1HNS 2013KENEGARAANNAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR KAD MATRIK:1. ASWA AMANINA BT ABU SHAIRI D201210580862. NUR SYARAFINA BIN...
2PENGENALANPerpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negarakeseluruhannya melalui ideologi ne...
3USAHA-USAHA YANG DIRANGKA OLEH KERAJAAN UNTUK MEMUPUKPERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT YANG TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAHAspek ...
4Parti Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan.Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuang...
5seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkanpeluang-peluang pekerjaan kepada semua rakya...
6Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untukmeningkatkan peratus penanaman modal d...
7telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulangtahun ke-13 kemerdekaan Negara. Ruk...
8rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah m...
9KESIMPULANSesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting bagimewujudkan sebuah negara yang ...
10BIBLIOGRAFIDasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan. (n.d). Diperoleh pada 15 April 2013daripada http://pmr.inform...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Kenegaraan

1,312

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,312
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
39
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kenegaraan

  1. 1. 1HNS 2013KENEGARAANNAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR KAD MATRIK:1. ASWA AMANINA BT ABU SHAIRI D201210580862. NUR SYARAFINA BINTI CHE MOHD SABRI D201210580873. DAVINDRAN A/L RAMESH D201210580904. AMIRAH BINTI AB WAHAB D201210580915. NURAISYAH BT ADZMAN D201210580946. ATIKAH ISLAMIAH BT AZMAN D201210580987. NUR SHAHIRA BT SARJUNI D20121058108SOALAN 5TAJUK TUGASAN : USAHA YANG DIRANGKA KERAJAAN UNTUKMEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN MASYARAKAT YANGTERPISAH OLEH DASAR PENJAJAHNAMA PENSYARAH : CIK NADIRAH BINTI MOHD AZMIKUMPULAN : F
  2. 2. 2PENGENALANPerpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negarakeseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuksatu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Tanpaperpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan Perpaduan ialah satu prosesyang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negarasupaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satuperasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara.Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negarakita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan,kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadikenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Pelbagai usaha dari aspekpolitik, ekonomi dan sosial telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mencapai danmengukuhkan perpaduan di negara kita.
  3. 3. 3USAHA-USAHA YANG DIRANGKA OLEH KERAJAAN UNTUK MEMUPUKPERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT YANG TERPISAH OLEH DASAR PENJAJAHAspek PolitikMenurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2000), “Malaysiaadalah sebuah Kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.”Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secaraperwakilan. Dalam kerajaan demokrasi berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintahnegara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yangmemenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof.Madya Dr. Zainal Abidin Ahamad Mazlan Zulkifly (2006), "Satu cara untuk mewujudkanperpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan." Rakyat PersekutuanTanah Melayu telah didedahkan serta dilatih untuk memimpin kerajaan, dan dididik denganpengalaman pilihanraya iaitu sebagai persiapan ke arah kerajaan berparlimen.Pada tahun 1951, Sistem Ahli telah diperkenalkan iaitu beberapa orang anggota MajlisPerundingan Persekutuan diberi tanggungjawab ke atas beberapa jabatan dan agensi kerajaan.Perubahan baharu itu juga boleh dianggap sebagai usaha untuk menyelesaikan masalahperkauman serta bentuk masa depan politik di Tanah Melayu. Dalam satu rombakan Sistem Ahlipada tahun 1954, beberapa portfolio yang diwujudkan telah dijawat oleh warganegaraPersekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota Majlis Perundangan Persekutuan.Pilihanraya Majlis Perbandaran George Town yang diadakan pada tahun 1951 menjaditumpuan parti-parti politik ketika itu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal.Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada tahun 1952. Dalam pilihanraya itu,UMNO Selangor telah membuat pakatan politik dengan MCA Selangor bagi menguasai MajlisPerbandaran Kuala Lumpur. Pakatan ini telah menyebabkan parti IMP mengalami kekalahanteruk. Pakatan tersebut telah memulakan sejarah gabungan parti UMNO dan MCA yangdinamakan parti Perikatan. Menjelang pilihanraya tahun 1955, Malayan Indian Congress (MIC)telah turut serta dalam Perikatan. Perikatan UMNO, MCA dan MIC telah mengemukakanmanifestonya ke arah kemerdekaan Tanah Melayu iaitu kemerdekaan bersama kaum-kaum lain.
