Your SlideShare is downloading. ×
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Penggunaan ICT
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Penggunaan ICT

982

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
982
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
65
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN; SATU KAJIAN DI JABATAN PENGAJIAN AM, POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA. Oleh : Asnuurien Najma Binti Ahmad Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka sitinoor@pmm.edu.my Munirah Binti Mustaffa Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka munirah@pmm.edu.my Siti Noor Binti Hussain Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau Melaka asnuurien@pmm.edu.my ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kaji selidik untuk mengenal pasti penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di kalangan pensyarah Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Merlimau. Seramai 35 orang pensyarah JPA yang telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik yang mengandungi 5 bahagian telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian dibuat untuk mengetahui tahap kemahiran pensyarah JPA dalam penggunaan ICT, kekerapan penggunaan ICT dalam p&p dan sumber-sumber ICT yang sering digunakan dalam p&p, halangan-halangan terhadap penggunaan ICT dalam p&p serta melihat persepsi pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam p&p. Nilai kebolehpercayaan alat kajian diukur dengan Alpha Cronbach ialah α=0.94. Maklumat yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan skor min. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran para pensyarah terhadap penggunaan komputer dan ICT berada pada tahap sederhana. Persepsi pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam p&p adalah pada tahap tinggi. Antara halangan yang telah dikenal pasti ialah faktor masa, faktor kelas yang kurang sesuai dan faktor kemudahan. Kata kunci : persepsi pensyarah, pengajaran dan pembelajaran (p&p), penggunaan dan ICT
  • 2. BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di negara kita telah lama diperkenalkan lagi. Walau bagaimanapun, Information Communication Technology (ICT) masih boleh dianggap satu perkara baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Era globalisasi ini memberi banyak kejutan kepada kita dengan pelbagai cabaran yang perlu di atasi. Para pendidik pada zaman ini perlu meningkatkan kemahiran untuk menghadapi cabaran yang akan berlaku. Penggunaan ICT amat meluas hampir meliputi seluruh urusan sesebuah negara seperti urusan pentadbiran kerajaan, pembangunan negara, meramal sesuatu ekonomi dan sebagainya. Justeru itu, pensyarah perlu bergerak maju ke hadapan seiring dengan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh masyarakat bagi mencapai aspirasi negara untuk mendapat taraf negara maju bertonggakkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Kemahiran menggunakan ICT semakin penting untuk dikuasai oleh setiap pensyarah. Para pensyarah politeknik kini lebih tercabar lagi dengan dasar dan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Jabatan Pengajian Politeknik untuk melahirkan para pensyarah yang kompeten serta merealisasikan transformasi politeknik. Komputer dikatakan sesuai dijadikan alat bagi membantu pensyarah kerana dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet akan membolehkan maklumat diperolehi dengan cepat dan pantas. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat dengan lebih mudah (Nik Azis, 1996).
  • 3. Penggunaan ICT yang membekalkan pelbagai jenis maklumat dalam pelbagai bentuk media dan pendekatan dikatakan dapat membantu dalam pembentukkan corak ingatan yang lebih kompleks dan memudahkan capaian maklumat dilakukan. ICT lebih berpotensi untuk mengayakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi agar sistem pendidikan sentiasa berkembang dengan pesat untuk mencapai negara maju. 1.1 Latar Belakang Kajian Kemahiran ICT di peringkat institusi pengajian tinggi sememangnya tidak dapat disangkal lagi kepentingannya dalam sistem pendidikan negara masa kini. Oleh yang demikian, pengetahuan ICT di kalangan pensyarah adalah penting untuk memberikan maklumat dan informasi kepada para pelajar. Pendedahan kemahiran ICT kepada bpara pensyarah adalah satu agenda utama setiap institusi pendidikan supaya para pensyarah tidak janggal dengan peralatan ICT di setiap institusi pengajian mereka dan akan dapat mengaplikasikannya dalam P&P mereka. Pengetahuan ICT tidak hanya berkisar kepada kemahiran penggunaan komputer dan aplikasinya sahaja. Malahan, kemahiran ICT turut meliputi penggunaan peralatanperalatan lain seperti penggunaan LCD projektor, mesin OHP, mesin pengimbas (digital scanner) dan peralatan-peralatan elektronik lain. Pada masa kini, kebanyakan pelajar telah didedahkan penggunaan alat ICT secara tidak langsung sebelum menerima pendidikan formal di sekolah. Justeru itu, para pensyarah perlulah lebih melengkapkan diri dengan kemahiran ICT supaya tidak ketinggalan dan terbelakang daripada pelajar.
