Your SlideShare is downloading. ×
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

J4012 pneumatik dan hidraulik unit7

917

Published on

JJ512: Pneumatic n Hidraulic dlm BM..smoga brmanfaat..:)

JJ512: Pneumatic n Hidraulic dlm BM..smoga brmanfaat..:)

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
917
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
119
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. J4012 / UNIT 7/1 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN UNIT 7 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN Objektif Am OBJEKTIFdan melakarkan simbol piawai ISO : Menyatakan komponen-komponen sistem hidraulik Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:- Menyatakan simbol piawai ISO komponenkomponen sistem hidraulik. Menerangkan kegunaan serta melakar binaan gear, ram, omboh dan skru. Menerangkan kaedah menggerak injap. Menerangkan kegunaan dan melakarkan injap kawalan. Menyatakan kegunaan serta melakarkan binaan penggerak.
  • 2. J4012 / UNIT 7/2 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN INPUT INPUT Selepas mempelajari sistem pneumatik pada unit yang sebelum ini, sekarang anda akan didedahkan pula kepada sistem hidraulik. Untuk mengetahuinya TERUSKAN MEMBACA unit ini. 7.0 PENGENALAN T ahukah anda, bahawa sistem hidraulik mempunyai sejarah penggunaan yang sama dengan pneumatik. Hari ini, sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain lagi. Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem penumatik dalam pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik menggunakan bendalir sebagai bahantara. Tahukah anda bagaimana sistem hidraulik berfungsi? Dalam sistem hidraulik minyak bertekanan terdapat di dalam sebuah power pack. Pam digunakan bagi menyedut minyak yang dipacu oleh pengerak utama iaitu motor aliran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. Arah aliran dan kadar aliran tekanan dikawal oleh injap yang bertekanan. Penggerak pula digunakan untuk menukarkan tekanan bendalir kepada pergerakan mekanikal (Kuasa). Jumlah keluaran kuasa yang terhasil bergantung kepada aliran bendalir. Kecekapan keseluruhan dan susutan tekanan merentasi sesuatu penggerak. .
  • 3. J4012 / UNIT 7/3 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN Sistem hidraulik yang ringkas terdiri daripada dua buah silinder, iaitu satu silinder besar dan satu silinder kecil. Kedua-dua silinder ini disambungkan oleh paip. Di dalam silinder yang kecil terdapat satu omboh yang dikenakan daya ke atasnya. Di dalam silinder yang besar pula, terdapt satu omboh yang dinamakan omboh pelantak. Beban diletakkan di atas omboh pelantak. Keseluruhan sistem ini diisikan dengan cecair hidraulik atau minyak hidraulik. Daya yang dikenakan pada silinder kecil akan dipindahkan ke silinder besar untuk mengangkat beban. Tuil Beban Omboh Pelantak 10N Beban ditolak Omboh bergerak Minyak (b) (a) Rajah 7.1: Menunjukkan asas sistem hidraulik AWAS ! Adalah penting untuk anda mengetahui simbol-simbol penting bagi sistem hidraulik sebelum anda boleh meneruskan pembelajaran anda di unit yang seterusnya !
