• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Hak hak al quran
 

Hak hak al quran

on

  • 540 views

 

Statistics

Views

Total Views
540
Views on SlideShare
540
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
14
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Hak hak al quran Hak hak al quran Document Transcript

    • Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh..Jika semalam AM cerita mengenai Al-Quran : Antara Tuntutan Kefahaman yakni mengenai kepentingan membaca dan memahami serta beramaldengan Quran, maka dalam posting kali ini, AM akan ceritakan mengenai hak-hak Al-Quran. Sebagaimana manusia, Al-Quran juga mempunyai hak.Ini kerana, Al-Quran bukan sahaja boleh membela kita di akhirat, Al-Quran juga boleh melemparkan kita ke neraka kerana kita sebagai manusia tidakmelaksanakan hak-hak Al-Quran. InsyaAllah dalam posting ini, AM akan ceritakan serba sedikit mengenai beberapa hak Al-Quran.Baiklah, pertamanya, bukankah Al-Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia? Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 2 ‫بسم اَللرح ٰ َن الرحميم‬ ِ ‫هّ ا ِ ا‬ ‫م‬ ِ ‫ا ِ ِمْ ا ِ الهّ هّ ِمْ ا‬ ِ ‫ا‬ ‫ٰ لك الكتباب ل ريبۛ فميهۛ هد ى للمتقمين‬ َ ِ ‫ا ِ َ ِمْ ا ِ َ ُ َ َ ِمْ َ ا ِ ا ِ ُ ىً ّ ِمْ ُ هّ ا‬ ‫َذ‬Yang bermaksud : Kitab (Al-Quran) ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadipetunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.Jadi, walaupun masih ramai lagi yang membaca Al-Quran, tapi kenapa seringkali kita masih mencari petunjuk lain selain daripada Al-Quran?Dimanakah silap kita?Ye AM, dimana silap AM? HeheCheit.. AM pulak kena..Gurau je AM..Baiklah, sebenarnya kita belum jumpa dengan petunjuk Al-Quran sebab kita belum menunaikan hak-hak Al-Quran.Eyh, Al-Quran pun ada hak jugak ke AM?Ada la, ingat manusia je ke yang ada hak?Al-Quran pun ada hak, Cuma kadang-kadang kita sibuk mempelajari Al-Quran hinggakan sibuk untuk mengetahui hak-hak Al-Quran yang perluditepati. Jika kita betul-betul tepati hak Al-Quran, InsyaAllah Al-Quran itu sendiri akan membela kita bahkan akan menjadi rahmat dan pemberisyafaat bagi kita di yaumil akhir nanti.Hemm. Apa hak-hak Al-Quran tu AM?Sekurangnya terdapat 5 hak Al-Quran yang perlu kita penuhi dan yang paling utama ialah membacanya dengan tartil. Ini adalah tuntutan dari Allahdalam Firmannya : ‫بسم اَللرح ٰ َن الرحميم‬ ِ ‫هّ ا ِ ا‬ ‫م‬ ِ ‫ا ِ ِمْ ا ِ الهّ هّ ِمْ ا‬ ِ ‫ا‬ ‫لن َِبت به فؤاد ۖ و ََتلنباه َت ِمَْتميل‬ ً‫ا ِ ُثّ َ ا ِ ا ِ ُ َ َك َرهّ ِمْ َ ُ َرا ِ ى‬ َ ‫وقبال الذين كفروا لول نِزل عَميه القرنآن جملة واحدةۚ ٰ لك‬ َ ِ ‫َ َ َ هّ ا ِ َ َ َ ُ َ ِمْ َ ُ ّ َ َلِمْ ا ِ ِمْ ُ ِمْ ُ ُ ِمَْ ىً َ ا ِ َك ا‬ ‫ ىًَ َذ‬Surah Al-furqaan ayat 32 yang bermaksud : Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammadsemuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahaiMuhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan tartil (teratur satu persatu)
