Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam

1,970
-1

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,970
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
84
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK LIK 5016 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAJUK TUGASAN: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR DISEDIAKAN OLEH: NOR HAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM ASNUURIEN NAJMA BINTI AHMAD L20081002181 L200810022 DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ MISNAN JEMALI KETUA JABATAN TITAS FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER II 2007/2008 1
  2. 2. SENARAI KANDUNGAN PERKARA KANDUNGAN 1. Abstrak HALAMAN 1 2-20 2. Bab Satu – Pendahuluan 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Pengenalan Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Signifikan Kajian Skop dan Batasan Kajian Teori-teori Pembelajaran (Teori Konseptual) 1.6.1 Konsep Pembelajaran 1.6.2 Kaedah Pendidikan Islam 1.6.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam 1.6.4 Kaedah Pengajaran Ibn Khaldun 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Persepsi 1.7.2 Persepsi Pelajar 1.7.3 Pendidikan 1.7.4 Pendidikan 1.8 Kesimpulan 21-43 3. Bab Dua – Kajian Literatur 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 Pengenalan Falsafah Pendidikan Islam Dasar-dasar Pendidikan Islam Matlamat Pendidikan Islam Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia 2
  3. 3. 3.5 3.6 3.7 3.8 3.4.1 Pendidikan Islam Awal di Tanah Melayu 3.4.2 Sistem Sekular 3.4.3 Zaman Penjajahan 3.4.4 Zaman Selepas Merdeka Kurikulum Mata Pelajaran Pendidikan Islam Fungsi Pendidikan Islam Kajian-kajian Lepas Berkenaan Persepsi atau Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Kesimpulan 44-50 4. Bab Tiga – Metodologi Kajian 3.0 3.1 Pengenalan Reka bentuk kajian 3.1.1 Kajian Deskriptif 3.1.2 Kajian Tinjauan 3.2 Sampel Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.3.1 Soal Selidik Pelajar 3.3.2 Soal Selidik Guru 3.4 Prosedur Melaksanakan Kajian 3.5 Temu bual 3.6 Kebolehpercayaan dan kesahan 51-63 5. Bab Empat – Dapatan Kajian 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 Pendahuluan Latar Belakang Sampel Kajian Persepsi Pelajar Terhadap mata Pelajaran Pendidikan Islam Persepsi Pelajar Terhadap Cara Pengajaran Guru Pendidikan Islam Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Pelajar Semasa Mempelajari Mata Pelajaran Pendidikan Islam 3
  4. 4. 4.5 Analisis Dapatan Temu Bual Pelajar 64-70 5.0 Bab Lima – Rumusan dan Cadangan 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 Pengenalan Kualiti Pengajaran Kesesuaian Aras Pengajaran Insentif Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam 5.5 Persepsi Pelajar Terhadap Cara Pengajaran Pendidikan Islam 5.6 Persepsi Guru Terhadap Pelajar Semasa Mempelajari Pendidikan Islam 5.7 Cadangan Untuk Memupuk Minat Positif Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Ini 5.8 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 5.9 Kesimpulan 6.0 Bibliografi 7.0 Lampiran 4
  5. 5. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR Nor Hafizah binti Abdul Rahim Asnuurien Najma binti Ahmad L20081002181 L20081002213 Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Program Pendidikan Islam) Jabatan TITAS, Fakulti Sains Sosial & Kemasyarakatan Universiti Pendidikan Sultan Idris Penyelia Ustaz Misnan bin Jemali ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Persepsi yang dikaji diukur berdasarkan kepada pernyataan-pernyatan berikut; anda berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Islam, anda suka mengulangkaji mata pelajaran Pendidikan Islam, anda suka mata pelajaran Pendidikan Islam ditambah lagi masanya, anda sentiasa berasa seronok belajar Pendidikan Islam dan nada berasa mata pelajaran Pendidikan Islam sangat bermanfaat dengan menambah pengetahuan Islam dalam diri. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dengan beberapa pemboleh ubah bebas yang dipilih iaitu jantina, tahap pendidikan ibu bapa, taraf sosioekonomi keluarga, lokasi sekolah dan persepsi pelajar terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam. Kajian ini juga melihat persepsi guru terhadap pelajar semasa mempelajari Pendidikan Islam. Sample yang diambil dalam menjalankan kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar Tingkatan Dua dan seramai 7 orang guru Pendidikan Islam yang dipilih dari dua buah sekolah daerah Hulu Selangor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Signifikan hubungan ini akan dilihat dan dianalisis berdasarkan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dengan pengajaran guru Pendidikan Islam. 5
  6. 6. BAB SATU PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Pengkaji berasakan satu kajian khusus mengenai mata pelajaran Pendidikan Islam adalah amat perlu kerana mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan satu mata pelajaran yang dapat membentuk diri seorang insan menjadi insan kamil dan bertanggungjawab atas dirinya terhadap urusan dunia dan akhirat. Hal ini amat penting kerana mata pelajaran Pendidikan Islam ini bukan sahaja dipelajari oleh pelajar supaya lulus dalam peperiksaan semata-mata, tetapi untuk melahirkan seorang manusia yang benar-benar memahami tugasnya sebagai khalifatullah atas muka bumi ini dengan melaksanakan segala ilmu yang telah dipelajarinya. Secara tidak langsung, mata pelajaran Pendidikan Islam ini sebenarnya adalah untuk melahirkan individu yang soleh dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan di dunia pula adalah untuk melahirkan individu yang dapat beramal dengan amalan-amalan Islam. 1 Menurut Zainal Abdul Kadir, mata pelajaran Pendidikan Islam ini telah berjalan sejak zaman penjajah lagi iaitu selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. 2 Dalam kedua-dua penyata tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam telah diletakkan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, kewujudan Akta Pelajaran 1961 telah memasukkan mata pelajaran Agama Islam dalam jadual waktu dengan peruntukan masa belajarnya sebanyak 120 minit seminggu bermula pada tahun 1962. 3 Hal ini menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam kini tidak lagi tertinggal atau diabaikan oleh pemerintah. Kesannya, pelajar-pelajar Islam sama ada di sekolah-sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, sekolah rakyat 1 Ahmad Mohd Saleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Edisi Semakan, Shah Alam: Oxford Fajar, m.s 25. 2 Ibid., m.s. 54. 3 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mangkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (7 November 1979), Cetakan Ketiga, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia, m.s.176. 6
  7. 7. mahupun swasta berpeluang mendapat pendidikan Islam tanpa perlu menghadiri sekolah-sekolah agama pada sebelah petang. Laporan Jawatankuasa Kabinet telah menegaskan seperti berikut : “Memandangkan pentingnya mata pelajaran Pendidikan Islam ini, maka diperakukan semua murid Islam bukan sahaja mesti mengikuti mata pelajaran ini tetapi hendaklah diwajibkan mengambilnya dalam peperiksaan awam”4 Laporan ini seterusnya menyatakan : “Untuk meninggikan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Agama Islam adalah diperakukan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini diberi latihan ikhtisas yang cukup, seterusnya tugas-tugas penyeliaan ini juga perlu penting”5 Setelah mata pelajaran Pendidikan Islam diwajibkan kepada semua pelajar Islam, timbul pula permasalahan mata pelajaran Pendidikan Islam tidak diminati dan kurang penghayatan dalam kalangan pelajar. Dalam hal ini, boleh dikatakan mutu pengajaran Pendidikan Islam di sekolah masih boleh dikatakan berada pada tahap yang rendah.6 1.1 Pernyataan Masalah Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran yang terdapat dalam sistem pendidikan negara kita dan wajib dipelajari dan diajar di sekolahsekolah yang terdapat pelajar-pelajar yang beragama Islam. Peruntukan ini dapat dilihat berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Seksyen 50 (1): “Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri”.7 Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 bagi mata pelajaran bahasa dan pada tahun 1989 bagi semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam merupakan satu reformasi dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, satu 4 Ibid., m.s 71. Ibid., m.s 73. 6 Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988), Kajian Status Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Malaysia, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 7 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih (2003), Seksyen 50(1), Petaling Jaya : International Law Books Services, m.s. 36. 5 7
  8. 8. perubahan besar telah dibuat yang melibatkan perubahan sukatan pelajaran di mana peruntukan masa dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah hanya 3 waktu kepada 6 waktu seminggu di sekolah menengah peringkat menengah rendah 4 (3+1 (Amali) + 2 (Tambahan) dan di peringkat menengah atas 4(3+1 (Amali) atau 40 minit adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan 1997 PERKARA 3:4 (Akta Pendidikan 1996). 8 Dalam hal ini, kurikulum Pendidikan Islam yang lama jika dilihat hanya memberi penekanan terhadap aspek maklumat dan pengetahuan sematamata manakala dalam KBSM lebih menumpukan kepada kefahaman dan penghayatan ilmu itu sendiri. Oleh sebab kehendak atau matlamat kurikulum pada masa itu, maka guru-guru juga telah menumpukan peranan mereka untuk mengajar dan memberikan ilmu pengetahuan mengenai Islam semata-mata seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Jika dilihat pelajar-pelajar pula, lebih banyak menghafaz fakta daripada menghubungkaitkan fakta-fakta tersebut dengan penghayatan Islam yang sebenar. Mereka mempelajari Pendidikan Islam hanya sekadar untuk lulus dalam peperiksaan yang diambil. Perubahan kurikulum lama kepada kurikulum bersepadu ini menimbulkan pelbagai kejutan dan implikasi kepada tugas dan peranan guruguru Pendidikan Islam. Pendidikan Islam KBSM menuntut guru-guru Pendidikan Islam agar lebih berdedikasi dan cemerlang dalam melaksanakan tugasnya. Tugas guru-guru Pendidikan Islamlah yang amat penting untuk menggunakan kaedah penggabungjalinan dan perentasan dalam tradisi pengajaran Pendidikan Islam dengan mengaitkan pelajaran-pelajaran seperti Sains, Matematik, Geografi dan Sejarah. Pengajaran Pendidikan Islam seharusnya tidak bergantung kepada sukatan pelajaran semata-mata, tetapi perlu disepadukan dengan kegiatn di sekolah dan mata pelajaran lain. Tugas guru Pendidikan Islam dalam hal ini adalah mengislamkan sepenuhnya pelajar-pelajar agar menjadi seorang muslim yang berakhlak, berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa. 8 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 8
  9. 9. Pendidikan Islam dalam konteks hari ini perlu diperkenalkan sebagai „Ad-Deen‟ bukan sahaja sebagai satu pengenalan ilmu yang diperkenalkan secara berpisah-pisah, tetapi ilmu yang memberi penekanan kepada amalan dan penghayatan Islam kepada pelajarnya secara menyeluruh. 9 Aspirasi dan harapan Pendidikan Islam yang tinggi ini tidak akan tercapai jika pengajaran Pendidikan Islam masih lemah dan mata pelajaran ini kurang diberi tumpuan oleh pelajar. Kelemahan dan pencapaian pengajaran Pendidikan Islam masih diperkatakan oleh pelbagai pihak. Penghayatan nilai dan akhlak serta keberkesanan Pendidikan Islam dalam melahirkan pelajar muslim yang sebenar masih lagi dipertikaikan. Satu perkara lagi yang perlu disedari oleh guru-guru Pendidikan Islam ialah pengajaran terhadap mata pelajaran ini. Guru-guru agama perlulah memperbanyak kaedah amalan, tunjuk cara, pengalaman, dan latih tubi yang berterusan dengan setiap satu topiknya berteraskan kepada kaedah amali sebenar seperti bacaan al-Quran, ibadah, akidah, akhlak dan sirah. Pendidikan Islam kini dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan melalui pelbagai cabaran pendidikan. Untuk itu, kerajaan telah mengubah dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan sistem pendidikan di negara kita. Cabaran dunia pendidikan pada dekad 90-an ini semakin serius menjelangnya alaf baru tahun 2000. Biarpun begitu banyak perubahan yang telah dilakukan, namun mata pelajaran Pendidikan Islam masih lagi terpinggir dan tersisih. 10 Jika dilihat, mata pelajaran Pendidikan Islam masih lagi berada pada tahap lama dan masih tidak menerima taraf sebagai mata pelajaran nasional seperti mana pentingnya mata pelajaran sains, matematik dan bahasa. Kepentingan ketiga-tiga mata pelajaran ini menjadi paling utama dalam pemilihan bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang dijadikan sebagai penentu gred dalam setiap peperiksaan tersebut. 9 Nazri Hamid. (2000), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Dua Buah Sekolah, Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan. 10 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Cetakan Kedua, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., m.s. 118. 9
