Bm 1&2 percubaan spm zon 2010

22,357 views
22,102 views

Published on

Published in: Education
2 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
22,357
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
509
Comments
2
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bm 1&2 percubaan spm zon 2010

  1. 1. SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 1 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperikasaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan : 45 minit] Gambar di bawah menunjukkan pelbagai jenis makanan tradisional yang menyelerakan. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mempopularkan makanan tradisional. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. MAKANAN TRADISIONAL KIAN POPULAR Mempromosikannya di hotel-hotel Memastikan kualiti makanan atau tempat pelancongn dijamin berkhasiat Persekitaran tempat makan yang Hidangan yang kreatif selesa 1
  2. 2. SULIT Bahagian B [100 markah] [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Amalan menabung dalam kalangan anak-anak perlu dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Huraikan kepentingan amalan ini demi masa depan anda. 2. Penyalahgunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin berleluasa. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam menangani masalah tersebut. 3. Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam. Selaku pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda dikehendaki menyampaikan sebuah ceramah tentang sebab-sebab kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Sediakan teks ceramah itu selengkapnya. 4. Penularan penyakit berjangkit seperti Influenza HIN1 memberikan impak kepada seluruh warga dunia. Kerjasama negara di seluruh dunia amat perlu dalam menangani penyakit berjangkit ini. Bincangkan tindakan-tindakan yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani gejala tersebut. 5. Anda baru sahaja selesai membaca sebuah novel. Sehubungan dengan itu, anda berminat untuk membuat ulasan tentang unsur-unsur menarik yang terdapat dalam novel tersebut. Tuliskan ulasan anda selengkapnya. KERTAS SOALAN TAMAT 2 atbochar@gmail.com
  3. 3. SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 BAHAGIAN A : KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN ( 30 markah) PANDUAN PEMERIKSAAN: 1. Diharapkan calon dapat menghuraikan langkah-langkah/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ usaha mempopularkan makanan tradisional. 2. Kemungkinan : Calon membincangkan makanan segera. ( Isi terpesong) : Calon membincangkan jenis-jenis dan kebaikan makanan tradisional. ( Isi Terpesong) KRITERIA PENSKORAN : PERINGKAT MARKAH KRITERIA CEMERLANG 28-30 - Karangan menepati bahan rangsangan 26-27 - Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat - Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat/kosa kata luas dan tepat - Wacana lengkap - Menggunakan ungkapan yang menarik - Idea relevan dengan tema dan dihuraikan dengan jelas dan matang. KEPUJIAN 23-25 - Karangan menepati bahan rangsangan 20-22 - Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat - Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat/kosa kata luas - Wacana lengkap - Menggunakan ungkapan yang menarik - Idea relevan dengan tema dan dihuraikan dengan jelas MEMUASKAN 17-19 - Karangan masih menepati tema bahan rangsangan 15-16 - Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat - Penggunaan tanda baca masih betul - Ejaan masih mengikut sistem ejaan rumi baru - Wacana masih lengkap - Idea masih relevan dengan tema. Huraian masih jelas KURANG 12-14 - Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan MEMUASKAN 10-11 - Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat Kesalahan- kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut sistem yang ketara. - Penggunaan kosa kata terhad - Wacana kurang lengkap - Idea masih kurang relevan dengan tema. Huraian kurang jelas PENCAPAIAN 06-09 Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis MINIMUM 01-05 - Banyak kesalahan bahasa - Idea tidak menepati tema bahan rangsangan 3 atbochar@gmail.com