  • 4. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Mengikut Heinich dan Robert (1996), kemahiran dalam penggunaan ICT merupakan suatu keperluan untuk bakal guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan mendatangkan kesan positif, mempertingkatkan kualiti dan pencapaian. Antara pengkaji yang melihat perbezaan antara penggunaan ICT di dalam P&P ialah Howell (1971) di mana beliau melihat pelajar lebih tertarik untuk mempelajari sesuatu subjek (bahasa Perancis) dengan menggunakan komputer berbanding cara konvensional. Begitu juga dengan pengkaji-pengkaji lain yang melihat alat bantu mengajar (ABM) dengan menggunakan ICT lebih banyak membantu memberi pemahaman kepada pelajar berbanding penggunaan ABM yang tidak menarik. Pada dasarnya, sesi p&p pada masa ini lebih tertumpu dengan alat bantu mengajar yang bersifat teknologi seperti menggunakan komputer, OHP, pemancar LCD dan sebagainya. Maka, para pensyarah khususnya harus peka terhadap perubahan situasi ini agar mereka tidak ketinggalan dengan perubahan yang berlaku dalam institusi pendidikan. Pengkaji melihat masih ada segelintir pensyarah yang belum cukup ilmu teknikal dalam mengendalikan peralatan yang bersifat teknologi apatah lagi peralatan seperti ini sering kali digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi seperti politeknik. Perubahan peranan dalam proses p&p memang dinafikan tidak dapat dielakkan dengan adanya ledakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan hari ini. Perubahan ini menuntut kemahiran penggunaan multimedia dalam pendidikan, agar satu p&p yang lebih menarik dapat diwujudkan. Teknologi maklumat dan komunikasi kini telah menjadi satu kompenan utama dalam pengajaran kepada sistem pendidikan negara kita. Pendekatan dalam p&p serta persediaan dalam penyampaian bahan pengajaran perlu diubah suai mengikut perubahan teknologi. Sesungguhnya penggunaan ICT di peringkat pengajian tinggi banyak membantu menyediakan asas kepada pelajar terhadap kemudahan teknologi yang ada dalam kehidupan. Di samping itu, penggunaan ICT juga banyak membantu dalam p&p. Di samping itu, pengurusan dan pentadbiran institusi pengajian tinggi juga telah
  • 5. banyak melibatkan penggunaan ICT. Namun begitu, masih terdapat ramai pensyarah yang tidak mahir menggunakan ICT dalam p&p. dalam hal ini, kaedah ‘chalk and talk’ sahaja tidak mencukupi untuk melaksanakan proses p&p. Dewasa ini, di Malaysia, konsep universiti maya telah lama dibahaskan. Malah kini sudah lahir universiti terbuka yang menawarkan kursus atau program ijazah melalui kemudahan jaringan internet. Program seperti ini akan gagal sekiranya masyarakat masih ketinggalan dengan pengetahuan dan kemahiran ICT . Kejayaan pengaplikasian penggunaan ICT dalam p&p banyak bergantung kuat di bahu para pensyarah politeknik khususnya bagaimana mereka akan manfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk mengakses pelbagai maklumat yang kaya di sekeliling mereka, baik untuk diri mereka sendiri atau kepada pelajar mereka . Semua usaha ini adalah untuk menyokong ke arah pembelajaran berkesan dan efektif. Sekiranya para pensyarah pandai menggunakan kemudahan ICT dengan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka, tentu sekali hal ini akan memberi pengalaman pembelajaran baru serta dapat mengubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan seterusnya dapat mentransformasikan Politeknik. Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana para pensyarah JPA yang mahir dalam mengendalikan peralatan ICT, kekerapan penggunaan ICT dalam P&P mereka serta untuk melihat persepsi pensyarah JPA terhadap penggunaan ICT dalam P&P. Oleh yang demikian, daripada kajian ini akan dapat mengenal pasti halangan-halangan yang wujud dalam penggunaan peralatan ICT bagi melicinkan proses P&P di dalam bilik kuliah seterusnya melihat keberkesanan pengajaran yang dijalankan.
  • 6. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN 1.3.1 Objektif Umum Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran dan kekerapan penggunaan ICT dalam kalangan pensyarah Jabatan Pengajian Am di Politeknik Merlimau dalam proses p&p. 1.3.2 Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk : 1.3.2.1 Mengenal pasti tahap kemahiran dan kekerapan pensyarah JPA terhadap penggunaan ICT dalam proses p&p. 1.3.2.2 Mengenal pasti persepsi pensyarah JPA terhadap penggunaan ICT dalam proses p&p. 1.3.2.3 Melihat halangan-halangan yang wujud terhadap penggunaan ICT dalam pelaksanaan p&p. 1.4 Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut : 1.4.1 Bagaimanakah tahap kemahiran pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam proses p&p. 1.4.2 Apakah sumber-sumber ICT yang selalu digunakan oleh pensyarah dan kekerapan pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam prose p&p. 1.4.3 Apakah persepsi pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam p&p. 1.4.4 Apakah halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT dalam pengajaran guru
  • 7. 1.5 Kepentingan Kajian Antara kepentingan kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut : 1.5.1 Melihat tahap kemahiran dan kekerapan sumber penggunaan ICT di kalangan pensyarah JPA. 1.5.2 Memberi cadangan kepada organisasi yang terlibat dalam merangka dan menyediakan kemudahan penggunaan ICT di Politeknik supaya sesuai dengan kehendak dan hasrat kementerian. 1.5.3 Mereka yang bertanggungjawab melaksanakan inovasi baru ini, secara tidak langsung akan mendapat input tentang masalah yang timbul dalam mengaplikasikan ICT dan komputer dalam p&p. 1.5.4 Kajian ini diharapkan akan dapat memberi kesedaran kepada para pensyarah tentang kepentingan mereka untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT dan kemahiran komputer. 1.5.5 Kajian ini juga diharapkan agar menjadi perintis jalan bagi pengkaji lain untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam dan lebih baik mengenai ICT dan penggunaannya dalam pendidikan selaras dengan wawasan kerajaan untuk menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai satu unsur penting dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia. 1.6 Skop Kajian Dalam kajian ini, responden terbatas kepada pensyarah Jabatan Pengajian Am di Politeknik Merlimau, Melaka sahaja. Kajian yang bersifat tinjauan ilmiah ini hanya memfokuskan kepada seramai 35 orang responden. Kajian ini tidak boleh digeneralisasikan untuk semua keadaan. Dapatan kajian ini hanya releven untuk aspek tempat dan kajian yang dikaji oleh pengkaji sahaja.