  4. 4. 4Parti Perikatan telah mengemukakan satu manifesto untuk mencapai kemerdekaan.Manifesto itu menjadi prinsip utama perjuangan parti Perikatan yang mewakili semua kaum dinegara ini. Manifesto itu juga menjadi panduan parti Perikatan dalam merangka memorandumuntuk diserahkan kepada suruhanjaya menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yangdiketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya tersebut juga telah mendapatkan pandangan parti politik,organisasi bukan politik, dan orang perseorangan tentang bentuk negara dan bangsa bagi negarakita. Namun demikian, memorandum parti Perikatan, iaitu parti yang memerintah telah mendapatkeutamaan. Memorandum parti Perikatan boleh dikatakan sebagai pakatan murni iaitupersetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama, serta menghormati hak orang lain.Dalam pakatan murni itu, terdapat lima perkara utama yang memberi kesan kepadaperkembangan politik di tanah air kita iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasaMelayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan.Kerakyatan menjadi isu kontroversi ketika itu. Orang bukan Melayu mahu prinsipkerakyatan secara jus-soli, Kerakyatan ini akan memberi hak yang sama rata di kalanganwarganegara Persekutuan Tanah Melayu. Dalam suasana negara masih menghadapi keadaandarurat, Tunku Abdul Rahman Putra menghadapi tekanan daripada UMNO yang masih meraguikesetiaan orang Cina. Pemimpin Melayu dalam Perikatan akhirnya bersetuju untuk bertolakansur menerima prinsip jus soli.Sementara itu, sebagai menghormati sikap tolak ansur orang Melayu terhadappersetujuan kelonggaran syarat kerakyatan untuk orang bukan Melayu, pemimpin bukan Melayudalam Perikatan telah bersetuju menerima empat perkara penting. Perkara itu ialah kedudukanRaja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keempat-empat perkara itu sebenarnyaadalah unsur-unsur tradisi yang telah sedia wujud di negara kita. Dari sini bermulalah sikapbertolak ansur antara kaum di Malaysia yang menjadi asas kepada perpaduan negara hari ini.Aspek EkonomiDari aspek ekonomi pula, mantan Perdana Menteri negara, Tun Abdul Razak Dato’Hussien telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Dua langkah telahdiambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan
  5. 5. 5seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkanpeluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah keduapula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagimembaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang danseterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pengenalan kaummengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah kesan daripada dasar pecah dan perintah yangdilaksanakan oleh penjajah. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) "Proses initelah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyaiobjektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat."Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu terhad di kawasan perkampungan yang manahanya melibatkan pertanian dan perikanan manakala kaum India pula dikhususkan untukmengerjakan ladang-ladang kepunyaan penjajah. Kaum Cina pula berada di bandar-bandarmengerjakan lombong malah diberi sedikit keistimewaan untuk menjalankan perniagaan.Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya peristiwarusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidaktegasan melaksanakan apa yang telahtermaktub dalam kontrak sosial terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinanorang Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsiekonomi juga turut mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi-ekonomi dan taraf pendidikanserta jurang perbezaan ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputeradengan bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan danpengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda Melayu berhijrahke kota mencari pekerjaan.Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu KerajaanPerikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan bukanBumiputera dari segi semua bidang. DEB telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysiake-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuanutamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomitanpa mengira kaum.