  4. 4. SULIT BAHAGIAN A – Karangan Berpandu Pendahuluan: Malaysia sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisional. Masyarakatnya yang majmuk – makanan tradisionalnya berbeza-beza mengikut kaum. Cara makanan disediakan serta bahan yang digunakan dalam masakan menjadikan makanan tersebut unik dan istimewa. Isi 1 – mempromosikannya di hotel & tempat pelancongan - Memberi peluang kepada pelancong asing menikmati makanan tradisional jika hotel dan tempat pelancongan menyajikannya. - Masyarakat bandar tidak perlu pulang ke kampung semata-mata untuk menikmati makanan tradisional. - Imej makanan tradisional meningkat Isi 2 – Memastikan kualiti makanan dijamin berkhasiat - Pentingkan cara penyediaan yang bersih - Kandungan khasiat/nutrasi – kurang karbohidrat, gula dan lemak - Trend masyarakat kini – utamakan kesihatan /pemakanan sihat Isi 3 – Persekitaran tempat makan yang selesa - Pengunjung mahukan suasana tempat makan yang selesa dan damai seperti di kampung - Makanan bukan saja sedap tetapi mementingkan keselesaan pelanggan - Salah satu daya tarikan agar pengunjung datang lagi Isi 4 – Hidangan yang kreatif - Masakan dan cara penyajian perlu kreatif dan berbeza daripada gerai makan/restoran lain - Pengunjung tidak mahu bentuk/cara sajian yang sama dari mana-mana restoran yang pernah dikunjungi - Kelainan /keunikan sajian akan menarik perhatian pelanggan Penutup - Makanan tradisional mempunyai potensi untuk dikomersialkan - Harap pengusaha makanan mengubah pemikiran untuk berdaya saing dengan makanan Barat supaya mendapat tempat di hati masyarakat tempatan. BAHAGIAN B : Karangan Respon Terbuka [100 markah ] PERINCIAN PEMARKAHAN 1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan. 2. Jika karangan : a. Kurang daripada 350 perkataan,periksa seperti biasa. b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan. 3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah. 4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. Soalan 1 a) Format : Tiada b) Diharapakan : Calon dapat menghuraikan kepentingan amalan menabung 4 atbochar@gmail.com
  5. 5. SULIT c) Kemungkinan : Calon hanya menjelaskan cara-cara menabung dan langkah- langkah berjimat cermat (isi terpesong) Cadangan jawaapan Pendahuluan - Kajian di internet mendapati 12% rakyat Malaysia tiada tabungan dan 34% hanya menabung 1-12% daripada pendapatan mereka – fenomena yang membimbangkan – ibu bapa mesti menjadi suri teladan dengan mengamalkan budaya menabung dalam kalangan anak-anak – amalan menabung banyak kepentingannya - ” sediakan payung sebelum hujan” Cadangan Isi 1. Kegunaan waktu kecemasan -wang diperlukan apabila berlakunya sesuatu kecemasan -kes-kes kecemasan seperti kemalangan, membeli ubat dan rawatan segera -”malang tidak berbau” 2. Simpanan untuk melanjutan pelajaran -wang yang banyak diperlukan untuk sesi pendaftaran, yuran, barangan keperluan dan bahan rujukan -mengurangkan beban ibu bapa -membeli keperluan pelajaran apabila perlu pada bila-bila masa 3. Memupuk amalan berjimat cermat -nilai berjimat cermat -berbelanja apabila perlu sahaja -nilai kesederhanaan amat dituntut dalam agama 4. Membantu mengurang kos perbelanjaan harian ibu bapa -terutama kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai -kos hidup seharian dikurangkan apabila anak-anak menabung -simpanan anak-anak amat diperlukan untuk tujuan tertentu 5. Berdikari dari segi kewangan -Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. -Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna Penutup -anak bangsa Malaysia mesti bijak merancang kewangan -”berjimat sebelum kena dan berjimat sebelum habis” harus menjadi amalan -amalan menabung mendidik anak-anak berjimat cermat dan berhemah ketika berbelanja Soalan 2 a.Format : Tiada b.Diharap : Calon dapat menghuraikan peranan keluarga dalam menangani masalah penyalah gunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja. c.Kemungkinan : 5 atbochar@gmail.com
  6. 6. SULIT  Calon mungkin menyatakan peranan guru / pihak-pihak lain dalam menangani masalah tersebut ( Isi terpesong)  Calon memfokuskan kepada peranan ayah atau ibu sahaja ( Diterima. Maksimum peringkat baik) Cadangan Jawapan: Pendahuluan:  Budaya penggunaan telefon bimbit yang sedang berkembang/  Trend semasa / keperluan hidup  Isu penyalahgunaan telefon / kait dengan multifungsi telefon bimbit/kecanggihan  Kaitkan dengan keluarga Cadangan Isi/Idea: i. Ibu bapa mengawal /mengehadkan penggunaan telefon bimbit pada masa-masa tertentu sahaja ii. Ibu bapa memantau penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak/remaja iii. Ibu bapa menegur dan menasihati anak-anak dengan penuh berhemah jika mendapati anak- anak menyalahgunakan telefon bimbit iv. Ahli keluarga ( abang, adik,kakak, ahli keluarga lain )menjadi suri teladan kepada remaja dalam menggunakan telefon bimbit dengan cara yang seawajarnya. v. Keluarga bekerjasama dengan pihak sekolah,polis ( Institusi lain) dalam menangani penyalahgunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja /anak-anak. vi. Ibu bapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat menghadapi cabaran- cabaran baru /semasa dalam hal mendidik anak. Penutup: (Kesimpulan :  Kerjasama semua pihak perlu untuk menangani masalah ini  Menuntut keprihatinan ibu bapa mengatasi masalah agar penggunaan telefon bimbit lebih menyumbang kepada kebaikan /aspek positif/ keselesaan hidup *** Terima mana-mana isi yang bersesuaian. SOALAN 3 a) Format : Ceramah Markah dipotong jika tiada: -kata-kata aluan : 1 markah -kata panggilan : 1 markah -penutup : 1 markah - Maksimum potongan : 2 markah b) Diharapkan : Calon dapat menyatakan sebab-sebab kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. c) Kemungkinan : Calon menyatakan keburukan/ kelemahan pengangkutan awam( isi terpesong) Cadangan jawapan: Pendahuluan-format ceramah -kata-kata aluan -definisi tajuk -tujuan ceramah 6 atbochar@gmail.com
  7. 7. SULIT Cadangan isi : Sebab-sebab kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam : 1. Mengurangkan kesesakan lalu lintas 2. Mengurangkan kemalangan jalan raya. 3. Mengurangkan pencemaran alam. 4. Menjimatkan penggunaan minyak/ berjimat cermat. 5. Memajukan pengangkutan awam 6. Hubungan rakyat dapat dipupuk/ perpaduan ***. Terima mana-mana isi yang relevan. Soalan 4 a) Format : Tiada b) Diharapakan : Calon dapat menerangkan langkah-langkah/cadangan yang boleh diambil oleh kerajaan Malaysia dan negara-negara jiran dalam menangani penularan H1N1 c) Kemungkinan : Calon menjelaskan cara-cara penyakit berjangkit (isi terpesong) dan hanya menyatakan langkah- langkah diambil oleh kerajaan Malaysia sahaja tanpa mengaitkan kerjasama dengan negara-negara jiran (sebahagian markah - lemah) Pendahuluan -Cadangan -H1N1 adalah sejenis spesies dalam golongan virus Influenza A. -setakat April 2009, dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti. -Selesema babi ini disebarkan oleh manusia dan bermula di Mexico -World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa. -usaha untuk membendung perlu diambil -Malaysia dan negara jiran menjalin kerjasama Cadangan isi 1. Pesakit-pesakit dikuarantin -elak merebak kepada orang awam -negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia mengambil tindakan yang sama -memberi rawatan lanjut dan pencegahan 2. Larangan ke luar negara yang dilanda wabak -mengehadkan rakyat Malaysia ke negara-negara yang terjejas -penting untuk menjamin keselamatan rakyat -negara-negara jiran melakukan perkara yang sama 3. Menyekat kemasukan warga asing ke Malaysia -rakyat dari negara yang dilanda wabak H1N1 dilarang ke Malaysia -mereka dikuarantin dan mesti menjalani ujian saringan kesihatan di setiap lapangan terbang -negara-negara jiran melakukan tindakan yang sama 4. Menyediakan ubat-ubatan dan vaksin -penting untuk mencegah penularan -vaksin diedarkan kepada kakitangan perubatan atau mereka yang mengendalikan kes-kes H1N1 5. Bajet dan dana khas untuk menjalankan kajian 7 atbochar@gmail.com
  8. 8. SULIT -membiayai kajian-kajian institusi perubatan untuk mencari ubat dan vaksin yang sesuai -negara-negara jiran turut menyumbang peruntukan kewangan dan tenaga pakar mereka 6. Kempen secara besar-besaran -mewajibkan media massa menguar-uarkan langkah pencegahan, tanda-tanda jangkitan dan langkah- langkah menangani 7. Persidangan/Konvensyen negara serantau -perbincangan isu berkaitan dan jalan penyelesaian bersama Penutup -masyarakat mesti peka keadaan sekeliling -mengambil langkah-langkah pencegahan seperti disarankan -sediakan payung sebelum hujan -kerjasama masyarakat dan negara-negara jiran serta dunia amatlah dituntut Soalan 5 a) Format : Tiada b) Diharapkan : Calon dapat mengulas unsur-unsur menarik dalam novel yang telah dibaca. c) Kemungkinan :  Calon membincangkan jawapan berdasarkan cerpen atau drama.( Diterima. Maksimum: Peringkat sederhana)  Kemungkinan juga calon membincangkan secara umum seperti sinopsis tanpa berlandaskan konsep sastera seperti tema, plot, watak dan perwatakan dan teknik plot.( Diterima : Maksimum: Peringkat sederhana)  Jika calon menjawab berdasarkan novel KOMSAS. ( Diterima/Semak seperti biasa) Cadangan jawapan: Pendahuluan : -tajuk novel Cadngan isi : Unsur-unsur menarik dalam novel: -unsur-unsur sastera diulas dan dikaitkan dengan novel yang telah dibaca. 1. Tema 2. Persoalan 3. Watak/ perwatakan 4. Plot 5. Teknik plot 6. Gaya bahasa 7. Nilai dan pengajaran 8. Unsur saspens 9. Unsur kejutan ***tiga hingga lima isi mencukupi. Terima mana-mana isi yang relevan. 8 atbochar@gmail.com
