Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Assint kh
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
330
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
24
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE HBLS1103SMP PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP (SMP) KAEDAH PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALI SERTA LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN NAME : HARLIZA BINTI NORDIN MATRICULATION NO : 740613065864001 IDENTITY CARD NO. : 740613065864 TELEPHONE NO. : 019 976 9425 E-MAIL : abesonata@yahoo.com TUTOR’S NAME : MOHD NAYAN BIN IBRAHIM EMAIL : mohdnayan@oum.edu.my pitterengganu@gmail.com LEARNING CENTRE : OUM, KUALA TERENGGANU SMP PPG SEPTEMBER 2012
  • 2. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Kandungan 1.0 Pengenalan 3 2.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 4 2.1 Diod Pemancar Cahaya 5 2.2 Perintang Tetap 6 2.3 Penyambungan Litar Elektronik 6 2.4 Langkah-Langkah Keselamatan 7 3.0 Kesimpulan 8 Rujukan Lampiran – Rancangan Pengajaran Harian 2
  • 3. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan kunci kepada usaha membangunkan masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada pendidikan berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa (Mohamed Nor, 1990). Proses untuk melahirkan masyarakat yang terdidik ini perlu dimulakan seawal mungkin yang boleh. Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketrampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermoral tinggi. Sebagai seorang guru yang profesional mereka hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuan dan kemahiran pengajarannya. Berhubung dengan guru Kemahiran Hidup, aspek pengurusan bengkel, kemahiran menggunakan alat tangan dan mesin adalah amat penting. Seorang guru yang berkualiti boleh menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri sendiri sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran amali di dalam bengkel. Ini kerana mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu cabang pendidikan teknik dan kejuruteraan, yang mementingkan kerja-kerja amali yang merangkumi bidang kemahiran teknologi pada peringkat asas. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar di dalam bengkel perlu dipraktikkan untuk meningkatkan minat dan proses pemahaman pelajar. Pengurusan bengkel adalah penting dan menjadi tanggungjawab guru-guru Kemahiran Hidup bagi memastikan aktiviti pembelajaran terutama yang melibatkan amali berjalan dengan lancar dan selamat. Adalah menjadi tugas guru supaya masalah seperti alatan yang rosak dan tidak mencukupi semasa mengadakan amali, pembaziran penggunaan bahan kerja amali dan kemalangan dapat dielakkan. Secara umumnya, guru Kemahiran Hidup diharapkan dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup, menguasai isi kandungan 3
  • 4. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 sukatan pelajaran ini melalui strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Walaupun struktur sukatan pelajaran pedagogi ini merangkumi semua aspek yang perlu dikuasai oleh guru namun, sebahagian guru kurang memahami atau keliru tentang perancangan persediaan mengajar dan pelaksanaannya. Ada juga yang kurang memahami tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Ramachandran, 2005). Justeru itu, kemahiran guru mengajar berdasarkan pengetahuan pedagogi dalam pengajaran amali merupakan aspek yang penting untuk memastikan guru mempunyai ilmu pegetahuan dan kemahiran yang akan di bawa ke sekolah dan menjadi penentu kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran yang akan di laksanakan kelak. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran “Hands On di mana semua‟ murid tahap dua di sekolah tersebut perlu menjalankan kerja amali bagi setiap topik yang telah dipecahkan. Aktiviti ini pastinya akan dijalankan di bilik khas yang dikenali sebagai “Bengkel Kemahiran Hidup”. Aktiviti seperti ini memerlukan murid melakukannya di dalam ruang atau meja kerja yang telah ditetapkan. Seperti sedia maklum semasa kerja ini dijalankan ia akan melibatkan penggunaan alatan yang banyak, bahan dan perkasasan yang pelbagai bagi memastikan kerja amali yang ditetapkan dapat diselesikan dengan betul dan tetap. Dalam penulisan ini, penulis akan menerangkan secara terperinci bagaimana proses amali bagi topik penghasilan projek elektronik dijalankan di samping penerapan aspek atau langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan amali 2.0 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Salah satu topik amali yang terkandung dalam dalam sukatan matapelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 ialah Elektrik dan Elektronik. Dalam unit ini murid tahun 5 akan mempelajari tentang beberapa jenis komponen elektronik iaitu Diod Pemancar Cahaya dan Perintang Tetap. Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru seharusnya menggunakan kaedah sumbang saran untuk memperkenalkan jenis-jenis komponen elektronik, di mana setiap komponen elektronik mempunyai fungsi, bentuk dan simbol yang tersendiri. Sesi pengajaran dan 4