  10. 10. Timbullah persoalan di sini apabila mata pelajaran ini tidak diutamakan, maka Pendidikan Islam tidak begitu ditekankan khasnya dalam peperiksaan awam. Impak yang paling besar adalah para pelajar tadi hanya belajar sekadar untuk memenuhi jadual waktu persekolahan mereka sahaja. Kesannya, para pelajar mengambil lewa mata pelajaran ini, mudah terjebak dan terdedah dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti pergaulan bebas, penipuan, terlibat dengan jenayah, keruntuhan moral dan sebagainya. Oleh yang demikian, guru Pendidikan Islam merupakan penggerak dan pelaksana Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri, menjadikan pembelajaran dan pengajaran itu menarik dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu tercapai. Malah timbul beberapa persoalan yang sering berlegar difikiran kita iaitu adakah para pelajar menerima mata pelajaran ini sebagai salah satu mata pelajaran yang diajarkan di sekolah? Bagaimanakah persepsi para pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan adakah guru turut mempengaruhi persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam ini. Imej mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM ini seharusnya tidak dipandang rendah lagi oleh semua pihak. Mutu pengajaran guru Pendidikan Islam perlu ditingkatkan kepada tahap yang lebih cemerlang agar kelas Pendidikan Islam tidak lagi membosankan pelajar-pelajar, malah akan bersa tenteram, tenang, seronok dan gembira apabila mengikuti kelas-kelas Pendidikan Islam. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut: 1. Mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. 2. Mengenal pasti kaedah pengajaran guru terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. 3. Mengenal pasti hubungan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dengan kaedah pengajaran guru. 10
  11. 11. 1.3 Persoalan Kajian Kajian ini adalah untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan: 1. Apakah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam? 2. Bagaimanakah kaedah pengajaran guru Pendidikan Islam mengikut pandangan pelajar? 3. Apakah kaedah pengajaran guru turut mempengaruhi persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam? 1.4 Signifikan Kajian Maklum balas yang diterima daripada kajian yang dijalankan ini boleh digunakan oleh bakal-bakal guru Pendidikan Islam agar dapat mengambil langkah-langkah dan kaedah-kaedah pengajaran terbaik supaya dapat menarik minat lebih ramai lagi pelajar untuk mempelajari dan mendalami Pendidikan Islam. Hal ini demikian kerana, guru merupakan salah satu faktor yang dapat menarik minat pelajar ke arah mempelajari sesuatu ilmu. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat membantu para guru khususnya guru Pendidikan Islam untuk mendapat gambaran sebenar teknik dan pengajaran yang mereka gunakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran mereka terhadap pelajar-pelajarnya. Walaupun kaedah dan teknik pengajaran ini adalah merupakan pandangan atau persepsi pelajar sahaja, namun diharapkan ianya dapat membantu bakal-bakal guru Pendidikan Islam terutama lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dapat mengubah corak pengajaran dan kaedah pengajaran mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta mengubah sikap agar lebih komitmen, berdedikasi, berketerampilan serta berakhlak dalam aspek kehidupan mereka. Hasil kajian ini juga diharapkan boleh digunakan oleh para guru untuk merangka strategi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Di samping itu, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak sekolah dan guru Pendidikan Islam membaiki corak pengajarannya kerana ianya mempunyai perkaitan dengan pencapaian dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini. Seterusnya diharapkan kajian ini memberi impak yang paling besar kepada 11
  12. 12. pelaksanaan dan dasar pendidikan untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam ini sebagai satu mata pelajaran yang wajib mendapat kepujian pada peringkat peperiksaan SPM untuk melayakkan seseorang pelajar bagi memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi terutama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). 1.5 Skop dan Batasan Kajian Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah membataskan kajian ini kepada beberapa bahagian tertentu iaitu kawasan kajian di mana pengkaji telah memilih daerah Hulu Selangor sebagai kawasan kajian. Dalam daerah ini terdapat banyak sekolah, namun hanya dua buah sekolah sahaja yang dijadikan bahan kajian iaitu SMK Gedangsa dan SAMT Kuala Kubu Bharu. Justifikasi pengkaji memilih kedua-dua buah sekolah ini adalah bertujuan untuk melihat perbandingan antara persepsi pelajar sekolah menengah harian dengan persepsi pelajar sekolah menengah agama terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, pengkaji mendapati belum terdapat lagi kajian yang dijalankan di kedua-dua buah sekolah tersebut beberapa tahun kebelakangan ini. Seterusnya, pengkaji membataskan kajian ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan Dua sahaja daripada kedua-dua buah sekolah ini. Pengkaji terpanggil untuk mengkaji pelajar Tingkatan Dua kerana mereka akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun hadapan. Justeru, kajian ini diharapkan agar dapat mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya menimbulkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini. Jika persepsi pelajar positif terhadap mata pelajaran ini, secara tidak langsung akan meningkatkan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam. 12
  13. 13. 1.6 Teori-teori Pembelajaran (Teori Konseptual) 1.6.1 Konsep Pembelajaran Pembelajaran berlaku pada setiap hari, setiap detik baik secara sedar mahupun secara tidak sedar. Pembelajaran adalah satu pemindahan dan penambahan ilmu, nilai, kemahiran dan sikap. Pembelajaran sebenarnya tidak semestinya terbatas kepada apa yang dirancangkan sahaja, tidak semestinya berlaku dalam suasana yang formal, berstruktur dan teratur. Menurut Guy Le Francois dalam bukunya Psycological Theories and Human Learning menyatakan bahawa pembelajaran merangkumi semua perubahan tingkah laku yang agak kekal dihasilkan melalui pengalaman. 11 Pembelajaran adalah satu proses perubahan yang agak kekal sifatnya dalam kebolehan seseorang itu hasil dari sesuatu pengalaman atau latihan. Pendapat ini disokong oleh Zanden dan Pace menyatakan pembelajaran adalah suatu perubahan yang agak kekal dalam sesuatu tingkah laku atau kebolehan yang dihasilkan melalui pengalaman seseorang individu. 12 1.6.2 Kaedah Pendidikan Islam Dalam konteks Pendidikan Islam, kaedah pengajaran amat berkait rapat dengan konsep fitrah di mana seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan konsep fitrah. Sebagai seorang pendidik muslim, seseorang guru mempunyai peranan penting dalam pendidikan dan pengajaran terhadap murid-muridnya. Menurut Hassan Langgulung, pengajaran Pendidikan Islam bukan hanya menyentuh aspek kognitif semata-mata, malahan menyentuh aspek afektif dan juga psikomotor pelajar di mana aspek paling penting dalam Pendidikan Islam ialah akhlak. 13 Aspek akhlak 11 Amir Awang. (1989), Teori-teori Pembelajaran, Cetakan Kedua, Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., m.s. 5. 12 Ibid., m.s 6. 13 Kamarul Azmi Jasni, Ab. Halim Tamuri, (2007). Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Skudai:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, m.s 28. 13
  14. 14. ini termasuk dalam domain afektif dan terbukti dalam tingkah laku (behavioral) kerana aspek ini tidak boleh diajar secara fakta kerana ianya perlu kepada bentuk menyuruh pelajar memainkan peranan yang tertentu. Al-Syaibani berpendapat konsep kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan baik ialah kaedah yang dapat membantu para pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap serta tingkah laku, menanam minat dan nilai yang diingini dalam diri. 14 Pengajar atau pendidik dalam hal ini perlulah menyampaikan sesuatu pengajarannya mengikut tahap pemikiran pelajaranya. Hal ini demikian kerana, sesuatu pelajaran yang disampaikan tanpa mengambil kira peringkat pemikiran dan pencapaian pelajarnya boleh membawa kepada kerumitan dan seterusnya kegagalan kepada pelajarnya. Dalam memilih strategi pengajaran dan pembelajaran seorang guru perlulah memikirkan cara untuk mewujudkan penglibatan para pelajar dan membuahkan interaksi yang aktif dalam kelas. Pembelajaran yang berkualiti dan berkesan hanya akan terhasil dan tercapai jika seorang guru itu mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta kefahaman yang luas tentang pelbagai teknik dalam sesuatu pengajarannya. Penggunaan metod dan teknik dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran ini dapat memberi impak yang besar terhadap kejayaan dalam sesuatu pembelajaran. 1.6.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Sebagai seorang guru, mereka perlulah menguasai ilmu kerana dengan ilmu sahaja mereka akan dapat menghuraikan sesuatu topik pengajaran dengan baik dan mantap. Guru mestilah pandai menghuraikan sesuatu topik yang disampaikan dengan baik kerana pengajaran akan menjadi lebih menarik jika seseorang guru mampu menghuraikan sesuatu 14 Ibid, m.s. 29. 14
  15. 15. perkara atau masalah yang dihadapi dengan baik. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi seronok dan seterusnya menjadikan seseorang pelajar bermotivasi untuk menghadapi proses pembelajaran yang seterusnya. Sebagai seorang guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi kerana proses pendidikan yang berkesan memerlukan interaksi antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Oleh sebab itu, guru Pendidikan Islam harus memiliki kemahiran kaunseling kerana sifat kasih sayang ini amat penting untuk dipupuk dalam diri terhadap anak didiknya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika melaksanakan metod pengajarannya adalah berasaskan psychology of love ataupun kasih sayang antara guru dengan pelajarnya.15 Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ini, guru mestilah mempelbagaikan teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan dan juga tahap pemikiran pelajar. Dalam hal ini, lokasi pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berlaku dalam kelas sahaja. Rasulullah S.A.W sendiri menggunakan pelbagai teknik pengajaran semasa berdakwah. Lapan daripada teknik yang digunakan ialah: 1) 2) Meraikan secara kesederhanaan dan menjauhi kebosanan 4) Meraikan perbezaan pelajar ketika mengajar 5) Interaksi dua hala 6) Pendekatan seloka dan senda gurau 7) Pengulangan 8) 16 Mengajar secara beransur-ansur 3) 15 Menjadikan diri dan akhlaknya sebagai model Memberi nasihat dan peringatan.16 Ibid., m.s. 65. Ibid., m.s. 69. 15