  9. 9. SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi jawapan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 2 halamman tidak bercetak. [Lihat halaman sebelah SULIT Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk menyediakan peluang kerjaya kepada rakyat dan punca-punca pengangguran masih berlaku. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pendidikan amat penting dalam usaha membangunkan bangsa dan negara. Dalam zaman yang serba moden hari ini, pendidikan menjadi satu keperluan bagi memungkinkan generasi sekarang bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Lazimnya, latar belakang pendidikan yang baik menjadi faktor penentu bagi memperoleh bidang kerjaya yang lebih selesa, namun ada juga yang berjaya memiliki kerjaya tanpa asas pendidikan yang kukuh. Hal ini kerana, telah diwujudkan institusi kemahiran khusus untuk mereka yang kurang cemerlang dalam akademik mendapatkan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang. Pelbagai usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan persediaan untuk peluang kerjaya. Antara langkah persediaan dalam menjurus ke arah menyediakan peluang pekerjaan ialah memperkenalkan modul keusahawanan di peringkat universiti bagi menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawanan. Di peringkat sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum dan kokurikulum sekolah. Program tersebut bagi membolehkan golongan sasaran seperti para graduan dan pelajar sekolah menyesuaikan diri seawal yang mungkin dengan budaya berdikari dan keusahawanan. Baru-baru ini, Putera UMNO menyasarkan 30 000 belia antara usia 18 hingga 25 tahun yang tercicir dalam pelajaran akan diberi peluang menyertai latihan kemahiran mengikut bidang yang sesuai. Enam bidang yang ditawarkan merangkumi sektor perhotelan, paramedik, automotif, elektrik, mekatronik, dan sistem komputer khusus untuk belia luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak. Remaja lepasan sekolah juga seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan termasuk yang berasaskan kemahiran sebagai langkah menghadapi cabaran globalisasi. 9 atbochar@gmail.com
  10. 10. SULIT Bagi mencapai status negara maju, Malaysia memerlukan modal insan yang mempunyai kemahiran serta berdaya saing sebagai bukti meningkatnya kualiti sumber manusia dalam negara. Tegasnya, ilmu pengetahuan dan latihan yang disediakan harus selaras dengan tuntutan dan perkembangan semasa yang boleh digunakan untuk memasuki pasaran kerja. Selain itu, mahasiswa universiti yang yang bakal menamatkan pengajian perlu didedahkan kepada bidang pertanian sebagai salah satu pilihan kerjaya. Hakikatnya, dunia pertanian kini telah banyak berubah. Berkat teknologi moden, dan teknik yang canggih, sektor pertanian mampu diusahakan secara komersial, dan tidak memerlukan tanah yang luas. Walau apa-apa pun kerjaya yang ingin diceburi, seseorang remaja itu perlu mempunyai pendedahan kerjaya dan maklumat yang berkaitan sebelum terjun dalam kerjaya yang dipilih. Ekoran persaingan sengit dunia pekerjaan dan lambakan siswazah menganggur saban tahun, remaja juga perlu diingatkan supaya tidak terlalu bergantung kepada kerajaan bagi mendapatkan peluang pekerjaan. Mereka mesti mempunyai alternatif lain seperti meneroka peluang untuk bekerja sendiri, berniaga dan sebagainya. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pendidikan Penentu Kerjaya’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Disember 2007) Soalan 2: Pemahaman Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata cabaran globalisasi. [ 2 markah] (ii) Pengarang mengemukakan beberapa kepentingan pendidikan kepada setiap individu. Nyatakan tiga kepentingan pendidikan tersebut. [ 3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jika golongan belia bersikap terlalu memilih kerjaya? Jelaskan dua kesan. [ 4 markah] 10 atbochar@gmail.com
  11. 11. SULIT Soalan 2(b) – Petikan Cerpen Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab saolan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri. “Hentikan madah pincangmu, Streen.” Eyrique membentak. “Aku kembali untuk menuntut hakku yang telah kau rampas!” “Ya? Yang mana satu? Banyak juga milikmu yang telah kurampas , termasuk kekasihmu, Sarlyn!” Ketawa besar menjadi penutup bicaranya. Perasaan Eyrique semakin panas. Mujur fikirannya masih bertakhta di hati. Dia tahu Strenn memahami maksudnya. Masih jelas dalam ingatan Eyrique bagaimana konco-konco Strenn telah menculik dan menyembunyikannya pada malam dia akan ditabalkan sebagai pengganti ayahandanya. Strenn mahu menguasai Mahligai Alstonia sepenuhnya. Perpisahannya dengan Annyss tambah melemahkan tenaga yang wujud di dalam dirinya. Tetapi malam ini tidak lagi. Malam ini malam penghujung