  • 5. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 pembelajaran ini sesuai dilakukan di dalam bengkel Kemahiran Hidup supaya bahan dan alatan yang diperlukan untuk dipamerkan kepada pelajar mudah diambil dan dipertontonkan. Ruang P & P yang sesuai amat penting untuk menarik tumpuan pelajar terhadap isipelajaran seperti contoh rajah 2.0 di bawah. Setelah selesai kaedah sumbangsaran memperkenalkan komponen elektronik guru boleh mula membuat demonstrasi bagaimana membuat penyambungan litar eletronik mudah yang menggunakan LED dan perintang. Rajah 2.0: Ruang Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bengkel 2.1 Diod Pemancar Cahaya Ia adalah sejenis diod . Dikenali juga sebagai Light Emiting Diod dan digunsksn untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat. Kebiasaan kelengkapan seperti radio. TV, pemain seperti radio, CD/VCD menggunakan komponen kbberwarna ini. LED mempunyai kaki berkutub iaitu anod (positif) dan katod (negative). Sekiranya hendak membuat penyambungan LED dalam litar, voltan yang dibekalkan mestilah tidak melebihi 3 volt. Sekira voltan lebih daripada 3 volt, perlulah disambungkan pada perintang terlebih dahuliu 5
  • 6. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 Bahagian LED Simbol LED 2.2 Perintang Tetap Dibuat daripada karbon dan tanah . Digunakan untuk mengurangan arus dan voltan . Dibina dalam beberapa unit sukatan dan ditanda dengan kod warna pada badan perintang . Nilai rintangannya tidak boleh diubah perrintang tetap karbon ditandakan dengan 4 jalur warna Simbol perintang tetap karbon 2.3 Penyambungan Litar Elektronik Untuk melaksanakan proses amali, perkara pertama yang perlu dibuat ialah menyediakan alatan dan bahan. Seterusnya guru mengarahkan pelajar mengambil peralatan dan bahan secara individu dan diletakkan di atas meja kerja. Guru perlu menyusun langkah aktiviti dengan baik dan mengarahkan murid mengikut prosedur kerja yang ditetapkan. Didalam satu aktiviti yang telah ditetapkan oleh guru, kumpulan murid amat perlu mematuhi prosedur kerja agar apa yang mereka laksanakan lebih sistematik dan tersusun. 2.3.1 Langkah-langkah membuat penyambungan Litar Mudah Elektronik 6
  • 7. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 2.3.1.1 Penyedian bahan - LED -Perintang -Voltan 9 volt -Wayar -Bongkah Penyambung 2.3.1.2 Penyediaan Alatan - Pemutar skru Philips - Playar muncung Tirus - Penjalur wayar 2.3.2 Baca dan fahami litar skematik dan litar bergambar 2.3.3 Ukur dan potong wayar yang hendak digunakan. Jalurkan wayar dan sambungkan ke bongkah penyambung. Buat penyambungan dengan memasang LED, Perintang dan Voltan pada bongkah penyambung. Semasa membuat penyambungan pastikan LED dipasang dengan kekutuban yang betul di mana kaki anod di sambung kepada punca postif dan kaki katod disambung pada punca negative voltan. 2.4 Langkah-Langkah Keselamatan Dalam melaksanakan projek atau amali di bengkel, ungkapan “Safety First “ perlu menjadi teras utama sewaktu mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di bengkel. Guru sebagai watak utama di dalam bengkel perlu memastikan semua murid faham dengan peraturan-peraturan bengkel yang telah ditetapkan oleh pihak panitia amnya. Murid tidak boleh sewenangnya masuk ke dalam bengkel sekiranya guru tiada.Semua murid perlu berada di luar bengkel dalam satuatau duabarisan dantunggunsehinggagurumengarahkan murid masuk. Apabila murid telah bersedia di meja kerja, Guru perlu memastikan murid berpakaian yang sesuai untuk membuat kerja amali. Baju kerja atau apron perlu dipakai terutamanya bagi pelajar perempuan agar tudungyang dipakaitidakmenggangguprosesamali. 7