  • 8. BAB II KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Pembacaan yang meluas amat diperlukan bagi memenuhi kehendak kajian yang hendak dijalankan. Tumpuan kajian literatur terhadap teori dan praktis yang diberikan ke atas sumber sekunder yang terdiri daripada bahan-bahan bertulis seperti buku teks, majalah, kertas kerja, kajian-kajian akademik, laporan seminar dan pembentangan, tesis dan jurnal-jurnal akademik yang berkaitan. 2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi suatu keperluan dalam hidup pada abad ini. ICT ini adalah satu teknologi yang sering digunakan untuk memproses, menyimpan dan memindahkan sesuatu maklumat dalam bentuk elektronik. Perkembangan teknologi maklumat telah memberi impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah pengajaran membaca dan menulis. Perubahan ini adalah disebabkan oleh peralihan mendadak dari literasi tradisional berasaskan teks bercetak kepada kemunculan teks secara elektronik. Pendedahan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan para pensyarah khususnya Politeknik amatlah perlu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang bermaklumat dan berinovasi dalam mentransformasikan Politeknik. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan ICT adalah merupakan wadah baru masyarakat pada hari ini. Semua individu alaf baru pada hari ini terpaksa mengenal dan mengetahui cara untuk mengaplikasi dan memanfaatkannya. Apatah lagi sebagai pensyarah, kita perlu memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran secara global. Justeru, sebagai pensyarah yang dipandang tinggi oleh masyarakat perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi ini. Penggunaan komputer
  • 9. dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang pensyarah itu sedikit sebanyak mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran yang tidak ada pada individu lain. Menurut Hj Abdul Ghani Samsudin, (2008), perkembangan ilmu yang pesat berkait rapat dengan wahana perkembangan pembelajaran dan pengajaran yang efektif dan bestari. Proses pembelajaran dan pengajaran pula amat berkaitan dengan institusi perpustakaan yang berperanan mengenal pasti sumber ilmu, mengumpul, mengklasifikasi, memberi khidmat pengagihan, pinjaman dan penyebaran ilmu baik secara biasa mahupun secara digital dan bersifat on-line. Oleh yang demikian, kewujudan perpustakaan digital dan maya merupakan suatu tuntutan vital bagi umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia seluruhnya. Kajian oleh Suara Ulama Malaysia On-Line, (2008) menyatakan di Singapura perkembangan pendidikan telah berlaku dalam bentuk idea membangunkan konsep “On-line Repository” yang membantu institusi pendidikan untuk membentuk kursuskursus e-learning yang baru atau new learning paths yang memungkinkan kerja-kerja pengeditan secara segera dan on-line dilaksanakan. Di Amerika, Britian dan negaranegara maju lain, konsep digital library sudah begitu banyak dan bercambah dalam pelbagai bidang ilmu. Enjin pencari google memaparkan berpuluh-puluh library on-line yang menawarkan pelbagai khidmat pencarian dan pemaparan bahan teks, animasi video dan lain-lain. Ini membayangkan betapa jauhnya mereka telah menapak dalam bidang R&D dalam segala bidang. (Hj Abdul Ghani Samsudin, 2008) 2.2 Peranan ICT Dalam Bidang Ilmu Dalam konteks perkembangan ICT dalam pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil satu langkah baru ke arah merealisasikan visi negara dengan menyediakan generasi masa depan yang dibekalkan dengan pengetahuan ICT. Justeru, terhasillah konsep 'Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer' (PPBK). Pengajaran ini melibatkan pengaplikasian komputer untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Perubahan ICT yang amat pesat memberikan cabaran
  • 10. besar terhadap profesion keguruan dan pendidikan pada era ini. Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Bagi menjayakan matlamat pendidikan pada masa hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke-21. Dalam hal ini, membuktikan pada tahun 1995, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu program Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru, guru-guru mata pelajaran berkenaan telah dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mata pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan teknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003). Kemahiran penggunaan ICT dalam sesuatu bidang pendidikan secara tidak langsung banyak memberi kebaikan. Antaranya ialah dalam pembelajaran yang dilaksanakan sebagai contoh penggunaan internet boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang mata pelajaran, dan ianya didapati secara yang sangat mudah dan pantas. (Muhammad 'Uthman El-Muhammady, 2008) 2.3 Kajian-kajian Lepas Berkenaan Penggunaan ICT dalam P&P Dalam menjalankan melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membuat beberapa kajian literatur untuk mendapatkan serba-sedikit maklumat berkaitan kajian. Berdasarkan kajian lepas yang dijalalankan oleh Zaidatun Tasir dan Lim Bee Yeok, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (2008) berkenaan tahap pengetahuan, sikap dan masalah penggunaan komputer di Kalangan guru di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap
  • 11. pengetahuan komputer di kalangan guru adalah agak tinggi (min =2.91), sikap guru yang positif dalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (min=3.10). Bagi pengenal pastian masalah dalam penggunaan komputer pula menunjukkan para guru yang terlibat dalam kajian tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka (min =2.36). Kajian literatur kedua dijalankan oleh Johari bin Hassan dan Norhayati Edje dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap penggunaan internet di dalam mempertingkatkan proses pengajaran & pembelajaran (p&p) dalam kalangan pensyarah Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pensyarah mengenai penggunaan internet dalam p&p adalah positif dengan nilai min purata 3.82. Namun demikian, tahap penggunaan internet dalam p&p adalah berada pada tahap yang sedehana dengan nilai purata min 2.64. Selain itu, bentuk penggunaan internet yang sering digunakan dalam p&p adalah memuat naik (upload) bahan pengajaran contohnya nota-nota kepada pelajar (58.7%) manakala masalah yang sering dihadapi oleh pensyarah ketika menggunakan internet dalam proses p&p adalah masalah pengurusan masa dan masalah talian internet yang tidak berapa baik. Kajian seterusnya yang dijalankan oleh Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa adalah berkaitan dengan kajian penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: satu kajian kes di Pulau Pinang. (Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006). Hasil kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan perempuan, antara kategori umur dan antara mata pelajaran major yang diajar dari segi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor tahap pengetahuan, sikap, personaliti, sokongan organisasi dan sifat-sifat inovasi komputer (faedah relatif, kesepadanan, kerumitan, kebolehcubaan dan keteramatan) didapati mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru. Hasil kajian yang dilakukan oleh Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah dan Hazman Bin Ali dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru
  • 12. Sekolah Kebangsaan mendapati bahawa daripada penyelidikan ini menunjukkan tahap pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi tahap kemahiran ICT di kalangan guru-guru pula adalah rendah. Guru juga mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian juga turut menunjukkan bahawa para guru di sekolah ini tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan ICT dalam pengajaran mereka.
  • 13. BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Bab ini akan menerangkan tentang metodologi kajian yang meliputi proses dan kaedah yang dijalankan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di samping itu, ianya turut menjelaskan sumber-sumber data yang diperoleh untuk melengkapkan kajian ini. Sumber-sumber data yang diperoleh melalui kajian literature dan emprikal diproses dan dianalisis untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jitu. 3.1 Reka Bentuk Kajian 3.1.1 Kajian Deskriptif Kajian ini merupakan satu kajian jenis deskriptif iaitu kajian yang berbentuk soal selidik di mana kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu mendapatkan maklumat-maklumat penting yang diperlukan dalam kajian seperti latar belakang responden, mengkaji tahap kemahiran penggunaan ICT, kekerapan dan bentuk penggunaan ICT dalam p&p, persepsi pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam p&p dan faktor penghalang terhadap penggunaan ICT dalam p&p. Reka bentuk kajian bertujuan untuk mencari jawapan kepada andaian-andaian pengkaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemampuan pensyarah JPA terhadap menggunakan ICT dalam p&p, mengetahui sikap pensyarah JPA terhadap penggunaan ICT dalam p&p serta mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh pensyarah JPA untuk menggunakan ICT dalam p & p. Penyelidikan deskriptif adalah satu penyeldidikan kuantitatif.