  16. 16. 1.6.4 Kaedah Pengajaran Ibn Khaldun Pengalaman secara langsung dalam bidang keguruan dan keilmuan menjadikan Ibn Khaldun seorang tokoh pendidik Orient (Timur) yang banyak memperkatakan persoalan metodologi dan pedagogi Pendidikan Islam. Dalam kaedah mengajar, Ibn Khaldun menentang kaedah secara lisan dalam pengajaran dan mendengar serta menghafal semata-mata kerana mengajar dengan menggunakan kaedah ini sebenarnya tidak akan memberikan kesan dalam fikiran pelajar. Ini menunjukkan beliau kurang bersetuju para pelajar hanya membuat nota pelajaran dan menyalin nota dalam buku. Beliau mencadangkan agar pelajar-pelajar disediakan dengan buku teks yang mengandungi huraian yang lebih jelas. 17 Menurut Ibn Khaldun, seorang guru hendaklah menyampaikan pengajarannya dari peringkat yang mudah kepada peringkat yang lebih sukar kepada pelajarnya. Setiap persoalan hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum guru berpindah kepada tajuk lain agar pelajar lebih faham pelajaran tersebut. Dalam hal ini, sesuatu ilmu pengetahuan yang disampaikan perlulah disampaikan secara beransuransur dan berperingkat-peringkat.18 Ibn Khaldun menambah lagi dalam pengajaran guru perlulah menyampaikannya secara bertahap-tahap dengan mengikuti langkah-langkah yang mana ianya perlu dimulai dengan mengajar satu persoalan pokok dan diikuti isi-isi kecil. Ibn Khaldun mencadangkan agar proses pengajaran dibuat seperti berikut: a) Kaedah Pengulangan (Tadarruj wa Tikkari) Seorang guru perlu menyampaikan pengajarannya secara bertahap-tahap sehingga pelajar dapat menerima segala permasalahan pada setiap bahagian ilmu yang diajarkan oleh guru. Kemudian, guru perlulah mengulang lagi ilmu yang disampaikan agar pelajar lebih faham dan dapat memberi 17 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Cetakan Kedua, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., m.s. 220. 18 Ibid., m.s. 220. 16
  17. 17. gambaran yang jelas tentang sesuatu pelajaran sehingga tidak terdapat sebarang kemusykilan lagi dalam pembelajarannya. 19 Metod ini sejajar dengan kaedah pengajaran dalam pendidikan moden hari ini. Guru-guru perlu mengulang beberapa kali agar pelajarnya lebih memahami tentang pembelajaran sesuatu topik itu dengan lebih mendalam lagi. b) Menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran Ibn Khaldun mencadangkan dalam mengajar juga, seorang guru perlu menggunakan alat-alat bantu mengajar untuk membantu pelajar memahami ilmu yang disampaikan kepadanya. Para pelajar akan mudah menerima pelajaran itu dan lebih memberi motivasi mereka untuk mempelajari sesuatu pelajaran. Alat bantu mengajar seperti buku teks, bahan-bahan maujud yang boleh dirasa ini akan dapat menambah ingatan pelajar terhadap sesuatu isi pelajaran itu terutama pelajar yang lemah daya ingatannya. 20 c) Kaedah lawatan Ibn Khaldun mencadangkan agar melaksanakan lawatan atau kaedah rihlah kerana dengan cara ini, pelajar akan mudah mendapat sumber-sumber pengetahuan yang banyak. Cadangan Ibn Khaldun ini amat bersesuaian dengan dengan kaedah pendidikan hari ini. d) Tidak mencampur adukkan antara dua ilmu pengetahuan dalam satu masa. Beliau mencadangkan kepada para guru agar tidak mengajarkan dua ilmu dalam satu waktu kepada para pelajarnya akan menyebabkan pelajar terkeliru. Ibn Khaldun berpendapat sesuatu ilmu itu perlu disampaikan secara satu 19 Ali Al-Jumbulati, Abdul Futuh At-Tuwaanisi. (1994), (terj) H.M. Arifin Prof, Perbandingan Pendidikan Islam, Cetakan Pertama, Jakarta: Penerbit Rineka Cipta., m.s 199. 20 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Cetakan Kedua, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., m.s. 223. 17
  18. 18. persatu dan tidak mencampuradukkan dengan ilmu lain supaya mata pelajaran itu dapat dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. 21 Ringkasnya di sini, kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam boleh ditunjukkan seperti dalam rajah di bawah ini: 22 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM KURIKULUM PENDIDIKAN Latihan, Kursus dan Pengalaman PENDIDIKAN MUSLIM ( Mudarris, Muaddib, Mu‟allim, Mursyid, Murabbi ) Kemahiran pengajaran, ilmu pengetahuan, motivasi dan personaliti diri. TEORI DAN OBJEKTIF PENGAJARAN - Kognitif Afektif Psikomotor AMALAN PENGAJARAN - Set induksi - Pemeringkatan isi kandungan. - Pemilihan kaedah pengajaran. - Penggunaan bahan pengajaran. - Bahan bantu pengajaran. - Penilaian. - Pengurusan kelas. - - KESEDIAAN PELAJAR Kebolehan pelajar. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Sikap. Motivasi. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM HAMBA YANG BERTAQWA, PATUH DAN TAAT KEPADA ALLAH SWT Rajah 1 : Model P & P Pendidikan Islam berasaskan Konsep 5M 21 Ibid, m.s. 224. Kamarul Azmi Jasni, Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam:Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Skudai:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, m.s 102. 22 18
  19. 19. 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Persepsi Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, persepsi adalah satu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), dan tanggapan.23 Definisi persepsi yang menurut Krentch & Ballachey adalah satu proses di mana individu menerima menginterpretasikan sebarang maklumat Maklumat-maklumat akan tersebut dan kemudiannya dari alam diproses sekitarnya. melalui struktur kognitifnya dan seterusnya akan diterjemahkan dalam dirinya untuk menggambarkan sesuatu.24 1.7.2 Persepsi Pelajar Apa yang dapat disimpulkan di sini persepsi pelajar dapatlah didefinisikan satu tanggapan atau pandangan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran atau perkara. Maka, dalam kajian ini apa yang dapat dijelaskan dengan persepsi pelajar adalah pelajar memberikan interpretasi atau gambaran perasaan terhadap sesuatu subjek itu melalui kemahiran berfikir, pandangan dan isi kandungan. 1.7.3 Pendidikan Pendidikan menurut sarjana pendidikan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam Islam, pendidikan dikenali sebagai tarbiah dalam bahasa Arab. Perkataan tarbiah berasal daripada kata kerja ( ) membawa maksud tumbuh, berkembang, dan memelihara. Antara maksud ( ‫رة‬ ) ialah memperbaiki (islah), memimpin dan memelihara.25 Istilah ini juga boleh membawa maksud mengasuh, memelihara, atau memimpin. Oleh yang demikian, 23 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007), Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 1193. 24 Norashikin Mohamad. (2005). Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Literasi Sains, Univerisiti Pendidikan Sultan Idris:Latihan Ilmiah, m.s. 10. 25 Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Edisi Semakan, Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd., m.s. 6. 19
  20. 20. pendidikan dalam bahasa Arab disebutkan tarbiah yang pada asalnya membawa maksud pertumbuhan, perkembangan dan ketinggian. Dalam al-Qur‟an Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 31 : ‫َعََ َ َ َ َ ا َسْ َبء َُ َب ُ َ َ َ َ ُمْ عََى الْمَّلئك ِ َ َب َ َوْ ِئْى ِى َِسْمبء‬ ‫َخ فق ل أ ج و ثأ‬ ‫و ّلم أدم أل م كّله ثم عرضه ّل‬ ‫َؤالء إن كى ُمْ صَد ِيه‬ َ ‫ِق‬ ‫ِ ْ ُ ْت‬ ‫ه‬ ) 31 : ‫( سىرح الجقرح‬ Maksudnya : “dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama benda ....” Pendidikan dalam Islam juga menggunakan kata ta‟dib ( ‫تأديت‬ ( yang membawa maksud mendidik. Ini sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. dalam hadithnya: ‫أدثىي رثى فأحسه تأديجي‬ Maksudnya : Allah sendiri yang telah mendidikku, oleh sebab itulah aku mendapat pendidikan yang paling sempurna.26 Pendidikan dalam kamus dewan didefinisikan sebagai mendidik, pengetahuan mendidik, didikan, latihan, dan ajaran. Perkataan ini berasal dari kata “didik” yang membawa maksud pelihara, ajar atau jaga dengan hati-hati.27 Dalam tatabahasa Melayu, pendidikan membawa maksud jaga atau pelihara atau ajar dengan berhati-hati sejak kecil. Sementara pendidikan dalam bahasa Inggeris pula disebut education yang dapat diinterpretasikan sebagai mengumpul maklumat ke dalam diri bagi membentuk bakat yang terpendam. 28 Pendidikan menurut John Dewey ialah satu proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Beliau menyatakan juga pendidikan 26 Ibid., m.s. 7. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, (2007), Edisi Keempat, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 350. 28 Hj. Abdullah Ishak. (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 4. 27 20
  21. 21. ialah satu proses bagi mengatur dan menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat. 29 Ducasse pula mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses mendidik iaitu memimpin keluar atau membawa keluar. Pendidikan ini berlaku melalui tunjuk ajar, latihan dan indoktrinasi. Di sini, beliau lebih mementingkan kaedah-kaedah mengajar yang bersifat tradisional seperti tunjuk ajar, latihan dan kaedah-kaedah mengajar yang berkaitan dengan proses indoktrinasi. 30 1.7.4 Pendidikan Islam Pendidikan Islam merupakan satu proses untuk mengembangkan segala potensi manusia sama ada dari aspek rohani, jasmani, akal, perasaan mahupun kemasyarakatan berdasarkan ajaran Islam. Para sarjana Islam telah mengemukakan pelbagai definisi berhubung dengan pengertian Pendidikan Islam. Antara sarjana Islam yang memberi definisi Pendidikan Islam:31 1. Miqdad Yalchin menyatakan Pendidikan Islam adalah sebagai satu proses melaksanakan falsafah pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan, pembentukan, dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah Islam. 2. Al-Qardhawi mendefinisikan pendidikan Islam sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuk akal, hati, rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. 3. Hassan Langgulung menyatakan pendidikan Islam membawa erti mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam mayarakat melalui pelbagai proses. 4. Al-Tamimi menyatakan pemdidikan Islam sebagai pendidikan sebenarnya yang mampu memperbaiki kehidupan manusia dan mewujudkan keseimbangan peribadi seseorang individu. 29 Ibid, m.s. 9. Ibid, m.s. 9. 31 Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Edisi Semakan, Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd., m.s. 8. 30 21
  22. 22. 5. Khurshid Ahmad menyatakan pendidikan adalah sebagai sautau latihan „aqliah, jasmaniah, dan rohaniah bagi melahirkan manusia yang berkebudayaan tinggi, yang sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara yang berguna. 32 Pendidikan menurut Abdul Halim El-Muhammady dipetik daripada Mohd Yusof Ahmad menyatakan pendidikan Islam sebagai berikut:33 Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan Sunnah, pengalaman Salaf al-Salih serta ilmuan muktabar, untuk melahirkan insan salih yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat. Sementara itu, dalam definisi lain Abdul Halim Hj Mat Diah menyatakan bahawa: 34 Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia muslim berdasarkan ajaran Islam. Satu lagi definisi Pendidikan Islam ialah diberi oleh Burlian Somad: Pendidikan Islam ialah aktiviti atau kegiatan yang bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang baik dan bernilai tinggi menurut kaca mata Islam. Pendidikan Islam juga membentuk perasaan anak didik menjadi halus dan tajam sehingga mampu mencintai Allah yang ghaib serta merasa sangat takut mendapat azab Allah, merasa bertanggungjawab untuk mengangkat darjah hidup kaum melarat dan anak-anak yatim, serta perasaan bertanggungjawab untuk membela agama Allah dengan rela mengorbankan apa sahaja yang dimiliki untuk keperluan perjuangan kerana Allah. 35 32 Hj Abdullah Ishak. (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 12. 33 Mohd Yusuf Ahmad. (2003), Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, m.s. 96. 34 Ibid., m.s. 96. 35 Ibid., m.s. 97. 22
