang besar bagi pencapaian Matematik dalam kelas yang sama bukanlahperkara yang begitu mustahil. Walaupun dengan akses kemudahan dalam sekolah danpersekitaran yang sama, iklim sekolah yang sama, pentadbiran serta sistem yang sama, juga gurumata pelajaran yang sama, murid-murid dalam kelas yang sama masih menunjukkan jurangyang besar dalam prestasi peperiksaan Matematik. Walaupun dalam satu kelas tingkatan empatdi sebuah sekolah berasrama penuh, julat antara 97 hingga 32 bagi peperiksaan pertengahantahun Matematik Moden masih boleh berlaku disebabkan perbezaan motivasi dalam diri parapelajar. Nyatalah perbezaan yang besar tetap boleh berlaku walaupun dalam kalangan pelajar-pelajar terpilih sekiranya motivasi dalam diri mereka tidak dikekalkan dan disuburkan darisemasa ke semasa. Aspek motivasi dapat dihuraikan daripada pelbagai sudut. Salah satu cabang dalamdisiplin motivasi yang dapat dihuraikan bagi menjelaskan situasi ini ialah Hirarki KeperluanMaslow seperti dalam Rajah 1 di muka surat sebelah. Menurut Maslow (1954), seorang individuberbeza dari segi motivasi untuk melakukan perkara yang sama daripada seorang individu lainkerana keperluan lebih bawah yang telah ataupun belum terpenuhi. Oleh itu berdasarkan teori ini, keperluan memahami dan mengetahui terletak di ataskeperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan keyakinan diri. Ini menunjukkan para pelajar 15
  16. 16. yang belum terpenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan keyakinan diri inibermotivasi rendah dalam menumpukan pelajaran dalam bilik darjah mahupun mengulangkaji. Rajah 1 Secara praktikalnya, dapat dilihat pelajar yang mengantuk kerana tidak cukup rehat dantidur, hadir ke sekolah dalam keletihan, dan akhirnya tidak berminat menumpukan perhatianterhadap pengajaran guru. Mereka juga tidak melibatkan diri secara aktif semasa aktivitipembelajaran dalam bilik darjah. Begitu juga pelajar yang sakit dan demam, serta yang laparkerana tidak mengambil sarapan pagi. Bagi faktor keselamatan, pelajar yang berasa terancam kerana kehadirannya dinanti-nantioleh para pembuli sekolah bermotivasi rendah untuk ke sekolah. Pelajar yang bermasalah denganrakan-rakan sebaya, kurang kasih sayang serta perhatian keluarga, dan rendah keyakinan diriturut menujukkan tahap motivasi yang rendah untuk menuntut ilmu dan berjaya cemerlang dalampelajaran. 16
  17. 17. Dalam Teori Motivasi Atribusi Weiner pula, setiap individu mengatributkan kejayaandan kegagalan mereka dengan cara yang berbeza. Perbezaan ini menggambarkan persepsiseseorang terhadap dirinya, serta mentaliti mereka. Teori Motivasi Atribusi Weiner (2000)digambarkan oleh Jadual 1 di muka surat sebelah. Daripada jadual tersebut, didapati bahawa seseorang individu mengatributkan kejayaanmereka dengan kepercayaan faktor dalaman seperti “ saya memang pandai“ dan “ saya bekerja Jadual 1keras“. Mereka juga mengatributkan kejayaan dengan faktor luaran seperti “ nasib saya baik”dan “ soalan peperiksaan senang”. Bagi mereka yang gagal pula, mereka mungkin mengatributkan kegagalan merekadengan faktor dalaman juga, seperti “ saya memang bodoh” dan “ saya tidak belajar”. Atau 17
  18. 18. mereka mengatributkan kegagalan tersebut dengan faktor luaran, contohnya “ nasib saya tidakbaik” dan “ soalan peperiksaan susah”. Persepsi pelajar itu sendiri dan mentaliti mereka ini akan menentukan sikap sertatindakan susulan mereka untuk membaiki atau membiarkan sahaja pencapaian mereka padatahap yang rendah. Bagi pelajar yang cemerlang pula, persepsi kendiri yang tidak sihat jugaboleh menyebabkan mereka mengalami kemerosotan dalam pelajaran. Contohnya apabilamereka mengatributkan kejayaan mereka kepada kepandaian atau kebolehan mereka dalamsesuatu subjek semata-mata, mereka akan cenderung untuk berputus asa apabila mereka tidaklagi secemerlang