  • 8. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 Alatan yang hendak digunakan seharusnya dalam keadaan baik dan tidak rosak. Semasa murid sedang melakukan penyambungan litar guru perlu memantau perjalanan amali murid dengan berjalan dari meja ke meja. Murid juga diingatkan agar tidak bermain atau berlari di dalam bengkel. Apabila memerlukan sesuatu bahan atau alatan muri harus meminta daripada formen atau terus daripada guru kerana bahan elektronik berbentuk kecil dari segi fizikalnya dan mudah terjatuh atau hilang di celah meja. Alatan seperti playar pula tajamdanbolehmenyebabkankemalangankeccilberlakujikatidakberhati-hati. Lima minit sebelum masa P&P tamat, guru boleh mengarahkan murid berhenti melakukan amali dan mula menyimpan serta membersih meja dan kawasan kerja. Pastikan semua alatan disimpan semula di tempat asalnya. Projek elektronik yang telah siap dipasang perlu disimpan di dalam bekas plastic secara berasingan supaya iatidakrosakdandiserahkankepadaguruuntukdisimpan dirakpamera. 3.0 KESIMPULAN Bengkel yang kondusif merupakan satu bengkel Kemahiran Hidup yang selamat dan sesuai diduduki oleh murid. Oleh itu setiap bengkel Kemahiran Hidup di sekolah telah ditetapkan peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua. Tujuan utama peraturan ini dilaksanakan adalah bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Di samping itu juga, ia bertujuan mengelakkan situasi yang tidak diingini ketika di dalam bengkel iaitu kemalangan. Ia juga dapat melancarkan proses kerja amali yang bakal dilaksanakan oleh murid. Melalui peraturan juga, ia dapat membantu guru mengemaskini bekalan alatan dan bahan yang diperlukan oleh guru dari satu masa ke masa yang lain. Peraturan juga dapat dilihat sebagai satu garis panduan untuk guru memantau perjalanan setiap alatan yang berada di dalam bengkel tersebut mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Semua pengguna bengkel Kemahiran Hidup perlu memahami peraturan keselamatan bengkel supaya bengkel menjadi suatu tempat yang selamat dan selesa. Ia juga dapat meningkatkan tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. (lebih kurang 2490 patah perkataan 8
  • 9. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 Rujukan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ku Zamil Bin Ku Bulat (1999). Setakat Manakah Guru-Guru Mempunyai Kemahiran untuk Mengajar Matapelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan di dalam Zon Sentul, Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Mohd bin Ali (1996). Masalah Pengendalian Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu oleh Guru Bukan Opsyen dan Cadangan Cara Mengatasinya di Daerah Kulim. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Mohamed Nor Che Nor (1990). Asas-asas Pendidikan Satu Pengenalan. Petaling Jaya: FLO Enterprise Sdn. Bhd. Muhamad Sobri Bin Hussin (2000). Kajian Terhadap Kepentingan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Sekolah Menengah Teknik. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Ramachandran (2005). Persepsi Guru Pelatih tentang Keberkesanan Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dalam Membantu Mereka Menjalani Program Praktikum. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Ramlah Hamzah (1993). Persepsi dan Masalah Guru-guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Jurnal Pendidikan Guru. Bil. 9, 50-69. Shahbudin Tuan Hassan (1998). Meninjau Permasalahan Guru-guru Kemahiran Hidup Dalam Pengurusan Bengkel di Sekolah-sekolah Rendah di Daerah Kulim dan Bandar Baru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda Suhaimi Abdul Hamid (1995). Penyenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu (Kemahiran Manipulatif ) di Sekoalah Menengah Daerah Gombak. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda Zaidatol Akmaliah dan Habibah Ellias (1990). Strategi pengajaran Kemahiran Hidup Perdagangan dan Keusahawanan KBSM. Edisi Kedua. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zulkifli Thahir (1995). Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pontian. Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. 9