  23. 23. Jelaslah di sini, bahawa Pendidikan Islam adalah satu proses untuk mendidik dan melatih akal, jasmani, dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan wahyu al-Quran dan as-Sunnah untuk melahirkan seorang insan yang bertaqwa dan dapat mengabdikan diri semata-mata kepada Allah. Ini menunjukkan bahawa Pendidikan Islam dalah satu-satunya mata pelajaran yang mempunyai hubungan yang erat dengan Pencipta ( Allah S.W.T ). 1.8 Kesimpulan Pendidikan Islam di sini dapat disimpulkan sebagai satu proses untuk membentuk serta mengembangkan segala potensi manusia sama ada dari aspek rohani, jasmani, akal, perasaan mahupun kemasyarakatan. Pembentukan dan perkembangan tersebut tidak dapat dijayakan kecuali dengan menerusi institusi-institusi sama ada yang berbentuk formal atau tidak formal, pengajar dan pelajar, kurikulum serta kaedah-kaedah pengajarannya. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa konsep pendidikan diertikan sebagai mendidik, melatih, atau membentuk keperihalan individu dari segi jasmani, akal, perasaan, kecenderungan supaya insan itu dapat menyesuaikan diri dengan situasi-situasi masyarakat dan kebudayaan bagi mencapai satu kebahagiaan hidup. Manakala Pendidikan Islam pula ialah satu proses mendidik, membentuk, serta melatih individu dalam pelbagai aspek sama ada jasmani, rohani, akal, perasaan, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan manusia yang sempurna; beriman, bertaqwa, berakhlak mulia, sihat tubuh badan, berilmu dan berkemahiran dalam sesuatu kerjaya. Dalam hal ini, Pendidikan Islam dapat melahirkan manusia yang baik dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat bagi mencapai kebahagiaan hakiki dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. 36 Apabila dilihat semula maksud pendidikan dan Pendidikan Islam sebenarnya pendidikan ini adalah satu proses membentuk, melatih, mengembangkan potensi seseorang individu dan juga untuk memimpin 36 Hj Abdullah Ishak. (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 16. 23
  24. 24. manusia ke arah hidup yang lebih teratur. Pendidikan boleh berlaku secara formal atau tidak formal iaitu dilakukan oleh ibu bapa sendiri ataupun oleh institusi-insitusi tertentu. Dalam hal ini, jelas membuktikan bahawa Pendidikan Islam adalah satu proses mendidik dan membimbing seseorang insan mengenali Tuhannya dan mengetahui tugasnya sebagai khalifah atas muka bumi ini. Seterusnya insan tadi dapat menjalankan tanggungjawabnya terhadap segala tugasan dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. 24
  25. 25. BAB DUA KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Matlamat pendidikan Islam ialah membina sahsiah individu supaya menjadi insan yang sempurna yang menunaikan tanggungjawab sebagai hamba dan sebagai makhluk yang diamanahkan untuk menjaga kestabilan dan kemakmuran alam ini. Bagi mencapai matlamat itu Islam mempunyai falsafah pendidikan tersendiri dari segi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan hubungan guru dengan murid, hubungan guru dengan rumahtangga murid, malah mengenai sahsiah guru itu sendiri sebagai pendidik. Sarjana-sarjana Islam dari zaman ke zaman memberi panduan asas dan panduan sampingan dalam melaksanakan kegiatan pendidikan dan kegiatan ilmu. 37 Pendidikan Islam dari segi falsafahnya bukan sahaja sekadar untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu system hidup yang syumul (sempurna dan lengkap) tetapi juga untuk menzahirkan amalan hidup sebenar sebagai seorang muslim yang ada penghayatan sepenuhnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini. 38 2.1 Falsafah Pendidikan Islam Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan, kerana sikap manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung pada falsafah yang disalurkan melalui pendidikan. Pendidikan diertikan oleh cendekiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi, sama ada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai itu ditentukan oleh falsafah yang disogokkan melalui system pendidikan. Oleh itu, falsafah yang berteraskan kebendaan akan melahirkan masyarakat yang bersikap kebendaan yang mampu membangunkan kebendaan bagi keseronokan hidup di dunia. Bagi mereka, dunia ini merupakan matlamat, seperti yang dinyatakan dalam al-Quran: 37 Ismail Ab.Rahman. (1993), Pendidikan Islam Malaysia, Cetakan Kedua, Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s: 34. 38 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, m.s 176. 25
  26. 26. Surah al-Jathirah: 24 Maksudnya: Dan mereka berkata; tiadalah hidup yang lain selain hidup kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman, pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu, mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata. Falsafah Pendidikan Islam berusaha melahirkan individu yang soleh, seterusnya melahirkan warganegara yang beriman dan beramal soleh. Ia juga berusaha ke arah melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani. Oleh itu, falsafah pendidikan berfungsi menilai pendidikan, menyelaras dan menganalisis permasalahan dan isunya dalam kehidupan. Ia mencakupi pembahasan, pemahaman yang berbeza dan menjelaskan makna istilah yang digunakan dalam pendidikan. Turki Rabib menyatakan bahawa Falsafah Pendidikan Islam dibina berasaskan empat rukun iaitu: 1) Iman yang teguh kepada Allah dan Rasul-Nya, malaikat-Nya, syurga-Nya, neraka-Nya dan hari kebangkitan. 2) Akhlak yang baik dan mulia. 3) Berilmu dalam erti yang menyeluruh. 4) Amal soleh di dunia dan akhirat. Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negarake arah mencapai kebaikkan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Bahagian Kurikulum JAPIM, 2002 Jika diperincikan intipati Falsafah Pendidikan Islam ia membawa maksud: satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan asSunnah sepanjang hayat. Ia bermatlamat melahirkan insane yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran 26 dan bersikap positif untuk
  27. 27. membangunkan diri, masyarakat, alam sekitardan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.39 Falsafah Pendidikan Islam ini secara jelas menjurus pembangunan dalam empat aspek yang utama: 1. Menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai dasar dan pembelajaran seumur hidup bagi mendapat ilmu, kemahiran dan penghayatan. 2. Membentuk umat Islam menjadi hamba Allah S.W.T. yang mahir, keperibadian tinggi serta mempunyai pandangan semesta yang selari dengan ajaran Islam. 3. Membentuk umat Islam yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat daan alam sekitar. 4. Membentuk insan soleh sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.40 2.2 Dasar-dasar Pendidikan Islam Hassan Langgulung menyatakan bahawa perkara yang menjadi dasar dalam Pendidikan Islam ialah keesaan Tuhan, kepercayaan kepada pesuruh-pesuruh yang diangkat oleh Tuhan antara bangsa di dunia ini, kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada nabi-nabi, manusia semulajadi tidak berdosa dan mempunyai potensi yang tidak terbatas dalam perkembangan moral dan kerohanian, setiap orang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri, kehidupan sesudah mati dan persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat Islam. Perkara-perkara ini telah tertulis di dalam al-Quran yang telah diakui keasliannya. Setiap orang mesti mempercayai perkara-perkara ini sebelum dia disebut beriman. Ini adalah kerana perkara 1-6 merupakan Rukun Iman. Manakala perkara 7 pula merupakan kesimpulan kepada 1-6 tadi, iaitu hasil fahaman dan persaudaraan dalam kalangan umat Islam di mana sahaja mereka 39 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, m.s 175. 40 Kamarul Azmi Jasni dan Ab. Halim Tamuri. ( 2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Edisi Pertama, Johor:Universiti Teknologi Malaysia, m.s 24. 27
  28. 28. berada. Yang membezakan di antara seorang dengan seorang yang lain ialaha tahap ketakwaan mereka kepada Allah S.W.T. Jika dihalusi secara umumnya kandungan Dasar Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan soleh yang kamil, beriman, berilmu, beramal dan berakhlak. Itulah matlamat dan falsafah pendidikan Islam sesuai dengan konsep ad-din itu sendiri. 41 2.3 Matlamat Pendidikan Islam Dari huraian di atas dapatlah dikatakan bahawa matlamat Pendidikan Islam ialah untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu dengan nilai-nilai keislaman. Dalam pendidikan Islam, keadaan keseimbangan ini dapat diwujudkan dengan akal fikiran. Pemaduan sperti ini menghasilkan seorang individu yang beriman, berpengetahuan, berakhlak tinggi dan beramal salih. Ini seterusnya akan menghasilkan suatu masyarakat yang hidup dengan harmoni, menghormati dan bekerjasama di antara satu sama lain. 42 Di samping itu, jika dilihat secara amnya tujuan atau pendidikan Islam ini ialah merupakan prinsip-prinsip pendidikan yang berdasarkan Dinul Islam (al-Quran dan as-Sunnah) bagi membentuk akidah, sikap kemahiran kepribadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kea rah mencapai kebaikan (al-falah) di dunia dan kesejahteraan abadi serta mendapat keredhaan Allah di akhirat. Hassan Langgulung telah menjelaskan bahawa segala usaha untuk membentuk watak manusia sebagai khalifah di bumi adalah pendidikan menurut pandangan Islam. Kelayakan manusia sehingga ia dilantik khalifah adalah kerana ia mempunyai beberapa ciri istimewa seperti: 1. Fitrah: semulajadi manusia yang baik bersih daripada dosa. 2. Roh: unsur-unsur yang membezakannya daripada makhluk lain. 41 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, m.s 176. 42 Abdul Rahman Md Aroff dan Zakaria Kasa. (1988), Falsafah dan Konsep Pendidikan, Cetakan Kedua, Selangor:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., m.s 56-57. 28
  29. 29. 3. Kebebasan kemahuan: dapat menerima dengan kemahuan sendiri dan amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk lain. 4. Akal: membolehkannya membuat pilihan sama ada betul atau salah. 43 Ada pendapat mengatakan bahawa pendidikan Islam hanya tertumpu kepada kerohanian semata-mata. Pendapat seperti ini adalah salah kerana Islam tidak menghalang umatnya mempelajari bidang-bidang ilmu atau pengetahuan yang lain. Malah kedua-duanya saling berguna untuk yang lain. 44 Sebaliknya pendidikan Islam sebenarnya mempunyai peranan penting untuk memberi pengisian dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan.45 Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali. Ia menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan satu ibadat yang besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita meneliti ayat al-Quran yang pertama diturunkan. Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung dengan perkara lain seperti ibadat, tetapi dimulakan dengan perkara lain seperti ibadat, tetapi dimulakan dengan perintah yang berhubung dengan pendidikan. Falsafah pendidikan Islam dibina berasaskan kepada dasar dan nilai roh alQuran berdasarkan kepada empat rukun iaitu: 1. Iman yang teguh kepada Allah dan Rasulnya, malaikatnya, syurga, neraka dan Hari Kebangkitan. 2. Akhlak yang baik dan mulia. 3. Berilmu dengan erti yang menyeluruh mengenai ilmu dunia dan akhirat. 43 Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Edisi Semakan, Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd., m.s 4-5. 44 Abdul Rahman Md Raof, Zakaria Kasa. (1988), Falsafah dan Konsep Pendididkan Islam, Cetakan Kedua, Selangor:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd., m.s 57. 45 Kamarul Azmi, Ab.HalimTamuri. (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Edisi Pertama, Johor Bharu:Universiti Teknologi Malaysia, m.s 24. 29
  30. 30. 4. Amal salih di dunia dan akhirat.46 Firman Allah S.W.T mafhumnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, mereka dibimbing oleh Tuhan mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan”. (Surah Yunus: ayat 9) Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan, kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada falsafah yang disalurkan melalui pendidikan. Pendidikan diertikan oleh cendekiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi sama ada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai itu adalah ditentukan oleh falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan. Tujuan tertinggi pendidikan dalam Islam adalah untuk membina individu yang akan bertindak sebagai khalifah atau sekurang-kurangnya menempatkannya di suatu tahap menuju ke arah tujuan tersebut. Dalam konteks ini, Haron Din dan rakan-rakan menyatakan „Manusia sebagai khalifah adalah berkewajipan untuk memikul amanah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Sifat khalifah yang digelarkan kepada makhluk yang bernama insan yang sesuai dengan amanah yang diterima untuk dilaksanakannya‟.47 Khurshid Ahmad menyatakan pendidikan menurut pandangan Islam mestilah dapat melahirkan manusia yang mempunyai pendirian serta keyakinan yang kukuh terhadap idealisme Islam. Ia harus membentuk dalam dirinya satu „pendidikan Islamiyah‟ supaya ia dapat mengukir jalan hidup di bawah prinsip sinar cahaya Islam. 48 Falsafah pendidikan Islam berusaha 46 Prof.Madya Dr. Abd. Halim El-Muhammady. (1994), Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah Pendidikan Islam Peranannya Dalam Pembangunan Ummah, Kuala Lumpur: Budaya Ilmu Sdn Bhd., m.s 71. 47 Ahmad Mohd Salleh. (2004). Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Edisi semakan, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd., m.s 5. 48 Abdul Rahman Md Raof, Zakaria Kasa. (1988), Falsafah dan Konsep Pendididkan Islam, Cetakan Kedua Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd., m.s 58. 30