    • Ketahuilah wahai sahabat yang AM kasihi. Sesungguhnya, Allah tak minta kita melagukan Al-Quran, tak pula membacanya berserta taranum,sebaliknya Allah menyuruh kita membacanya dengan tartil. Jadi itulah hak Al-Quran yang pertama. Zaman era globalisasi ini, terdapat banyakkaedah-kaedah membaca Al-Quran, tidak pula kurangnya kaedah-kaedah yang memudahkan orang membaca dan menghafaz Al-Quran, namun,masih ada di antara mereka yang membaca Al-Quran seolah-olah membaca buku.Jadi AM, apa pula hak Al-Quran yang kedua?Sesungguhnya hak Al-Quran yang kedua ialah memahami makna ayat itu sendiri samada yang tersurat mahupun yang tersirat. AM nak tanya, kamutahu makna-makna yang terkandung didalam Al-Quran?Hehe.. Boleh la, tapi kalau nak secara umum, Al-Quran mengandungi ilmu dan petunjuk dari segi tauhid, hukum-hakam, syariat, kisah bangsa-bangsaterdahulu dan banyak lagi la.. heheSebab itulah kita kena faham apa yang kita baca. Supaya kita boleh mengamalkan apa yang terkandung di dalam Quran serta mengamalkan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah di dalamnya. Selain itu, kita boleh mengambil pengajaran yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quransebagai iktibar.Betul tu AM.. Yang ketiga pulak? HeheKamu agak-agak apa hak Al-Quran yang ketiga?Hemm.. Tak tahu la AM, hafal Al-Quran kot.Betul dah tu, hak Al-Quran yang ketiga perlu kita tepati ialah menghafaznya. Awak tahu tak kelebihan-kelebihan orang yang menghafal Al-Quran.Tahu la juga sikit-sikit AM, ada hadis yang menyatakan kelebihan orang yang menghafaz Al-Quran.Awak ingat lagi tak hadis-hadis tu?Ingat AM.1. “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawabbaginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)2. “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)3. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafalal-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)Itu serba sedikit ganjaran di dunia. Kalau akhirat macam mana pula sahabatku?Kalau di akhirat1. Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada harikiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini.(Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)2. Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberisyafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
    • Betul tu sahabat. Di zaman Baginda Rasulullah dahulu, penghafaz yang terbanyak akan dianggak sebagai pemimpin. Bukan seperti memimpinNegara, tapi seperti pemimpin rombongan atau peperangan. Bahkan, orang yang menghafaz Quran bukan saja mendapat penghormatan dari Baginda,malah akan mendapat penghormatal dari Allah sendiri. Seperti sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :‘Penghafaz Al Quran akan datang pada hari kiamat, kemudian Al Quran akan berkata: Wahai Tuhanku, bebaskanlah dia, kemudian orang itudipakaikan mahkota karamah (kehormatan), Al Quran kembali meminta: Wahai Tuhanku tambahkanlah, maka orang itu dipakaikan jubah karamah.Kemudian Al Quran memohon lagi: Wahai Tuhanku, redhailah dia, maka Allah SWT meredhainya. Dan diperintahkan kepada orang itu: bacalah danteruslah naiki (darjat-darjat syurga), dan Allah SWT menambahkan dari setiap ayat yang dibacanya tambahan nikmat dan kebaikan.Hebat sungguh ya ganjaran Allah AM. Yang seterusnya apa pula AM?Selepas kita membaca dengan betul, memahami apa yang dibaca, dan menghafaznya, seterusnya kita perlu mengamalkan isinya. Cuba AM bagicontoh, sahabat AM belajar medic, dia baca buku-buku mengenai medic, dia faham dan menghafaznya, agak-agak bila dia dah kerja nak bedah orang,adakah dia kan guna kaedah sendiri atau kaedah yang telah dipelajarinya?Mesti la ikut