  • 4. J4012 / UNIT 7/4 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN 7.1 SIMBOL-SIMBOL PIAWAI BAGI KOMPONEN HIDRAULIK Simbol piawai ISO bagi komponen-komponen sistem hidraulik adalah seperti di bawah; BIL NAMA 1 Pam hidraulik anjakan tetap 2 Pam hidraulik anjakan berubah 3 Motor hidraulik anjakan tetap 4 Motor hidraulik anjakan berubah 5 Motor pam hidraulik anjakan tetap 6 Motor pneumatik 7 Motor pam hidraulik anjakan berubah SIMBOL
  • 5. J4012 / UNIT 7/5 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN BIL NAMA 8 Penggerak hidraulik berayun 9 Penggerak pneumatik berayun 10 Silinder satu tindakan tanpa spring atau pegas 11 Silinder satu tindakan berpegas 12 Silinder jenis ram 13 Silinder dua tindakan jenis rod tunggal 14 Silinder jenis rod kembar 15 Silinder dengan kusyen jenis tunggal SIMBOL
  • 6. J4012 / UNIT 7/6 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN BIL NAMA 16 Silinder dengan kusyen jenis kembar 17 Silinder jenis teleskopik tindakan sehala 18 Injap pelega dan injap keselamatan jenis susun padu dalam dan luar 19 Injap kawalan aliran 20 Injap kawalan aliran boleh laras 21 Injap kawalan arah jenis 2/2 22 Injap kawalan arah jenis 4/3 (pusat tertutup) 23 Injap kawalan arah jenis 3/2 24 Injap kawalan arah jenis 3/3 solenoid berpegas 25 Injap kawalan arah jenis 5/2 26 Injap sehala SIMBOL
  • 7. J4012 / UNIT 7/7 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN BIL NAMA 27 Injap ulang-alik 28 Injap kawalan aliran dengan injap sehala 29 Suis tekanan 30 Penapis 31 Silinder jenis gegendang 32 Susun atur jenis terus 33 Susun atur jenis tak terus 34 Jenis pegas 35 SIMBOL Jenis pegas berlaras Rajah 7.2 : Simbol-simbol piawai bagi komponen hidraulik
  • 8. J4012 / UNIT 7/8 SIMBOL PIAWAI AKTIVITI 7a DAN KEGUNAAN KOMPONEN UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. SELAMAT MENCUBA…… Soalan 7a-1 Namakan simbol-simbol yang diberikan berikut:Simbol Nama Soalan 7a-2 Nama Simbol
  • 9. J4012 / UNIT 7/9 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN Penggerak hidraulik berayun Silinder satu tindakan berpegas Injap kawalan arah jenis 4/3 (pusat tertutup) Penapis
  • 10. J4012 / UNIT 7/10 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 1a TAHNIAH ! ANDA TELAH MENGHAMPIRI KEJAYAAN, PASTIKAN JAWAPAN ANDA BETUL SEBELUM BERPINDAH KEPADA INPUT YANG SELANJUTNYA. Jawapan 7a-1 Simbol Nama Pam hidraulik anjakan berubah jenis satu arah. Motor hidraulik anjakan berubah jenis dua arah. Motor hidraulik anjakan tetap jenis satu arah. Pam hidraulik anjakan tetap jenis dua arah. Jawapan 7a-2
  • 11. J4012 / UNIT 7/11 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN Nama Penggerak hidraulik berayun Silinder satu tindakan berpegas Injap kawalan arah jenis 4/3 (pusat tertutup) Penapis Simbol
  • 12. J4012 / UNIT 7/12 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN INPUT INPUT 7.2 KEGUNAAN KOMPONEN ASAS HIDRAULIK Sistem hidraulik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti di bawah bergantung kepada fungsi komponen tersebut :Injap Berfungsi untuk mengatur tekanan dalam litar dan mengawal arah aliran minyak. Motor Mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi pergerakan putaran. Penapis Menapis minyak hidraul dari kekotoran. Pam Mengedar kuantiti minyak hidraul ke seluruh sistem. Silinder Boleh mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi gerakan linar. Penumpuk Berfungsi untuk menyimpan tekanan sistem, menyerap getaran dan menstabilkan tekanan sistem. Tangki Menakung minyak hidraul dan menyejukkan minyak hidraul Rajah 7.3 dibawah menunjukkan kedudukan komponen asas sistem kawalan hidraulik untuk menggerakkan satu motor dua tindakan. Pusat terbuka 4/2 Injap Pelega Pam Motor 2 tindakan Rajah 7.3 : Kedudukan komponen asas sistem kawalan hidraulik untuk mengerakkan satu motor dua tindakan.