  31. 31. melahirkan individu yang salih, masyarakat yang salih, dan seterusnya melahirkan warganegara yang beriman dan beramal salih. Ianya juga berusaha ke arah melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani. Oleh hal yang demikian, insan yang dididik berasaskan falsafah pendidikan Islam akan bersifat dengan sifat-sifat takwa, iffah, ikhlas dan benar dalam percakapan, amanah dalam pekerjaan, istikamah di dalam tingkah laku, seterusnya dihiasi dengan sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi seperti belas kasihan, keadilan, membuat baik kepada jiran, menolong orang-orang yang lemah, menghormati hak-hak manusia seterusnya berusaha ke arah melahirkan insan yang berkeperibadian tinggi. 49 2.4 Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia 2.4.1 Pendidikan Islam Awal di Tanah Melayu Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu berhubung rapat dengan kedatangannya ke Nusantara, kerana Tanah Melayu merupakan satu daerah yang termasuk dalam pengistilahan Nusantara. Wan Hussain Azmi menyatakan kedatangan agama Islam ke alam Melayu berlaku di sekitar tahun 630 Masihi iaitu pada zaman hayat Rasulullah atau di pertengahan abad ke-7 Masihi yang dibawa oleh saudagar Arab dengan alasan bahawa hubungan perdagangan antara saudagar Arab dengan Nusantara telah pun berlaku sebelum itu. Dengan semangat dakwah Islamiah yang membara dan memikul tanggungjawab sebagai umat Islam, saudagar-saudagar tersebut tidak ketinggalan memperkenalkan Islam di rantau ini. Jika ditinjau sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke Tanah Melayu khasnya, ahli-ahli sejarah berselisih pendapat tentang tarikh yang tepat kedatangannya. Begitu juga tentang daerah di Tanah Melayu yang mula-mula didatangi atau menerima agama Islam. Pedagang dan pengembara Arab yang menjelajah ke Barat dan ke Timur dunia juga ialah pendakwah yang besar peranannya dalam perkembangan pendidikan Islam. Antara kurun 49 Prof. Madya Dr.Abd. Halim El-Muhammady. (1994), Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah Pendidikan Islam Peranannya Dalam Pembangunan Ummah, Kuala Lumpur:Budaya Ilmu Sdn Bhd., m.s 73. 31
  32. 32. ke-10 hingga ke-15 Masihi, pedagang dan pengembara Arab telah ramai sampai di Kepulauan Melayu. Bertolak dari sinilah pendidikan Islam mula mencatatkan sejarahnya di Tanah Melayu. Berdasarkan kenyataan yang disebutkan dalam dokumen Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah, dapat difahami bahawa perkembangan pendidikan islam di Semenanjung Tanah Melayu telah bermula sejak abad ke15 lagi. Dapat juga difahami bahawa sejak mula diperkenalkan, pendidikan tersebut telah terus berkembang. Kajian yang dibuat setakat ini telah menunjukkan bahawa pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah imam atau guru, kemudian berkembang menjadi pondok, selepas itu menjadi madrasah dan akhirnya menjadi sekolah-sekolah agama. 50 2.4.2 Sistem Sekular Setelah merdeka, sekolah-sekolah agama atau madrasah (sesetengahnya terkenal dengan panggilan sekolah Arab) menghadapi satu cabaran yang belum pernah berlaku dalam sejarah perkembangannya di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu kelahiran dasar pelajaran kerajaan Malaysia yang sekular, mengakibatkan akhirnya sekolah-sekolah agama atau madrasah menjadi lumpuh. Ini kerana dasar pelajaran kerajaan (Penyata Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960) memberi gambaran yang amat berbeza dari segi prospektif dan sistem pelajaran madrasah, iaitu jaminan ekonomi lebih jelas bagi para pelajar yang lulus daripada sekolah kerajaan. Oleh sebab rakyat Malaysia menyedari bahawa ekonomi merupakan satu daripada faktor asas dalam kehidupan manusia, maka tidak hairanlah jika ibu bapa lebih banyak dan tertarik menghantar anak-anak mereka ke sekolahsekolah kerajaan. Sekolah-sekolah agama atau madrasah menjadi lumpuh kerana dua faktor utama iaitu kekurangan pelajar dan sumber kewangan. Dalam peringkat inilah kerajaan mendapat peluang untuk campur tangan 50 Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd., m.s 4748. 32
  33. 33. dengan mengambil alih sekolah-sekolah agama atau madrasah yang lumpuh itu dengan mengubah suai kurikulumnya kepada yang lebih selari Dasar Kerajaan Malaysia. 51 2.4.3 Zaman Penjajahan Tanah Melayu telah mengalami dimensi penjajahan asing yang bukan sahaja melibatkan kekerasan politik, stratifikasi sosial, keagamaan bahkan melibatkan system pendidikan. Faisal Osman menjelaskan, dalam konteks pendidikan Islam, kedatangan penjajah telah mengubah arah sistem pendidikan kepada Dualism system of education (sistem keduaan dalam pendidikan). Kedatangan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun masingmasing mengetengahkan sistem pndidikan mereka sehingga meninggalkan kesan terhadap pendidikan Islam yang telah wujud sejak zaman kerajaan Melayu Melaka. Sebagai contohnya pada zaman penjajahan Inggeris, sistem pendidikan di Tanah Melayu tidak teratur dan tidak bersifat kebangsaan. Prof. Rahimah Ahmad terdapat pelbagai jenis sistem persekolahan yang bermodelkan kepada sistem sekolah gramar di England (sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian). Sekolah Melayu pula diproduk oleh British berpandukan kepada sistem gramar di atas dengan sedikit pengubahsuaian iaitu bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantarnya. Sekolah Melayu yang ditaja oleh para missioraris bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan nelayan yang boleh mengenal angka dan huruf, manakala sekolah Cina berorientasikan negeri China dan fahaman kecinaan, begitu juga sekolah Tamil yang disediakan untuk buruh estet. Pada masa yang sama juga wujud sekolah pondok yang bertujuan untuk melahirkan imam-imam dan ulama-ulama. Para pengkritik sejarawan menganggap kedatangan penjajah bertanggungjawab melahirkan sistem dualisme dengan melaksanakan sistem pendidikan sekular. Mereka melalui sekolah-sekolah 51 Ibid, m.s 53. 33
  34. 34. mubaligh manakala pihak yang lain daripada ulama-ulama Islam melaksanakan sistem pendidikan agama melalui institusi pondok. Sepanjang zaman penjajah, sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu sentiasa mengalami konflik dengan pendidikan missiorary, pelbagai isu kontroversi dan prejudis sentiasa memecahkan masayrakat Melayu antara akidah dan budaya hidup yang tulen. Pertelagahan ini timbul dalam masalah menyediakan tenaga professional, teknokrat dan ulama sehingga mewujudkan satu pertembungan “dualisame” pendidikan antara agama dan dunia. Zaman penjajahan ialah zaman yang paling gelap kepada sistem pendidikan negara kita. Kegelapan pendidikan pada ketika itu bukan sahaja tiadanya sistem pendidikan kebangsaan tetapi apa yang lebih ketara ialah usaha penjajah untuk melemahkan sistem pendidikan yang telah dibangunkan oleh bumiputera. Melalui dasar „pecah dan perintah‟ British berjaya mengasingkan proses pendidikan mengikut kaum. Sebelum zaman kedatangan kolonial sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu telah mantap dari segi sifatnya, sukatan pelajaran dan institusinya. Termasuklah para guru dan pelajar. Sekalipun tulisan jawi menjadi dasar dan bahasa pengantar, namun British masih lagi menganggap orang Melayu yang belajar di sekolah agama buta huruf (kerana tidak menggunakan tulisan rumi). Sedangkan pada masa itu orang Melayu telah menggunakan tulisan jawi. Kedatangan penjajah (Belanda, Portugis dan Inggeris) serta penjajah timur seperti Jepun telah menganggu corak pendidikan Islam di Tanah Melayu. Penampilan pendidikan sekular barat dan pendidikan Jepun telah memaksa masyarakat Melayu khasnya pendidikan Islam menerima pengaruh-pengaruh luar yang tidak selaras dengan akidah dan keilmuan Islam. Ketidakselarasan ini ekoran pendidikan sekular bermotifkan missionarism yang terbukti melalui para gurunya yang terdiri daraipada Reverand. Selain itu, beberapa buah sekolah tajaan missionary seperti Penang Free School telah menjadi saingan dan tamparan hebat terhadap institusi pendidikan Islam di Tanah Melayu. Proses sekularisasi pendidikan anak-anak Melayu terus berjalan dengan pesat dan terancang kerana penjajah barat 34
  35. 35. membuat tanggapan bahawa rakyat Tanah Melayu perlu „dirumikan‟ dari segi ilmu dan cara hidup seluruhnya, sehinggakan pelajaran agama Islam di sekolah-sekolah mission dan sekolah-sekolah Melayu telah dijadikan hanya sebahagian atau sampingan sahaja dan diajar di sebelah petang. Pendidikan Islam dan institusi pendidikin agama begitu ketara diketepikan apabila sekolah Melayu didirikan hanya untuk golongan elit agar rangkaian kepimpinan Melayu dapat lahir daripada yang berpendidikan barat. Dari sinilah timbulnya konflik pendidikan masyarakat Melayu yang membahagikan pendidikan kepada sekular dan agama. Pemisahan kepada dua golongan ini telah membahagikan masyarakat Melayu kepada dua stratifikasi sosial. Pendidikan sekular pada zaman penjajah melahirkan golongan nasionalis Melayu. Guru-guru agama yang dipandang kolot oleh penjajah telah bangun melancarkan revolusi mental dalam kalangan masyarakat Melayu. Institusi pendidikan Islam telah dijadikan pusat gerakan penentangan. Media massa digerakkan bagi menghalau penjajah yang bukan sahaja mengaut ekonomi negara bahkan merampas kuasa politik, pendidikan, merosakkan stratifikasi sosial, adat dan agama sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.52 2.4.4 Zaman Selepas Merdeka Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali corak pendidikan negara yang telah diruntukan oleh penjajah. Antara pelbagai lapangan yang ingin diperbaiki pada zaman selepas merdeka ialah pendidikan. Antara lain resolusi pendidikan yang akan dibentuk ialah menubuhkan satu system pendidikan kebangsaan. Semua pelajar tanpa mengira kaum akan belajar dengan menggunakan kurikulum dan bahasa yang sama. Matlamat utama ialah untuk membentuk rakyat yang taat setia dan bersatu padu.53 52 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, m.s 101-104. 53 Ibid., m.s 104. 35
  36. 36. Menurut Zainal Abidin Abdul Kadir, pendidikan Islam telah berjalan di bawah zaman penjajahan selama 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Razak 1956 dan penyata rahman Talib 1960. Dalam kedua-dua penyata tersebut, pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan „bersama‟ di dalam Sistem pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran 1961 telah memasukkan mata pelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu dengan peruntukan masa belajarnya sebanyak 120 minit seminggu. Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam Dasar Pendidikan Negara telah mewujudkan satu golongan pelajar (akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an) yang telah menuntut agar masa untuk pelajaran agama Islam ditambah dan pendidikan Islam perlu diajar di maktabmaktab perguruan. Pelajaran Agama Islam/Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat pengajian tinggi. Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam. 54 Suara-suara dan memorandum dibuat melalui beberapa saluran seperti Persatuan PelajarPelajar Timur Tengah, ABIM dan kegiatan-kegiatan politik. Hasrat untuk meletakkan pendidikan Islam pada tempat yang asal dalam masyarakat Melayu semakin bersemarak, malah dijelmakan dalam bentuk tindakan „tunjuk perasaan‟ di hadapan pintu menara gading. Akhirnya pada penghujung tahun 1970-an dan awal 1980-an tuntutantuntutan itu menjadi kenyataan dan dilaksanakan secara berperingkatperingkat. Hal ini dapat dibuktikan melalui tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) 1979, Fakulti Pengajian Islam di UKM 1979, maktab perguruan Islam 1975, dan pertambahan masa mata pelajaran agama Islam ditambah dari 120 minit seminggu kepada 240 minit seminggu pada tahun 1988. Terdirinya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menyebabkan wujudnya kelas aliran agama di sekolah-sekolah rendah dan 54 Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI): Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Edisi Semakan, Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd., m.s 54. 36