  • 14. Menurut Azizi Yahaya et.al., (2007) statistik deskriptif digunakan bagi menghurai ataupun membuat ringkasan pada maklumat atau data yang diperoleh bagi satu populasi atau sampel. Dalam tinjauan ini, data-data telah dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan oleh pengkaji sendiri di tempat kajian. Penggunaan soal selidik digunakan kerana ianya dapat menghasilkan item-item yang konsisten serta boleh dipercayai. Menurut Mohd. Majid Konting (2005), kajian tinjauan digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Menurut Azam (2000), kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden selain membuat pemerhatian tingkah laku mereka. Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian kerana ianya dapat menjimatkan kos dan masa dalam pengumpulan data. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan untuk dijawab oleh semua respondem yang terlibat di dalam kajian ini. Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif. 3.1.2 Kajian Tinjauan Dalam kaedah deskriptif ini, pengkaji telah menggunakan kajian tinjauan. Kajian tinjauan adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai sesuatu pembolehubahpembolehubah dalam kajian dengan mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. 3.1.3 Sampel Kajian Sampel kajian ini terdiri daripada 35 orang pensyarah iaitu dalam bidang Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta bidang Bahasa Inggeris yang sedang berkhidmat di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka. Kesemua mereka terdiri daripada pensyarah lelaki seramai 14 orang dan 21 orang lagi adalah pensyarah perempuan.
  • 15. 3.1.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik. Soal selidik ini telah diubahsuai daripada penyelidik-penyelidik lain seperti Afendi Hamat (2002), Lim Ser Yen (2005), Muhamad Ridzuan (2006). Menurut Mohamad Najid (1999) yang menyatakan bahawa instrumen yang baik seharusnya mempunyai ciri-ciri objektiviti, kesahan, kebolehpercayaan dan kepenggunaan. Penggunaan soal selidik dirasakan lebih bersesuaian kerana data yang diperolehi daripada responden adalah tepat. Ini kerana mereka merasakan lebih selamat untuk memberikan jawapan kepada soal selidik kerana tidak perlu menulis nama sendiri serta jawapan responden akan dirahsiakan oleh pengkaji. Instrumen ini mengandungi lima (5) bahagian iaitu : Bahagian A : Maklumat Demografi Responden Bahagian B : Kemahiran Penggunaan ICT. Bahagian C : Kekerapan dan Bentuk Penggunaan ICT dalam P&P. Bahagian D : Persepsi Pensyarah Terhadap Penggunaan ICT Dalam P&P. Bahagian E : Faktor Penghalang Terhadap Penggunaan ICT Dalam P&P. Keseluruhan soal selidik ini mengandungi 65 item soalan. 3.2 Kajian Rintis Dalam kajian ini, satu set item soal selidik dibina sendiri oleh pengkaji dengan mengambil beberapa contoh soal selidik yang telah dibuat oleh pengkaji yang terdahulu. Maka borang soal selidik tersebut boleh digunakan semula sekiranya ia telah dibuktikan mempunyai tahap keesahan yang tinggi. Pengkaji juga merujuk item soalan yang dibina ini kepada pengkaji yang berpengalaman.
  • 16. BAB IV DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Bab ini mengandungi hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Hasil dapatan kajian telah diolah dalam bentuk yang mudah difahami seperti jadual, carta bar dan carta pai. Data mentah yang diperolehi telah dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows. Perisian ini digunakan untuk mendapatkan peratusan, nilai skor min, sisihan piawai, kebolehpercayaan dan lain-lain lagi. 4.2 Prosedur Menganalsis Data Soal Selidik Data-data mentah yang dikumpul melalui soal-selidik akan diproses melalui kaedah Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows. Soal selidik yang dikumpul adalah sebanyak 35 set kepada 35 responden yang terdiri daripada para pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka. 4.3 Dapatan Kajian Sebenar Dapatan dari bahan-bahan mentah tadi dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package for Social Science (SPSS) 17 for Windows untuk mendapatkan skor min, kekerapan, peratusan dan bilangan maklumat kajian agar lebih kukuh.
  • 17. 4.3.1 Bahagian A : Maklumat Demografi Responden a. Taburan responden mengikut jantina dan umur. a. Maklumat Diri Responden Jantina Bil. % Lelaki 14 40 Perempuan 21 60 Jadual 4.1: Bilangan dan peratusan responden jantina. Jadual 4.1 di atas menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini berdasarkan jantina. Seramai 35 responden yang terlibat di mana responden lelaki 14 orang responden mewakili 40% daripada keseluruhan bilangan responden. Responden perempuan pula adalah seramai 25 orang mewakili 60% daripada jumlah keseluruhan yang terlibat dalam kajian. Umur Pengalaman Mengajar Jantina 20-25 thn Lelaki Perempuan Kurang dari 1 tahun Jumlah Lelaki Perempuan 1 – 5 tahun Jumlah 26-30 thn 2 2 2 2 5 9 14 1 1 Lelaki Perempuan 6 – 10 tahun Jumlah Lelaki Perempuan 11 – 15 tahun Jumlah 2 1 3 2 1 3 2 2 Lelaki Perempuan 15 tahun ke atas 31-35 thn Jumlah Jumlah keseluruhan 36 thn ke atas 1 1 1 3 4 2 1 3 Jumlah 4 4 7 12 19 2 1 3 3 3 6 2 1 3 35 Jadual 4.2: Bilangan responden mengikut pengalaman mengajar dan umur.
  • 18. Bilangan responden mengikut pengalaman mengajar dan peringkat umur ditunjukkan dalam Jadual 4.2. Umur mereka dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu antara 20 hingga 25 tahun, 26 hingga 30 tahun, 31 hingga 35 tahun dan 36 tahun ke atas. Peringkat umur 20 hingga 25 tahun yang mempunyai pengalaman mengajar kurang dari satu tahun merekodkan sebanyak 4 orang responden perempuan dan yang memiliki pengalaman mengajar satu hingga lima tahun adalah seorang responden perempuan sahaja. Sementara itu, peringkat umur 26 hingga 30 tahun dengan memiliki pengalaman mengajar satu hingga lima tahun mencatatkan bilangan seramai 14 orang responden. Seterusnya, pada peringkat umur 31 hingga 35 tahun dengan memiliki pengalaman mengajar satu hingga lima tahun adalah seramai 3 orang responden. Manakala seramai 3 orang yang memiliki pengalaman mengajar selama 6 hingga 10 tahun. Bilangan responden yang memiliki pengalaman mengajar selama 11 hingga 15 tahun pada peringkat umur ini juga adalah seramai 2 orang sahaja. Hasil kajian mendapati bilangan responden pada peringkat umur 36 tahun ke atas yang memiliki pengalaman mengajar selama 1 hingga 5 tahun hanya 1 orang sahaja. Manakala mereka yang memiliki pengalaman mengajar selama 11 hingga 15 tahun seramai 4 orang. Seterusnya. mereka yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 15 tahun dalam peringkat umur ini adalah seramai 3 orang sahaja.