  • 13. J4012 / UNIT 7/13 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN 7.2.1 PAM Pam dan motor boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu anjakan tetap dan anjakan berubah. Kesemua pam dan motor yang digunakan dalam hidrostatik adalah jenis anjakan positif dimana kebocorannya hanya sedikit sahaja dan boleh diabaikan. Isipadu cecair yang tetap dikeluarkan dari pam pada setiap pusingan aci pemacu pam tanpa mengira keadaan tekanan dalam litar hidraulik. Pam boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti di bawah:    Gear Ram Omboh Skru 7.2.1.1 Gear Menggunakan dua atau lebih pasangan gear dan ianya dipasang di dalam sebuah kotak keluli yang mempunyai saluran masukan dan keluaran. Kedua-dua gear dalam satu pasangan adalah sama saiz. SALUR MASUK KEDAP DALAM TERBENTUK DI SINI SALUR KELUAR Gambarajah 7.4 : Pam Jenis Gear 7.2.1.2 Ram Gambarajah 7.5 di bawah menunjukkan pam jenis ram gelangsar yang paling ringkas yang mengandungi rotor di pasang dengan beberapa ram rotor yang bebas bergelangsar dengan celah jejari. Rotor itu bersipi dengan perumah yang mengandungi ram rotor itu. Cecair akan mengalir ke dalam ruang masukan apabila ruang antara sarung rotor dan ram rotor menjadi besar dan cecair itu akan
  • 14. J4012 / UNIT 7/14 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN dikeluarkan dari ruang disebelahnya apabila ruang itu menjadi kecil ketika rotor itu berpusing. Sumber: Festo Didactic Gambarajah 7.5 : Pam Jenis Ram 7.2.1.3 Omboh Pam omboh kebanyakannya digunakan pada sistem dengan tekanan operasi melebihi atau sama dengan 140 bar. Ciri utama pam omboh adalah kecekapan yang tinggi pada tekanan tinggi. Ini adalah sangat penting apabila aliran malar, tanpa bergantung kepada perubahan tekanan. Terdapat 2 jenis pam hidraulik berbilang omboh, iaitu jenis paksi dan jejarian. Pam paksi terbahagi kepada dua jenis seperti gambarajah 7.6 di bawah:- (a) (b) Gambarajah 7.6 : Pam Jenis Omboh Paksi (a) Paksi Bengkok ( b) Paksi Plat Kocak.
  • 15. J4012 / UNIT 7/15 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN Rajah 7.7 di bawah pula menunjukkan pam jenis omboh jejarian, Pam jenis ini juga terbahagi kepada dua iaitu jenis alir jejari piston berpusing dan sesondol berpusing. Rajah 7.7 : Pam Jenis Alir Jejari 7.2.1.4 SKRU Rajah 7.8 di bawah menunjukkan binaan Pam Jenis Skru. Ianya adalah tahan lasak kerana bendalir yang digunakan akan bertindak sebagai pelindung daripada kebocoran. Ianya sesuai digunakan jika beban yang dikenakan padanya tidak berubah. Pam jenis ini memerlukan penapis minyak yang dipasang secara siri dibahagian keluaran. Putaran Keluaran Masukan Rajah 7.8 : Pam Jenis Skru
  • 16. J4012 / UNIT 7/16 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN AKTIVITI 7b SELAMAT MENCUBA Soalan 7b-1 Senaraikan EMPAT jenis pam hidraulik Soalan 7b-2 Lakarkan binaan keratan rentas bagi pam berikut: i. Pam Gear ii. Pam Ram
  • 17. J4012 / UNIT 7/17 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI TAHNIAH SEKIRANYA JAWAPAN ANDA SAMA SEPERTI DI BAWAH Jawapan 7b-1 i. Gear ii. Ram iii. Omboh iv. Skru Jawapan 7b-2 i. SALUR MASUK KEDAP DALAM TERBENTUK DI SINI SALUR KELUAR ii.