  37. 37. menengah. Mata pelajaran elektif pengajian Islam dijadikan bidang pengajian di kampus universiti. Mata pelajaran agama Islam tinggi seperti usuluddin, syariah dan bahasa Arab diperkenalkan. Ini membuktikan sistem pendidikan kebangsaan telah mendukung pendidikan Islam. Institusi pondok masih dipertahankan untuk menjaga keilmuan Islam dalam memenuhi tuntutan masyarakat tempatan. Begitu pertumbuhan institusi pendidikan agama yang lainnya seperti sekolah agama (Arab) diteruskan dengan tujuan menyediakan keperluan-keperluan negara dalam keagamaan. Antara lain pentadbiran sekolah agama (Arab) dikendalikan oleh: 1. Jabatan Agama Islam Negeri 2. Majlis Agama Islam Negeri 3. Persendirian 4. Kerajaan Pusat (Persekutuan) 5. Lembaga 6. Sekolah Rakyat 55 Akhir tahun 1980-an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan berani telah menjadikan „kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan‟ sebagai tersa dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malahan tidak keterlaluan jika FPN telah mendokong cita-cita dan hasrat Falsafah pendidikan Islam. FPN telah meletakkan „pembinaan insane seimbang‟ dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani ke arah melahirkan insan yang bersepadu yang tunduk dan patuh kepada Tuhan. Bertitik tolak dari FPN, keseluruhan struktur Kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubahsuai agar setiap mata pelajaran sama-sama mendokong cita-cita FPN dengan merapkan nilai-nilai murni sejagat (yang mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malahan dari segi pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa mata pelajaran (Sains 55 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distribution Sdn.Bhd., m.s 106-108. 37
  38. 38. dan Geografi umpamanya) telah diserapkan dengan akidah dan syariat Islamiah. Kewujudan dan perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) kelas aliran agama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan wujudnya mata pelajaran elektif seperti Tasawur Islam, al-Quran dan Sunnah dan Syariah Islamiah di peringkat pengajian menengah atas (Tingkatan IV dan V) serta mata pelajaran Syariah dan Usuluddin di peringkat menengah tinggi(Tingkatan VI) membuktikan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan telah mendokong pembangunan pendidikan Islam. 56 2.5 Kurikulum Mata Pelajaran Pendidikan Islam Islam merupakan suatu sistem hidup yang quddus, yang boleh menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ia merangkumi seluruh sistem hidup yang berasaskan „aqidah, syari‟at dan akhlak; mengimbangi di antara moral dengan material bagi mencapai kesempurnaan yang sebenar. Konsep „aqidah, syari‟at dan akhlak dalam Islam itu sendiri merupakan acuan pembentuk yang unggul, tetap dan sesuai bagi membentuk sahsiah yang kamil (sempurna) untuk menghasilkan manusia yang baik dan sempurna dalam masyarakat. Sifat kesempurnaan itu melayakkan mereka mengabdikan diri kepada Allah. Justeru, untuk melahirkan insan yang serba lengkap yang bersifat intergrasi; mencakupi kesempurnaan rohani, jasmani, akal dan akhlak, kurikulum yang lengkap adalah diperlukan. Kecemerlangan ilmu dan pembentukan sahsiah yang baik tidak akan tercapai tanpa kesempurnaan kurikulumnya. Kurikulum dalam bahasa Arab disebut sebagai manhaj atau minhaj yang diambil daripada kata dasar nahaja yang beerti mengikut jalan atau suatu jalan. Oleh itu, kurikulum dapat ditakrifkan sebagai sukatan atau rancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi berbagai-bagai 56 Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Edisi Semakan, Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd., m.s 55. 38
  39. 39. jenis-jenis ilmu pengetahuan sama ada bersifat spiritual dan fizikal. Manhaj ini disusun oleh sebuah badan yang berpengalaman dan berkewibawaan yang terdiri daripada ilmuan dan cerdik pandai dalam segala bidang, bagi melahirkan generasi pelajar yang sempurna dan berguna kepada masyarakat. Hassan Langgulung menegaskan kurikulum ialah sejumlah pengalaman pendidikan, kebudayaan, sosial, sukan dan kesenian yang disediakan oleh sekolah untuk murid-murid bagi membantu mereka mengembangkan dan mengubah tingkah laku mereka supaya sesuai dengan matlamat pendidikan. Menurut al-Syaibani pula, mendefinisikan kurikulum (manhaj) sebagai jalan yang terang, dilalui oleh pendidik atau guru pelatih dengan orang yang dididik atau dilatih bagi mengembangkan pengetahuan, keterampilan dan sikap mereka. Menurut al-Nu‟umi, kurikulum atau sukatan pelajaran mengandungi pengertian yang sama, iaitu perkara yang dipelajari oleh murid-murid dalam bilik darjah sebagai persediaan untuk memasuki peperiksaan akhir tahun. Dengan pengertian ini, kurikulum mengandungi pengetahuan atau maklumat yang diajar kepada murid-murid yang hanya terhad di bilik darjah sahaja. Segala pengetahuan dan kegiatan di luar bilik darjah tidak termasuk dalam definisi tersebut. Oleh itu kandungan kurikulum amat mustahak dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang bersepadu yang bersifat universal, yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berbentuk teori dan praktis atau ilmu aqliah dan naqliah. Faktor penting dalama pembentukan kurikulum sama ada dalam pelajaran agama atau selainnya dilihat dari beberapa sudut tertentu seperti falsafah sesuatu masyarakat, situasi, diri individu, asas pengetahuan dan kebolehan. Menurut al-Nu‟umi, antara faktor yang berkesan dalam pembinaan kurikulum ialah fitrah manusia, pertumbuhan jasmani dan akal, keluarga, sekolah, teori pendidikan dan keadaan alam sekitar. Faktor-faktor tersebut saling kait-mengait dan pengaruh-mempengaruhi. Al-Syaibani pula menegaskan bahawa asas umum yang menjadi faktor utama dalam pembentukan kurikulum pendidikan Islam ialah asas keagamaan, falsafah, 39
  40. 40. individu dan masyarakat. Bagi membentuk sesebuah kurikulum supaya lebih komprehensif dan dinamis, aspek-aspek utama yang perlu ditekankan ialah tujuan atau matlamat pengajaran, kandungan, kaedah dan penilaian. Oleh itu, matlamat kurikulum dalam pendidikan Islam untuk melahirkan individu yang sempurna, sama ada dari segi rohani mahupun jasmani, mata pelajaran dalam kurikulum itu hendaklah bersifat sepadu. Dengan kata lain, mata pelajaran dalam kurikulum pendidikan Islam tidaklah terbatas pada ilmu-ilmu yang berbentuk teori sahaja, baik bersifat naqli mahupun „aqli, tetapi juga berbentuk praktis, seperti pendidikan jasmani, latihan ketenteraan, teknik, pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kurikulum yang semata-mata membekalkan pelajaran yang berbentuk spiritual boleh menyulitkan sesuatu institusi pengajian bagi kelanjutan hidupnya di samping kesukaran menghadapi cabaran khususnya dari segi pembangunan material. Justeru, ilmu atau mata pelajaran agama Islam dalam sesebuah kurikulum, sepatutnya tidak hanya terbatas ilmu-ilmu yang berbentuk teori sahaja, baik bersifat naqli mahupun „aqli tetapi wajarlah merangkumi ilmu praktis seperti pendidikan jasmani, latihan ketenteraan dan sebagainya. Pendidik-pendidik Islam pada zaman silam berpendapat bahawa kurikulum pendidikan Islam amat perlu dimuatkan dengan praktis di samping ilmu teori dan spiritual dengan menekankan teknik, pertukangan, pertanian dan perniagaan. Ibn Sina menegaskan: “Sekiranya kanak-kanak sudah tamat mempelajari al-Quran dan telah menghafaz prinsip-prinsip bahasa, maka pada itu hendaklah ditinjau ke manakah anak itu akan dijuruskan kerjaya. Kalau dia mahu menjadi penulis, hendaklah ditambah dengan pelajaran bahasa Arab iaitu pelajaran persuratan, pidato dan perdebatan dan lain-lain lagi kemudian diajar perkiraan (menghitung) syair dan tulisan halus. Kalau dia menginginkan (pekerjaan) yang lain, maka harus menggandakan pelajaran dalam bidang itu.” Untuk menghadapi cabaran zaman yang penuh dengan kemajuan dan pembangunan, lebih-lebih lagi selaras dengan prinsip pembentukan kurikulum pendidikan Islam yang bersifat sepadu, kurikulum di institusi pendidikan Islam itu perlu dikaji dan digubal semula. Dalam penggubalannya, penekanan 40
  41. 41. perlu diberi terhadap falsafah dan matlamat pendidikan Islam di samping memberi perhatian berat terhadap situasi masyarakat dan keadaan diri pelajarpelajar sendiri. Oleh sebab matlamat pelajaran dan pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan individu dan masyarakat Muslim yang bertakwa dan lengkap dalam semua aspek sama ada jasmani mahupun rohani, moral mahupun material, kurikulum sepadu yang terdiri daripada ilmu-ilmu teori dan amali perlu diwujudkan. Tiap-tiap mata pelajaran, sama ada yang berbentuk teori atau amali perlulah diserapkan dengan unsur-unsur Islam, untuk menyakinkan pelajar bahwa semua ilmu adalah saling kait-mengait dan mempunyai satu matlamat. Kurikulum yang seimbang serta bersepadu di antara mata pelajaran yang bersifat teori dan amali dapat melahirkan individu yang lengkap dan sempurna dalam sebarang aspek bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia yang menjadi punca utama bagi mencapai kebahagiaan di akhirat. 57 Kekuatan bagi mana-mana mata pelajaran adalah bergantung pada aspek kandungan pelajaran, pendekatan, kaedah dan kativiti pengajaran dan pembelajaran serta kekuatan bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Kekuatan dan keberkesanan pendidikan Islam juga ada kaitan dengan perkara tersebut perlu menjadi tumpuan dalam kurikulum Islam. Huraian mengenai perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan dalam kurikulum Pendidikan Islam menyentuh aspek isi pelajaran, kaedah pengajaran, bahan pengajaran dan penilaian pencapaian murid. Jika dilihat dalam isi pelajaran menekankan mengenai menguasai kemahiran al-Quran dan kefahaman hadis. Selain itu melengkapkan murid dengan Rukun Iman dan Rukun Islam serta mengembangkan perkaitan fardhu ain dan fardhi kifayah secara lengkap dan menyeluruh. Di samping itu, pelajaran jawi menjadi sebahagian daripada pelajaran Pendidikan islam. Di sekolah rendah ia dimasukkan dalam sebahagian dalam kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, jawi perlu diajar dan digunakan dalam 57 Hj.Abdullah Ishak. (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Cetakan Pertama, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s 51-58. 41
  42. 42. proses pengajaran pendidikan Islam. Di sekolah menengah, penggunaan jawi perlu diteruskan dengan cara melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam tulisan jawi. Malah isi pelajaran dalam Pendidikan Islam juga menyediakan isi pelajaran yang berbeza bagi kumpulan pelajar-pelajar yang lemah, sederhana dan cergas agar isi pelajaran dapat diterima tanpa membezakan tahap kognitif seseorang pelajar tersebut. Selain isu isi pelajaran dipandang serius dalam Pendidikan Islam, kaedah-kaedah juga turut diambil kira dalam tumpuan Pendidikan Islam ini iaitu dengan menjadikan pengajaran-pembelajaran pendidikan Islam lebih menarik berkesan di samping menjadikan pengajaran pendidikan Islam itu lebih berkaitan dengan kehidupan pelajar dan berlandaskan kontek. Malah memasukkan unsur kemahiran berfikir (KBKK) dalam proses mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berpusatkan pelajar. Di samping itu, bahan pengajaran yang banyak menekankan penggunaan pelbagai bahan bantuan mengajar seperti menggalakkan guru menggunakan bahan P&P berasaskan ICT turut ditekankan dalam pengajaran Pendidikan Islam ini. Dalam penilaian pencapaian murid ia menekankan dalam mengubah corak penilaian supaya dapat menilai perkembangan dan pencapaian murid secara menyeluruh merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan efektif serta penilaian pendidikan Islam berasaskan rujukan kriteria. Selain tumpuan yang disebut di atas terdapat juga ciri-ciri utama kurikulum pendidikan Islam seperti menekankan pembentukan dan pembangunan insane mulia yang berkeupayaan ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara. Pelajar akan dibimbing berterusan tentang kehidupan beradab dan berdisiplin yang mengangkat martabat insaniah serta menjelmakan keesepaduan ilmu. Kurikulum Pendidikan Islam yang bersumberkan ilmu menjadi pelengkap ilmu yang bersaling kait dan merentasi. Pelajar dapat memahami secara lebih jelas tentang kesepaduan antara ilmu naqli dengan ilmu „aqli melalui isi kandungan 42