  • 19. b. Taburan responden mengikut bidang mengajar dan kelulusan akademik n % Pendidikan Islam 20 57.1 Bahasa Inggeris 15 35 42.9 Bidang Mengajar Jumlah 100 Jadual 4.3: Bilangan responden mengikut bidang mengajar. Jadual 4.3 di atas menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini berdasarkan bidang mengajar. Seramai (20) 57.1% responden yang mengajar dalam bidang Pendidikan Islam sementara bidang Bahasa Inggeris pula adalah seramai (15) 42.9% daripada keseluruhan bilangan responden. Tahap Pendidikan n % Sarjana Muda 30 85.7 Sarjana 5 14.3 Jumlah 35 100 Jadual 4.4: Bilangan responden mengikut tahap pendidikan. Jadual 4.4 di atas menunjukkan tahap pendidikan responden yang terlibat dalam kajian ini. Seramai (30) 85.7% responden yang memiliki Ijazah Sarjana Muda manakala (5) 14.3% responden yang memiliki Sarjana dalam tahap pendidikan masingmasing.
  • 20. 4.3.2 Bahagian B : Tahap Kemahiran Penggunaan ICT Kajian mengenai kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan pensyarah JPA ini dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu program, network dan peralatan ICT. a) Kemahiran penggunaan program Berdasarkan carta 4.1, didapati penggunaan program Microsoft word dan power point dengan purata skor min pada tahap tinggi iaitu 4.09 dan 3.91 sementara penggunaan excel pada tahap sederhana tinggi iaitu skor min 3.46. Hasil kajian memperlihatkan responden lebih berminat menggunakan Microsoft word, power point dan excel dalam p&p. Sebanyak 74.3% responden yang memilih menggunakan program power point, sebanyak 57.1% responden yang memilih program Microsoft word manakala sebanyak sebanyak 45.7% responden yang menggunakan program excel dalam p&p jika dibandingkan dengan penggunaan program Adobe Reader, Flash Multimedia, Software High Class dan CIDOS yang masih lagi pada tahap kemahiran yang rendah. Ini dapat dibuktikan dengan peratusan yang tinggi di mana ia menunjukkan pensyarah mempunyai kemahiran yang agak rendah dalam penggunaan program CIDOS iaitu 65.7% di mana skor min sebanyak 2.20, manakala 68.6% untuk penggunaan Software High Class iaitu dengan taburan purata skor min 1.94 dan 65.7% untuk penggunaan Flash Multimedia dengan skor min sebanyak 2.17. manakala penggunaan Adobe Reader dalam tahap sederhana sebanyak 42.9% dengan skor min 2.71 (Rujuk Jadual 4.5).
  • 21. 8.6% 17.1% 74.3% Carta 4.1: Peratus Kemahiran Pensyarah Terhadap Penggunaan Power Point 17.1% 25.7% 57.1% Carta 4.2: Peratus Kemahiran Pensyarah Terhadap Penggunaan Microsoft Word
  • 22. 5.7% 2.9% 5.7% 45.7% 40% Carta 4.3: Peratus Kemahiran Pensyarah Terhadap Penggunaan Microsoft Excel Amat Tidak Mahir Tidak Mahir Sederhana Mahir Mahir Sangat Mahir Adobe Reader 14.3% 28.6% 34.3% 17.1% 5.7% Flash Multimedia 25.7% 40.0% 28.6% 2.9% 2.9% Software Hi-Class 40.0% 28.6% 28.6% 2.9% 2.9% 20% 45.7% 28.6% 5.7% 0.0% Program CIDOS Jadual 4.5 : Peratusan Penggunaan Program di Kalangan Pensyarah JPA dalam P&P
  • 23. 50.0% 40.0% Amat Tidak Mahir 30.0% Tidak Mahir Sederhana mahir 20.0% Mahir 10.0% Sangat Mahir 0.0% Adobe Reader Flash Multimedia Software CIDOS Hi-Class Carta 4.5 : Carta Bar Menunjukkan Peratusan Penggunaan Network di Kalangan Pensyarah JPA dalam P&P b) Kemahiran penggunaan network Hasil kajian dalam penggunaan network di kalangan pensyarah JPA masih berada pada tahap yang mahir. Ini dapat dibuktikan dengan peratusan penggunaan yang tinggi dalam penggunaan e-mel iaitu sebanyak 94.3% setelah dilihat pilihan responden dalam memilih golongan yang sederhana mahir, mahir dan sangat mahir. Manakala penggunaan Yahoo Messenger adalah sebanyak 88.6% serta penggunaan Face Book adalah sebanyak 82.8%. Kemahiran dalam penggunaan You tube di kalangan pensyarah JPA juga menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu 71.4%. Namun begitu, penggunaan Skype menunjukkan peratusan yang paling rendah berbanding yang lain iaitu sebanyak 54.3%. (Rujuk Carta 4.6). Hal ini disebabkan penggunaan e-mel, yahoo messenger, you tube dan face book sudah menjadi kebiasaan para pensyarah untuk mencari maklumat p&p dan merupakan saluran utama mereka untuk berkomunikasi antara rakan sejawat dan juga pelajar.
  • 24. 60.0% 50.0% 40.0% Amat Tidak Mahir 30.0% Tidak Mahir Sederhana Mahir 20.0% Mahir 10.0% 0.0% Sangat Mahir E-mel YM FB Skype U Tube Carta 4.6 : Carta Bar Menunjukkan Peratusan Penggunaan Network Dalam Kalangan Pensyarah JPA c) Dapatan Kemahiran penggunaan peralatan ICT hasil kajian menunjukkan semua responden berkemahiran dalam mengendalikan penggunaan komputer riba dengan bacaan skor min sebanyak 4.23 iaitu pada tahap tinggi. Diikuti dengan kemahiran penggunaan digital kamera iaitu sebanyak 82.9% dengan skor min 3.63, penggunaan CD-Rom sebanyak 80% dengan bacaan skor min 3.57. Manakala penggunaan LCD Projektor adalah pada tahap yang sederhana sebanyak 80% dengan bacaan skor min 3.46. Responden yang mahir menggunakan Digital Scanner sebanyak 71.4% dengan bacaan skor min 3.00 pada tahap sederhana. Ini berdasarkan maklumat responden yang memilih ruangan sederhana mahir, mahir dan amat mahir. Namun begitu, hasil kajian juga menunjukkan kemahiran responden dalam mengendalikan I Pad dan Video Conference masih berada pada tahap yang rendah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa lebih ramai responden amat tidak mahir dan tidak mahir dalam mengendalikan penggunaan I Pad iaitu sebanyak 62.8% dengan bacaan skor min 2.34 manakala Video Conference sebanyak 57.1% dengan bacaan skor min 2.49 pada tahap rendah.