  • 18. J4012 / UNIT 7/18 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN 7.2.1 INJAP Injap di dalam sistem hidraulik berfungsi sama seperti injap di dalam sistem pneumatik. Kaedah menggerakkan injap adalah seperti berikut; 7.2.2.1 Kaedah Menggerakkan Injap Injap di dalam sistem hidraulik boleh digerakkan dengan berbagai cara seperti di bawah: Mekanikal Kaedah menggerakkan injap mekanikal pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara kendalian mekanikal dan insani. Rajah 7.9 di bawah menunjukkan salah satu daripada jenis kendalian injap secara mekanikal. Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.9 : Kaedah Kendalian Mekanikal Rajah 7.10 di bawah pula menunjukkan salah satu kaedah menggerakkan injap secara insani. Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.10 : Kaedah Menggerakkan Injap Secara Insani
  • 19. J4012 / UNIT 7/19 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN  Pneumatik Rajah 7.11 di bawah menunjukkan kaedah menggerakkan injap secara pneumatik di mana aci dikawal sepenuhnya oleh pneumatik. Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.11 : Kaedah Menggerakkan Injap Secara Pneumatik  Elektrikal Rajah 7.12 di bawah menunjukkan kaedah menggerakkan injap secara elektrikal yang dikawal oleh solenoid.
  • 20. J4012 / UNIT 7/20 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.12 : Kaedah Menggerakkan Injap Secara Elektrikal 7.2.2.2 INJAP KAWALAN Injap kawalan terbahagi kepada tiga iaitu injap kawalan tekanan, arah dan aliran.  Injap Kawalan Tekanan Injap kawalan tekanan digunakan untuk menghadkan atau mengawal tekanan sistem. Ianya mengurangkan tekanan beban sesebuah pam atau menetapkan tekanan minyak sebelum minyak itu disalurkan ke dalam litar hidraulik. Injap Kawalann tekanan boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu : Injap pelega dan sehala Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.13 : Injap pelega dan sehala  Injap pengurang tekanan
  • 21. J4012 / UNIT 7/21 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.14 : Injap pengurang tekanan  Injap penjujukan tekanan Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.15 : Injap penjujukan tekanan  Injap pemunggahan tekanan Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.16 : Injap pemunggahan tekanan
  • 22. J4012 / UNIT 7/22 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN  Injap imbangan lawan. Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.17 : Injap imbangan lawan  Injap Kawalan Arah Injap kawalan arah digunakan untuk meneruskan pengaliran minyak di dalam sistem hidraul. Ia mempunyai pelbagai jenis seperti berikut:     Injap rotor Injap gelendong (kili) Injap pusat terbuka dan pusat tertutup Injap kili sebadan dan kili cantuman Keempat-empat injap ini menggunakan pelbagai elemen injap yang berlainan untuk meneruskan pengaliran minyak.    Injap sehala menggunakan sebuah poppet yang bergerak pada kedudukan badan injap mengikut keadaan tekanan. Injap rotor menggunakan sebuah gelendong rotor yang boleh dipusing untuk mengawal aliran minyak. Injap kili menggunakan sebuah kili gelongsor yang bergerak ke hadapan dan ke belakang untuk mengawal aliran minyak.  Injap Kawalan Arah Jenis Rotor Ianya biasa digunakan sebagai injap pandu untuk meneruskan aliran ke injap lain. Injap kawalan arah jenis putar menggunakan sebuah injap rotor yang mempunyai 4 hala keluaran dan masukan minyak. Rotor ini mempunyai lubang yang boleh dihubungkan dengan lubang yang berada di badan injap apabila rotor itu
  • 23. J4012 / UNIT 7/23 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN dipusingkan. Rotor ini digerakkan oleh sebuah tuil (lever) secara hidraul ataupun secara elektrik. Rajah 7.18, menunjukkan keadaan injap rotor di mana minyak dan pam memasuki ruang masukan dan mengalir melalui injap tersebut ke sistem. Sementara minyak dari sistem akan mengalir balik ke tangki melalui ruang keluaran. Ruang-ruang tersebut sebenarnya terletak di dua tingkat yang berasingan. Injap rotor ini boleh diubahsuai untuk menggerakkan dua, tiga atau empat hala. Ini dapat dicapai dengan mengubah kedudukan ruang saluran dengan menambah / mengurangkan saluran minyak yang ada pada injap tersebut. Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.18: Injap Kawalan Arah Jenis Rotor  Injap Kawalan Arah Jenis Kili Injap ini adalah sebuah injap kawalan arah yang sebenar. Ianya digunakan sebagai injap pengawal untuk mengarahkan minyak bagi memulakan aliran minyak atau memberhentikan alirannya ke sistem. Injap kili yang mempunyai 2, 4 dan 6 batas (landas) adalah yang umum dimana ianya selalu digunakan dalam cantuman injap, iaitu selcum. Bagi injap yang mempunyai lebih dari satu unit, setiap injap mengawal sebahagian daripada sistem hidraul.