  43. 43. kurikulum pendidikan Islam itu sendiri dan perkaitannya dengan mata pelajaran lain. 58 2.6 Fungsi Pendidikan Islam Pendidikan Islam ialah pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan Hadis. Oleh itu, matlamat pendidikan tersebut hendaklah disesuaikan dengan keduadua sumber tersebut. Mohd Attiah al-Ibrashi menyatakan bahawa matlamat pendidikan Islam ialah: ‫التقرة الى اهلل دون الريبسخ والمجبهبح والمىبفسخ‬ Maksudnya: “Bertaqarrub kepada Allah, bukan untuk menjadi pemimpin bermegah-megah dan berlumba-lumba”.59 Pendidikan mempunyai matlamat yang menyeluruh dan sejajar denga situasi universal. Matlamat utama pendidikan secara umum ialah menyediakan seseorang individu bagi memainkan peranan yang positif dalam semua aspek yang matlamat akhirnya untuk masyarakat. Bagi membangunkan daya usaha itu, pendidikan secara berkesan dapat bertindak sebagai sebuah ejen untuk mengekalkan dan menyebarkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan serta pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden kini, pendidikan juga dapat menyediakan ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan yang rencam di samping membuat pembaharuan serta menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan masyarakat. Dalam melaksanakan prinsip hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia bagi memelihara kestabilan hidup bermasyarakat dan bernegara, generasi tersebut dibekalkan dengan kesempunaan rohani, ketahanan fizikal, keutuhan ekonomi, kecerdasan fikiran dan kecekapan dalam 58 Ahmad Mohd Salleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI): Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Edisi Semakan, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd., m.s 84-86. 59 Ibid, m.s 24. 43
  44. 44. pentadbiran.60 Pendidikan Islam yang menyokong cita-cita pembangunan inan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia, memerlukan kurikulum pendidikan yang mengimbangi antara ilmu, keimanan dan kemahiran. Dengan wujudnya keseimbangan antara ketiga-tiga faktor di atas, maka akan lahirlah insan yang sempurna yang mampu mendukung cita-cita seseorang hamba dan khalifah Allah di muka bumi dan seterusnya mendapat keredhaan Allah serta kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Kurikulum KBSR dan KBSM telah dibentuk bagi memenuhi cita-cita pembentukan insan yang soleh atau insan yang patuh kepada ajaran agama. 2.7 Kajian-kajian Lepas Berkenaan Persepsi atau Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah membuat beberapa kajian literatur untuk mendapatkan serba-sedikit maklumat dalam melaksanakan kajian. Berdasarkan kajian lepas yang dijalalankan oleh Zalmiza binti Zakariya berkenaan penerimaan dan penghayatan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam yang dilakukan di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di daerah Kota Setar, dapatan kajian menunjukkan sebanyak 5.5% mengatakan tidak sepenuh hati untuk mempelajari mata pelajaran ini dengan alasan mata pelajaran ini hanya merupakan mata pelajaran wajib dipelajari di sekolah dan terpaksa mempelajarinya.61 Kajian kedua oleh Aiiri Abu Bakar berkenaan dengan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam yang dilakukan di sekolah-sekolah menengah daerah Alor Gajah, Melaka mendapati secara keseluruhannya para pelajar mempunyai sikap yang kurang memuaskan terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan guru Pendidikan Islam. Hal ini berdasarkan nilai min keseluruhan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam adalah 2.71 dan min sikap pelajar terhadap guru Pendidikan Islam adalah 2.50. 60 Ibid, m.s 91. Zalmiza binti Zakariya. (2004), Penerimaan dan Penghayatan Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam : Satu Kajian di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kota Setar, Kedah: Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana, m.s 30. 61 44
  45. 45. Dapatan kajian ini menunjukkan hubungan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap Pendidikan Islam dengan sikap pelajar terhadap guru Pendidikan Islam. 62 Kajian seterusnya adalah berkenaan persepsi, minat dan penghayatan terhadap mata pelajaran Pendidika Islam di kalangan pelajar-pelajar tingkatan lima di SMK Mudzaffar Shah, Simpang Empat, Semanggol Perak didapati min keseluruhan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini ialah 3.27 dan minat mereka pula ialah 3.32 sementara penghayatan terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam hanya 3.22. Jelaslah dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian pelajar terhadap persepsi, minat dan penghayatan pelajar berada pada tahap sederhana. 63 Dapatan kajian seterusnya berkenaan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam telah dilakukan oleh Nazri Hamid yang mana daripada kajian yang dilakukan kepada pelajar tingkatan empat mendapati mereka bersetuju menyatakan berasa seronok belajar mata pelajaran ini hanya 23.3 %, sementara mereka tidak bersetuju mengatakan seronok mempelajari mata pelajaran ini iaitu sebanyak 46.7% dan hanya 5% pelajar pula yang menyatakan mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang paling diminati. Hasil dapatan juga menunjukkan sebanyak 95% pelajar memilih mata pelajaran lai sebagai mata pelajaran yang paling diminati. 64 Hasil kajian Nazri Hamid juga mendapati pelajar menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam kerana secara tradisinya mata pelajaran tersebut terpaksa dipelajari bukan sebagai mata pelajaran pilihan mereka. Antara faktornya kerana mata pelajaran ini tidak disenaraikan sebagai satu mata pelajaran yang membolehkan pelajar ditempatkan dalam kelas yang 62 Aiiri Abu Bakar. (2003). Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam: Satu Kajian di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah, Melaka di akses daripada http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/islam.htm 22 Mei 2008. 63 Yahya Abdullah. (2003), Persepsi, Minat dan Penghayatan Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Lima di SMK Mudzaffar Shah, Simpang Empat Semanggol, Perak di akses daripada http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/islam.htm 22 Mei 2008. 64 Nazri Hamid, (2000), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Dua Buah Sekolah, Universiti Malaya:Tesis Sarjana Pendidikan. 45
  46. 46. terbaik. Selain itu, mata pelajaran ini juga tidak dijadikan syarat wajib kepada pelajar-pelajar Islam untuk membolehkan mereka mendapat tempat di IPT. Hal seperti ini menyebabkan pelajar-pelajar lebih menumpukan dan memberi perhatian kepada mata pelajaran lain yang dijadikan sebagai syarat utama untuk melayakkan mereka masuk IPT.65 Hal ini menunjukkan bahawa sikap atau persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini masih positif tetapi masih belum menjadi mata pelajaran yang paling diminati peljar-pelajar yangmana menyokong kepada kajian-kajian sebelum ini yang dilakukan oleh Persatuan Mahasiwa Terengganu, Universiti Malaya, Wira Rahman Arshad dan Ismail Abdul Halim. 66 2.8 Kesimpulan Dasar utama yang menjadi asas dalam falsafah pendidikan Islam ialah landasan al-Quran dan as-Sunnah untuk mempotensikan seorang insan menjadi muslim yang berilmu pengetahuan,berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia ke arah melengkapkan diri serta tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah. Merujuk kepada penyataan Falsafah Pendidikan Islam di atas, jelaslah bahawa pelaksanaan pendidikan Islam harus dilaksanakan secara berterusan. Dalam erti kata lain, pengajaran serta pendidikan islam harus bermula daripada “buaian hingga ke liang lahad”. Ia tidak terhenti sekadar menyampaikan maklumat yang berbentuk ilmu semata-mata tetapi ia harus diseiringkan dengan arahan yang betul dan penyataan yang berterusan. 67 Falsafah pendidikan dari kaca mata islam mestilah berteraskan panduan yang dicipta oleh Allah. Manusia tidak boleh mencipta falsafahnya 65 Nazri Hamid, (2000), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Dua Buah Sekolah, Universiti Malaya:Tesis Sarjana Pendidikan. 66 Nazri Hamid, (2000), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Dua Buah Sekolah, Universiti Malaya:Tesis Sarjana Pendidikan. 67 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, m.s 177. 46
  47. 47. sendiri, sebaliknya falsafah itu mestilah lahir dari tasawur yang jelas bahawa manusia mesti dididik dengan dasar-dasar umum yang telah ditentukan oleh Allah. Menjurus dari tasawur inilah bermulanya titik tolak kehidupan manusia dalam semua bidang. Oleh itu, falsafah yang tidak bertitik tolak dari tasawur ini tidak akan diterima oleh Islam. 47
  48. 48. BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perspepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti kaedah pengajaran guru terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji untuk membentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan penganalisaan data. 3.1 Reka bentuk kajian 3.1.1 Kajian Deskriptif Reka bentuk sesuatu penyelidikan adalah satu teknik dan kaedah tertantu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan reka masalah. Khususnya, benntuk sesuatu penyelidikan membincangkan bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif kajian penyelidikan.68 Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih dua buah sekolah dalam daerah Hulu Selangor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Pengkaji telah menggunakan kajian tinjauan di mana pengkaji telah mencari maklumat mengenai persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengkaji juga menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif iaitu pengkaji mengumpul data-data bagi menjawab persoalan mengenai status semasa subejk atau sesuatu yang dikaji. Penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara itu, kaedah penyelidikan deskriptif digunakan. 69 Justeru, dalam menentukan kaedah ini digunakan, pengkaji telah membuat beberapa langkah antaranya seperti menyatakan masalah yang ingin dikaji, 68 Mohd Majid Konting. (2005), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Ketujuh, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s. 19. 69 Ibid., m.s. 96. 48
  49. 49. menentukan populasi dan pembolehubah yang berkaitan, mengenal pasti maklumat yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah, memilih atau membentuk alat bagi mengumpul maklumat dan mengumpul data-data penyelidikan. 3.1.2 Kajian Tinjauan Dalam kaedah deskriptif ini, pengkaji telah menggunakan kajian tinjauan. Kajian tinjauan adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai sesuatu pembolehubah-pembolehubah dalam kajian dengan mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. 70 a) Tinjauan Sampel Tinjauan sampel adalah tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji di mana sampel secara rawak digunakan bagi mewakili populasi tersebut.71 Tinjauan sampel ini memerlukan sampel secara rawak bagi mengkaji pembolehubah-pembolehubah nyata seperti bilangan pelajar dan bilangan guru. Pengkaji menggunakan teknik persampelan bagi mendapatkan sampel mengenai pembolehubah nyata sesuatu populasi. Dalam menjalankan kajian ini, tinjauan sampel dilakukan oleh pengkaji dengan mengedarkan borang soal selidik kepada sampel kajian. Pengedaran borang soal selidik adalah sebagai satu cara untuk mengumpulkan maklumat mengenai persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan kaedah pengajaran guru Pendidikan Islam dalam kelas. Selain itu, kajian tinjauan dibuat juga adalah untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap pelajar semasa mempelajari mata pelajaran ini. 70 71 Ibid., m.s 102. Ibid., m.s 103. 49