kaedah yang dia belajar AM. Apa la AM ni.AM tanya je. Macam tu juga la dengan Al-Quran, Al-Quran kan diturunkan sebagai petunjuk. Banyak ilmu dan nilai-nilai yang terkandungdidalamnya untuk kita amalkan. Kalau kita baca dengan betul, kita faham maknanya, serta kita menghafalnya tetapi tak amalkan sama la macampokok yang lebat tapi tak mengeluarkan buah. Tak member manfaat kepada yang menanamnya.Hehehe.Amboi, suka pulak dia.Tak boleh ea?Boleh.Hehe. Tapikan AM, kalau macam orang yang mengamalkan Al-Quran tapi tak membaca Al-Quran macam mana pulak tuh?Amboi-amboi tak nak baca ke?Ala Am ni, tanya je pun.La, mana ada marah, tanya jugak tu. Lagipun, kan mempelajari Al-Quran Fardhu Ain. Walaupun dia mengamalkan, tapi tak membacanya, taksempurna juga. Sama juga dengan seorang mujahid. Ianya akan lengkap untuk berperang jika kelengkapannya lengkap. Seperti baju perisai, pedang,mungkin topi atau helmet besi dan segala kelengkapan lain. Barulah betul-betul bersedia untuk berperang.Owh, macam tu. Yang akhir sekali apa pulak AM?Akhir sekali, selepas kita membaca dengan betul, mengetahui maknanya, manghafaznya serta mengamalkan isinya kita perlulah mengajarkan Al-Quran. Ingat lagi pesan Nabi mengenai menyampaikan ilmu?Ingat AM, Sampaikanlah pesanku walau satu ayat sekalipun.
    • Betul tuh. Buah yang masak dan ranum, tidak akan dapat kita rasa manis dan nikmatnya kalau kita hanya biarkan ia di atas pokok, oleh itu, kita perlupetik buah itu dan kita sampaikan, agar orang lain pun boleh menikmati manis dan nikmat buah yang Allah hasilkan melalui usaha kita menanamnya.Tak gitu sahabat?Hemm..Kenapa sahabatku?Nampaknya, saya masih banyak hutang dengan Al-Quran AM. Jangan kata menghafal dan mengamal, baca pun tunggang langgang lagi.. :(Sabarlah wahai sahabat. AM pun macam tu juga. Kita ni hanya manusia biasa. Kadangkala kita lalai dengan keindahan duniawi. Tapi kita tak bolehberputus asa. Seharunya kita teruskan usaha kita. Pernah dengar cerita mengenai Ibnu Umar tak? Macam mana Ibnu Umar mengambil masa 8 tahununtuk menghafaz surah Al-Baqarah sahaja?8 tahun? Mak ai. Lamanya..Benar, kenapa 8 tahun? Sebab, Ibnu Umar bukan sahaja membaca dan menghafaz ayat Quran tu, beliau juga mengamalkannya. Selagi beliau tidakmenghafaz dan mengamalkan ayat tersebut, beliau tidak akan berpindah kepada ayat seterusnya. Sebab tu la memakan masa sehingga 8 tahun.Macam mana nak memudahkan saya membaca dan menghafal Al-Quran AM?Yang itu, AM telah jelaskan pada posting sebelum ini yakni Al-Quran : Antara Tuntutan Kefahaman. Kalau sahabat tak faham boleh tanya AM.InsyaAllah kita beramal sama-sama ye sahabatYe AM. Syukran Jazilan ya Ustaz..AM bukan ustaz la.Hehe.. Ye la.. Syukran Sahabat.Sama-samalah kita membantu antara satu sama lain ya sahabat. Jika hari ini diriku terlalu gembira dengan duniawi, sedarkanlah aku dengan amaranAllah. Jika aku bersedih, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika antara kita ada tembok memisahkan leraikan ia dengan ukhwah dan jika pernahhatimu terluka lantaran sikapku luahkanlah agar aku berubah. Namun satu pintaku, berjanjilah..ukhwah kita untuk selamanyaYe Sahabatku AM.. Terima Kasih lagi sekali.. :)Read more: http://mahabbahislamiyah.blogspot.com/2011/10/hak-al-quran-yang-perlu-ditepati.html#ixzz21WnXGCjI