lagi sebelum itu. Mereka akan mula merasakan tidak cukup pandai untukmeneruskan pembelajaran. Sebaliknya, jika aspek usaha keras menjadi kepercayaan sebagaipenyumbang utama kejayaan, pencapaian yang rendah akan segera dibaiki dengan strategipembelajaran yang lebih berkesan.6.1 Langkah-langkah Mengatasi Perbezaan Tahap Motivasi Sebagai seorang guru, soal motivasi dalam diri setiap pelajar bukanlah satu perkararemeh. Sekiranya seorang guru berjaya meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, hal inibukan sahaja memberikan kesan positif terhadap pelajar tersebut dalam jangka masa pendek,tetapi untuk jangka masa panjang juga. Mereka yang bermotivasi tinggi akan lahir sebagaiseorang yang optimis dan mencintai ilmu. A great teacher inspires. Oleh itu, bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, seorang guru juga mestilahseorang yang bermotivasi, positif dan tidak mudah berputus asa dalam mendidik anak-anakmurid dan menyampaikan ilmu. Motivated students come from motivated teachers. Pada persepsiseorang guru yang positif dan bermotivasi, setiap anak murid di hadapannya adalah berpotensiuntuk cemerlang, walaupun mereka telah gagal. Guru juga haruslah membuat refleksi tentangkaedah pengajarannya dan berusaha untuk mengenali setiap anak didiknya dengan baik, danpendekatan yang bersesuaian dengan personality mereka yang berbeza-beza. Untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, guru boleh mencipta faedah yangdekat dan mudarat yang dekat sebagai motivasi ekstrinsik para pelajar untuk merangsang 18
  19. 19. pembelajaran mereka. Bagi para pelajar tingkatan empat misalnya, risiko kegagalan dalam SijilPelajaran Malaysia (SPM), iaitu masa hadapan mereka mungkin belum menjadi mudarat yangdekat bagi mereka, seterusnya merangsang pembelajaran. Mereka menyangka, SPM lambat lagi,dan masih sempat belajar pada tahun hadapan. Motivasi sebegini lebih sesuai buat para pelajartingkatan lima. Jadi mudarat dan manfaat yang ditawarkan itu mestilah lebih dekat, yang menjadiakibat atas kecemerlangan mahupun kegagalan mereka. Namun begitu, motivasi ekstrinsik semata-mata bukanlah dorongan yang kekal.Dorongan yang lebih kekal adalah motivasi intrinsik, iaitu kesedaran dari dalam diri seorangpelajar itu sendiri. Oleh sebab itu, motivasi ekstrinsik dan intrinsik haruslah berjalan seiringan.Walaupun seorang pelajar berusaha gigih untuk cemerlang bagi meraih hadiah daripada gurunya,dia juga mahukan kejayaan dan minat dalam mata pelajaran tersebut. Untuk menanam minat pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari, guru haruslahmempelbagaikan kaedah mengajar. Adakala para pelajar belajar dalam kelas. Adakala merekadibawa keluar. Mereka juga haruslah diberikan peranan sebagai pembelajar yang aktif, bukansemata-mata hanya menerima. Slavin (2012) berpendapat, seorang guru mungkin akanmengambil masa sebulan untuk menyelesaikan hanya satu topik dengan pengajaran berpusatkanaktiviti pelajar. Namun, apabila minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut berjaya ditanamdengan sebab aktiviti tersebut, mereka mula berasa seronok, pembelajaran seterusnya akanmengambil masa lebih singkat kerana mereka rajin mengulangkaji pelajaran dan membuatlatihan sendiri tanpa paksaan. Apabila pelajar telah mula minat untuk belajar juga, guru tidakmengambil masa yang banyak untuk mengawal disiplin para pelajar dalam bilik darjah. “ The art of teaching is the art of awakening the curiosity of young minds” (Anatole France) Untuk mengesan mentaliti dan tahap motivasi seseorang pelajar, seorang guru bolehmenggunakan kaedah pertanyaan tidak langsung seterusnya menilai tahap motivasi pelajarterbabit melalui jawapan mereka. Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik bimbingan.Melalui teknik bimbingan, para pelajar belajar dan menyelesaikan soalan permasalahan yangdiberikan oleh guru dalam kumpulan yang kecil disertai dengan kehadiran guru. Dengan cara ini,pelajar yang lemah kurang malu untuk berterus-terang kepada guru tentang kelemahan mereka, 19