  • 25. Amat Tidak Mahir Tidak Mahir Sederhana Mahir Mahir Sangat Mahir Min Tahap 0 0 8.6% 60% 31.4% 4.23 Tinggi I Pad 37.1% 25.7% 11.4% 17.1% 8.6% 2.34 Rendah LCD Projektor 2.9% 17.1% 25.7% 40% 14.3% 3.46 Sederhana Digital Camera 2.9% 14.3% 22.9% 37.1% 22.9% 3.63 Tinggi Digital Scanner 17.1% 11.4% 37.1% 22.9% 11.4% 3.00 Sederhana Video Conference 20% 37.1% 22.9% 14.3% 5.7% 2.49 Rendah CD-ROM 5.7% 14.3% 22.9% 31.4% 25.7% 3.57 Tinggi Jenis Peralatan ICT Komputer Riba Jadual 4.6 : Kemahiran Responden Terhadap Penggunaan Peralatan ICT
  • 26. 4.3.3 Bahagian C : Kekerapan dan Bentuk Penggunaan ICT Analisis bagi melihat kekerapan dan peratusan penggunaan ICT yang selalu digunakan oleh pensyarah-pensyarah JPA adalah seperti berikut : Sumber ICT Tidak Pernah Jarang Sederhana Kerap Sangat Kerap n % n % n % n % 1. Power point 0 0 1 2.9 19 54.3 12 34.3 3 8.6 0 0 1 2.9 3 8.6 14 40 17 48.6 3. Excel 1 2.9 7 20 12 34.3 8 22.9 7 20 4. Adobe Reader 8 22.9 10 28.6 8 22.9 7 20 2 5.7 5. Flash Multimedia 13 37.1 12 34.3 6 17.1 2 5.7 2 5.7 6. Software Hi-Class 19 54.3 8 22.9 5 14.3 3 8.6 0 0 7. CIDOS 11 31.4 16 45.7 7 20 1 2.9 0 0 1. E-mel 2 5.7 3 8.6 5 14.3 12 34.3 13 37.1 2. Yahoo Messenger 5 14.3 9 25.7 8 22.9 7 20 6 17.1 3. Face Book 8 22.9 7 20 7 20 9 25.7 4 11.4 4. Skype 18 51.4 10 28.6 6 17.1 0 0 1 2.9 5. You Tube b) Network n 2. Microsoft Word a) Program % 8 22.9 11 31.4 9 25.7 4 11.4 3 8.6 c) Peralatan 1. Komputer riba ICT 2. I Pad 0 0 2 5.7 7 20 18 51.4 8 22.9 27 77.1 2 5.7 4 11.4 2 5.7 0 0 3. LCD Projector 2 5.7 9 25.7 10 28.6 13 37.1 1 2.9 4. Digital Camera 9 25.7 7 20 8 22.9 9 25.7 2 5.7 5. Digital Scanner 14 40 11 31.4 6 17.1 2 5.7 2 5.7 6. Video Conference 21 60 8 22.9 4 11.4 1 2.9 1 2.8 7. CD-ROM 8 22.9 8 22.9 8 22.9 8 22.9 3 8.6 Jadual 4.7 : Kekerapan penggunaan ICT oleh pensyarah JPA Daripada jadual di atas, menunjukkan bahawa sumber ICT yang paling kerap digunakan oleh para pensyarah JPA dalam proses P&P adalah Microsoft Word iaitu sebanyak 3 (8.6%) responden pada tahap sederhana, 14 (40%) responden untuk memilih kerap menggunakan Microsoft word dan 17 (48.6%) responden memilih sangat kerap menggunakan Microsoft word dalam p&p. Berdasarkan jadual ini juga,
  • 27. didapati skor min bagi kekerapan penggunaan Microsoft Word adalah paling tinggi berbanding yang lain dengan nilai skor min 4.34. Sementara pensyarah yang kerap menggunakan power point dan excel adalah pada tahap sederhana iaitu dengan skor min 3.49 dan 3.37. Kekerapan penggunaan Flash Multimedia, Software High Class dan CIDOS di kalangan pensyarah JPA adalah pada tahap yang rendah. Ini dibuktikan dengan bacaan skor min sebanyak 2.09, 1.77 dan 1.94. Hasil kajian juga menunjukkan bacaan skor min iaitu 3.89 bagi pensyarah yang kerap menggunakan e-mel adalah pada tahap tinggi. Kekerapan penggunaan network dari aspek yahoo messenger, face book dan you tube adalah pada tahap sederhana dengan bacaan skor min masing-masing 3.00, 2.83 dan 2.51. Sebanyak 12 (34.3%) responden yang kerap menggunakan e-mel dan sebanyak 18 (51.4%) responden yang memilih tidak pernah menggunakan skype. Berdasarkan Jadual 4.7, kekerapan pensyarah menggunakan komputer riba iaitu sebanyak 18 responden (51.4%) pada bacaan skor min 3.91 pada tahap tinggi. Manakala kekerapan penggunaan LCD projector, digital kamera dan CD-ROM adalah pada tahap sederhana di mana peratusan masing-masing iaitu sebanyak 37.1% dengan bacaan skor min 3.06, 25.7% dengan bacaan skor min 2.66 dan 22.9% dengan bacaan skor min 2.71. Manakala kekerapan penggunaan Digital Scanner iaitu 2 (5.7%) dan Video Conference iaitu sebanyak 1 (2.9%) di kalangan pensyarah adalah pada tahap yang rendah dengan bacaan skor min masing-masing 2.06 dan 1.66. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan kekerapan menggunakan I Pad adalah pada tahap yang sangat rendah iaitu peratusan yang menggunakannya adalah 5.7% dengan bacaan skor min 1.46.
