Program tahunan "Cintailah Buku Teks Kita" diadakan selama seminggu untuk memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya buku teks, meliputi aktiviti seperti pameran, pertandingan membalut dan mewarna buku, serta acara penganugerahan hadiah.
1. Sekolah Kebangsaan Behor Empiang,
01000 Kangar, Perlis.
Laporan
“Cintailah Buku Teks Kita”
Tarikh: 26 Mac hingga 30 Mac 2012
Unit Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang
2. Laporan program: Cintailah Buku Teks Kita
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
1. Pendahuluan
Program “Cintailah Buku Teks Kita” adalah program tahunan Unit Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT) yang diadakan saban tahun. Pada tahun ini, program ini telah dijayakan selama
seminggu berlangsung dari 26 Mac hingga 30 Mac 2012. Unit SPBT mengambil inisiatif ini bagi
memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan buku teks.
2. Objektif
Objektif Program “Cintailah Buku Teks Kita” adalah seperti berikut:
i) Memberi kesedaran tentang kepentingan buku teks
ii) Menyemai rasa cintakan buku teks.
iii) Mengetahui dan memahami tentang cara-cara menjaga buku teks.
iv) Mengetahui dan memahami tentang penggunaan buku teks.
3. Kumpulan Sasaran
Program ini mensasarkan semua murid tahun satu hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan
Behor Empiang.
4. Tarikh dan Tempat Program
Program ini dijalankan selama seminggu mulai 26 Mac 2012 hingga 30 Mac 2012. Program
telah dijalankan di Bilik Operasi SPBT Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
3. Laporan program: Cintailah Buku Teks Kita
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
5. Ahli Jawatankuasa
PENGERUSI
PUAN NORIYAH ABD. RAHMAN
NAIB PENGERUSI
ENCIK MOHAMAD NASIR REJAB
SETIAUSAHA
PUAN ASMAH HANIM CHE ANI
AJK PERASMIAN PROGRAM DAN KOLAM SPBT
CIK SITI NAIN ZUBAIDAH SATIAN
CIK NURUL NABIHAH ISHAK
PUAN WAN MAIZATULHORIYAH WAN MOKHTAR
CIK ASMA LIYANA ABDUL RAZAK
AJK HADIAH DAN DOKUMENTASI
CIK NUR HAFIZAH MOHD ARIFF
CIK SITI SALWA LOKMANHAKIM
AJK RADIO PAGI
ADIK MUAZZAM MOHD SAIFUL BAHRI
ADIK INTAN NUR IZYYATI
ADIK SYED MOHD HAFIZZUDDIN
ADIK SUFI HAZIMAH ZAKIR
AJK PAMERAN
ADIK ZAKIRAH HAZIRAH ROSHIDI
ADIK NUR ANISAH BIMAZLIM
ADIK NUR ISNISHA
ADIK ISMA ZIKRI ISMA YATIM
ADIK ZULFADLI HAIKAL SAID
ADIK MOHD HANIF ROHIZAN
ADIK MOHD NAZRUL AIMAN
4. Laporan program: Cintailah Buku Teks Kita
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
6. Pendapatan dan Perbelanjaan
No. Item RM RM
PENDAPATAN
1. Unit Hal Ehwal Murid 113.00
JUMLAH 113.00
PERBELANJAAN
1. Pembalut buku plastik 12.00
2. Pita pelekat 4.00
3. Hadiah pertandingan 1 x RM 6.00
membalut dan
1 x RM 4.00
mencantikkan buku teks
1 x RM 3.00
13.00
4. Hadiah pertandingan 3 x RM 4.00
mewarna
3 x RM 3.00
3 x RM 2.00
27.00
5. Hadiah pertandingan 3 x RM 4.00
melukis poster
3 x RM 3.00
3 x RM 2.00
27.00
6. Sepanduk 50.00
JUMLAH 113.00
7. Rumusan Program
Program ini dirasmikan oleh Penyelia Kesihatan, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis Encik Bakar
bin Bahari sebagai wakil pengarah. Majlis perasmian berlangsung dengan meriah dikuti
dengan perasmian kolam SPBT, lawatan ke BOSS dan pemantauan buku teks di bilik darjah.
Pada setiap pagi bermula Selasa hingga Jumaat, radio pagi menyiarkan slot 5 minit bersama
buku teks. Majlis tertinggi Kelab SPBT terlibat di dalam slot ini.
Pameran Aku Dicintai dan Aku Dibenci telah berlangsung selama seminggu dan mendapat
sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga sekolah. Pameran memaparkan keadaan
5. Laporan program: Cintailah Buku Teks Kita
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
buku teks yang dijaga dengan baik dan terbiar. Ahli-ahli Kelab SPBT terlibat dalam penyediaan
bahan pameran ini.
Pertandingan membalut buku teks yang diadakan pada hari Rabu menyaksikan 6 pasangan
mempamerkan kreativiti membalut buku. Peserta adalah terdiri daripada ahli Unit Beruniform
Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Puteri Islam. (Lihat lampiran 1 untuk
nama pemenang)
Pertandingan mewarna dibuka kepada murid tahap satu mendapat sambutan yang sangat baik.