  • 10. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 Lampiran Rancangan Pengajaran Harian Kelas : 5 amanah Masa : 9.00 – 10.00 pagi Bilangan murid : 24 orang Topik/Tajuk : Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Sub Topik : Memasang Komponen dan Membuat Kemasan Kemahiran : Murid dapat memaku, menskru dan mengglu dengan betul dan memasang komponen projek. Murid juga dapat membuat kemasan pada projek. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat jenis-jenis alatan tangan dan belajar cara menggunakan alatan tangan dengan betul. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat: 1. Menggabungkan komponen-komponen projek. 2. Menjana kemahiran menggunakan alatan tangan dengan betul. 3. Menilai projek yang telah siap dengan kemasan. 4. Merumuskan rasional membuat projek dengan bahan kitar semula. Nilai-nilai Murni : Kerjasama, memelihara alam sekitar, menjaga kebersihan, jimat-cermat. Kemahiran Berfikir : menggabungkan idea, menyatukan idea-idea, membuat pilihan, membuat pertimbangan. Bahan Bantu Mengajar : Video, Powerpoint, Penukul, Pemutar Skru, paku, skru, (BBM) gam, syelek, kertas las, berus, cat sembut, penyangkut, tin aluminium. Pendidikan Alam Sekitar : Bahan kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar. (PAS) Kajian Masa Depan : Mereka cipta produk yang boleh dikomersialkan daripada bahan kitar semula sebagai cara memelihara alam sekitar. 10
  • 11. Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan Set Induksi (5 minit) Pengenalan terhadap mereka bentuk sesuatu projek 1. Murid melihat rakaman video mengenai penghasilan sebuah produk baru. 2. Rakaman juga berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. 3. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari ini: Memasang produk dan membuat kemasan BBM: Pemain video Kemahiran Berfikir: Menggabungkan idea PAS: Bahan kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar Langkah 1 (15 minit) Memasang komponen Projek a) Bahagian B di cantumkan pada bahagian A dengan menggunakan glu sentuh dan paku rata. i) Sapukan gam pada bahagian A ii) Sapukan gam pada bahagian B iii) Cantumkan bahagian B pada bahagian A iv) Pakukan cantuman bahagian B dan bahagian A 1. Murid melihat tunjuk cara bagaimana membuat pemasangan oleh guru. 2. Murid melakukan aktiviti setelah melihat tunjuk cara daripada guru. BBM: Penukul, paku, gam, aluminium, papan Kemahiran Berfikir: Menyatukan idea-idea Nilai-nilai murni: kerjasama Langkah 2 (15 minit) Memasang komponen Projek a) Cantumkan bahagian C dengan menggunakan gam dan biarkannya kering i) Sapukan gam pada bahagian C ii) Sapukan gam pada bahagian A 1. Murid melihat tunjuk cara bagaimana melakukan aktiviti yang seterusnya. 2. Murid kemudiannya melakukan aktiviti yang telah ditunjukkan oleh guru. BBM: Gam, aluminium, pembaris, pensil, senggerek, skru, pemutar skru, penyangkut Kemahiran berfikir:
  • 12. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 dan B iii) Cantumkan bahagian C pada bahagian A dan B iv) Ukur bahagian untuk meletakkan penyangkut v) Senggerek digunakan untuk membuat lubang vi) Skru penyangkut pada papan dengan menggunakan pemutar skru Menyatukan idea-idea Nilai-nilai Murni: kerjasama Langkah 3 (15 minit) Membuat kemasan langkah-langkah untuk membuat kemasan adalah seperti berikut: i) Permukaan yang hendak dicat hendaklah dibersihkan daripada habuk dan kotoran ii) Satu lapisan cat alas disapukan pada permukaan kayu dan biarkannya kering. iii) Gosok dengan kertas las gred halus pada lapisan cat alas untuk meratakannya iv) Goncang tin cat sembur untuk memastikan campuran cat dan bahan pelarut sebati. Semburan hendaklah dibuat pada jarak kira- kira 30cm dari permukaan kayu. Mulakannya dengan satu lapisan cat yang nipis dan biarkannya kering. v) Ulangi proses semburan sehingga mendapat lapisan permukaan cat 1. Murid melihat tunjuk cara daripada guru tentang cara memubuat kemasan 2. Murid kemudiaannya melakukan aktiviti yang ditunjukkan BBM: Syelek, cat, kertas las, berus Nilai-nilai Murni: Kerjasama 12
  • 13. HBLS1103SMP 740613065864001 SMP PPG SEPT. 2012 yang licin dan berkilat. Pastikan cat benar-benar kering sebelum semburan yang berikutnya dilakukan. Penilaian (5 minit) i) Pemerhatian ii) lisan 1. Guru menilai melalui projek yang telah dihasilkan oleh murid. 2. Projek yang tercantik akan diberikan hadiah gula-gula/cokelat dan mendapat anugerah projek tercantik. 3. Murid kemudiannya ditanya secara lisan mengenai apa yang telah dipelajari. 4. Murid yang menjawab dengan betul akan diberikan pensil. Kemahiran berfikir: Membuat pilihan, membuat pertimbangan Penutup (5 minit) Rumusan: i) menghasilkan projek dengan menggunakan bahan kitar semula. 1. Murid dibimbing untuk membuat rumusan 2. Murid kemudiaanya ditunjukkan video tentang pemuliharaan alam sekitar. Nilai-nilai murni: Menjaga kebersihan, Jimat cermat, memelihara alam sekitar Kajian Masa Depan: Mereka cipta produk yang boleh dikomersialkan daripada bahan kitar semula sebagai cara memelihara alam sekitar 13