  • 28. 4.3.4 Bahagian D : Persepsi Pensyarah Terhadap Penggunaan ICT 70 60 50 Amat Tidak Setuju 40 Tidak Setuju 30 Kurang Setuju Setuju 20 Amat Setuju 10 0 P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 Carta 4.7 : Carta Bar Menunjukkan Peratusan Persepsi Pensyarah JPA Terhadap Penggunaan ICT Skor Min Bagi Item Persepsi pensyarah Terhadap Penggunaan ICT 5.00 4.50 4.00 3.50 3.00 Skor Min 2.50 2.00 1.50 1.00 0.50 0.00 4.17 4.40 4.00 4.23 4.23 3.00 2.97 P1 P2 P3 P4 2.51 P5 P6 P7 P8 4.11 3.09 P9 Item Carta 4.8 : Carta Bar Mewakili Nilai Skor Min Mengikut Item Bagi Persepsi Pensyarah Terhadap Penggunaan ICT Untuk Pembelajaran P10
  • 29. Analisis skor min ini dijalankan ini bertujuan untuk melihat objektif kajian yang kedua iaitu untuk mengenal pasti persepsi pensyarah JPA terhadap penggunaan ICT dalam p & p. Berdasarkan Carta 4.8, nilai skor min yang tertinggi dicatatkan oleh item P1 (ICT dapat membantu dalam pencarian maklumat secara efektif) iaitu 4.40, manakala item P7 responden secara keselurahannya menunjukkan tidak bersetuju menyatakan bahawa penggunaan ICT menyukarkan proses pengajaran di mana mencatatkan nilai skor min terendah iaitu 2.51. Terdapat 6 item yang mempunyai nilai skor min pada tahap tinggi iaitu item P1, P2, P3, P5, P6 dan P10. Manakala 4 item yang mencatatkan nilai skor min pada tahap sederhana iaitu item P4, P7, P8 dan P9. Secara kesimpulannya, kajian menunjukkan secara majoriti responden berpandangan positif terhadap penggunaan ICT dalam P&P.
  • 30. 4.4 Faktor-Faktor Halangan Terhadap Penggunaan ICT Dalam P&P. Analisis peratusan ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti halangan yang wujud dalam penggunaan ICT bagi tujuan p&p. Terdapat 10 item yang menjadi pernyataan halangan-halangan yang dihadapi oleh responden terhadap penggunaan ICT. Berdasarkan Jadual 4.8, faktor usia yang semakin meningkat (H1) dan tahap kesedaran tentang kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran adalah rendah (H6) bukan merupakan faktor penghalang terhadap penggunaan ICT dalam p&p. Ini dapat dibuktikan dengan peratusan yang agak tinggi menyatakan tidak menjadi pilihan responden. Walau bagaimanapun, hasil dapatan kajian menunjukkan item H2, H3, H4, H5, H7, H8, H9 dan H10 merupakan faktor-faktor penghalang bagi pensyarah Jabatan Pengajian Am untuk melaksanakan p&p dengan menggunakan peralatan ICT. Item Ya Faktor penghalang terhadap penggunaan ICT Tidak n % n % H1 Usia yang semakin meningkat. 5 14.3 30 85.7 H2 Peralatan yang disediakan terhad 29 82.9 6 17.1 H3 Kebanyakan peralatan yang disediakan tidak berfungsi/rosak. Peruntukan pembelian peralatan, perkakasan dan perisian adalah mahal. Tahap kemahiran penggunaan ICT adalah terhad. Tahap kesedaran tentang kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran adalah rendah. Kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran 30 85.7 5 14.3 33 94.3 2 5.7 21 60 14 40 14 40 21 60 23 65.7 12 34.3 Kes penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain. Pelajar lebih berminat memberi tumpuan kepada audio/visual yang dipaparkan daripada penerangan pensyarah. Kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual dalam p&p. 23 65.7 12 34.3 18 51.4 17 48.6 27 77.1 8 22.9 H4 H5 H6 H7 H8 H9 H10 Jadual 4.8 : Peratusan menunjukkan faktor penghalang terhadap penggunaan ICT mengikut item.
  • 31. BAB V CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Cadangan Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji menyarankan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak Pengurusan Politeknik dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), para pensyarah khususnya pensyarah Jabatan Pengajian Am dan pihak-pihak yang berkenaan. 5.1.1 Cadangan kepada Pengurusan Politeknik & KPTM (i) Pembangunan sistem pengurusan Politeknik yang menyeluruh perlu berteraskan teknologi ICT. Pihak Politeknik seharusnya berusaha gigih untuk membudayakan ICT di kalangan warganya agar selaras dengan misi dan visi politeknik itu sendiri iaitu mentransformasikan politeknik menjelang tahun 2015. (ii) Perlu menyediakan infrasruktur yang bersesuaian dan mencukupi seperti pembinaan bilik-bilik kuliah yang bersesuaian untuk penggunaan ICT bagi tujuan menggalakkan penerimaan pensyarah menggunakan ICT dalam p&p. (iii) Memastikan kemudahan komputer dan kemudahan perkhidmatan internet memenuhi keperluan pensyarah. (iv) Menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (broadband WI-FI) di politeknik supaya pelajar dapat menikmati kemudahan internet secara efektif dan efisyen. (v) Mengadakan kempen dan pendedahan mengenai kelebihan penggunaan ICT untuk p&p yang secukupnya kepada seluruh warga politeknik. Setiap sumbersumber positif yang boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran haruslah didedahkan kepada para pensyarah dan para pelajar.
  • 32. 5.1.2 Cadangan kepada pihak pensyarah (i) Mempertingkatkan kemahiran ICT untuk pengajaran secara berterusan di kalangan tenaga pengajar politeknik. (ii) Pengajar atau pensyarah perlulah menerima kemahiran penggunaan ICT sebagai salah satu kemahiran pengajaran yang perlu ada pada diri mereka. (iii) Pembangunan sistem pengurusan politeknik yang menyeluruh berteraskan teknologi ICT. Pihak Politeknik seharusnya berusaha gigih untuk membudayakan ICT di kalangan warganya. 5.1.3 Cadangan kepada kajian akan datang Pengkaji ingin memberikan beberapa cadangan yang dirasakan wajar untuk diberikan perhatian dan perlu diambil tindakan bagi mengukuhkan lagi hasil kajian mengenai penggunaan ICT untuk p&p di kalangan pensyarah di Politeknik, antaranya: (i) Memperluaskan skop kajian yang mana perlu melibatkan aspek-aspek seperti tahap kemudahan dan prasarana ICT di Politeknik dan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penggunaan ICT di Politeknik. Hasil kajian tersebut akan dapat memberi gambaran terhadap penggunaan ICT di kalangan pensyarah politeknik secara lebih menyeluruh. (ii) Memperluaskan kumpulan responden yang terlibat. Responden bukan sahaja terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau tetapi juga para pensyarah di jabatan-jabatan lain dan para pelajar di Politeknik Merlimau, Melaka.