Banyak hasil karya yang baik telah membawa satu budaya persaingan yang sihat dikalangan
pelajar. (Lampiran 2 untuk nama pemenang)
Pertandingan membuat poster yang terbuka buat tahap dua mendapat sambutan yang
sederhana sahaja. Walaubagaimanapun, penyertaan adalah tidak menghampakan dari sudut
hasil karya murid. Murid berjaya menterjemahkan dalam bentuk karya tentang cara yang boleh
ditunjukkan bagi menyatakan cinta terhadap buku teks. (Lihat lampiran 3 untuk nama
pemenang)
Program ditutup dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan.
Semua yang terlibat dalam menjayakan program ini memberikan kerjasama yang sangat baik
sepanjang ia berlangsung.
8. Penambahbaikan pada program
Program yang diadakan perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang interaktif dengan pengunjung
di bilik pameran. Kuiz adalah cara yang sesuai bagi menguji kefahaman murid.
Pertandingan membalut buku teks boleh diadakan secara meluas dan tidak terhad kepada ahli
unit beruniform. Murid tahap dua yang berminat boleh digalakkan untuk menyertainya.
Pertandingan melukis poster tahap dua boleh digantikan dengan mewarna. Gambar disediakan
secara asas dan peserta boleh membuat penambahbaikkan pada poster yang disediakan. Ini
boleh menggalakkan penyertaan kerana murid tidak perlu membuat poster daripada ‘scratch‘.
Untuk masa hadapan, penglibatan Kelab SPBT perlu ditingkatkan lagi dengan menggalakkan
mereka menyediakan satu aktiviti khas dibawah kelolaan mereka sendiri. Ini adalah penting
bagi meningkatkan jati diri murid dan akauntabiliti terhadap tugas.
6. Laporan program: Cintailah Buku Teks Kita
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
9. Gambar sepanjang program.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh Encik Bakar Lawatan ke BOSS
Bahari, Penyelia Kesihatan JPNPs, selaku wakil
Pengarah Pelajaran Negeri.
Pemantauan ke bilik darjah Bergambar kenangan di Kolam SPBT
7. Laporan program: Cintailah Buku Teks Kita
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
5 minit bersama buku teks Pameran Aku Dicintai
Pengunjung pameran menyaksikan tayangan video Pameran Aku Dibenci
8. Laporan program: Cintailah Buku Teks Kita
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
Pengunjung cilik tidak ketinggalan. Peserta Pertandingan Membalut Buku Teks
Pertandingan Membalut Buku Teks Pengunjung memenuhi ruang pameran
Layari http://msappleisateacher.blogspot.com/2012/03/kempen-cintailah-buku-teks-kita.html untuk
menonton video program ini.
Disediakan oleh,
...........................................................
(ASMAH HANIM CHE ANI)
Setiausaha SPBT,
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.
9. Laporan program: Cintailah Buku Teks Kita
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
Lampiran 1
Nama pemenang pertandingan membalut buku teks
Pertama: Persatuan Puteri Islam
Ain Naszurien Abd Kamal
Nur Aina Aisya
Kedua: Persatuan Puteri Islam
Nur Nasuha
Nur Khaira
Ketiga: Tunas Kadet Remaja Sekolah
Syaza Nasreen
Faqihah
10. Laporan program: Cintailah Buku Teks Kita
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
Lampiran 2
Nama pemenang pertandingan mewarna
Tahun 1
Pertama : Nurin Adlina 1 Sarjana
Kedua : Uzair Mohd Zawawi 1 Sarjana
Ketiga : Ahmad Muhaimin 1 Perdana
Tahun 2
Pertama : Siti Norafrina 2 Sarjana
Kedua : Dhia Amni Mohd Zawawi 2 Sarjana
Ketiga : Nuwairah Farzinu Maryamin 2 Sarjana
Tahun 3
Pertama : Nur Afifah Badon 3 Perdana
Kedua : Nur Alia Mastura 3 Sarjana
Ketiga : Nurul Aina Farzana 3 Perdana
11. Laporan program: Cintailah Buku Teks Kita
Unit SPBT, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis
Lampiran 3
Nama pemenang pertandingan melukis poster
Tahun 4
Pertama : Fatin Naimah Sezali 4 Perdana
Kedua : Aina Wafa 4 Perdana
Tahun 5
Pertama : Nur Azzyati Azhar 5 Perdana
Kedua : Nurul Jannah 5 Perdana
Ketiga : Khairunni Uzma 5 Perdana
Tahun 6
Pertama : Nur Aseela 6 Perdana
Kedua : Nur Khaira Ahmad Shah 6 Sarjana
Ketiga : Nur Nasuha Kamarudin 6 Sarjana
Ketiga : Nur Syafira Anis Muhamad Sukri 6 Sarjana