  20. 20. persepsi mereka terhadap pelajaran tersebut, dan dari situ dapatlah seorang guru itu memikirkankeperluan pembelajaran anak-anak muridnya. Melalui cara sebegini juga, guru dapat mengesankeperluan seperti fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan kepercayaan kepada diri seseorangmurid. Cara ini mungkin mengambil sedikit masa kerana perlu dilakukan beberapa kali sehinggasetiap pelajar dalam kelas mampu dikenali dengan lebih baik. Namun, sekiranya langkah inidapat dilaksanakan seawalnya, ini akan membantu pengajaran dan pembelajaran yang lebihefisyen serta efektif bagi kelas-kelas seterusnya. Bimbingan ini juga tidak perlu dilakukan padasesi pengajaran dan pembelajaran. Hanya mengambil sedikit masa di luar kelas untuk diluangkanbersama para pelajar. Bagi mengatasi perasaan rendah diri seorang pelajar yang selalu mengatakan dirinyabodoh, guru haruslah mengambil inisiatif mengadakan pembelajaran kooperatif dalam kelasyang melibatkan para pelajar daripada semua tahap pencapaian dalam sesebuah kumpulan. Ahli-ahli kumpulan ini ditetapkan sendiri oleh guru. Hal ini dilakukan agar pelajar yang lemah dapatdibantu oleh pelajar yang cemerlang. Dalam kumpulan ini juga, pelajar yang lemah turutdiberikan peranan dalam aktiviti penyelesaian masalah agar dia meraih kepercayaan kepada dirisendiri melalui kepercayaan guru terhadapnya. Walaubagaimanapun, saya akui, memang terdapat pelajar yang mempunyai keistimewaandalam mata pelajaran tertentu, dalam masa yang sama lemah dalam mata pelajaran yang lain.Gardner (1985) turut mengklasifikasikan kebolehan ini dalam huraian berkenaan kecerdasanpelbagai. Namun, apa yang dapat diperhatikan di sini, seorang pelajar yang berkebolehan dalamSejarah mungkin tidak memerlukan teknik tertentu untuk mengingati segala fakta Sejarah tetapibermasalah dalam pengiraan Matematik. Sebaliknya terdapat juga pelajar yang tidakmemerlukan sebarang teknik untuk cemerlang dalam Matematik, tetapi bermasalah dalammengingati fakta-fakta Sejarah. Dalam hal ini, adalah penting bagi seseorang pelajar mengesan kebolehan semulajadi(nature) mereka dan subjek yang mereka lemah tetapi perlukan usaha agar berkebolehan denganlatihan (nurture), selepas satu jangka masa yang disasarkan. Bagi subjek yang mereka lemah,mereka harus mengkaji tentang teknik yang sesuai untuk mempelajari subjek tersebut agar tetap 20
  21. 21. beroleh kecemerlangan. Teknik belajar Matematik sudah tentu tidak sama dengan teknik belajarSejarah. Namun, dengan strategi pembelajaran yang berkesan, seseorang masih boleh berjayacemerlang dalam kedua-dua subjek ini. Dengan ini, nyatalah usaha yang terbit daripada motivasipelajar memainkan peranan yang penting bagi menentukan kejayaan mereka.7.0 Penutup Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang akan berlakunya perbezaanpencapaian pelajar di dalam matapelajaran matematik. Setiap satu faktor ini saling berkaitdengan faktor yang lain dan ia perlulah ditangani dengan bijak oleh pihak-pihak yang terlibatseperti pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru-guru danibubapa pelajar. Namun begitu, penglibatan pelajar juga perlu kerana tanpa penglibatan semuapihak, usaha-usaha untuk mengatasi perbezaan pencapaian antara pelajar di dalam matapelajaranmatematik ini tidak akan berhasil. Usaha ini adalah penting kerana para pelajar ini adalahgenerasi pelapis yang akan membangunkan, mengurus serta mentadbir negara di masa hadapan.Matematik adalah matapelajaran yang diperlukan setiap masa dan sekiranya perbezaanpencapaian pelajar ini tidak diatasi, maka ia akan mengganggu gugat proses kemajuan negara. 21

×