  • 24. J4012 / UNIT 7/24 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN Injap ini boleh dikawal secara manual, gelung elektrik atau tekanan hidraul yang bertindak di penghujung kili itu. Alat penetap sentiasa digunakan untuk menentukan kedudukan injap pada setiap operasi. Sumber: Festo Didactic Neutral Neutral Rajah 7.19 : Injap Kili  Injap Pusat Terbuka dan Pusat Tertutup Rajah 7.20 menunjukkan simbol injap pusat terbuka dan injap pusat tertutup. Injap ini digunakan dalam sistem pusat terbuka , dimana pam akan bergerak secara berterusan walaupun injap kawalan arah berada dalam kedudukan neutral. Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki. Dalam sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah berada dalam keadaan neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam. Ianya akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak. Pam akan dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam. Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak. (a) (b) Rajah 7.20: Menunjukkan (a) Injap Pusat Terbuka dan (b) Injap Pusat Tertutup  Injap Kili Sebadan Dan Cantuman Dua atau lebih injap kili boleh digunakan dalam satu kumpulan injap untuk pengendalian pelbagai fungsi. Pembinaan injap kili bergantung
  • 25. J4012 / UNIT 7/25 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN kepada bilangan cantuman injap dalam operasi. Susunan untuk injap yang mempunyai 3 kedudukan boleh dibuat dengan banyak cara seperti rajah di bawah. Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.21: Injap Kili Jenis Cantuman Sebadan Rajah 7.22 pula menunjukkan beberapa gelendung injap yang dipasang dalam satu bungkah. Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.22 : Injap Kili Cantuman  Injap Kawalan Aliran Injap kawalan aliran boleh dilaraskan dengan cara berikut: • Menghadkan aliran masuk atau keluar dari komponen yang mana kelajuannya senang dilaras. Injap ini ialah jenis tiada pampasan.
  • 26. J4012 / UNIT 7/26 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN • Mengalihkan arah aliran dari komponen yang mana kelajuannya senang dilaras. Injap jenis ini biasanya berpampasan. Injap kawalan aliran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu;  Injap tak terpampas Injap tak terpampas tidak akan terpengaruh pada perubahan tekanan. Apabila aliran masuk berubah, maka aliran yang melalui injap juga berubah. Injap tak terpampas biasa digunakan apabila kawalan aliran yang tepat tidak diperlukan. Contoh injap ini ialah injap jenis jarum dan injap glob. Injap Kawalan Dan Injap Glob (Tak Terpampas)  Injap jenis ini biasa digunakan pada litar hidraul. Injap ini tidak peka kepada perubahan tekanan. Ianya mudah dan boleh dilaraskan untuk mendapatkan nilai kadar alir yang dikehendaki.  Injap Kawalan Aliran Jenis Jarum Rajah 7.23 menunjukkan injap kawalan arah jenis jarum. Ianya merupakan suatu penghad mudah. Apabila batang jarum dipusingkan ke bawah, aliran akan terhenti. Apabila batang jarum dinaikkan ke atas dengan membuka skru, lubang orifis akan terbuka sedikit dan membenarkan aliran melaluinya. Apabila skru dibuka sepenuhnya, aliran penuh akan terhasil. Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.23 : Injap Kawalan Aliran Jenis Jarum  Injap terpampas Injap terpampas akan cuba mengekalkan kadar aliran walaupun aliran masuk ke injap berubah. Injap ini akan melaraskan aliran sambil mengawal aliran masuk.