bintang Gemini bermain di angkasa raya. Pada malam ini 22 tahun dahulu, telah lahir sepasang anak kembar sebagai pewaris takhta Alstonia. “Penyatuan kuasa kau dan Annyss mampu menumpaskan seteru terhandal di Alstonia.” Pesanan bondanya masih terpaku di dinding ingatan. (Dipetik daripada “Annyss Sophillea”, oleh Nisah Haji Haron dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Strenn menculik Eyrique? [ 2 markah] (ii) Sekiranya anda Eyrique, kemukakan dua kaedah terbaik untuk anda menentang Strenn. [ 3 markah] (iii) Jelaskan satu perwatakan Eyrique dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [ 4 markah] Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Arakian, setelah bayan yang banyak itu habis jatuh ke tanah berkaparan, maka terbanglah sekaliannya. Setelah dilihat oleh budak itu akan kelakuan bayan itu, maka ia marahlah, lalu turun ke tanah, katanya, “Binatang haram jadah ini ditipunya kita, pura-pura mematikan dirinya. Aku lontarkan ke tanah berkaparan seperti bangkai lalu ia terbang habis. Tetapi baiklah yang tinggal ini kubunuh juga, baharu puas rasa hatiku.” 11 atbochar@gmail.com
  12. 12. SULIT Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendak disembelihnya. Maka kata bayan itu, “Hai budak, jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingku yang sekepal ini, melainkan engkau jualkan aku dengan harga dua ribu dinar boleh engkau makan sampai anak cucumu! Bawalah aku ini kepada raja di dalam negeri ini. Kudengar ada penyakit sopak pada kaki raja itu dan tangannya. Aku tahu ilmu tabib. Akulah mengubati dia.” (Dipetik daripada ‘Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya’ Dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud boleh engkau makan sampai anak cucumu? [ 2 markah] (ii) Jelaskan mengapakah budak itu berasa marah dan ingin membunuh burung bayan? [ 3 markah] (iii) Pada pendapat anda, selain menjual bayan itu, apakah tindakan-tindakan lain yang boleh dilakukan oleh budak tersebut untuk mendapat keuntungan besar? Kemukakan tiga tindakan. [ 3 markah] Soalan 2(d) – Syair Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab saolan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR KELEBIHAN ILMU Ilmu itu gemala sakti, Bagi yang duka ia penghibur, Sinarnya cerah cahaya sejati, Ia penerang bagi yang kubur, Asal puncanya lamun didapati, Ialah kandil di dalam kubur, Sukar bercerai sehingga mati. Lamun dengannya beramal subur. Harganya tidak dapat dinilaikan, Ia penerang jalan ke syurga, Sebuah dunia belinya bukan, Ia pemuas tekak yang dahaga, Kuasanya besar sukat digunakan, Ialah sungai ialah telaga, Di laut di darat di rimba di pekan. Laut yang luas ialah juga. Masa seorang ialah taulan, Ialah alat sangat berguna, Teman berbeka suluh berjalan, Idaman orang yang bijaksana, Masa berhimpun ia pengenalan, Hamparnya luas amat saujana, Hias penyata polan si polan. Tepinya ajal sempadannya fana. Za’ba Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka 12 atbochar@gmail.com
  13. 13. SULIT (i) Ialah alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Berikan maksud baris-baris syair di atas. [ 2 markah] (ii) Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang jika dia memiliki pelbagai bidang ilmu. Kemukakan tiga pandangan anda. [ 3 markah] (iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam syair tersebut. [ 4 markah] Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) hemat - hemah (ii) rasmi - resmi (iii) wacana - wahana (6 markah) b) Gabungkan ayat-ayat dalam petikan di bawah menjadi tiga ayat majmuk tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya. Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan. Mereka sanggup menjual maruah mereka kepada orang lain. Mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Pihak berkuasa seperti polis dan pegawai pencegah maksiat memberi amaran kepada mereka. Kegiatan mereka itu patut dihentikan segera. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk menangkap mereka. Mereka sanggup menggadaikan maruah kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Mengikut undang-undang yang sedia ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti sosial yang negatif. Mereka digalakkan melakukan aktiviti yang sihat. [ 6 markah] c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan . Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. 13 atbochar@gmail.com