  6. 6. 6Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk tempoh 20 tahun adalah untukmeningkatkan peratus penanaman modal dalam syarikat-syarikat berhad kerana peratusan kaumbumiputera pada ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini barudiperkenalkan adalah sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara kaumBumiputera dengan bukan Bumiputera dan pihak asing. Matlamat akhir dasar ini ialah padatahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat berhad akan dapatditingkatkan dari hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun 1971 kepada 30 peratus pada tahun1990.Sementara itu, kaum bukan Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanamanmodal akan cuba untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun 1990. Bagi pihak asing yangmenguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971 akan cuba dikurangkan kepada hanya 30peratus sahaja apabila cukup tempoh 20 tahun.Kewujudan Federal Land Development Activity (FELDA) pada 1 Julai 1956 telahmengubah banyak nasib rakyat Malaysia. Penyediaan tanah untuk diterokai membolehkanmereka mengubah nasib hidup dan juga mengekalkan perpaduan kaum. FELDA terdiri daripadapelbagai kaum di Malaysia yang mendiami satu kelompok.Dengan pelaksanaan DEB ini, ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positifdalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. Pelaksanaannya telah berjaya mengubahkeadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitupendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalamdasar-dasar dan program-program tertentu.Aspek SosialDari aspek sosial pula, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi memupukperpaduan antara penduduk pelbagai kaum. Antaranya ialah pengenalan Rukun Negara. MajlisGerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 dandipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Tun Abdul Razak.Setelah berbincangserta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telahmerumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perludiwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang
  7. 7. 7telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulangtahun ke-13 kemerdekaan Negara. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitumembentuk perpaduan yang kukuh. Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduanrakyat. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalahpenting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan dalambentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Ia juga merupakan landasan yangmenentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakanbentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat.Dari aspek pendidikan pula, suatu sistem pendidikan nasional tidak wujud sehinggapenubuhan Penyata Razak. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkanproses pencapaian perpaduan.Sebagai contoh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) danSekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masingsebagai bahasa pengantar. Malah SJKC dan SJKT menggunakan kurikulum pendidikan yangdigunakan di China dan India. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapaimelalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar PendidikanKebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Beberapa langkah telah diambil bagi memenuhimatlamat dasar ini. Antaranya termasuklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasapengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi, menyediakan sukatanpelajaran yang seragam kandungannya untuk semua sekolah di Malaysia dan melaksanakankegiatan kokurikulum.Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju danmemperkayakan Bahasa Melayu. DBP telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program-program seperti Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan pengaplikasianBahasa Melayu oleh semua kaum dan cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa” telah diwujudkan pada1960. Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967 telah mengukuhkan lagikedudukan Bahasa Melayu dan memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmiperpaduan integrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akanbelajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalamBahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan
  8. 8. 8rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkanyuran persekolahan sehingga tingkatan lima tanpa mengira latar belakang pelajar dan inimemastikan peluang pelajaran yang saksama bagi setiap kaum. Selain itu, Skim Pinjaman BukuTeks (SPBT) yang sebelum ini hanya diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan darisegi ekonomi turut diberikan kepada semua pelajar tanpa berkecuali kini. Rancangan MakananTambahan (RMT) juga merupakan salah satu program yang masih lagi diteruskan sehinggasekarang. Semua ini telah membuktikan bahawa kerajaan telah menggunakan pendidikan sebagaimedium utama bagi memupuk perpaduan.Inisiatif kerajaan yang seterusnya ialah penggubalan Dasar Kebudayaan Negara padatahun 1971. Objektifnya adalah bagi memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan sertamemupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Strategi dan pelaksanaan dasar ini adalahseperti berikut:(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asaskebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,pengembangan dan perhubungan budaya;(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing danmelatih peminat, mendukung dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jenterapembangunan yang berkesan;(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dannasionalisme Malaysia;(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya;(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.Melalui dasar ini juga, kerajaan telah memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaanseperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk menggalakkanmasyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjungi di antara satusama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya.
  9. 9. 9KESIMPULANSesungguhnya, perpaduan dan integrasi adalah suatu unsur yang sangat penting bagimewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur, kestabilan politik dan perkembanganekonomi yang pesat. Tugas ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan hanya kepada pihakkerajaan sahaja, tetapi semua lapisan masyarakat harus menyumbangkan tenaga bagimerealisasikan impian murni ini.Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawipernah mengingatkan rakyatbahawa perpaduan adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhandaya saing ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita semua haruslah bersama-sama membantupihak kerajaan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan integrasi ini.
  10. 10. 10BIBLIOGRAFIDasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan. (n.d). Diperoleh pada 15 April 2013daripada http://pmr.inform.gov.my/index.php/component/content/article/460-nkrapendidikan/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.htmlDasar Ekonomi Baru. (n.d). Diperoleh pada 17 April 2013 daripadahttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/237-dasar-ekonomibaru-.htmlDasar Kebudayaan Kebangsaan. (n.d). Diperoleh pada 16 April 2013 daripadahttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasarnegara/238-dasar-kebudayaan-kebangsaan.htmlPembentukan Kerajaan Demokrasi Berparlimen. (n.d). Diperoleh pada 17 April 2013 daripadahttp://members.multimania.co.uk/nabirz/pol3.htmlRukun Negara 1M. (n.d). Diperoleh pada 16 April 2013 daripadahttp://yds2u.com/?page_id=1279

×