  • 27. J4012 / UNIT 7/27 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN  Injap Kawalan Aliran Terpampas Injap jenis ini beroperasi dengan konsep di mana saiz orifis yang sedia ada pada komponen mengawal kejatuhan tekanan pada orifis, menyebabkan kadar alir menjadi tetap. Saiz lubang orifis pada hujung kili telah dipadankan dengan pegas. Rajah 7.24: Injap Kawalan Aliran Terpampas Apabila aliran masuk yang melalui orifis bertambah, perbezaan tekanan di antara bahagian luar dan dalam kili akan bertambah. Penambahan aliran akan menyebabkan kili bergerak ke kanan dan menekan pegas.  Pengatur Aliran Pirau (By-Pass) Injap jenis ini biasa digunakan pasa sistem pusat terbuka. Dengan menggunakan injap jenis ini minyak yang di keluarkan oleh pam akan digunakan untuk membuat kerja pada fungsi utama, yang mana pada keadaan tertentu minyak akan dialirkan ke fungsi kedua atau dialirkan balik ke tangki. Injap pengatur juga berfungsi menggunakan prinsip pegas dan orifis tetap untuk mengawal aliran. Rajah 7.25 :Injap Pengatur Aliran Pirau
  • 28. J4012 / UNIT 7/28 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN AKTIVITI 7c SELAMAT MENCUBA Soalan 7c-1 Senaraikan TIGA kaedah menggerakkan injap. Soalan 7c-2 Senaraikan LIMA jenis injap kawalan tekanan. Soalan 7c-3 Senaraikan EMPAT jenis injap kawalan arah. Soalan 7c-4 Terangkan kaedah untuk melaraskan injap kawalan aliran.
  • 29. J4012 / UNIT 7/29 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI TAHNIAH SEKIRANYA JAWAPAN ANDA SAMA SEPERTI DI BAWAH Jawapan 7c-1 i. Mekanikal ii. Pneumatik iii. Elektrik Jawapan 7c-2 i. Injap pelega dan sehala ii. Injap pengurangan tekanan iii. Injap penjujukan tekanan iv. Injap pemunggah tekanan v. Injap imbangan lawan Jawapan 7c-3 i. Injap putar atau rotor ii. Injap kili iii. Injap pusat terbuka dan pusat tertutup iv. Injap kili sebadan dan kili cantuman Jawapan 7c-4 Injap kawalan aliran boleh dilaraskan dengan cara berikut: i. Menghadkan aliran masuk atau keluar dari komponen yang mana kelajuannya sedang dilaras. Injap ini ialah jenis tiada pampasan. ii. Mengalihkan arah aliran dari komponen yang mana kelajuannya sedang dilaras.
  • 30. J4012 / UNIT 7/30 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN 7.2.3 PENGGERAK (ACTUATOR) Pada amnya, pergerakkan hidraulik digunakan untuk menjalankan tugas berat. Ianya mengangkat beban di antara 200 – 600 tan pada jarak angkatan yang kecil iaitu 100 – 300 mm. Kebanyakan jenis mesin dan penggerak ini digunakan dalam pengunaan mesin angkat. Perhubungan di antara penggerak dan peralatan hidraulik adalah seperti berikut : Peralatan Hidraulik Peralatan Hidraulik Penggerak Hidraulik Penggerak Hidraulik Mekanisme Kendali Mekanisme Kendali Kerja Langsung Kerja Langsung Turbo Gerak Turbo Gerak Rajah 7.26 : Perhubungan antara penggerak dan peralatan hidraulik. 7.2.3.1 Silinder Silinder hidraul digunakan untuk membuat sesuatu kerja dan menghubungkan kuasa hidraul kepada kuasa mekanikal. Silinder bergerak sebagai lengan mekanikal yang digunakan untuk mengangkat, menolak atau menggerak sebarang alat-alat pengerak. Silinder mengandungi sebuah aci piston yang digunakan untuk menggerakkan piston yang dipasangkan kepada penghujung aci itu. Piston digunakan untuk memerangkap minyak hidraul dalam silinder. Pada umumnya penyendal hidraul telah dipasang di sekeliling piston di mana ianya bertindak sebagai penyendal (prevent leakage). Silinder hidraul boleh dibahagikan kepada dua jenis yang umum iaitu:  Silinder jenis piston – yang memberikan tindakan linar (linear).  Silinder jenis bilah – yang memberi tindakan pusingan.