  14. 14. SULIT (i) Setiap pengarang karya kretif mempunyai kesedaran untuk menyelitkan mesej dalam karya mereka supaya pembaca mendidik dan lahir sebagai insan yang mulia. (ii) Nama lima orang pahlawan zaman Kesultanan Melayu Melaka patut diabadi di mana-mana jalanraya di negeri tersebut. (iii) Pelbagai cara sanggup berlaku untuk tampil kurus biarpun sesetengah amalan deit tidak menjanjikan hasil yang diidamkan. [ 6 markah] d) Dalam petikan di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. (i) Majikan perlu mengambil insentif menyediakan peralatan keselamatan yang sesuai bagi para pekerja-pekerja ketika menggunakan bahan kimia berbahaya. (ii) Berdasarkan kepada laporan bedah siasat terhadap mayat, didapati mangsa telah tercekik racun serangga. (iii) Stesen televisyen itu telah menerima kritikan kerana mempamerkan rancangan yang bertentangan daripada nilai hidup rakyat negara ini. [ 6 markah] e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa lain yang sama maksudnya dengan peribahasa dalam ayat-ayat tersebut. (i) Pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan keluarga tidak akan berpanjangan, akhirnya mereka berbaik-baik semula, perkara ini membuktikan kebenaran bahawa carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. (ii) Kerja yang susah akan menjadi senang apabila semua anggota masyarakat bersatu hati dan berpegang pada prinsip hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (iii) Banyak orang menyangka bahawa Hakimi tidak akan pulang lagi setelah merantau ke tempat orang. Namun, sangkaan itu meleset kerana akhirnya dia kembali ke kampung halamannya seperti ikan pulang ke lubuk. [ 6 markah] 14 atbochar@gmail.com
  15. 15. SULIT Soalan 4 : Novel (15 markah) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh (ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Tuan Faridah Syed Abdullah (vi) Julia karya Abu Hassan Morad (vii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad (viii) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah (a) Berdasar sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sinopsis novel tersebut. [ 7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu unsur saspens yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [ 8 markah] 15 atbochar@gmail.com
  16. 16. SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 CADANGAN SKEMA JAWAPAN (KERTAS 2): Pendahuluan Petikan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/kaedah-kaedah/strategi-strategi untuk menyediakan peluang kerjaya kepada rakyat. Isi tersurat: (usaha-usaha) 1. telah diwujudkan institusi kemahiran khusus untuk mereka yang kurang cemerlang dalam akademik mendapatkan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang. 2. memperkenalkan modul keusahawanan di peringkat universiti 3. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum dan kokurikulum sekolah. 4. belia antara usia 18 hingga 25 tahun yang tercicir dalam pelajaran akan diberi peluang menyertai latihan kemahiran mengikut bidang yang sesuai. 5. remaja lepasan sekolah juga seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan termasuk yang berasaskan kemahiran 6. ilmu pengetahuan dan latihan yang disediakan harus selaras dengan tuntutan dan perkembangan semasa 7. mahasiswa universiti yang yang bakal menamatkan pengajian perlu didedahkan kepada bidang pertanian sebagai salah satu pilihan kerjaya 8. seseorang remaja itu perlu mempunyai pendedahan kerjaya dan maklumat yang berkaitan sebelum terjun dalam kerjaya yang dipilih. [mana-mana 2- 6 isi = 4-12 markah] Isi tersirat (punca-punca pengangguran masih berlaku) 1. graduan terlalu memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan 2. tidak mempunyai pengalaman bekerja 3. kemahiran diri yang amat terhad 4. tidak menguasai bahasa asing seperti bahasa Inggeris 5. bidang kursus tidak sesuai dengan pasaran kerja masa kini 6. bidang kerja yang ada kekosongan tidak menepati minat graduan 7. gaji yang ditawarkan tidak lumayan [mana-mana 2-6 isi = 4-12 markah] Penutup Kesimpulannya, para remaja yang belum berkerjaya perlu bersikap proaktif agar/supaya pembangunan sumber manusia yang dijalankan oleh kerajaan dapat dinikmati bersama. [2 markah] Catatan: Terima mana-mana penutup yang sesuai/mengandungi cadangan & harapan. 2(a) Pemahaman Petikan Umum (i) - ujian/halangan/dugaan/kekangan/rintangan pada peringkat antarabangsa/dunia atau - persaingan pada peringkat antarabangsa/dunia [2 markah] 16 atbochar@gmail.com