  • 33. 5.2 Kesimpulan Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa tahap kemahiran pensyarah Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau terhadap penggunaan ICT pada tahap yang tinggi dalam kemahiran pengguaan program Microsoft power point, Microsoft word dan Microsoft Excel. Hal ini demikan kerana, ketiga-tiga program ini kerap digunakan dalam penyediaan p&p dan tugasan. Namun demikian, kajian ini membuktikan kemahiran para pensyarah JPA masih berada pada tahap rendah dalam penggunaan program Flash Multimedia, Software High Class dan CIDOS. Manakala kemahiran penggunaan program Adobe Reader masih berada pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, para pensyarah perlu meningkatkan lagi kemhairan penggunaan program tersebut. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa kemahiran para pensyarah di JPA dalam penggunaan network berada pada tahap mahir. Ini dapat dibuktikan dengan peratusan penggunaan yang tinggi dalam penggunaan emel,Yahoo Messenger, face book dan you tube. Namun begitu, penggunaan Skype menunjukkan para pensyarah JPA masih berada pada tahap yang sederhana. Keputusan kajian juga menunjukkan semua responden berkemahiran dalam mengendalikan penggunaan komputer riba, penggunaan digital kamera dan CD-Rom Manakala penggunaan LCD Projektor dan Digital Scanner adalah pada tahap yang sederhana. Walau bagaimanapun, para pensyarah masih memerlukan pendedahan tentang kemahiran penggunaan I Pad dan Video Conference kerana kajian membuktikan kemahiran penggunaan kedua-dua peralatan ini masih berada pada tahap rendah. Dari aspek kekerapan penggunaan peralatan ICT pula, didapati para pensyarah JPA kerap menggunakan program Microsoft power point, Microsoft Word dan Microsoft Excel. Sementara kekerapan penggunaan Flash Multimedia, Software High Class dan CIDOS di kalangan pensyarah JPA adalah pada tahap yang rendah. Hasil kajian juga menunjukkan pensyarah JPA kerap menggunakan e-me, yahoo messenger, face book dan you tube bagi tujuan melaksanakan tugasan dan p&p.
  • 34. Dapatan kajian juga menunjukkan kekerapan pensyarah yang menggunakan komputer riba pada tahap yang tinggi. Manakala kekerapan penggunaan LCD projector, digital kamera dan CD-ROM adalah pada tahap sederhana. Kekerapan penggunaan Digital Scanner dan Video Conference di kalangan pensyarah adalah pada tahap yang rendah. Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan kekerapan pensyarah yang menggunakan I Pad adalah pada tahap yang sangat rendah. Hasil kajian membuktikan bahawa pensyarah JPA menerima secara positif terhadap penggunaan ICT dalam p&p. Mereka bersetuju bahawa penggunaan ICT untuk pembelajaran akan dapat memotivasikan, menyeronokkan serta mendorong mereka mencuba sesuatu yang baru. Secara tidak langsung penggunaan ICT dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar. Ini bertepatan dengan pendapat Dick & Reiser (1989) yang mana menegaskan bahawa pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Mereka juga bersetuju bahawa penggunaan ICT dapat memudahkan proses pembelajaran, menggalakkan interaksi, serta dapat memantapkan penguasaan bahasa dan aktiviti komunikasi. Dapatan kajian yang telah dilakukan telah mengenal pasti beberapa faktor halangan terhadap penggunaan ICT. Antara halangan tersebut ialah peralatan yang terhad, peralatan yang tidak berfingsi atau rosak, pembelian peralatan perkasaan dan perisisan yang mahal, kemahiran penggunaan ICT yang terhad, kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran, kes penipuan dan peniruan hasil kerja pelajar lain, gangguan tumpuan terhadap pelajar dan kelas yang kurang sesuai untuk pancaran visual. Hal ini menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pelajar, pensyarah, pentadbir politeknik dan Bahagian Pengurusan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Seterusnya dapat mewujudkan warga politeknik yang berkemahiran dalam ICT sekaligus memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing, kompeten, progresif, dinamik dan bersifat glokal.
  • 35. RUJUKAN Abd. Halim El-Muhammady (1994), Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah Pendidikan Islam Peranannya Dalam Pembangunan Ummah, Kuala Lumpur:Budaya Ilmu Sdn Bhd. Abdul Ghani Samsudin. (2008) ICT Pencambahan Ilmu Bercapah Penyebar Khazanah Perpustakaan Ilmu-Ilmu Islam. Artikel Suara Ulama. http://www.e-ulama.org Azahar Bin Muhammad & Nurul Huda Binti Abdul Wahab (2005 ).Aplikasi ICT Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Semasa LatihanMengajar, Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali, (2008), Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. Ellington. H, Percival & Race (1993). Handbook of Educational Technology, London, Kogan Page Limite, Hishamuddin Md Som (2005). Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan Data SPSS Windows. Johor Bahru : UTM, Skudai. Johari bin Hassan & Norhayati Edje. (2008) Penggunaan Internet Di Dalam Mempertingkatkan Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Dalam Kalangan Pensyarah Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Tesis Johari Bin Hassan & Siti Norazlina Binti Kamisan. (2008). Halangan Terhadap Penggunaan Komputer Dan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Di Daerah Kulai Jaya, Johor. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia. Lim Bee Yeok & Zaidatun Tasir (2008). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Mohd Majid Konting. (2005), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Ketujuh, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan . Johor Bahru: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
  • 36. Othman Bin Md. Johan & Lukman Bin Dinyati (2005). Persepsi Guru-guru Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan ICT Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kluang. Universiti Teknologi Malaysia. Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad, (2007), ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) UKM. Siti Hajar Binti Abd Hamid. Penggunaan Laman Web Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan guru-guru Di Empat Buah Sekolah Bestari di Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Nik Azis Bin Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bestari. Jurnal Pendidikan Guru (77)

×