  • 31. J4012 / UNIT 7/31 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN  Silinder jenis piston Gambarajah 7.27 di bawah menunjukkan Silinder Jenis Piston. Gambarajah 7.27: Silinder Jenis Piston Silinder Jenis Piston boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:  Silinder tindakan sehala. Gambarajah 7.28 menunjukkan silinder tindakan sehala yang biasanya memberikan tindakan daya pada satu hala sahaja. Tekanan minyak dimasukkan ke dalam ruang silinder untuk mengangkat sesuatu beban. Gambarajah 7.28: Silinder Tindakan Sehala  Silinder tindakan dua hala. Gambarajah 7.29 menunjukkan silinder tindakan dua hala. Silinder ini memberikan tindakan pada 2 hala iaitu ke hadapan dan ke belakang. Tekanan minyak disalurkan kepada salah satu daripada ruang masukan silinder dan kemudiannya ke ruang masukan yang lain. Gambarajah 7.29: Silinder Tindakan Dua Hala
  • 32. J4012 / UNIT 7/32 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN  Silinder Jenis Bilah Silinder jenis ini mengandungi sebuah silinder, aci dan bilah logam. Dua bilah logam digunakan di mana satu kedudukan ditetapkan pada silinder dan satu lagi dipasang pada aci yang memutar berulang-alik diantara sudut-sudut yang tertentu. Kesemua silinder jenis bilah adalah tindakan dua hala. 7.2.3.2 Motor Hidraulik Pada asasnya motor hidraulik mempunyai persamaan dengan pam hidraulik. Perbezaannya ialah motor hidraulik menukarkan kuasa hidraulik kepada kuasa mekanikal. Binaan motor hidraulik juga mempunyai persamaan dengan pam hidraulik. Kelajuan motor hidraulik boleh diubah dengan mengubah kuantiti kadar aliran minyak kepada motor. Arah pusingan aci motor boleh diubah dengan mengubah suhu masukan menjadi keluaran dan salur keluaran menjadi masukan.  Jenis-jenis Motor Hidraulik Rajah 7.30 menunjukkan jenis-jenis motor hidraulik yang digunakan secara meluas. Bilah Gear Gear Luar Motor Hidraulik Skru Piston Gear Dalam Piston Paksi Piston Jejari Rajah 7.30 menunjukkan jenis-jenis motor hidraulik Paksi Bengkok Plat Kocak
  • 33. J4012 / UNIT 7/33 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN  Motor Bilah Rajah 7.31 menunjukkan binaan motor bilah yang mempunyai persamaan dengan pam bilah. Pegas digunakan untuk menekan keluar bilah ke arah gegelang sesondol semasa motor mula berpusing atau berhenti dari berpusing. Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 7.31 : Motor Jenis Bilah  Motor Gear Motor jenis gear digunakan secara meluas kerana ia mudah dan ekonomi. Pada kebiasaannya ia digunakan untuk menggerakkan komponen yang kecil. Motor gear berpusing mengikut arah pusingan jam atau sebaliknya. Ianya mempunyai anjakan tetap. Terdapat dua jenis motor gear yang biasa digunakan iaitu motor gear luar dan motor gear dalam. Rajah 7.32 menunjukkan keratan rentas motor gear dalam. Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Rajah 7.32 : Motor Gear.