  17. 17. SULIT (ii) - Untuk membangunkan bangsa dan negara - Satu keperluan untuk mendapat pekerjaan - Untuk memperoleh bidang kerjaya yang lebih selesa [setiap 1 isi/betul – 1 markah = 3 markah] (iii) - Menganggur – mereka sanggup tidak bekerja semata-mata menunggu peluang kerja yang setaraf dengan kelulusan dengan gaji yang lumayan. - Wujud masyarakat yang tidak berdaya saing – masih dapat menikmati kehidupan kerana ditanggung oleh ibu bapa/penjaga - Negara mengalami lambakan belia yang tidak proaktif – pembaziran tenaga buruh tempatan - Peluang pekerjaan diisi oleh pekerja asing – majikan terpaksa menggunakan tenaga pekerja asing khasnya dalam sektor pembinaan dan pertanian. [setiap 1 isi/betul + huraian/contoh - 2 markah = 4 markah] 2(b) Pemahaman Cerpen Skema jawapan: (i) - Strenn mahu menguasai Mahligai Alstonia sepenuhnya - Supaya kuasa yang dimiliki oleh Eyrique akan semakin lemah jika dia dipisahkan daripada Annyss, iaitu kembarnya - Supaya Eyrique tidak dapat ditabalkan menjadi raja Alstonia [setiap 1 isi – 1 markah = 2 markah] (ii) - Menggunakan kaedah pujukan – memujuk Strenn agar menerima kenyataan bahawa Strenn bukan pewaris kerajaan Alstonia - Menggunakan tipu muslihat – agar Strenn dapat ditewaskan tanpa penggunaan senjata dan kuasa sakti - Menawarkan jawatan yang sesuai kepada Strenn dalam pemerintahan Eyrique [setiap 1- 1 markah = 3 markah ] atau [2 isi – 2 markah + 1 markah bahasa baik = 3 markah] ***jawapan yang berunsurkan nilai negatif tidak diberi markah (iii ) Perwatakan dalam petikan: - Saudara kembar kepada Annyss - Pewaris takhta kerajaan Alstonia - Berusia 22 tahun - Patuh kepada pesanan ibu - Bertindak secara rasional Perwatakan dalam cerpen: - Memiliki kesaktian – tenaganya kuat apabila memegang tanduk eustary - Menghargai setia kawan – menyelamatkan Akmal [1 isi + 1 huraian/contoh - 2 markah = 4 markah] 17 atbochar@gmail.com
  18. 18. SULIT 2(c) Pemahaman Prosa Tradisional (i) Hasil yang diperoleh cukup untuk menanggung kehidupan dalam tempoh yang lama / hasil yang diperoleh sangat banyak [2 markah] (ii) Bayan menipunya dengan berpura-pura mati. Sebaik saja budak itu mencampakkannya ke tanah, burung itu terus terbang. [3 markah] (iii) - Dijadikan binatang peliharaan untuk dipamerkan kepada orang ramai kerana burung itu pandai bercakap. - Diternak dan dibiak agar spesisnya bertambah dan boleh dijual telur dan anaknya - Menggunakannya untuk perkhidmatan perubatan kerana burung bayan itu pandai mengubati penyakit [1 isi – 1 markah = 3 markah] ***mana-mana jawapan yang sesuai juga diterima 2(d) Pemahaman Syair (i) – ilmu itu sangat bermanfaat/bermakna/penting kepada seseorang - Ilmu menjadi pilihan orang yang cerdik/cendekiawan/pandai [2 markah] (ii) – Menggunakan ilmu tersebut untuk memajukan diri, bangsa dan negara. - Menyebarkan ilmu kepada orang lain - Menulis buku-buku ilmiah berkaitan dengan ilmu yang kita ketahui/kuasai - Mencipta sesuatu yang berguna kepada masyarakat menggunakan ilmu yang dimiliki - Mendidik anak-anak dan memotivasikan mereka supaya mencintai ilmu - Menjadi contoh/model yang terbaik kepada generasi baru [1 isi – 1 markah = 3 markah] ** Terima mana-mana jawapan yang sesuai. (iii) – Rajin/gigih berusaha mencari ilmu – tidak penah berasa puas dengan jumlah ilmu yang diperoleh. - Menghargai ilmu – menggunakan ilmu untuk memajukan diri, bangsa dan negara -Keyakinan- mereka yang berilmu mempunyai keyakinan diri yang tinggi - Berakhlak mulia-menjadikan seseorang berperibadi mulia [1 isi + 1 huraian/contoh – 2 markah = 4 markah] *** mana-mana jawapan yang sesuai . Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Bina ayat (i) hemat - budi pekerti 18 atbochar@gmail.com
  19. 19. SULIT hemah - tidak boros/membazir - jimat cermat - dengan penuh perhatian/teliti (ii) rasmi - disahkan oleh kerajaan/yang berkuasa - diisytiharkan resmi - sifat semula jadi/sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat) (iii) wacana – keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan/ucapan/pertuturan/percakapan - perbincangan/pertukaran idea secara lisan wahana – saluran/perantaraan (yang memungkinkan sesuatu dilakukan/disampaikan atau dicapai) [1 ayat – 1 markah = 6 markah] (b) Gabungkan ayat majmuk Ayat 1: Banyak remaja yang terlalu mengejar kebebasan sanggup menjual maruah mereka kepada orang lain walaupun mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan itu adalah salah. Ayat 2 : Pihak berkuasa seperti polis dan pegawai pencegah maksiat memberi amaran supaya kegiatan itu dihentikan segera kerana pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk menangkap mereka yang sanggup menggadaikan maruah kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Ayat 3 : Mengikut undang-undang yang sedia ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti sosial yang negatif, sebaliknya digalakkan melakukan aktiviti yang sihat. [1 gabungan ayat betul – 2 markah = 6 markah] (c) Kesalahan ejaan & penggunaan imbuhan (i) Kretif – kreatif Mendidik – terdidik (ii) Diabadi – diabadikan Jalanraya – jalan raya (iii) Berlaku- dilakukan Deit – diet [1 jawapan betul – 1 markah = 6 markah] (d) Kesalahan penggunaan kata/istilah & kesalahan tatabahasa (i) Insentif – inisiatif Para pekerja-pekerja – para pekerja / pekerja-pekerja (ii) Berdasarkan kepada laporan – berdasarkan laporan Tercekik – terminum/termakan/terhidu (iii) Mempamerkan – menyiarkan/menayangkan 19 atbochar@gmail.com