  50. 50. 3.2 Sampel Kajian Pengkaji telah memilih sampel secara rawak bagi membolehkan soalan kajian ini dijawab tepat oleh sampel kajian dengan menyatakan sama ada sangat setuju, setuju, tidak setuju atau sangat tidak setuju. a) Sampelan Pelajar Pelajar-pelajar yang terlibat dan dipilih secara rawak ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan dua dari dua buah sekolah iaitu sekolah menengah harian biasa dan sekolah menengah agama. Jumalah sampelan pelajar yang terlibat dari sekolah menengah agama adalah seramai 60 orang sementara dari sekolah menengah harian biasa adalah seramai 40 orang. Daripada kedua-dua jumlah tersebut, jumlah sampelan dalam kajian ini adalah melibatkan seramai 100 orang pelajar tingkatan dua. Jadual 3.1 : Pemilihan sampel sekolah, pelajar dan guru Bil Sekolah Jenis sekolah Bil. pelajar 1. SMK Gedangsa Luar Bandar 40 orang Bil Guru Pend. Islam ( Ting 1-3) 2 orang 2. SAMT Kuala Kubu Bandar 60 orang 5 orang 100 orang 7 orang Bharu Jumlah Jadual 3.2 : Taburan Peratusan Sampel Pelajar Mengikut Jantina Jantina Peratus (%) Bilangan Lelaki 45 45 Perempuan 55 55 Jumlah 100 100 50
  51. 51. Jadual 3.3 : Taburan peratusan dan bilangan sampel mengikut jantina berdasarkan bandar dan luar bandar Jantina Bandar Peratusan (%) Luar bandar Peratusan (%) Lelaki 29 48.3 14 35 Perempuan 31 51.7 26 65 Jumlah 60 100 40 100 Dalam jadual 3.3 tersebut menunjukkan taburan peratusan responden dan sampel mengikut jantina dan sekolah bandar serta luar bandar. Jadual 3.4 : Taburan peratusan pelajar mengikut taraf pendapatan ibu bapa Pendapatan Peratus (%) Bilangan Kurang RM500 23 23 Antara RM500 – RM 950 11 11 RM 950 ke atas 66 66 Jumlah 100 100 Dalam jadual 3.4 ditunjukkan butir-butir tentang tingkat ekonomi atau pendapatan bulanan ibu bapa atau keluarga pelajar tingkatan dua di kedua-dua buah sekolah. b) Sampelan guru Guru-guru Pendidikan Islam yang dipilih adalah terdiri daripada mereka yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 sekolah berkenaan. Memandangkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini adalah sedikit bilangannya, maka pengkaji telah memilih semua guru tersebut dalam persampelan ini. Jadual 3.5 : Taburan Peratusan Sampel Guru Mengikut Lokasi Sekolah Lokasi Peratus (%) Bilangan Bandar 71.4 5 Luar Bandar 28.6 2 Jumlah 100 7 51
  52. 52. 3.3 Instrumen Kajian Instrumen kajian atau alat ukur adalah penting bagi mencapai sesuatu objektif kajian. Isntrumen digunakan untuk mengukur pembolehubah-pemboleh ubah yang dikaji. 72 Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen kajian berbentuk soal selidik. Pengkaji menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, kehendak, dan sebagainya. Pengkaji telah memilih soal selidik berbentuk Skala Likert. 3.3.1 Soal Selidik Pelajar Satu set instrumen kajian telah dibina yang mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A latar belakang responden kajian, bahagian B persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan bahagian C mengandungi persepsi pelajar terhadap pengajaran guru. Bahagian persepsi pelajar terhadap mata pelajaran mengandungi 15 items dan di bahagikan kepada empat sub skala bagi mengukur persepsi terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. (Rujuk lampiran) iaitu : A. Latar belakang pelajar : 5 item. B. Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam sebanyak 15 item. C. Persepsi pelajar terhadap cara pengajaran guru sebanyak 15 item. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat latar belakang pelajar. Bahagian B dan C pula adalah untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam serta cara pengajaran guru Pendidikan Islam. 72 Ibid., m.s 186. 52
  53. 53. 3.3.2 Soal Selidik Guru Pengkaji juga telah mengemukakan soal selidik kepada guru bagi mendapatkan maklum balas guru terhadap pelajar semasa mempelajari mata pelajaran ini. Soal selidik ini dikemukakan adalah untuk menilai persepsi mereka terhadap pelajar. (Rujuk lampiran). 3.4 Prosedur Melaksanakan Kajian Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah memohon kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah dengan menghantar surat permohonan kebenaran kepada pejabat Jabatan TITAS untuk mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian. Seterusnya, pengkaji menghantar surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Jabatan TITAS kepada Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan kelulusan menjalankan kajian. Setelah mendapat izin bertulis, pengkaji telah memohon kebenaran daripada pengetua sekolah berkenaan untuk mendapat kelulusan menjalankan kajian dan mendapatkan kerjasama pengetua terbabit. Pengkaji menjalankan kajian setelah mendapat kelulusan dan mendapat kerjasama daripada pengetua dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Soal selidik akan diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar dan juga guru-guru Pendidikan Islam. Sebelum soal selidik ini diedarkan, pengkaji telah menghantar proposal kajian berserta instrumen soal selidik kepada penyelia iaitu Ustaz Misnan bin Jemali untuk disemak. Soal selidik-soal selidik yang diubahsuai dan disemak tadi kemudiannya ditadbirkan kepada para pelajar dan guru yang terlibat selepas mendapat kelulusan daripada penyelia kajian. Soal selidik yang ditadbirkan ini adalah menjadi sulit dan maklumat ini hanya dalam maklumat pihak pengkaji sahaja dan segala maklumat serta jawapan yang diberi oleh responden tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak. 53
  54. 54. 3.5 Temu bual Temu bual merupakan satu kaedah apabila subjek dalam pengkajian dan pengkaji hadir bersama dalam proses memperoleh maklumat. Maklumat pengkajian itu diperoleh secara langsung oleh pengkaji daripada subjek. Temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya yang diperlukan untuk mencapai objektif kajian. 73 Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah memastikan persiapan, membentuk hubungan baik, mendapatkan maklumat serta merekodkan maklumat perlu dijalankan mengikut prosedur temu bual. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menemubual lapan orang responden iaitu terdiri daripada empat orang pelajar lelaki dan empat orang pelajar perempuan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan fakta berkenaan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan cara pengajaran guru Pendidikan Islam. Pengkaji membuat temu bual ini secara bersturktur bagi mengukuhkan lagi dapatan yang diterima hasil daripada soal selidik para pelajar. 3.6 Kebolehpercayaan dan kesahan Pengkaji telah menggunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Mohd. Zamri Sabran (1992) yang mengkaji hubungan persepsi peelajar terhadap mata palejaran Alam dan Manusia. Sementara soal selidik persepsi pelajar terhadap cara pengajaran guru Pendidikan Islam juga diadaptasi daripada Mohd. Zamri Sabran (1992). Kedua-dua soal selidik ini telah diubah suai oleh pengkaji mengikut kesesuaian. Data yang telah diperoleh dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Nilai pekali alpha bagi soal selidik adalah 0.810. Ini menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dan boleh diterima serta boleh ditadbirkan di sekolah-sekolah lain. 73 Ibid., m.s. 237. 54
  55. 55. BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan Dalam bab ini akan dibincangkan dapatan-dapatan yang diperoleh dari kajian ini. Pengkaji akan menjelaskan mengikut susunan soalan-soalan yang telah dikemukakan. Maklumat yang diperoleh daripada pelajar dan guru akan dibincangkan dalam bab ini. 4.1 Latar belakang sampel kajian Daripada sampel tersebut latar belakang pelajar dapat dibahagikan kepada sekolah, jantina, pendapatan dan jenis pekerjaan keluarga serta tahap pendidikan keluarga. Jika dilihat daripada jenis sekolah yang dikaji sebanyak 40% (40) daripada SMK Gedangsa dan 60% (60) daripada SMAT Kuala Kubu Bharu. Lihat Jadual dan Carta 1 di bawah. Jadual 1: Taburan Peratusan Sampel Kajian Mengikut Sekolah Sekolah Peratusan% Kekerapan SMK GEDANGSA 40.0 40 SAMT KKB 60.0 60 Jumlah 100.0 100 55
  56. 56. Carta 1 Peratusan Sampel Kajian Mengikut Sekolah SMKGEDANGSA SAMT KKB 60% 40% Dari segi taburan mengikut jantina, di dapati sebanyak 44% (44) adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan sebanyak 56% (56) adalah pelajar perempuan. Lihat Jadual 2 di bawah. Jadual 2: Taburan Peratusan Sampel Kajian Mengikut Jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Peratusan% 44.0 56.0 100.0 Kekerapan 44 56 100 Hasil dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai keluarga yang berpendapatan lebih daripada RM 950 ke atas iaitu sebanyak 66% (66), manakala berpendapatan antara RM 501-950 sebanyak 11% (11) dan pendapatan kurang RM 500 adalah 23% (23). Lihat Jadual 3 di bawah. Jadual 3: Taburan Peratusan Sampel Kajian Mengikut Pendapatan Keluarga Jumlah Pendapatan Kurang RM 500 Antara RM 501-950 RM950 dan ke atas Jumlah Peratusan% 23.0 11.0 66.0 100.0 56 Kekerapan 23 11 66 100
  57. 57. Bagi sampel kajian yang mengikut pekerjaan ibu bapa di dapati sebanyak 37% (37) terdiri daripada kakitangan kerajaan, manakala sebanyak 35% (35) pula adalah terdiri daripada kakitangan swasta dan bekerja sendiri sebanyak 28% (28). Lihat Jadual 4 di bawah. Jadual 4: Taburan Peratusan Sampel Kajian Mengikut Pekerjaan Pekerjaan Kerajaan Swasta Sendiri Jumlah Peratusan% 37.0 35.0 28.0 100.0 Kekerapan 37 35 28 100 Berdasarkan kajian, didapati kebanyakan pelajar yang datang daripada keluarga yang mempunyai tahap pendidikan peringkat sijil iaitu sebanyak 57% (57), diploma 16% (16), ijazah 22% (22) dan lain-lain pula sebanyak 5% (5) sahaja. Lihat Jadual 5 di bawah. Jadual 5: Taburan Peratusan Sampel kajian Mengikut Tahap Pendidikan Keluarga Tahap Pendidikan Sijil Diploma Ijazah Lain-lain Jumlah 4.2 Peratusan% Kekerapan 57.0 16.0 22.0 5.0 100.0 57 16 22 5 100 Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Persepsi pe;ajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam boleh dilihat melalui 15 item yang disediakan di bawah. Jadual 6 di bawah ini menunjukkan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam mengikut item-item yang telah dibina berdasarkan dua buah sekolah iaitu SMK Gedangsa dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (SAMT KKB). 57
  58. 58. Jadual 6: Analisis Peratusan Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Mengikut Sekolah Item-item persepsi pelajar terhadap Pendidikan Islam 1. Saya suka buku-buku agama. membaca 2. Saya sangat suka belajar Pendidikan Islam jika dibandingkan dengan pelajaran lain. 3. Semasa proses pembelajaran Pendidikan Islam, saya berasa begitu seronok untuk belajar. 4. Saya tidak pernah berasa jemu untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. 5. Saya suka jika masa belajar Pendidikan Islam di dalam bilik darjah dilanjutkan lagi tempoh pembelajarannya. 6. Saya dapat pengetahuan yang luas apabila mempelajari pelajaran Pendidikan Islam. 7. Pelajaran Pendidikan Islam sangat berguna pada diri saya. 8. Saya suka latihan selepas tamat belajar Pendidikan Islam. Nama Sekolah Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju SMK Gedangsa (%) 12.5 (5) (%) 65.0 (26) (%) 22.5 (9) Sangat Tidak Setuju (%) 0 (0) SAMT KKB 30.0 (18) 65.0 (39) 5.0 (3) 0 (0) SMK Gedangsa 12.5 (5) 65.0 (26) 17.5 (7) 5.0 (2) SAMT KKB 21.7 (13) 68.3 (41) 10.0 (6) 0 (0) SMK Gedangsa 17.5 (7) 70.0 (28) 10.0 (4) 2.5 (1) SAMT KKB 28.3 (17) 60.0 (36) 10.0 (6) 1.7(1) SMK Gedangsa 17.5 (7) 55.0 (22) 27.5 (11) 0 (0) SAMT KKB 36.7(22) 56.7 (34) 6.7 (4) 0 (0) SMK Gedangsa 7.5 (3) 40.0 (16) 52.5 (21) 0 (0) SAMT KKB 6.7 (4) 60.0 (36) 33.3 (20) 0 (0) SMK Gedangsa 32.5 (13) 52.5 (21) 15.0 (6) 0 (0) SAMT KKB 68.3 (41) 31.7 (19) 0 (0) 0 (0) SMK Gedangsa 55.0 (22) 42.5 (17) 2.5 (10 0(0) SAMT KKB 90.0 (54) 10.0 (6) 0 (0) 0 (0) SMK Gedangsa 15.0 (6) 60.0 (24) 25.0 (10) 0 (0) SAMT KKB 21.7 (13) 58.3 (35) 20.0 (12) 0 (0) 20.0 (8) 75.0 (30) 2.5 (1) 2.5 (1) 18.3 (11) 65.0 (39) 16.7 (10) 0 (0) SMK Gedangsa 20.0 (8) 35.0 (14) 42.5 (17) 2.5 (1) SAMT KKB 70.0 (42) 23.3 (14) 6.7 (4) 0 (0) SMK Gedangsa 22.5 (9) 50.0 (20) 22.5 (9) 5.0 (2) SAMT KKB 8.3 (5) 11.7 (7) 66.7 (40) 13.3 (8) 9. Latihan yang diberikan SMK Gedangsa kepada kami adalah mencukupi. SAMT KKB 10. Saya suka guru membawa pelajar ke luar bilik darjah untuk mempelajari Pendidikan Islam. 11. Saya suka guru mengajar Pendidikan Islam di dalam bilik darjah sahaja. 58

×