  • 34. J4012 / UNIT 7/34 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN  Motor Skru Motor jenis skru terdiri daripada silinder dan omboh yang dielakkan dari berputar oleh rod pandu. Omboh dan rod omboh yang dilengkapi dengan alur akan dipadankan bersama-sama sepertimana skru dan nut. Rekabentuk motor jenis skru hanya dihadkan untuk penggunaan tekanan rendah. Putaran Sumber: Pneumatic & Hydraulic, Oxford University, 1998 Keluaran Masukan Rajah 7.34 : Motor Jenis Skru  Motor Piston Motor piston dikelaskan bergantung kepada susunan piston pada silinder dan aci keluaran motor. Motor piston biasa digunakan kerana ia mempunyai kelajuan dan tekanan yang tinggi. Rajah 7.33 menunjukkan dua jenis motor piston paksi iaitu jenis paksi bengkok dan jenis plat kocak. Sementara motor piston jejari dikelaskan kepada jenis bersipi dimana piston akan menolak aci bersipi untuk mendapatkan momen dan jenis berbilang lejang di mana piston akan menolak sesendol berombak yang terdapat pada perumah rotor. (a) Sumber: Festo Didactic (b) Rajah 7.33 : Motor Piston (a) Paksi Jenis Plat Kocak Dan
  • 35. J4012 / UNIT 7/35 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN (b) Paksi Bengkok AKTIVITI 7d SELAMAT MENCUBA Soalan 7d-1 Senaraikan DUA jenis penggerak hidraulik. Soalan 7d-2 Senaraikan DUA jenis penggerak silinder. Soalan 7d-3 Senaraikan EMPAT jenis motor hidraulik.
  • 36. J4012 / UNIT 7/36 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 7d TAHNIAH SEKIRANYA JAWAPAN ANDA SAMA SEPERTI DI BAWAH Jawapan 7d-1 i. Silinder ii. Motor Jawapan 7d-2 i. Jenis Piston ii. Jenis Bilah Jawapan 7d-3 i. Gear ii. Piston iii. Skru iv. Bilah
  • 37. J4012 / UNIT 7/37 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN PENILAIAN KENDIRI UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. Soalan 1 Namakan simbol-simbol injap di bawah:i) ii) iii) iv) v) vi) Soalan 2 Lukiskan simbol-simbol injap bagi komponen untuk sistem hidraulik seperti berikut:i. Injap kawalan arah jenis 4/3 hala pusat tertutup. ii. Injap kawalan arah jenis 4/3 hala pusat terbuka. iii. Injap kawalan arah jenis 5/3 hala.
  • 38. J4012 / UNIT 7/38 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN Soalan 3 Namakan 2 jenis pam omboh. a. b. Soalan 4 Berikan 2 sebab mengapa pam omboh selalu digunakan dalam sistem hidraulik. a. b.
  • 39. J4012 / UNIT 7/39 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIF DAN LAYAK UNTUK MENERUSKAN UNIT YANG SETERUSNYA. Jawapan 1 i. Injap kawalan arah jenis 2/2 hala. ii. Injap kawalan arah jenis 3/2 hala. iii. Injap kawalan arah jenis 4/2 hala. iv. Injap kawalan arah jenis 5/2 hala. v. Injap kawalan arah jenis 3/3 hala solenoid berpegas. vi. Injap kawalan arah jenis 5/3 hala. Jawapan 2 i) iii) Jawapan 3 ii)
  • 40. J4012 / UNIT 7/40 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN a) Pam omboh jenis paksi. b) Pam omboh jenis jejari. Jawapan 4 a) Kecekapan yang tinggi. b) Kos tidak begitu mahal. SEKARANG MARILAH KITA BERPINDAH KE UNIT SETERUSNYA YANG DIJAMIN LEBIH MENARIK DAN MENCABAR LAGI….

×