  20. 20. SULIT Daripada - dengan [1 jawapan betul – 1 markah = 6 markah] (e) Peribahasa (i) Air dicincang/dicencang tak akan putus (ii) Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul (iii) Seperti belut pulang ke lumpur/seperti sirih pulang ke gagang [1 jawapan betul – 2 markah = 6 markah] NOVEL (a) SINOPSIS Novel Terminal Tiga - Rimpa yang berasal dari Sabah sedang mengikuti pengajian penulisan kreatif di Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur. - Ibunya menentang hasrat Rimpa untuk melanjutkan pelajaran, namun tetap dia meneruskan cita-cita untuk mengubah nasib keluarganya yang miskin. - Dia mendapat bantuan dan dorongan daripada keluarga angkatnya, iaitu Bang Maily dan Kak Naspura. - Semasa cuti semester, Rimpa mencari ayahnya yang telah meninggalkan keluarganya selama 10 tahun. - Rimpa juga berusaha untuk mendapatkan biasiswa daripada Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah. - Setelah cuti habis, Rimpa pulang ke Kuala Lumpur semula. Di sana dia mendapat berita daripada Ruzaini bahawa ayahnya telah kembali ke pangkuan keluarga. - Rimpa mendapat tahu bahawa Ruzaini telah melarikan diri bersama-sama kumpulan pendakwah. - Pada cuti semester berikutnya, Rimpa pulang ke Sabah dengan perasaan yang lapang kerana pencariannya selama ini berakhir. Ayahnya sedia menebus kesilapannya. - Apabila kembali ke Kuala Lumpur, Rimpa diberitahu bahawa kampus mereka akan berpindah ke tempat baru. Dia juga terkejut apabila mengetahui Ruzaini menjadi jurutaip di Jabatan Penulisan Kreatif. ATAU Novel Seteguh Karang - Awanis atau nama timangannya Anis merupakan mahasiswi ITM dalam jurusan pengurusan ladang telah ditimpa kesedihan apabila kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. - Kehidupan Awanis, Kak Maysarah dan Anita suram. - Kak May menjadi pemurung kerana menganggap dia sebagai punca kematian ayah dan ibu mereka. - Pak Oni bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak saudaranya. - Awanis menjalani latihan praktikal di Hulu Paka. - Dia tabah mengharungi pelbagai kerenah apabila berhadapan dengan Encik Johari, Wan Asri, kak Nor, Kak Maznah dan Kak Sofia. - Awanis amat menyenangi tingkah laku dan kerajinan Budi, pekerja Indonesia. Namun persahabatan mereka singkat kerana Budi mati akibat dipatuk ular. - Awanis dikejutkan dengan cerita bahawa Anita merupakan anak angkat keluarga mereka. Anita melarikan diri ke Ipoh kerana berselisih faham dengan Kak May. - Awanis berjaya berjaya menemui Anita lalu menemani Anita mencari keluarga sebenar Anita. Malangnya keluarga kandung Anita menganggap Anita pembawa bala. 20 atbochar@gmail.com
  21. 21. SULIT - Anita enggan pulang dan nekad untuk hidup berdikari. - Awanis meneruskan pengajiann di ITM. - Awanis dan Anita mengunjungi Kak May di hospital setelah makan pil tidur secara berlebihan. - Akhirnya Kak May dapat menerima hakikat tentang kematian ayah dan ibu mereka. Mereka bertiga bersatu semula. [4 markah untuk isi + huraian, 3 markah untuk bahasa) (b) UNSUR SASPENS Novel Terminal Tiga a. Kesanggupan Rimpa meninggalkan kampung halaman untuk melanjutkan pelajaran di Akademik seni kebangsaan- Rimpa dan keluarga berasa risau kerana Kuala Lumpur merupakan satu tempat yang asing bagi mereka. b. Kesanggupan Rimpa mencari ayahnya hinggake Nabawan- Ayah Rimpa sudah 10 tahun tidak pulang dan tempat itu terlalu jauh dari kampung halamannya-Pembaca saspens apabila memikirkan nasib Rimpa kelak. c. Tindakan Ruzaini meninggalkan keluarga untuk berdakwah-Rimpa risau dan pembaca saspens akan kesudahan nasib gadis itu sebab pendakwah itu tidak dikenali oleh keluarganya Novel Seteguh Karang a. Kematian Budi dipatuk ular –pembaca ingin mengetahui sama ada mayat Budi diterbangkan ke Indonesia atau tidak b. Encik Johari mencabar Awanis menurunkan setandan buah kelapa sawit-pembaca tertanya-tanya sama ada Awanis Berjaya melakukannya. c. Anita lari dari rumah setelah bergaduh dengan Kak Maysarah- Pembaca ingin mengetahui tentang nasib Anita seterusnya dan ingin tahu sebab Kak Maysarah menghalau Anita. [3 markah untuk 1 isi +huraian = 6 , 2 markah untuk bahasa) 21 atbochar@gmail.com

×